1. pengenalan asas & kompas

Upload: husairi-saad

Post on 19-Jul-2015

2.033 views

Category:

Documents


63 download

TRANSCRIPT

ORIENTEERING

MALAYSIAPENGENALAN ASAS

PENGENALAN

Sukan Orienteering merupakan sukan rekreasi yang tidak mengehadkan penglibatan daripada pelbagai peringkat umur. Merupakan sukan yang menggabungkan acara seperti merentas desa, pandu arah dan mencari harta karun disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Memerlukan keseimbangan dan kekuatan di antara koordinasi mental dan fizikal serta kesungguhan yang tinggi. Sukan yang memerlukan anda berfikir sambil berlari

SEJARAH RINGKAS

Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke -19. Bermula di Sweden pada tahun 1918, mulanya diperkenalkan kepada kalangan tentera. Mejar Ernst Killander (Bapa Orienteering) mengambil inisiatif memperkenalkan kepada masyarakat umum sebagai sukan yang kompetitif, berperaturan dan diterima ramai Pada tahun 1961, persatuan Orienteering ditubuhkan dengan nama International Orienteering Association (IOF) dengan 10 buah negara. Antara kejohanan yang pernah dianjurkan adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup dan sebagainya.

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Sukan ini dibawa masuk ke Malaysia sekitar awal tahun 1980-an. Pulau Pinang merupakan negeri yang mula-mula menubuhkan persatuan orienteering dan dikenali sebagai Penang Orienteering Association ( POA ) pada tahun 1983. Seterusnya mula berkembang ke negeri-negeri sekitar seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun 1994, secara rasminya persatuan orienteering diletakkan dibawah satu bumbung dan dikenali sebagai Malaysia Orienteering Association atau MOA.

Badan induk ini ditubuhkan bagi menyelaraskan segala aktiviti sukan orienteering dan ditubuhkan sebagai badan orienteering yang mewakili Malaysia di dalam IOF. Pada permulaan penubuhannya hanya mempunyai 7 buah cawangan negeri.

APA ITU ORIENTEERING?

Orienteering merupakan sukan rekreasi yang memerlukan peserta mengemudi dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan lain berpandu kepada peta dan kompas yang diberikan dan telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu Sukan ini berbeza dengan sukan pandu arah kerana banyak melibatkan penggunaan istilah dan mempunyai peraturannnya yang telah ditetapkan.

Di Malaysia, biasanya sukan ini dimainkan di kawasan-kawasan seperti ladang kelapa sawit, ladang getah dan terdapat juga dijalankan di tamantaman rekreasi. Terdapat beberapa peralatan yang biasa digunakan antaranya kompas, penanda kawalan, kad kawalan, puncher dan peta.

KEBAIKAN SUKAN ORIENTEERING

Sukan untuk semua. Meningkatkan kecergasan fizikal & mental. Meningkatkan daya tumpuan & daya saing. Memberikan cabaran & keseronokan. Membina keyakinan diri & sikap positif. Persekitaran yang sihat. Kemahiran pembacaan peta & kompas.

TERMINOLOGI & PERALATAN

1. PETA UTAMA ( Master Map )

Peta utama adalah peta yang menunjukkan landasan ( course ) yang akan digunakan oleh peserta dan perlu disalin semula pada peta peserta. Di dalam pertandingan, landasan telah pun siap dicetak / disalin ke atas peta yang diberikan kepada peserta bagi mengelakkan risiko kesilapan peserta dan menjimatkan masa.

Contoh Peta Utama

2. LANDASAN ( Course )

Landasan merupakan sekumpulan titik-titik kawalan yang perlu dilawati mengikut susunan tertentu Landasan dilukis di atas peta utama yang merangkumi semua titik kawalan, titik permulaan dan titik penamat.

LANDASAN3 2 1 5 7 4 6

3. KOMPAS ( Compass )

Kompas merupakan elemen yang terpenting dalam sukan orienteering dan merupakan alat bantuan menunjuk arah pergerakan. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk ditemui namun penggunaan kompas orienteering adalah lebih digalakkan bagi memudahkan mendapatkan arah pergerakan dengan lebih pantas.

CONTOH KOMPAS

4.

PENANDA KAWALAN ( Control Marker )Penanda kawalan digunakan sebagai panduan oleh peserta. Menggunakan warna-warna yang cerah dan mudah dilihat. Diletakkan iaitu digantung pada aras yang sesuai iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Setiap penanda kawalan mempunyai nombor kod masingmasing. Pada setiap penanda kawalan juga disertakan sekali dengan penebuk ( puncher ). Contoh penanda kawalan seperti berikut :

5. KAD KAWALAN ( Control Card )

Kad kawalan digunakan untuk membuktikan bahawa peserta telah sampai ke setiap penanda kawalan untuk menebuk lubang pada setiap petak yang disediakan. Setiap peserta hendaklah mengisi segala maklumat pada kad kawalan supaya mudah disemak. Kad kawalan hendaklah dijaga dengan baik sepanjang pertandingan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses pengiraan markah.

Contoh kad kawalan MOA :

6. TITIK KAWALAN ( Control Point )

Titik kawalan merupakan penanda yang ditandai pada peta sebagai panduan kepada peserta yang digunakan sebagai sasaran. Titik kawalan mempunyai simbol dan kegunaan yang berbeza-beza. Contoh-contoh titik kawalan adalah seperti berikut :

TITIK KAWALANPermulaan Titik kawalan Tempat penamat Mula & tamat

7. PENEBUK LUBANG ( Puncher )

Puncher digunakan untuk memperlihatkan lubang yang akan ditandai pada setiap petak pada kad kawalan. Setiap puncher mempunyai lubang-lubang yang berbeza bagi mengelakkan berlakunya sebarang penipuan oleh para peserta. Terdapat juga puncher yang digunakan secara manual dan elektronik

Contoh-contoh

puncher :

8. KETERANGAN

KAWALAN ( Control Description )

Keterangan kawalan adalah senarai titik-titik kawalan yang terdapat di dalam sesuatu landasan dan terdapat butiran sisi titik kawalan, kod kawalan dan dan keterangan ringkas Keterangan untuk setiap kawalan merupakan suatu keterangan ringkas mengenai apakah ciri yang terdapat di sesuatu titik kawalan.

ContohSIRI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

keterangan kawalan :KETERANGAN Batu besar, utara Simpang aliran sungai Hujung lorong kaki Penjuru pagar Puncak bukit Tepi bangunan Ciri buatan manusia MARKAH 50 30 20 70 100 60 30

KOD 134 52 178 46 38 78 99

Contoh

keterangan menggunakan simbol

JENIS-JENIS ORIENTEERING

JENIS-JENIS ORIENTEERING

Orienteering Merentas Desa Orienteering Bermarkah Orienteering Jalanraya Orienteering Bukit Orienteering Malam Orienteering berganti-ganti Star Orienteering (Norwegian) Orienteering Pecut (Sprint)

1. ORIENTEERING MERENTAS DESA ( Cross Country Orienteering )

2. ORIENTEERING BERMARKAH ( Score Orienteering )

2. ORIENTEERING BERMARKAH(100) (60) (60) (20) (10) (10) (20) (10) (10) (80)

(100)

(50) (50) (40) (30)

3. ORIENTEERING JALANRAYA ( Street Orienteering )

4. ORIENTEERING BUKIT ( Mountain Orienteering )

5. ORIENTEERING MALAM ( Night Orienteering )

6. ORIENTEERING BERGANTI-GANTI ( Relay Orienteering )

7. STAR NORWEGIAN ( Norwegian Event )

Acara Star Norwegian yang dulunya dikenali sebagai Norwegian Event merupakan acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan kecil atau yang sempit. Peserta akan menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama sahaja dan titik kawalan seterusnya peserta akan mendapatkannya pada titik kawalan kedua sehinggalah tiba di titik penamat. Electronic puncher digunakan bagi acara ini.

8. ORIENTEERING PECUT ( Sprint Orienteering )

VARIASI ORIENTEERING

Sukan Orienteering turut juga dilakukan di dalam beberapa variasi mengikut kesesuaian keadaan. Antara lain-lain acara orienteering dilakukan adalah seperti berikut : - Ski Orienteering - Mountain Bike Orienteering - Trail Orienteering ( Orienteering untuk orang cacat )

APA ITU KOMPAS?

KOMPAS1.

2.

3.

Kompas merupakan elemen yang terpenting dalam sukan orienteering dan merupakan alat bantuan menunjuk arah pergerakan. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk ditemui namun penggunaan kompas orienteering adalah lebih digalakkan bagi memudahkan mendapatkan arah pergerakan dengan lebih pantas. Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan - Mengukur jarak di atas peta - Menentukan kedudukan - Mencari arah - Melaras peta - Membuat peta

PANDUAN KETIKA MENGENDALIKAN KOMPAS1.

2.

Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dalam kedudukan yang rata ( tidak senget ). Tentukan kompas berada di hadapan anda dan menghala ke hadapan ketika membacanya. Jangan mengambil bearing kompas pada atau berhampiran dengan tempat-tempat yang terdapat besi dan litar elektrik. a) Talian elektrik kuasa tinggi : lebih daripada 55 meter b) Kereta : lebih daripada 18 meter c) Talian telegraf / telefon : lebih daripada 10 meter d) Kawat besi : lebih daripada 10 meter e) Parang : lebih daripada 0.2 meter

3.

4.

5.

Periksa ketetapan kompas sebelum digunakan dengan mengambil bearing ke objek tertentu dan bandingkan bearing itu dengan sekurang-kurangnya 2 kompas lain. Sebelum kompas digunakan pastikan kiraan unitnya sama ada mil atau darjah serta perhatikan angka-angka dan tanda-tanda yang terdapat pada kompas. Kompas yang dalam keadaan baik mempunyai jarum yang cepat dan stabil ketika kompas dipegang walaupun kompas dipusing-pusingkan beberapa kali.

JENIS JENIS KOMPAS

ANATOMI KOMPASPEMBARIS TITIK BEARING AZIMUT PERUMAH KOMPAS JARUM MAGNETIK SKALA DIAL PLET / TAPAK ANAK PANAH MARA

GARISAN INDEKS

GARISAN GRID

KESIMPULANOrienteering adalah sukan yang terbaik kerana ia mengandungi elemen- elemen seperti berikut : Ciri pertandingan Pengurusan masa Penjelajahan & pendidikan alam Kecergasan fizikal & mental Fokus minda Keyakinan diri & sikap positif. Kemahiran membuat keputusan Kepuasan & keseronokan Peningkatan jatidiri Semangat kesukanan Mewujudkan integrasi dan perpaduan

RenunganPerjalanan hidup ini seperti Landasan Orienteering di mana setiap peringkat kehidupan adalah seperti Titik Kawalan. Sebelum memulakan perjalanan ke titik kawalan, amatilah Peta- kenali halangan dan ciri yang dapat membantu, dan pilih laluan yang terbaik. Di dalam perjalanan, sentiasa semak peta dan rupabumi agar kita berjaya sampai ke titik kawalan. Begitu jugalah dengan kehidupan kita, jadikan landasan orienteering konsep hidup perjalanan hidup kita demi kejayaan di dunia dan akhirat..

Sekian, Terima kasih.

MALAYSIA

PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA ( MOA )