pengenalan ppu asas

122
PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN (REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM) 1 | PPU Asas SISTEM PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA (REFRIGERATION AND AIR-CONDITIONING SYSTEM) PREPARED BY : WAN SAHARUDIN WAN KADIR DESIGNATION : MAINTENANCE OFFICER DATE : 23 rd SEPTEMBER 2015 REVISION NO. : 001/2015/THECHATEAU

Upload: laskarsalju

Post on 21-Apr-2017

743 views

Category:

Engineering


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

1 | P P U A s a s

SISTEM PENYEJUKAN

DAN PENYAMANAN

UDARA

(REFRIGERATION AND

AIR-CONDITIONING

SYSTEM)

PREPARED BY : WAN SAHARUDIN WAN KADIR

DESIGNATION : MAINTENANCE OFFICER

DATE : 23rd SEPTEMBER 2015

REVISION NO. : 001/2015/THECHATEAU

Page 2: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

2 | P P U A s a s

1. PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

1.1 SEJARAH PENYEJUKAN (HISTORY OF REFRIGERATION)

Sistem penyejukan dan penyamanan udara adalah satu sistem yang sangat penting kepada

manusia masakini. Terdapat berbagai-bagai jenis dan model direka untuk memenuhi permintaan

pengguna. Seawal kehidupan manusia, mereka mengenali bahawa bahan sejuk adalah suatu

medium yang sesuai digunakan untuk memindahkan haba. Oleh itu, salji dan ais adalah

diperlukan untuk tujuan pemindahan haba tersebut. Salji digunakan untuk menyimpan daging

dan sebagainya supaya tahan lebih lama.

Orang Cina mempelajari bagaimana ketulan ais batu iniboleh menyegarkan minuman. Mereka

memotong beberapa ketulan ais di dalam tasik semasa musim sejuk dan dan disimpan untuk

dijual dalam musim panas. Mengikut sejarah juga, orang Cina adalah manusia pertama yang

memperkenalkan minuman yang dicampurkan dengan ais dan ia menjadikan minuman lebih

sejuk dan lebih sedap untuk diminum.

Orang-orang Greek dan Roman mempergunakan hamba abdi untuk membawa salji dari

pergunungan dan disimpan di tempat yang dikhaskan berbentuk seperti kon untuk tujuan

menyejukan makanan.

Begitu juga di kalangan penduduk Mesir (Egypt), mendapati bahawa air yang disimpan di

dalam tempayan yang diperbuat daripada tanah adalah lebih sejuk dari air yang disimpan di

tempat lain. Tempayan yang berisi air tadi disimpan di atas bumbung di sebelah matahari jatuh.

Apabila malam, suhu bertukar menjadi sejuk. Ini menyebabkan suasana sekeliling bertukar

menjadi lembap. Kelembapan akan mempengaruhi suhu air dalam tempayan. Dalam masa yang

sama proses pemeluwapan (evaporation) berlaku dan menyebabkan air berubah sifat menjadi

sejuk.

Page 3: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

3 | P P U A s a s

1.1.1 SEJARAH PEMBANGUNAN SISTEM PENYEJUKAN (HISTORY OF REFRIGERATION

DEVELOPMENT)

Sejarah pembangunan sistem penyejukan bermula sekitar tahun 1626 di mana Francis Bacon

adalah manusia pertama yang memikirkan bahawa sistem penyejukan adalah sangat penting

untuk menyimpan makanan. Beliau telah membuat satu penyelidikan dengan menyimpan daging

ayam di dalam satu tempat khas yang diisi dengan salji. Beliau telah mendapati bahawa daging

ayam yang disimpan di dalam tempat yang diisi dengan salji dapat mengawal pembiakan

bakteria.

Selepas penemuan pertama oleh Francis Bacon pada tahun 1626 dengan menggunakan salji, pada

tahun 1834 terciptalah rekabentuk mesin penyejukan yang pertama. Rekabentuk sistem

penyejukan ini telah ditemui selepas 208 tahun berlalu. 17 tahun kemudian, dalam tahun 1851,

Dr. John Gorerie of Apalochicola dari Florida telah dianugerahkan sebagai pereka perubahan

dalam dalam pembuatan ais. Unit buatan beliau telah digunakan di Amerika Syarikat, United

State Marine Hospital untuk tujuan perubatan.

Pada tahun 1910, Sear Reback & Company telah Berjaya mencipta ‘Domestic Refrigerator’ yang

pertama. Domestic Refrigerator ini mampu menghasilkan 25 pound (11-34kg) ais, tetapi mesin ini

hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja.

J.L. Larsen telah megeluarkan peti sejuk yang pertama pada tahun 1913 yang dijalankan secara

manual. Namun begitu, penggunaanya tidak begitu meluas.

Pada tahun 1918, sebuah syarikat yang terkenal, Kalvinator Company telah berjaya

mengeluarkan peti sejuk yang pertama yang bekerja secara automatik. Ini membuka lembaran

baru dalam menghasilkan produk peti sejuk. Bermula dari penemuan yang pertama inilah,

sehingga tahun 1920 sebanyak 200 buah peti sejuk telah berjaya dijual oleh syarikat tersebut.

Pada tahun 1926, peti sejuk yang pertama menggunakan ‘Seal Hermetic Compressor’ telah

dikeluarkan. Peti sejuk ini dikeluarkan oleh Syarikat General Electric (GE). Tidak lama kemudian

Syarikat Electrolux pula memperkenalkan ‘Automatic Absorption Unit’.

Dalam jangkamasa yang agak lama iaitu lebih kurang 300 tahun, barulah wujud sebuah unit

penyejukan yang mana sampai ke hari ini digunakan secara meluas. Suatu ketika dulu, sistem

penyejukan hanya digunakan oleh golongan atasan sahaja, tapi pada masakini ia merupakan

keperluan asas untuk semua golongan.

1.2 PENGENALAN KEPADA SISTEM PENYEJUKAN

Sistem penyejukan didefinisikan sebagai proses pemindahan haba dari satu tempat yang

tidak diperlukan ke satu tempat yang memerlukan. Haba yang tidak diperlukan pada suatu

tempat, ruang ataupun bahan perlulah dipindahkan untuk menjadikan sesuatu tempat, ruang

ataupun bahan menjadi sejuk dan nyaman. Proses ini dipanggil ‘refrigeration cordinarily’

(hukum penyejukan), di mana haba akan dipindahkan dari tempat yang panas ke tempat yang

sejuk.

Penyejukan (Refrigeration) ditakrifkan sebagai satu proses menjadikan sesuatu itu sejuk.

Manakala sejuk pula boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan tanpa haba. Oleh sebab itu,

Page 4: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

4 | P P U A s a s

penyejukan ialah proses pemindahan atau pembuangan haba dari satu bahan samada pepejal,

cecair mahupun gas.

1.2.1 APA ITU HABA?

Haba ialah suatu bentuk tenaga yang tidak boleh dimusnahkan atau dicipta, tetapi boleh

dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haba berpindah dari suhu yang tinggi ke

suhu yang rendah. Haba dapat dipindahkan melalui 3 cara iaitu, pengaliran, perolakan dan

sinaran.

1.2.2 HABA

Haba ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk/dicipta atau dimusnahkan. Haba dapat

diperolehi dengan menukarkan satu tenaga kepada satu tenaga yang lain. Haba boleh

dibahagikan kepada beberapa kelas iaitu, haba elektrik, haba mekanikal, haba nuclear, haba

suria dan haba kimia.

Contoh:

a. Tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau tenaga sawat bagi

menggerakkan pemampat.

b. Tenaga suria boleh menjalankan sistem penyaman suria.

c. Tenaga mekanikal boleh menjalankan sistem penyamanan udara kenderaan.

Haba berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau dari satu bahan ke satu bahan

yang lain melalui berbagai cara. Proses pemindahan berlaku dari suhu yang tinggi ke suhu yang

rendah dan berhenti apabila suhu kedua-duanya menjadi seimbang.

Cara pemindahan haba terbahagi kepada 3:

a. Pengaliran.

b. Olakan.

c. Sinaran.

Page 5: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

5 | P P U A s a s

1.2.2.a Pengaliran

Haba berpindah dari satu benda atau bahan yang sama atau dua benda yang bersentuhan,

contohnya; plat keluli lembut yang dipanaskan dengan menggunakan api kimpalan gas. Pada

peringkat awalnya, hanya tempat yang terkena api sahaja yang akan panas, tetapi lama-

kelamaan seluruh plat keluli tersebut akan menjadi panas.

1.2.2.b Perolakan

Olakan adalah pergerakan molekul-molekul haba apabila menyerap haba. Molekul-molekul yang

dipanaskan akan mengembang dan lebih ringan daripada molekul sejuk. Apabila berkeadaan

ringan, molekul itu akan naik dan apabila berat, molekul-molekul itu akan turun ke bawah.

Olakan berlaku apabila cecair atau gas dipanaskan atau disejukan.

Page 6: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

6 | P P U A s a s

1.2.2.c Sinaran

Sinaran adalah proses pemindahan haba secara terus tanpa melalui perantaraan dari bahan

bersuhu tinggi kepada bahan bersuhu rendah melalui ruang udara yang kosong. Contohnya:

sinaran cahaya matahari yang memancar ke bumi. Bahan-bahan yang terdedah kepada cahaya

sinaran matahri akan menjadi panas. Adakalanya bahan yang terkena cahaya matahari boleh

terbakar jika pada suhu yang tinggi atau difokuskan.

1.2.3 Unit-unit Ukuran Haba

a. Unit Imperial, yang menggunakan sukatan unit haba British (British Thermal Unit/BTU).

b. Unit Metrik, yang menggunakan sukatan unit dalam kalori dan joule.

1.2.3.1 Unit Haba British (British Thermal Unit/BTU)

Unit ini lebih dikenali dengan ‘BTU’. Berat dikira dalam sebutan ‘Pound’ dan suhu disukat

dalam darjah Fahrenheit. BTU bermakna jumlah kandungan haba yang diperlukan bagi

menaikan 1LB(Pound) air pada 1°F.

1.2.3.2 Unit Metrik

Unit Metrik terdiri daripada dua ukuran iaitu, Unit Kalori dan Unit Joule. Dalam unit

kalori, berat dikira dalam gram atau kilogram manakala suhu pula disukat dalam darjah

Centigrade. Gram kalori bermaksud 1 gram air memerlukan kandungan haba 1 gram

kalori untuk menaikan suhu sebanyak 1°C.

Berat unit joule dikira dalam gram atau kilogram. Suhu pula disukat dalam darjah

centigrade. Kilojoule bermaksud 1 kilogram air memerlukan haba 4.187KJ untuk

menaikan suhu sebanyak 1°C.

PERSAMAAN:

746 watt = 1 kuasa kuda (Horse Power/HP)

1 kilokalori = 0.746 kilowatt (KW)

1 kilowatt = 1.34 kuasa kuda (Horse Power/HP)

Pertukaran BTU, Kalori dan Joule:

1 Btu = 252 kalori

1 Btu = 0.252 kilokalori

Page 7: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

7 | P P U A s a s

2. JENIS-JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA (TYPES OF AIR-CONDITIONING

SYSTEM)

Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di negara kita, samada

jenis domestik atau komersial. Bab ini menerangkan sistem penyamanan udara domestik dan

komersial yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan udara.

Sistem penyaman udara terbahagi kepada 4 bahagian:

a. Sistem penyaman udara tingkap (window type)

b. Sistem penyaman udara terpisah (split-unit type)

c. Sistem penyaman udara terpisah berbilang (multi split-unit)

d. Sistem penyaman udara bungkus (package type)

e. Sistem penyaman udara unit komersial (chiller system)

A. Sistem Penyaman Udara Tingkap (Window Type)

Unit tingkap atau bilik direkabentuk untuk penyaman udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan

sesuatu unit bergantung kepada luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan

tinggi berbanding bilik yang kecil. Walaubagaimana pun, jika sesebuah unit yang berkeupayaan

tinggilebih dari sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan

pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan memudahkan pengawalan suhu,

adlah dicadangkan sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan

keupayaannya.

Kebaikan sistem penyaman udara unit tingkap:

i. Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyaman udara yang mengawal suhu secara

berasingan.

ii. Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan kos pemasangan dan

penyelenggaraan.

iii. Kerja-kerja perpaipan air tidak diperlukan.

iv. Pemasangan adalah mudah.

Page 8: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

8 | P P U A s a s

Keburukan sistem penyaman udara jenis tingkap:

i. Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.

ii. Kuantiti udara biasanya ditentukan oleh pengeluar.

iii. Jika dipasang di dinding, perlu dipecahkan dinding itu mengikut saiz unit yang hendak

dipasang.

iv. Sukar untuk dikendalikan berseorangan jika berlaku kerosakan atau untuk

penyelengaraan.

Page 9: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

9 | P P U A s a s

Bagaimanapun, jenis tingkap ini popular digunakan di rumah-rumah, dan di pejabat-pejabat yang

mempunyai ruang yang kecil.

B. Sistem Penyaman Udara Unit Terpisah (Split-Unit Type)

Unit terpisah (Split Unit Type) adalah sistem penyaman udara yang berasingan penyejat

(evaporator) dan pemeluwap (condenser). Unit terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit dalam

dan unit luar. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Manakala unit luar pula

terdiri daripada pemeluwap, perpaipan, kipas pemeluwap, serta alat tambah yang lain yang

dipasangkan setempat. Kedua- dua unit dalam dan luar dipasang berasingan. Unit dalam

dipasang di dalam bilik yang hendak dinyamankan manakala unit luar dipasang di luar bilik.

Terdapat tiga jenis rekabentuk unit terpisah:

i. Lekapan dinding (wall mounted)

ii. Lekapan lantai (floor exposed)

iii. Gantungan ceiling (ceiling type)

Page 10: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

10 | P P U A s a s

Ketiga-tiga rekabentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan kini kerana:

i. Pemasangan lebih mudah dan cepat.

Page 11: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

11 | P P U A s a s

ii. Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya sekadar

menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm.

iii. Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi. Kedudukan kedua-dua

unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah mengikut kehendak pengguna.

iv. Kadar penyejukan dan penyerapan haba yang lebih tinggi dari jenis tingkap (window

type).

Sungguhpun harga sistem penyaman udara unit terpisah adalah lebih tinggi dari jenis tingkap,

sistem ini lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkan konsep keselesaan, sunyi dan

daya penyerapan haba yang baik.

Perpaipan unit dalam dan unit luar:

Untuk melengkapkan perpaipan unit dalam dan unit luar dihubungkan melalui paip cecair dan

dan paip gas kedua-dua unit. Untuk menyambungkannya, lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm

diperlukan.

Pada amnya, unit luar sudah dicaskan dengan bahan penyejuk (refrigerant) yang cukup untuk

kitarannya (circulation). Oleh itu, sistem ini tidak perlu dicas lagi semasa kerja-kerja pemasangan

dibuat kecuali melakukan sedikit pembersihan (purging) kepada unit dalam untuk

menyambungkannya dengan unit luar. Berbanding dengan jenis tingkap, pemasangan unit

terpisah memerlukan masa yang agak panjang untuk menebuk dinding.

Gambarajah komponen unit luar

Page 12: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

12 | P P U A s a s

Gambarajah komponen unit dalam

C. Sistem Penyaman Udara Unit Terpisah Berbilang (Multi Split Unit Type)

Penyaman udara unit terpisah berbilang mempunyai satu unit luar dan beberapa unit dalam.

Biasanya unit dalam yang digunakan adalah dalam dua unit dan tidak melebihi tiga unit. Unit

dalam yang digunakan boleh didapati dari ketiga-tiga rekabentuk jenis unit terpisah mengikut

citarasa/pilihan pengguna. Unit terpisah berbilang ini digunakan pada kediaman dan pejabat

yang mempunyai banyak bilik. Unit terpisah berbilang mempunyai beberapa kebaikan walaupun

harganya tinggi. Di samping itu, ia lebih menguntungkan untuk jangkamasa panjang.

Kebaikan unit terpisah berbilang:

i. Satu pemampat boleh digunakan untuk 2 atau 3 penyejat.

Page 13: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

13 | P P U A s a s

ii. Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan jenis unit tingkap.

iii. Kos penggunaan tenaga elektrik lebih rendah.

iv. Alatambah seperti sub-akumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah, pemindah

haba dan penerima digunakan bagi menambahkan keupayaan unit luar.

Gambarajah komponen pemasangan unit terpisah berbilang

Page 14: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

14 | P P U A s a s

KOMPONEN ASAS SISTEM PENYAMAN UDARA (AIR-CONDITIONING SYSTEM BASIC

COMPONENTS)

1. PENYEJAT (EVAPORATOR)

2. CONDENSER (PEMELUWAP)

3. COMPRESSOR (PEMAMPAT)

4. TIUB RERAMBUT (CAPILLIARY TUBE)

Page 15: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

15 | P P U A s a s

Page 16: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

16 | P P U A s a s

Page 17: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

17 | P P U A s a s

Page 18: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

18 | P P U A s a s

Page 19: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

19 | P P U A s a s

BAHAN PENDINGIN/PENYEJUK (REFRIGERANT)

Bab ini adalah untuk menerangkan berkenaan bahan pendingin/penyejuk (refrigerant), sifat-sifat

serta langkah-langkah keselamatan mengendalikannya.

Haba disingkirkan dari sistem penyejukan oleh bahan pendingin. Setiap cecair yang mempunyai

takat didih hampir dengan takat beku air boleh dijadikan bahan pendingin. Walau bagaimana

pun, bahan pendingin yang baik tidak semestinya mempunyai suhu takat didih yang rendah.

Bahan pendingin yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tidak beracun, tidak mudah

terbakar atau meletup dan tidak kakis komponen. Selain itu, faktor lain seperti kesan-kesan

bahan pendingin pada haba dan suhu, isipadu dan ketumpatan, tekanan, sifat-sifat kimia dan

fizikal bahan pendingin mestilah diambilkira juga.

Sifat-sifat bahan pendigin yang baik:

Fungsi bahan pendingin ialah untuk menyerap haba. Cecair bahan pendingin yang berada di

penyejat (evaporator) akan bertukar menjadi gas dan menyingkirkan haba di pemeluwap

(condenser). Di pemeluwap, gas bahan pendingin bertukar menjadi cecair. Bahan pendingin yang

baik mestilah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:-

a. Kesan pada haba dan suhu:

i. Haba pendam pengewapan bahan pendingin mestilah tinggi. Ini membolehkan

kuantiti bahan pendingin yang sedikit dapat menyerap haba yang banyak.

ii. Takat beku bahan pendingin mestilah rendah daripada suhu yang terdapat di

mana-mana bahagian dalam sistem itu. Faktor ini penting kerana untuk

mengelakkan dari bahan pendingin itu membeku (frosting) di penyejat dan

mengakibatkan sistem tidak dapat beroperasi dengan sempurna.

b. Ketumpatan isipadu bahan pendingin:

i. Ketumpatan bahan pendingin hendaklah tinggi. Saluran cecair yang kecil boleh

digunakan.

ii. Isipadu wap bahan pendingin mestilah sekecil mungkin bagi membolehkan

penggunaan saluran sedutan dan singkiran yang kecil. Hal ini dapat menjimatkan

kos penyelenggaraan komponen-komponen sistem.

c. Kesan tekanan terhadap bahan pendingin:

i. Perbezaan tekanan bahan pendingin pada bahagian tinggi dan rendah sebaiknya

hendaklah rendah.

ii. Apabila tekanan pemeluwap rendah, alat-alat yang ringan dapat digunakan dan

dapat mengelakkan kebocoran dari berlaku.

d. Sifat-sifat kimia bahan pendingin:

i. Mestilah tahan pada suhu dan tekanan operasi yang terdapat pada sistem tanpa

berubah sifatnya.

Page 20: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

20 | P P U A s a s

ii. Tidak mudah terbakar atau meletup, samada dalam bentuk gas atau cecair semasa

bercampur dengan minyak.

iii. Tidak berkarat atau tidak bertindakbalas kepada alat-alat sistem.

iv. Tidak beracun dan tidak member kesan sampingan kepada hidupan, seperti

manusia, haiwan dan tumbuhan serta alam sekitar.

e. Sifat-sifat bahan pendingin:

i. Tidak mudah terbakar atau meletup.

ii. Boleh larut dengan minyak supaya pelinciran yang berkesan.tidak berbahaya

apabila bertindakbalas dengan minyak walaupun dengan kehadiran lembapan.

iii. Mempunyai kerintangan yang tinggi terhadap elektrik. Ini dapat mengelakkan

daripada arus renjatan kepada sistem penyejukan.

f. Mengenal bahan pendingin berpandukan pada nombor:

Bahan pendingin dapat dikenali dengan berpandukan pada nombor-nombor kod. Biasanya

nombor-nombor ini bermula dengan huruf ‘R’ yang bermaksud ‘Refrigerant’ atau ‘Bahan

Pendingin’.

Bahan pendingin yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara

adalah: R-11, R12, R-22, R500, R-502, R-503, R-504, R-717.

g. Kumpulan bahan pendingin:

Bahan pendingin terbahagi kepada tiga kumpulan:

i. Kumpulan Pertama - yang paling selamat digunakan.

ii. Kumpulan Kedua - beracun dan sesetengahnya mudah terbakar.

iv. Kumpulan Ketiga - mudah terbakar.

Bahan pendingin Kelas Pertama:

1. R-11 Trikloromono Florometana CC13F

2. R-12 Diklorodiflorometana CC12F2

3. R-22 Monoflorodiflorometana CHC1F2

4. R-500 73.8% R-12 dan 26.2% R-152a CC12F2/CH3CHF2

5. R-502 48.8% R-12 dan 51.2% R-115 CH1F2/CC1F2CF3

6. R-503 41.1% R-23 dan 59.9% R-13 CHF3/CC1F3

7. R-504 48.2% R-32 dan 51.8% R-115 CH2F2/CF3CC1F2

8. R-774 Karbon Dioksida CO2

Bahan pendingin yang banyak digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara

adalah; R-12, R-22, R-11, dan R-502. Oleh itu, penerangan ini hanya berkaitan dengan sifat-sifat

bahan pendingin yang biasa digunakan sahaja.

Page 21: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

21 | P P U A s a s

1. R-12 Diklorodifluorometane CC12F2:

R-12 ialah bahan pendingin yang biasa digunakan. Sifat-sifat bahan ini ialah, tidak berbau,

tidak berwarna dan mempunyai takat didih yang rendah iaitu -29.7°C pada tekanan

atmosfera. Bahan ini juga tidak beracun, tidak mengakis, tidak mengganggu keselesaan (non-

irritating) dan tidak mudah terbakar. Bahan pendingin ini stabil pada suhu yang tinggi

sehingga 550°C. Suhu ini sangat sesuai pada semua suhu operasi bahan mekanisma

penyejukan dan pelinciran.

Walaupun R-12 mempunyai haba pendam yang agak rendah tetapi ia sesuai juga digunakan

pada sistem penyejukan yang kecil, biasanya R-12 digunakan pada pemampat salingan putar

dan empar.

Tekanan R-12 pada suhu -15°C ialah 0.830 kg/cm², dan pada suhu 30°C ialah 6.56 kg/cm².

Haba pendam suhu -15°C ialah 159 J/g.

Kebocoran R-12 boleh dikesan dengan menggunakan beberapa alat seperti lampu halide,

pengesan elektronik dan buih sabun.

Kandungan kelembapan R-12 sangat kritikal berbanding R-22 dan R-502. Larut dalam minyak

hingga ke suhu -68°C bagi membolehkannya melalui penyejat. Bahan pendingin R-12 akan

terasing daripada minyak pada suhu -68°C ke bawah. Oleh kerana suhu bahan pendingin R-12

adalah lebih berat, minyak akan terapung di atasnya.

Sekarang terdapat bahan pendingin yang baru, Genetron 12/31 yang boleh digunakan sebagai

pengganti R-12 dan R-31. Nama kimia R-31 ialah monoklorometana florometana. Kandungan

kimia ialah CC12F2 78% dan CH2C1F 22%. Haba pendam pengewapan dan tekanan bahagian

tingginya adalah agak tinggi sedikit daripada R-12. Suhu kritikalnya ialah 1180°C.

2. R-22 Monoklorodiflorometana CH81F2:

R-22 biasanya digunakan pada sistem penyejukan yang memerlukan suhu penyejat yang

rendah. Satu contoh ialah unit penyejukan pantas (fast freezing), di mana suhu boleh

mencapai -290°C sehingga -400°C. Unit ini boleh digunakan juga pada sistem penyamanan

udara dan peti sejuk rumah.

Pemampat yang biasa digunakan bersama R-22 ialah jenis salingan dan empar. Untuk

mendapatkan suhu rendah (-400°C) apabila menggunakan R-22, sistem mestilah beroperasi di

atas paras tekanan atmosfera dan tidak di bawah paras tekanan tersebut.

Takat didih R-22 ialah pada -410°C pada tekanan atmosfera. Haba pendamnya ialah 216 J/g

pada -150°C. Tekanan bahagian tinggi pada 300°C ialah 11.1 kg/cm². Tekanan penyejat R-22

ialah 1.96 kg/cm² pada -150°C.

Oleh kerana R-22 bercampur dengan dengan air, bahan pengering dalam kuantiti yang banyak

diperlukan untuk mengeringkannya. R-22 juga larut dalam minyak hingga suhu rendah iaitu -

90°C. Walaubagaimanapun, R-22 masih kekal berkeadaan bendalir untuk mengalir ke saluran

sedutan hingga suhu -400°C. Hal ini demikian kerana minyak lebih ringan daripada bahan

pendingin pada suhu -400°C dan ini menyebabkannya terapung.

Page 22: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

22 | P P U A s a s

Kebocoran R-22 boleh dikesan melalui alat-alat pengesan seperti pengesan kebocoran

elektronik, lampu halide dan buih sabun.

3. R-11 Trikloro monoflorometana CC13F:

R-11 biasanya digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci bahagian dalam pemampat

kecil semasa membaikpulih sistem. R-11 digunakan pada sistem yang pemampatnya telah

terbakar atau sistem yang telah terbakar atau sistem yang dimasuki kelembapan.

Menyingkirkan kelembapan dengan memasukkan R-11 boleh memendekkan masa

mengvakum. R-11 adalah satu bahan pencuci yang paling baik untuk proses di atas. Bahan

pendingin ini juga boleh digunakan pada sistem besar empar. R-11 mempunyai tekanan

rendah 609.6 mmHg pada suhu -150°C dan tekanan 1.28 kg/cm² mutlak pada suhu 300°C.

Haba pendam ialah 196 J/g pada suhu -150°C. Suhu takat didih pada tekanan atmosfera ialah

23.70°C. Kebocoran R-11 dapat dikesan dengan menggunakan lampu halida, pengesan

elktronik dan buih sabun.

4. Campuran Azeotropik:

Bahan pendingin Azeotropik ialah campuran cecair bahan pendingin didih maksimum dan

minimum. Walaubagaimanapun, campuran ini dianggap sebagai satu jenis bahan pendingin.

Campuran Azeotropik biasa digunakan bersama pemampat salingan.

5. R-502 (R-22 + R-115) CHC1F2CF3:

Bahan pendingin R-502 ialah campuran 48.8% R-22 dan 51.2% R-115. R-502 tidak mudah

terbakar, berkarat atau beracun. Sesuai untuk sistem sederhana dan rendah yang bersuhu

antara -180°C hingga -510°C.

Kegunaan R-502 pada sistem sederhana dan suhu rendah seperti:

a) penyimpan ais-krim

b) tempat paparan makanan sejuk beku

c) tempat simpanan sejuk beku

d) loji pemprosesan sejuk beku

e) digunakan dengan pemampat salingan

Sifat-sifat R-502:

a) Titik didihnya ialah -460°C pada tekanan atmosfera

b) Tekanan tinggi ialah pada 12.31 kg/cm² pada suhu 300°C

c) Tekanan penyejatnya ialah 2.53 kg/cm² pada suhu -150°C

d) Haba pendam pada suhu -29.120°C ialah 168.9 J/g

Kebaikan menggunakan R-502:

a) Tekanan dan suhu pemeluwapnya rendah dan ini memanjangkan jangkahayat injap

pemampat dan bahagian-bahagian yang lain.

Page 23: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

23 | P P U A s a s

b) Kelikatan minyaknya yang tinggi membolehkan pelinciran lebih mudah pada suhu

pemeluwap yang rendah. Kebocoran dapat dikesan dengan lampu halida, pengesan

elektronik dan buih sabun.

Bahan Pendingin Kelas Kedua:

Bahan pendingin kumpulan ini bersifat toksik, agak mudah terbakar dan mengganggu keselesaan

(irritating) pada manusia jika tersedut. Di antara bahan pendingin kumpulan ini termasuklah:

a) R-40 metilklorida CH3C1

b) R-160 etilklorida C2H5C1

c) R-611 metilformata C2H402

d) R-717 ammonia NH3

e) R-764 sulfur dioksida S02

f) R-1130 dikloroetilena C2H2C12

Bahan Pendingin Kelas Ketiga:

Bahan pendigin ini mudah terbakar apabila bercampur dengan udara dan tidak digunakan lagi.

Bahan pendingin kumpulan ini adalah seperti berikut:

a) R-290 propana C3H3

b) R-600 butana C4H10

c) R-170 etana C2H6

Page 24: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

24 | P P U A s a s

Kod Warna Bagi Silinder Bahan Pendingin:

No. Bahan Pendingin Kod Warna Silinder

R-11 Jingga

R-12 Putih

R-134a Biru Muda

R-22 Hijau

R-404 Oren

Page 25: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

25 | P P U A s a s

Jadual di bawah menunjukkan kegunaan bahan pendingin. Sejenis bahan pendingin dapat

digunakan untuk beberapa kegunaan. Sebahagian daripada jenis bahan pendingin hanya

disyorkan untuk beberapa jenis pemampat:

Biasanya sesuatu sistem bahan pendingin ditentukan oleh pengeluar (manufacturer). Perkara-

perkara yang perlu diambilkira sebelum memilih bahan pendingin ialah:

a) Takat didih bahan pendingin tersebut.

b) Isipadu wap bahan pendingin yang dianjakkan untuk memperolehi penyejukan yang

diperlukan.

c) Haba pendamnya.

d) Suhu pengendalian atau pengoperasian yang diperlukan.

e) Saiz alat kelengkapan.

Jadual dibawah menunjukkan kegunaan bahan pendingin mengikut kesesuaian pemampat:

No. Bahan Pendingin Jenis Pemampat

1. R-11 Empar (Centrifugal)

2. R-12 Salingan (Reciprocating), Empar (Centrifugal), Putar

Page 26: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

26 | P P U A s a s

(Rotary).

3. R-22 Salingan (Reciprocating), Empar (Centrifugal)

4. R-134a Salingan (Reciprocating)

Walaupun kebanyakan bahan pendingin yang digunakan masa sekarang boleh dikatakan tidak

merbahaya, namun begitu langkah-langkah keselamatan perlu diambilkira semasa menggunakan

dan mengendalikannya. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

a) Apabila berlaku kebocoran, tentukan bilik cukup pengalihudaraan sebelum membaikinya.

Periksa tekanan dengan memasang tolok (meter).

b) Periksa jenis bahan pendingin sebelum mengecas untuk mengelakkan dari bercampuran.

Jika bahan pendingin adalah dari jenis florokarbon, jauhkan dari api. Ini adalah untuk

mengelakkan daripada menjadi gas beracun apabila bertemu dengan api.

c) Gunakan pelindung mata dan sarung tangan semasa mengecas. Ini adalah untuk

mengelakkan kecederaan.

d) Mengecas mestilah dilakukan di bahagian tekanan rendah dalam bentuk wap (vapor)

bahan pendingin sahaja. Mengecas dengan cecair (liquid) bahan pendingin boleh

merosakkan pemampat dan juga boleh menyebabkan unit meletup.

e) Cecair bahan pendingin boleh membekukan kulit dan mengakibatkan ‘frost bite’. Jika ini

berlaku, basuh bahagian yang terkena bahan pendingin dengan segera dan dengan kadar

air yang banyak.

f) Sebarang kemalangan bahan pendingin hendaklah segera berjumpa dengan doctor.

g) Jangan mengisi bahan pendingin ke dalam silinder servis sehingga penuh. Jika ini

dilakukan, tekanan hidrostatik dalam silinder akan menyebabkan silinder boleh meletup.

h) Simpan silinder bahan pendingin di tempat yang sejuk dan kering. Jangan menggolekkan

silinder.

i) Minyak yang terdapat dalam pemampat akan menjadi asid apabila pemampat terbakar.

Jangan sentuh minyak ini dengan tangan.

j) Kebanyakan bahan pendingin adalah lebih berat dari udara. Bahan ini pula boleh

bercampur dengan udara dalam bilik jika berlaku sebarang kebocoran. Hal ini boleh

menyebabkan berlakunya sesak nafas sekiranya terhidu udara yang bercampur dengan

bahan pendingin. Pastikan pengudaraan cukup baik untuk mengelakkan kemalangan

seperti ini.

Silinder Bahan Pendingin:

Terdapat tiga jenis silinder bahan pendingin:

a) Silinder penyimpan.

b) Silinder servis.

c) Silinder buangan (guna-buang/disposable).

A. Silinder Penyimpan:

Biasanya 45kg ke 68kg bahan pendingin terkandung dalam silinder penyimpan. Silinder

ini lebih murah berbanding silinder buangan.

Page 27: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

27 | P P U A s a s

Kebanyakan silinder penyimpan sekarang mempunyai dua injap. Satu untuk wap (vapor)

dan satu lagi untuk cecair (liquid). Kita boleh memindahkan bahan pendingin dari silinder

penyimpan ke silinder servis dengan membuka injap yang mengeluarkan cecair. Ini

memmudahkan kerja-kerja mengecas dilakukan. Kerja-kerja memindahkan bahan

pendingin ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati. Perhatikan agar bahan pendingin

diisi ke dalam silinder tidak terlalu penuh. Gunakan alat penimbang.

B. Silinder Servis:

Silinder servis biasanya mengandungi sebanyak 2kg ke 11kg bahan pendingin. Ini

memudahkan kerja membuat servis. Injap silinder ini dipasang dengan kembang 6mm

(male flare). Kandungan bahan pendingin diisi daripada silinder penyimpan.

C. Silinder Buangan:

Kebanyakan bahan pendingin yang biasa digunakan terdapat dalam kuantiti yang kecil

iaitu dari beberapa gram ke 14kilogram.

BAHAN PENDINGIN KEDUA

Bahan pendingin kedua ialah cecair dari sistem penyejukan yang menyerap haba setelah

disejukkan oleh penyejat. Bahan pendingin kedua ini akan mengalami perubahan suhu apabila ia

menyerap haba dan haba akan diserap di penyejat.

Bahan pendingin kedua yang biasa digunakan ialah air, brin kalsium klorida, brin natrium

klorida, etilena dan propilena glisol, methanol (metal alkohol) dan gliserin.

Page 28: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

28 | P P U A s a s

1. Air sebagai bahan pendingin:

Digunakan sebagai bahan pendingin kedua dan biasanya digunakan dalam sistem

penyamanan udara yang besar dan industri memproses bahan yang memerlukan keadaan

suhu yang sentiasa melebihi suhu beku. Air juga digunakan pada sistem penyejukan jet stim.

Pada paras tekanan atmosfera, air mendidih pada 1000°C. Satu kilogram menyerap haba

sebanyak 2260KJ semasa menukarkan cecair ke wap pada 1000°C. Biasanya kadar suhu

semasa menggunakan air sebagai bahan pendingin ialah 70°C ke atas. Air menyerap haba

dengan banyaknya semasa menukar cecair ke wap. Apabila air bertukar menjadi wap pada

7800 mikron, ia akan menghasilkan 70°C.

Oleh kerana air tidak boleh digunakan di bawah 0°C, larutan Brin digunakan.

2. Brin sebagai bahan pendingin:

Brin biasanya digunakan bersama-sama dengan sistem penyejukan gas ammonia atau sistem

penyerapan besar. Brin bahan pendingin kedua terdiri daripada kalsium klorida (CaCl2) atau

natrium klorida (NaCl) yang bercampur dengan air. Suhu yang rendah daripada 0°C

digunakan untuk membekukan ais untuk penyejukan.

Sifat-sifat Brin yang Baik:

i. Harganya murah dan mudah didapati.

ii. Berkeadaan stabil dan tidak berubah warna atau mutunya.

iii. Tidak mudah terbakar.

iv. Tidak berbau busuk, tidak berasa pahit dan tidak toksid.

v. Kadar kelikatannya pada paip-paip saluran mestilah rendah supaya pam yang kecil dapat

digunakan.

vi. Tidak mengakis.

vii. Titik beku mestilah kecil, supaya saluran paip tidak mudah rosak atau membahayakan

sistem.

viii. Haba bandingan mestilah tinggi kerana ini membolehkan penyerapan haba yang banyak

dengan kuantiti Brin yang sedikit, justeru paip-paip yang kecil boleh digunakan.

Kadar kakis bagi Brin:

Kadar kakis bagi Brin bergantung kepada kepekatannya. Jika kepekatan Brin bertambah, kadar

kakis adalah kurang dan apabila kepekatannya dikurangkan, kadar kakis adalah tinggi. Satu

cara untuk mengekalkan mutu Brin ialah dengan menutup seluruh saluran supaya udara dari

luar tidak dapat masuk ke dalam sistem. Kadar kakis dapat juga dikurangkan dengan

mencampurkan ubat khas kepada Brin. Ubat khas yang dicampurkan mestilah mengikut kadar

Brin yang digunakan. Misalnya, 100 liter Brin, kadar campurannya ialah dikloromik 100 gram

dan kaustik soda 40 gram.

Page 29: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

29 | P P U A s a s

PEMAMPAT (COMPRESSOR)

Pemampat adalah bahagian yang paling utama bagi sistem penyejukan. Ini adalah sama seperti

jantung pesawat sistem penyejukan. Peti sejuk moden dan penghawa dingin menggunakan motor

pemampat penyejuk berbentuk tertutup rapat sepenuhnya. Motor dan pesawat pemampat

dipasang menjadi satu unit dan diletakkan ke dalam kotak yang diperbuat daripada besi.

Bahagian gerakan pesawat pemampat direndam di dalam minyak bagi mendapatkan pelinciran

yang baik untuk diguna lama dan tidak perlu mambaiki atau menukarkan alat ganti. Sesetengah

pusingan pemampat yang menggunakan bentuk pesawat putar (rotary), adalah lebih senyap.

Hawa dingin buatan yang baru juga banyak yang menggunakan pemampat putar ini. Sesetengah

peti sejuk model lama menggunakan pemampat berbentuk terbuka, di mana motor dan pemampat

terbahagi kepada dua bahagian yang menggunakan tali sawat bagi menarik pemampat untuk

berpusing dan beroperasi.

Sistem penyejukan (refrigeration system) terbahagi kepada bentuk pesawat dan bukan bentuk

pesawat (mechanical and non-mechanical). Pasangan penyejukan berbentuk pesawat

menggunakan pemampat sebagai jantung. Bagaimanapun, kegunaan alat pemampat adalah

sama. Ia membolehkan sistem penyejukan memberikan tekanan berbeza supaya bahan pendingin

dapat mengalir dalam sistem dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Tekanan adalah

berbeza dalam keletakan tekanan tinggi dan tekanan rendah yang membolehkan cecair bahan

pendingin dapat melintasi injap kawalan (control valve) mengalir masuk ke bahagian pembeku

sejuk, bahagian ini dipanggil pencairwap atau penyejat (evaporator). Tekanan wap gas bahan

pendingin dalam penyejat mestilah lebih tinggi daripada tekanan tabung simpanan penyejukan

bahagian penyedut gas, bagi wap gas punca tekanan rendah mengalir dari penyejat masuk ke

tabung simpanan.

Jenis-jenis pemampat:

Bentuk pemampat pasangan peti sejuk atau pasangan penyejuk bentuk kecil adalah terbahagi

kepada beberapa jenis:

Dari binaan dan kendalian:

a. Kebuk/Silinder Tunggal (single cylinder)

b. Kebuk/Silinder Berkembar (twin cylinder)

Dari cara tekanan:

a. Bentuk salingan (reciprocating)

b. Bentuk putar (rotary)

Dari bentuk pusingan:

a. Bentuk memutar terus (direct drive)

b. Bentuk memutar tali sawat (belt drive)

Dari pasangan sawat gerakan terbahagi kepada:

a. Bentuk putar talisawat terdiri (independent belt drive)

b. Bentuk putar terus setengah rapat (semi-hermetic direct drive); motor dan pemampat dipasang

didalam kotak berasingan (motor and compressor in separate housings)

Page 30: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

30 | P P U A s a s

c. Bentuk putar terus dan rapat penuh (hermetic direct drive); motor dan pemampat dipasang

dalam satu kotak yang sama (motor and compressor in same housing)

Pemampat penyejuk kegunaan keluarga moden menggunakan bentuk pasangan rapat salingan,

bentuk peti sejuk lama dan bentuk pasangan penyejuk kecil menggunakan bentuk terbuka (open

type), pasangan ini mengasingkan motor dan pemampat menggunakan tali sawat bagi

memusingkannya. Bentuk pemampat salingan terbahagi kepada:

a. Kebuk/Silinder Tunggal

b. Kebuk/Silinder Berkembar

Keletakan susunan dipasang melintang (horizontal) atau menegak (vertical). Omboh (piston) dan

aci engkol (crankshaft) digerak oleh lengan penyambung (rod tangkai / connecting rod), bahagian

lengan penyambung yang besar dipasang pada aci engkol dan sebelah lagi dipasang pada pin

omboh (piston pin) bagi menggerakkan putaran (rotating motion). Aci engkol memutarkan

gerakan salingan omboh (reciprocating motion).

Proses Operasi Kendalian Pemampat

Bahan pendingin dapat dimasukkan dan dikeluarkan dari pemampat kerana oleh injap sedutan

(suction valve) dan buang cas/discas (discharge valve) yang dipasang pada papan injap (valve

plate). Dua injap kawalan dipasang atas papan itu membinajadi bahagian bawah tudung kebuk.

Gerakan hentakan injap, membolehkan bahan pendingin melintasi injap buangcas/discas

mengeluarkannya, dan injap sedutan (suction valve) menyedut masuk. Kita omboh berada pada

perjalanan ke bawah, proses sedutan (suction process) berlaku, tekanan kebuk/silinder

berkurangan kerana tekanan gas dalam kebuk berada pada tahap terendah daripada tekanan

tabung penyedut. Gas yang disedut itu menolak injap sedut terbuka setelah mendapat tekanan,

kemudian tekanan dalam kebuk akan meningkat, memaksakan injap sedut tertutup. Oleh kerana

tekanan kebuk meningkat, ini membolehkan injap discas (discharge valve) terbuka, bagi bahan

pendingin masuk ke pemeluwap (condenser). Ini menjadikan bahan pendingin bertekanan tinggi.

Inilah perjalanan sedut dan discas gas yang mana gas bahan pendingin masuk ke dalam kebuk,

dan menekannya kemudian discas keluar dari kebuk. Dua injap, sedutan dan discas dikawal oleh

perubahan tekanan dalam kebuk itu.

Page 31: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

31 | P P U A s a s

Page 32: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

32 | P P U A s a s

Page 33: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

33 | P P U A s a s

Pembahagian Jenis-jenis Pemampat

Reciprocating Type

Page 34: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

34 | P P U A s a s

Open Type (Pemampat Terbuka)

Pemampat terbuka dikemaskan dengan bolt. Aci engkolnya terkeluar daripada blok atau kotak

engkol. Aci engkol digerakkan oleh takal dan tali sawat atau terus digerakkan oleh motor elektrik.

Pemampat terbuka memerlukan adang aci engkol supaya bahan pendingin tidak terkeluar dari

daripada pemampat. Gambarajah di bawah menunjukkan satu jenis pemampat salingan terbuka

yang digerakkan oleh takal dan tali sawat. Pemampat ini mempunyai satu silinder. Aci engkolnya

dari jenis sipi. Rod rangkai dicagak pada sipi dan disambung pada omboh. Aci engkol

dilengkapkan dengan penimbal dan diimbangi dengan betul untuk memastikan pergerakan

pemampat menjadi lancar dan tidak bergegar. Pemampat jenis terbuka ini digerakkan oleh motor

elektrik. Aci engkolnya yang terkeluar dari kotak engkol memerlukan adang aci engkol untuk

mengelakkan minyak dan bahan pendingin daripada terkeluar dari sistem, dan menghalang

udara dari masuk ke dalam sistem. Adang aci engkol menggunakan dua permukaan yang

bergesel. Satu permukaan berpusing dengan aci engkol dan di-adang pada aci engkol dengan

gelang-O yang diperbuat dari bahan sintetik, manakala permukaan yang satu lagi dilekapkan

pada kotak engkol bersama gasket tahan bocor. Lihat gambarajah di bawah, menunjukkan keratin

rentas aci engkol.

Asas Operasi Pemampat Salingan

Page 35: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

35 | P P U A s a s

Page 36: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

36 | P P U A s a s

Semi-Hermetic Type

Kebanyakan unit-unit Semi-Hermetic menggunakan ‘Vaulted Assembly’ dan dilengkapkan dengan

injap servis (service valve). Pemampat dan motornya ditempatkan dalam satu ‘housing’. Jadi,

‘Crank Shaft – Seal and Belting’ tidak perlu digunakan. Jika berlaku kerosakan, baikpulih pada

pemampat dan motornya, bahagian ini boleh diservis dan alat ganti dibahagian lain boleh ditukar.

Page 37: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

37 | P P U A s a s

Page 38: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

38 | P P U A s a s

Hermetic Type

Page 39: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

39 | P P U A s a s

Rotary Type (Pemampat Putar)

Pemampat putar terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama - mempunyai dua atau lebih bilah yang berpusing bersama aci: bilah

putar.

Jenis kedua - mempunyai satu bilah yang menetap untuk adang saluran sedutan

daripada saluran nyahcas/discas : bilah pegun

pemampat putar digunakan pada peti sejuk domestic, sistem dinginbeku dan alat penyamanan

udara. Pemampat ini juga digunakan pada pemampat penggalak di dalam bahagian tekanan

rendah pada sistem-sistem mampatan berbilang peringkat yang besar.

Pemampat putar jenis bilah pegun:

Pemampat jenis ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian bergerak dan bahagian tetap.

Bahagian bergerak mempunyai komponen gelang keluli, sesendal dan sawar gelongsor. Bahagian

tetap pula mempunyai motor dan silinder keluli.

Untuk mengetahui bagaimana pemampat jenis bilah pegun ini berfungsi, lihat gambarajah di

bawah. Pada kedudukan A, kita dapat lihat bilah gelongsor (pembahagi) sentiasa menekan pada

gelang keluli. Bahan pendingin akan masuk ke dalam ruang antara gelang dan dinding silinder.

Page 40: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

40 | P P U A s a s

Pada waktu yang sama, bahan pendingin di hadapan gelang dimampatkan kerana ruang di antara

silinder dan gelang kerapkali menjadi kecil. Apabila gelang berputar seperti dalam keadaan B,

lebih banyak wap bahan pendingin yang dimampatkan dan dinyahcaskan ke pemeluwap melalui

saluran nyahcas/discas. Wap bahan pendingin yang baru akan masuk melalui saluran sedutan.

Proses nyahcas dan sedutan ini sentiasa berulang selagi sistem masih hidup.

Pemampat putar jenis bilah putar

Pemampat jenis ini mempunyai beberapa bilah di dalam rotor. Bilah ini akan sentiasa ditekan ke

dinding silinder oleh tenaga empar semasa rotor berpusing. Gambarajah di bawah menunjukan

cara-cara pemampat ini bekerja.

Page 41: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

41 | P P U A s a s

Gerakerja pemampat putar jenis bilah putar

Wap bahan pendingin yang bertekanan rendah akan masuk melalui saluran sedutan A. pada

kedudukan B, proses sedutan masih berlaku. Apabila motor berpusing pada kedudukan C, proses

sedutan berakhir. Kedudukan D menunjukan proses nyahcas yang baru berlaku. Nyahcas berlaku

kerana ruang di antara silinder dan rotor kerapkali berkurangan. Isipadu yang berkurangan

membuatkan tekanan dan suhu menjadi tinggi. Semasa gas bahan pendingin dinyahcaskan, gas

ini akan melalui saluran nyahcas kerana tidak ada ruang lagi untuk bahan pendingin lalu di

hadapannya. Pada masa ini, kelegaannya ialah 0.025mm. Kelegaan yang terlalu kecil ini

bercampur dengan minyak pelincir bagi mengelakkan kebocoran daripada berlaku di antara

tekanan tinggi dan tekanan rendah.

Page 42: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

42 | P P U A s a s

Page 43: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

43 | P P U A s a s

PEMELUWAP (CONDENSER)

Fungsi pemeluwap (condenser) adalah untuk menyingkirkan haba dari sistem penyejukan. Telah

diketahui bahawa, penyejukan ialah proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu tempat

yang lain. Jadi, melalui pemeluwap haba akan disingkirkan/dikeluarkan dengan cara diserap oleh

media (udara) yang dapat menyerapnya. Bahan pendingin yang berbentuk wap (vapor), mengalir

masuk masuk ke pemeluwap mengadungi haba yang diserap di penyejat (evaporator), haba

lampau (super heat) dan haba mampatan yang bertekanan dan bersuhu tinggi. Haba-haba ini

akan disingkirkan dan disejukkan ke takat didihnya. Ini bermakna, haba deria (sensible heat) dan

haba pendam (latent heat) dikurangkan, lalu bahan pendingin berubah bentuk dari wap ke cecair.

Teori Proses Penyingkiran Haba di Pemeluwap (Condenser)

Rajah di atas menunjukan garisan suhu (°C) ialah garisan menegak dan garisan melintang ialah

kandungan haba (Kcal/kg). Bahan pendingin berbentuk cecair di semua kawasan disebelah kiri A.

disebelah kanan B pula ialah dalam bentuk wap. Bahan pendingin dalam garisan A dan B adalah

berbentuk wap dan cecair atau lebih dikenali dengan kawasan campuran.

Bahan pendingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi akan mula masuk ke pemeluwap di tempat

1. Proses pemindahan haba berlaku di mana suhu menjadi kurang daripada 40°C ke 30°C iaitu

dari proses 1 ke 2 dan haba yang dipindahkan ialah hamba lampau. 2 ialah takat tepu. Proses

pemidahan haba terus berlaku dari 2 ke 3 dan haba yang dipindahkan ialah haba pendam.

Page 44: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

44 | P P U A s a s

Bila haba pendam dipindahkan atau disingkirkan, bahan pendingin akan berubah bentuk dari

wap ke cecair. Haba deria tidak sedikit pun dipindahkan semasa proses 2 ke 3.

Seterusnya, proses ‘sub-cooling’ pula mengambil tempat iaitu 3 ke 4 di mana suhu dikurangkan

dari 40°C ke 30°C dan haba deria disingkirkan.

Di pemeluwap, proses pemindahan haba berlaku berperingkat-peringkat. Mula haba lampau

disingkirkan diikuti dengan haba pendam dan haba di pemeluwap. Bacaan kandunganhaba deria

dan haba pendam diambil lalu dibuat perbandingan.

Haba Lampau (Super Heat) 141 Kcal – 140 Kcal = 1

Haba Deria (Sensible Heat) 107 Kcal – 105Kcal = 2

_____________________________________________________________

Jumlah = 3 Kcal

Dikiraan ini menunjukkan haba yang paling banyak disingkirkan oleh pemeluwap ialah haba

pendam.

Keupayaan Pemeluwap:

Pemindahan atau penyingkiran haba di pemeluwap ialah cara pengaliran pada dinding tiub yang

digunakan. Keupayaan pemeluwap dan perbezaan suhu di antara ‘condensation’ bahan

pendingin dan media penyerap haba jika faktor ‘U’ adalah tetap. Jika faktor ‘U’ dan luas ‘m²’ pula

tetap, maka keupayaan pemeluwapbergantung pada perbezaan suhu ‘condensation’ bahan

pendingin dengan media penyerap haba.

Kesimpulannya, keupayaan pemeluwap boleh ditambah atau dikurangkan dengan meninggikan

atau merendahkan perbezaan suhu.

Media dan jenis-jenis pemeluwap:

Udara dan air digunakan sebagai media untuk menyerap haba dari bahan pendingin di

pemeluwap. Udara dan air digunakan adalah kerana murah dan mudah diperolehi.

Jenis-jenis pemeluwap:

a. Air-Cooled Condenser (Pemeluwap Sejuk Udara)

b. Water-Cooled Condenser (Pemeluwap Sejuk Air)

c. Evaporative Condenser (Pemeluwap Cair-Wapan)

Air-Cooled Condenser

Media penyerap haba adalah dari udara yang melalui pemeluwap. Terbahagi kepada dua:

i. Natural Convection (tidak menggunakan kipas)

ii. Forced Convection (menggunakan kipas)

Pemeluwap yang menggunakan kipas bergantung kepada luasnya kawasan sentuhan udara dan

tiub bagi proses pemindahan habanya, tetapi mestilah berhati-hati semasa membentuknya supaya

kos bahan yang digunakan tidaklah terlalu mahal. Kos bahan dan saiz pemeluwap mestilah

seimbang.

Page 45: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

45 | P P U A s a s

Air-Cooled Condenser boleh didapati dalam tiga bentuk:

* ketiga-tiga pemeluwap di atas digunakan pada sistem domestic.

1. Tiub kuprum atau besi keluli sering digunakan.

2. Kawasan sentuhan haba bagi proses pemindahan adalah pada tiub itu sahaja.

3. Kawasan sentuhan telah ditambah dengan adanya jarring-jaring (fins) yang diperbuat

daripada rod besi keluli.

4. Kawasan sentuhan adalah lebih luas setelah tiub dilengkapkan dengan plat.

Pemeluwap yang menggunakan kipas:

Keupayaannya boleh ditambah dengan menyembur udara ke permukaannya. Kipas digunakan

dan sirip (fins) dilekapkan pada gelung kuprum agar udara dapat diarahkan tepat ke permukaan

pemeluwap. Kipas jenis ‘propeller’ digunakan. Pilihan kipas bergantung kepada beberapa faktor

seperti rintangan udara, tahap bunyi, keluasan tempat dan sebagainya.

Halaju Udara (meter/minit) = Kandungan Udara (meter³/minit)

Luas Permukaan Pemeluwap (meter²

Page 46: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

46 | P P U A s a s

MEMBUKA DAN MEMASANG PEMELUWAP (DISMANTLE & ASSEMBLE CONDENSER)

Sebagai seorang mekanik penyaman udara, adalah penting untuk mengetahui kedudukan yang

sesuai ketika hendak memasang unit luar (outdoor unit). Ini kerana kedudukan unit luar pada

tempat yang salah boleh mempengaruhi kapasiti penyejukan penyaman udara yang telah

dipasang.

Lokasi pemasangan unit luar yang sesuai adalah:

1. Pembebasan haba dari unit luar mestilah tidak terhalang (heat radiation of condenser not

restricted/obstructed).

2. Dipasang pada tempat yang kukuh (firm foundation/solid wall).

3. Panjang tiub mestilah mengikut spesifikasi (within specified tubing length).

4. Hindarkan dari terkena percikan air (avoid water splashing).

5. Elakkan dari mudah disentuh/dicapai oleh kanak-kanak atau haiwan (avoid unit reached by

children or animal).

6. Mudah untuk melakukan pembaikan atau penyelenggaraan (easy for inspection and

maintenance).

Pemasangan unit luar yang salah:

Permasalahan yang sering dihadapi oleh mekanik atau juruteknik hawadingin ialah kedudukan

unit luar yang terbabit jka melebihi dari satu unit. Kedudukan penyusunan unit luar yang salah

seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas, boleh menyebabkan unit tidak dapat berfungsi

dengan sempurna. Ini adalah kerana, pembebasan yang dikeluarkan oleh unit luar tidak dapat

bergerak dengan baik dan seimbang. Ini juga boleh menyebabkan kapasiti penyejukan menjadi

berkurangan dan boleh menyebabkan jangkahayat pemampat dan pemeluwap berkurangan

disebabkan berkerja atau beroperasi dalam beban yang tinggi.

Peredaran udara yang terhalang juga boleh menyebabkan kapasiti penyejukan pada sistem akan

berkurangan. Ini adalah kerana udara panas yang disingkirkan oleh pemeluwap tidak terlepas

keluar dan udara panas tersebut akan kembali semula ke pemeluwap dan suhu udara panas yang

disingkirkan akan bertambah dari masa ke semasa. Jangkahayat pemampat dan pemeluwap juga

akan menjadi pendek disebabkan oleh operasi dalam beban yang tinggi.

Page 47: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

47 | P P U A s a s

Contoh susunan unit luar yang betul adalah seperti di bawah:

Page 48: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

48 | P P U A s a s

PENYEJAT (EVAPORATOR)

Penyejat adalah salah satu komponen yang utama dalam sistem penyejukan dan penyamanan

udara.

Penyejat berfungsi sebagai penyerap haba. Cecair bahan pendingin di dalam penyejat akan

bertukar kepada gas setelah haba diserap. Dalam keadaan sejuk (tekanan dan suhu yang rendah),

penyejat akan menyerap haba yang panas disekelilingnya.

Banyak terdapat nama-nama lain bagi penyejat antaranya, gegelung penyejuk, gegelung penyejat,

unit penyejat, gelung pembeku, penyejuk cecair dan lain-lain.

PRINSIP OPERASI PENYEJAT:

Fungsi atau prinsip operasi penyejat ialah untuk menyerap haba di dalam ruang, kabinet, atau

tempat yang hendak disejukkan. Bahan pendingin dalam bentuk cecair yang mempunyai suhu

dan tekanan yang rendah akan berupaya untuk menarik dan menyerap haba ke lingkaran

penyejat. Selepas menyerap haba, cecair pendingin akan berubah bentuk kepada gas/wap bahan

pendingin dan seterusnya masuk ke dalam pemampat melalui saluran sedutan (suction) untuk

dimampatkan.

Jenis-jenis penyejat:

Penyejat terbahagi kepada dua kategori:

1. Penyejat jenis pengembangan kering (dry evaporator / direct expansion evaporator)

2. Penyejat jenis banjir / Kelompang dan tiub (flooded evaporator)

1. Penyejat jenis pengembangan kering:

Alat kawalan kemasukan bahan pendingin (peranti pemeteran) dalam penyejat jenis ini hanya

membenarkan cecair bahan pendingin yang perlukan sahaja untuk menyerap haba di dalam

lingkaran atau gegelung penyejat. Bahan pendingin ini akan masuk melalui satu hujung

penyejat dan dalam lingkaran yang sama. Kesemua bahan pendingin yang meninggalkan

lingkaran penyejat adalah dalam bentuk gas yang kering.

Kadar cecair bahan pendingin yang masuk ke penyejat bergantung kepada kadar pertambahan

atau pengurangan beban haba pada pemeluwap. Jumlah cecair bahan pendingin yang masuk

ke lingkaran penyejat menjadi kurang apabila beban haba sedikit dan akan bertambah jika

beban haba adalah tinggi. Walaubagaimanapun, keupayaan penyejat adalah tinggi apabila

beban haba yang diserap adalah banyak.

Page 49: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

49 | P P U A s a s

Penyejat (Evaporator) Jenis Pengembangan Kering

Page 50: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

50 | P P U A s a s

Sirip (fins) dibina adalah bertujuan meluaskan lagi permukaan penyerapan haba pada penyejat.

Lingkaran penyejat lalu menerusi celah-celah sirip tersebut. Rekabentuk jenis ini biasanya

digunakan untuk sistem penyamanan udara.

Page 51: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

51 | P P U A s a s

2. Kelompang dan tiub (Flooded Evaporator)

Penyejat jenis ini digunakan untuk sistem penyejukan yang besar yang dinamakn sistem air

kokol. Bahan pendingin akan masuk melalui tiub dan air pula masuk melalui kelompang. Air

yang masuk mempunyai suhu yang tinggi dan apabila keluar suhu air menjadi rendah kerana

bahan pendingin di dalam tiub menyerap haba daripada air di dalam kelompang.

Page 52: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

52 | P P U A s a s

3. Kelompang dan Gelung.

Penyejat jenis ini lebih kecil berbanding penyejat jenis kelompang dan tiub. Kelompangnya

adalah lebih kecil dan gelung penyejat berada di dalamnya. Penyejat ini digunakan dalam

sistem pendingin udara.

4. Tiub terdedah.

Lingkaran penyejat berbentuk – U dilingkarkan di dalam kabinet penyejukan tanpa pembalut.

Lingkaran ini dilekatkan ke dinding cabinet penyejukan. Jenis ini digunakan bagi peti sejuk di

kedai-kedai untuk membuat ketulan ais. Bahan pendingin menyerap haba secara terus

daripada bahan yang hendak disejukkan.

Page 53: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

53 | P P U A s a s

5. Plat.

Rekabentuk ini dibuat khas untuk peti sejuk rumah. Petak-petak yang banyak di atas

permukaan plat membolehkan cecair bahan pendingin beredar lebih banyak untuk menyerap

haba. Plat yang disalut dengan plastik keras adalah untuk menjamin keselamatan. Walaupun

begitu, ini tidaklah menjejaskan proses penyerapan haba.

Page 54: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

54 | P P U A s a s

Bahan-bahan binaan penyejat:

Komponen utama dalam penyejat daripada tiub kuprum, kelompang yang diperbuat dari plat

keluli yang tebal dan plat yang diperbuat dari kepingan aluminium.

Page 55: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

55 | P P U A s a s

PERANTI PEMETERAN (METERING DEVICES)

Type and application of metering devices:

Expansion valve atau metering device adalah salah satu komponen yang utama dalam sistem

penyejukan. Jika berlaku kerosakan ke atasnya, sistem penyejukan akan gagal menjalankan

tugasnya. Oleh itu, adalah mustahak megetahui segala aspek yang berkaitan dengannya agar

dapat menjalankan pemeriksaan dan pembaikan dengan sempurna.

Sungguhpun ‘metering device’ adalah satu komponen yang susah hendak difahami samada

binaannya, atau operasinya, akan tetapi asas fungsinya adalah mudah, iaitu ‘alat untuk

mengawal pengaliran cecair bahan penyejuk ke penyejat’. Metering device mungkin

dijalankan oleh kuasa yang berlainan sperti suhu (temperature), atau tekanan (pressure), akan

tetapi fungsinya adalah sama. Unit penyejukan yang mana operasinya secara automatik mestilah

mempunyai alat yang akan menurunkan tekanan tinggi cecair penyejuk (refrigerant) ke tekanan

rendah dengan jumlah yang betul untuk membolehkan unit penyejat (evaporator) menjalankan

operasinya ke peringkat yang maksima dengan tidak membebankan pemampat (compressor).

Peranti Pemeteran (Metering Device) atau Injap Pengembangan (Expansion Valve) dalam

mekanikal penyejukan mempunyai 7 jenis:

1. Hand Operated Expansion Valve.

2. Low Pressure Side Float Valve (LSF)

3. High Pressure Side Float Valve (HSF)

4. Automatic Expansion Valve (AEV / AXV)

5. Thermostatic Expansion Valve (TEV / TXV)

6. Capilliary Tube (Cap. Tube)

7. Thermoelectric Expansion Valve

Tiub Rerambut (Capilliary Tube).

Tiub rerambut atau capilliary tube adalah alat pengawal (metering device / peranti pemeteran)

bahan pendingin yang paling mudah samada dari segi binaanya atau cara operasinya dalam

sistem penyejukan. Penggunaannya terhad kepada unit komersial yang kecil dan juga unit

domestik. Capilliary tube mempunyai garis pusat dan lubang yang kecil yang mana cecair bahan

pendingin mengalir masuk ke penyejat (evaporator / cooling coil). Capilliary tube ini tidak

termasuk dalam kategori atau jenis injap (valve), kerana ianya tidak boleh dilaras (non-

adjustable). Saiz dan panjang ‘capilliary tube’ bergantung kepada kapasiti / keupayaan sistem

penyejuk. Sebagaimana sistem penyejuk yang lain, tiub ini juga dipasang diantara saluran cecair

dan penyejat. Capilliary tube ini akan mencatu jumlah cecair penyejuk yang akan masuk ke

penyejat secara berdikit-dikit, sementara itu tekanan tinggi akan terjadi dibahagian pemeluwap

(condenser) semasa sistem beroperasi.

Oleh kerana lubang tiub ini kecil dan telah ditetapkan panjangnya, maka kadar pengaliran bahan

pendingin menjadi tidak tetap. Dalam keadaan beban haba, tekanan sedutan (suction) dan

tekanan nyahcas/discas (discharge) yang tetap, maka keupayaan capilliary tube adalah

memuaskan. Apabila berlaku penukaran beban haba di penyejat, dan berlaku ketidakseimbangan

tekanan di bahagian tinggi (high side), ini akan menyebabkan berlakunya penambahan atau

Page 56: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

56 | P P U A s a s

pengurangan bahan pendingin ke penyejat. Apabila sistem berhenti, tekanan dibahgian rendah

(low side) dan tinggi (high side) pada sistem akan menjadi seimbang. Ini membolehkan pemampat

(compressor) motor memulakan perjalanan dengan kuasa yang rendah (low starting torque).

Oleh kerana lubang tiub rerambut ini adalah kecil, sistem hendaklah bebas dari kotoran dan

habuk. Itulah sebabnya penapis dipasang sebelum ‘capilliary tube’. Perjalanan bahan pendingin

yang terhalang disebabkan tersumbat akan mengakibatkan ‘frost’ pada ‘evaporator’ / penyejat,

sistem akan berjalan berlarutan atau ‘overload’ akan terputus, tekanan dibahagian tinggi akan

menjadi terlalu tinggi dan tekanan pada bahagian rendah akan menjadi terlalu rendah.

Isian bahan pendingin pada sistem yang menggunakan ‘capilliary tube’ adalah kritikal. Oleh

kerana ia tidak menggunakan ‘receiver’ / penerima, untuk menyimpan bahan pendingin yang

berlebihan. Isian yang berlebihan akan menyebabkan tekanan menjadi terlalu tinggi di bahagian

tinggi. Pemampat (compressor) terpaksa bekerja lebih dan boleh menyebabkan cecair bahan

pendingin masuk ke pemampat semasa sistem berhenti. Kekurangan bahan pendingin akan

menyebabkan gas bahan pendingin masuk ke evaporator/penyejat. Ini akan

mengurangkan/menghilangkan keupayaan penyejat/evaporator.

Untuk mendapatkan ukuran tiub rerambut/capilliary tube yang sesuai dengan penyejat adalah

susah, walaupun demikian di bawah disertakan dengan jadual ukuran ‘Capilliary Tube’ dan

penggunaanya:

Garis Pusat ‘Cap. Tube’

Garispusat Luar Garispusat Dalam

.083 .031

.094 .036

.109 .042

.114 .049

.120 .055

.130 .065

Penggunaan dan Saiz ‘Cap. Tube’

Page 57: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

57 | P P U A s a s

Suhu menunjukkan: ‘H’ untuk suhu tinggi, ‘M’ untuk suhu sederhana dan ‘L’ untuk suhu rendah.

SERVICING AND TROUBLESHOOTING FOR CAPILLIARY TUBE SYSTEM

Mencari dan menentukan kesalahan/kerosakan pada sistem yang menggunakan ‘capilliary tube’

serta cara mengatasinya.

1. Isian kurang, simptomnya/tandanya:

a. Unit berjalan tanpa henti – termostat tidak berfungsi.

b. Penyejat / evaporator kurang ‘frost’/beku.

c. Tolok / ‘gauge’ bahagian tinggi / ‘high side’ di bawah keadaan normal.

d. Tolok / ‘gauge’ bahagian rendah / ‘low side’ di bawah keadaan normal.

e. Suhu dalam kabinet panas.

Cara mengatasinya:

a. Periksa kebocoran pada sistem.

b. Tambah isian bahan pendingin.

2. Isian kurang, simptomnya/tandanya:

a. Unit berjalan tanpa henti – termostat tidak dapat dilaras ke ‘Low Temperature’.

b. Penyejukan / Refrigeration dalam kabinet kurang sejuk.

Page 58: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

58 | P P U A s a s

c. Tekanan tolok/gauge/meter berdekatan kadar normal.

d. Saluran sedutan / ‘suction’ beku/’frost’.

Cara mengatasinya:

a. ‘Purge’ / Bersihkan atau buang bahan penyejuk / ‘refrigerant’ sehingga suhu dalam kabinet

kembali normal. Suhu rendah.

3. ‘Capilliary Tube’ tidak cukup halangan – pendek, simptomnya/tandanya:

a. Unit sentiasa berjalan.

b. Tekanan rendah/tinggi berdekatan normal.

c. Bunyi bising disebabkan cecair bahan penyejuk masuk ke penyejat dari ‘cap. tube’.

d. Kejatuhan tekanan tinggi dengan serta-merta apabila unit berhenti.

Cara mengatasinya:

a. Tambahkan panjang ‘cap.tube’.

4. Cap. Tube terlalu banyak halangan – panjang, simptomnya:

a. Unit sentiasa berjalan.

b. Tekanan dibahagian tinggi / ‘high side’ – lebih dari normal.

Cara mengatasinya:

a. Pendekkan ukuran ‘cap. tube’ mengikut ukuran yang asal.

5. Cap. Tube tersumbat, tandanya:

a. Tekanan tinggi lebih dari normal.

b. ‘Evaporator’ – ‘frost’.

c. Unit sentiasa berjalan.

Cara mengatasinya:

a. Tukar cap. tube mengikut ukuran yang asal.

6. Sistem ‘cap. tube’ – angin dalam pemeluwap/condenser, tandanya:

a. Tekanan tinggi sebelah bahagian tinggi sistem – melebihi normal.

b. Penyejat ‘frost’ semasa sistem berjalan.

c. Unit sentiasa berjalan.

Cara mengatasinya:

a. ‘purge’ angin – periksa semula perjalanan sistem.

Page 59: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

59 | P P U A s a s

Page 60: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

60 | P P U A s a s

THERMOSTATIC EXPANSION VALVE

‘Thermostatic Expansion Valve’ adalah pengawal bahan pendingin yang paling meluas digunakan

di masa ini, kerana mempunyai keupayaan yang baik dan sedia dipasang pada apa saja

pepasangan penyejukan. Injap / ‘Valve’ ini juga kadangkala dipanggil ‘Super-Heat Valve’.

Binaannya berdasarkan pengawalan ketepatan darjah suhu ‘super heat’ di pintu keluar

‘evaporator’, yang mana akan mengawal ‘evaporator supaya sentiasa mendapat bekalan

‘refrigerant’ dalam semua keadaan beban haba, tanpa membahayakan kemasukan cecair

‘refrigerant’ ke saluran ‘suction’. Ia sesuai dipasang pada sistem yang bekerja pada beban haba

yang tidak tetap. Ia biasanya dipasang pada ‘evaporator’ jenis ‘dry’ atau ‘direct expansion’.

Binaan:

Mengandungi ‘needle’ dan ‘seat’ daripada bahan ‘alloy’ yang tahan lasak. ‘pressure bellow’ atau

‘diaphragm’ daripada bahan ‘phosphor bronze’ dipasang tetap atau menggunakan pembenang ke

‘valve body’. ‘Remote Bulb’, ‘Temperature Sensitive Element’ atau ‘Thermo Bulb’, yang mana

disambungkan pada ‘bellow’ atau ‘diaphragm housing’ dengan menggunakan ‘cap. tube’. ‘Thermo

Bulb’ dipasang dipintu keluar ‘evaporator’. Isian ‘thermo bulb’ biasanya sama dengan jenis

‘refrigerant’ yang digunakan dalam sistem.

Sejenis spring yang dipanggil Spring Penyelaras Super Heat (Super Heat Adjusting Spring).

Ketegangan atau kekuatannya boleh dilaraskan dengan menggunakan skru untuk darjah/degrees

atau darjah super-heat yang dikehendaki. Satu lubang laluan atau sambungan untuk membawa

tekanan dari ‘evaporator’ ke sebelah bawah ‘diaphragm’ atau ‘bellow’ dipanggil ‘equalizer’.

Terdapat dua jenis ‘equalizer’ iaitu ‘internal’ dan ‘external’.

Penapis digunakan untuk menapis kotoran daripada masuk ke injap/valve. Diperbuat daripada

bahan tembaga. ‘Valve Body’ diperbuat daripada bahan ‘drop forged brass’ dan kadangkala

daripada ‘stainless steel’.

Ciri-ciri operasinya adalah hasil dari tindakan tiga:

1. Tekanan ‘remote bulb’ dan ‘power assembly’ (P1)

2. Tekanan ‘evaporator’ (P2)

3. Tekanan ‘super-heat spring’ (P3)

Tekanan dalam ‘remote bulb’ dan ‘power assembly’ (P1) adalah tekanan tepu / ‘saturation’ yang

bersamaan dengan suhu bahan pendingin yang keluar dari ‘evaporator’. Tekanan (P1) ini akan

menolak ‘valve pin’ / jarum injap dan membuka ‘valve seat’. Tekanan yang berlawanan dari bawah

‘diaphragm’ untu menutup ‘valve seat’ adalah gabungan dua kuasa (P2) dan (P3) atau tekanan

‘evaporator’ dan tekanan ‘super-heat spring’. ‘Valve’ akan mendapat kawalan stabil apabila posisi

ketiga-tiga kuasa ini mencapai keseimbangan: { (P1) = (P2) + (P3) }

Apabila suhu ‘refrigerant’ gas di pintu keluar ‘evaporator’ bertambah lebih dari suhu ‘saturation’,

yang mana tekanan ‘evaporator’ tidak berubah, ia akan menjadi ‘super-heated’. Tekanan dalam

‘remote bulb’ dan ‘power assembly’ (P1) bertambah melebihi tekanan ‘evaporator’ dan ‘super-

heated spring’ { (P2) + ( P3) } ini akan mengaktifkan pin untuk membuka ‘valve seat’.

Page 61: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

61 | P P U A s a s

Apabila suhu gas di pintu keluar ‘evaporator’ berkurangan, tekanan ‘remote bulb’ dan juga ‘power

assembly’ akan berkurangan (P1). Tekanan ‘evaporator’ dan ‘super-heat spring’ { (P2) + ( P3) }

melebihi tekanan (P1), maka ‘valve pin’ akan menutup ‘valve seat’.

Penyelarasan / Adjustment of Super-Heat.

Page 62: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

62 | P P U A s a s

Page 63: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

63 | P P U A s a s

Thermostatic Expansion Valve Equalizer

‘Equalizer’ digunakan untuk mendapatkan persamaan tekanan di antara pintu masuk dan pintu

keluar di ‘evaporator’ di mana ‘remote bulb’ dipasang. Persamaan tekanan ini adalah untuk

mendapatkan penyelarasan ‘super-heat’ yang tepat. Biasanya terdapat kejatuhan tekanan dalam

‘evaporator’. Adalah disyorkan untuk menggunakan ‘equalizer’ di pintu masuk dan pintu keluar

‘evaporator’, 4 psi atau 110.4 kPa.

Terdapat dua jenis ‘equalizer’ iaitu ‘internal’ dan ‘external’ equalizer. Tekanan di pintu masuk

‘evaporator’ dialirkan ke bawah ‘diaphragm’ menerusi satu saluran kecil atau ruang di sekeliling

‘push rod’. Digunakan pada ‘evaporator’ yang kejatuhan tekanannya adalah rendah. ‘External

Equalizer’ dipasang dengan menggunakan saluran tiub ¼ in. OD. Satu hujung dipasang pada

pintu keluar ‘evaporator’ dan satu hujung lagi dipasang pada bawah ‘diaphragm’. Digunakan pada

‘evaporator’ yang kejatuhan tekanannya adalah tinggi.

Special Thermostatic Expansion Valve

Banyak rekabentuk ‘expansion valve’ jenis ini. Salah satu darinya adalah cantuman agihan tiub

atau ‘manifold’ pada pintu keluar ‘expansion valve’ sebelum ke ‘evaporator’. Rekabentuk sebegini

digunakan adalah untuk mengurangkan kejatuhan tekanan pada ‘evaporator’ yang besar-besar

dengan menyediakan beberapa saluran ‘evaporator’ yang selari. Ini sangat popular pada

pepasangan penyaman udara. Kerja-kerja yang cermat adalah diperlukan untuk mendapatkan

pembahagian jumlah bahan pendingin yang sama pada tiap-tiap tiub saluran ‘evaporator’.

Page 64: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

64 | P P U A s a s

Page 65: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

65 | P P U A s a s

Page 66: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

66 | P P U A s a s

Automatic Expansion Valve

‘Automatic Expansion Valve’ atau AXV adalah satu jenis alat pengawal bahan pendingin yang

operasinya bergantung pada tekanan ‘low side system’. Tujuannya adalah untuk memancutkan

cecair bahan pendingin dari saluran cecair dengan tekanan yang tetap ke bahagian tekanan

rendah sistem secara automatik.

Binaan:

‘Valve’ ini mengandungi jarum/needle/pin dan ‘seat’ yang diperbuat daripada bahan aloi/alloy yang

tahan rosak, seperti ‘stainless steel’. Penapis biasanya dipasang di saluran cecair bahan pendingin

masuk ke AXV. Ini bagi bertujuan menghalang kemasukan bahan-bahan yang tidak dikehendaki

yang mana boleh menyebabkan rintangan pada ‘valve’. Penapis ini diperbuat dari bahan

tembaga/copper berukuran 60 – 100 lubang seinci atau 25.4mm. ‘Diaphragm’ biasanya diperbuat

daripada bahan ‘phosfor bronze’ yang dipateri ke dalam ‘valve’ dan ianya adalah mudah

lentur/’flexible’.

Prinsip operasi:

AXV berfungsi menyelaras dengan tetap tekanan ‘evaporator’ samada menambah atau

mengurangkan bahan pendingin/’refrigerant’ ke ‘evaporator’ dengan kadar yang bersesuaian.

Digunakan pada ‘evaporator’ jenis ‘dry’ atau ‘direct expansion’.

Tekanan tetap ini berpunca dari dua kuasa yang berlawanan:

1. Tekanan di penyejat / ‘evaporator’ – (evaporator pressure)

2. Tekanan spring – (spring pressure)

Tekanan ‘evaporator’ bekerja dari satu bahagian ‘bellows’ atau ‘diaphragm’ yang bertindak untuk

menutup lubang ‘valve’ sementara tekanan spring pula bertindak dari satu bahagian lain untuk

membuka lubang ‘valve’. Apabila ketegangan spring (spring tension) dilaraskan untuk

mendapatkan tekanan di ‘evaporator’ yang diperlukan. ‘Valve’ akan bekerja secara automatik

mengimbangkan aliran cecair bahan pendingin ke ‘evaporator’ untuk tekanan yang dikehendaki.

Umpamanya, ketegangan spring dilaraskan untuk mendapatkan tekanan tetap di penyejat

sebanyak 69 Kpa. Dalam satu-satu keadaan, sekiranya tekanan di penyejat menurun lebih rendah

dari 69 Kpa, disebabkan kurangnya cecair bahan pendingin masuk ke ‘evaporator’, tekanan spring

akan melampui tekanan ‘evaporator’. Ini menambahkan keupayaan ‘evaporator’. Kadar

penyejatan (evaporation) bertambah dan tekanan ‘evaporator’ akan naik sehingga keseimbangan

terjadi dengan tekanan spring.

Andainya tekanan ‘evaporator’ naik melebihi 69 Kpa, tekanan ini dengan serta-merta mengatasi

tekanan spring dan menyebabkan jarum bergerak menutup lubang ‘seat’. Ini mengurangkan

aliran cecair bahan pendingin ke ‘evaporator’ menyebabkan keupayaan ‘evaporator’ dan kadar

‘evaporation’ berkurangan. Ini akan merendahkan tekanan di ‘evaporator’.

Apabila ‘compressor’ berhenti, jarum akan menutup lubang ‘seat’ sehingga ‘compressor’ berjalan

kembali. Ini terjadi kerana selepas pemampat / ‘compressor’ berhenti, ‘evaporation’ / penyejatan

masih lagi berlaku dalam penyejat. Oleh kerana ‘vapor’ tidak dialirkan ke ‘compressor’, tekanan di

‘evaporator’ meningkat melebihi tekanan spring. ‘Valve Seat’ akan tertutup rapat oleh daya

tekanan ‘evaporator’.

Page 67: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

67 | P P U A s a s

Automatic Expansion Valve

Page 68: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

68 | P P U A s a s

Hand Operated Expansion Valve

Injap / ‘valve’ ini adalah yang termudah kendaliannya berbanding injap-injap yang lain. Ianya

hanya dikawal dengan cara melaras menggunakan tangan untuk cecair penyejuk mengalir masuk

ke penyejat/pencairwap/’evaporator’. Contoh yang mudah dapat dilihat seperti memutar kepala

paip air. Prinsip inilah yang digunakan pada injap jenis ini.

Dengan memutar kepala injap ini, maka dapatlah bahan penyejuk mengalir masuk ke penyejat.

Bila cecair pendingin telah mencukupi, balas putaran injap tadi mengikut lawan putaran bagi

memberhentikan pengaliran bahan penyejuk. Kandungan bahan penyejuk yang mengalir masuk

ke penyejat bergantung kepada perbezaan tekanan pada ‘orifis’ dan darjah bukaan injap. Injap ini

biasanya digunakan pada sistem yang besar dimana bebannya adalah tetap. Seorang jurutera

yang berpengalaman sahaja yang dibenarkan mengendalikan injap tangan ini.

Page 69: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

69 | P P U A s a s

High Pressure Side Float Valve (HPSFV)

Sistem penyejukan cas terhad sahaja yang sesuai menggunakan alat penjangkaan jenis ini. Ia

dinamakan HPSFV kerana pelampong dan orifisnya terletak disebelah tekanan tinggi sistem

penyejukan. Pengawal utama injap ini bergantung pada secepat mana proses bahan penyejuk

bertukar bentuk daripada wap kepada cecair. Jadi beban sistem penyejuk tidak memainkan apa-

apa peranan pun dan ini adalah satu keburukan injap ini.

Kedudukan bola pelampong ini akan ditentukan oleh paras cecair penyejuk. Penutupan saluran

cecair (orifis) ke penyejat adalah bersambungan dengan bola pelampong. Cecair penyejuk akan

mengalir masuk ke dalam tangki injap tanpa disekat atau dikawal. Jika wap penyejuk cepat

bertukar kepada cecair, maka banyaklah cecair penyejuk mengalir masuk. Jika lambat bertukar

kepada cecair, maka kuranglah kemasukan cecair bahan penyejuk ke dalam tangki. Apabila

kandungan cecair banyak, maka parasnya akan menjadi tinggi ke atas dan orifis akan terbuka.

Lalu cecair penyejuk masuk ke gelung penyejat dan terus ke pemampat.

Di sini, dapat diperhatikan, pemampat tidak dilindungi dari dimasuki cecair penyejuk iaitu

semasa sistem penyejukan kurang beban. Cecair penyejuk tidak akan berubah kepada wap

kesemuanya bila beban kurang. Jadi kemungkinan besar cecair penyejuk akan masuk ke dalam

pemampat dan hancurlah pemampat jika cuba memampat cecair tersebut. Jadi injap ini hanya

sesuai bagi sistem penyejukan cas terhad sahaja. Jika berlaku cas yang berkurangan, maka

penyejat tidak akan jadi sejuk. Penelitian yang wajar mestilah dibuat jika hendak menggunakan

injap ini. Satu peringatan lagi ialah apabila injap ini digunakan pada sistem penyejukan

ammonia, maka akumulator sedutan mestilah dipasang sebelum pemampat.

Page 70: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

70 | P P U A s a s

Page 71: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

71 | P P U A s a s

Low Pressure Side Float (LPSF)

Low Pressure Side Float adalah sejenis pengawal ‘refrigerant’ yang mudah difahami. Jenis ini

pada masa dahulu sangat terkenal dan masih lagi digunakan pada sesetengah unit. ‘Low Pressure

Side Float’ ini digunakan pada ‘evaporator’ jenis ‘flooded’ dan dipasang menjadi satu bahagian

daripada ‘evaporator’.

LPSF ini sendiri berbentuk silinder kadangkala disebut ‘float chamber’ dimana di dalamnya

terdapat bahagian-bahagian yang mustahak seperti ‘float ball’. ‘Float Valve Lever’, ‘Float Valve

Needle’ dan ‘Oil Return Line’. Float Valve, Float Ball, Float Valve Lever, dan Float Valve Needle

dipasang ke Float Valve Body yang mana boleh bergerak turun dan naik mengikut keadaan paras

cecair bahan penyejuk di dalam ‘Float Chamber’. Needle akan membuka lubang needle seat.

Lubang needle seat bersambung dengan saluran cecair yang mana membawa cecair bahan

pendingin ke dalam chamber. Saluran suction dipasang masuk memanjang ke dalam float

chamber yang mana hujungnya menghala ke atas jika chamber itu menggunakan float chamber.

Hujung saluran itu menghala ke bawah jika sekiranya chamber itu menggunakan float pen. Ini

adalah untuk mengelakkan supaya tidak ada cecair bahan pendingin yang akan masuk ke

compressor.

Minyak biasanya akan balik ke compressor melalui lubang kecil yang terdapat di saluran

suction/sedutan dalam chamber dimana lubang itu terletak betul-betul di paras cecair yang paling

tinggi. Oleh kerana lubang ini adalah kecil, jika kedudukan unit yang tidak rata, ini akan

menyebabkan minyak tidak akan balik ke compressor dan menjadikan ‘oil binding’ atau cecair

bahan pendingin akan masuk semula ke compressor. Jika ini terjadi di ‘oil binding’, permukaan

cecair bahan pendingin dilitupi oleh minyak dan akan menggagalkan bahan pendingin daripada

bertukar bentuk kepada wap dengan secukupnya.

Prinsip operasi ‘metering device’ ini sangat mudah untuk difahami. Coil evaporator dipenuhi oleh

cecair bahan pendingin dan jumlahnya dikawal oleh float valve. Apabila haba diserap oleh bahan

pendingin di evaporator, cecair bahan pendingin itu akan mendidih dan sebahagian daripada

cecair bahan pendingin itu akan bertukar menjadi wap dan disedut ke compressor. Ini akan

menyebabkan paras cecair bahan pendingin dalam chamber menjadi rendah yang mana perkara

ini juga akan menjadikan float ball turun ke bawah. Apabila float ball turun ke bawah, needle

akan membuka lubang needle seat dan member jalan kepada cecair bahan pendingin dari saluran

cecair masuk ke float chamber menggantikan cecair yang telah ‘evaporated’ tadi. Float ball akan

naik dan float needle akan menutup lubang seat setelah cecair bahan pendingin dalam chamber

sampai ke paras maksima. Float control ini berfungsi untuk menyamakan paras cecair dalam

chamber atau di ‘low pressure side’.

Kerosakan float valve needle yang sentiasa terbuka atau membuka lubang seat dapat dikesan

dengan:

1. Bunyi bising yang bertalu-talu di ‘evaporator’ setelah ‘compressor’ berhenti.

2. Persamaan tekanan pada kedua-dua bahagian.

3. ‘Frost’ di saluran suction / sedutan.

Semua ‘float control’ mestilah dipasang rata untuk mendapatkan operasi yang memuaskan.

Bahagian-bahagian ‘float chamber’ boleh diasingkan untuk penyelenggaraan dan pembaikan.

Page 72: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

72 | P P U A s a s

Low side float refrigerant control. Note: suctin line and liquid line connection. Loat and needle

mechanism maintain constant level of liquid refrigerant in evaporator.

Low pressure side float refrigerant control. A bucket or pan type float is used in this refrigerant level

control. Suction line dips to the bottom of open float in order to remove which might

Page 73: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

73 | P P U A s a s

Page 74: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

74 | P P U A s a s

KEPELBAGAIAN KOMPONEN (VARIOUS COMPONENTS)

Memasang Pelbagai Komponen Penyejukan.

Sistem penyejukan dan penyamanan udara mempunyai berbagai komponen yang berbeza-beza

dari segi rekabentuk dan jenis bergantung kepada aplikasi sistem tersebut. Namun begitu,

terdapat komponen yang mempunyai rekabentuk dan jenis yang sama. Pemasangan komponen-

komponen ini adalah bergantung kepada tujuan:

a. Penggantian komponen yang rosak.

b. Pembaikan dan pemasangan semula.

c. Pemasangan baru.

Komponen-komponen yang terlibat di dalam pemasangan adalah seperti:

1. Filter dryer

2. Compressor

3. Metering device

4. Oil separator

5. Low pressure switch

6. High pressure switch

Pemasangan komponen-komponen ini memerlukan pemerhatian dan peraturan yang tertentu.

Sekiranya pemerhatian dan peraturan ini tidak diikuti dengan betul, sistem boleh terjejas. Sistem

ini juga berkemungkinan beroperasi di bawah kecekapan yang sebenarnya. Pada sistem lebih

besar, pemasangan yang tidak betul boleh mengakibatkan kerugian dan pembaziran.

Komponen dan peralatan lain yang terlibat dalam pemasangan komponen. Adakalanya sebelum

komponen ditukar ganti, bahan pendingin atau ‘refrigerant’ perlu diasingkan dari komponen yang

akan diganti atau dikeluarkan. Proses ini dipanggil ‘pump down’. Bagi melakukan kerja ‘pump

down’ ini, beberapa peralatan dan komponen lain adalah perlu diketahui fungsi dan

penggunaannya.

Service Valve - atau juga dipanggil ‘manual shut-off valve’, adalah amat meluas

digunakan terutama pada sistem yang berkapasiti besar.

Binaan dan rekabentuk ‘service valve’:

Service Valve terdapat dalam pelbagai saiz. Rekabentuk dan binaan boleh dilihat pada

gambarajah di bawah.

Page 75: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

75 | P P U A s a s

Service Valve ini biasanya di pasang pada:

~ saluran sedutan(suction) di ‘compressor’

~ saluran discas (discharge) di ‘compressor‘

~ saluran masuk di ‘liquid receiver’

~ saluran keluar di ‘liquid receiver’

Page 76: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

76 | P P U A s a s

Kedudukan Service Valve

Terdapat tiga kedudukan ‘service valve’ yang boleh dilaras semasa kerja-kerja ‘pump down’:

a. Front seated - kedudukan injap/valve stem berada sepenuhnya

di hadapan.

b. Intermediate seated - injap/valve stem berada di pertengahan.

c. Back seated - kedudukan injap/valve stem berada sepenuhnya

dibelakang.

Front seated - hanya saluran 1 dan saluran 3 sahaja terbuka dan ada

hubungan. Bahan pendingin dari saluran ‘suction’ atau

‘discharge’ tidak memasuki pemampat, saluran ditutup.

Intermediate seated - semua saluran ada hubungan. Saluran 1, 2, dan 3 ada

hubungan atau terbuka. Bacaan tekanan sistem boleh

diambil.

Page 77: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

77 | P P U A s a s

Back seated - saluran 2 dan saluran 3 ada hubungan (terbuka).

Saluran ‘discharge’ atau ‘suction’ dihubungkan ke

pemampat / ‘compressor’. Tiada bacaan tekanan boleh

diambil kerana saluran ke ‘gauge’ / tolok, tertutup.

Sistem ‘Pump Down’

Satu kaedah mengumpul semua ‘refrigerant’ di ‘condenser’ atau ‘receiver tank’ atau kedua-duanya

sekali. ‘Pump Down’ adalah satu kerja/cara yang penting di dalam kerja-kerja menukar komponen

kerana melibatkan penjimatan bahan pendingin/’refrigerant’ dengan jumlah yang banyak.

Tujuan ‘Pump Down’

Memudahkan kerja-kerja pembaikan, contohnya menukar TXV, membaiki pemampat, menukar

‘filter drier’ dan sebagainya tanpa membazirkan bahan pendingin/refrigerant.

Page 78: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

78 | P P U A s a s

Melakukan kerja-kerja ‘Pump Down’

Gerakerja ‘Pump Down’ boleh dijelaskan dalam amali/praktikal. Gambarajah di bawah

menunjukkan secara ringkas bagaimana “pump down’ dilakukan. Alat ‘manifold gauge’ dipasang

seperti dalam gambarajah. Kedudukan ‘service valve’ ketika ini berada pada kedudukan

‘intermediate’, kecuali di bahagian keluar ‘condenser’ yang mana berada pada kedudukan ‘back

seated’.

Setelah sistem dihidupkan sehingga stabil, ‘service valve’ pada bahagian keluar ‘condenser’ /

pemeluwap dilaraskan pada kedudukan ‘front seated’. Bacaan tekanan pada bahagian rendah /

‘low side’ akan menurun oleh kerana semua bahan pendingin dipindahkan ke ‘condenser’. Sistem

akan dimatikan apabila bacaan tekanan rendah mencapai 1 – 2 psig. Dengan pantas ‘service valve’

di saluran sedutan dilaras pada kedudukan ‘front seated’.

Page 79: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

79 | P P U A s a s

PEMASANGAN KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENYEJUKAN (ASSEMBLE

COMPONENTS)

KITARAN ASAS PENYEJUKAN (BASIC COOLING CIRCULATION)

Kitaran asas penyejukan ialah satu kitaran yang menunjukkan bagaimana wap bahan pendingin /

‘refrigerant’ disedut oleh pemampat / ‘compressor’ dan dinyahcas / ‘discharge’ ke pemeluwap /

‘condenser’. Pemeluwap kemudiannya akan menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat /

‘evaporator’. Wap bahan pendingin akan kembali ke cecair setelah haba disingkirkan. Cecair

bahan pendingin kemudian akan masuk ke penyejat melalui peranti pemeteran / ‘metering device’.

Di penyejat / ‘evaporator’, haba akan diserap apabila cecair bahan pendingin bertukar ke wap

(proses penyejatan / ‘evaporation’).

Fungsi komponen-komponen utama dalam sistem penyejukan

Pemampat / ‘Compressor’ - juga disebut sebagai jantung atau nadi kepada sistem

penyejukan yang mengepam bahan pendingin ke

seluruh sistem. Pemampat menyedut wap / ‘vapor’

bahan pendingin dari saluran sedutan dan

memampatkannya ke saluran discas/nyahcas. Wap

bahan pendingin akan menjadi panas dan tekanan

menjadi tinggi kemudian masuk ke pemeluwap /

‘condenser’.

Pemeluwap / ‘Condenser’ - pemeluwap ialah satu komponen untuk menyingkirkan

haba yang diserap di penyejat / ‘evaporator’. Semasa

haba disingkirkan, wap bahan pendingin akan bertukar

menjadi cecair. Tekanan dan suhu cecair bahan

pendingin di pemeluwap / ‘condenser’ masih tinggi.

Cecair ini kemudian akan mengalir masuk ke tangki

penerima / ‘receiver tank’.

Tangki penerima / ‘Receiver tank’ - berfungsi sebagai alat untuk menerima cecair bahan

pendingin dari pemeluwap dan membekalkannya ke

saluran cecair. Di saluran cecair, bahan pendingin akan

melalui alat pengering, kelembapan yang ada di dalam

sistem akan diserap. Kemudian, cecair bahan pendingin

akan masuk ke peranti pemeteran / ‘metering device’.

Peranti pemeteran /

‘Metering device’ - peranti pemeteran adalah alat untuk mengawal suhu

dan tekanan cecair bahan pendingin. Alat ini juga

digunakan untuk mengawal kadar aliran masuk bahan

pendingin ke dalam penyejat / ‘evaporator’ supaya

sistem beroperasi dengan berkesan dan tidak

membebankan pemampat / ‘compressor.

Page 80: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

80 | P P U A s a s

Penyejat / ‘Evaporator’ - penyejat adalah komponen yang penting dalam sistem

penyejukan. Penyejat berfungi untuk menyerap haba

yang melalui gegelung. Cecair bahan pendingin yang

mengalir dalam penyejat akan menyerap haba yang

melaluinya, kemudian cecair bahan pendingin ini akan

bertukar ke bentuk wap panas (evaporation) untuk

dialirkan ke pemeluwap bagi disingkirkan habanya.

Bahan pendingin / ‘Refrigerant’ - ‘refrigerant’ adalah bahan yang digunakan sebagai

perantaraan untuk mengalirkan haba bagi disingkirkan

di pemeluwap. Bahan pendingin yang mengalir di dalam

penyejat akan menyerap haba. Semasa penyerapan

haba berlaku (‘evaporation’), cecair bahan pendingin

akan berubah menjadi wap dan mengalir ke saluran

sedutan / ‘suction’ dan masuk ke pemampat. Pemampat

akan memampat wap bahan pendingin dan proses

kitaran ini berulang selagi sistem berjalan atau

beroperasi.

Page 81: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

81 | P P U A s a s

Perbezaan Suhu dan Tekanan Dalam Sistem

Page 82: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

82 | P P U A s a s

Penyambungan Paip/Tiub Kuprum

1. Dengan menggunakan dua spanar / ‘spanner’ utama, ketatkan dua ‘flare nut’. Berhati-hati

supaya tidak merosakkan paip/tiub tembaga (copper tube) pada ‘indoor unit’.

2. Penjagaan ‘flare’.

Tiga perkara yang perlu dilakukan:

a. CLEAN - jangan ada kotoran di dalam paip/tiub.

b. TIGHT - tiada kebocoran.

c. DRY - tiada lembapan di dalam paip/tiub.

Page 83: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

83 | P P U A s a s

3. Dengan menggunakan minyak ‘refrigerant’, letakkan di luar dan di dalam

‘flare’/pengembangan. Kemudian dengan berhati-hati lakukan penyambungan ‘flare’ ke paksi

tengah dengan penyambung ‘union’. Seterusnya ketatkan ‘nut’ sebaiknya supaya tiada

kebocoran berlaku.

* jangan gunakan sebarang minyak selain minyak ‘refrigerant’.

4. Dengan menggunakan ‘Torque Wrench’ yang sesuai, ketatkan paip dengan baik dan selamat.

Page 84: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

84 | P P U A s a s

5. Gunakan ‘Adjustable Wrench’ atau spanar utama untuk melonggarkan ‘Flare Nut’ di bahagian

injap/valve penutup cecair dan penutup gas/wap/vapor.

6. Hubungkan paip besar (gas) dan paip kecil (cecair) supaya nampak kemas.

Page 85: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

85 | P P U A s a s

7. Sediakan kelurusan paip lebih kurang dalam ukuran 200mm supaya memudahkan untuk

penyambungan di paksi tengah.

8. Dengan menggunakan spanar utama yang sesuai dengan saiz paip atau ‘Adjustable Spanner’,

ketatkan dengan berhati-hati.

Page 86: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

86 | P P U A s a s

MENGECAS (RECHARGE) BAHAN PENDINGIN (REFRIGERANT), MENGUJI

KEBOCORAN (LEAK TEST) DAN MINYAK BAHAN PENDINGIN

Mengecas (recharge), adalah proses mengisi bahan pendingin ke dalam sistem melalui beberapa

kaedah. Mengecas ke dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara dilakukan adalah kerana

unit tersebut baru dipasang, berlakunya kebocoran gas atau selepas menggantikan komponen-

komponen pada sistem tersebut.

Sebelum proses mengecas dapat dilakukan, terlebih dahulu sistem perlulah diuji kebocorannya

dan proses pengungsian.

Pengungsian dan mengecas semula

Pada kebiasaannya, sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan udara telah dicas secukupnya

sebelum dikeluarkan dari kilang. Apabila berlakunya kekurangan bahan pendingin disebabkan

oleh kebocoran atau penggantian komponen-komponen yang rosak, dua perkara perkara perlu

dilakukan iaitu, pengungsian dan mengecas. Proses pengungsian dan mengecas hendaklah

dilakukan seperti di bawah:

1. Buang bahan pendingin yang ada di dalam sistem.

2. Perbaiki kebocoran atau gantikan komponen-komponen yang rosak.

3. Uji kebocoran.

4. Pengungsian sistem keseluruhannya.

5. Cas bahan pendingin melalui bahagian tekanan rendah / ‘low side’ atau ‘service valve’

tekanan rendah dengan secukupnya.

Menguji kebocoran pada sistem penyamanan udara dan penyejukan

Menguji kebocoran boleh dilakukan dengan tiga cara:

1. Dengan menggunakan larutan buih sabun.

2. Dengan menggunakan sumpitan api halide.

3. Dengan menggunakan pengesan elektronik.

Sebelum kebocoran dapat dikesan, pengujian tekanan dalam sistem perlulah dibuat terlebih

dahulu. Cara pengujian tekanan dalam sistem adalah seperti berikut:

1. Pasang tolok pancarongga / ‘manifold gauge’ pada sistem.

2. Pastikan hos tekanan rendah dipasang pada saluran sedutan / ‘suction.

3. Pastikan hos tekanan tinggi dipasang pada saluran nyahcas / ‘discharge.

4. Pastikan hos rawatan dipasang di tangki nitrogen atau karbon dioksida atau tangki bahan

pendigin.

5. Buka injap/valve di tangki dan injap tangan di tolok pancarongga / ‘manifold gauge’

tekanan rendah.

6. Masukkan gas nitrogen ke dalam sistem pada kadar tekanan di bawah 12 kg/cm².

7. Setelah gas dimasukkan ke dalam sistem, tutup injap di tolok pancarongga.

8. Setelah itu, proses mengesan kebocoran dapatlah dilakukan.

Page 87: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

87 | P P U A s a s

Kaedah menguji kebocoran dalam sistem

1. Mengesan kebocoran dengan menggunakan larutan buih sabun:

a. Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.

b. Letakkan larutan buih sabun pada semua sambungan atau bahagian-bahagian yang

bengkok atau tempat-tempat yang disyaki bocor.

c. Perhatikan dengan betul dan teliti keadaan buih sabun tersebut.

d. Jika terdapat kebocoran, buih sabun itu akan membesar atau menggelembung.

Menguji tekanan dalam sistem

Page 88: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

88 | P P U A s a s

2. Mengesan kebocoran dengan menggunakan sumpitan api halide:

a. Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.

b. Nyalakan sumpitan api halida dan halakan hos esak pada setiap sambungan, atau

bahagian-bahagian yang bengkok, atau tempat-tempat yang disyaki bocor.

c. Nyalaan api ini akan bertukar warna dari warna jernih ke warna kecil hijau muda jika

terdapat kebocoran kecil pada sistem tersebut. Jika terdapat kebocoran yang besar, warna

api akan bertukar ke warna ungu.

3. Mengesan kebocoran dengan menggunakan pengesan elektronik:

a. Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.

b. Mengesan kebocoran dengan menggunakan alat ini boleh juga dilakukan ketika sistem

sedang beroperasi kerana alat ini amat sensitive terhadap bahan pendingin.

c. Alat ini akan mengeluarkan bunyi siren jika terdapat kebocoran pada sistem tersebut.

Page 89: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

89 | P P U A s a s

MENGHAMPAGAS / ‘VACUUM’ SISTEM

Apabila memperbaiki kebocoran atau menggantikan alat-alat yang rosak, perlulah

menghampagas (vacuum) sistem itu terlebih dahulu. Cara-cara menghampagas sistem dapat

dilihat seperti dalam gambarajah berikut:

1. Gunakan pam vakum yang baik. Tukarkan minyak pam minyak vakum selalu supaya pam

boleh bekerja dengan baik.

Page 90: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

90 | P P U A s a s

2. Pasangkan injap service pada tiub servis bahagian tekanan rendah di pemampat seperti yang

ditunjukkan dalam gambarajah.

3. Pasangkan hos vakum pada injap servis dan biarkan injap tertutup.

4. Jalankan pam vakum. Buka injap discas dan perlahan-lahan buka injap servis pada

pemampat.

5. Buka injap servis pada pam vakum perlahan-lahan untuk mengelakkan minyak dalam

pemampat disedut keluar.

6. Jalankan pam vakum kira-kira dalam 15 minit atau sehingga 500 mikron atau 76 cm merkuri,

pada tolok tekanan rendah. Setelah pam beroperasi kira-kira 30 minit, tutup injap pada pam

vakum. Lihat jarum di tolok vakum. Jika jarumnya naik, ini menunjukkan terdapat kebocoran

di dalam sistem.

7. Tutup injap servis di pemampat dan hentikan pam vakum.

8. Masukkan sedikit bahan pendingin, kira-kira pada bacaan 2 hingga 3 kg/cm² dan uji kebocoran

pada bahagian tekanan rendah. Selepas itu, jalankan sistem sebentar. Lakukan juga pada

bahagian tekanan tinggi.

9. Lakukan pelegaan (purge) bahan pendingin yang dicas tadi bagi membantu mengeluarkan

lembapan.

10. Jalankan pam vakum semula dan lakukan proses menghampagas seperti di atas selama 30

minit lagi, sehingga bacaan tolok vakum mencapai 500 mikron atau 76 merkuri.

MENGECAS SISTEM (SYSTEM CHARGING)

Mengecas sistem menggunakan wap bahan pendingin. Mengecas sistem menggunakan wap bahan

pendingin dijalankan melalui saluran sedutan / ‘suction’, iaitu dibahagian tekanan rendah. Wap

ini akan masuk ke dalam pemampat melalui saluran sedutan pemampat dan pemampat hanya

mampu memampatkan wap bahan pendingin sahaja. Jangan memasukkan cecair bahan

pendingin melalui saluran sedutan. Perkara ini boleh merosakkan pemampat.

Mengecas bahan pendingin boleh dilakukan melalui 3 cara:

1. Berpandukan kepada tekanan dengan menggunakan tolok pancarongga.

2. Berpandukan kepada bacaan suhu dengan meter suhu yang diletakkan di penyejat.

3. Berpandukan kepada bacaan arus dengan menggunakan amprobe / ‘clamp meter’.

1. Mengecas bahan pendingin berpandukan kepada tekanan:

a. Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu. Kesan kebocoran seperti yang diterangkan

sebelum ini.

b. Lakukan proses menghampagas pada sistem mengikut langkah-langkah yang telah

diterangkan. Setelah proses menghampagas selesai, tutup injap di tolok pancarongga

dengan rapi dan matikan bekalan pada pam vakum. Tanggalkan hos servis di pam vakum.

c. Sambungkan hos servis ke tangki bahan pendingin.

d. Buka injap di tangki servis bahan pendingin. Lakukan pelegaan di hos servis, iaitu dengan

membuangkan sedikit bahan pendingin dari hos tersebut bagi mengeluarkan lembapan di

dalamnya.

Page 91: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

91 | P P U A s a s

e. Buka sedikit injap di tolok pancarongga dan dengan perlahan-lahan biarkan wap bahan

pendingin masuk ke dalam sistem dengan kadar melebihi tekanan atmosfera bumi.

f. Tutup semula injap di tolok pancarongga.

g. Jalankan sistem tersebut.

h. Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin

dengan membuka injap di tolok pancarongga di bahagian tekanan rendah.

bahan pendingin Ft-12 – tekanan saluran sedutan = 0/7 kg/cm².

bahan pendingin R-22 – tekanan saluran sedutan = 4.2 kg/cm²

i. Jika tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutup

injap di tolok pancarongga dan injap di tangki bahan pendingin.

j. Tutup injap (jika injap servis pada kedudukan di belakang) jika ada. Jika sistem

menggunakan injap tangan, maka perlulah dikapit terlebih dahulu. Setelah selesai dikapit

/ ‘pinch’, tanggalkan hos tekanan rendah dan tanggalkan injap tangan.

k. Lakukan ‘brazing’ atau ‘soldering’ bagi memastikan bahan pendingin tidak keluar dari

sistem atau kebocoran.

Page 92: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

92 | P P U A s a s

2.

Page 93: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

93 | P P U A s a s

3.

Page 94: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

94 | P P U A s a s

Page 95: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

95 | P P U A s a s

4.

Page 96: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

96 | P P U A s a s

5.

Page 97: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

97 | P P U A s a s

Page 98: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

98 | P P U A s a s

Page 99: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

99 | P P U A s a s

Page 100: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

100 | P P U A s a s

Page 101: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

101 | P P U A s a s

Page 102: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

102 | P P U A s a s

Page 103: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

103 | P P U A s a s

Page 104: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

104 | P P U A s a s

Page 105: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

105 | P P U A s a s

Page 106: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

106 | P P U A s a s

Page 107: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

107 | P P U A s a s

Page 108: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

108 | P P U A s a s

Page 109: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

109 | P P U A s a s

Page 110: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

110 | P P U A s a s

Page 111: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

111 | P P U A s a s

Page 112: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

112 | P P U A s a s

Page 113: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

113 | P P U A s a s

Page 114: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

114 | P P U A s a s

Page 115: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

115 | P P U A s a s

Page 116: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

116 | P P U A s a s

Page 117: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

117 | P P U A s a s

Page 118: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

118 | P P U A s a s

Page 119: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

119 | P P U A s a s

Nota:

Page 120: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

120 | P P U A s a s

Nota:

Page 121: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

121 | P P U A s a s

Nota:

Page 122: Pengenalan ppu asas

PENGENALAN PPU ASAS / SISTEM PENYEJUKAN

(REFRIGERATION & AIR-CONDITIONING SYSTEM)

122 | P P U A s a s