pengenalan ar

4
PENGENALAN Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran pada tahap yang sepatutnya dicapai. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pemulihan didefinasikan sebagai perbuatan memulih, pengembalian kepada yang semula. Murid pemulihan boleh diertikan sebagai murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya masalah kesihatan, masalah persekitaran, masalah keluarga, masalah kognitif serta masalah sosial. Tahap keupayaan kognitif murid pemulihan berbeza. Mengikut Jean Piaget (1973) terdapat empat tahap dalam teori kognitif iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Praoperasi/ Praolahan(2-7 tahun),Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (11-15 tahun). Tahap kognitif murid pemulihan berada pada Peringkat Praoperasi dimana mereka masih lagi tidak boleh menguasai sesuatu skema. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal nombor berdepan dengan situasi baru untuk menyusun nombor secara menaik atau menurun. Kajian ini adalah untuk membantu murid pemulihan dalam memahami konsep darab dalam matematik. Mereka merasakan operasi

Upload: alexandra-humaira

Post on 30-Jul-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan ar

PENGENALAN

Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan

adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk

membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu

mereka yang lembap atau lambat mencapai pembelajaran pada tahap yang

sepatutnya dicapai. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pemulihan

didefinasikan sebagai perbuatan memulih, pengembalian kepada yang

semula. Murid pemulihan boleh diertikan sebagai murid yang mengalami

masalah dalam pembelajaran. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya masalah kesihatan, masalah persekitaran, masalah keluarga,

masalah kognitif serta masalah sosial.

Tahap keupayaan kognitif murid pemulihan berbeza. Mengikut Jean

Piaget (1973) terdapat empat tahap dalam teori kognitif iaitu Peringkat Deria

Motor (0-2 tahun), Peringkat Praoperasi/ Praolahan(2-7 tahun),Peringkat

Operasi Konkrit (7-11 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (11-15 tahun).

Tahap kognitif murid pemulihan berada pada Peringkat Praoperasi dimana

mereka masih lagi tidak boleh menguasai sesuatu skema. Dalam banyak

situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang

baru. Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal nombor berdepan

dengan situasi baru untuk menyusun nombor secara menaik atau menurun.

Kajian ini adalah untuk membantu murid pemulihan dalam memahami

konsep darab dalam matematik. Mereka merasakan operasi darab

merupakan satu operasi yang susah. Mereka juga beranggapan bahawa sifir

adalah penyelesaian untuk masalah darab. Walaubagaimana pun, murid

pemulihan tidak sama dengan murid arus perdana. Mereka mengalami

masalah kognitif dan hal ini mengganggu mereka untuk fokus dalam

pengajaran dam pembelajaran.

Semasa pengajaran dan pembelajaran, murid pemulihan memerlukan bahan

bantu mengajar (BBM) untuk membantu mereka memahami sesuatu tajuk

Page 2: Pengenalan ar

atau kemahiran. Menurut Atan Long (1982), beliau telah membahagikan

(BBM) kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan

bahan pandang- dengar. Bahan maujud dapat memberi pemahaman yang

lebih baik untuk murid pemulihan memahami konsep darab.

REFLEKSI PENGALAMAN LALU

Page 3: Pengenalan ar

Sepanjang saya menjalani praktikum, saya pernah diamanahkan untuk

mengajar mata pelajaran matematik untuk murid pemulihan. Murid

pemulihan daripada kelas 2 Bestari sangat rajin dan sentiasa menunjukkan

minat yang positif untuk belajar. Mereka kerap kali bertanya sekiranya tidak

faham akan sesuatu kemahiran.

Dalam salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran,saya telah

memulakan dengan menyuruh murid melakukan penambahan berulang.

Saya menyuruh murid menambah nombor yang sama berulang kali.

Contohnya murid menambah angka 3 sebanyak 4 kali (3+3+3+3 = 12).

Murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan cepat dan betul. Akan

tetapi apabila saya menyuruh murid mendarab 3 x 4 , murid terdiam dan

tidak dapat menjawab soalan tersebut.

Saya mula berfikir bagaimanakah untuk saya membantu murid

pemulihan memahami konsep darab nombor satu digit dengan satu digit.

Saya tahu untuk mengajar murid pemulihan akan sesuatu tajuk, bahan

konkrit amat diperlukan bagi membantu mereka melihat sendiri bagaimana

sesuatu proses darab berlaku.

Murid pemulihan memerlukan bahan konkrit semasa pengajaran dan

pembelajaran sebelum berubah kepada semi konkrit seterusnya kepada

abstrak.

Saya tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk saya mengajar murid

akan operasi darab satu digit dengan satu digit . Pada masa akan dating,

saya akan mengkaji masalah-masalah ini.