proposal ar asmah2014

56
MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN EMPAT DALAM OPERASI BAHAGI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “PALANG OH PALANG”. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pendidikan Matematik merupakan satu mata pelajaran wajib dari tadika sampai sekolah menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi unsur matematik. Setiap hari, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun tidak. Semasa membeli-belah, kita menggunakan matematik. Semasa memasak di dapur, kita menggunakan matematik juga. Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil seni dilukis dan dibina, antaranya yang dapat dilihat adalah bangunan Petronas Twin Tower yang tersergam indah di Kuala Lumpur. Tanpa kebijaksanaan dalam matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteks yang berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan peranannya dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan penguasaan matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah 1

Upload: yhy-asmutiara

Post on 15-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN EMPAT DALAM OPERASI BAHAGI

DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “PALANG OH PALANG”.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan Matematik merupakan satu mata pelajaran wajib dari tadika sampai sekolah

menengah. Kebanyakan kursus yang ditawarkan di universiti juga banyak merangkumi

unsur matematik. Setiap hari, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian

kita. Kita tidak boleh lari daripadanya sama ada kita suka ataupun tidak.  Semasa

membeli-belah, kita menggunakan matematik.  Semasa memasak di dapur, kita

menggunakan matematik juga.  

Selain daripada itu, matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-

hasil seni dilukis dan dibina, antaranya yang dapat dilihat adalah bangunan Petronas

Twin Tower yang tersergam indah di Kuala Lumpur. Tanpa kebijaksanaan dalam

matematik maka, tiadalah jurutera dan arkiteks yang berkaliber.  Memandangkan

matematik sangat memainkan peranannya dalam kehidupan kita, ianya merupakan

satu fungsi ekonomi bagi menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang

berada di bawah.  Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya

memerlukan penguasaan matematik yang tinggi.  Malah di peringkat rendah sekalipun,

matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang

individu.  Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik

dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu. 

Justeru itu, bolehlah dirumuskan bahawa matlamat pendidikan matematik adalah

untuk melahirkan warga yang bukan sahaja mampu untuk mengaplikasi pengetahuan

matematik mereka, tetapi juga menyelesai masalah baru. Dalam erti kata lain, individu

berliterasi matematik yang kreatif dan kritis. Pada akhir persekolahan, adalah

diharapkan agar individu yang dihasilkan boleh menghargai matematik dari segi nilai

1

Page 2: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

sejarah, budaya, dan saintifiknya dan yakin dengan kebolehan kuasa matematik

masing-masing. Pelajar yang sedemikian akan berkemampuan untuk menyelesaikan

masalah matematikal dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan menggunakan

bahasa matematik serta mampu pula untuk membuat keputusan secara matematikal.

Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang boleh berkomunikasi,

berfikir, dan membuat justifikasi secara matematikal dan menggunakan kuasa

matematik masing-masing untuk menyelesaikan masalah sama ada masalah yang

sedia ada dalam situasi dunia sebenar mahupun masalah baru yang belum nyata lagi

penyelesaiannya, menjurus kepada pendemokrasian pendidikan matematik, bagi

mewujudkan keseimbangan peluang sosial dan ekonomi sekaligus menyediakan rakyat

Malaysia yang berkeupayaan menghadapi cabaran dalam kehidupan pada alaf baru.

Justeru itu, matematik perlu diajar sebagai satu seni, atau satu permainan, atau

sebagai sains semulajadi, ataupun berorientasikan teknologi. Aspek penting dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik adalah menjadikan ianya sebagai satu

penaakulan. Hal ini dicapai melalui latihan penyelesaian masalah dengan

menggunakan pelbagai strategi. Setiap kali pelajar mencuba untuk menyelesaikan

masalah, mereka akan menggunakan akal mereka untuk menaakul.

Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat

selepas memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah

tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid Sekolah Rendah mula mempelajari

pembahagian nombor bulat secara formal pada Tahun Dua, dalam mana perkara

tersebut diajar dengan menggunakan kaedah pemetakan dan pengukuran. Algoritma

pembahagian panjang pula mula diajar kepada mereka pada Tahun Empat.

Pembahagian nombor bulat, khususnya pembahagian melibatkan sifar, adalah satu

konsep yang sukar (Tsamir, Sheffer & Tirosh, 2000). Dalam tiga abad kebelakangan ini,

konsep sifar dan pembahagian dengan sifar seringkali mendapat perhatian para

pengkaji luar negara dan perkara yang menjadi fokus perbincangan atau penyelidikan

mereka, termasuklah pemahaman murid (Reys & Grouws, 1975; dan Seidelmann,

2001), pemahaman guru dan guru pelatih (Wheeler & Feghali, 1983; Ball, 1990; dan

2

Page 3: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Crespo & Nicol, 2006), definisi dan model (Knifong & Burton, 1980; dan Watson, 1991),

dan perkembangan konseptual (Blake & Verhille, 1985; Wellman & Miller, 1986; Kaplan,

1999; dan Seiffe, 2000). Secara khusus, R.E. Reys dan D.A. Grouws (1975) mendapati

bahawa ramai murid gred empat dan lapan tidak menganggap sifar sebagai nombor

dan sebahagian kekeliruan yang mereka perhatikan dalam penyelesaian masalah

pembahagian melibatkan sifar adalah berpunca daripada tindakan murid menyamakan

“sifar” dengan “kosong” atau “tidak ada apa-apa”. R. Blake dan C. Verhille (1985) pula

menjelaskan bahawa analogi “sifar sebagai kosong atau tidak ada apa-apa” boleh

menghalang pengajaran yang berkesan tentang struktur sifar yang kompleks.

Justeru itu, guru perlu memainkan peranan membetulkan miskonsepsi murid

berkaitan penyelesaian masalah atau pengiraan melibatkan operasi bahagi. Guru juga

haruslah memikirkan pelbagai kaedah atau strategi pengiraan melibatkan operasi

bahagi dan fakta-fakta asas matematik yang lain, agar murid-murid lebih mudah

memahami dan tidak terlalu terikat dengan satu kaedah pengiraan sahaja. Amalan

pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelbagai kaedah bukan sahaja berguna dan

berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran Matematik, malah jika ia

digunakan secara kreatif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman

yang menyeronokkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Mohd Shah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hampir

2 tahun. SK Mohd Shah merupakan sekolah kedua saya dalam tempoh perkhidmatan selama

hampir sepuluh tahun. Dari hari pertama saya di sekolah ini, saya diberi tanggungjawab untuk

mengajar mata pelajaran Matematik. Mengajar Matematik di sekolah ini merupakan satu cabaran

besar bagi saya kerana majoriti murid-murid di sekolah ini adalah dari kategori murid luar

bandar dan datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Majoriti murid-murid dalam kelas 4

Bestari yang saya ajar mempunyai minat belajar yang agak rendah walaupun mereka berada di

3

Page 4: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

kelas pertama daripada dua kelas tahun 4. Namun saya berusaha untuk memberi yang terbaik

kepada murid-murid didikan saya. Berasaskan konsep matematik yang telah saya pelajari semasa

di maktab perguruan, saya cuba mengatur langkah untuk menyahut cabaran ini.

Masalah berkaitan operasi bahagi melibatkan nombor 5-digit dengan 1-digit merupakan

masalah utama bagi murid-murid saya yang baru menguasai operasi bahagi asas. Operasi asas ini

perlu dikuasai oleh murid-murid supaya tidak keciciran apabila berada di tahun lima dan enam.

Operasi bahagi ini juga agak sukar terutama bagi murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir

dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas 4 Bestari.

Apabila saya menyoal beberapa orang murid dan meminta mereka menunjukkan cara

penyelesaian dalam bentuk lazim, dengan memberikan soalan operasi bahagi melibatkan 5-digit

dengan 1-digit yang lebih mudah, mereka tidak dapat menyelesaikannya dengan baik

terutamanya dalam kalangan murid yang tidak dapat menguasai sifir. Murid-murid menjadi

keliru terutama yang melibatkan perkaitan dengan sifir lebih dari sifir 5. Sebahagian murid pula,

mereka tidak dapat menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul.

Saya juga ada meminta pendapat daripada guru-guru matematik lain. Mereka

mencadangkan murid-murid diberi banyak latihan dan latih tubi. Saya berpendapat mungkin

penerangan saya tidak difahami oleh murid. Oleh itu saya perlu memikirkan satu kaedah yang

lebih efektif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan pencapaian murid. Ini

juga mungkin akan menjejaskan ujian PKSR 2 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi kajian tindakan saya, saya ingin memfokuskan kepada murid Tahun 4 Bestari, di SK

Mohd Shah. Seramai 10 orang murid daripada 40 orang murid dalam kelas 4 Bestari menghadapi

masalah pengiraan yang melibatkan operasi bahagi. Kelas 4 Bestari merupakan kelas pertama

4

Page 5: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

daripada dua kelas. Namun begitu, masih ada sebilangan murid yang lemah dan menghadapi

kesukaran dalam pengiraan melibatkan operasi bahagi. Hal ini berlaku disebabkan oleh banyak

faktor antaranya pemahaman konsep yang kurang jelas, tidak kuasai sifir, tidak mengingati

langkah-langkah penyelesaian dengan betul, kecuaian, cepat putus asas dan malas.

1.3 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Antara matlamat Kurikulum Standard Matematik  Sekolah Rendah  adalah untuk

membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan,

memahami idea Matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta

kemahiran Matematik  secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) meletakkan Matematik sebagai wadah terbaik

untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik,

visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan kemahiran numerasi,

penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi

matematik (KPM, 2010).

Oleh yang demikian, kajian tindakan yang akan saya jalankan ini adalah bertujuan untuk

memenuhi matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui pembinaan

pemahaman murid dalam operasi bahagi dengan penggunaan Kaedah ‘Palang Oh Palang’. Saya

berusaha sedaya upaya untuk menyahut cabaran demi merealisasikan matlamat KSSR dengan

menetapkan matlamat saya sendiri untuk memastikan semua murid 4 Bestari dapat menguasai

dengan cemerlang dalam operasi bahagi yang melibatkan nombor 5-digit dengan 1-digit, tanpa

baki.

5

Page 6: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Selain daripada itu, murid juga diharapkan akan melaksanakan tugasan kreatif dan

mengalami perasaan yang seronok dan teruja apabila mempelajari dan mengetahui sesuatu

kaedah yang baru dalam pembelajaran matematik. Pengalaman seperti ini boleh

mempertingkatkan minat murid. Justeru, kaedah alternatif yang saya perkenalkan untuk

meningkatkan penguasaan murid 4 Bestari dalam operasi bahagi adalah sangat bertepatan

dengan rasional KSSR. Tambahan lagi, kaedah ‘Palang Oh Palang’ ini lebih tersusun dan

penyelesaian dilakukan secara satu persatu. Murid tidak akan rasa keliru dan cuai semasa

membuat penyelesaian soalan operasi bahagi, malahan murid akan rasa seronok dan

berimaginasi semasa melukis bulatan seperti ‘kepala’ dan garis-garis palang seperti ‘tangan’

yang banyak sebelum memulakan operasi bahagi.

Melalui kajian tindakan ini juga, murid-murid saya telah mencapai salah satu daripada

objektif KSSR iaitu memperluaskan daya kreativiti dan kemahiran dalam operasi bahagi dan

secara tidak langsung dalam operasi darab dan tolak. Selain menggunakan kaedah pengiraan

dalam bentuk lazim yang biasa dilakukan, murid-murid saya terutamanya yang lemah dalam

topik bahagi telah berjaya menjalankan operasi bahagi dengan mudah dan betul melalui kaedah

alternatif yang saya perkenalkan ini iaitu Kaedah ‘Palang Oh Palang’.

Pembelajaran matematik berkaitan fakta asas bahagi biasanya bermula daripada peringkat

konkrit kepada peringkat yang abstrak. Justeru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan memainkan peranan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran matematik di

sekolah. Guru perlu bijak memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai dengan kebolehan murid.

6

Page 7: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Menyentuh tentang isu kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah, Herlinda (2008)

ada menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar dapat meningkatkan kefahaman murid

selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif. Namun begitu masih terdapat

ramai guru Matematik yang mengajar menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’ (Nooriza,

2001). Keadaan ini mengakibatkan murid menjadi bosan dan pengajaran kurang memuaskan.

Jadi, dengan pelaksanaan pendekatan yang baru seperti penggunaan Kaedah ‘Palang Oh Palang’

yang dilaksanakan ini mampu bertindak sebagai bahan bantu belajar (BBB) atau sebagai satu

teknik yang dapat merangsang minat murid-murid serta dapat meningkatkan kemahiran dan

kecekapan murid dalam operasi bahagi.

Justeru itu, kaedah ‘Palang Oh Palang’ yang bakal saya jalankan sangatlah menepati

strategi pengajaran dan pembelajaran KSSR. Di samping itu, kaedah ini juga dapat

menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif melalui penghasilan tapak pengiraan

melibatkan bentuk bulatan seperti kepala dan garisan palang seperti tangan. Masalah kecuaian

dan kekeliruan menurunkan nombor yang dibahagi juga dapat diatasi melalui kaedah ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 ISU KEPRIHATINAN

Operasi bahagi merupakan operasi yang paling sukar diselesaikan oleh murid berbanding

tiga operasi yang lain. Hal ini disokong oleh Robinson (2006). Menurut beliau dalam

penulisannya iaitu A Microgenetic Study of the Conceptual Development of Inversion on

Multiplication/ Division Inversion Problem, pengajaran bagi topik darab dan bahagi adalah lebih

lambat jika dibandingkan dengan tambah dan tolak (Robinson, 2006). Selain itu juga, bahagi

7

Page 8: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

merupakan operasi yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan operasi tambah tolak dan

darab. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rich dan Schmidt dalam buku Review of Elementary

Mathematics pada tahun 1997 iaitu pendaraban boleh didefinasikan sebagai penambahan

berulang, dan operasi bahagi boleh ditakrifkan sebagai penolakan secara berulang (Parkes A.,

2008). Selain itu, operasi bahagi ini juga menjadi masalah kepada murid kerana operasi ini tidak

mempunyai algoritma iaitu bentuk lazim seperti operasi yang lain. Hal ini juga turut dinyatakan

oleh (John Back, 2007), algoritma pembahagian tidak sama seperti algoritma penambahan,

penolakan dan pendaraban di mana operasi bagi algoritma ini diselesaikan dari kanan ke kiri,

manakala algoritma pembahagian diselesaikan dari kiri ke kanan dan memerlukan proses

penurunan. Hal ini menunjukkan operasi bahagi kelihatan sangat-sangat berbeza berbanding

operasi lain. Oleh yang demikian, murid kurang mempraktikkan operasi ini dan menyebabkan

pengetahuan dan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi ini menjadi

lemah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan soalan yang melibatkan operasi bahagi nombor 5-

digit dengan 1-digit menimbulkan masalah yang agak serius dalam kalangan murid-murid saya.

Saya telah mengenalpasti beberapa kecuaian dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka semasa

menjalankan Ujian Diagnostik. Antara kecuaian atau kesilapan yang dilakukan adalah seperti di

bawah :

8

Page 9: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

RAJAH 1 Contoh Jawapan Murid

Kesukaran yang sering dihadapi oleh murid apabila nombor yang dibahagi

adalah besar iaitu nombor lima digit seperti soalan dalam Rajah 1. Saya dapati

kebanyakan murid tidak menurunkan nombor yang dibahagi dengan betul dan hal ini

menyebabkan pembahagian digit seterusnya adalah salah, seterusnya jawapan yang

diperolehi juga adalah salah.

Kesukaran ini berlaku kerana kurangnya penguasaan sifir dan tidak mengikut

langkah-langkah yang betul dalam pengiraan bentuk lazim bagi operasi bahagi

tersebut. Murid telah melakukan kesilapan dengan menurunkan 2 setelah digit 5

dibahagi 2, sepatutnya murid menurunkan 4 dibawah digit 5. Apabila langkah

permulaan dengan menurunkan nombor yang salah, maka langkah-langkah seterusnya

juga adalah salah. Sikap sambil lewa dalam kalangan murid saya dan penguasaan sifir

yang lemah antara punca kegagalan mereka dalam menjawab soalan-soalan

melibatkan operasi bahagi yang saya berikan dalam ujian diagnostik dan latihan harian.

9

Page 10: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

RAJAH 2 Contoh Jawapan Murid

Dalam Rajah 2 pula, murid saya telah melakukan kesilapan dalam menulis hasil

bahagi. Murid saya menulis 5 sebagai hasil bahagi digit 5 dengan 5, di mana

sepatutnya murid menulis 1 sebagai hasil bahagi dan ditulis atas garisan, atas digit 5.

Kesilapan pertama yang dilakukan menyebabkan langkah-langkah pengiraan

seterusnya juga adalah salah dan akhirnya jawapan yang diberikan juga salah.

RAJAH 3 Contoh Jawapan Murid

10

Page 11: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Dalam Rajah 3, menunjukkan murid tidak dapat mengikut prosedur pengiraan

dengan betul. Murid saya telah menulis hasil bahagi digit 2 dengan 8 adalah 2, dan

menurunkan 8, sepatutnya murid menulis hasil bahagi digit 2 dengan 8 adalah 0 dan

menurunkan 0 di bawah digit 2. Kesilapan cara pengiraan yang dilakukan oleh murid

saya ini, menunjukkan kurangnya pemahaman dari segi prosedur pengiraan dalam

bentuk lazim bagi operasi bahagi dan lemahnya penguasaan sifir. Oleh itu, Kaedah

‘Palang Oh Palang’ yang saya perkenalkan dapat membantu murid mengatasi masalah

ini. Kaedah ini membolehkan menjalankan pengiraan pembahagian nombor lima digit

dengan satu digit secara tersusun dan satu persatu. Hal ini sekaligus dapat mengatasi

masalah kecuaian yang sering murid hadapi semasa menurunkan nombor dan menulis

hasil bahagi.

Lanjutan daripada permasalahan ini, guru perlulah menyedari dan memahami

kebolehan dan tahap keupayaan murid-murid yang berbeza. Walaupun terdapat murid-

murid yang mampu memahami dan menguasai teknik pengiraan dalam Matematik

dengan baik, namun masih ada segelintir murid yang agak lemah dan sukar memahami

teknik pengiraan yang lazim dilakukan terutamanya dalam pengiraan pembahagian

nombor lima digit dengan satu digit. Mereka sering melakukan kesilapan yang sama

semasa menjawab soalan-soalan melibatkan operasi bahagi. Adalah menjadi

tanggungjawab saya sebagai guru untuk sentiasa membantu dan memudahcara

kepada murid-murid saya yang dikategorikan lemah dan kurang berminat dalam

Matematik terutamanya melibatkan operasi bahagi.

Murid sering memikirkan kesukaran terhadap operasi bahagi kerana mereka

tidak dapat menyelesaikan algoritma dengan baik. Mereka tidak memahami prosedur

yang tepat dalam menyelesaikan algoritma pembahagian. Hal ini disokong oleh,

Kamaludin Ahmad pada tahun 1996 iaitu, proses menyelesaikan soalan Matematik

dalam bentuk algoritma dapat dilakukan secara lebih teratur setelah murid diberi

bimbingan dengan menggunakan bahan konkrit dan separa konkrit. Kesilapan yang

lazim dilakukan oleh murid dalam melakukan algoritma pembahagian adalah ketika

menyelesaikan algoritma pembahagian panjang (Issic L., Regina W., Pang W. S.,

2006). Oleh itu, kefahaman yang tinggi terhadap konsep bahagi dan cara

11

Page 12: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

menggambarkan satu proses penyelesaian adalah sangat penting supaya murid dapat

menyelesaikan masalah mengikut prosedur yang tepat dan betul.

Oleh yang demikian, saya sebagai guru yang sangat prihatin terhadap

permasalahan murid-murid telah mencari langkah alternatif untuk memudahkan dan

meningkatkan kemahiran murid-murid saya dalam melakukan pengiraan operasi bahagi

lima digit dengan satu digit. Kaedah ‘Palang Oh Palang” dilihat paling sesuai dan

mudah difahami oleh murid-murid saya dalam melakukan pengiraan operasi bahagi, di

samping dapat mengelakkan kesilapan menurunkan nombor yang dibahagi dan menulis

hasil bahagi.

2.2 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS

Dalam memilih fokus kajian tindakan, saya telah menitikberatkan beberapa kriteria

pemilihan, antaranya ialah :

2.2.1 Kebolehtadbiran

Soalan-soalan berikut telah membantu saya dalam menentukan kebolehtadbiran fokus

kajian saya iaitu untuk meningkatkan penguasaan operasi bahagi nombor lima digit

dengan satu digit bagi murid Tahun 4 Bestari melalui penggunaan Kaedah ‘Palang Oh

Palang’ :

i. Adakah fokus kajian melibatkan kerja-kerja yang sememangnya selalu penyelidik

lakukan?

Ya. Memandangkan topik bahagi merupakan topik yang terdapat dalam silibus

matapelajaran matematik Tahun 4, maka saya perlu melengkapkan pengajaran

topik ini dalam tempoh yang dirancangkan iaitu 180 minit atau 6 waktu dalam

seminggu.

ii. Adakah penyelidik mempunyai masa untuk melaksanakan tindakan

penambahbaikan tersebut?

12

Page 13: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Ya. Saya telah merancang peruntukkan tempoh masa khusus bagi melakukan

penambahbaikan terhadap pengajaran operasi bahagi dengan memperkenalkan

Kaedah ‘Palang Oh Palang’.

iii. Apakah persiapan yang perlu penyelidik lakukan?

Antara persiapan yang telah saya lakukan ialah pelaksanaan Ujian Diagnostik

bagi tujuan mengenalpasti responden yang akan menjadi subjek uji kaji kaedah

yang bakal saya jalankan ini. Selain itu, saya turut menemubual guru-guru

Matematik yang pernah mengajar murid-murid Tahun 4 Bestari, terutamanya

dalam topik operasi bahagi.

iv. Apakah kekangan yang mungkin dihadapi?

Kekangan yang mungkin saya hadapi adalah murid mungkin terikat dengan

kaedah pembahagian bentuk lazim atau tradisional, menyebabkan saya

terpaksa mengulangi penerangan penggunaan Kaedah ‘Palang Oh Palang’

beberapa kali sehingga menjadi kebiasaan. Hal ini akan menyebabkan tempoh

pelaksanaan Ujian Pasca menjadi lebih panjang.

2.2.2 Kepentingan

Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan peperiksaan

Matematik Tahun 4 tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa item berkaitan topik operasi

bahagi merupakan item wajib dan perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum mereka

mempelajari topik-topik lain seperti wang dan sukatan. Kelemahan murid-murid dalam

topik bahagi boleh menyebabkan pembelajaran mereka dalam topik-topik lain seperti

pecahan, perpuluhan, wang dan sukatan menjadi sukar, kerana dalam setiap topik

berkenaan ada pengiraan melibatkan operasi bahagi. Jika murid dapat menguasai

kemahiran asas bahagi, kemungkinan besar mereka akan berpeluang memperolehi

sekurang-kurangnya lulus dalam ujian atau peperiksaan matematik yang dijalankan.

13

Page 14: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Kesilapan utama yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Bestari dalam operasi

bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit ialah menurunkan nombor yang

dibahagi dengan betul. Didapati hampir semua murid menurunkan nombor yang salah

setelah pembahagian digit pertama dibuat ketika melakukan operasi bahagi 5 digit

dengan 1 digit. Apabila ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak dapat

melakukan operasi bahagi dalam bentuk lazim mengikut prosedur yang betul, mereka

menjawab bahawa mereka tidak dapat memahami bagaimana prosedur tersebut

dilakukan. Hasil semakan lembaran kerja yang diberikan juga menunjukkan murid-

murid tidak mengetahui nombor apakah yang sepatutnya diletakkan di tempat hasil

bahagi walaupun sifir yang mereka bina adalah betul.

Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah

merasakan bahawa satu kaedah diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat

melakukan operasi bahagi dengan betul agar dapat membantu meningkatkan prestasi

mereka dalam akademik khususnya dalam matapelajaran matematik agar tidak

ketinggalan berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya dapat

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik, sikap negatif murid-

murid akan berubah dan pencapaian mereka dalam matapelajaran matematik dapat

diperbaiki. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi

dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya berpendapat dengan

penggunaan Kaedah ‘Palang Oh Palang’ yang juga merupakan bahan bantu belajar

dapat membantu murid-murid saya menguasai kemahiran dalam operasi bahagi

nombor lima digit dengan satu digit.

2.2.3 Kawalan

Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), kawalan atau skor kajian

adalah keluasan sesuatu fokus yang disasarkan.

Berdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan operasi bahagi murid

Tahun 4 Bestari, saya telah menetapkan skop bagi kajian saya ini iaitu menumpukan 14

Page 15: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

perhatian terhadap meningkatkan penguasaan dalam operasi bahagi nombor lima digit

dengan satu digit. Kemahiran menyoal yang saya laksanakan semasa pengajaran

adalah dalam kawalan saya bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Dalam menentukan

skop kajian yang sesuai, saya telah menjadikan soalan-soalan di bawah sebagai

panduan dan penanda aras :

i. Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidikan?

Ya. Masalah operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit

wujud dalam amalan penyelidikan. Hanya bergantung kepada guru untuk

mengambil cakna akan masalah ini atau pun hanya mengabaikannya.

ii. Bolehkah penyelidik melakukan sesuatu terhadap situasi atau masalah tersebut

bagi penambahbaikannya?

Boleh. Saya menggunakan Kaedah ‘Palang Oh Palang’ di mana ia paling sesuai

dan mudah difahami oleh murid-murid saya dalam melakukan pengiraan

operasi bahagi, di samping dapat mengelakkan kesilapan menurunkan nombor

yang dibahagi dan menulis hasil bahagi.

iii. Adakah penyelidik terlalu bergantung kepada orang lain apabila hendak

melakukan sesuatu perubahan terhadap situasi atau masalah tersebut?

Tidak. Kaedah ‘Palang Oh Palang’ adalah sangat fleksibel digunakan dalam bilik

darjah tanpa perlu membawa murid ke luar bilik darjah. Kaedah ini juga tidak

memerlukan alatan bantu mengajar yang canggih sebaliknya hanya

menggunakan bahan bantu mengajar yang asas seperti pensel dan kertas. Oleh

itu saya tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak

sekolah atau pun ibu bapa untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah ini boleh

dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

15

Page 16: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

2.2.4 Kolaborasi

Bagi menjalankan kajian tindakan ini secara holistik, saya telah berkolaborasi dengan

beberapa. Ini bertujuan untuk memastikan saya mempunyai ilmu atau maklumat yang

secukupnya bagi menghadapi sebarang halangan sepanjang melaksanakan kajian

tindakan ini. Antara pihak-pihak yang terlibat dan telah berkolaborasi dengan saya

ialah:

i. Guru

Langkah awal yang telah saya buat ialah dengan menyelidik tahap penguasaan

dan pemahaman murid-murid Tahun 4 Bestari dalam operasi bahagi melalui

beberapa sesi temubual ringkas dengan guru Matematik, Puan Maryam, yang

pernah mengajar mereka semasa di Tahun 3. Beliau memberi kerjasama dan

maklumat yang agak terperinci berkaitan kelemahan murid-murid berkenaan.

Hasil perbincangan itu, saya telah membuat keputusan untuk berusaha sedaya

upaya bagi membantu murid-murid tersebut sehingga dapat menguasai operasi

bahagi dengan baik.

ii. Murid

Melalui temubual ringkas dengan beberapa orang murid Tahun 4 Bestari yang

saya pilih secara rawak, saya dapati mereka berpendapat bahawa operasi

bahagi sangat sukar. Oleh sebab itu, ramai antara mereka kurang berminat dan

bersikap sambil lewa semasa menjawab soalan-soalan yang melibatkan operasi

bahagi.

Apa yang dapat saya rumuskan, proses kolaborasi sangat penting sebelum

melaksanakan kajian tindakan. Hal ini kerana tanpa adanya proses kolaborasi, saya

tidak mungkin dapat mengenalpasti punca dan permasalahan murid-murid Tahun 4

Bestari dalam matapelajaran matematik khususnya bagi topik operasi bahagi.

16

Page 17: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

2.2.5 Kerelevenan Kepada Sekolah

Kajian tindakan yang akan saya laksanakan semestinya releven dengan kehendak dan

matlamat sekolah. Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), dalam

memilih fokus kajian, kriteria kerelevenan merujuk kepada kesesuaian fokus kajian

kepada amalan sendiri dan rakan sejawat serta organisasi.

Justeru itu, saya telah menjadikan beberapa soalan sebagai panduan bagi saya

memilih fokus bagi kajian saya :

i. Sejauh manakah pentingnya persoalan atau masalah ini dari segi jangka masa

pendek atau jangka masa panjang?

Penguasaan dalam operasi bahagi adalah sangat penting dari segi jangka masa

pendek dan jangka masa panjang kerana ia adalah operasi asas yang perlu

dikuasai oleh setiap murid secara konkrit. Dalam kehidupan seharian kita,

pengetahuan operasi bahagi banyak digunakan, contonya semasa membuat

pembahagian kumpulan di dalam kelas atau membahagikan sama rata gula-gula

kepada rakan-rakan semasa jamuan kelas.

ii. Adakah penyelidik berminat untuk menambahbaik permasalahan atau situasi itu?

Ya. Masalah lemah penguasaan dan kecuaian dalam operasi bahagi harus

diatasi agar murid-murid Tahun 4 Bestari dapat meneruskan pembelajaran

mereka bagi topik-topik yang selanjutnya dengan lebih mudah dan cemerlang.

iii. Adakah penyelidik perlu menyelesaikan masalah itu untuk membolehkan beliau

menyambung tugas seterusnya?

Ya. Tindakan penyelesaian masalah harus dibuat dengan teliti dan mencapai

objektif agar pembelajaran murid-murid dalam topik-topik berikutnya lebih

mudah.

17

Page 18: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

iv. Adakah masalah itu mempunyai kesan ke atas tugas rakan sejawat yang lain?

Ya. Oleh yang demikian, semua guru terutamanya guru matematik perlu cakna

dengan masalah ini.

v. Adakah masalah itu memberi kesan negatif terhadap institusi atau tempat

penyelidik bertugas?

Ya. Murid akan berterusan melakukan kecuaian atau kesilapan dalam operasi

bahagi sehingga boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka dan

pencapaian Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan awam.

2.3 FOKUS KAJIAN DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang saya mengambil alih sebagai guru Matematik bagi kelas Tahun 4 Bestari,

saya telah mengenalpasti beberapa masalah dalam operasi pengiraan. Namun,

permasalahan yang paling ketara dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 Bestari ialah

masalah dalam operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit.

Saya telah berusaha sedaya upaya mencari pelbagai alternatif dari segi kaedah

pengajaran operasi bahagi melalui laman sesawang, media massa dan buku-buku

mengenai kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Saya bersyukur kerana

akhirnya saya telah menemui kaedah dan peluang untuk penambahbaikan penguasaan

murid dalam topik bahagi ini.

2.4 CARA PENGUMPULAN DATA AWAL

Saya telah menyemak dan menganalisis hasil pencapaian murid dalam Ujian

Pertengahan Tahun matapelajaran Matematik Tahun 4, lembaran kerja serta buku

latihan murid Tahun 4 Bestari, saya telah berjaya mengenalpasti 25 peratus murid

masih membuat kesalahan dalam operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan

satu digit. Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mencari alternatif

18

Page 19: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

yang sesuai bagi mengatasi masalah ini dan mengelakkan masalah ini daripada

berterusan.

Data yang dikumpul pada peringkat awal adalah dengan merekod markah yang

diperolehi oleh setiap murid Tahun 4 Bestari melalui soalan-soalan dalam lembaran

kerja yang diberi dan soalan-soalan latihan dalam buku aktiviti. Hasil data yang

diperolehi ini, saya telah kategorikan murid-murid Tahun 4 Bestari ini kepada kumpulan

murid lemah, sederhana dan pandai. Kumpulan murid lemah dan sederhana ini sering

menghadapi kesukaran dan cuai dalam menjawab soalan-soalan operasi bahagi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua, iaitu objektif umum dan objektif khusus.

3.1 Objektif umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 4

Bestari yang berprestasi rendah dan mempunyai masalah menyelesaikan operasi

bahagi 5-digit dengan 1-digit dengan menggunakan kaedah ‘Palang Oh Palang’.

3.2 Objektif Khusus

i. Menguji keberkesanan kaedah “Palang Oh Palang” dalam meningkatkan

penguasaan murid Tahun 4 Bestari dalam operasi bahagi nombor 5-digit dengan

1-digit.

ii. Meningkatkan tahap penguasaan murid-murid yang berprestasi rendah dalam

memahami prosedur untuk menyelesaikan masalah pembahagian nombor 5-digit

dengan 1-digit.

19

Page 20: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

iii. Menarik minat murid Tahun 4 Bestari bagi operasi bahagi nombor 5-digit

dengan 1-digit melalui penggunaan kaedah “Palang Oh Palang” yang mudah dan

menyeronokkan.

3.3 Soalan Kajian

i. Adakah penggunaan kaedah “Palang Oh Palang” dapat membantu murid Tahun

4 Bestari menguasai kemahiran operasi bahagi 5-digit dengan 1-digit?

ii. Adakah penggunaan kaedah “Palang Oh Palang” dapat mengatasi masalah

memahami prosedur menyelesaikan masalah pembahagian nombor 5-digit

dengan 1-digit?

iii. Adakah penggunaan kaedah “Palang Oh Palang” dapat menarik minat murid

Tahun 4 Bestari untuk melakukan operasi pembahagian nombor 5-digit

dengan 1-digit?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian tertumpu kepada sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah

Kebangsaan Mohd Shah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Sampel kajian ini terdiri

daripada 10 orang murid kelas 4 Bestari iaitu kelas yang pertama daripada 2 kelas.

Sampel terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan yang

berprestasi rendah di mana mereka di antara murid yang mendapat markah ujian

pertengahan tahun terendah dalam subjek matematik.

20

Page 21: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

BIL. RESPONDEN JANTINAPRESTASI

AKADEMIKCIRI-CIRI

1 R1 P 24 Sering tidak menyiapkan kerja Matematik

2 R2 L 25 Sering tidak menyiapkan kerja Matematik

3 R3 L 25 Sering tidak menyiapkan kerja Matematik

4 R4 P 30 Rajin belajar tetapi cuai

5 R5 P 30 Rajin belajar tetapi cuai

6 R6 P 33 Rajin belajar tetapi cuai

7 R7 L 35 Sering tidak menyiapkan kerja Matematik

8 R8 P 37 Sering tidak menyiapkan kerja Matematik

9 R9 P 38 Rajin belajar tetapi cuai

10 R10 P 39 Rajin belajar tetapi cuai

JADUAL 1 : Pencapaian sepuluh orang Murid 4 Bestari dalam Ujian Pertengahan

Tahun 2014 beserta ciri-ciri yang dimiliki.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Sesuatu kajian haruslah dilakukan secara teliti dengan prosedur yang betul (Mok,

2009). Hal ini disokong oleh McMillan dan Schumacher (1997) dalam kenyataannya,

“research as a systematic process of collection and analyzing information (data) for

some purpose”.

21

Page 22: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Berdasarkan kenyataan ini, kajian tindakan ini adalah suatu proses sistematik

dalam mengumpul dan menganalisis data bagi sesuatu tujuan. Oleh itu, prosedur

tindakan yang sistematik telah saya laksanakan bagi memastikan keberkesanan kajian

tindakan yang dijalankan ini. Tindakan yang telah dibuat adalah merancang tindakan,

merancang cara mengumpul data, merancang cara menganalisis data, merancang

pelaksanaan tindakan dan membina jadual pelaksanaan.

5.1 Perancangan Tindakan

Setelah mendapat fokus kajian, saya telah merancang tindakan susulan yang akan

saya ambil. Menurut Hopkins (1985), kajian tindakan didefinasikan sebagai satu

kombinasi antara tindakan dan kajian. Ia merupakan satu bentuk inkuiri di mana

penyelidik cuba memahami, memperbaiki dan memperbaharui amalan. Oleh yang

demikian, saya telah menjalankan satu kajian tindakan bagi memperbaiki amalan

pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas serta membantu murid saya

meningkatkan kemahiran mereka dalam pembahagian nombor lima digit dengan satu

digit.

Dalam kajian ini, saya menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis & Mc

Taggart (1988) sebagai panduan pelaksanaan. Berdasarkan model ini terdapat empat

peringkat iaitu merancang (plan), bertindak (act), memerhati (observe) dan membuat

refleksi (reflect). Kitaran tersebut boleh berulang sehingga keputusan yang memuaskan

diperolehi. Penggunaan model ini lebih ringkas dan jelas serta sesuai digunakan

sebagai panduan dalam pelaksanaan kajian ini.

22

Page 23: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

RAJAH 4 Model Kajian Tndakan Kemmis & Mc Taggart (1988)

Dengan berpandukan model Kajian Tindakan Kemmis & Taggart, kajian ini

dilaksanakan menggunakan proses dan prosedur seperti berikut:

PERINGKAT 1 – MERANCANG

Pada peringkat permulaan saya terlebih dahulu mengenalpasti masalah murid dalam

menjawab soalan operasi bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit.

Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui permasalahan yang

dihadapi serta mengenal fokus kajian.

PERINGKAT 2 – BERTINDAK ATAU MENGAJAR

Saya memberi ujian diagnostik (Lampiran A) kepada murid untuk tujuan memilih 10

orang responden kajian. Kemudian saya akan memberi Ujian Pra (Lampiran B) kepada

murid. Seterusnya saya akan memperkenalkan Kaedah “Palang Oh Palang” dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi menyelesaikan soalan pembahagian nombor lima

digit dengan satu digit.

23

Page 24: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

PERINGKAT 3 – MEMERHATI

Saya menyediakan soalan-soalan latih tubi dalam bentuk lembaran kerja dan akan

diberikan kepada semua responden selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, saya akan menguji penguasaan mereka dengan memberi Ujian Pasca

(Lampiran C) selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan meminta

murid memberi maklum balas perasaan mereka melalui borang soal selidik yang

disediakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

PERINGKAT 4 – MEREFLEKS

Pada peringkat terakhir, saya akan menganalisis keberkesanan pelaksanaan Kaedah

pembahagian “Palang Oh Palang” melalui Ujian Pasca keatas 10 orang responden

yang telah dipilih. Penganlisisan juga akan dibuat berdasarkan data yang diperolehi

daripada borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Akhirnya, refleksi bagi

merumuskan keberkesanan kaedah “Palang Oh Palang” dibuat berdasarkan data-data

yang dianalisis.

LANGKAH PENGIRAAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBAHAGIAN “PALANG OH

PALANG”

LANGKAH 1 :

Sebelum memperkenalkan Kaedah Pembahagian “Palang Oh Palang”, saya akan

melatih semua responden untuk memahirkan diri membuat tapak pengiraan iaitu

dengan melukis satu bulatan, satu garis menegak seperti tiang dan beberapa garis

melintang disebut palang. Langkah-langkah melukis tapak pengiraan adalah seperti di

berikut :

1. Mulai dengan melukis satu bulatan.

2. Kemudian dilukis pula satu garis menegak di bawah bulatan.

24

Page 25: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

3. Seterusnya, garisan melintang atau palang dilukis. Bilangan palang bergantung

kepada jumlah digit pada soalan. Dalam kajian ini ditumpukan kepada nombor

lima digit, oleh itu lima palang perlu dilukis.

RAJAH 5 Tapak Pengiraan operasi bahagi kaedah “Palang Oh Palang”

25

(1) Bulatan untuk

nombor

(2) Garis lurus

menegak seperti

tiang.

(3) Garis lurus

melintang disebut

palang.

Page 26: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

LANGKAH 2 :

Setelah responden telah mahir dalam membina tapak pengiraan, langkah selanjutnya

adalah mengisi tapak pengiraan berdasarkan soalan diberi. Responden akan dibimbing

dalam melengkapkan tapak pengiraan mengikut aturan seperti berikut :

i. Nombor pembahagi ditulis dalam bulatan.

ii. Nombor yang hendak dibahagi ditulis pada setiap palang dari atas ke bawah dan

hanya satu digit bagi setiap palang.

iii. Tanda tolak ( - ) ditulis dibelakang setiap digit.

CONTOH SOALAN : 52 984 ÷ 2 = 26 492

5 −

2 −

9 −

8 −

4 −

26

2

Page 27: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

RAJAH 6 Pengisian soalan dalam tapak pengiraan

LANGKAH 3 :

Selanjutnya responden akan dibimbing dalam melakukan pengiraan. Bagi memudahkan

pengiraan menggunakan Kaedah “Palang Oh Palang” ini dijalankan, responden dikehendaki

menyediakan sifir, contohnya dalam soalan yang diberi responden diminta menyediakan sifir

dua. Langkah-langkah pengiraan adalah seperti dibawah :

i. Bermula dengan digit pertama pada palang teratas iaitu 5, responden diminta mencari

apakah nombor yang didarab dengan dua memberikan hasil darab 5, oleh sebab

tiada 5 maka dirujuk nombor hasil darab yang paling hampir dengan 5 iaitu 4.

ii. Hasil darab iaitu 4 ditulis selepas tanda tolak (-) pada palang pertama.

iii. Penolakan dijalankan dengan menolak 4 daripada 5 menghasilkan 1.

iv. Hasil tolak iaitu 1, diturunkan ke bawah dan ditulis sebelah digit kedua palang

kedua.

v. Ulangi langkah i hingga iv bagi digit seterusnya sehingga selesai.

vi. Jawapan diperolehi dengan melihat nombor-nombor di sebelah kiri tiang atau

garis tegak. Dibaca dari atas ke bawah. Responden diminta menulis semula

jawapan secara mendatar.

CONTOH SOALAN : 52 984 ÷ 2 = 26 492

Nombor

5-digit5 2 9 8 4

Digit ke- Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima

27

Page 28: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

RAJAH 7 Pengiraan bagi memperolehi jawapan

LANGKAH 4 :

28

Hasil tolak

diturunkan dan

diletak disebelah

digit kedua iaitu 2

dan disebut dua

belas.

Jawapan :

26 492

Pekali bagi 2 yang menghasilkan hasil darab 4

2 5 − 4 ₌ 1

6 1 2 − 12 ₌ 0

84 0 9 − ₌ 1

189 1 8 − ₌ 0

42 0 4 − ₌ 0

2

Page 29: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Bagi melengkapkan kemahiran pembahagian menggunakan kaedah “Palang Oh

Palang” ini, responden diminta menyalin semula dalam bentuk ayat matematik berserta

jawapan yang diperolehi.

Contoh jawapan : 52 984 ÷ 2 = 26 492

5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Data boleh didefinasikan sebagai fakta, perkataan, surat, rajah, carta atau simbol yang

mewakili objek, situasi, keadaan atau idea (Mohd Majid, 2000). Data yang dikumpul

merupakan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan maklumat berkaitan

kajian yang dijalankan. Menurut Othman (2011), seorang pengkaji perlu menentukan

jenis data yang dapat menyumbang kepada pemahaman serta penyelesaian yang

sesuai terhadap masalah yang dikaji.

Pandangan ini disokong oleh Majid (2000) yang menyatakan bahawa prinsip

utama pengumpulan data adalah untuk memperolehi data dan maklumat yang

mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Dalam kajian ini, teknik dan alat pengumpulan

data yang telah saya gunakan adalah secara kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Penerangan dengan mendalam mengenai cara pengumpulan data bagi

menjawab soalan kajian yang dikemukakan dinyatakan secara jelas di bahagian berikut

ini.

29

Page 30: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

5.2.1 Kaitan Antara Soalan Kajian Dengan Kaedah Pengumpulan Data

Bagi setiap soalan kajian, saya menggunakan lima jenis cara untuk mengumpul data.

Jadual 2 dibawah ditunjukkan kaitan soalan dengan cara pengumpulan data.

SOALAN KAJIANCARA MENGUMPUL

DATAANALISIS

1. Adakah penggunaan kaedah “Palang Oh

Palang” dapat membantu murid Tahun 4

Bestari menguasai kemahiran operasi

bahagi 5-digit dengan 1-digit?

-Ujian Pra

-Ujian Pasca

-Analisis Dokumen :

i) Lembaran kerja

ii) Pemerhatian

Peratus

Peratus

Peratus

Koding

2. Adakah penggunaan kaedah “Palang Oh

Palang” dapat mengatasi masalah

memahami prosedur menyelesaikan

masalah pembahagian nombor 5-digit

dengan 1-digit?

-Analisis Dokumen :

i) Lembaran kerja

ii) Pemerhatian

Peratus

Koding

3. Adakah penggunaan kaedah “Palang Oh

Palang” dapat menarik minat murid Tahun

4 Bestari untuk melakukan operasi

pembahagian nombor 5-digit dengan

1-digit?

-Pemerhatian

-Soal selidik

-Temubual

Koding

Peratus

Koding

JADUAL 2 : Soalan Kajian, Pengumpulan Data Dan Analisis

30

Page 31: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

5.2.2 Huraian Kaedah Pengumpulan Data

i) Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Di dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Kedua-dua ujian ini akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi penggunaan kaedah

“Palang Oh Palang” dalam menyelesaikan operasi bahagi nombor lima digit dengan satu digit.

Ujian Pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran kaedah “Palang Oh Palang”

diperkenalkan manakala Ujian Pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan

kepada kumpulan sasaran yang telah dipilih. Soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pasca adalah

sama ( Lampiran B dan Lampiran C), hanya diubahsuai dari segi kedudukan soalan sahaja.

Soalan ujian yang diberikan berupa soalan berbentuk struktur. Soalan yang dibina hanya terhad

kepada topik bahagi melibatkan nombor lima digit dengan satu digit sahaja untuk memudahkan

saya membuat penilaian yang lebih terperinci.

Tempoh masa selama 30 minit diberikan untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan

terdiri daripada 10 soalan subjektif yang perlu dijawab secara individu. Markah bagi setiap

soalan ialah 10 markah dan jika jawapan diberikan adalah salah atau hanya dibiarkan kosong,

maka tiada markah akan diberikan. Setiap jawapan responden akan dinilai dan diberi markah.

Markah responden seterusnya dianalisis menggunakan perbezaan peratusan markah. Analisis

data juga akan dilakukan dengan membandingkan skor markah murid dalam Ujian Pra dan Ujian

Pasca. Skor maksimum markah bagi setiap ujian ialah 100 peratus. Skor-skor yang diperoleh

dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah

dan sangat lemah.

ii) Soal Selidik

31

Page 32: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh

responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana ia mengukur tahap

minat seseorang murid dalam pelajaran matematik. Selain itu borang soal selidik juga digunakan

untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap dan tanggapan murid terhadap pelajaran

Matematik. Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik

adalah selaras dengan objektif kajian di mana ia mengukur tahap minat dan sikap murid-murid

terhadap pelajaran Matematik khususnya dalam topik bahagi. Saya akan mengedarkan sebanyak

10 unit borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 10 orang murid Tahun Empat

Bestari. Sebelum responden mengisi borang soal selidik tersebut, penerangan akan diberikan

terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang soal selidik, dan cara-cara

mengisi borang soal selidik. Responden diberi masa 5 minit untuk menjawab soalan-soalan yang

diberikan.

Borang soal selidik (Jadual 4) yang diberikan kepada responden adalah menggunakan

jenis respon binari iaitu setuju atau tidak setuju. Borang soal selidik yang digunakan untuk

mendapatkan data dalam menjalankan kajian tindakan ini mempunyai 5 item. Borang soal selidik

ini merangkumi aspek minat, sikap dan keupayaan menggunakan kaedah “Palang Oh Palang”.

Saya akan menganalisis data hasil soal selidik dengan menggunakan statistik mudah iaitu

peratus.

Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju1 Saya faham dengan jelas cara guru mengajar

menggunakan kaedah “Palang Oh Palang” untukoperasi bahagi 5 digit dengan 1 digit.

2 Saya boleh melukis tapak pengiraan dan mengisinombor-nombor berdasarkan soalan diberi.

3 Saya boleh menyelesaikan soalan operasi bahagi menggunakan kaedah “Palang Oh Palang” yang diajar oleh guru.

4 Saya akan menggunakan kaedah “Palang Oh Palang” bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi di masa akan datang.

5 Saya sangat meminati kaedah “Palang Oh Palang” bagi menyelesaikan soalan operasi bahagi.

JADUAL 4 : Borang Soal Selidik

32

Page 33: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

iii) Pemerhatian

Bagi menjalankan kajian tindakan ini saya akan menggunakan pemerhatian sebagai

salah satu kaedah kajian. Senarai semak akan digunakan sebagai alat ukur untuk

mengukur minat atau perlakuan (Jadual 5) responden di dalam operasi bahagi

menggunakan kaedah “Palang Oh Palang”. Pemerhatian akan dilakukan secara

membuat senarai semak sepanjang sesi pengajaran. Senarai semak yang dilakukan

adalah bertujuan untuk melihat bagaimana reaksi responden mengaplikasikan kaedah

“Palang Oh Palang” bagi menyelesaikan soalan-soalan operasi bahagi lima digit

dengan satu digit. Di dalam senarai semak terdapat perkara-perkara yang akan

diperhatikan oleh saya ke atas responden sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran.

JADUAL 5 : Borang Senarai Semak Kelakuan Murid

Bil Kelakuan No. Meja 1. Berbual dengan rakan di sebelah. 2. Tidur. 3. Mengganggu pelajar di sebelah. 4. Menjawab soalan yang diajukan. 5. Bertanya soalan di luar topik yang

diajar.

vi) Temubual

Selain soal selidik, dapatan data juga diperolehi melalui kaedah temubual. Ini adalah

untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Temubual adalah kaedah

bila mana responden dan pengkaji hadir sama dalam proses memperolehi maklumat.

Maklumat penyelidikan diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada responden.

Temubual digunakan bagi memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan,

perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan bagi mencapai sesuatu objektif

penyelidikan. Temubual berstruktur untuk guru mengenai kaedah pengajaran dan

33

Page 34: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

pembelajaran. Temubual dalam kajian ini melibatkan guru matapelajaran Matematik

dan responden untuk mengetahui maklumat berkaitan latar belakang, maklum balas

prestasi akademik dan tingkahlaku sebelum dan selepas saya menjalankan kajian.

v) Dokumen

Sepanjang sesi pengajaran, dua lembaran kerja akan saya berikan berdasarkan

beberapa tahap kesukaran. Hal ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran responden

menggunakan Kaedah “Palang Oh Palang”. Kemudian saya akan lakukan analisis

dengan membandingkan peningkatan prestasi hasil kerja dalam lembaran kerja

berkenaan. Pengumpulan data melalui dokumen seperti lembaran kerja dan gambar

foto dapat memberi maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh responden. yang

akan diambil pula akan menunjukkan situasi responden sebelum dan selepas Kaedah

“Palang Oh Palang” diperkenalkan.

5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

5.3.1 KAEDAH ANALISIS DATA UJIAN PRA DAN PASCA

Saya akan menggunakan gred markah yang ditetapkan untuk sekolah rendah bagi

mengkategorikan pencapaian responden dan mengetahui tahap pencapaian mereka

dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Gred Markah Analisis Kelayakkan

A 80-100 Cemerlang Lulus

B 60-79 Baik Lulus

C 40-59 Sederhana Lulus

D 20-39 Lemah Gagal

E 0-19 Sangat Lemah Gagal

JADUAL 6 : Gred Markah

34

Page 35: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Berdasarkan jadual gred markah seperti di atas, saya akan dapat mengenalpasti

responden yang bermasalah daripada markah yang diperolehi melalui Ujian Pra yang

dijalankan.

Selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah “Palang Oh

Palang” , saya akan memberikan satu Ujian Pasca dimana soalan Ujian Pra dan soalan

Ujian Pasca adalah sama tetapi berbeza dari segi kedudukan soalan. Markah yang

diperolehi oleh responden seterusnya akan saya terjemahkan ke dalam bentuk data

yang kemudiannya akan dianalisis bagi menilai tahap pencapaian mereka.

Dengan menggunakan kaedah analisis data melalui peratusan peningkatan

pencapaian murid, hasil kajian akan terbukti sama ada kaedah yang digunakan

berkesan atau tidak berkesan dalam membantu responden menjawab soalan-soalan

operasi bahagi lima digit dengan satu digit. Berdasarkan analisis data berkenaan juga,

dapatlah dirumuskan tahap penguasaan mereka dalam operasi bahagi nombor lima

digit dengan satu digit menggunakan Kaedah “Palang Oh Palang”.

5.3.2 KAEDAH ANALISIS DATA DOKUMEN

Saya akan menganalisis dokumen dengan menggunakan analisis kandungan. Analisis

kandungan adalah teknik yang digunakan untuk membuat inferens melalui pengenalan

sifat-sifat yang khusus tentang mesej (Holsti, 1968). Analisis kandungan bagi analisis

dokumen ini menggunakan pengkodan terbuka untuk mencari makna tersirat dan

tersurat dalam data tersebut secara tentatif. Dokumen yang bakal saya kumpulkan

adalah seperti latihan murid dalam buku latihan, gambar foto dan lembaran kerja , di

mana bahan-bahan ini semua akan diterjemahkan ke dalam bentuk teks sesuai untuk

memudahkan kerja saya menganalisis kandungan.

5.3.3 KAEDAH ANALISIS DATA PEMERHATIAN

35

Page 36: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Data pemerhatian yang akan dianalisis di rekod dalam bentuk jadual (Jadual 5). Melalui

catatan data di dalam jadual tersebut, kajian dapat dibuktikan melalui tingkah laku

responden semasa menggunakan Kaedah “Palang Oh Palang” dalam menyelesaikan

soalan pembahagian dan kekerapan bilangan soalan yang dijawab menggunakan

kaedah ini. Selain itu, minat responden dapat dinilai melalui tahap keaktifan mereka

semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kesungguhan mereka menjawab

soalan-soalan latihan dan ujian.

5.3.4 KAEDAH ANALISIS DATA TEMUBUAL

Saya akan melakukan temubual separa berstruktur iaitu susunan perkataan dan cara

soalan dikemukakan ditentukan terlebih dahulu. Dengan cara ini maklumat yang

diperolehi akan lebih sistematik dan khusus kepada apa yang ingin diketahui. Ini

membolehkan jawapan yang diberikan dari sudut perspektif murid dinilai dengan

terperinci. Temubual yang saya akan jalankan, akan direkodkan dan dicatat hasil

perbuatan termasuklah perlakuan bukan lisan yang ditunjukan oleh responden.

Seterusnya hasil transkrip vertabim akan dianalisis secara terperinci menggunakan

koding-koding seperti seronok, suka, gembira dan minat.

5.3.5 KAEDAH ANALISIS DATA SOAL SELIDIK

Bagi data soal selidik pula, saya akan menganalisisnya melalui penggunaan respon

binari iaitu setuju atau tidak setuju. Berdasarkan jenis respon yang diselidiki ini, data

soal selidik akan dianalisis menggunakan peratusan bagi menunjukkan tindakbalas

responden terhadap Kaedah “Palang Oh Palang” dalam pengajaran dan pembelajaran

topik operasi bahagi lima digit dengan satu digit.

5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

36

Page 37: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

5.4.1 JADUAL PELAKSANAAN

Bagi memastikan kajian tindakan ini berjalan dengan lancar, saya telah membina

jadual pelaksanaan tugasan seperti di bawah :

JADUAL 7 : Carta gant pelaksanaan kajian tindakan

Bil Perkara JULAI OGS SEPT OKTl NOV DIS JAN

2015

FEB

MAC APR

1 Mengenal pasti

masalah dan

pengumpulan data

2 Menulis proposal Kajian

3 Merancang Tindakan

4 Melaksanakan Tindakan Ujian Pra PdP Ujian Pasca

5 Mengumpul maklumat Temu bual Pemerhatian Soal selidik

6 Menganalisis maklumat

7 Menghantar kajian tindakan

8 Membuat pembentangan

37

Page 38: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

5.4.2 KOS KAJIAN

Jadual 8 menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk

melaksanakan kajian ini.

JADUAL 8 : Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA

SEUNIT

JUMLAH KOS

1 Kertas A4 3 X RM 9 = RM 27 RM 27

2 Printer Cartridge 4 X RM 5 = RM 20 RM 20

3 Potostat Bahan Dan Laporan

Kajian

RM 20 RM 20

4 Fail 3 X RM 4.90 = RM14.70 RM 14.70

5 Kertas Warna 10 X 0.10 = RM 1 RM 1

6 Buku Catatan RM 2 RM 2

JUMLAH RM 84.70

6.0 TINJAUAN LITERATUR

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru

matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam

pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah

diterangkan konsep disebaliknya. Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran

formal operasi bahagi  menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep

38

Page 39: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

yang betul   diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat bersama

murid. Umpamanya 5 kumpulan 4  orang murid dan 2 orang terasing, apabila

dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga murid-murid mengira begini iaitu dua

dua , tiga tiga , lima lima, dengan pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku

membuat murid mengingat tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam

pembelajaran yang formal tentang aspek-aspek bahagi.

Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang

melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau penguasaan

mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan darab. Swenson (1973)

berpendapat kemahiran membahagi tidak digunakan sekerap kemahiran tambah, tolak

dan darab serta diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran

membahagi diamalkan. Inilah menyebabkan murid menghadapi kesulitan

menyelesaikan masalah bahagi.

Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek penting

dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi bahagi.

Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik, Ipoh, Perak;

antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan

melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu sendiri.

Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk menghafal

sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid menyelesaikan masalah bahagi

adalah murid tidak tahu cara membina ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada

asas membaca dan kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk

bertanya.

Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan

di dalam kelas. Ia juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk

yang akan datang. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid

yang gagal dalam peperiksaan. Melalui aktiviti ini juga diharapkan guru-guru Matematik

39

Page 40: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

dapat berkongsi pendapat bagi membantu murid-murid yang lemah. Kaedah ini juga

diharapkan dapat membantu murid Tahun 4 Bestari melakukan pengiraan dengan lebih

cepat, tepat dan tidak membebankan murid. Ia juga akan memudahkan guru mengesan

kesilapan murid menyelesaikan operasi bahagi 5 digit dengan satu digit.

BIBLIOGRAFI

Atan Long. (1991). Pelbagai Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan

Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan

kenyataan praktis: satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran

matematik sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan

Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

Jeffery anak Menggu. (2003). “Aya Du.” Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003, 8-

9 Oktober 2003. Terbitan bersama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Samarahan

dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman, 133-147.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sendirian Berhad.

40

Page 41: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

Bil

1

2

3

4

5

7

8

9

41

Page 42: Proposal Ar Asmah2014

MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 2014

42