pengeluaran pekerja berpencen - kwsp.gov.my · pdf filetarikh cetakan : v01/01/2017...

3
Tarikh Cetakan : V01/01/2017 PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN TUJUAN Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen : • Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja • Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) KELAYAKAN MEMOHON 1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU 2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA SYARAT- SYARAT PENGELUARAN 1. Telah disahkan taraf pekerja berpencen dari JPA 2. Ahli tidak layak memohon sekiranya ahli adalah anggota tentera yang bersara secara pilihan KELAYAKAN PENGELUARAN Ahli boleh mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) MAKLUMAT TAMBAHAN 1. Bukan lagi pekerja mengikut definisi Akta KWSP kerana dianggap telah membuat pengeluaran kesemua simpanan 2. Sekiranya bekerja semula dengan pihak swasta, wajib mencarum kepada KWSP dengan menggunakan nombor keahlian yang sama 3. Sekiranya ahli ingin terus mencarum kepada KWSP, selepas membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, ahli boleh memilih untuk mencarum semula di bawah kategori orang bekerja sendiri 4. Sekiranya ahli pernah membuat pindahan pelaburan, KWSP akan melepaskan kawalan ke atas amaun yang dilaburkan selepas ahli membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen

Upload: vuongnhi

Post on 07-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN TUJUAN Bagi ahli yang berkhidmat dalam

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN

TUJUAN

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen :

• Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja

• Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang

Persaraan Diperbadankan (KWAP)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);

ATAU

2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN

1. Telah disahkan taraf pekerja berpencen dari JPA

2. Ahli tidak layak memohon sekiranya ahli adalah anggota tentera yang bersara secara pilihan

KELAYAKAN PENGELUARAN

Ahli boleh mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah

pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Bukan lagi pekerja mengikut definisi Akta KWSP kerana dianggap telah membuat pengeluaran kesemua simpanan

2. Sekiranya bekerja semula dengan pihak swasta, wajib mencarum kepada KWSP dengan menggunakan nombor

keahlian yang sama

3. Sekiranya ahli ingin terus mencarum kepada KWSP, selepas membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, ahli boleh

memilih untuk mencarum semula di bawah kategori orang bekerja sendiri

4. Sekiranya ahli pernah membuat pindahan pelaburan, KWSP akan melepaskan kawalan ke atas amaun yang

dilaburkan selepas ahli membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen

Page 2: PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN TUJUAN Bagi ahli yang berkhidmat dalam

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

KAEDAH BAYARAN

Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN

• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing Jenis matawang adalah seperti berikut :-

• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan

oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU

• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam

senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

KEPERLUAN DOKUMEN-DOKUMEN UTAMA

1. Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL)

2. Salinan kad pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)

3. Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (mengikut format KWSP) Rasional > Majikan mengesahkan

ahli telah diberi status pekerja berpencen

4. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank

semasa membuat permohonan)

Dokumen Tambahan

• Surat pengesahan Majikan (ahli anggota polis) Rasional > sekiranya tiada dokumen lain yang boleh dibuat rujukan

silang antara no. polis dan no. K/P awam merujuk orang yang sama

• Borang KWSP 3 (pindaan) – jika CIJ gagal di kaunter/ permohonan melalui pos

• Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan

• (Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa)

Dokumen Sokongan

• Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pekerja Berpencen untuk semua dokumen yang diperlukan di laman

web KWSP dan kaunter

• KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi

syarat-syarat yang ditetapkan

Page 3: PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN TUJUAN Bagi ahli yang berkhidmat dalam

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

NOTA AMARAN

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,

pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu

tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta

KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

Pusat Pengurusan Perhubungan. Tel: 03-8922 6000

Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan

dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat

lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

AAAnnndddaaa KKKeeeuuutttaaammmaaaaaannn KKKaaammmiii