pengawalaturan aras gula dalam darah.pptx

18

Upload: miskam-hanimah

Post on 21-Dec-2015

297 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Pengawalaturan Aras Gula dalam Darah

Glukosa diperlukan untuk proses respirasi

Aras normal glukosa dalam darah ialah 75 mg – 110 mg

Mekanisme Pembetulan

Hormon yang dirembeskan oleh pankreasInsulin Glukagon

Aras Glukosa dalam DarahMeningkat Menurun

Mekanisme suap balik negatif

1. Pertukaran glukosa berlebihan kepada glikogen

2. Penggunaan glukosa untuk respirasi meningkat

3. Pertukaran glukosa berlebihan kepada lipid

4. Aras glukosa menurun

1. Pertukaran glikogen kepada glukosa

2. Pertukaran lipid kepada glukosa

3. Aras glukosa meningkat

Glukosa diserap pada kapilari darah vilus pada ileum

Ini menyebabkan peningkatan pada aras glukosa dalam darah

Kepekatan glukosa yang tinggi merangsang sel beta (β) pada kelompok sel Langerhans untuk merembeskan hormon insulin ke dalam darah

Di hati, insulin menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen dan disimpan di dalam sel otot dan sel hati

Aras glukosa dapat direndahkan ke aras normal

Bagi aras glukosa yang rendah, sel alfa (α) Langerhans dirangsang untuk merembeskan hormon glukagon

Di hati, glukagon menukarkan glikogen kepada glukosa

Aras glukosa yang rendah dapat dinaikkan ke aras normal

Berlaku apabila aras glukosa menurun daripada aras normal

Otak memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga

Kekurangan glukosa menyebabkan otak gagal menjalankan fungsi terkawal

Koma Hipoglisema

Pengawalaturan Suhu Badan

Kulit memainkan peranan yang penting dalam pengawalaturan suhu badan

Suhu badan dikekalkan melalui tindakan kehilangan haba dan penghasilan haba

Termoreseptor (reseptor sejuk dan reseptor haba) pada kulit mengesan perubahan suhu persekitaran

Termoreseptor pada hipotalamus mengesan perubahan suhu dalam darah yang mengalir melaluinya

Termoreseptor dirangsang untuk mencetuskan impuls saraf yang dihantar oleh neuron aferen ke hipotalamus

Hipotalamus sebagai pusat kawal atur suhu

Hipotalamus menghantar impuls saraf kepada pelbagai efektor yang bertindak balas secara suap balik negatif

Efektor-efektor bergerak balas melalui cara fizikal (kulit) dan proses metabolisme (kelenjar endokrin)

Pengawalaturan Suhu Badan Melalui Cara Fizikal

Dalam persekitaran yang panas Dalam persekitaran yang sejuk

a) Tindakan kelenjar peluh

• Kelenjar peluh dirangsang untuk mengeluarkan peluh

• Banyak peluh dikeluarkan• Peluh tersejat• Haba disingkirkan dari badan

• Kelenjar peluh tidak dirangsang,maka ia tidak aktif

• Kurang peluh dikeluarkan• Kurang peluh tersejat• Kurang haba disingkirkan dari badan

b) Tindakan kapilari darah pada kulit

• Otot pada arteriol aferen mengendur

• Penvasodilatan berlaku• Kapilari darah mengembang dan

diameter bertambah

• Lebih banyak darah mengalir melalui kapilari darah yang besar dan berada berhampiran dengan permukaan kulit

• Haba berlebihan disingkirkan melalui sinaran

• Otot pada arteriol aferen mengecut• Penvasocerutan berlaku• Kapilari darah mengecut dan

diameternya berkurang

• Kurang darah mengalir melalui kapilari darah yang kecil dan berada jauh dari permukaan kulit

• Kurang haba disingkirkan melalui sinaran

Pada persekitaran yang panas Pada persekitaran yang sejuk

c) Tindakan otot regang rambut

• Otot regang rambut mengendur• Rambut condong ke permukaan

kulit• Satu lapisan udara nipis

terperangkap di antara rambut dengan permukaan kulit

• Lebih banyak haba hilang melalui sinaran

• Otot regang rambut mengecut• Rambut menjadi tegak• Satu lapisan udara tebal

terperangkap di antara rambut dengan permukaan kulit.

• Kurang haba disingkirkan melalui sinaran

Pengawalaturan Suhu Badan Melalui Proses Metabolisme

Dalam persekitaran yang panas

Dalam persekitaran yang sejuk

a) Tindakan otot rangka

• Otot rangka tidak mengecut dan mengendur secara berulang

• Keadaan menggigil tidak berlaku

• Tiada haba dihasilkan

• Otot rangka mengecut dan mengendur secara berulang

• Keadaan mnggigil berlaku• Haba dihasilkan untuk

meningkatkan suhu

b) Tindakan kelenjar adrenal

1. Kelenjar adrenal tidak dirangsangkan

2. Kurang atau tiada hormon adrenalina dirembeskan

3. Kadar metabolisme rendah4. Kurang haba dihasilkan

1. Kelenjar adrenal dirangsang oleh hipotalamus

2. Kelenjar adrenal merembes hormon adrenalina

3. Kadar metabolisme menaikkan suhu badan

4. Lebih haba dihasilkan

c) Tindakan kelenjar tiroid

Kelenjar tiroid tidak dirangsang Sangat kurang hormon

tiroksina dirembeskan Kadar metabolisme rendah

atau normal Kurang haba dihasilkan

Kelenjar tiroid dirangsangkan Hormon tiroksina dirembeskan Kadar metabolisme meningkat Lebih banyak haba dihasilkan