fakta mengenai gula

Upload: josephine-ngu

Post on 10-Jul-2015

134 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Fakta Mengenai Gula

APAKAH GULA?

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g). Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.

APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN DI MALAYSIA?

Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.

APAKAH CORAK PENGELUARAN GULA DI MALAYSIA?

Data daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan bahawa pengedaran gula di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengedaran gula domestik telah meningkat daripada 651,973.12 metrik tan pada tahun 2004 kepada 806,381.88 metrik tan pada tahun 2009. Sementara pengedaran gula industri pula telah meningkat daripada 306,895.34 metrik tan pada tahun 2004 kepada 474,801.16 metrik tan pada tahun 2009. Data ini menunjukkan bahawa pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysai semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin disebabkan oleh harga gula yang murah

APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III (2006) mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II iaitu masingmasing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes). Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Prevalens diabetes juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III). Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005). Gula juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dikalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

APAKAH SARANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN KURANG GULA?Saranan utama 1 1. Makan makanan yang rendah kandungan gula.

Cara untuk mencapai 1. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula. 2. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buahbuahan. 3. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula. 4. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur. 5. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

Saranan Utama 2 1. Minum minuman yang rendah kandungan gula. Cara untuk mencapai 1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial. 2. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman. 3. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman. 4. Periksa kandungan gula dalam label minuman. 5. Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC). 6. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur. (Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)

APAKAH KESAN PENJIMATAN GULA KEPADA KESIHATAN?Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan. Kesan kepada kesihatan individu:

1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari. Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam. Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari iaitu 1 sudu teh gula bagi 3 cawan minuman bergula yang diambil dalam sehari, beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.

Kesan ekonomi kepada pengendali makanan

Berat 1 sudu teh gula adalah 5 gram. Oleh itu, 1 kilogram gula adalah bersamaan dengan 200 sudu teh gula. Harga satu kilogram gula adalah RM1.65. Oleh itu, harga bagi 1 sudu teh gula adalah 0.8 sen atau 1 sen. Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan mengurangkannya kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan. Sekiranya beliau menyediakan minuman bergula kepada 500 orang pelanggan satu hari, beliau boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450 (RM15 x 30 hari) sebulan, dan RM5,400 (RM450 x 12 bulan) setahun!

APAKAH USAHA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI MENDIDIK RAKYAT MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA?

Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula. Ini termasuk melalui Kempen Cara Hidup Sihat, bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).

Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Semasa kempen ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan 1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik; rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer; serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen. Selain daripada itu perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula di pasaran. Usaha ini sedang diteruskan bagi memastikan peningkatan produk sebegini di pasaran. Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan rendah gula (low sugar) dan bebas gula (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-peraturan ini, makanan rendah gula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 5 gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 ml. Makanan bebas gula pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 ml. Peraturan-peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum. Pada tahun 2007, kempen media yang menumpukan kepada promosi makan secara sihat yang dikenali sebagai 5M telah dijalankan. Mengurangkan Gula merupakan salah satu mesej yang disampaikan dalam kempen ini. Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalankan aktiviti pendidikan melalui media masa dan melalui beberapa setting seperti Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat yang terdapat di hampir semua negeri. Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di dalam Panduan Diet Malaysia. Perkhidmatan runding cara pemakanan juga disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat, termasuk mengurangkan pengambilan gula. Perkhidmatan terus kepada rakyat ini diberikan oleh Pegawai Zat Makanan. Sehingga Mac 2010, 51 jawatan Pegawai Zat telah diwujudkan di klinik-klinik kesihatan untuk tujuan ini. Perkhidmatan ini akan diperkukuhkan dengan menenptakan Pegawai Zat Makanan di semua klinik kesihatan.

APAKAH TUJUAN KEMPEN KURANGKAN GULA 2010?

Kempen Kurangkan Gula 2010 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan. Dalam masa yang sama, kempen ini bertujuan menggalakkan pengendali makanan dan industri makanan menyediakan

makanan dan minuman yang rendah kandungan gula kepada pengguna. Ini penting bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.

Tujuan jangka panjang kempen ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera, supaya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara.

KANDUNGAN GULA TAMBAHAN DALAM BEBERAPA CONTOH MAKANAN DAN MINUMAN Kandungan gula dalam beberapa contoh kuih tempatan Jenis Berat (g) bagi setiap satu 40-50 55-65 110-120 45-55 120-140 65-75 70-80 70-90 Kandungan gula (g) bagi setiap satu 10-13 10-13 10-13 7-10 5-7 10-13 10-13 18-25 Bilangan sudu teh gula (1 sudu teh = 5g) 2 2 2 1 1 2 1 4

Kuih koci Kuih keria Seri muka Donat Kuih lapis Lepat pisang Puding jagung Bingka ubi kayu

Sumber : Panduan Diet Malaysia, 1999

Kandungan gula dalam beberapa contoh minuman berbungkus Jenis Minuman isotonik Minuman berkarbonat Minuman soya Isipadu per kotak/ tin/ botol (ml) 240 240 300 Kandungan gula (g) per Bilangan sudu teh gula kotak/ tin/ botol (1 sudu teh = 5g) 16 25 28 3 5 5

Minuman teh Minuman blackcurrant Minuman laici Minuman teh bunga Minuman cincau Minuman tenaga

240 300 300 300 300 330

28 35 33 21 27 59

5 7 6 4 5 11

Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan (Tinjauan Pasaran, Januari 2010) Disediakan oleh: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia www.nutrition.moh.gov.my 19 Mac 2010 RUJUKAN 1. Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2. Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia. 3. Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005. 4. National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia. 5. Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia. 6. Food Balance Sheet, FAO 2008. 7. Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengedaran Gula Domestik dan Industri (Metrik Tan) bagi Tahun 2004 hingga 2009Pengedaran Gula (Metrik Tan) Tahun 2004 2005 Domestik 651,973.12 701,172.96 Industri 306,895.34 326,333.16

2006 2007 2008 2009

735,114.06 753,219.61 787,700.03 806,381.88

358,310.44 386,225.04 397,745.12 474,801.16

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, 2010

7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial. 2. Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman. 3. Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula. 4. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur. 5. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur. 6. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan. 7. Pilih produk berlabel rendah gula dan bebas gula.

Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia Kenyataan DasarDasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan penduduk. Dasar ini bertujuan memberikan panduan dan kemudahan agar segenap lapisan masyarakat boleh mendapatkan bekalan makanan yang cukup, selamat, berkualiti dan berzat. Polisi ini akan menggalakkan dan menyokong strategi amalan pemakanan secara sihat untuk semua. Dasar ini juga akan mengintegrasikan serta menggabungkan usahausaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian programprogram makanan dan pemakanan yang berkesan dan berkekalan. Matlamat Dasar Pemakanan Kebangsaan bertujuan mewujudkan penduduk yang sihat dari segi pemakanan, untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara, selaras dengan Wawasan 2020.

Objektif

Dasar ini mempunyai tiga objektif, iaitu:1. Mempertingkatkan serta mengekalkan tahap kesejahteraan pemakanan bagi semua penduduk. 2. Memastikan jaminan kedapatan makanan isi rumah untuk semua lapisan masyarakat. 3. Memantapkan hubungan perantaraan dan dalaman sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua bentuk aktiviti berkaitan pemakanan.

Strategi Bagi tujuan mencapai ketiga-tiga objektif di atas, maka strategi-strategi berikut akan digunakan:1. Memaktubkan objektif-objektif, pertimbangan serta komponen-komponen pemakanan ke dalam dasar-dasar serta program-program pembangunan kebangsaan. 2. Memastikan bahawa semua golongan masyarakat berupaya mendapatkan bekalan makanan yang selamat dan berzat secara berterusan. 3. Memastikan bahawa semua penduduk berupaya mendapatkan pengetahuan, pendidikan pemakanan dan sumber, serta peluang untuk membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan fakta mengenai pemilihan makanan yang sihat. 4. Mencegah seta mengawal masalah kekurangan zat makanan dan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan. 5. Mempertingkatkan penjagaan bagi golongan yang kurang bernasib baik dan berisiko menghadapi kekurangan zat makanan. 6. Menggalakkan amalan pemberian makanan yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak. 7. Menggalakkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif bagi semua lapisan masyarakat. 8. Menyokong usaha-usaha melindungi pengguna dengan memperbaiki kualiti dan keselamatan makanan. 9. Memastikan bidang pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional yang terlatih. 10. Mempertingkatkan keupayaan institusi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya. 11. Penilaian dan pemantauan berterusan situasi pemakanan dalam negara. 12. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan di dalam bidang makanan dan pemakanan.

Mekanisme Pelaksanaan Pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan akan bertindak sebagai penasihat teknikal kepada Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan.

Dasar ini akan dilaksanakan melalui perancangan yang berkesan dan berdaya maju dengan penyemakan semula Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.

Pemantauan dan Penilaian Bagi memastikan dasar ini dilaksanakan dengan berkesan, satu sistem pemantauan dan penilaian akan diwujudkan. Objektif pemantauan dan penilaian dasar ini adalah seperti berikut:1. Memastikan bahawa Dasar dilaksanakan sebagaimana dirancang dan objektif-objektifnya dicapai. 2. Mengenal pasti masalah-masalah dan kelemahan dalam pelaksanaan Dasar. 3. Memperbaiki pengurusan dan prestasi Dasar. Pemantauan dan penilaian dasar ini akan dijalankan dari semasa ke semasa, dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. Urusan pentadbiran pelaksanaan dasar dijalankan menerusi penggabungan tenaga pelbagai kementerian, agensi, badan profesional serta badan-badan bukan kerajaan melalui beberapa Kumpulan Kerja Teknikal.GULA & KESIHATAN

1. Berapakah keperluan gula yang disarankan untuk diambil oleh individu dalam sehari

Menurut kajian yang dijalankan oleh WHO, setiap individu disarankan untuk mengambil sebanyak 50 gram atau 10 sudu teh gula sehari dan jumlah ini turut dibekalkan kepada individu melalui pengambilan makanan yang mempunyai gula secara semulajadi seperti nasi, mee, buah-buahan dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, pengambilan gula melebihi keperluan tubuh akan memberi pelbagai kesan buruk kepada individu.

Maklumat diperolehi daripada laman web:www.myhealth.gov.my

2. Berapakah jumlah penggunaan gula harian yang diambil oleh masyarakat Malaysia pada masa kini?

Menurut kajian yang dijalankan oleh CAP pada tahun 1970-an penduduk Malaysia mengambil kirakira 17 sudu teh gula sehari manakala pada tahun 1980-an angka itu meningkat kepada 21 sudu teh.

Menjelang tahun 1990-an, penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia telah meningkat kepada 21 sudu teh dan pada masa kini pula angka itu telah meningkat kepada 26 sudu teh.

Maklumat dari kenyataan akhbar oleh CAP pada 24 Julai 2009.

3. Apakah maksud sumber gula yang tersorok?

Maksud sumber gula yang tersorok ialah gula yang digunakan sebagai pemanis utama di dalam pembuatan kebanyakan makanan seperti pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri, biskut, minuman ringan, minuman manis (contohnya teh tarik) dan kuih. Gula juga kerap digunakan sebagai pengawet asli, pemekat dan sebagai agen pembantu semasa makanan dibakar. Gula biasanya ditambah kepada makanan semasa pemprosesan dan persediaan atau ditambah semasa makanan di makan.

Sumber dari Panduan Diet Malaysia 1999 (Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia)

4. Apakah kesan-kesan buruk yang akan timbul jika seseorang individu itu mengambil gula secara berlebihan dalam diet harian mereka?

Terdapat 60 jenis penyakit berbahaya yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan. Antaranya ialah kanser, diabetis, kegemukan (obesiti), masalah jantung, osteoporosis, masalah buah pinggang, asma, alahan dan penurunan metabolisma dalam badan. Menurut Institut Diabetes Antarabangsa, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang ke empat tertinggi di Asia. Daripada sejumlah 800,000 pesakit diabetes yang disenaraikan pada tahun 2007, jumlahnya dijangka meningkat kepada 1.3 juta pada tahun 2010.

Maklumat dari kenyataan akhbar oleh CAP pada 24 Julai 2009

5. Bagaimanakah untuk mengurangkan penggunaan gula di dalam kehidupan seharian? * Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat, jus yang mempunyai banyak gula, ais krim, kek dan gula-gula.

* Kurangkan pengambilan makanan yang diproses. Ini adalah kerana makanan yang telah diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi. * Amalkan memasak makanan sendiri. Anda sukar untuk mengetahui berapa kandungan gula yang diambil jika makan di luar. * Kurangkan jumlah gula, susu atau krimer pekat manis yang ditambah di dalam teh dan kopi dan selalu minta untuk mengurangkan manis di dalam minuman apabila minum di luar. * Baca jumlah kandungan gula pada label makanan. Ini dapat mengelakkan anda dari mengambil gula secara berlebihan. * Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan lebih banyak senaman untuk membakar kalori (gula) di dalam badan anda. * Gantikan minuman manis seperti air berkarbonat dengan jus buah-buahan yang tidak mempunyai sebarang gula tambahan. * Gantikan makanan ringan seperti biskut dengan memakan buah-buahan yang segar. * Gantikan gula di dalam makanan dengan kemanisan dari sumber semula jadi seperti buahbuahan atau madu. * Kurangkan makanan dan minuman manis secara perlahan-lahan contohnya jika anda minum minuman manis dua kali sehari, cuba kurangkan kepada satu kali sehari seterusnya kepada seminggu sekali sahaja. Banyakkan meminum air kosong kerana ia bagus untuk kesihatan.

Maklumat dari Buletin Pengguna Ogos 2008 6. Apakah peranan pengguna dalam menghadapi masalah bekalan gula?

* Sebagai seorang pengguna, peranan yang boleh diambil dalam menghadapi masalah bekalan gula ialah dengan tidak membeli secara berlebihan dari kuantiti yang diperlukan dan tidak melakukan pembelian secara panik kerana ini akan menimbulkan masalah kekurangan bekalan di pasaran. * Pengguna juga boleh mengamalkan panduan mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian kerana seperti hasil kajian yang telah banyak dijalankan, gula merupakan salah satu punca kepada masalah kesihatan rakyat Malaysia. * Pengguna juga perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika wujudnya tindakan menaikkan harga atau pun aktiviti penyeludupan serta penyorokan gula di pasaran melalui:

* Talian aduan pengguna (bebas tol) 1 - 800 - 886 800 * SMS Aduan 32255 * Layari portal rasmi KPDNKK untuk membuat aduan melalui http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri mengikut kekanananAHLI-AHLI KABINET - MENTERI Y.A.B. DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI, MENTERI KEWANGAN Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, 62502 PUTRAJAYA. | http://www.pmo.gov.my/, http://www.treasury.gov.my Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI, MENTERI PELAJARAN Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Aras 4 Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, MALAYSIA

| http://www.pmo.gov.my/tpm, http://www.moe.gov.my Y.B. SENATOR DATO' PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA

Y.B. SENATOR TAN SRI DR. KOH TSU KOON MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA

http://www.pmo.gov.my/kohtsukoon Y.B. TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Aras 13, Lot 2G4,Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, PUTRAJAYA.

http://www.kppk.gov.my/ Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 15, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen , 50680 KUALA LUMPUR.

http://www.parlimen.gov.my Y.B. DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN MENTERI DALAM NEGERI Kementerian Dalam Negeri, Aras 12, Blok D1, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, PUTRAJAYA.

http://www.moha.gov.my

Y.B. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Aras 1, Pejabat Menteri, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50506 KUALA LUMPUR

http://www.kpkk.gov.my Y.B. TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Blok B5 & Blok B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA

http://www.epu.gov.my/ Y.B. DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Aras 6, Blok E4/5, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, PUTRAJAYA.

http://www.kettha.gov.my Y.B. DATO' SERI HJ. MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Aras 9, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62606, PUTRAJAYA.

http://www.rurallink.gov.my/

Y.B. DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 7, Blok E3, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 PUTRAJAYA.

http://www.mohe.gov.my/ Y.B. DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tingkat 15, Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, 50622 KUALA LUMPUR.

http://www.miti.gov.my Y.B. DATUK SERI DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Aras 7, Blok C5, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 PUTRAJAYA.

http://www.mosti.gov.my/ Y.B. DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tingkat 17, Lot 4G3, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514 PUTRAJAYA.

http://www.nre.gov.my/

Y.B. DATO' SRI DR NG YEN YEN MENTERI PELANCONGAN Kementerian Pelancongan, Aras 18, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya

http://www.motour.gov.my/ Y.B. DATUK SERI HAJI NOH BIN OMAR MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Aras 17, Wisma Tani, No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 PUTRAJAYA

http://www.moa.gov.my Y.B. DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI MENTERI PERTAHANAN Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR.

http://www.mod.gov.my/ Y.B. DATO' SHAZIMAN BIN ABU MANSOR MENTERI KERJA RAYA Kementerian Kerja Raya, Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR

http://www.kkr.gov.my

Y.B. DATO' SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN Kementerian Kesihatan, Aras 13, Blok E7, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

http://www.moh.gov.my/ Y.B. DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK MENTERI BELIA DAN SUKAN Kementerian Belia Dan Sukan, Aras 17, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4 62570 PUTRAJAYA.

http://www.kbs.gov.my/ Y.B. DATUK DR. S. SUBRAMANIAM MENTERI SUMBER MANUSIA Kementerian Sumber Manusia, Aras 9, Blok D3, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

http://www.mohr.gov.my/ Y.B. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Aras 13 (menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 PUTRAJAYA.

http://www.kpdnkk.gov.my/

Y.B. DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH MENTERI KEWANGAN (II) Kementerian Kewangan, Aras 11, Blok Tengah, Persint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA.

http://www.treasury.gov.my/ Y.B. DATO' SERI KONG CHO HA MENTERI PENGANGKUTAN Kementerian Pengangkutan, Aras 7, Blok D5, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

http://www.mot.gov.my Y.B. SENATOR DATO' SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Aras 3, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50515 KUALA LUMPUR

http://www.kpwkm.gov.my/ Y.B. DATO' SRI ANIFAH BIN HJ. AMAN MENTERI LUAR NEGERI Kementerian Luar Negeri, Aras 3, Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 PUTRAJAYA.

http://www.kln.gov.my/

Y.B. SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Aras 4, Blok B2, Menara PJH, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA.

http://www.kwp.gov.my Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Aras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 PUTRAJAYA.

http://www.islam.gov.my Y.B. SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.

http://www.pemandu.gov.my Y.B. DATO' WIRA CHOR CHEE HEUNG MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 5 Utara , Blok K, Pusat Bandar Damansara, 50644 KUALA LUMPUR.

http://www.kpkt.gov.my