pengasingan dihadapi murid berkeperluan khas _ e-buletin jabatan ilmu pendidikan ipg kampus ilmu...

11
H%8/(7,1 -$%$7$1 ,/08 3(1',',.$1 ,3* .$0386 ,/08 .+$6 3HQJDVLQJDQ 'LKDGDSL 0XULG %HUNHSHUOXDQ .KDV KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN “PENGASINAG DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dengan izinNya laporan kajian ini dapat disiapkan. Laporan ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan individu, organisasi dan pihak pihak tertentu. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan‑rakan yang telah banyak memberi bimbingan, idea dan sokongan dalam menjayakan kajian ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan saya tujukan kepada pensyarah Dr. Tan Ai Mei di atas bimbangan yang telah diberikan dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang telah banyak membantu sehingga sempurnanya kajian ini. NIK MOHD MUHAZMEE BIN NIK MUSTAPHA SENARAI ISI KANDUNGAN 1.0 KONTEKS KAJIAN 1.1 PENDAHULUAN %HUJHUDN VHLULQJ NH DUDK PHQMDGLNDQ ,3*.,. VHEDJDL LQVWLWXVL XOXQJ PHQHUDMXL NHFHPHUODQJDQ NHJXUXDQ GDQ SHUNKLGPDWDQ NHSDNDUDQ

Upload: desmond-khor

Post on 12-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

grf

TRANSCRIPT

Page 1: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

e-BULETIN JABATAN ILMU PENDIDIKANIPG KAMPUS ILMU KHAS

Pengasingan Dihadapi MuridBerkeperluan Khas

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

“PENGASINAG DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKEPERLUANKHAS

PENGHARGAAN

 

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya laporan kajian ini dapat disiapkan. Laporan ini tidakdapat dilakukan tanpa sokongan individu, organisasi dan pihak pihak tertentu. Saya inginmerakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan‑rakan yang telah banyakmemberi bimbingan, idea dan sokongan dalam menjayakan kajian ini.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan saya tujukan kepada pensyarah Dr. Tan Ai Mei diatas bimbangan yang telah diberikan dalam menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yangtelah banyak membantu sehingga sempurnanya kajian ini.

NIK MOHD MUHAZMEE BIN NIK MUSTAPHA

SENARAI ISI KANDUNGAN

1.0  KONTEKS KAJIAN

1.1   PENDAHULUAN

1.2   OBJEKTIF KAJIAN

Bergerak seiring ke arah menjadikan IPGKIK sebagaiinstitusi ulung menerajui kecemerlangan keguruandan perkhidmatan kepakaran.

Page 2: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

1.2   OBJEKTIF KAJIAN

2.0  KAEDAH KAJIAN

2.1   MAKLUMAT KAJIAN

3.0  ANALISIS DATA

3.1  PENGENALAN KONSEP DAN SKOP KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DIMALAYSIA.

4.0  ISU KETIDAKSAMAAN PELUANG DI SEKOLAH KAJIAN

4.1  FAKTOR PENYUMBANG

5.0  REFLEKSI

6.0  PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN PELUANG PENDIDIKAN

7.0  KESIMPULAN

8.0  RUJUKAN

1.0          KONTEKS KAJIAN

          KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

“PENGASINAG DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID

BERKEPERLUAN KHAS

1.1          PENDAHULUAN

 

Matapelajaran Budaya dan Pembelajaran adalah subjek wajib bagi Program Ijazah SarjanaMuda Perguruan semester 5 pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dalam kerjakursus kali ini, kami diberi tugasan untuk membuat kajian tentang fenomena ketidaksamaanpeluang pendidikan di Malaysia semasa menjalankan Amalan Profesional Praktikum Fasa 1.Tugasan ini bagi mengkaji sejauh mana kesan ketidaksamaan peluang menjejaskan tahapakademik murid.

Menurut YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussin, ” … merapatkan jurang pendidikan, yangmerangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskindengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agartidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

Dengan hal yang demikian, beliau menegaskan supaya ketidaksamaan peluang ini dapatdihapuskan supaya para pelajar mendapat pendidikan yang sama rata walaupun terdapatpelbagai jurang yang mengekang perkara ini daripada berlaku. Hal ini penting kerana, sebagaiseorang bakal pendidik, kita tidak seharusnya bersikap pilih kasih dan menyisihkan pelajar‑pelajar yang tidak berkemampuan dalam pelbagai aspek ini.

Justeru itu, kajian ini bagi mengesan dan seterusnya menyambut saranan YB untuk

Page 3: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

Justeru itu, kajian ini bagi mengesan dan seterusnya menyambut saranan YB untukmeminimumkan jurang yang ada dan menyamaratakan peluang‑peluang pendidikan kepadaseluruh rakyat Malaysia, sesuai dengan slogan 1 Malaysia yang diinspirasikan oleh PerdanaMenteri Malaysia.

1.2                 OBJEKTIF KAJIAN.

1.2.1            Menyenaraikan isu‑isu ketidaksamaan peluang pendidikan kepada pelajar

1.2.2            Mengenalpasti faktor‑faktor yang menyebabkan ketidaksamaan peluangpendidikan

1.2.3            Menyediakan satu penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk mengurangkanketidaksamaan peluang pendidikan di sekolah kajian

2.0          KAEDAH KAJIAN

 

Kaedah kajian yang digunakan ialah melalui ;

2.0.1     Pemerhatian. Memerhatikan murid berdasarkan cara pemakaian, kenderaan ke sekolahdan kelengkapan persekolahan Pada sepanjang kajian, saya telah memerhatikan subjekkajian saya selama seminggu untuk mengenalpasti isu yang melibatkan mereka.

2.0.2     Soal selidik. Menjalankan soal selidik dengan meminta murid mengisi borang soalselidik yang telah diberikan. Boring diberikan kepada subjek kajian yang saya telahkenalpasti.

2.0.3     Temu bual. Menemubual murid yang telah dipilih daripada setiap darjah danpelbagai jantina untuk mengetahui pandangan mereka kepada murid‑murid berkeperluankhas. Temubual juga telah dijalankan bersama dengan guru‑guru kelas murid‑murid untukmengetahui taraf akademik subjek yang telah dipilih.

2.1     MAKLUMAT KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan semasa kami menjalankan Amalan Profesional Praktikum Fasa 1.Kajian dijalankan selama seminggu dan data dikumpul melalui pelbagai jenis kaedah.

Tempat                      : Sekolah Kebangsaan BangBang

Subjek                       : Murid‑murid terpilih dari darjah 1 hingga 3

Tempoh Kajian        : Satu Minggu

Responden              : 5 orang murid dari setiap darjah. Darjah 1 hingga darjah 3. Murid‑muridini telah dipilih dengan berpandukan nasihat yang diperoleh daripada Guru Penolong KananHal Ehwal Murid.

3.0          ANALISIS DATA

 

3.1  PENGENALAN KONSEP DAN SKOP KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Page 4: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

3.1  PENGENALAN KONSEP DAN SKOP KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKANDI MALAYSIA.

Ketaksamaan telah didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi‑3 sebagai “ketidaksamaan perihal(sifat,keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Ketidaksamaan peluang pendidikanpula  merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tahap penyampaian/pemerolehan ilmuberbeza antara murid. Ketidaksamaan peluang pendidikan boleh dipecahkan kepada  :

1.  Kelas sosial2.  Jantina3.  Kumpulan minoriti4.  Murid berkeperluan khas

3.1.1 Kelas Sosial.

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Kelassosial  terhasil daripada  kewujudan jenis‑jenis atau kedudukan/taraf yang tidak sama darisegi kuasa, politik keakayaan, pendapatan , martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca‑punca pengeluar . Dalam masyarakat kapitalis pada dunia hari ini, mereka terbahagi kepadadua golongan iaitu Bourgeoise yakni masyarakat yang memiliki punca‑punca pengeluar(kilang‑kilang),pengagihan dan pertukaran. Golongan masyarakat yang kedua ialah Proletariatiaitu masyarakat yang hanya memiliki tenaga kerja sahaja. Mereka juga dianggap sebagaigolongan bawahan dalam sistem kapitalis.

Ketidaksamaan Sosial merujuk kepada ketidaksamaan peluang‑peluang atau ganjarantertentu. Rohan Meighan (1986) menyatakan bahawa Ketidaksamaan Sosial mengambarkanperbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama. Menurut Max Weber pula,terdapat 5 Kelas Sosial yang boleh dikenal pasti iaitu Golongan Bangsawan ( aristocrat),Golongan Pertengahan Atasan (professional), Golongan Pertengahan Bawahan, KelasPekerja ( kolar biru),  dan Golongan Bawahan iaitu yang memiliki kelulusan amat rendah.Ketidaksamaan sosial dengan kata mudah merujuk kepada perbezaan taraf ekonomi.Masyarakat. Menurut kajian Saifuddin Hj. Masduki (1977) mendapati bahawa terdapathubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dantahap pendidikan ibu bapa. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi secaraselarinya akan mampu untuk mengadakan peluang pendidikan yang baik untuk anaknyaberbanding mereka yang berpendapatan rendah yang hanya mampu menyediakan peluangpendidikan yang terbatas. Sebagai contoh, seorang murid yang merupakan anak kepadagolongan profesional seperti doktor umumnya akan mampu untuk menghadiri kelas tuisyenberbayar, membeli buku‑buku ilmiah yang mahal dan mampu alatan belajar seperti perisiankomputer dan sebagainya. Berbanding dengan murid yang merupakan anak kepada merekayang berpendapatan biasa dan rendah yang tidak mampu untuk menyertai kelas tuisyen berbayar dan kadang kala, untuk membeli peralatan belajar yang wajib pun mereka tidakmampu. Keadaan ini semestinya akan memberikan satu ketidaksamaan yang ketara ke ataspeluang pendidikan kedua‑dua contoh tersebut.

3.1.2 Jantina

Ketidaksamaan peluang pendidikan mengikut jantina telah berlaku sejak sekian lama lagi.Dari segi semula jadi, sifat yang berbeza antara jantina boleh mempengaruhi kemampuanmurid dalam penguasaan subjek‑subjek tertentu. Pada zaman penjajahan, golongan lelaki

mendapat kelebihan dan peluang yang lebih besar untuk melanjutkan pelajaran manakala

Page 5: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

mendapat kelebihan dan peluang yang lebih besar untuk melanjutkan pelajaran manakalagolongan wanita disifatkan sebagai tidak layak dan tidak perlu untuk mendapat pendidikanyang tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian pelajar perempuan di peringkatpengajian tinggi telah meningkat dari 0.5% pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun 1991.Sifat dalaman dan luaran antara jantina telah menyebabkan guru perlu mengambilkira faktorjantina semasa melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Penyelidik Aminah Ahmad (2000)menyatakan bahawa penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masihwujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolahvokasional dan dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.

3.1.3 Kumpulan Minoriti

            Kumpulan minoriti dimaksudkan dengan suatu kumpulan etnik yang kecil dalamsesebuah masyarakat. Kumpulan minoriti seperti kaum asli, kadazan, murut, siam, saba danlain‑lain. Golongan ini biasanya hanya menerima pendidikan yang tidak formal sahaja.Golongan minoriti biasanya mempunyai masalah dalam komunikasi disebabkan bahasa yangberbeza dan sering menjadi mangsa diskriminasi. Hal ini telah mendorong mereka untukberkelakuan negatif seperti ponteng, pembuki, merokok, lepak dan lain‑lain. Pembentukankelakuan negative ini telah menyebabkan terbentuknya mentaliti negatif oleh golongan lainterhadap golongan ini dan juga menimbulkan persepsi negatif golongan ini terhadappendidikan. Hal ini menyebabkan golongan ini semakin jauh dengan peluang pendidikanyang sempurna. Namun, terdapat juga kumpulan minoriti yang bersifat positif, rajin belajar,kuat agama dan suka member sumbangan untuk menghias dan mencantikkan sekolah.Walaubagaimanapun, golongan minority yang bermasalah haruslah didekati dan diberiperhatian yang serius agar mereka tidak terus tercicir dalam pendidikan. Diskriminasiterhadap mereka perlu dihapuskan untuk meastikan mereka lebih selesa untuk mendapatkanpendidikan mereka.

3.1.4 Murid Keperluan Khas

Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatanyang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak‑kanaknormal. Menurut Dr. Chua Tee Tee (1982), murid berkeperluan khas merupakan satu programpendidikan yang dirancang khas untuk kanak‑kanak istimewa atau luar biasa dari segiintelek, jasmani, sosial atau emosi. Terdapat juga murid berkeprluan khas iaitu kanak‑kanakpintar cerdas yang berkebolehan mental jauh lebih tinggi daripada kanak‑kanak normal.Keadaan ini berlaku kerana mereka memiliki kebolehandan perkembangan yang amat pantas.Terdapat lapan kategori kanak‑kanak berkeperluan khas iaitu kerencatan akal, disleksia,autism, syndrome down, hiper aktif, slowlearner, cacat penglihatan dan cacat pendengaran.Masalah –masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka perlu ditempatkan berasingandaripada murid‑murid normal. Mereka amat sukar untuk berkomunikasi dengan orang laindan menyebabkan memerolehan dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas.Penempatan mereka yang berasingan dengan arus sekolah perdana menyebabkan kemahirankomunikasi dan sosial mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan asasi danperkembangan pendidikan mereka kadangkala tidak diberi perhatian yang menyeluruh olehpihak sekolah disebabkan oleh kesukaran untuk mengukur tahap pencapaian mereka. Ini telahmewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat besar kepada mereka.

4.0         

Page 6: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

Warga Pendidik

Pihak Sekolah

Murid‑murid

Tidak mendapat perhatian daripadaguru‑guru lain

–        Tidak menerima murid‑muridberkeperluan khas

–        Merasakan mereka sebagai tidakpenting

Murid berkeperluan khastidak mendapat sokonganmoral daripada muridnormal

–        Masalah komunikasi

–        Tidak mengenalimurid berkeperluan khas

Pengasingan pelajarpendidikan khas danpelajar normal

–        Masalah disiplin

–        Masalah tingkahlaku

ISU DAN FENOMENA KETIDAKSAMAAN PELUANG DI SEKOLAH.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1 di atas, saya telah menyenaraikan isu‑isu yang terdapat dalam kalanganmurid‑murid berkeperluan khas yang terdapat di tempat kajian saya. Bersama‑sama itu jugasaya telah masukkan faktor‑faktor yang dikenalpasti dan mungkin menjadi penyebab kepadaisu‑isu ini.

Isu pertama yang saya perolehi adalah daripada pihak pentadbir di mana mereka telahmelakukan sesuatu yang mendorong kepada ketidaksamaan peluang pendidikan mereka.Pihak pentadbir telah meletakkan mereka pada satu bangunan yang terpencil di bahagian

belakang sekolah tersebut sebagai kelas mereka. Apabila saya menjalankan temubual bersama

Page 7: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

belakang sekolah tersebut sebagai kelas mereka. Apabila saya menjalankan temubual bersamapihak pentadbir, beliau mengatakan bahawa hal ini terjadi bagi mengelakkan masalahdisiplin yang berlaku terhadap murid‑murid berkeperluan khas, apabila perkara ini berlaku,mereka secara tidak langsung akan merosakkan persekitaran pembelajaran murid‑muridnormal yang lain dan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru‑guru lain.Justeru itu, mereka sebulat suara mengasingkan kelas‑kelas murid berkeperluan khas ini dibahagian belakang sekolah.

Isu kedua yang dapat saya perhatikan ialah daripada warga pendidik iaitu daripada guru‑guru sendiri. Mereka tidak berapa memberikan perhatian kepada murid‑muridberkeperluan khas ini. Mereka sebaliknya hanya memberikan perhatian kepada murid‑muridnormal sahaja. Apa yang dapat saya perhatikan, murid‑murid berkeperluan khas ini hanyadilayan oleh guru‑guru berkeperluan khas sahaja. Berdasarkan temubual yang saya buatkepada guru‑guru yang mengajar murid normal dan murid berkeperluan khas ini, merekamengatakan bahawa mereka tidak bolah menerima perangai murid‑murid berkeperluankhas ini kerana mereka dikatakan mengada‑ngada dan tidak menghormati guru‑guru yangtidak mengajar mereka. Selain itu, mereka juga dirasakan tidak penting oleh guru‑guru lain.Guru‑guru merasakan bahawa mereka tidak menyumbang kepada tahap pencapaian sekolahdan hanya merosakkan gred yang diperoleh mereka daripada murid normal.

Pemerhatian selama sebulan telah menemukan saya dengan isu yang ketiga. Isu inidikenalpasti datangnya daripada murid‑murid normal sendiri. Mereka dilihat tidak sukaberkawan dengan murid berkeperluan khas ini. Secara tidak langsung, tiada sokongan moralyang diberikan kepada mereka oleh murid‑murid normal. Hal ini amat dipandang seriusmemandangkan mengikut kajian daripada Kosterman (1996), pengaruh rakan sebayamerupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabilapengaruh keluarga berkurangan. Soal selidik dan temubual dijalankan kepada murid‑muridnormal ini dan mendapati, antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah komunikasi.Mereka memberitahu tentang kesukaran mereka untuk berkomunikasi dan memahami apayang dicakapkan oleh murid‑murid berkeperluan khas. Selain itu, faktor kawasan jugamemainkan peranan. Mereka menyatakan bahawa, blok murid‑murid berkeperluan khas initerletak jauh daripada mereka. Hal ini membuatkan mereka tidak berapa kenal akan rakan‑rakan mereka ini dan sekaligus tidak bertegur sapa.

5.0          REFLEKSI TERHAFAP FAKTOR PENYUMBANG KEPADA JEWUJUDAN ISU

Sebagai refleksi untuk isu‑isu ini, saya rasakan bahawa tidak wajar bagi pihak pentadbir untukmengasingkan murid‑murid berkeperluan khas kerana mereka juga seperti murid‑muridnormal yang lain. Seperti mana Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskanbahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem danpersekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempatkerja, peraturan dan undang‑undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut kontekstempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Olehitu, sekiranya terdapat pengasingan yang berlaku dalam kalangan murid ini, mereka akanmerasakan terasing dan menjejaskan pembelajaran mereka. Hal ini akan mengakibatkanketidaksamaan peluang pendidikan dan secara tidak langsung akan menjejaskan psikologimurid itu sendiri.

Bagi para pendidik pula, sepatutnya tiada isu pilih kasih yang berlaku disekolah kerana salah

Page 8: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

Bagi para pendidik pula, sepatutnya tiada isu pilih kasih yang berlaku disekolah kerana salahsatu perkara di dalam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, (PIPP) adalah untukmemartabatkan profesion perguruan. Namun sekiranya isu remeh seperti pilih kasih ini masihwujud, bagaimana PIPP ini akan dicapai? Guru‑guru di sekolah itu  tidak memberikanperhatian kepada murid berkeperluan khas ini kerana mereka merasakan bahawa murid‑murid ini tidak berpotensi untuk berjaya dan tidak senang untuk meletakkan mereka supayamenduduki peperiksaan awam kerana bimbangkan graf kecemerlangan yang mungkinmerosot. Secara peribadi, saya merasakan tindakan sesetengah guru ini amatlah tidak adildengan hanya mementingkan graf kecemerlangan sekolah tanpa mempedulikan nasib kanak‑kanak berkeperluan khas ini untuk menunjukkan potensi dan bakat yang mereka ada. Parapendidik haruslah  memahami kanak‑kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dancita‑cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik. (Mohd. Sharani2004).

Isu yang paling ketara yang berlaku di sekolah adalah daripada murid‑murid normal. Merekatidak suka berkawan dengan rakan‑rakan sebaya mereka yang tidak normal. Hal ini akanmembuatkan murid berkeperluan khas ini terasa terasing di sekolah. Mereka merasakan dirimereka seperti disisihkan dan secara tidak langsung jiwa mereka memberontak dari dalam.Faktor yang menyumbang kepada penyisihan ini ialah komunikasi. Mereka mengatakanbahawa sukar untuk berinteraksi dengan murid khas ini. Menurut Jamila (2005), kanak‑kanakkhas berbeza dalam aspek ciri‑ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaankomunikasi, tingkah laku sosial dan ciri‑ciri fizikal. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bahawamasalah komunikasi berlaku antara mereka. Namun perkara ini masih boleh diatasisekiranya mereka diletakkan sama taraf dengan murid‑murid normal yang lain. Seperticontoh, perhimpunan bersama, rehat bersama, kawasan kelas tidak terlampau jauh danmacam‑macam aktiviti lain juga bersama. Dengan ini, mereka akan lebih saling mengenali danmengetahui serta memberi dorongan kepada murid berkeperluan khas ini untuk belajarbersungguh‑sungguh dan berjaya pada masa akan datang.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak‑kanak berkeperluan khas atau “kanak‑kanak luarbiasa” sebagai kanak‑kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan,kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Walaupun demikian, tidakbermaksud mereka layak untuk disisihkan. Mereka juga memerlukan kasih saying danpeluang pembelajaran yang sama rata seperti kanak‑kanak normal yang lain. Sheila &Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak‑kanak yangmemerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa.Namun demikian, banyak pihak menyalahertikan perbezaan yang dikatakan ini dan bukanhanya memberi perbezaan, tetapi juga menyisihkan mereka. (Maklumat Pendidikan Khas 2003dalam Sheila & Samsilah 2006).

6.0          PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN PELUANG PENDIDIKAN

Sebagai langkah penambahbaikan, sekiranya saya sebagai guru besar di sekolah tersebutsaya akan menguatkuasakan beberapa perkara. Hal ini demikian kerana saya merasakantanggungjawab saya adalah untuk memastikan bahawa tiada seorang pelajar pun yang tercicirdaripada mendapat pendidikan yang menyeluruh dan lengkap.

Untuk isu yang pertama iaitu pengasingan pelajar berkeperluan khas dengan pelajarnormal, saya dengan serta merta akan mengarahkan supaya kelas bagi pelajar berkeperluankhas ini diubah bersama‑sama dengan kelas pelajar‑pelajar normal yang lain. Hal ini demikiankerana pihak pentadbir sebelum ini bagi saya telah melakukan kesilapan dengan

Page 9: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

kerana pihak pentadbir sebelum ini bagi saya telah melakukan kesilapan denganmengasingkan mereka daripada pelajar‑pelajar dari arus perdana.Tindakan ini juga diambilbagi mewujudkan suasana yang sama rata dan tidak mendatangkan perasaan disisih dalamkalangan pelajar dan guru yang mengajar pelajar berkeperluan khas ini. Ianya akandilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Sasaran ini berdasarkan kekangan‑kekangan yang bakalberlaku yang harus ditempuhi sekiranya melaksanakan tindakan ini. Selama tempoh ini juga,saya akan melaksanakan sekurang‑kurangnya 2 waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P)seminggu yang melibatkan penggabungan murid berkeperluan khas dengan murid normal.

Bagi isu yang kedua pula iaitu isu guru‑guru aliran perdana tidak memberi perhatiansewajarnya kepada murid‑murid berkeperluan khas ini. Hal ini demikian kerana guru‑gurulain menganggap murid‑murid berkeperluan khas ini ini tidak penting. Justeru itu, saya akanmengadakan beberapa seminar dan kem‑kem yang boleh memperkenalkan kepentinganmurid‑murid berkeperluan khas ini. Hal ini demikian adalah bagi memastikan guru‑gurudapat menerima kehadiran murid‑murid berkeperluan khas ini dan dapat membantu merekadalam pelajaran juga sekaligus akan merapatkan jurang pendidikan yang dihadapi sekarang.Jangkamasa yang saya jangkakan untuk merealisasikan perkara ini dalah selama 5 hingga 6bulan. Hal ini demikian kerana, menurut Dr Yusuf Musa (1989), persepsi seseorang sukardiubah kerana mereka telah lama hidup di alam itu. Jadi, masa yang dijangka diharap akanberjaya digunakan sepenuhnya bagi mengubah persepsi para guru dalam menerima murid‑murid berkeperluan khas ini.

Berdasarkan isu terakhir yang diperoleh ketika melaksanakan kajian ini, iaitu isu muridberkeperluan khas tidak mendapat sokongan moral dan perhatian daripada murid‑muridnormal yang lain. Bagi mengatasi perkara ini, saya telah merangka untuk melaksanakanperkara yang mudah namun mempunyai kesan jangkamasa panjang yang berkesan. Perkarayang saya maksudkan ialah mengadakan aktiviti‑aktiviti seperti lawatan sambil belajar danperkhemahan yang melibatkan kedua‑dua aliran (perdana dan berkeperluan khas). Cara iniakan dilaksanakan bagi mewujudkan suasana sosial yang sihat dan berkesan diantara muridberkeperluan khas dan murid‑murid normal. Hanya 5 hingga 6 minggu sahajadiperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti ini.  Ini kerana, perkara ini terbukti berkesan danmudah untuk dilakukan. Tambahan pula, murid‑murid masih kecil, pemikiran dan persepsimereka mudah diubah dengan sedikit sokongan. Dalam situasi ini, saya akan menggunakanTeori Pelaziman Pavlov di mana akan ada rangsangan‑rangsangan terlazim dan tidakterlazim dan seterusnya menunjukkan satu hasil yang memberangsangkan.

Apabila semua cara ini berkesan, secara tidak langsung, kita akan merapatkan jurang yangselama ini terbuka dan sekali gus menyahut seruan YB Dato; Seri Hishamuddin Bin TunHussin yang ingin jurang ini dirapatkan walau apa cara sekalipun.

7.0          KESIMPULAN

Terdapat pelbagai kategori kanak‑kanak berkeperluan khas dan golongan kanak‑kanakistimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluanperkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan  kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Jadi, sebagai seorang pendidik, kita tidakseharusnya mengabaikan tanggungjawab kita dalam mendidik murid‑murid, tidak kira samaada mereka daripada pelajar normal ataupun pelajar berkeperluan khas. Konsep sama ratayang diterapkan kepada guru oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Muhyiddin Bin

Yassin haruslah diterapkan semasa berada di sekolah supaya pembelajaran dan ilmu yang

Page 10: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

Yassin haruslah diterapkan semasa berada di sekolah supaya pembelajaran dan ilmu yangdiperoleh oleh pelajar adalah sama rata tidak kira daripada murid berkeperluan khas, miskindan sebagainya.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak‑kanak berkeperluan khas atau “kanak‑kanak luarbiasa” sebagai kanak‑kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan,kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Walaupun begitu, mereka berhakmendapat layanan yang baik daripada semua pihak agar mereka tidak merasa terasing ataudisisihkan. Hal ini penting kerana, jika mereka merasa demikian, semangat mereka untukbelajar terus lenyap dan akan mewujudkan sikap prejudis terhadap mereka yang melakukansedemikian kepada mereka.

Akhir kata, sepanjang melaksanakan kajian ini, saya amat beruntung kerana banyak ilmu yangsaya perolehi daripada murid‑murid berkeperluan khas ini dan mereka telah memberikansaya motivasi untuk terus berusaha untuk memperbaiki diri saya. Jika mereka yangberkeperluan khas mampu, kenapa saya tidak. Ini amat bersesuaian dengan satu ayat daripadakitab suci Al‑Quran yang bemaksud, “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itumelainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri “.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

Abd. Rahim  Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak‑Kanak Masalah Pembelajaran. KualaLumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Abu  Bakar Nordin  &  Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. KualaLumpur. Quantum Books.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. DewanBahasa dan Pustaka.

Jamila K.A Mohamad (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak‑Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTSPubliction & Distributions.

Mohd. Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak‑Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS

Page 11: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas _ E-buletin Jabatan Ilmu Pendidikan Ipg Kampus Ilmu Khas

Mohd. Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak‑Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTSPublications & Distributors.

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2009).  Sekolah  Pendidikan Khas.  Diperoleh pada 9

Oktober daripada  http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas(http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas)

Zamri  Mahamod  (2009). Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi.  Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia.

RUJUKAN LAMAN WEB

http://tuanmat.tripod.com/analisa.html (http://tuanmat.tripod.com/analisa.html) Dilayari pada17 Mac 2012. Pada Pukul 9.32 malam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm) Dilayari pada 18Mac 2012 Pada Pukul 8.12 malam.

\

PEMBENTANGAN ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Blog di WordPress.com. | The iTheme2 Theme.

Ikut

Follow “e-BULETIN JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPGKAMPUS ILMU KHAS”

Bina laman anda dengan WordPress.com