debat terbuka ilmu khas 2017 29 september 2 · pdf filedebat terbuka ilmu khas 2017 ... 1.2.4...

14
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN Bahagian 1 Pengenalan 1.1 Format Perdebatan 1.1.1 Format perdebatan ini dikenali di seluruh dunia sebagai gaya Perdebatan Parlimen British. 1.1.2 Pertandingan akan diadakan dalam kategori Bahasa Melayu. 1.1.3 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar asasi, matrikulasi, diploma dan ijazah pertama sahaja yang berumur bawah 21 tahun mengikut tahun lahir. 1.1.4 Setiap Institusi / IPG dibenarkan menghantar maksimum DUA (2) buah pasukan sahaja. Namun, sekiranya selepas tamat tempoh pendaftaran masih terdapat kekosongan, pihak institusi boleh menghantar lebih daripada DUA (2) buah pasukan. Pihak penganjur akan memaklumkan kekosongan tersebut melalui Facebook DeTIK 2017 dan Laman Sesawang DeTIK. Setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang pendebat. Pendebat simpanan tidak dibenarkan. 1.1.5 Perdebatan akan dijalankan antara empat pasukan yang terdiri daripada dua orang peserta setiap satunya (peserta ini dikenali sebagai “ahli”), seorang pengerusi (dikenali sebagai “Yang Dipertua” atau “Tuan / Puan Speaker”) dan seorang hakim atau panel hakim. 1.1.6 Pasukan terdiri daripada ahli-ahli berikut yang akan memberi ucapan substantif dalam aturan berikut: (i) Perdana Menteri; (ii) Ketua Pembangkang; (iii) Timbalan Perdana Menteri; (iv) Timbalan Ketua Pembangkang; (v) Ahli Kerajaan; (vi) Ahli Pembangkang; (vii) Whip Kerajaan; (viii) Whip Pembangkang DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 OKTOBER 2017 TEMA: PENDIDIKAN DAN KEPENGGUNAAN

Upload: vuongthuan

Post on 02-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Bahagian 1 – Pengenalan

1.1 Format Perdebatan

1.1.1 Format perdebatan ini dikenali di seluruh dunia sebagai gaya Perdebatan Parlimen British.

1.1.2 Pertandingan akan diadakan dalam kategori Bahasa Melayu.

1.1.3 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar asasi, matrikulasi, diploma dan ijazah pertama

sahaja yang berumur bawah 21 tahun mengikut tahun lahir.

1.1.4 Setiap Institusi / IPG dibenarkan menghantar maksimum DUA (2) buah pasukan sahaja.

Namun, sekiranya selepas tamat tempoh pendaftaran masih terdapat kekosongan, pihak

institusi boleh menghantar lebih daripada DUA (2) buah pasukan. Pihak penganjur akan

memaklumkan kekosongan tersebut melalui Facebook DeTIK 2017 dan Laman

Sesawang DeTIK. Setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang pendebat. Pendebat

simpanan tidak dibenarkan.

1.1.5 Perdebatan akan dijalankan antara empat pasukan yang terdiri daripada dua orang

peserta setiap satunya (peserta ini dikenali sebagai “ahli”), seorang pengerusi (dikenali

sebagai “Yang Dipertua” atau “Tuan / Puan Speaker”) dan seorang hakim atau panel

hakim.

1.1.6 Pasukan terdiri daripada ahli-ahli berikut yang akan memberi ucapan substantif dalam

aturan berikut:

(i) Perdana Menteri;

(ii) Ketua Pembangkang;

(iii) Timbalan Perdana Menteri;

(iv) Timbalan Ketua Pembangkang;

(v) Ahli Kerajaan;

(vi) Ahli Pembangkang;

(vii) Whip Kerajaan;

(viii) Whip Pembangkang

DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017

29 SEPTEMBER – 2 OKTOBER 2017

TEMA: PENDIDIKAN DAN KEPENGGUNAAN

Page 2: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

(a) Pasukan Kerajaan Pembuka terdiri daripada “Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan

pertama” dan “Timbalan Perdana Menteri” atau “Ahli Kerajaan kedua”.

(b) Pasukan Pembangkang Pembuka terdiri daripada “Ketua Pembangkang” atau “Ahli

Pembangkang pertama” dan “Timbalan Ketua Pembangkang” atau “Ahli

Pembangkang kedua”.

(c) Pasukan Kerajaan Penutup “Ahli untuk Kerajaan” atau “Ahli Kerajaan ketiga” dan

“Whip Kerajaan” atau “Ahli Kerajaan keempat”.

(d) Pasukan Pembangkang Penutup “Ahli untuk Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang

ketiga” dan “Whip Pembangkang” atau “Ahli Pembangkang keempat”.

1.1.7 Ahli - ahli akan memberi ucapan substantif dalam tempoh tujuh minit dan boleh memberi

celahan apabila ahli-ahli daripada pasukan lawan berucap.

1.2 Usul

1.2.1 Usul haruslah jelas.

1.2.2 Usul haruslah mencerminkan Debat Terbuka Ilmu Khas sebagai pertandingan peringkat

kebangsaan.

1.2.3 Ahli-ahli harus memperdebatkan usul dalam semangat usul tersebut dan pertandingan ini.

1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan

Kepenggunaan yang merangkumi:

a) Pendidikan

b) Kepenggunaan

c) Pendidikan dan Kepenggunaan

1.3 Persediaan

1.3.1 Perdebatan akan dimulakan 30 minit selepas usul diumumkan.

1.3.2 Pasukan-pasukan mesti sampai ke tempat perdebatan selewat-lewatnya lima minit

sebelum perdebatan dijadualkan bermula.

1.3.3 Ahli-ahli dibenarkan menggunakan bahan-bahan bercetak atau bertulis atau elektronik

semasa persediaan. Bahan bercetak termasuk buku, jurnal, surat khabar dan bahan

seumpamanya. Bahan elektronik tidak disediakan oleh penganjur dan merupakan

tanggungjawab pendebat dan pasukan masing-masing. Penggunaan bahan bantuan luar

(buku, carta, majalah, jurnal, surat khabar, peralatan elektronik, dan bahan seumpamanya

Page 3: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

tidak dibenarkan semasa perdebatan kerana kehadirannya memberi kelebihan tidak adil

kepada pasukan yang berucap kemudian.

1.4 Penjelasan

1.4.1 Penjelasan atau celahan, iaitu soalan yang diajukan kepada ahli yang sedang berucap

tentang perkara yang sedang diperkatakan pendebat yang sedang berucap bukan

tentang perkara yang telah dikatakan oleh pendebat yang terdahulu, boleh diberikan di

antara minit pertama hingga minit keenam ucapan ahli pendebat.

1.4.2 Ahli harus berdiri sebagai tanda mengemukakan celahan. Ahli yang ingin mengemukakan

celahan boleh mengumumkan bahawa beliau ingin memberi “Celahan” atau menuturkan

perkataan lain yang sama maksudnya asalkan dia tidak mengganggu pendebat yang

sedang berucap.

1.4.3 Ahli yang sedang berucap boleh menerima atau menolak permohonan untuk mencelah.

1.4.4 Tempoh setiap celahan tidak boleh melebihi 15 saat.

1.4.5 Celahan harus dinilai mengikut syarat 3.3.4 dalam peraturan ini.

1.5 Tempoh Ucapan

1.5.1 Setiap ahli mempunyai 7 minit untuk menyampaikan ucapan. Ucapan yang melebihi 7

minit dan 15 saat tidak akan diambil kira oleh juri.

1.5.2 Celahan boleh diberikan di antara minit pertama dan minit keenam ucapan substantif

(tempoh ini akan ditanda dengan bunyi loceng, atau bunyi lain yang bersesuaian

sebanyak satu kali pada minit pertama dan minit keenam).

1.5.3 Tugas penjaga masa sama ada dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan atau Penjaga Masa

yang dilantik khas.

1.5.4 Jika tiada Yang Dipertua Dewan, tugas menjaga masa perlu dilakukan oleh Pengerusi

Panel Penghakiman.

1.6 Penghakiman

1.6.1 Perdebatan harus dihakimi oleh satu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya tiga

hakim, (tertakluk kepada keadaan yang mengizinkan).

1.6.2 Pada akhir perdebatan, hakim-hakim perlu berbincang dan menyusun pangkat pasukan,

dari kedudukan pertama ke kedudukan terakhir (lihat Bahagian 5: Penghakiman).

Page 4: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

1.6.3 Selepas setiap perdebatan, Pengerusi Panel Penghakiman perlu memberi penghakiman

lisan. Penghakiman lisan ini haruslah dibuat menurut syarat 5.5 di dalam peraturan ini.

Bahagian 2 : Definisi

2.1 Definisi

2.1.1 Definisi harus meletakkan isu (atau isu-isu) untuk perdebatan yang timbul daripada usul,

dan harus dinyatakan maksud apa-apa istilah di dalam usul yang memerlukan tafsiran.

2.1.2 Perdana Menteri harus memberikan definisi pada awal ucapannya.

2.1.3 Definisi mestilah:

(a) mempunyai hubungan yang jelas dan logik kepada usul – Ini bermaksud hubungan di

antara usul dan definisi yang dikemukakan oleh Ahli tersebut boleh diterima oleh

seseorang individu awam yang munasabah;

(b) bukan diletak pada latar tempat yang tidak adil – ini bermaksud definisi tidak boleh

menghadkan perdebatan sedemikian sempit kepada lokasi geografi atau lokasi politik

yang spesifik sehingga seseorang individu awam yang munasabah tidak

berkemungkinan tahu akan lokasi tersebut.

2.2 Mencabar Definisi

2.2.1 Ketua Pembangkang boleh mencabar definisi jika definisi tersebut melanggar syarat 2.1.3

peraturan ini. Ketua Pembangkang haruslah menyatakan dengan jelas bahawa beliau

mencabar definisi tersebut.

2.2.2 Ketua Pembangkang harus memberikan definisi alternatif selepas mencabar definisi

Perdana Menteri.

2.3 Menilai Cabaran Terhadap Definisi

2.3.1 Hakim harus menentukan sama ada definisi adalah ‘tidak munasabah’ jika definisi

tersebut melanggar syarat 2.1.3 dalam peraturan ini.

2.3.2 Tanggungjawab untuk menunjukkan definisi adalah tidak munasabah terletak pada Ahli

yang mendakwa definisi tersebut adalah tidak munasabah.

2.3.3 Jika definisi adalah tidak munasabah, pembangkang harus menggantikannya dengan

definisi alternatif yang wajar diterima oleh hakim asalkan ia munasabah.

Page 5: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

Bahagian 3 : Isi

3.1 Definisi Isi

3.1.1 Isi adalah kandungan ucapan. Isi merujuk kepada hujah-hujah yang digunakan oleh

pendebat untuk menjelas dan menghurai kes pasukan dan memujuk hakim.

3.1.2 Isi meliputi hujahan, huraian dan penaakulan, contoh-contoh, kajian kes, fakta dan apa-

apa bahan lain yang cuba menjelaskan kes.

3.1.3 Isi merangkumi bahan sokongan (atau substantif) dan bidasan (hujah-hujah) yang

ditujukan khusus untuk menyangkal hujah-hujah pasukan lawan. Isi merangkumi

Penjelasan (Celahan).

3.2 Ciri-ciri Isi

3.2.1 Isi haruslah relevan, logik dan konsisten.

3.2.2 Isi haruslah relevan. Isi haruslah berkaitan dengan usul dan isu perdebatan: hujah

positif iaitu hujah yang menyokong pendirian pasukan harus diberikan, dan bidasan

untuk isi yang diberikan oleh pihak lawan harus diberikan. Ahli harus memberi

keutamaan dan memperuntukkan masa yang bersesuaian kepada isu-isu dinamik

perdebatan.

3.2.3 Isu haruslah bersifat logik. Hujahan harus dibina secara logik agar jelas dan

dikembangkan dengan baik, dan munasabah. Kesimpulan bagi semua hujahan harus

menyokong kes Ahli.

3.2.4 Isi haruslah konsisten. Ahli harus memastikan isi yang diberikan adalah konsisten dalam

ucapannya sendiri, dengan pasukannya dan ahli-ahli lain bahagian Dewan mereka

(tertakluk kepada syarat 2.3.4, 2.3.5 atau 2.3.6 dalam peraturan ini).

3.2.5 Semua ahli harus memberikan hujah (kecuali dua Ahli terakhir dalam perdebatan) dan

semua ahli harus memberikan bidasan (kecuali Perdana Menteri dalam perdebatan).

3.3 Menilai Isi

3.3.1 Isi yang diberikan harus memujuk. Elemen isi harus membantu hakim untuk menilai daya

pujukan dan kreadibiliti isi yang diberikan.

3.3.2 Isi harus dinilai dari kaca mata seseorang individu awam yang munasabah. Hakim harus

menganalisis isi yang diberikan dan menilai daya pujukannya tanpa menggunakan

pengetahuan spesifik yang mungkin dimiliki oleh mereka mengenai isu-isu yang

diperdebatkan.

Page 6: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

3.3.3 Hakim tidak harus membenarkan kecenderungan tertentu (bias) mempengaruhi penilaian

mereka.

3.3.4 Celahan harus dinilai berdasarkan kesannya ke atas daya pujukan kes kedua-dua Ahli

yang menjawab celahan dan memberi celahan.

Bahagian 4 – Gaya

4.1 Elemen Gaya

4.1.1 Elemen gaya termasuk hubungan mata, modulasi suara, isyarat tangan, bahasa,

penggunaan nota dan sebarang perkara lain yang mungkin boleh mempengaruhi

keberkesanan pembentangan Ahli.

4.1.2 Modulasi suara biasanya akan membantu Ahli untuk memujuk penonton kerana Ahli

mungkin ingin memberi penekanan hujah yang penting dan memegang perhatian

penonton. Hal ni termasuk pic, nada, kelantangan suara dan penggunaan jeda.

4.1.3 Isyarat tangan biasanya akan membantu Ahli untuk memberi penekanan kepada hujah

yang penting namun pergerakan tangan yang berlebihan mungkin mengganggu dan

mengurangkan perhatian penonton terhadap hujahnya.

4.1.4 Bahasa haruslah jelas dan mudah. Ahli yang menyusun kata-kata dengan panjang,

berbunga-bunga atau mengelirukan mungkin akan terbabas daripada hujah jika mereka

kehilangan perhatian daripada penonton.

4.1.5 Penggunaan nota dibenarkan, namun Ahli harus berhati-hati agar mereka tidak terlalu

bergantung kepada nota.

Bahagian 5 – Struktur

5.1.1 Elemen struktur termasuk struktur ucapan Ahli dan struktur ucapan pasukan.

5.1.2 Isi dalam ucapan setiap Ahli perlu berstruktur. Ahli harus mengatur isinya untuk

meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Ucapan substantif setiap ahli

harus:

(a) mengandungi pengenalan, kesimpulan dan hujahan; dan

(b) diselaraskan dengan peruntukan masa dan keperluan untuk memberi keutamaan

dan masa yang bersesuaian untuk isi.

5.1.3 Isi dari setiap pasukan perlu berstruktur. Pasukan harus mengatur isi mereka untuk

meningkatkan keberkesanan pembentangan mereka. Isi setiap pasukan harus:

Page 7: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

(a) mengandungi pendekatan yang konsisten terhadap isu-isu yang diperdebatkan;

dan

(b) mengagihkan hujah positif kepada setiap Ahli apabila kedua-dua Ahli dalam satu

pasukan akan mengemukakan hujah.

(c) setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing seperti yang

ditetapkan oleh peraturan.

Bahagian 6 – Bahasa

6.1.1 Bahasa dalam ucapan setiap Ahli perlu menggunakan laras serta kesantunan yang baik

dan bersesuaian dengan perdebatan di samping harus:

(a) menunjukkan pemilihan kata dan istilah yang tepat dan jelas.

(b) menggunakan struktur ayat yang betul dan sebutan yang jelas.

(c) menunjukkan penguasaan gaya bahasa yang baik, menarik dan berkesan serta

tepat pada maksud atau mesej yang ingin disampaikan.

(d) mengelakkan penggunaan bunyi bahasa yang berlebihan seperti pantun, seloka,

gurindam dan puisi yang tidak membantu dalam pengembangan dan penghuraian

hujah tidak diambil kira.

Bahagian 7 – Penghakiman

7.1 Peranan Hakim

7.1.1 Hakim mesti:

(a) berbincang mengenai perdebatan yang dihakimi dengan hakim-hakim lain;

(b) menentukan pangkat atau kedudukan pasukan;

(c) menentukan gred pasukan;

(d) menentukan markah pendebat;

(e) memberikan penghakiman lisan kepada Ahli; dan

(f) melengkapkan borang markah

7.1.2 Panel penghakiman harus cuba untuk bersetuju mengenai penghakiman terhadap

perdebatan. Oleh yang demikian, para hakim harus berbincang dalam semangat

kerjasama dan saling menghormati.

Page 8: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

7.2 Penyusunan Pangkat Pasukan

7.2.1 Pasukan harus diberikan pangkat dari tempat pertama hingga tempat keempat. Pasukan

di tempat pertama akan diberi tiga mata, pasukan di tempat kedua akan diberi dua mata,

pasukan di tempat ketiga akan diberi satu mata dan pasukan di tempat keempat akan

diberi mata kosong.

7.2.2 Pasukan-pasukan boleh diberikan mata kosong jika mereka gagal untuk tiba di tempat

persidangan, selepas lebih daripada lima minit masa perdebatan dijadualkan bermula.

7.2.3 Hakim-hakim harus berbincang mengenai pangkat atau kedudukan pasukan. Masa yang

diberi untuk berbincang dan membuat keputusan tidak boleh melebihi sepuluh (10) minit.

Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai selepas perbincangan, keputusan

majoriti akan menentukan pangkat. Jika keputusan majoriti tidak dapat dicapai, pengerusi

panel penghakiman akan menentukan pangkat pasukan.

7.3 Penggredan dan Pemarkahan Pasukan

7.3.1 Panel penghakiman harus bersetuju mengenai gred yang akan diberikan kepada setiap

pasukan. Setiap hakim boleh memberikan markah pasukan mengikut budi bicara mereka

asalkan markah itu adalah dalam lingkungan gred yang dipersetujui.

7.3.2 Gred pasukan dan markah harus diberi berdasarkan interpretasi berikut:

Gred Markah Maksud

A

180-200

Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka daripada pasukan yang layak memasuki peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Penguasaan bahasa pada tahap yang amat baik. Pasukan ini mengandungi banyak kekuatan, dan sedikit (jika ada) kelemahan.

B

160-179

Melebihi sederhana hingga sangat baik. Mutu yang boleh dijangka dari pasukan yang layak memasuki peringkat Akhir atau pasukan yang berentap untuk memasuki pusingan kalah mati. Penguasaan bahasa pada tahap yang baik. Pasukan ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil.

C 140-159 Sederhana. Pasukan ini mempunyai tahap kekuatan dan kelemahan yang hampir sama banyak. Penguasaan bahasa pada tahap yang sederhana.

D 120-139 Lemah hingga di bawah sederhana. Pasukan mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan. Penguasaan bahasa pada tahap yang memuaskan.

Page 9: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

7.4 Memberi Markah Kepada Ahli

7.4.1 Selepas para hakim bersetuju mengenai gred yang akan diberi kepada setiap pasukan,

setiap hakim boleh memberi markah kepada setiap Ahli mengikut budi bicara mereka,

namun perlu memastikan bahawa mata agregat bagi ahli-ahli pasukan adalah dalam

lingkungan gred yang dipersetujui untuk pasukan tersebut.

7.4.2 Markah bagi setiap Ahli harus diberi berdasarkan maksud berikut:

Gred Markah Maksud

A

90-100

Cemerlang hingga sempurna. Mutu perdebatan yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat Separuh Akhir / Akhir pertandingan. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang amat baik. Pendebat ini mengandungi banyak kekuatan, dan sedikit (jika ada) kelemahan.

B

80-89

Melebihi sederhana hingga sangat baik. Standard yang boleh dijangka dari pendebat di peringkat pusingan kalah mati. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang baik. Pendebat ini mengandungi kekuatan yang nyata dan beberapa kelemahan kecil.

C 70-79 Sederhana. Pendebat ini mempunyai tahap kekuatan dan kelemahan yang hampir sama banyak. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang sederhana.

D 60-69 Lemah hingga di bawah sederhana. Pendebat mempunyai masalah yang nyata dan sedikit kekuatan kecil. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang memuaskan,

E 50-59 Sangat lemah. Pendebat ini mempunyai kelemahan dalam perkara asas, dan sedikit (jika ada) kekuatan. Penguasaan bahasa berada pada tahap yang lemah.

7.5 Penghakiman Lisan

7.5.1 Setelah selesai perbincangan, panel penghakiman harus memberi penghakiman lisan

terhadap perdebatan.

7.5.2 Penghakiman lisan harus diberikan oleh Pengerusi panel penghakiman. Jika Pengerusi

adalah juri minoriti, Pengerusi perlu meminta seorang juri majoriti daripada panel

penghakiman untuk memberikan penghakiman lisan.

7.5.3 Penghakiman lisan harus:

Page 10: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

(a) mengenal pasti susunan pangkat pasukan;

(b) menjelaskan sebab-sebab bagi susunan pangkat pasukan tersebut, dengan

memastikan setiap pasukan disebut di dalam penjelasan ini; dan

(c) memberi komen membina kepada setiap pendebat jika panel penghakiman

berpandangan ini adalah perlu.

7.5.4 Penghakiman lisan harus tidak melebihi 10 minit.

7.5.5 Ahli-ahli boleh berjumpa dengan hakim untuk penjelasan lanjut selepas penghakiman

lisan; pertanyaan ini mestilah sentiasa sopan dan tidak bersifat konfrontasi.

Bahagian 8 – Perkara Am

8.1 Penganjuran

8.1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) 2017, anjuran IPG

Kampus Ilmu Khas dengan kerjasama MADUM dan Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

8.1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman.

Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman adalah muktamad.

8.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mempunyai hak untuk meminda sebarang

peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Jawatankuasa.

8.2 Tafsiran

8.2.1 “Ketua Hakim” dan “Jawatankuasa Penghakiman” bermaksud individu-individu yang

dilantik oleh Pihak MADUM untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. Ketua hakim

adalah Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman.

8.2.2 “Institusi Pengajian Tinggi” bermaksud semua institusi pengajian tinggi sama ada awam

atau swasta termasuk IPG, Politek, pusat asasi dan matrikulasi di Malaysia termasuk

Institut Perguruan dan Politeknik.

8.3 Penyertaan

8.3.1 Setiap Institusi hanya boleh menghantar DUA pasukan untuk mewakili Institusi tersebut.

8.3.2 Untuk layak menyertai pertandingan debat ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar

peringkat asasi, diploma atau ijazah pertama sarjana muda daripada institusi yang

diwakili. Semua anggota pasukan mestilah terdiri daripada pelajar dari institusi yang

sama. Pengesahan bahawa mereka adalah pelajar institusi berkenaan hendaklah dibuat

oleh pihak institusi.

Page 11: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

8.3.3 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada DUA orang pendebat; TIADA pendebat

simpanan dibenarkan.

8.4 Sistem Pertandingan

8.4.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah sistem ‘power match berkumpulan’ (kaedah

Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan

pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (kerajaan pembuka/penutup /

pembangkang pembuka/penutup).

8.4.2 Dalam pusingan awal, penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan

dilakukan secara undian rawak komputer. Penentuan peranan pasukan untuk perdebatan

pertama akan dilakukan juga secara undian rawak komputer. Selepas perdebatan yang

pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Penentuan peranan

pasukan untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap

pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah

berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu memainkan sesuatu peranan.

8.4.3 Setelah selesai semua perdebatan dalam pusingan awal, kedudukan pasukan akan

ditentukan untuk kali terakhir. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke

pusingan kalah mati.

8.4.4 Kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah mengikut

keutamaan berikut:

(a) mata pasukan, diikuti

(b) markah pasukan.

8.4.5 Pertandingan pusingan Pra Suku Akhir, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan

dijalankan mengikut sistem kalah mati.

8.4.6 Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang pembuka/penutup) untuk perdebatan

pusingan kalah mati adalah berdasarkan undian di hadapan pasukan masing-masing.

8.4.7 Dalam pusingan kalah mati, dua pasukan yang mempunyai pangkat tertinggi akan mara

ke peringkat seterusnya, sehingga akhirnya di peringkat akhir, pasukan yang mendapat

mata tertinggi akan menjuarai pertandingan.

8.4.8 Penentuan pasukan bagi pusingan kalah mati adalah seperti pada rajah berikut:

Page 12: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

Penentuan Pasukan Bagi Pusingan Kalah Mati (Bermula dari pusingan pra suku akhir)

Pusingan Pra Suku Akhir 1

Pasukan di tangga ke-9 Pasukan di tangga ke-16 Pasukan di tangga ke-17 Pasukan di tangga ke-24

Pusingan Pra Suku Akhir 2

Pasukan di tangga ke-12 Pasukan di tangga ke-13 Pasukan di tangga ke-20 Pasukan di tangga ke-21

Pusingan Pra Suku Akhir 3

Pasukan di tangga ke-10 Pasukan di tangga ke-15 Pasukan di tangga ke-18 Pasukan di tangga ke-23

Pusingan

Akhir

Pusingan

Separuh

Akhir 2

Pusingan Suku Akhir 1 Pasukan di tangga ke-1 Pasukan di tangga ke-8 Pasukan di tangga ke-9 Pasukan di tangga ke-16

Pusingan

Separuh

Akhir 1 Pusingan Suku Akhir 2 Pasukan di tangga ke-4 Pasukan di tangga ke-5 Pasukan di tangga ke-12 Pasukan di tangga ke-13

Pusingan Pra Suku Akhir 4

Pasukan di tangga ke-11 Pasukan di tangga ke-14 Pasukan di tangga ke-19 Pasukan di tangga ke-22

Waktu Berehat Pasukan di tangga pertama sehingga ke-8 akan mara ke pusingan suku akhir secara automatik

Pusingan Suku Akhir 3 Pasukan di tangga ke-2 Pasukan di tangga ke-7 Pasukan di tangga ke-10 Pasukan di tangga ke-15

Pusingan Suku Akhir 4 Pasukan di tangga ke-3 Pasukan di tangga ke-6 Pasukan di tangga ke-11 Pasukan di tangga ke-14

Page 13: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi

8.5 Bantahan

8.5.1 Bantahan boleh dilakukan oleh pasukan dalam bentuk bantahan bertulis.

8.5.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman mendapati berlaku sebarang kesilapan atau

kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada

mana-mana pihak yang terjejas.

8.5.3 Keputusan panel penghakiman adalah muktamad.

Dikemaskini oleh: MADUM & IPG KAMPUS ILMU KHAS Tarikh : 20 JULAI 2017

Page 14: DEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 29 SEPTEMBER 2 · PDF fileDEBAT TERBUKA ILMU KHAS 2017 ... 1.2.4 Usul yang diberi berkaitan dengan tema pertandingan iaitu Pendidikan dan ... Definisi