pengaruh luar negara terhadap pendidikan matematik di malaysia

4
4.2 Pengaruh Perubahan Dalam Kurikulum Matematik Negara Luar Terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia Kurikulum matematik di Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa projek luar negara. Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain itu, National Council of Teachers of Mathematics (NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM. 4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964) Projek ini dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah di Britain, 1964. Kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah diperkenalkan. Kaedah ini berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Aplikasikan Hasil pembelajaran: i. Pelajar dapat mengenalpasti asal usul kurikulum matematik di Malaysia. ii. Pelajar mempelajari kesan pendidikan luar negara yang memberikan impak kepada pendidikan di negara Malaysia.

Upload: dhilemon-dominic

Post on 11-Aug-2015

1.073 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mte3104

TRANSCRIPT

Page 1: pengaruh luar negara terhadap pendidikan matematik di Malaysia

4.2 Pengaruh Perubahan Dalam Kurikulum Matematik Negara Luar Terhadap

Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia

Kurikulum matematik di Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa projek luar negara.

Di antara projek- projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah

Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School

Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Selain itu,

National Council of Teachers of Mathematics (NCTM-1989) juga mempengaruhi

pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen

Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan

oleh NCTM.

4.2.1 Nuffield Mathematics Project (NMP-1964)

Projek ini dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah di Britain, 1964. Kaedah-

kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah

diperkenalkan. Kaedah ini berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. Aplikasikan

strategi berpusatkan murid dan kaedah inkuiri penemuan diutamakan dalam pengajaran

dan pembelajaran. Projek ini telah memberikan impak kepada kurikulum matematik di

Malaysia melalui projek Khas yang telah dilancarkan. 1970.

Setiap teori dan contoh pembelajaran dari luar negara boleh dijadikan rujukan

untuk pendidikan di Malaysia namun haruslah bersesuaian dengan masyarakat.

Hasil pembelajaran:

i. Pelajar dapat mengenalpasti asal usul kurikulum matematik di Malaysia.

ii. Pelajar mempelajari kesan pendidikan luar negara yang memberikan

impak kepada pendidikan di negara Malaysia.

iii. Mengenali beberapa projek-projek yang pernah diikuti oleh negara

Malaysia.

Page 2: pengaruh luar negara terhadap pendidikan matematik di Malaysia

4.2.2 Scottish Mathematics Group (SMG)

Pasukan SMG terdiri daripada kumpulan ahli matematik Scotland yang menulis

sembilan buku teks yang berjudul Modern for Schools. Buku ini memperkenalkan tajuk

baru seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics,

Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Bahan SMG

menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah

Rendah Malaysia, 1970

Projek matematik ini bersesuaian dengan perkembangan kurikulum matematik di

Malaysia dan silibus digunakan boleh membantu membangunkan kepentingan

kurikulum di Malaysia.

4.2.3 School Mathematics Project (SMP)

Projek dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton,

1961. Projek bertujuan menyediakan sukatan matematik yang lebih progresif di Great

Britian. Pendekatan yang lebih bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran

contohnya teoti set diajar sekali dengan tajuk algebra dan geometri. Digunakan secara

meluaskan oleh sekolah menengah di Great Britain, namun sukatan tidak sesuai untuk

pelajar lemah dalam matematik kerana kandungan terlalu akademik dan abstrak. Bahan

SMP menjadi rujukan utama buku teks Matematik Moden di Malaysia.

Sukatan pembelajaran luar negara memberikan impak kepada pembelajaran di

Malaysia. Pembangunan kokurikulum boleh mengikut kurikulum di Malaysia namun

demikian hendaklah berdasarkan kemampuan pelajar di Malaysia.

4.2.4 School Mathematics Study Group (SMSG)

Projek ini diterajui oleh Edward G.Begle pada tahun 1958 di Soviet Union.

Objektif meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan

Russia. Usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang

dikenali sebagai New Mathematic, geometri, teori set, nombor negatif, asas

Page 3: pengaruh luar negara terhadap pendidikan matematik di Malaysia

nombor dan trigonometri. New Mathematics menitikberatkan penjelasan matematik

dalam konsep abstrak seperti teori set dan asas nombor.

Malaysia menggunakan projek ini membekalkan idea-idea yang berguna kepada

para pendidik di Malaysia dengan penjelasan matematik yang betul. Dengan adanya

idea-idea tersebut, maka matematik dapat dijelaskan dan difahami oleh pelajar.

4.2.5 National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)

NCTM bermula pada tahun 1920 dan memberikan pelajar pendidikan matematik

yang berkualiti tinggi. NCTM bekerjasama dengan National Council for Accreditation

of Teacher Education (NCATE) untuk menilai program latihan guru. Pada tahun 1976

NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana bagi

guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik.

Setiap usaha yang dijalankan bagi meningkatkan mutu pendidikan matematik di

Malaysia haruslah berdasarkan kepada usaha semua pihak terutamanya guru-guru di

Malaysia.

4.2.6 Rumusan

Pelbagai projek telah dijalankan diluar negara seperti yang disenaraikan diatas. Antara

negara yang menjayakan beberapa projek tersebut adalah negara Rusia dan Amerika

Syarikat. Setiap hasil projek yang dijalankan oleh negara luar boleh dijadikan contoh oleh

negara kita dan jika diperhatikan sekarang negara kita turut mengambil silibus yang

digunapakai oleh negara luar. Sumber-sumber silibus dari negara luar boleh dijadikan

ikutan namun demikian haruslah bersesuaian dengan komuniti dan tahap pendidikan di

Malaysia. Setiap projek ini memberi manfaat yang baik serta meningkatkan potensi

pelajar di Malaysia untuk menghayati konsep matematik serta mampu bersaing dengan

pelajar-pelajar dari luar negara justru meningkatkan tahap modal insan di negara ini.