pengaruh islam terhadap masyarakat melayu · pdf filecukup besar dan bermakna kepada...

18
0 PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU KANDUNGAN 1. Pendahuluan 2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu 3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu 4. Islam semasa Penjajahan Inggeris 5. Kesimpulan Rujukan

Upload: dinhkien

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

0

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU

KANDUNGAN

1. Pendahuluan

2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu

3. Pengaruh Islam ke atas Masyarakat Melayu

4. Islam semasa Penjajahan Inggeris

5. Kesimpulan

Rujukan

Page 2: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

1

1. Pendahuluan

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di

Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-

sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu.

Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh

masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka

bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan

masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu

peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah

kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan,

pendidikan dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi

cabaran apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan

mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan

beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek sehingga secara

perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah membangkitkan kesedaran orang

Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut kemerdekaan demi kesinambungan

peradaban Islam yang telah lama bertapak di negara.

2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu

Penyebaran Islam secara berencana dan menyeluruh di Tanah Melayu berlaku di

Melaka apabila munculnya kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di

samping sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Alam Melayu. Peranan yang

dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka dalam menyebarkan Islam ini telah menyebabkan

Islam berkembang pesat di beberapa buah negeri jajahannya di Tanah Melayu. Oleh kerana

perkembangan dan penyebaran Islam yang dilakukan oleh Melaka ini begitu ketara dan

Page 3: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

2

menyeluruh, maka tidak hairanlah kenapa sejarawan Barat beranggapan Melaka sebagai

negeri yang mula-mula menerima Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15M apabila

rajanya yang pertama memeluk Islam pada tahun 1414M.1

Namun pandangan ahli sejarah Barat ini disanggah oleh ahli sejarawan tempatan

kerana terdapat beberapa negeri selain Melaka telah menerima Islam lebih awal seperti

Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar abad ke-7 dan ke-8 Masihi.2 Namun

pertapakan Islam di negeri-negeri tersebut pada waktu itu dianggap sebagai peringkat masa

tunas dan kedudukan Islam tidak kukuh untuk berkembang. Orang-orang Islam hanya

merupakan kelompok-kelompok kecil yang hidup bersendirian dan tidak ada bukti

menunjukkan usaha pengembangan dan penyebaran Islam secara meluas dan menyeluruh

di Tanah Melayu dari negeri-negeri tersebut pada waktu itu melainkan hanya Melaka

diperakui berperanan bertindak menyebarluas Islam di rantau ini. 3

Proses pengislaman dalam kerajaan Melaka adalah lebih menyeluruh sifatnya iaitu

bermula dari pihak istana. Oleh yang demikian, proses penyebaran agama Islam di

kalangan rakyat negeri Melaka dan jajahan takluknya menjadi meluas. Pahang,

Terengganu, Johor dan Kedah adalah antara negeri yang berjaya ditakluki Melaka dan

tersebar Islam di sana. Bendahara Tun Perak4 adalah orang yang bertanggungjawab

disebalik kejayaan peluasan kuasa kerajaan Melaka dan penyebaran agama Islam ke

seluruh Tanah Melayu.

1 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling Jaya: Al-Rahmaniah,

hlm. 70-71.

2 Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.

15.

3 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,

hlm. 515.

4 Bendahara Tun Perak dianggap tokoh teragung dalam sejarah Melaka kerana kejayaannya menguatkan

kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran agama Islam di samping kejayaannya

meluaskan wilayah Melaka.

Page 4: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

3

Pada masa pemerintahan Sultan Muzafar Shah umpamanya, kedudukan agama

Islam semakin kukuh dan berkembang apabila baginda mempergiatkan lagi penyebaran

agama Islam menerusi kuasa politik. Dasar berbaik-baik dengan kuasa-kuasa asing seperti

Siam, Majapahit dan China yang dibuat oleh pemerintah selepas itu, iaitu Sultan Mansur

Shah, membolehkan kerajaan Melaka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap

perkembangan Islam di dalam dan di luar negeri. Justeru itu, Melaka menjadi sebuah pusat

kerajaan Melayu yang terbesar dan pusat penyebaran agama Islam yang terpenting di

Nusantara pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Runtuhnya kerajaan Majapahit

di Jawa adalah hasil gerakan dakwah Islam oleh Melaka.5

Selain faktor politik dan penaklukan, penyebaran Islam di Tanah Melayu turut

disumbang oleh faktor perkahwinan, perdagangan dan gerakan dakwah oleh golongan

sufi.6 Walaubagaimana pun, faktor terpenting tersebarnya Islam secara meluas adalah

kerana agama itu sendiri di mana sifat-sifatnya dan kandungannya adalah dengan mudah

dapat mendorong orang mengikutinya.7

Sungguhpun, tarikh sebenar kedatangan Islam di Tanah Melayu masih kabur,

namun kedatangan dan penyebaran agama Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu ini

yang menjangkau masa yang lama dan tidak henti-henti telah membawa pengaruh yang

cukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan peradaban

mereka.

5 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 99-100.

6 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia, hlm. 36.

7 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami Enterprise, hlm. 35.

Page 5: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

4

3. Pengaruh Islam Ke Atas Masyarakat Melayu

Islam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah baharu

iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan.8 Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas,

Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam Melayu

sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaruh Hindu-Buddha. Kedatangan Islam bukan

sahaja menandakan kedatangan zaman baharu, bahkan permulaan suatu zaman moden di

rantau ini. Ujarnya, segala-galanya berpunca daripada tamadun yang dibawa oleh Islam

berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan cara berfikir berbanding dengan zaman

sebelumnya yang tidak berasaskan kepada rasionalisme dan akal fikiran masyarakat

dibelenggu oleh kepercayaan yang salah.9

Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini secara tidak langsung menolak

beberapa pendapat sarjana barat yang mengatakan bahawa pengaruh Islam di Alam Melayu

itu adalah suatu yang tipis iaitu hanya kulit sahaja sedangkan di dalamnya adalah unsur

Hindu dan Buddha. Anggapan sarjana Barat ini telah mengelirukan. Bagaimana boleh

dianggap penyebaran Islam itu secara tipis sedangkan orang-orang Melayu itu menganut

dan terlibat secara dalaman dengan Islam.10 Sebenarnya pengaruh unsur Hindu dan

Buddha itulah yang tipis kerana agama Hindu dan Buddha hanya didalami dan diamalkan

oleh golongan istana sedangkan rakyat bawahan tidak mempunyai kefahaman yang tepat

berkenaan dengan agama-agama tersebut.11

Sejak orang Melayu menerima agama Islam, dapat ditegaskan ia mempengaruhi

secara mendalam dan melibatkan keseluruhan cara hidup harian anggota masyarakat itu

8 Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 37.

9 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 3-4.

10 Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu, Petaling Jaya:

Masfami Enterprise, hlm. 25.

11 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, hlm. 12.

Page 6: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

5

dan tidak hanya pada sistem kepercayaan sahaja. Perubahan yang berlaku ini merupakan

suatu revolusi yang telah sama sekali mengubah corak sosial dan politik masyarakat

tersebut.12

Umumnya kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar ke atas

masyarakat Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka. Pengaruh Islam ke

atas masyarakat Melayu dapat dilihat pada aspek-aspek berikut:

a. Aspek Akidah (Kepercayaan)

Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu ialah

bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau kepercayaan animisma kepada

berakidah Islam yang mentauhidkan dan menyembah Allah s.w.t,13 di samping menyakini

kewujudan malaikat, perutusan para nabi, penurunan kitab-kitab, kewujudan hari akhirat

dan ketentuan qadha dan qadar.

Pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan juga menjadi benar iaitu

semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain dari

itu. Amalan berakidah tidak hanya terikat pada amalan ibadah-ibadah yang diwajibkan

sahaja tetapi juga pada setiap tindakan dan perbuatan. Kefahaman tauhid yang menjadi

asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu sehingga sukar

untuk digugat keislaman mereka. Sebab itu, cubaan untuk menyeberluas agama Kristian

oleh penjajah ke atas orang Melayu tidak memberi kesan. Malahan sampai kini, hubungan

antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.14

12 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 1.

13 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 540.

14 Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam Melayu Serta

Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan Islam ITM, hlm. 223.

Page 7: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

6

b. Aspek Politik dan Pentadbiran

Kesan segera pengislaman di Tanah Melayu ialah kemunculan kerajaan Islam

seperti kerajaaan Islam Melaka. Sistem politik dan pentadbiran kerajaan Islam ini telah

memperkenalkan sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan meletakkan ‘sultan’

sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam perlaksanaan pentadbiran, sultan

dijadikan ‘Khalifah Allah di bumi’ dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri daripada

alim ulama dan mufti.15 Berbeza dengan sistem kerajaan sebelum Islam di mana golongan

agama tidak mendapat tempat yang istimewa di dalam istana.

Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah

dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang perlu disembah.

Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi

mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan sama ada dari segi penyebaran,

pentadbiran dan perlaksanaan hukum-hukumnya.16

Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan undang-

undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin keadilan

dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang

memuaskan. Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka adalah antara contoh

undang-undang bertulis yang mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan

dilaksanakan di dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang

berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut perundangan

jenayah Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu,

dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid), hal

15 Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun

Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 168.

16 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 131-132.

Page 8: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

7

yang berkaitan dengan muamalah seperti urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan

menurut sistem Islam. 17

c. Aspek Pendidikan dan Keilmuan

Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam telah

membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab

agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah

dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Begitulah halnya yang berlaku

di Melaka, bermula daripada sultannya yang pertama sehingga sultan yang terakhir

sebelum tahun 1511M mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan

Islam.18 Pernah diceritakan Sultan Mahmud Shah pernah mengunjungi rumah maulana

Yusuf untuk mempelajari kitab ”Maklumat”, di samping belajar dengan maulana Sadar

Johan.19

Institusi-institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan di

peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini

menunjukkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk

mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam. Kesannya,

ramailah masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum kedatangan Islam di

mana ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Kesan lain ialah

muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun Melayu

Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang

disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.20

17 Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 541-542.

18 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 141.

19 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh

Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm. 402.

20 Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun

Islam dan Tamadun Asia (2004), hlm. 168.

Page 9: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

8

Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru agama,

pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan di

medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi di

kalangan masyarakat dan juga pemerintah.21

Kedatangan Islam secara tidak langsung telah mengangkat martabat bahasa Melayu

sebagai salah satu bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran dakwah di Alam Melayu dan

dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu, Islam dikatakan

bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di Alam Melayu.22

Selain itu, dengan kemasukan Islam juga telah menjadikan bahasa Melayu daripada

bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan, melalui

pengajaran yang berasaskan kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf jawi yang

diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa Melayu

dituturkan.23

Penglibatan pedagang dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan

Islam di Alam Melayu secara tidak langsung turut mempengaruhi penggunaan istilah dan

perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan tersebut

bukan sahaja dapat dilihat pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak

tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan sultan, ilmu,

kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa Arab.24 Hal ini

tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan menjadi simbol

kekuatan Islam menerusi bahasa.

21 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 404.

22 Syed Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu., hlm. 41.

23 Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah , hlm. 118.

24 Dasuki bin Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 544.

Page 10: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

9

d. Aspek Sosial

Walaupun tidak sepenuhnya unsur-unsur sosial Islam mempengaruhi masyarakat

Melayu, namun sudah terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi

sistem perhambaan dan amalan kasta25 sebagaimana yang diamalkan sebelum kedatangan

Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara golongan bangsawan dengan

rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.26

Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan

persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong. Peraturan dan

panduan hidup adalah berasaskan kepada agama Islam.27 Unsur-unsur metafizik yang

berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara sam’iyyat serta hukum syarak yang

terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib, sunat, makruh, haram dan harus amat

mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu di mana segala kegiatan yang dilakukan

semata-mata didorong untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dalam kegiatan ekonomi

misalnya, amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi

mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi

hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal jariah.28

Demikianlah pengaruh agama Islam dalam membentuk masyarakat dan budaya Melayu

yang lebih kukuh, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

25 Kasta diertikan sebagai lapisan masyarakat atau tingkatan golongan dalam masyarakat, lihat Kamus Dewan

(1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

26 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 133.

27 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 39.

28 Ibid., hlm. 134-135.

Page 11: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

10

e. Aspek Kesenian

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur,

epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.29 Aspek arkitektur atau seni bina

dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan

sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam mempunyai

beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar,

menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid.30

Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya

terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka

Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan

tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi

mentaati hukum-hukum syarak.31

Salah satu kesenian Islam yang terpenting ialah kaligrafi atau seni khat Islam. Seni

khat Islam ini dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, batu nisan atau batu bersurat,

di samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang, pakaian dan lain-

lainnya.32

Adapun tentang seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-

senjata. Tentang mata wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan

menekankan sifat keadilan kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi

fungsi dan motif-motif ragam hias khususnya daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir

pada hampir keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.33

29 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 390.

30 Ibid., hlm. 391.

31 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 135.

32 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 394.

33 Ibid, hlm. 395.

Page 12: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

11

4. Islam Semasa Penjajahan Inggeris

Inggeris atau British adalah penjajah Tanah Melayu paling lama iaitu bermula

mengambil alih Tanah Melayu daripada penguasaan pihak Belanda menerusi Perjanjian

Inggeris-Belanda pada tahun 1824 sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada

peringkat awal penjajahan, dasar pihak Inggeris ialah tidak mahu mencampuri urusan yang

berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi pentadbir British, agama Islam yang

telah sebati dalam kebudayaan orang-orang Melayu bukanlah satu ancaman. Jika

mencampuri urusan agama seperti mengembangkan agama Kristian mungkin akan

mencetuskan ketegangan yang boleh mendatangkan masalah besar kepada kepentingan

ekonomi mereka. Oleh yang demikian mereka meletakkan urusan yang berkaitan dengan

hal-hal agama di bawah kuasa sultan sebagai penaung.34

Menurut Muhammad Redzuan Othman, perluasan penjajahan British ke atas Tanah

Melayu ternyata tidak banyak mengubah amalan Islam dalam kalangan orang Melayu,

malah komitmen mereka terhadap agama pula tidak pernah terjejas pada bila-bila masa.35

Namun begitu, penyerapan pengaruh Barat tetap berlaku apabila Inggeris campurtangan

dalam urusan pentadbiran dan undang-undang kerajaan Melayu sehingga menghakis

sedikit demi sedikit pengaruh Islam. Seperti yang diungkapkan oleh Ahmad Ibrahim;

“Walaupun ada fasal yang menyatakan bahawa Raja-raja Melayu

bersetuju menerima semua nasihat British kecuali dalam hal-ehwal

mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu namun British sama ada

secara langsung atau tidak langsung telah campurtangan dalam hal-ehwal

agama dan pentadbiran. British secara tidak langsung telah membawa

34 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam Dan Masyarakat Melayu, hlm. 17.

35 Ibid., hlm. 23.

Page 13: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

12

masuk undang-undang Inggeris menggantikan sebahagian besar

pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu”.36

Menurut Ahmad Ibrahim lagi dengan memetik kenyataan R.J Wilkinson, tidak boleh

diragui lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu

sekiranya undang-undang British tidak masuk dan menahannya.37

Ekoran campurtangan Inggeris dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu dengan

memperkenalkan undang-undang Inggeris sehingga mengenepikan sebahagian besar

undang-undang Islam telah membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang Melayu

terutama dari golongan nasionalis Melayu dan juga golongan ulama’. Namun semua

gerakan penentangan ini dapat dipatahkan oleh pihak penjajah. 38

Sungguhpun gerakan penentangan ini dapat dipatahkan, namun sedikit sebanyak

membuatkan pihak Inggeris mempertimbangkan kedudukan undang-undang Islam

dengan bertindak mengubah struktur pentadbiran agama Islam dan undang-undang

Mahkamah Syariah yang sedia wujud di samping menubuhkan Majlis Agama Islam serta

menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di mahkamah tersebut.39

Menurut Kassim Thukiman, pada zaman penjajahan Barat, Islam tidak memberi

kesan ke atas sistem politik masyarakat Melayu dan hanya dijadikan sebagai agama rasmi

di setiap negeri Melayu. Perkembangan agama Islam juga semakin merosot dan terhad

pemakaiannya. Ini kerana kerajaan British telah menginstitusikan bidang agama

menyebabkan ia menjadi sangat birokratik.40

36 Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, hlm. 49.

37 Ibid.

38 Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara, hlm. 201.

39 Ibid., hlm. 202.

40 Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, hlm. 48.

Page 14: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

13

Akibat campurtangan Inggeris, aspek-aspek lain turut terjejas seperti ekonomi,

pendidikan dan budaya. Proses modenisasi yang menjurus kepada mementingkan

kemajuan kebendaan yang dilakukan oleh pihak Inggeris dalam pelbagai aspek ini telah

mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu. Kesannya, berlakulah suatu pemisahan

dalam cara hidup di mana Islam hanya pada ibadah ritual sahaja. Ini bermakna Inggeris

berjaya menerapkan budaya sekular dalam sistem pentadbiran dan kehidupan masyarakat

Melayu. Di bidang ekonomi misalnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem

kapitalis yang menekankan aspek kebendaan bukannya aspek spiritual sebagaimana dalam

Islam. Pengaruh kapitalis ini mula tersebar di bandar-bandar moden di negara ini kerana ia

merupakan ukuran kemajuan Barat.41 Oleh itu, untuk mencapai kemajuan seperti kemajuan

orang-orang Barat masing-masing berusaha mengejar kebendaan atau material.

Begitu juga dalam sistem pendidikan di mana sistem pendidikan sekular

mengambil-alih sistem pendidikan tradisional. Stamford Raffles dikatakan pelopor sistem

pendidikan sekular ini, kerana dialah yang mula-mula menganjurkan supaya pelajaran

bahasa Melayu diasingkan dari dasar pelajaran al-Quran.42 Sistem pendidikan Inggeris ini

secara halus mula menanam sikap, nilai dan wolrdview Barat kepada murid-murid

tempatan. Barat menyalurkan nilai-nilai Barat dan melakukan proses modenisasi atau

pembaratan menerusi sistem pendidikan. Akibatnya lahirlah golongan yang cenderong

kepada budaya Barat apatah lagi dari segi psikologinya kedudukan orang Inggeris pada

waktu dipandang tinggi. Ini kerana kemajuan yang dicapai oleh Barat dari aspek luaran

seperti teknologi, sains dan ilmu pengetahuan dengan sendirinya meletakkan kedudukan

orang-orang Barat di atas.43

Pengaruh budaya Barat juga disebarkan melalui penayangan filem-filem Barat

yang ternyata mendapat sambutan di kalangan muda-mudi Islam sehingga mengabaikan

41 Wan Abdul Kadir (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, hlm. 48.

42 Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama: Penerbitan

Pena, hlm. 357.

43 Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara, hlm. 49.

Page 15: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

14

amalan cara hidup Islam. Perlakuan, pakaian, fesyen dan seumpamanya yang ditonjolkan

menerusi filem-filem Barat selalu menjadi ikutan orang-orang muda yang kebiasaannya

mendapat tentangan dari golongan tua. Ini kerana nilai-nilai dalam budaya Barat itu

bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan agama Islam.44

Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad, sekurang-sekurangnya dua kesan ditinggalkan

oleh penjajah; pertamanya, melemahkan pengaruh Islam di Tanah Melayu di mana

kedatangan penjajah Barat dan penerapan kebudayaan Barat serta kemajuan Barat dalam

bidang sains dan teknologi telah menambah kemerosotan pengaruh Islam. Keduanya,

memundurkan kehidupan orang Islam akibat penguasaan ekonomi tempatan oleh penjajah

Barat di samping pembangunan yang dibawa oleh penjajah tidak memberi faedah kepada

orang-orang Melayu.45

5. Kesimpulan

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang cukup

besar kepada masyarakat Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui

beberapa faktor telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup orang-orang

Melayu sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza dengan sebelumnya.

Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama.

Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah

terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan hal-ehwal

orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi sistem Residen.

Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai politik, perundangan,

ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin terhakis dan terpisah.

44 Ibid., hlm. 50-51.

45 Dasuki Haji Ahmad (1980), Ikhtisar Perkembangan Islam, hlm. 16-17.

Page 16: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

15

Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh Islam dan

membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek kepercayaan

dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap dipertahankan. Akidah

Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan jiwa orang Melayu sejak sekian

lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat di kalangan mereka untuk berjuang

menentang penjajahan Barat ini sehinggalah membawa kepada kemerdekaan tanahair pada

tahun 1957. Selepas mencapai kemerdekaan, pengaruh dan perkembangan Islam kembali

mewarnai peradaban Malaysia.

Page 17: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

16

Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah (1984), Sejarah Dan Pemikiran Islam, Damansara Utama:

Penerbitan Pena.

___________________ (2000), Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan

Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors.

Abdullah Ishak (1990), Islam Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu), Petaling

Jaya: Al-Rahmaniah.

Ahmad Mohamad Ibrahim (1986), Sistem Undang-undang Di Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Hashim Musa, ”Konsep, Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”,

dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (2004), Cetakan ke Empat,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kamus Dewan (1996), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Thukiman (2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan Politik, Skudai: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.

Mahayudin Haji Yahaya (1998), Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Muhammad Zaki Badawi (1962), Latarbelakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di

Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .

Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media Indah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan

Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Abdul Kadir (1992), Pembinaan Tradisi Dan Budaya Ekspresif: Budaya Melayu,

Petaling Jaya: Masfami Enterprise.

_______________ (1993), Analisis Sejarah Budaya Melayu, Kota Bharu: Masfami

Enterprise.

Wan Abdullah bin Hj. Wan Mahmood (1997), Tamadun Islam Dan Tamadun Alam

Melayu Serta Sumbangannya kepada Dunia, Shah Alam: Pusat Pendidikan

Islam ITM.

Page 18: PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU · PDF filecukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan ... 2002), Malaysia: Perspektif, Sejarah Dan ... hari

17