kepentingan sistem masyarakat melayu tradisi

46
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI PENSYARAH: DR. SURENDRAN A/L SANKARAN DISEDIAKAN OLEH: NUR FATHINI BINTI OSMAN 815369 NUR FAREHA BINTI MAT RADZUAN 817931 SCHOOL OF EDUCATION AND MODERN LANGUAGES COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Upload: nur-fareha

Post on 18-Aug-2015

215 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

KEPENTINGAN SISTEM

MASYARAKAT MELAYU TRADISI

PENSYARAH:DR. SURENDRAN A/L SANKARAN

 DISEDIAKAN OLEH:

NUR FATHINI BINTI OSMAN 815369

NUR FAREHA BINTI MAT RADZUAN 817931

SCHOOL OF EDUCATION AND MODERN LANGUAGES

COLLEGE OF ARTS AND SCIENCESUNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 2: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

PENGENALAN Masyarakat Melayu Tradisional

Masyarakat melayu yang mengamalkan sesuatu kebiasaan secara turun temurun dalam kehidupan mereka.

Kehidupan Masyarakat Melayu tradisi kehidupan masyarakat zaman Kesultanan Melayu

Melaka.

Wujudnya sebuah kerajaan yang membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri (tiada pengaruh luar).

Page 3: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

POLITIK MASYARAKAT

MELAYU TRADISI

Page 4: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

POLITIK

Konsep Politik Tradisional Sultan mempunyai kuasa mutlak dan rakyat

menjunjung kedaulatan raja

Asas hubungan politik Melayu berteraskan kepada perjanjian dan perakuan antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dengan Sang Si Perba (mewakili Raja atau pemerintah)

Page 5: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Tiga unit politik diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran tradisional

PERINGKAT PEMERINTAH

Negeri Raja

Daerah Pembesar

Kampung Penghulu

POLITIK

Page 6: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Buku teks Tingkatan 1 Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu

POLITIK

Page 7: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Peringkat Negeri Unit politik terbesar.

Sempadan negeri ditentukan melalui faktor geografi dan sungai.

Ibu negeri terletak di kuala sungai.

Raja / Sultan ialah ketua pemerintah negeri, dibantu oleh beberapa orang pembesar negeri.

POLITIK

Page 8: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Peringkat Daerah

Daerah : jauh dari ibu kota dan pusat pentadbiran sesebuah negeri.

Sempadan daerah ditentukan oleh sempadan sungai.

Dikawal oleh seorang pembesar tempatan, digelar Dato’ dan dibantu oleh beberapa orang penolong yang terdiri daripada sanak saudaranya.

POLITIK

Page 9: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Fungsi Pembesar Daerah

Menjalankan pentadbiran daerah / tempatan Menjaga keamanan daerah Memungut cukai Menjadi utusan raja Orang perantaraan antara golongan

pemerintah dengan rakyat

POLITIK

Page 10: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Peringkat kampung

Unit politik terkecil

Terletak di kawasan pendalaman dan pinggir-pinggir sungai atau laut

Diketuai oleh penghulu

POLITIK

Page 11: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Fungsi penghulu Sama dengan fungsi pembesar tetapi dalam

konteks yang lebih kecil

Penghulu merupakan rakyat biasa tetapi mempunyai status sosial yang tinggi dalam masyarakat dan perlantikannya adalah berdasarkan keturunan

POLITIK

Page 12: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

EKONOMI MASYARAKAT

MELAYU TRADISI

Page 13: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri.

Tujuan sistem ekonomi dijalankan adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di Malaysia.

Keperluan ekonomi petani ialah berbentuk secukup hidup bagi menyara keperluan keluarga sendiri dengan menekankan kepada Bdapatkan sumber-sumber makanan.

EKONOMI

Page 14: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Ekonomi sara diri merujuk kepada aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pemasaran.

Ia bermaksud kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk memenuhi keperluan hidup seharian.

Contoh kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu ialah seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.

EKONOMI

Page 15: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

EKONOMI

Page 16: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

LEBIHAN PENGELUARAN BAGI EKONOMI

Lebihan pengeluaran akan disimpan bagi tempoh tertentu.

Sebagai contoh, berlaku terutamanya dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi.

Ini bertujuan bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan.

EKONOMI

Page 17: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

SOSIAL MASYARAKAT

MELAYU TRADISI

Page 18: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Perkataan ‘sosial’ dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat.

Menurut Sah Rezan Bin Abdul Salam (2009), “Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.”

SOSIAL

Page 19: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial atau hierarkinya bersifat feudal.

Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional.

Hierarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya.

Masyarakat Melayu Tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

SOSIAL

Page 20: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

GOLONGAN MEMERINTAH

KELUARGA DAN KERABAT

PEMBESAR DAN PENTADBIR : Bendahara, Penghulu Bendahari,

Temenggung & Laksamana

ULAMA/PENDETA

RAJA/ SULTAN/ YANG DIPERTUA

SUMBER: Sah Rezan Bin Abdul Salam. (2009). Sistem Sosial Masyarakat Melayu Pada Zaman Tradisional. Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

SOSIAL

Page 21: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

RAJA/ SULTAN/ YANG DIPERTUA

Pada zaman Melayu tradisional, Raja atau Sultan dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia.

Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi.

Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka.

Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi.

SOSIAL

Page 22: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

KELUARGA DAN KERABAT

Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Raja atau Sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja.

Anak raja atau putera puteri raja atau Sultan juga mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan.

Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua kerajaan.

SOSIAL

Page 23: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

PEMBESAR DAN PENTADBIR

Secara umumnya, masyarakat Melayu tradisional menggunakan Sistem Pembesar empat lipatan yang terdiri daripada: Bendahara Penghulu Bendahari Temenggung Laksamana.

SOSIAL

Page 24: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

ULAMA DAN PENDETA Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang

pakar dalam hal ehwal agama Islam.

Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional.

Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu.

Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf.

SOSIAL

Page 25: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

GOLONGAN DIPERINTAH

RAKYAT HAMBAORANG ASING/

ORANG DAGANG/ ORANG PERANTAU

HAMBA RAJA HAMBA BIASAHAMBA

BERHUTANG

SUMBER: Sah Rezan Bin Abdul Salam. (2009). Sistem Sosial Masyarakat Melayu Pada Zaman Tradisional. Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

SOSIAL

Page 26: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

RAKYAT

Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Melayu.

Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar.

Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan orang laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.

SOSIAL

Page 27: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

ORANG ASING/ ORANG DAGANG ATAU ORANG PERANTAU Orang Asing turut dikenali sebagai ‘orang dagang’ dan ‘orang

perantau’ yang terdiri daripada dua jenis iaitu:

Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain sebagai mubaligh.

Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar.

Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan Cina.

SOSIAL

Page 28: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

HAMBA Institusi perhambaan ini wujud akibat daripada

dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat Melayu.

Hamba berfungsi dengan menggunakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat.

Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa atau dikenali sebagai hamba abdi, hamba berhutang dan hamba raja.

SOSIAL

Page 29: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Hamba biasa atau hamba abdi

Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu abdi, dengan dan hamba.

Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian dan pertukaran tuan.

Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turun-temurun.

SOSIAL

Page 30: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Hamba berhutang

Hamba berhutang merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang.

Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang merdeka.

Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutang-hutang mereka

SOSIAL

Page 31: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Hamba raja

Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.

Dengan cara ini mereka akan terlepas daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan.

SOSIAL

Page 32: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

WARISAN MASYARAKAT

MELAYU TRADISI DAN NEGARA BANGSA

Page 33: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka. Ia menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.

Sistem pewarisan tahta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi tahta kerajaan.

Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta.

WARISAN

Page 34: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau dengan kata yang lain warganegara sesebuah negara.

Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu diiystiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka lahirlah negara dan bangsa Malaysia.

NEGARA DAN BANGSA

Page 35: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Sejarah perkembangan negara kita telah memperlihatkan bahawa proses pembinaan negara dan bangsa berasaskan kepada empat ciri utama iaitu:

Negara

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.

Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

NEGARA DAN BANGSA

Page 36: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Bangsa

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah.

Kerajaan

Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.

Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.

NEGARA DAN BANGSA

Page 37: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

Perlembagaan

Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.

NEGARA DAN BANGSA

Page 38: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA

WARISAN BANGSA

Page 39: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

1. Identiti Sesebuah Negara

Amalan budaya tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat kita

Budaya tradisional merangkumi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni dan sebagainya

BUDAYA WARISAN BANGSA

Page 40: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

2. Budi Pekerti Masyarakat Malaysia

Mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra

Penghantaran kuih muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum

Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan

BUDAYA WARISAN BANGSA

Page 41: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

3. Memupuk Perpaduan Negara

Malaysia terdiri daripada rakyat majmuk yang kaya dengan nilai tradisional yang murni

Amalan kunjung-mengunjung dan menukar kuih- muih merupakan amalan yang sering dilakukan

Semangat kekitaan ini akan mengeratkan silaturrahim dan seterusnya memupuk perpaduan negara

BUDAYA WARISAN BANGSA

Page 42: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

4. Tarikan Perlancongan

Pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan di Malaysia

Mereka tinggal bersama-sama kita di kampung untuk merasai kehidupan kita di samping menghayati kekayaan warisan bumi Malaysia

BUDAYA WARISAN BANGSA

Page 43: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

5. Kesinambungan Tamadun Kita

Kita mengetahui asal usul kita

Kita tidak akan lupa daratan

Kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita

Kita akan mendapat iktibar

BUDAYA WARISAN BANGSA

Page 44: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

6. Sejarah Kebudayaan Warisan Pelbagai Kaum

Pameran artifak

Pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita semakin dilupai

Media massa tempatan perlulah menyiarkan budaya dengan lebih kerap dan meluas

BUDAYA WARISAN BANGSA

Page 45: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

KESIMPULAN Tradisi sosio-politik yang diamalkan pada hari ini adalah

warisan daripada masyarakat tradisional pada zaman dahulu.

Kemajuan dan pembangunan negara bangsa pada hari ini adalah atas sumbangan dan peranan orang-orang terdahulu.

Oleh itu, kita sebagai generasi hari ini, haruslah menghargai warisan budaya masyarakat yang diturunkan kepada kita sejak zaman-berzaman.

Page 46: KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI

RUJUKAN Ahmad Fawzi Bin Mohd. Basri, Mohd. Fo’ad Bin Sakdan, Azami Bin Man. (2009). Buku Teks Sejarah

Tingkatan 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad. (2013). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Edisi Pelajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin Ahmad dan Rosnanaini Binti Sulaiman. (2014). Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Kula Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmat Bin Saupan. (1991). Masyarakat Melayu Abad ke-19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yaccob, Abdul Hakim Bin Samuri, Muslimin Bin Fadzil. (2010). Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. Kula Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rezan Bin Abdul Salam. (2009). Sistem Sosial Masyarakat Melayu Pada Zaman Tradisional. Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.