pengalaman yang menggembirakan sepanjang saya menjadi guru
DESCRIPTION
bahasa melayu.. pengalaman menjadi guruTRANSCRIPT
Pengalaman yang menggembirakan sepanjang saya menjadi guru.
Dewasa ini sedang meniti bibir ke bibir tentang profession perguruan. Sebenarnya
siapakah guru? Perkataan ‘guru’ berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa
maksud pengajar, pendidik, Mudaris dan pengasuh (Wikipedia Bahasa Melayu,
ensiklopedia bebas). Manakala menurut kamus dewan, guru bermaksud orang yang
mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Abdul Salam Yussof (2003) pula
mengatakan bahawa Imam Al-Ghazali mengistilahkan guru itu sebagai Al-Mudarris
(pengajar), Al-Muaddib (pendidik), Al-Mu’alim (guru) dan Al-Walid (orang tua).
Menurut Kamus Dewan, guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan
pengasuh. Ia juga boleh diertikan sebagai orang yang berpendidikan,
berpengetahuan dan jawatan sebagai guru itu sendiri menyebabkan seorang guru
akan dihormati serta menjadi perhatian masyarakat umum.
Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa guru adalah golongan yang
ditugasnya menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni
kepada seseorang individu atau kumpulan tertentu. Guru yang dimaksudkan di sini,
boleh jadi mereka yang mengajar di sekolah kerajaan atau swasta, pusat pengajian
tinggi awam atau swasta, atau apa jua institusi yang dalamnya wujud dua unsur
utama iaitu mengajar dan yang diajar. Contohnya individu yang mengajar Al-Quran
di rumah, pakar seni silat yang mengajar di pusat latihannya sendiri ataupun individu
yang membuka kelas masakan di tempat yang tertentu, bolehlah dianggap sebagai
guru kerana mereka mengajar dan adanya golongan yang diajar. Namun, dalam
konteks guru yang dibincangkan di sini, ia lebih mengarah kepada guru-guru yang
mengajar di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi yang sememangnya dilatih
untuk menjadi guru dengan berbekalkan kaedah-kaedah tertentu yang sesuai diguna
pakai di pusat-pusat pengajian samada di peringkat rendah, menengah mahupun
universiti.
Selain itu, tidak semua boleh digelar guru melainkan mereka benar-benar arif
dalam bidang tersebut dan terlatih kerana pendidik itu adalah satu profesion yang
memerlukan kepada ilmu dan kemahiran yang khusus. Tanpa ilmu berkaitan
perguruan, maka ia dianggap bukan pendidik yang sebenar berdasarkan pandangan
profesion perguruan itu sendiri. Dengan ini, dapatlah dikatakan bahawa guru adalah
suatu profesion yang memerlukan kemahiran tertentu sebelum mereka benar-benar
boleh bergelar seorang guru.
Secara umumnya, apabila kita bercakap tentang guru, kita tidak boleh nafikan akan
bebanan tugas yang terpaksa mereka hadapi. Mereka terpaksa menghadapi
pelbagai masalah yang kadangkala terbawa-bawa sehingga timbulnya kes-kes
disiplin dikalangan guru. Umumnya, masalah-masalah ini timbul bukan disebabkan
kesalahan guru itu sepenuhnya, namun masalah sebegini muncul akibat
ketidakserasian yang wujud antara guru dan pelajar itu sendiri.
Bercerita tentang pengalaman, semua guru tentunya pernah merasai
pelbagai pengalaman sepanjang bergelar seorang guru. Pahit mahupun
manis,semuanya semunya menjadikan kami para guru lebih cekal dan bersemangat
dalam menjalankan tanggungjawab kami mendidik anak bangsa. Pengalaman
jugalah yang membantu menyempurnakan lagi peribadi dan tingkah laku saya
hingga menjadi siapa diri saya sekarang ini dan kerana pengalaman ini jugalah saya
dijemput hadir dikalangan ahli-ahli panel kita dalam forum ini.
Hadirin sekalian, buat pengetahuan anda semua,profesion perguruan ini sudah
sebati dan menjadi asam garam dalam kehidupan saya sejak sekian lama.
Berkecimpung dalam bidang ini untuk tempoh masa yang agak lama iaitu lebih 5
tahun, profesion ini telah memahatkan pengalaman yang amat berharga yang tidak
mungkin akan dapat saya lupakan sampai bila-bila pun.Perjalanan hidup saya
sebagai seorang guru sebenarnya bermula ketika Negara kita telah menjadi negara
membangun. Ketika itu negara kita masih lagi sedang berjuang untuk mencapai
wawasan 2020. Setiap orang pada masa itu berebut-rebut untuk mengubah nasib
diri dengan mencuba pelbagai jenis perkerjaan yang termampu. Dan saya memilih
bidang ini sebagai profesion saya atas faktor minat dan keinginan saya untuk
melahirkan genarasi akan dating yang mampu membantu membangunkan lagi
Negara kita pada masa hadapan.
Berbekalkan ijazah dalam bidang pendidikan di Universiti Malaya, saya terus sahaja
ditempatkan disebuah sekolah rendah setelah berjaya menamatkan pengajian.
Posting pertama saya selepas habis pengajian ialah di sebuah sekolah di kawasan
pedalaman di Bentong,Pahang iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Lumut Biru,
Bentong. Kemudian setahun selepas itu, saya ditukarkan pula ke sebuah sekolah
di Kudat,Sabah dan berkhidmat disana selama 3 tahun. Sepanjang menabur bakti di
sana, saya dan rakan-rakan seperjuangan cukup gembira menghadapi murid-murid
yang petah bertanya itu dan ini. Selepas 3 tahun merantau ke seberang laut, saya
ditukarkan semula ke Semenanjung Tanah Air iaitu di sebuah sekolah di bahagian
Utara Tanah Air.
Sepanjang 6 tahun pertama saya menabur khidmat sebagai seorang guru, saya
cukup kagum akan ‘feedback’ yang diterima daripada murid-murid. Ini kerana diawal
perkhidmatan saya, profesion perguruan merupakan salah satu bidang profesion
yang amat dihormati dan disanjung tinggi. Sepanjang berkhidmat, kami para guru
telah melihat, juga melalui pelbagai pengalaman dan berdepan dengan pelajar-
pelajar yang bermacam-macam jenis fiil. Pengalaman inilah yang banyak
meninggalkan kenangan pahit dan manis yang mewarnai kehidupan kami para guru.
Sikap pelajar yang menghormati para guru serta ‘feedback’ yang
memberangsangkan yang ditunjukkan mereka pada ketika itu menaikkan lagi
semangat kami para guru untuk menyampaikan ilmu kepada mereka. Walaupun
mereka miskin dengan harta, namun keinginan yang menebal untuk mengumpul
ilmu didada menjadikan mereka kelihatan tidak ternilai harganya. Murid-murid pada
waktu itu kaya dengan budi bahasa dan sifat menghormati serta semangat ingin
belajar. Mereka tidak lokek untuk bertanya itu dan ini walaupun kadang-kadang
mereka bertanya tentang sesuatu yang tidak masu dek akal, tetapi itulah yang kami
para guru harapkan, berani bertanya dan mengemukakan segala persoalan yang
timbul dalam fikiran mereka. Semua ini penting bagi memastikan mereka betul-betul
memahami apa yang diajar ataupun tidak. Mereka inilah yang kita katakana sebagai
pelajar yang betul-betul belajar.
Tetapi, jika dilihat pada pelajar sekarang, lain pula yang terjadi.Kalau dulu pelajar
yang terkejar-kejar nencari guru, namun sekarang guru yang terpaksa menunggu
pelajar. Adakah patut semua ini berlaku dalam proses mencari ilmu? Ini semua
mungkin kesan kurangnya didikan moral yang diberikan oleh para ibu bapa. Anak-
anak terlalu dimanjakan sehingga mereka ‘besar kepala’ maklumlah mereka anak
orang kaya …Kesimpulannya sepanjang saya berkhidmat dalam profesion ini, saya
merasakan diri saya lebih dihargai pada 6 tahun yang lalu berbanding sekarang.
Liku perjalanan kerjaya menjadi adunan pengalaman yang sangat berguna
kepada saya untuk mengurus dan mentadbir sekolah yang sudah tentu mempunyai
kelainan budaya dan pendekatan berbeza berbanding dengan persekitaran kerja di
pejabat. Pengurusan sekolah yang sangat rencam dan kompleks memerlukan
ketajaman minda dan kekuatan intelektual yang tinggi bagi memastikan sekolah
berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum,
sukan dan sahsiah pelajar.Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan sekolah.Kelalaian bertindak terhadap sebarang isu yang timbul
mengundang risiko kepada warga sekolah. Kepekaan terhadap kerosakan
infrastruktur menjadi agenda yang perlu ditangani dengan segera walau pun
menghadapi kekangan kewangan.
Masyarakat menaruh harapan yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan anak-
anak mereka.Bagi mereka yang tidak pernah menjadi Pengetua mungkin kurang arif
dengan karenah administrasi yang berlaku di sekolah terutama menangani isu dan
cabaran yang berlaku dalam kalangan ratusan guru, ribuan murid, berdepan
dengan ragam ibu bapa yang berhubung dengan sekolah.Mudah-mudahan dengan
'Team' yang dibentuk secara sepadu menjadi pemacu kejayaan sekolah dalam
setiap bidang.Sesungguhnya refleksi pengalaman menjadi sejarah dalam kehidupan
seorang penjawat awam sehinggalah tiba masanya terpaksa meninggalkan jawatan.