wabak sepanjang jalan

62
WABAK SEPANJANG JALAN OBJEKTIF : 1. Membongkar masalah yang sering dihadapi gerakan Islam sepanjang zaman iaitu masalah dalaman yang mengganggu perjalanan gerakan Islam 2. Memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi berkaitan ahli dan pendukung gerakan Islam sendiri. 3. Memberi suntikan baru kepada ahli untuk lebih komited dalam perjuangan dengan memahami tentang cabaran dan dugaan yang akan dihadapi. WABAK PERTAMA : AL-FUTUR (terhenti dan melengah-lengah) Pengertian Dari sudut bahasa :- (1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak. (2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh. Dari sudut istilah :- Tahap al-Futur dibahagi kepada dua iaitu

Upload: hikam1

Post on 05-Jul-2015

1.975 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wabak Sepanjang Jalan

WABAK SEPANJANG JALAN

OBJEKTIF :

1. Membongkar masalah yang sering dihadapi gerakan Islam sepanjang

zaman iaitu masalah dalaman yang mengganggu perjalanan gerakan

Islam

2. Memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi berkaitan ahli

dan pendukung gerakan Islam sendiri.

3. Memberi suntikan baru kepada ahli untuk lebih komited dalam perjuangan

dengan memahami tentang cabaran dan dugaan yang akan dihadapi.

WABAK PERTAMA : AL-FUTUR (terhenti dan melengah-lengah)

Pengertian

Dari sudut bahasa :-

(1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.

(2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan

bersungguh-sungguh.

Dari sudut istilah :-

Tahap al-Futur dibahagi kepada dua iaitu

(1) Paling rendah – malas, menangguh-nangguh, dan melengah-lengahkan

(2) Paling tinggi – berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara

berterusan

Sebab berlakunya al-Futur

I. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama

Page 2: Wabak Sepanjang Jalan

Sikap melampaui batas dalam melakukan ketaatan kepada Allah

atau menafikan hak kerehatan yang diperlukan oleh badan. Ini boleh

membawa kepada keletihan dan kejemuan. Seterusnya melahirkan sikap

cuai, lalai dan sambil lewa. Manusia mempunyai kemampuan dan

keupayaan yang terhad, apabila ia bertindak melapaui keupayaannya, ia

pasti akan berhadapan dengan al Futur dan tidak mampu meneruskan

perjuangan.

II. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang

diharuskan

Sikap ini akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan; seperti

badan menjadi gemuk dan meningkatnya rangsangan syahwat.

Akibatnya, dia merasa malas bertindak. Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai anak Adam ambillah (pakaian) perhiasan kamu (tutup aurat) pada

setiap kali memasuki masjid. (sembahyang) Makan dan minumlah kamu

asalkan jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak kasih atau suka

orang-orang yang boros (orang yang melampaui)

(al-A’raaf-31)

III. Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan

berseorangan

Meninggalkan perjuangan bersama jemaah dengan memilih untuk

berjuang sendirian akan menyebabkan kehilangan teman yang dapat

memberansangkan , menggalakkan dan menasihati diri tentang Tuhan.

Lama-kelamaan akan menyebabkan ia lemah dan jemu. Islam sentiasa

menegaskan agar kita sentiasa bersama jemaah sebagaimana firman

Allah S.W.T yang bermaksud :

“Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama) dan jangan kamu

berpecah belah.” (Ali Imran : 103)

IV. Kurang mengingati mati dan hari akhirat

Page 3: Wabak Sepanjang Jalan

Sikap ini akan menyebabkan tumpulnya keazaman dan hasrat,

juga akan menjadikannya lengah dalam melakukan tindakan amal

jamaah. Justeru kita haruslah memperhatikan suruhan Rasulullah S.A.W

yang menganjurkan kita menziarahi kubur dalam sabdanya yang

bermaksud :

“Aku telah melarang kamu menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga

kamu mendapat pengajaran.”

V. Pengabaian melakukan ibadat harian

Pengabaian terhadap ibadah harian seperti ibadah fardhu dan lain-

lain ibadah sunat akan meninggalkankesan yang negatif. Thap yang

paling rendah bagi kesan tadi ialah al Futur di mana ia akan malas dan

begitu berat untuk menunaikan tugas atau berhenti terus dari menjalankan

tugasnya.

VI. Mengambil makanan yang haram atau syubahah

Sikap kurang berhati-hati dalam hal ini akan menyebabkan sifat

malas untuk melakukan ibadah atau tidak melakukannya langsung, atau

tidak merasai kelazatan beribadah hasil dari sumber haram yang menjadi

darah daging. Islam menyeru umatnya menjauhkan diri dari mengambil

makanan yang haram sekalipun makanan itu di tahap syubhahnya yang

paling rendah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Wahai manusia makanlah pa yang ada di dunia, makanan yang halal dan

baik (bersih), janganlah kamu mengikuti jejak syaitan kerana

sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.”

(Al Baqarah : 168)

VII. Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam

Sikap menekankan sudut tertentu sahaja dalam ajaran Islam

dengan menolak sebahagian yang lain contohnya menumpukan usaha

kepada amal akhirat dan tata susila kemasyarakatan dengan

Page 4: Wabak Sepanjang Jalan

mengenepikan sudut-sudut laindalam agama boleh mendorong kepada al

Futur. Keaadaan ini berlaku lantaran kurangnya penghayatan Islam dalam

bentuk yang syumul dan menyeluruh. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman masuklah islam secara keseluruhan dan

janganlah mengikut jejak syaitan, sesungguhnya syaitan bagi kamu

adalah musuh yang nyata.”

(Al Baqarah : 208)

VIII. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan

Tindakan ini biasanya terjadi lantaran salah faham terhadap

sunnatullah bagi alam dan penghidupan iaitu keperluan kepada

melakukan kerja secara bertahap. Sunnatullah meletakkan kemenangan

itu diberi kepada mereka yang paling bertakwa dan kalau tidak yang

bertakwa, yang paling kuat dan setiap sesuatu itu ditentukan masa yang

tidak mungkin didahulukan atau dikemudiankan. Apabila mereka

berhadapan dengan realiti bahawa tindakan mereka itu tidak menepati

apa yang dicita dan diharapkan, berlakulah al Futur dalam gerak kerja

mereka sama ada dalam bentuk malas, melengah-lengah atau berhenti

terus.

IX. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab

di samping kekurangan tenaga amilin

Sikap ini akan menyebabkan mereka tidak mampu bertahan untuk

meneruskan gerak kerja lantaran kelemahan tubuh badan mereka

sendiri.Rasulullah S.A.W sentiasa menegaskan tentang memberi hak ke

atas tubuh badan sekalipun terdapat pelbagai alasan sebagaimana

sabdanya :

“Sesungguhnya kepada Tuhan kamu hendaklah diberi hak dan

sesungguhnya kepada diri kamu hendaklah diberi hak dan kepada

keluarga kamu hendaklah diberi hak, maka berilah hak kepada mereka

yang mempunyai haknya.”

Page 5: Wabak Sepanjang Jalan

X. Tidak bersedia dalam menghadapi halangan dan cabaran dalam

perjuangan

Terdapat pelbagai halangan yang bakal dihadapi dalam perjuangan

yang kadangkala datangnya dari kalangan keluarga, juga ujian dan

tekanan dalam bentuk kesusahan dan lain-lain lagi. Kegagalan

mengatasinya akan menyebabkan patah di pertengahan jalan dan

menjurus pula kepada tidak aktif dan malas untuk turut serta dalam amal

jamaah dan yang berkemungkinan meninggalkan terus perjuangan yang

diceburi selama ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Ketahuilah harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah” (al

Anfaal : 28)

XI. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar

Tindakan ini boleh menyebabkan ia dijangkiti penyakit golongan

tadi iaitu dengan kata lain, mereka akan menjadi al Futur. Rasulullah

sendiri menekankan untuk memilih sahabat yang baik sebagaimana

sabdanya :

“Seseorang itu mengikut deen (cara hidup) sahabatnya, maka hendaklah

salah seorang dari kamu melihat dengan siapa ia bersahabat.”

XII. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau

peringkat jemaah

Mengenepikan manhaj amal dan tidak bersistematik dan memberi

keutamaan kepada perkara-perkara yang kurang penting ke atas perkara

pokok yang lebih utama adalah antara contoh sikap sambil lewa. Keadaan

yang timbul hasil dari sikap ini akan menjadikan seseorang itu malas dan

terhenti (al Futur) dari meneruskan kerja jamai’.

XIII. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan

dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh

Page 6: Wabak Sepanjang Jalan

Kesan perlakuan di atas sudah pasti berakhir dengan terhenti (al

Futur) dari meneruskan perjuangan. Amaran tentang perkara ini dapat

difahami melalui sabda Rasulullah S.A.W :

“Hendaklah kamu berjaga-jaga dari melakukan dosa-dosa keci.

Sesungguhnya dosa-dosa kecil akan berlonggok di atas seseorang

sehingga ia membiasakannya….”

Kesan al-Futur

Kesan tersebut boleh dirasai sama ada amilin ataupun gerakan Islam itu sendiri.

a) Kesan ke atas para amilin

Kurang perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan kepada

Allah (kesan yang minima). Kemungkinan sikap al-Futur ini akan terus

kekal hingga akhir hayatnya. Maka mereka akan berjumpa Allah dalam

keadaan tidak bertanggungjawab dan tidak patuh kepada Allah.

b) Kesan ke atas gerakan Islam

Gerakan Islam terpaksa merempuh jalan yang panjang dalam

perjuangannya, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak.

Ini kerana Allah tidak akan memberi kemenangan dan kekuasaan kepada

orang yang malas, lalai, dan tidak konsisten dalam perjuangan.

Cara mengatasi al-Futur

Oleh kerana al-Futur boleh meninggalkan kesan negatif dan membahayakan,

maka sewajarnya dihindari. Para amilin hendaklah menjaga dan membersihkan

diri mereka dari penyakit tersebut dengan melakukan perkara berikut :-

i. Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar ataupun

yang kecil

Page 7: Wabak Sepanjang Jalan

Maksiat merupakan api yang membakar hati dan mendatangkan

kemurkaan Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu maka sesengguhnya

binasalah dia.”

(Toha : 81)

ii. Berterusan melakukan ibadat harian

Berterusan melakukan ibadah harian, sama ada berzikir, berdoa,

membaca al Quran, solat dhuha, qiamulail dan lain-lain lagi. Kesemua

bentuk pengabdian ini mencetuskan keimanan yang kukuh serta

menggerak dan mencergaskan jiwa. Firman Allah S.W.T yang

bermaksud :

“Dan Dia pula yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang

yang ingin mengambil pengajaran atau orang yang ingin bersyukur.” (al

Furqan : 62)

iii. Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat

Amalan yang demikian akan mencerdaskanjiwa dan

menguatkankeazaman. Nabi Muhamad S.A.W bersabda :

“Maka hendaklah kamu perbetulkan, hampirkan dan gembirakan (dengan

Allah) dan hendaklah kamu memohonpertolongan (dari Allah) pagi dan

petang dan sedikit masa di waktu malam.”

iv. Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.

Tindakan ini dapat membantu menyegarkan dan membantu untuk

terus konsisten dalam amalan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah

berjimat dan bersederhana di samping terus memelihara apa yang biasa

dilakukan daripada ibadat, bukan bererti kita meninggalkan terus atau

mengabaikannya.

v. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah.

Page 8: Wabak Sepanjang Jalan

Meletakkan diri dalam dakapan jamaah dan tidak memencilkan diri

dari jemaah atau melakukan sesuatu yang ganjil dalam apa bentuk

sekalipun. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Jamaah adalah rahmat, berpecah adalah azab.”

vi. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan

alam seluruhnya.

Melakukan kerja secara bertahap adalah tindakan yang paling baik.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Maka sesekali kamu tidak akan dapat penggantian bagi sunnah Allah,

dan sekali-kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah

Allah.”

(F

atir : 43)

vii. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.

Bersedia untuk berhadapan dengan halangan dari mula hari

bekerja menjadikannya sentiasa bersedia di samping dapat mengambil

langkah yang perlu untuk mengatasinya.

viii. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.

Bertindak secara sistematik bererti sentiasa melihat kepada

keutamaan dalam melakukan sesuatu termasuklah mendahulukan yang

lebih penting dan mengelakkan diri dari perselisihan sampingan atau

masalah cabang yang tidak begitu penting.

ix. Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad dikalangan

hamba Allah.

Mendampingi golongan ini akan memberi peransang kepada diri

untuk meneruskan perjuangan lantaran mereka adalah orang-orang yang

memiliki jiwa yang bersih dan mempunyai keazaman dan himmah yang

tinggi, juga hasrat yang kental.

Page 9: Wabak Sepanjang Jalan

x. Memberi hak kepada badan.

Kerehatan serta makan minum dalam bentuk yang sederhana akan

dapat menberi kecergasan kepada badan dan dapat mengembalikan

kekuatan.

xi. Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.

Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus dapat

menolong menghapuskan rasa jemu juga dapat mengatasi al Futur dan

malas. Apabila seseorang muslim membiasakan dirikan melakukan aktiviti

ini ia akan merasai seolah-olah dilahirkan semula atau menjadi manusia

yang lain.

xii. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi.

Buku-buku ini mengandungi banyak kisah tentang amilin, al-

mujahidin juga tokoh-tokoh yang berjiwa besar serta menyeronokkan diri

apabila membacanya di samping mencetuskan rasa ingin mengikut jejak

langkah mereka. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi

orang yang mempunyai akal.”

(Yusuf : 111)

xiii. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur.

Sentiasa mengingati mati dan soal kubur boleh menyedarkan diri

dari tidur, menghalang diri daripada baring dan mengingati dari kelalaian.

Sebaik-baik perantaraan untuk mengingati mati ialah sentiasa menziarahi

kubur, walaupun seminggu sekali. Nabi S.A.W yang bermaksud :

“Aku telah melarang kamu menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga

kamu mendapat pengajaran.”

xiv. Sentiasa mengingati syurga dan neraka.

Page 10: Wabak Sepanjang Jalan

Mengingati kedua-duanya (syurga dan neraka) akan

menghilangkan mengantuk dari kelopak mata dan menggerakkan himmah

yang kaku dan keazaman yang lesu.

xv. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.

Ilmu dapat menghidupkan hati dan kemungkinan seseorang amil itu

apabila mendengar satu perkataan dari seorang alim yang ikhlas dan

benar maka kalimah tadi akan menggerakkan dia untuk tempoh setahun,

ataupun serpanjang usianya.

xvi. Menerima Islam secara keseluruhan.

Menerima Islam secara keseluruhan tanpa pengabaian sedikit

pun.Kesemua cara yang sedemikian akan menjamin kelangsungan

amalan yang berterusan hingga ke akhir hayat sehingga bertemu Allah.

xvii. Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa.

Cara ini membolehkan kita mengenal pasti kelemahan diri sejak

dari awal lagi yang membolehkan mudah untuk diubati. Firman Allah

S.W.T yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah

setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok

(akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui

apa yang kamu kerjakan.”

(al Hasyr : 18)

WABAK KEDUA : Al-Israf (pemborosan)

Pengertian

Dari sudut bahasa :-

(1) Apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah

(2) Pembaziran atau tindakan yang melampaui batas

Page 11: Wabak Sepanjang Jalan

Dari sudut istilah :-

Mengikut istilah para pendakwah, pembaziran ialah perbuatan yang

melampaui batas kesederhanaan, samada dalam perkara makanan, pakaian,

tempat tinggal, (kediaman) dan seumpamanya yang merupakan naluri yang

tersembunyi dalam diri manusia.

Sebab berlaku al-Israf

i) Suasana awal ia dibesarkan

Kehidupan awal seseorang muslim itu sekiranya di dalam suasana

keluarga yang boros dan mewah boleh menyebabkannya terikut dan

mencontohi cara hidup itu.

ii) Kemewahan selepas kesempitan hidup.

Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang apabila mereka

berada dalam kesempitan dan kesusahan, mereka dapat bersabar dan

meletakkan harapan hanya pada Allah. Namun apabila kehidupan

berubah menjadi mewah, mereka tidak dapat hidup secara sederhana,

maka berlakulah pemborosan.

iii) Mendampingi golongan pemboros.

Manusia kebiasaannya terpengaruh dengan akhlak temannya,

terutama sekali apabila persahabatan tadi melibatkan masa yang panjang.

iv) Lalai dengan bekalan akhirat.

v) Isteri dan anak

Seseorang amilin kadangkala diuji dengan isteri dan anak-anak

yang bersifat boros. Ini berlaku kerana sikap suami yang kurang tegas.

Lama-kelamaan ia bertukar menjadi pemboros.

Page 12: Wabak Sepanjang Jalan

vi) Tidak prihatin dengan tabiat kehidupan di dunia dan apa yang sepatut

dilakukan.

vii) Memandang ringan terhadap keruntunan nafsu.

Jika seorang amilin memandang ringan dengan nafsunya dan

menyahut setiap tuntutannya, akhirnya ia akan tersungkur ke dalam

lembah pemborosan.

viii) Lupa terhadap kesengsaraan hari kiamat.

Sesiapa yang sentiasa mengingati dan merenung kesengsaraan

hari kiamat akan menjalani kehidupan tanpa menikmati kemewahan dunia

(secara berlebihan) sebaliknya mereka yang lupa akan kedatangannya

akan ditimpa penyakit boros. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Kalaulah kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu sedikit ketawa dan

banyak menangis.”

ix) Lupa tentang realiti kehidupan manusia secara umum dan umat Islam

secara khusus.

Umat Islam sekarang sudah berada di suatu tahap kehinaan yang

wajar dikesali dan dirtapi. Sesiapa yang menghadapi situasi ini dengan

sikap tidak ambil peduli berkemungkinan besar akan ditimpa dengan cara

hidup yang penuh dengan kemewahan dan pemborosan serta condong

untuk mengejar keindahan dunia dan perhiasannya.

x) Lupa tentang implikasi amalan boros.

Kesan-kesan al-Israf

a) Kesan ke atas para amilin

i. Badan dihinggapi penyakit

ii. Keras hati

Page 13: Wabak Sepanjang Jalan

iii. Lembab daya pemikiran

iv. Rangsangan melakukan kejahatan dan dosa

v. Kecundang di saat-saat genting dan mencabar

vi. Tidak menjaga dan mengambil berat terhadap orang lain

vii. Ditanya di hadapan Allah pada hari akhirat

viii. Terlibat dengan pendapatan haram

ix. Menjadi saudara syaitan

x. Terhalang dari kasih sayang Allah

b) Kesan ke atas gerakan Islam

Mudah dimusnahkan atau sekurang-kurangnya dimundurkan ke

belakang untuk berpuluh-puluh tahun. Ini kerana senjata umat Islam untuk

menghadapi musuh-musuh yakni iman, terhakis dengan sebab boros,

mewah, berpoya-poya, bersenang-lenang mengecapi kenikmatan hidup

dan lupa daratan. Itulah kesan pemborosan terhadap amilin dan gerakan

Islam.

Cara mengubati penyakit boros

i. Berfikir dan merenung kesan pemborosan dan akibatnya

Dengan yang demikian ia akan dapat membantu seseorang

mendalami perkara tersebut dan berusaha melepaskan diri dari

konkongan sifat boros sebelum terlambat.

ii. Berpendirian tegas terhadap tuntutan nafsu

Membersihkan diri dari runtunan nafsu di samping membiasakan

diri dengan kesusahan dan kepayahan seperti Qiamulail, puasa sunat,

bersedekah dan lain-lain lagi.

iii. Sentiasa merenungi sunnah Rasulullah dan sirahnya

Page 14: Wabak Sepanjang Jalan

Sunnah dan sirah Rasulullah terkandung peringatan agar berjaga2

daripada terjebak dengan perlakuan boros disamping mengajar melawan

runtunan nafsu. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Orang mukmin hanya makan untuk satu uncang perut dan orang kafir

makan untuk tujuh uncang perut.”

iv. Sentiasa merenungi sejarah para salaf, sahabat yang berjuang dan para

ulamak amilin.

Para salaf, sahabat yang berjuang dan para ulamak amilin sentiasa

mengikuti jejak langkah dan cara hidup Rasulullah S.A.W .Mereka hidup

dalam keadaan sederhana dan bagi mereka dunia ini hanyalah jambatan

menuju ke akhirat.

v. Menjauhkan diri dari golongan boros dan mendampingi golongan yang

berhemat tinggi dan berjiwa besar.

Golongan yang berhemat tinggi dan berjiwa besar sentiasa

membelakangkan dunia dari kehidupan mereka di samping berusaha

untuk berada dalam penghidupan Islam yang mulia.

vi. Tumpuan kepada membina keperibadian isteri dan anak.

Kejayaan pembinaan ini dapat membenteras segala bentuk

kehidupan mewah, di samping dapat mencegah dari terlibat sekali lagi ke

lembah pemborosan.

vii. Sentiasa memikirkan tentang mati dan keadaan teruk selepas mati.

Cara ini dapat membantu dalam meninggalkan semua ciri-ciri

pemborosan dan kemewahan

viii. Mengingatkan tabiat dan hakikat perjuangan.

Mengingatkan tabiat dan hakikat perjuangan di mana ianya penuh

dengan kepenatan dan penderitaan. Bekalan perjuangan tidak mungkin

Page 15: Wabak Sepanjang Jalan

dengan menghayati pemborosan, kemewahan dan kerehatan,bahkan ia

memerlukan kecergasan, kesederhanaan dan kelasakan.

WABAK KETIGA : Al-Isti’jal (gopoh/ terburu-buru)

Pengetian

Dari sudut bahasa:-

- al-isti’jal bermaksud mendesak, minta di segerkan, terburu-buru atau

laju

: Lelaki itu mendesak dan menyuruh lelaki lain agar segera dalam

melaksanakan sesuatu perkara.

Dari sudut istilah pendakwah :-

Al-Isti’jal ialah keinginan untuk merubah realiti penghidupan masa kini

dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk

yang akan berlaku di samping tidak memahami suasana persekitan yang

melingkungi mereka. Mereka juga tidak menyediakan sebarang persiapan awal

atau pendekatan dan cara yang sesuai bahkan hanya berharap setiap sesuatu

akan kembali atau pulih kepada keadaan semula jadi (tabii) di dalam

penghidupan mereka.

Pandangan Islam terhadap al isti’jal

A’jalah dan al Isti’jal adalah sebahagian dari tabie manusia dan ini diakui oleh

Allah S.W.T yang menciptakan manusia.

Firman Allah S.W.T (al Isra : 11)

Bermaksud :

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan

sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan dan sememangnya manusia

itu (tabii) terburu-buru.

Page 16: Wabak Sepanjang Jalan

Maka Islam melihat kepada al-Isti’jal ini secara adil dan seimbang iaitu tidak

memuji kesemua dan tidak pula mencela kesemuanya tetapi sebahagian dipuji

dan sebahagian yang lain dicela.

Al Isti’jal yang dipuji

Al Isti’jal yang dipuji ialah : Apa sahaja yang lahir dari penilaian yang terperinci

tentang kesan dan akibat yang akan terjadi disamping mengenal pasti suasana

dan keadaan yang ada serta membuat persediaan terbaik dan susunan yang

rapi.

Al Isti’jal yang dicela

Al Isti’jal yang dicela ialah : tindakan yang timbul dari perasaan hati yang

meluap-luap tanpa menilai akibat yang bakal ditanggung serta tidak mengenal

pasti suasana dan keadaan yang ada juga tidak mempunyai persiapan dan

persediaan.

Fenomena Al Isti’jal

Terdapat pelbagai rupa bentuk dan wajah al Isti’jal iaitu di antaranya :

Mereka yang dilibatkan dalam jemaah dakwah sebelum sampai ke

tahap wajar dan sebelum dikenal pasti tentang keilmuan,

kemampuan dan persediaan mereka.

Memartabatkan setengah-setengah pendakwah ke tahap yang

tinggi sebelum mereka matang dan stabil keperibadiannya.

Melakukan tindak tanduk liar walaupun kecil yang tidak berfaedah

dan merosakkan dakwah.

Kesan-kesan Al Isti’jal

Al Isti’jal akan meninggalkan beberapa kesan negatif antaranya :

Page 17: Wabak Sepanjang Jalan

1) Ianya boleh membawa al Futur seperti yang telah dinyatakan sebelum ini

(Penyakit Pertama). Melakukan perkara sedikit yang berterusan adalah lebih

baik daripada mnelakukan perkara yang banyak tetapi tidak berterusan dan

sesungguhnya amalan yang disukai Allah adalah yang berterusan walaupun

sedikit. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Sesungguhnya sekasih-kasih amalan kepada Allah adalah yang berterusan

walaupun sedikit.”

2) Kadangkala ia boleh membawa seseorang itu terkorban bukan melalui

cara mulia tanpa meninggalkan sebarang pulangan atau hasil. Di hari akhirat

nanti ia akan dipertanggungjawab dan dicela di hadapan Allah.

Sebab-sebab berlakunya al Isti’jal

Antara sebab-sebab yang menjerumuskan seseorang ke dalam lembah al Isti’jal

ialah :

1) Runtunan nafsu

Apabila pendakwah tidak berusaha untuk menguasai nafsunya, iaitu

dengan mengikat dirinya dengan ikatan akal dan meringankan sedikit dari

kongkongan maka ini akan membawa kepada al Isti’jal. Firman Allah S.W.T yang

bermaksud :

“Dan kalau Allah Taala menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang

mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat

kemenangan nescaya binasalah mereka dan sia-sialah ajal mereka.”

(Yunus : 11)

2) Bersemangat atau Iman yang membara.

Kadangkala semangat atau iman yang membara menyebabkan al Isti’jal

berlaku. Ini disebabkan apabila iman semakin kuat dan dapat menguasai diri

seseorang ia akan melahirkan suatu tenaga atau kekuatan yang dapat

Page 18: Wabak Sepanjang Jalan

melakukan apa sahaja. Namun jika kekuatan ini tidak dikawal dengan baik ia

akan mendorong kepada melakukan pekerjaan yang buruk lebih banyak

daripada pekerjaan yang berfaedah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang

menentangmu) dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik”.

(al Muzammil : 10)

3) Suasana semasa

 Suasana semasa juga boleh menyebabkan al Isti’jal berlaku. Zaman atau

suasana semasa yang beredar dengan begitu pantas dengan kemajuan

pengangkutan serta kemudahan pembangunan moden yang ada hari ini telah

mendorong sebahagian dari para amilin bertindak gopoh dalam menyertai dan

mengejar suasana semasa.

4) Realiti musuh atau seteru

Kadangkala berlaku al Isti’jal disebabkan oleh realiti musuh atau seteru.

Ini kerana setiap hari musuh-musuh Allah menguasai umat Islam dan menguasai

teraju pemerintahan dunia. Mereka mengintip dan mengekori kerja-kerja Islam di

setiap tempat dan cuba memadamkan kebenaran.

5) Tidak memahami strategi musuh

Kegagalan memahami strategi musuh merupakan salah satu faktor

berlaku al Isti’jal. Mereka mempunyai pelbagai bentuk strategi kotor dalam usaha

untuk menguasai dunia Islam. Pendekatan tipu helah yang dilakukan ini

sebenarnya adalah hasil daripada kefahaman dan pengalaman bahawa

penentangan secara terang-terangan terhadap umat Islam bukan sekadar tidak

berkesan bahkan membangkitkan semangat umat Islam untuk menentang

mereka.

6) Berleluasanya kemungkaran serta jahil cara mengatasinya.

Page 19: Wabak Sepanjang Jalan

Berleluasanya kemungkaran serta jahil dalam mengenal pasti pendekatan

yang sesuai untuk mengatasinya merupakan gejala berlakunya al Isti’jal.

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia

mengubahnya dengan tangan (kekuasaannya) maka jika sekiranya ia tidak

mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Maka jika ia tidak

mampu, maka hendaklah diubahnya dengan hatinya , yang demikian itulah

selemah-lemah iman.”

Namun begitu dasar mengubah dan mencegah kemungkaran bukanlah

bermakna ianya perlu dilakukan secara mendadak atau segera. Perubahan yang

dilakukan adalah tertakluk kepada beberapa syarat agar tindakan yang akan

dilakukan tidak mencetuskan kemungkaran yang lebih besar.

Pendekatan dakwah yang harus dilakukan adalah mengikut keadaan. Maka

apabila seseorang amilin atau pendakwah lupa tentang pendekatan yang harus

dilakukan iaitu mengikut keadaan bagi mengubah kemungkaran dan

membenterasnya, sudah pasti akan berlaku al Isti’jal (terburu-buru), kerana ia

menyangka bahawa perkara tersebut pasti dilaksanakan segera, jika tidak

melakukan segera maka dia akan berdosa.

7) Tidak berdaya menanggung beban dan kepenatan perjuangan.

Terdapat di kalangan amilin yang bersemangat hanya untuk beberapa

ketika kemudian merasa lemah serta tidak dapat bertahan lama dan

menanggung segala beban perjuangan. Maka mereka yang lemah ini justeru

mengambil tindakan secara gopoh bagi tujuan mengelakkan dirinya dari

sebarang kesulitan dan bebanan.

8) Berjaya pada tahap-tahap persediaan atau sebahagian strategi tanpa

mengambil kira akibatnya.

Page 20: Wabak Sepanjang Jalan

Kadangkala kejayaan yang diperolehi pada tahap persediaan atau

sesetengah strategi dan pendekatan seperti bilangan penyokong yang ramai

atau bilangan peralatan dan harta benda yang banyak tanpa mengambil kira

akibat yang akan diterima dari musuh-musuh Allah, pastinya akan terus

meningkatkan tekanan dan juga fitnah yang akan berlaku serta tindak balas

orang ramai (jamahir) yang merupakan punca berlakunya al Isti’jal.

9) Tidak ada program bagi menyedut kekuatan dan meredakan ketegangan dan

keterlaluan.

Kadang-kadang berlakunya al Isti’jal adalah disebabkan oleh ketiadaan

program-program teratur bagi menyedut tenaga dan kemampuan juga

meredakan ketegangan saraf kerana nafsu yang berada dalam tubuh seseorang

jika tidak disibukkan untuk kebenaran ia akan disibukkan untuk kebatilan.

10) Melakukan kerja tanpa mendampingi mereka yang berpengalaman

Amilin yang bijak ialah yang memanfaatkan pengalaman dan percubaan

golongan yang terdahulu daripada mereka. Mereka tidak angkuh dan

mementingkan diri kerana ini hanya akan menyebabkan mereka melakukan

tindakan jauh dari apa yang dilakukan oleh orang yang berpengalaman.

11) Lalai tentang peraturan Allah yang berkaitan dengan alam, manusia dan

perundangan.

Peraturan Allah terhadap perundangan bolehlah dilihat tentang

pengharaman arak, di mana proses pengharamannya melalui beberapa

peringkat. Sekiranya para amilin dan daie melupai tentang sudut ini sudah tentu

mereka akan bertindak secara tergopoh gapoh.

12) Lupa tentang matlamat yang dituju seseorang muslim.

Matlamat utama yang ingin dicapai oleh seorang muslim adalah

keredhaan Allah. Perkara ini hanya akan terlaksana melalui perantaraan

pengiltizaman kepada manhaj yang ditentukan oleh Allah tanpa sebarang

Page 21: Wabak Sepanjang Jalan

pengabaian, dan terus tetap juga konsisten di atas manhaj Ilahi tadi, sehingga ke

akhir hayat mengikut keupayaan yang ada dan penuh keikhlasan.

13) Lalai tentang sunnatullah (peraturan Allah) terhadap golongan penderhaka

dan penolak kebenaran.

14) Bergaul dan mendampingi golongan gopoh dan tidak berhati-hati.

Tabiat manusia suka terikut-ikut, dan biasanya seseorang itu akan

bertindak mengikut cara dan gaya rakannya. Mendampingi golongan yang gopoh

dan tidak berhati-hati dalam melakukan tindakan adalah antara sebab

berlakunya al Isti’jal.

CARA MENGATASI AL ISTI’JAL

i) Merenung dan mengamati kesan yang diperolehi dari perlakuan al Isti’jal.

Cara begini dapat memberi ketenangan jiwa seterusnya membawa

kepada sikap berhati-hati.

ii) Sentiasa merenung dan mengamati apa yang terkandung di dalam al

Quran.

Cara yang demikian akan membuka mata kita mengenali sunnatullah dan

diri manusia, juga perundangan. Ini tentunya akan menenangkan diri di

samping menolongnya untuk lebih berhati-hati dan berlapang dada.

iii) Sentiasa merujuk kepada sunnah dan sirah Nabi S.A.W.

Dengan sentiasa berpandukan kepada sunnah dan sirah nabi S.A.W

ianya akan dapat mengawal tindakan seseorang muslim dalam keadaan

ia sentiasa mencontohi Nabi S.A.W. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya pada diri rasulullah itu adalah contoh yang baik bagi

mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (keselamatan hari akhirat).

(al Ahzab : 21)

Page 22: Wabak Sepanjang Jalan

iv) Sentiasa merujuk kepada buku-buku yang membicarakan riwayat hidup

(biografi) dan sejarah.

Buku-buku ini akan mendedahkan kepada kita tentang manhaj yang diikuti

oleh para pendakwah dan golongan yang terdahulu (salaf) dalam

mengalami kebatilan. Melaluinya juga kita dapat mempelajari bagaimana

mereka begitu berhati-hati dalam tindakan sehingga berjaya.

v) Melakukan sesuatu tindakan dalam perhatian dan pengawasan golongan

yang berpengalaman yang mendahului kita dalam perjuangan.

Cara ini akan menjaadikan kita cermat dalam mengorak langkah

sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

“Orang mukmin tidak akan disengat dua kali dari satu lubang.”

vi) Melakukan kerja mengikut program dan agenda yang jelas yang

mencakupi semua aspek penghidupan.

Para amilin hendaklah melakukannya tahap demi tahap demi

memperolehi matlamat yang diharapkan.

vii) Hendaklah betul-betul memahami pendekatan serta perancangan musuh.

Cara ini akan menolong para amilin untuk menilai natijah dan risiko yang

akan berlaku, seterusnya mereka akan begitu cermat dan berjaga-jaga di

samping melakukan sesuatu tindakan dengan penuh hikmah dan

waspada.

viii) Jangan sekali-kali gerun dan takut dengan penguasaan musuh serta

genggaman mereka ke atas dunia Islam.

Kesemuanya ini mungkin akan berakhir dalam sekelip mata. Firman Allah

yang bermaksud :

“Dan janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang kafir

bergerak di dalam negeri. Itu hanya kesenangan sementara. Kemudian

tempat tinggal mereka adalah Neraka jahanam. Dan neraka jahanam itu

Page 23: Wabak Sepanjang Jalan

adalah tempat yang seburuk-buruknya.”

(ali Imran 196-197)

ix) Sentiasa memberi perhatian kepada matlamat yang ingin dituju oleh

penghidupan seorang muslim.

Cara ini dapat mendorong melakukan persediaan yang begitu itqan dan

profesional di samping terus memegang dasar tadi tanpa melangkah terus

kepada natijah.

x) Sentiasa berhati-hati tentang sikap seseorang muslim kepada perlakuan

mungkar dan cara mengatasinya.Ini dapat memberikannya gambaran

tentang petanda di sepanjang jalan dan ini akan menghalangnya dari

perlakuan al Isti’jal.

xi) Sentiasa bermujahadah diri dan melatihnya supaya sentiasa bertenang

dan berwaspada.

WABAK KEEMPAT : Al Uzlah (pemencilan diri)

Pengertian Al Uzlah atau Tafarrud

Dari sudut bahasa :-

Bererti menjauhkan atau menyisihkan

Mengikut kamus lisan al arab : meminggir sesuatu, atau mengetepikan

lalu ia dipinggirkan

Dari segi istilah para dai’e :-

Mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan

penghidupan berjamaah. Dengan itu, seseorang merasakan sudah cukup untuk

mendirikan Islam dalam dirinya tanpa mempedulikan orang lain. Kemudian

secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya untuk menegakkannya di

Page 24: Wabak Sepanjang Jalan

kalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan amilin lain yang

sama-sama berada di medan perjuangan.

Sebab berlakunya al Uzlah

i. Berpegang kepada sebilangan dari nas syarie’yang menggalakkan

seseorang itu beruzlah, tanpa mengambil kira nas syarie’ yang

menggalakkan kepada hidup berjamaah.

ii. Berpandu kepada perlakuan al Uzlah yang pernah dilakukan oleh

sebahagian golongan salaf tanpa memahami tentang suasana yang

mendorong mereka berbuat demikian

iii. Beranggapan bahawa hidup berjamaah akan menghilangkan kewibawaan

individu dan menjejaskan keperibadiannya

iv. Tidak memahami tentang tabiat bebanan apabila bersama jamaah dan

bergaul dengan orang ramai

v. Membuat ukuran bahawa bergaul dengan orang ramai mengganggu

tumpuan beribadat, pada hal ia tidak memahami pengertian ibadat yang

sebenar.

vi. Beralasan tentang berlakunya kejahatan dan kerosakan, dalam keadaan

tidak memahami peranan yang sepatutnya individu muslim apabila

merebaknya kejahatan dan kerosakan

vii. Merenungi berbagai rupa seksaan dan penderitaan yang menimpa para

amilin agama Allah sepanjang sejarah dan melupai sikap dan pendirian

mereka

viii. Mendampingi rakan Islam yang memilih al Uzlah dan bersendirian

sebagai cara hidup

ix. Berbilangan pertubuhan dan jamaah yang bekerja untuk agama Allah

x. Alpa tentang kesan yang timbul dari perbuatan al Uzlah

Page 25: Wabak Sepanjang Jalan

Kesan dari al Uzlah

a) Kesan ke atas amilin

i. Kejahilan tentang identiti diri mereka sendiri

Apabila seseorang individu muslim itu berada dalam keadan al

Uzlah, ai akan terus jahil tentang syaksyiah dan identitinya, dan ini

pasti merugikannya kerana ia condong mendorongnya melakukan

sesuatu perbuatan buruk dengan anggapan ianya baik, dan

kemungkinan ia meninggalkan perbuatan yang baik dengan

anggapan ianya buruk.

ii. Tertegah dari mendapat pertolongan rakan-rakan juga bantuan

mereka untuk memperbaiki keaiban dan kecacatan yang ada

Kelemahan jiwa dan keazaman yang tidak kuat menjadikan

seseorang itu tidak mampu untuk mengatasi dan memperbaiki

kelemahan yang ada pada dirinya justeru memerlukan pertolongan

orang lain untuk membantunya. Dengan memilih jalan uzlah,

pastinya bantuan itu tidak mungkin diperolehi.

iii. Terbantut sebahagian kekuatan dan keupayaan mereka

Memilih jalan uzlah mendedahkan sebahagian dari kekuatan dan

keupayaan diri kepada gangguan dan ini akan menjuruskan

kepada berlakunya kepincangan dalam syaksyiah di samping

membolehkan syaitan, manusia dan jin mengambil kesempatan

menggoda dan menyesatkannya.

iv. Kurang pengamatan, pengalaman dan cubaan yang boleh

menolong mereka dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang

menghalang perjalanan

Sebenarnya jalan yang dilalui untuk tujuan agama Allah penuh

dengan duri dan ranjau yang begitu mencabar. Hanya individu

muslim yang cerdik dan matang,yang memiliki pengalaman dari

Page 26: Wabak Sepanjang Jalan

pelbagai cubaan, mampu mengatasi rintangan tadi dan akan

terselamat dari segala ranjau dan duri.

v. Dikuasai perasaan hampa dan putus asa yang akhirnya membawa

kepada al Futur

Persoalan dan tanda tanya ini akan terus menghantuinya sekiranya

mengambil sikap al Uzlah dan bekerja secara sendirian. Ini kerana

ia tidak mempunyai apa2 untuk menangkis kebimbangan itu yang

akhirnya mencetuskan perasaan hampa di dalam hatinya, dan

jiwanya akan berputus asa.

vi. Kurang pengamatan dan harapan mereka kepada ganjaran pahala

Bagi orang yang memilih al uzlah dan hidup bersendirian ia tidak

mungkin memperolehi peluang-peluang seperti kesempatan

menziarahi sesama muslim atau mengucapkan tahniah di atas

nikmat atau menyampaikan tkziah kerana bencana yang menimpa.

Sebagai hasilnya pengamatan dan harapan darinya untuk

memperolah pahala adalah begitu sedikit.

vii. Tidak berupaya menegakkan agama Allah di dalam diri mereka

sama ada hari ini atau esok

Sebenarnya kebatilan tidak mungkin bertapak kecualilah apabila

pendokong kebenaran lari meninggalkan medan perjuangan atau

mereka menjalankan tugas secara berasingan. Sesiapa yang

mengambil jalan ini ia pasti menghadapi jalan buntu sama ada hari

ini ataupun esok.

viii. Mendedahkan diri kepada dosa dan kemarahan Allah kerana

memencilkan diri dari orang ramai dan meninggalkan jamaah

Sabda Rasulullah S.A.W :

Page 27: Wabak Sepanjang Jalan

“Sesiapa yang meninggalkan jemaah sejengkal maka ia telah

menanggalkan ikatan Islam dari tengkoknya.”

b) Kesan ke atas gerakan Islam

i. Mudah dipukul dan dikecundangkan, atau sekurang-kurangnya ia

dibantutkan

Umat Islam diperintahkan agar bersatu dan mengelakkan dari

berpecah dan bercakaran sesama sendiri. Firman Allah S.W.T

yang bermaksud :

“Dan hendaklah kamu semua tolong menolong untuk kebaikan dan

ketakwaan dan janganlah kamu semua tolong menolong untuk

dosa dan permusuhan.” (al

Maidah : 2)

ii. Terhalang dari pertolongan atau bantuan Allah

Allah telah berjanji bahawa Ia tidak akan memberi sebarang

pertolongan dan bantuan kecuali mereka bangun melakukan amal

Islami dalam keadaan berganding bahu dan bersatu padu.asulullah

S.A.W :

“Tangan (kekuatan) Allah bersama jemaah”

Cara Mengatasi dan Melindungi dari al Uzlah

i) Memahami dengan baik tentang kaitan dan hubungan nas-nas syara’

mengenai beruzlah

- pada satu sudut terdapat nas-nas syara’ yang menggalakkan

beruzlah tetapi pada sudut yang lain pula menggalakkan supaya

berinteraksi dengan orang ramai dan bersama jemaah

ii) Memahami sepenuhnya tentang suasana dan sebab-sebab yang

mendorong golongan salaf (dahulu) beruzlah

Page 28: Wabak Sepanjang Jalan

- Golongan salaf pada masa dahulu beruzlah tanpa menimbulkan

sebarang kemudaratan, kerana pada masa itu telah tertegak

Negara Islam,dan bendera Islam dapat dikibarkan. Kiranya kita

mengambil jalan ini kemudaratan yang begitu banyak pasti berlaku

lantaran Negara Islam sudah tidak wujud lagi di samping usaha-

usaha keras musuh-musuh Islam memerangi umt Islam hari ini.

iii) Menguasai dan memahami secara terperinci Manhaj Islam dalam

mempadukan di antara keperluan individu dan jamaah

- Cara ini dapat menjamin seseorang muslim supaya hidup dalam

pelukan jemaah,dan dalam masa yang sama ia mampu untuk

menjaga kepentingan dirinya.

iv) Berpendirian memahami pengertian ibadat yang sebenar

- Ini dapat mengelakkan perlakuan uzlah dan mendorong kepada

penglibatan dengan jemaah, juga bergaul dengan orang ramai

tanpa sebarang perasaan tidak selesa.

v) Mujahadah diri secara berterusan dan bersungguh-sungguh

- Dengan ini dirinya tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan

diperhambakan oleh syahwat dan keinginan.

vi) Memahami peranan yang wajib dilakukan oleh seseorang Islam dalam

menghadapi suasana kejahatan dan kerosakan yang begitu merebak

- ini dapat menyelamatkan para amilin dari dibelenggu al uzlah dan

membawanya bergaul dengan orang ramai dan merempuh semua

halangan bagi tujuan membenteras semua kejahatan atau

mengubati dan memulihkan segala kerosakan dan kejahatan yang

berlaku.

Page 29: Wabak Sepanjang Jalan

vii) Kembali sepenuhnya kepada Allah dan memohon dari Allah dengan

sebenar-benarnya.

viii) Menjauhkan diri dari mendampingi kumpulan yang memilih jalan beruzlah

dengan mendampingi saf amilin

ix) Mengenal pasti dengan betul dan terperinci tentang realiti perjuangan

sesuatu pertubuhan atau jamaah yang bekerja untuk Islam

x) Mengamati dan memahami hakikat minhaj yang pernah dilakukan oleh

Rasul SAW dalam membina mercu dan Negara Islam yang pertama

- Kefahaman yang demikian akan membantu melepaskan diri dari al

Uzlah bahkan akan mendorongnya menyertai jamaah dengan

mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dalam

firman Allah :

“ Sesungguhnya pada Rasulullah adalah contoh yang baik untuk

kamu, bagi siapa yang berharap untuk bertemu Allah dan hari

akhirat, dan banyak mengingati Allah.”

(al Ahzab : 21)

xi) Mengenal pasti bahawa musuh-musuh Allah dari golongan kuffar dan

munafiqin sentiasa bekerjasama di antara mereka secara pakatan untuk

memukul Islam

xii) Merenungi dan mengamati tentang kehidupan ciptaan Allah yang berada

di sekeliling kita

xiii) Mengenal pasti hakikat kesan yang timbul dari perlakuan al Uzlah

- Dengan mengenalpasti kesan yang akan timbul ianya pasti akan

mendorong mereka yang mempunyai perasaan, atau mereka yang

mahu mendengar dengan penuh kesedaranuntuk hidup bersama

Page 30: Wabak Sepanjang Jalan

orang ramai kerana bimbang terjebak ke dalam kesan-kesan atau

akibat yang disebutkan.

WABAK KELIMA : Al I’jab bil Nafsi (terpesona dengan diri sendiri)

Pengertian Al I’jab bil Nafsi

Dari sudut bahasa :

i. Gembira dan berharapan baik

- Terpesona dengan suatu perkara, ertinya perkara itu

menyukakannya atau menakjubkan

- Firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah 9wahai Muhammad)

tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyak yang

buruk itu mempersonakan kamu.”

(al-Maidah: 100)

ii. Rasa besar dan membesarkan

- Sebagai contoh, lelaki yang terpesona ertinya ia seorang yang

megah, besar diri, dan at Takabbur kerana sesuatu kebaikan atau

kejahatan yang terdapat pada dirinya.

- Firman Allah yang bermaksud : “Dan pada hari peperangan

Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab jumlah

bilangan kamu yang ramai. Maka jumlah yang ramai itu tidak

mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun”

( at Taubah: 25)

Dari sudut Istilah :

Terpesona dengan diri sendiri ialah suatu kegembiraan dengan diri

sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan

tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perkataan dan perbuatan

tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.

Sekiranya perasaan terpesona tadi menyentuh dan menyinggung orang

lain dalam bentuk penghinaan ke atas peribadi mereka di samping dia

Page 31: Wabak Sepanjang Jalan

mengecilkan apa yang mereka lakukan itu, dikira al Ghurur atau terlalu telalu

mengkagumi diri sendiri. Sekiranya telah menyentuh perasaan orang lain dalam

bentuk penghinaan peribadi mereka juga meninggikan dirinya ke atas mereka

ianya dinamakan al Takabbur atau begitu mengkagumi dirinya.

Sebab berlakunya Al I’jab bil Nafsi

i) Suasana awal dibesarkan

Keadan ini berlaku kerana manusia terikut-ikut dengan perlakuan

kedua orang tuanya semasa dibesarkan. Antaranya ialah sikap suka

mengangkat diri dan dipuji sama ada dalam bentuk kebenaran atau

kebatilan dan enggan menerima nasihat.

ii) Memuja dan memuji secara berdepan tanpa mematuhi dan mengambil

kira adab dan peraturan hukum syara’ yang berkaitan dengan pujian.

Hal ini berlaku disebabkan terdapat jenis manusia yang mana

apabila ia dipuji secara berdepan tanpa mengambil kira adab dan

peraturan hukum syara’ yang berkaitan dengan pujian, akan terus

melambung dan merasa dirinya begitu tinggi kerana kejahilannya tentang

tipu daya syaitan. Pada masa itu, terlintas dalam kepalanya bahawa ia

tidak dipuja dan dipuji kecuali ia mempunyai kebolehan diri yang tidak

dimiliki oleh orang lain. Anggapan yang bermain dalam pemikirannya akan

menyebabkan ia dihinggapi penyakit al I’jab

iii) Mendampingi golongan yang bersifat kagum dengan diri mereka sendiri

Apabila seseorang itu berdampingan dengan golongan sedemikian,

mereka akan terkesan sedikit sebanyak dengan perwatakanrakannya. Ini

kerana tabiat manusia yang mudah terpengaruh. Jadi di sinilah rahsia di

sebalik Islam menegaskan tentang perlunya memilih rakan.

iv) Berada di dalam nikmat dengan melupai penganugerah nikmat (Allah).

Page 32: Wabak Sepanjang Jalan

Terdapat amilin di mana apabila Allah mengurniakannya nikmat

sama ada nilmat harta benda, ilmu pengetahuan, kekuatan, pangkat dan

seumpamanya, dia akan tenggelam dengan nikmat itu sehingga dia

melupai pemberi nikmat itu, iaitu Allah. Hasil dari pengaruh nikmat itu,

maka dirinya membisik bahawa segala yang diperolehi adalah hasil

keupayaan dan kebolehan yang ada pada dirinya seperti yang dilafazkan

oleh Qarun bermaksud :

(Qarun berkata), “sesungguhnya apa uang diberi kepada aku harta, itu

kerana ilmu yang ada pada ku.”

(al Qasas : 78)

Bisikan tersebut akan terus bersemarak di dalam dirinya

sehinggalah ia melihat bahawa ia telah sampai ke kemuncaknya dengan

merasai begitu selesa terhadap apa yang dihasilkannya. Sekalipun yang

dilakukan itu tidak betul. Demikianlah sikap al I’jab bil Nafsi.

v) Memikul tugas sebelum matang dan tarbiyahan secukupnya.

Al I’jab bil Nafsi juga berlaku disebabkan seseorang itu dibebankan

dengan tanggungjawab sebelum ia matang atau ditarbiyyah secukupnya.

Ini kerana fenomena yang wujud dalam gerakan itu sendiri yang mana,

mahu tidak mahu sebahagian amilin terpaksa bertanggungjawab

kendalikan sebahagian kerja pada hal mereka belum layak untuk

memikulnya samada dari sudut kewibawaan ataupun keupayaan.

Kemudian syaitan akan membisik pada hati kecil mereka bahawa

kepercayaan dalam menjalankan tugas tersebut tidak mungkin

diserahkan jika ia tidak mempunyai kebolehan dan keupayaan diri.

Godaan syiatan itu akan mempersonakannya dan mereka akan mula

mengangkat dirilebih dari tahap sepatutnya.

Kerana itulah Islam begitu prihatin tentang perlunya

berpengetahuan dan kefahaman (fiqh). Ia perlu wujud dalam diri

Page 33: Wabak Sepanjang Jalan

seseorang sebelum memikul tanggungjawab atau kepempinan seperti

firman Allah yang bermaksud :

“Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa

orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama untuk

memberi peringatan kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga

dirinya.”

(al Taubah : 122)

vi) Lalai atau gagal mengenali hakikat diri

Apabila manusia gagal atau alpa mengenali hakikat diri, yang mana

dijadikan dari air mani yang keji, dan mereka adalah makhluk yang penuh

dengan kekurangan, pada akhirnya akan disemadikan di dalam tanah

sebagai tempat kembali. Apabila realiti ini dilupakan, ia merasakan dirinya

begitu hebat. Kerana itulah dalam al-Quran berkali-kali diulang tentang

hakikat diri manusia bermula dari tahap awal dijadikan sehinggalah

kesudahan hayatnya.

vii) Keturunan yang baik dan mulia.

Kadangkala sebab yang membawa kepada penyakit tersebut ialah

kerana seseorang itu berasal dari keturunan yang baik dan mulia. Apabila

seseorang menyedari bahawa dirinya datang dari keluarga kenamaan

atau keturunan yang baik, ia akan merasai bahawa diri dan apa sahaja

yang dicetuskan adalah baik belaka sehingga dia lupa yang keturunan

tidak mugkin menjadikan seseorang maju atau mundur. Bahkan punca

segalanya bergantung kepada tindakan yang dilakukandengan

bersungguh-sungguh. Dengan cara itu akan terhakis rasa bangga dengan

keturunan.

viii) Keterlaluan dan berlebihan dalam memberi penghargaan dan

penghormatan.

Page 34: Wabak Sepanjang Jalan

Penghormatan yang keterlaluan terhadap ahli di dalam jemaah,

yang mana jelas bercanggah dengan Islam dan ditolak oleh undang-

undang Allah akan membawa kepada al I’jab bil Nafsi. Sebagai contoh

mereka bangun atau duduk selagi orang yang dimuliakan itu bangun atau

duduk, atau mencium tangannya dan membongkok diri bila berhadapan

dengannya. Bila penghormata diberi, ia akan merasai penghormatan

tersebut adalah kerana keupayaan dan kehebatan yang ada padanya

Mungkin inilah rahsia kenapa Nabi S.A.W melarang para sahabat

bangun sebagai tanda penghormatan kepada Baginda.

ix) Ketaatan yang melampaui batas.

Ketaatan yang keterlaluan yang diterima oleh para pengikut dalam

gerakan, yang mana jelas tidak selari dengan manhaj Allah sehingga ia

patuh dalam semua perkara sama ada makruf atau mungkar juga punca

membawa kepada al I’jab bil Nafsi. Hal ini menyebabkan tercetus dalam

dirinya bahawa ia tidak akan ditaati oleh pengikutnya kecuali

keeistimewaan yang pada dirinya berbanding orang lain. Mungkin inilah

rahsia di sebalik Islam memberi penekanan agar mentaati perkara makruf

sahaja dan bukan perkara maksiat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang

bermaksud:

“Ke atas individu muslim hendaklah dengar dan taat,pada perkara

yang ia suka atau benci, kecuali apabila ia disuruh melakukan maksiat.

Maka ia tidak boleh lagi dengar dan taat.”

x) Tidak menyedari tentang kesan yang akan timbul dari perlakuan al I’jab bil

Nafsi.

Sekiranya para amilin gagal memahami akibat yang timbul dari

perlakuan al I’jab bil Nafsi, maka sudah pasti ia ditimpa sifat tersebut.

Page 35: Wabak Sepanjang Jalan

Kesan Al I’jab bil Nafsi

Al I’jab bil Nafsi sebenarnya memberi kesan yang tidak baik dan memudaratkan

sama ada ke atas diri para amilin ataupun ke atas amal Islami itu sendiri.

Kesan terhadap para Amilin

i) Terjebak ke dalam perangkap al Ghurur bahkan juga al Takabbur

Ini kerana orang yang terpesona dengan dirinya sendiri pasti akan

didorong oleh sifat itu untuk ia melupakan diri dan mengenetepikan usaha

muhasabah diri. Ekoran itu, ia akan mengambil sikap merendah dan

mengecilkan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain (al Ghurur) serta

bersikap meninggi diri ke atas orang di samping memperkecilkan

kewibawaan orang lain (al Takabbur). Kedua-dua sifat itu akan membawa

kepada kebinasaan.

ii) Terhalang daripada mendapat taufik Allah.

Ini disebabkan sikap ujub yang ada pada seseorang akan terus

mengheretnya kepada satu sikap yang dinamakan kekakuan. Realiti

sunnatullah ialah Allah tidak akan memberi taufiq kepada hambanya

kecuali kepada yang melekangkan dirinya dari sifat keakuan, dan

mengeluarkan bahagian syaitan dari dalam diri mereka.

iii) Kecundang apabila berhadapan suasana gawat dan genting

Ini kerana orang yang ujub sentiasa mengabaikan dirinya dari tazkiyyah

atau meningkatkan pengabdiannya di jalan Allah. Oleh itu ia tidak akan

berupaya apabila berhadapan dengan suasana gawat kerana ia tidak

mengenali Allah semasa senang maka Allah juga tidak mengenalinya

semasa susah. Benarrlah apa yang Allah firmankan yang bermaksud:

Page 36: Wabak Sepanjang Jalan

“Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan

orang-orang yang berbuat kebaikan”

(an Nahl : 128)

iv) Orang ramai menjauhkan diri dan membencinya.

Ini disebabkan orang-orang yang ujub sentiasa mendedahkan pekong di

dadanya yang membawa kemurkaan Allah. Sesiapa yang dimurkai Allah,

maka seluruh penghuni langit akan turut memarahinya dan diturunkan ke

bumi untuk turut memarahinya. Akibatnya orang ramai akan menjauhkan

diri darinya, di samping mebencinya. Malah tidak sanggup melihat dan

mendengar suaranya.

v) Balasan dari Allah sama ada cepat atau lambat.

Ini desebabkan orang yang terpesona dengan dirinya telah menjadikan

sifat atau akhlknya terdedah kepada azab Allah dalam kadar segera di

mana ia akan dimusnahkan seperti yang pernah berlaku kepada umat

terdahulu. Atau sekurang-kurangnya, ia akan dibalas dalam bentuk keluh

kesah, hilang pdoman dan hilang ketenteraman jiwa. Manakala azab yang

lambat pula, mereka akan diazab oleh Allah.

Kesan ke atas gerakan

i. Mudah ditembusi

Ini kerana kagagalan para amilin yang kagum dengan diri sendiri untuk

menghadapi suasana getir dan mencabar.

ii. Terhenti atau sekurang-kurangnya agak lambat untuk memperolehi

sahabat dan para penyokong

Ini kerana orang ramai sentiasa menjauhi mereka dan membenci amilin

yang terpesona dengan diri sendiri. Akibatnya, bebanan yang begitu

banyak perlu dipikul oleh gerakan Islam.

Page 37: Wabak Sepanjang Jalan

FENOMENA AL I’JAB BIL NAFSI

i. Menonjolkan kebaikan diri

ii. Enggan menerima nasihat

iii. Rasa gembira mendengar kelemahan orang lain terutamanya yang

berlaku di kalangan rakan-rakannya

Cara Mengubati Penyakit al I’jab Bil Nafsi

i) Sentiasa mengingati hakikat kejadian diri manusia

ii) Sentiasa mengingati tentang apa itu hakikat dunia dan apa pula hakikat

akhirat

iii) Sentiasa mengingati tentang nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas

manusia dari sebesar-besar sehinggalah ke sekecil-kecilnya

iv) Sentiasa memikirkan tentang mati, kedudukan selepas mati yang penuh

penderitaan dan kengerian

v) Sentiasa mendengar dan mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi

vi) Sentiasa menghadiri majlis ilmu, terutamanya majlis ilmu yang

membicarakan tentang penyakit jiwa (hati) dan cara mengatasinya

vii) Sentiasa memerhati keadaan orang yang sakit, cacat anggota, bahkan

juga orang-orang yang mati terutamanya pada waktu mereka dimandi,

dikapan dan ditanam

viii) Memperingatkan ibubapa agar membebaskan diri dari penyakit al I’jab bil

Nafsi dan seumpamanya

ix) Hendaklah menjauhkan diri dari bergaul dengan golongan yang kagum

dengan diri sendiri

x) Hendaklah sentiasa diperingati tentang betapa perlunya adab dan

tatatertib syara’ diikuti dalam menyampaikan sesuatu penghargaan,

pujian, dan penghormatan juga dalam memberi kesetiaan dan ketaatan

xi) Jangan terlalu gopoh untuk memegang teraju kepimpinan dalam keadaan

tertentu

Page 38: Wabak Sepanjang Jalan

xii) Hendaklah selalu mengkaji dan merenungi sejarah golongan yang

terdahulu bagaimana mereka mengawal diri apabila bertembung dengan

perlakuan ini

xiii) Mendedah dan membiarkan diri dari semasa ke semasa kepada suatu

sikap yang boleh menghapuskan rasa sombong dan meletakkan diri

dalam keadaan yang sebenar

xiv) Perlu kepada pengawasan orang lain yang sentiasa berada di

sampingnya

xv) Muhasabah diri sepanjang masa sehingga ia berjaya mengenal pasti

keaiban yang ada pada dirinya

xvi) Mengenal pasti akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan al I’jab bil

Nafsi

xvii) Memohon pertolongan dari Allah melalui perantara doa, pertolongan dan

penyerahan diri kepadaNya

xviii) Perlu menekankan tentang tanggungjawab individu, tanpa mengambil kira

keturunan dan asal usul

WABAK KEENAM : Al-Ghurur (tertipu dengan diri sendiri)

Pengetian

Dari sudut bahasa

i. Al Khida’ (penipuan), sama ada penipuan dilakukan ke atas diri sendiri

atau pun orang lain

ii. Perlakuan yang boleh membawa kepada al Ghurur atau terjerumus ke

dalamnya. Mengikut al Jauhari, al Ghurur bermaksud seseorang yang

tertipu dengan kebendaan dunia.

Dari dudut istilah

Menurut istilah para dai’ dan amilin, al Ghurur bermaksud kekaguman

seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap

menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang

Page 39: Wabak Sepanjang Jalan

lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan tapi tidak sampai

memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi

mereka

Sebab berlakunya al Ghurur

Oleh kerana al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi al I’jab bil Nafsi,

maka sudah semestinya sebab-sebab mendorong seseorang itu bersikap

demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong

kepada perlakuan al-I’jab bil Nafsi.

i. Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri

ii. Enggan menerima bimbingan orang lain

iii. Keterlaluan (tasydid) dalam agama

iv. Keterlaluan melakukan pengkajian ilmu agama terutamanya

perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam

masa yang sama mengabaikan tugas utama

v. Menumpukan kepada ketaatan dengan membiarkan kemungkaran

dan kejahatan berleluasa

vi. Condong kepada dunia

vii. Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak

melihat sudut lain yang sepatutnya

viii. Keterlaluan sesetengah amilin dalam menyembunyi amalan yang

mereka lakukan

ix. Dikriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikutnya

Kesan al Ghurur

Kesan ke atas amilin:-

Kesan ke atas amilin dari perlakuan al Ghurur adalah merupakan

penambahan kesan ke atas perlakuan al I’jab bil Nafsi

Page 40: Wabak Sepanjang Jalan

i. Terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher

ii. Terperangkap ke dalam kancah at Takabbur di muka bumi tanpa

kebenaran (hak)

iii. Keras kepala

Kesan ke atas gerakan Islam:-

i. Mudah dibolosi musuh Allah di mana akhirnya gerakan Islam akan

mudah dihancurkan. Akibatnya, gerakan Islam terpaksa bekerja keras

dan melakukan banyak pengorbanan untuk mencapai hasil dan

terpaksa menunggu masa yang panjang

ii. Orang awam dan orang biasa akan menjauhkan diri dari gerakan Islam

terutama di saat-saat genting dan mencabar. Ini kerana mereka

melihat bahawa para pendukung gerakan terdiri dari golongan al

Ghurur yang sentiasa merendah dan mengecil-ngecilkan segala

tindakan dan usaha yang mereka lakukan sekalipun apa yang mereka

lakukan adalah sesuatu yang baik dan itulah satu-satunya yang

terdaya oleh mereka

Fenomena al Ghurur

i. Mengambil sikap untuk memperlekeh dan mengecilkan usaha dan

kerja orang lain, sekali pun usaha yang dilakukan itu adalah baik

ii. Sentiasa bercakap tentang kerja yang dilakukannya dengan memuji

dan mengangkat dirinya sendiri

iii. Susah untuk tunduk dan menerima kebenaran sekalipun kebenaran

datang dari ahli dan tokoh yang tidak dipertikaikan

Page 41: Wabak Sepanjang Jalan

Mengubati al Ghurur

i. Sentiasa merenungi dan mengamati tentang akibat dan kesan yang

timbul dari perlakuan al Ghurur

ii. Sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam semua perkara

termasuklah dalam melakukan ibadat dan melakukan yang harus

iii. Sentiasa mengingati bahawa biar bagaimana pentingnya sesuatu

perbuatan yang dilakukan ianya bukanlah sebab bagi keselamatan

seseorang sehingga ia terus bergantung dengan amalan tadi.

Sesungguhnya keselamatan sebenar adalah hak mutlak Allah yang

dikurniakan kepada hambaNya.

iv. Hendaklah sentiasa mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya

s.a.w kerana cara yang demikian akan dapat menyingkap tentang

betapa takut dan bimbangnya mereka kalau-kalau terjatuh ke dalam

kejahatan. Padahal ketaatan mereka kepada Allah begitu hebat dan

besar sekali. Semoga dengan renungan ini akan dapat kita

mencontohi dan mengikuti jejak langkah mereka.

v. Mengamati sejarah dan perkhabaran golongan salaf dari kalangan

umat Muhammad s.a.w. di mana mereka telah melakukan kebajikan

yang begitu banyak dengan begitu ikhlas dan benar.

vi. Sentiasa memberi tumpuan kepada persoalan yang melibatkan

masalah pokok (utama), dan mengelakkan diri dari terlibat dengan

persoalan dan masalah-masalah ganjil dan pelik demi menjaga waktu.

vii. Menjauhkan diri dari mereka yang bersifat al Ghurur dan mendampingi

golongan yang memahami betapa Tuhan berkuasa segala-galanya ke

atas diri mereka

viii. Sentiasa melakukan muhasabah diri dan melatihnya sehingga berjaya

mencabut akhlak yang tidak baik dalam dirinya

ix. Pengawasan dari rakan-rakan yang bertanggungjawab memberikan

nasihat mengikut syarat dan adab yang ditentukan.

Page 42: Wabak Sepanjang Jalan

x. Hendaklah dilambatkan atau dilengahkan sementara waktu dari

menyerahkan teraju pimpinan kepadanya sehinggalah ia betul-betul

dapat membersihkan penyakit ini dari dirinya.

xi. Orang-orang di sekelilingnya hendaklah menjaga dan menghormati

adab-adab syara’ dalam memberi kepujian, penghormatan dan

ketaatan supaya dapat dipintas laluan syaitan kepada penyakit al

Ghurur

xii. Golongan contoh hendaklah cermat dalam berinteraksi dengan para

pengikut. Mereka hendaklah melakukannya secara sama rata tanpa

diskriminasi.

xiii. Sentiasa memohon pertolongan dari Allah

WABAK KETUJUH : At Takabbur (sombong dan membesar diri)

Pengertian

Dari sudut bahasa :-

Memberi makna Ta’azum yang bereti menonjolkan kebesaran dan

kesombongan. Mengikut kamus lisan al arab, kalimah al Takabbur dan al Istikbar

memberi erti kebesaran dan kesombongan. Pengertian tersebut dapat difahami

dari firman Allah yang bermaksud :

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong dan at Takabbur di

muka bumi dengan tiada alasan yang benar”

(al-A’raf: 146)

Ayat tersebut memberi erti bahawa mereka melihat diri mereka adalah sebaik-

baik makhluk, dan hanya mereka yang memiliki hak (keistimewaan) yang tidak

dimiliki oleh orang lain.

Dari sudut istilah :-

Page 43: Wabak Sepanjang Jalan

Seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk

menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Dia juga

angkuh untuk menerima kebenaran dari orang lain.

Perbezaan di antara at Takabbur dan Izzah (kemegahan)

At Takabbur Izzah

Menanggung diri secara batil/tidak

betul

Mengingkari dan menafikan nikmat

Menanggung diri secara hak@betul

Mengakui nikmat dan sentiasa

menyebutnya

Punca berlaku at Takabbur

At Takabbur merupakan kemuncak bagi al I’jab bil Nafsi sehingga mendorong

seseorang itu memandang hina ke atas orang lain dan ia sama juga dengan al

ghurur. Maka sebab berlakunya juga adalah hampir sama.

i. Sikap keterlaluan dalam bertawadu’

ii. Kepincangan ukuran kebaikan dan kemuliaan di kalangan manusia

iii. Membandingkan nikmat yang diperolehinya dengan oarng lain dan

melupai penganugerahan nikmat (Allah)

iv. Menganggap nikmat yang diperolehi kekal selamanya

v. Mendahului orang lain dalam memperolehi keistimewaan dan kebaikan

vi. Lupa tentang kesan akibat sikap takabbur

Fenomena at Takabbur

i. Berjalan mengorak langkah dalam keadaan angkuh dan sombong

dan memalingkan muka dari manusia

Page 44: Wabak Sepanjang Jalan

ii. Melakukan kerosakan di muka bumi apabila berpeluang berbuat

demikian dengan menolak semua nasihat yang diberi dan enggan

menerima kebenaran

iii. Berlagak dan mengada-ngada dalam percakapan

iv. Melabuhkan kain (pakaian) dengan tujuan bermegah dan

bertakabbur

v. Begitu ghairah supaya orang datang kepadanya dan dia pula tidak

suka untuk berjumpa mereka

vi. Begitu gemar mendahului orang lain

Kesan at Takabbur

Kesan ke atas amilin

i. Terhalang dari melihat dan mengambil iktibar

ii. Kegelisahan dan hilang ketenteraman jiwa

iii. Berterusan dalam kecacatan dan ketidaksempurnaan

iv. Terhalang dari masuk syurga

Kesan ke atas gerakan islam

i. Kurang mendapat penyokong, bahkan mencetuskan perpecahan

dan porak peranda

ii. Terhalang dari pertolongan dan sokongan Allah

Mengubati at Takabbur

i. Sentiasa memperingatkan diri tentang akibat dan kesan yang akan

berlaku hasil dari perlakuan at Takabbur

Page 45: Wabak Sepanjang Jalan

ii. Sentiasa menziarahi orang sakit, dan menyaksikan orang yang

sedang nazak, orang yang ditimpa bala, mengiringi jenazah dan

menziarahi kubur

iii. Menjauhkan diri dari bersahabat dengan golongan at Takabbur

iv. Sentiasa bergaul dengan golongan lemah, miskin dan cacat

v. Sentiasa merenungi diri dan alam

vi. Sentiasa merenungi sejarah dan kisah golongan at Takabbur yang

terdahulu

vii. Sentiasa mengikuti majlis-majlis ilmu yang dikendalikan tokoh

ulama’ ulung dan boleh dipercayai

viii. Berusaha membiasakan diri dengan melakukan perbuatan yang

kurang digemari oleh kebanyakan orang

ix. Sentiasa memohon kemaafan dari orang yang pernah dihina atau

melakukan kesombongan terhadap mereka

x. Golongan yang bukan at Takabbur hendaklah sentiasa menyebut

dan mendedahkan segala nikmat yang diperolehi terutama apabila

berhadapan dengan golongan at Takabbur

xi. Sentiasa mengingati ukuran kebaikan dan keutamaan mengikut

penilaian Islam

xii. Berterusan dalam melakukan ketaatan kepada Allah

xiii. Sentiasa muhasabah diri sepanjang masa

xiv. Tidak lupa untuk memohon pertolongan Allah