pendekatan pengalaman bahasa.pptx

Upload: pathur-rahman

Post on 10-Jan-2016

330 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA

PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASATerbahagi kepada dua:1.pendekatan proses2.pengalaman bahasa(LEA)Kaedah proses.Menurut Hii Yek Ming, penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran penulisan karangan bukanlah satu yang baru. Pendekatan ini telah digunakan sejak 1970-an. Faridah Nazir & Tuan Jah Tuan Yusof (2011), menerangkan bahawa pendekatan proses berperanan penting dalam penulisan karangan yang mana murid dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.Langkah-langkah dalam pengajaran mengarang mengaplikasikan kaedah proses adalah :

Prapenulisan

1. Guru mengemukakan tajuk karangan.2. Guru membantu murid-murid menjana idea berdasarkan pengetahuan sedia ada.3. Murid-murid digalakkan berinteraksi dengan rakan.4. Murid-murid memilih bentuk karangan yang sesuai.5. Guru memberi bimbingan agar murid-murid dapat menulis sesuatu yang berkaitan dengan tajuk karangan secara pantas dan bebas.6. Aktiviti sumbangsaran dijalankan.7. Guru membimbing murid agar menyedari tujuan karangan yang akan ditulis.Penulisan , Konferensi, dan penyemakan

1. Murid diminta menulis idea yang ada dan guru membimbing murid supaya mereka membuat draf karangan yang jelas dan mudah dibaca.2. Murid diminta menulis draf pertama dalam jangka masa tertentu.3. Murid memberi maklum balas yang positif kepada draf karangan pertama sebelum menulis draf kedua.4. Guru memberi ulasan tentang kekuatan dan kelemahan draf karangan.5. Sesi konferansi dijalankan.6. Murid menulis draf kedua.7. Murid dibimbing untuk menyemak.

Contoh aktiviti penulisan yang melibatkan kaedah proses adalah :

Tajuk aktiviti : menulis skrip / dialog

Guru memberikan tajuk karangan kepada murid-murid iaitu masalah keruntuhan akhlak. Guru berbincang dengan murid mengenai tajuk yang telah diberikan. Pelajar dikehendaki untuk membaca surat khabar, majalah dan sebagainya untuk membaca mengenai tajuk tersebut. Mereka kemudian berbincang mengenai tajuk tersebut. Murid dikehendaki untuk menulis idea yang ada dan guru membimbing murid supaya mereka membuat draf karangan yang jelas dan mudah dibaca. Guru memberi maklum balas mengenai draf karangan murid yang pertama sebelum murid membuat draf kali dua. Murid menulis karangan dan guru menyemak karangan murid-muridKesimpulanya, pendekatan proses dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan dalam jangka masa panjang. Murid-murid lama-kelamaan akan memahami proses-proses yang berlaku dalam mengarang iaitu daripada proses merancang, membuat deraf, menyemak, menulis semula dan menyemak kembali sehingga selesai penulisan karangan. Proses ini melibatkan masa yang lebih panjang untuk murid-murid membiasakan diri mereka dalam menulis karangan. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis, sudah tentu proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan menarik. Pendekatan proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi kepada murid-murid.Kaedah LEA (pengalaman bahasa)

Menurut buku Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Aktiviti Bahasa, Jilid 7,Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.Yahya Othman (2005) pula menyatakan, pengalaman murid-murid membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali menulis sesuatu perkara berkaitan dengan perkara berikut. Pada peringkat interpretasi dan inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis.Apa yang saya dapat fikirkan,dapat saya katakan. Apa yang dapat saya katakan,dapat saya tulis.Apa yang dapat saya tulis,dapat saya baca.Saya dapat membaca apa yang ditulis orang lain,untuk saya baca.Abdurrahman(2003;216)LEA = Language Experience ApproachHuff-LEA suatu pendekatan yang melibatkan kegiatan mendengar,bertutur,membaca dan menulis sebagai cerminan daripada pengalaman berbahasa kanak-kanakHarjasujana-menggabungkan pembelajaran berbicara meliputi mendengar,bertutur,membaca dan menulis.Keutamaan kepada kemampuan mengungkapkan bahasa.Kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk berasingan

Menekankan konsep dan penggunaan struktur nahasa yang bermakna,boleh dituturkan dan dituliskan.Pendekatan ini mengeksploitasikan pengalaman bahasa yang bermakna sebagai perbincangan untuk menulis karangan

Apabila murid ada pengalaman, mereka mampu memahami serta membayangkan perkara yang sama seterusnya mampu mengolah ayat daripada pengalaman mereka sendiriPendekatan LEA akan berkesan jika guru:1.memberikan sebanyak mungkin pengalaman2.bahan dan topik perbincangan yang sesuai3.sediakan bahan sokongan (gambar,video)4.perbincangan awal dilakukan5.mempelbagaikan bentuk dan laras bahasaMurid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang hendak ditulis berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang wayang kulit akan memudahkan mereka menulis mengenai tajuk tersebut .Langkah-langkah dalam pengajaran mengarang mengaplikasikan kaedah LEA adalah :

(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Contohnya, guru boleh mengadakan lawatan ke pusat sains Negara.

(b) tajuk karangan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menulis dan mendapatkan idea.

(d) Perbincangan mengenai isi-isi yang terdapat dalam tajuk karangan perlu dijalankan sebelum aktiviti menulis.Contoh aktiviti penulisan yang melibatkan kaedah LEA adalah :Tajuk aktiviti : lawatan dan membuat laporanGuru membawa murid-murid melawat ke tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat pelancongan, badan-badan tertentu. Sebelum memulakan lawatan itu, guru memberitahu para pelajar bahawa mereka dikehendaki memerhati dan membuat catatan tentang lawatan itu. Selepas tamatnya lawatan, mereka dikehendaki membuat satu laporan mengenai lawatan tersebut.Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menambahkan pengalaman para pelajar, bahkan dapat menimbulkan minat dan juga melatih murid membuat karangan jenis laporan. Selain daripada penulisan laporan guru juga dapat mengadakan aktiviti lanjutan di dalam kelas seperti menulis karangan tentang lawatan dan menulis karangan cerita tentang pengalaman semasa lawatan.