pengajian am kertas 2 bahagian d

10
KERTAS 2 BAHAGIAN D PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media mengikut kehendak soalan PANDUAN MENENTUKAN MEDIA 1. GRAF BAR PIRAMID *terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang Contoh soalan : Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005 Elemen : 1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih. 2. Tahun 2004 3. Tahun 2005 Elemen berpasang : 1. jenis barangan 2. negara-negara

Upload: sallehuddin-rashid

Post on 02-Jul-2015

3.061 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

KERTAS 2 BAHAGIAN D

PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN

Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan

media mengikut kehendak soalan

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID

*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang

Contoh soalan :

Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang

sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut

jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005

Elemen :

1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara

terpilih.

2. Tahun 2004

3. Tahun 2005

Elemen berpasang :

1. jenis barangan

2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN

*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza

Page 2: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

Contoh soalan :

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan

graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan

import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga

tahun 2006.

Elemen :

1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import

2. Harga petroleum mentah

Nilai :

1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import

2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA

graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik,

petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN

kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai,

pengeluaran peratus @ kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah

Page 3: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

PANDUAN MEMBINA MEDIA BERSISTEMATIK

Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.

1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan

lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit

dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.

Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut

masa dan tempat yang sama.

Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan

akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen

garis disebelah kanan.

Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis

yang lain.

Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga

membentuk garisan yang berlapis.

Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.

Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana

untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.

Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada

garisan yang dibina.

Page 4: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara

penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :

1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )

2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang

betul.

3. Perlu ada skala .

4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.

5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian

kanan dan bawah media..

PANDUAN MEMILIH MEDIA

Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf

yang sesuai seperti berikut, pelajar harus beri perhatian kepada key words

KABUR

*sukar untuk menentukan jenis media

*pelajar perlu meneliti data dalam petikan

*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan1 :

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan

graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita

dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.

Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis

Contoh soalan 2

Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang

Page 5: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut

jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005

Media : Graf piramid kompaun

Contoh soalan 3

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan

graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan

import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga

tahun 2006.

Media : Graf gabungan (bar kompaun)

GRAF GARIS KOMPAUN DAN KOMPONEN

Page 6: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu

untuk memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis

berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan

( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk

menunjukkan jumlah, graf garis ini unik

(a) dua paksi y

(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y

disebelah kanan.

(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut

(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah

maksimum dicapai

CARA MENGENALI JENIS GRAF

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :

1. Graf bar (kompaun / komponen)

2. Graf garis (kompaun / komponen)

3. Graf gabungan bar dengan garis

4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)

5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)

6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN

1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis

media*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Page 7: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

Contoh soalan 1 :

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,

sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah

daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000

hingga 2004.

Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:

Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan

untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun

1997 dan 2002.

Media : carta pai perbandingan

CARA MENULIS TAJUK GRAF DENGAN TEPAT

Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf

dengan tepat. Baiklah, saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk

yang betul.

INGAT..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M... JADI SALIN TAJUK DARI

SOALAN DENGAN BETUL

Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title sentence- maksudnya---huruf

besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi

CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan

Peruntukkan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan

Malaysia Ketujuh.

2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham

Page 8: Pengajian Am Kertas 2 Bahagian D

Kuala Lumpur.

3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun 1990,1993, dan

1995 antara Bandar dengan Luar Bandar di Malaysia.

4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun 1996

hingga Tahun 2002.

5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh

Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik

(1m),sahaja. Tetapi jika ada kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara,

tempoh atau tempat...barulah markah maksimum yang ditentukan ialah

6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-

harap tajuk CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima