pengajian am adilah nangis
TRANSCRIPT
Nota Xpress Pengajian Am 900/1
Ciri-ciri sebuah negara Mempunyai masyarakat/komuniti/penduduk tetap
Mempunyai sempadan yang jelas
Mempunyai kerajaan/pemerintah yang sistematik
Ciri-ciri negara berdaulat
Mempunyai identitinya sendiri-contohnya ideologi, bendera,jata
Mempunyai kerajaan yg wibawa-tiada pengaruh kuasa luar
Mempunyai perlembagaan sendiri
Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar
Mempunyai kemerdekaan-bebas daripada penjajahan kuasa asing
Peranan kerajaan Menyediakan kemudahan ekonomi-contohnya infrastruktur
Menyediakan pelbagai perkhidmatan
Memastikan keamanan dan ketenteraman
Menyediakan keperluan asasi-contohnya kesihatan,pendidikan
Memastikan ekonomi stabil
Melindungi alam sekitar-contohnya menjaga kebersihan alam
Menstabilkan persaingan- contohnya persaingan sihat dlm biz.
Melaksanakan tadbir urus negara yang baik
Jenis kerajaan Persekutuan
a) kerajaan pusat dan kerajaan negeri berkongsi kuasa pentadbiran
dan kuasa perundangan
b) beberapa buah negeri bergabung membentuk kerajaan pusat dan
kerajaan negeri
Kesatuan
a) kuasa pentadbiran di bawah kuasa kerajaan pusat
b) kuasa perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat
c) beberapa buah negeri bergabung membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri
Sebab Pembentukan M’sia
Keselamatan-untuk menentang ancaman komunis
Mengimbangi penduduk-untuk seimbangkan kaum
Mempercepat proses kemerdekaan-Sabah,Sarawak,Singapura
Menikmati kemajuan ekonomi secara bersama
Perlembagaan Perseku-tuan
Suatu perlembagaan bertulis
Merupakan sumber segala perundangan di Malaysia
Boleh dipinda
Undang-undang di Sabah dan Sarawak sebelum 1963 diperakui
Maksud Ketertinggian Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi
Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua undang-undang
Undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan
Parlimen mempunyai kuasa daripada perlembagaan untuk buat un-dang-undang
Mahkamah boleh membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
YDPA juga di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan
Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah ter-batal
Cara-cara pinda per-lembagaan M’sia
Mendapat suara majoriti biasa ahli majlis Parlimen
Mendapat suara 2/3 ahli Majlis Parlimen
Mendapat suara 2/3 ahli Majlis Parlimen dan mendapat perkenan MRR
Melalui deklarasi darurat
Mendapat suara 2/3 ahli Majlis Parlimen dan persetujuan YDP Sabah/Sarawak
Perkara-perkara yang tidak boleh diper-soalkan
Agama Islam sebagai agama Persekutuan
Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu
Kedudukan istimewa Bumiputera di Sabah
Kedudukan istimewa Bumiputera di Sarawak
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Soal kerakyatan
Maksud keluhuran per-lembagaan
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia
Undang-undang lain tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan
Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah ter-batal
Keluhuran perlembagaan di dijaga oleh badan kehakiman
Kepentingan Perlemba-gaan
Merupakan panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara
Menjamin hak rakyat unk hidup aman dan harmoni
Mengandungi peraturan untuk pembentukan kerajaan
Menjamin pentadbiran yang adil
Cara-cara mendapat ke-warganegaran
Kuat kuasa undang-undang
Pendaftaran
Naturalisasi/kemasukan
Penggabungan wilayah
Kewarganegaraan melalui kuatkuasa un-dang-undang
Seseorang itu dilahirkan di Malaysia, ibunya warganegara Malaysia
Seseorang itu dilahirkan di Malaysia, bapanya warganegara Malaysia
Seseorang itu dilahirkan di Malaysia, ibunya pemastautin tetap Malaysia
Seseorang itu dilahirkan di Malaysia, bapanya pemastautin tetap Malaysia
Seseorang itu dilahirkan di luar Malaysia, bapanya warganegara Malaysia
Kewarganegaraan melalui pendaftaran
Seseorang wanita warga asing boleh didaftarkan menjadi wargane-gara Malaysia jika
a) suaminya warganegara Malaysia
b) dia telah bermastautin di Malaysia selama 2 tahun
c) dia berniat untuk bermastautin tetap
d) dia berkelakuan baik
Kewarganegaraan melalui kemasukan/naturalisasi
Seseorang itu berumur 21 tahun
Seseorang itu telah bermastautin di Malaysia selama 10 tahun
Seseorang itu berkelakuan baik
Seseorang itu mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu
Kewarganegaraan melalui penggabungan wilayah
Penduduk di dalam wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia
Keadaan Hilang Taraf Kewarganegaran
Melalui Penolakan- seseorang yang hendak menjadi warganegara negara lain
Melalui pelucutan – seseorang yang telah menjadi warganegara as-ing
seseorang itu derhaka terhadap kerajaan semasa perang
seseorang yang tidak setia- percakapan dan tin-dakannya
Maksud Kebebasan Asasi
Kebebasan diri
Pengabdian dan kerja paksa
Sama rata
Kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan
Kebebasan beragama
Hak-hak dalam pendidikan
Hak terhadap harta
Perlindungan daripada undang-undang jenayah
Maksud kebebasan diri Seseorang yang ditangkap oleh polis hendaklah diberitahu sebab-se-bab dia ditangkap
Seseorang yang ditangkap oleh polis boleh berunding dan dibela oleh peguamnya
Seseorang yang ditangkap oleh polis boleh mohon habeus corpus daripada mahkamah
Seseorang boleh ditahan oleh polis melebihi 24 jam jika ada perintah tahanan daripada majistret
Seseorang itu tidak boleh diambil nyawanya kecuali undang-undang
Senarai Bersama Biasiswa
Ternakan binatang
Perancangan bandar dan kampung
Pemulihan tanah lombong
Perumahan
Sukan dan budaya
Hiburan awam
Bekalan air
Perparitan dan pengairan
Penjaja beredar
Kebajikan masyarakat
Senarai Negeri Hal ehwal agama Islam
Tanah
Perhutanan
Pertanian
Kerajaan Tempatan
Kerja-kerja air
Penyu
Penangkapan ikan di sungai
Perpustakaan
Muzium
Barangan purbakala
Hari kelepasan negeriA
Jenis Sistem Kerajaan Malaysia
Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelembagaan
Maksud Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan secara demokrasi yang dijalankan secara perwakilan
Perwakilan dipilih melalui pilihanraya
Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Negara,Dewan Rakyat
Maksud Raja Berpelembagaan
YDPA ialah Ketua Negara.Sultan ialah Ketua Negeri
YDPA bertindak setelah mendapat nasihat PM dan Jemaah Menteri
Sultan bertindak setelah mendapat nasihat EXCO (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Menteri Besar ialah Ketua Kerajaan Negeri
Kuasa Eksekutif YDPA Melantik Perdana Menteri yang mendapat suara terbanyak dalam parlimen
Melantik Jemaah Menteri atas nasihat PM
Melantik kabinet atas nasihat PM
Tidak bersetuju dengan permintaan untuk bubarkan parlimen
Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja
Kuasa Perundangan YDPA
Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen
Memperkenankan Rang Undang-Undang
Memanggil Parlimen bersidang/mesyuarat
Memberhentikan dan membubarkan Parlimen
Melantik 2 orang senator untuk Wilayah Persekutuan KL
Melantik seorang senator untuk Wilayah Persekutuan Labuan
Melantik seorang senator untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya
Melantik 40 senator lain
Kuasa Kehakiman YDPA
atas nasihat PM dan berunding dengan Ma-jlis Raja-Raja
Melantik Ketua Hakim Negara
Melantik hakim Mahkamah Persekutuan/Agong
Melantik Presiden Mahkamah Rayuan
Melantik hakim Mahkamah Rayuan
Melantik Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Melantik hakim Mahkamah Tinggi
Kuasa Kehakiman YDPA atas nasihat PM dan setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara
Melantik Pesuruhjaya Kehakiman (layak juga jadi hakim Mahkamah Tinggi)
Memanjangkan perkhidmatan hakim yang berumur >66 tahun (se-hingga 66 tahun 6 bulan sahaja)
Kuasa Kehakiman YDPA atas nasihat PM dan setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara dan laporan Tribunal
Menyingkirkan/memecat jawatan hakim
Kuasa Kehakiman atas budi bicara YDPA
Menerima atau menolak cadangan tribunal untuk singkirkan/ kekalkan jawatan hakim
Kuasa YDPA yang lain Ketua Agama Islam Melaka,Pulau Pinang,Sabah,Sarawak
Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
Menjaga hak istimewa orang Melayu
Menjaga hak istimewa Bumiputera Sabah-Sarawak
Memberi pengampunan/ menangguhkan hukuman di Mahkamah Tentera
Memberi pengampunan/menangguhkan hukuman di Kuala Lumpur,di Labuan
Perkara-perkara yang tidak boleh dibuat oleh YDPA
Tidak boleh memegang jawatan yang berpendapatan/saraan
Tidak boleh berniaga
Tidak boleh meninggalkan Malaysia melebihi 15 hari tanpa persetu-juan Majlis Raja-Raja ( lawatan rasmi boleh)
Mahkamah Khas Raja2 Membicarakan kesalahan sivil dan jenayah yang dilakukan oleh seseorang YDPA/raja
Prosiding secara tertutup
Prosiding diputuskan mengikut suara majoriti
Keputusan prosiding adalah muktamad
Keputusan prosiding tidak boleh dicabar/dipertikaikan di mana-mana mahkamah
Prosiding dibuat dengan keizinan Peguam Negara
Kuasa Mahkamah MRR adalah sama dengan Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan
Hakimnya ialah Ketua HakimNegara (Pengerusi), Hakim Besar Mahkamah Tinggi, 2 orang hakim lain ( hakim Mahkamah Perseku-tuan/ hakim Mahkamah Tinggi). Mereka dilantik oleh Majlis Raja-Raja
Kuasa Majlis Raja-Raja Memilih YDPA
Memilih Timbalan YDPA
Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama di Malaysia
Memberi nasihat atas pelantikan Ketua Hakim Negara
Memberi nasihat atas pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan
Memberi nasihat atas pelantikan hakim Mahkamah Rayuan
Memberi nasihat atas pelantikan hakim Mahkamah Tinggi
Memberi nasihat atas pelantikan Ketua Audit Negara
Melantik anggota Mahkamah Khas Raja-Raja
Memberi ampun, menggantung atau meringankan hukuman
Menimbangkan soal dasar-dasar negara
Memberi nasihat jika buat pindaan tentang kedudukan dan keistime-waan orang Melayu, Bumiputera dan kaum lain
Ahli Majlis Raja-Raja Semua Raja-Raja
Semua YDP Negeri (tidak boleh memilih YDPA, memilih Timbalan YDPA)
YDPA bukan ahli MRR
YDPA hanya hadir sebagai Ketua Negara
Penyimpan Mohor Be- Seseorang yang menjadi pegawai kanan kerajaan yang masih
sar Raja-Raja berkhidmat/bersara
Dilantil oleh Majlis Raja Raja
Tugas Penyimpan Mo-hor Besar Raja-Raja
Menjadi setiausaha Majlis Raja-Raja
Menyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Menerima dan mengedarkan kertas kerja dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja
Memanggil mesyuarat MRR atas arahan YDPA atau MRR
Menyimpan minit mesyuarat MRR
Mengesahkan keputusan MRR
Mengumumkan keputusan MRR
Mengumumkan tarikh berpuasa
Mengumumkan tarikh hari raya
Ketua Audit Negara Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM selepas berunding dgn MRR
Tidak boleh dipecat kecuali keputusan Tribunal
Saraannya dibuat oleh Parlimen
Kuasa Ketua Audit Ne-gara
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Kerajaan Persekutuan
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Kerajaan Negeri
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Kumpulan Wang Perseku-tuan
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Kumpulan Wang Negeri
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Badan Berkanun
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Badan Tidak Berkanun
Memeriksa, menyiasat, mengaudit akaun Pihak Berkuasa Awam
Menghantar laporannya kepada YDPA
Membentang laporannya di Dewan Rakyat
Jawatankuasa Kira- Dilantik oleh Dewan Rakyat pada awal sesi Parlimen
Kira Wang Negara(PAC)
Anggotanya adalah daripada ahli Dewan Rakyat ( wakil rakyat)
Tugas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Ne-gara(PAC)
Meneliti laporan Ketua Audit Negara
Meneliti perbelanjaan yang melebihi peruntukan
Meneliti wang yang dibelanjakan tidak mengikut kelulusan atau pe-runtukan
Meneliti perbelanjaan yang mendatangkan nilai untuk wang
Memastikann akauntabiliti pengurusan wang awam oleh pegawai awam
Doktrin Pengasingan Kuasa
Pengasingan Kuasa Perundangan/Legislatif
Pengasingan Kuasa Pemerintah/Eksekutif/Pelaksana
Pengasingan Kuasa Kehakiman
Tujuan Doktrin Pen-gasingan Kuasa
Mengelakkan pemusatan kuasa
Mengekalkan kepimpinan
Menghindari despotisma/maharajalela
Mewujudkan check and balance
Badan Perundangan/Legislatif
Badan Perundangan Persekutuan- Parlimen
Badan Perundangan Negeri
Komponen Parlimen YDPA
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Kuasa/Peranan Parli-men
Menggubal undang-undang
Meluluskan undang-undang
Membuat pindaan undang-undang
Menyemak dasar-dasar kerajaan
Meluluskan perbelanjaan kerajaan
Menambah bilangan ahli Dewan Negara bagi setiap negeri
Mengurangkan bilangan ahli Dewan Negara yang dilantik
Membuat peruntukan agar pengundi yang memilih ahli Dewan Ne-gara
Membuat peruntukan bagi saraan YDPA, YDP Dewan Rakyat,YDP Dewan Negara,Timbalan Dewan Negara,Timbalan YDP Dewan Ne-gara,ahli Parlimen
Peranan YDPA dalam Parlimen (kuasa perun-dangan)
Memanggil Parlimen untuk bersidang dalam masa 6 bulan antara persidangan
Memberhenti Parlimen
Membubarkan Parlimen
Melantik 44 ahli Dewan Negara atas nasihat PM
Memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan
Kelayakan menjadi ahli Dewan Negara (sena-tor)
Seseorang itu warganegara Malaysia
Seseorang itu tidak kurang dari 30 tahun
Seseorang itu waras fikiran
Seseorang itu bukan seorang muflis
Seseorang itu tiada rekod jenayah
Seseorang itu dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
Seseorang itu dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
Seseorang itu mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan
Tugas Dewan Negara Membahaskan rang undang-undang
Memulakan sesuatu rang undang-undang selain kewangan
Menangguhkan sesuatu rang undang-undang kewangan selama 1 bu-lan
Menangguhkan sesuatu rang undang-undang lain selama 1 tahun
Meminta Dewan Rakyat mengkaji semula rang undang-undang yang
ditangguhkan
Tidak boleh meminda rang undang-undang
Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat
Seseorang itu dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang diadakan setiap 5 thn
Seseorang itu warganegara Malaysia
Seseorang itu waras fikiran
Seseorang itu bukan seorang muflis
Seseorang itu tidak mempunyai rekod jenayah
Seseorang itu tidak pegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Seseorang itu mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah jawatan
Hilang kelayakan men-jadi ahli Dewan Rakyat/Dewan Negara
Seseorang itu memperoleh kewarganegaraan asing
Seseorang itu tidak sempurna akal
Seseorang itu diisytiharkan muflis yang belum dilepaskan
Seseorang itu tidak hadir dalam persidangan Parlimen selama 6 bu-lan berturut-turut tanpa keizinan Parlimen
Seseorang itu dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun
Seseorang itu didenda tidak kurang RM2000
Seseorang itu telah sabit kesalahan jenayah serta tidak mendapat pengampunan
Seseorang itu melakukan kesalahan pilihanraya
Seseorang itu menjadi ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 5 tahun dari tarikh dia hilang kelayakan
Keistimewaan Parli-men
Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa yang dia katakan Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa undiannya
Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa yang dia siarkan
Seseorang itu bebas bercakap
Seseorang itu bebas berbahas
Prosiding dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara tidak boleh diper-soalkan
Tugas Setiausaha De-wan Rakyat/Dewan Negara
Memberi nasihat kepada Yang diPertua Dewan Rakyat/Dewan Ne-gara
Menghantar notis untuk memulakan sidang Dewan
Mengumpul dan menguruskan kertas cadangan
Mengumpul dan menguruskan soalan-soalan daripada ahli Dewan
Mengeluarkan penyata rasmi (hansard) bagi sidang Dewan
Mengeluarkan prosedur sidang Dewan
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan
Bertanggungjawab terhadap perjalanan sidang Dewan Rakyat
Kelayakan jadi Seti-ausaha Dewan Rakyat/Dewan Negara
Seseorang itu dilantik YDPA
Seseorang itu daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Persekutuan
Seseorang itu belum mencapai umur persaraan
Sidang Parlimen Mula bersidang setelah dibuka rasmi oleh YDPA
Jarak masa antara 2 sidang parlimen ialah 6 bulan
Selama 5 penggal ( satu penggal= setahun)a
Satu sidang =3 minggu
Satu penggal ada 3 atau 4 kali sidang parlimen
Jenis rang undang-un-dang
Rang undang-undang awam/kerajaan- oleh kerajaan dan kabinet tentang dasar awam,negara,rakyat
Rang undang-undang persendirian-untuk pertubuhan,persatuan,perbadanan
Rang undang-undang ahli persendirian-oleh ahli Dewan Rakyat, NGO
Rang undang-undang hibrid-undang-undang campuran oleh kera-jaan dan NGO
Tahap Prosedur Peng-gubalan
Kementerian menyediakan draf undang-undang
Draf tersebut diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Menteri akan kemukakan kepada kabinet untuk mendapatkan perse-tujuan/ tidak
Kementerian menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha Parli-men
Bacaan Pertama-Menteri baca tajuk rang undang-undang
Bacaan Kedua-dibahaskan,dipinda,undian untuk terima atau tolak
Peringkat Jawatankuasa seluruh Dewan-dibahaskan dengan teliti
Bacaan Ketiga-Menteri melaporkan,undian di Dewan Negara dan Dewan Rakyat
YDPA perkenan
Pewartaan-diwartakan dalam warta kerajaan
Dikuatkuasakan
Ketua Majlis Ketua parti yang memerintah
Dia tentukan tarikh sidang dewan
Ketua Whip Ahli parlimen yang dilantik oleh parti untuk tentukan kehadiran/menyokong usul
Jawatankuasa Parlimen Jawatankuasa Dewan-penasihat kepada YDP
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat – tentang peraturan
Jawatankuasa Pemilih-memilih ahli untuk Jawatankuasa Majlis Par-limen
Jawatankuasa hak dan kebebasan-mengeluarkan penyata
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara-memastikan akauntabiliti pengurusan perbelanjaan wang awam oleh pegawai kerajaan
Kuasa Sultan/YDP Memanggil persidangan
Negeri dalam DUN Membubarkan DUN
Fungsi Dewan Undan-gan Negeri
Menggubal undang-undang
Menjaga kedaulatan perlembagaan negeri
Mengkritik dasar-dasar kerajaan
Mengkritik rancangan kerajaan
Meluluskan perbekalan
Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan
Mencadangkan pindaan
Memeriksa akaun awam dibelanja mengikut kelulusan DUN dan mengikut kepentingan pembayar cukai
Melantik Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbin-cangan awam dan laporan
Syarat jadi ahli DUN Seseorang itu dipilih melalui pilihanraya
Seseorang itu dilantik (dipanggil ex-officio)-contohnya Setiausaha Kerajaan Negeri,Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Ke-wangan Negeri
Jenis-Jenis Undang-Undang Bertulis
Akta-undang-undang yang diluluskan di Parlimen
Ordinan-undang-undang yang diluluskan pada 1948-1959, undang-undang yang diluluskan oleh YDPA semasa darurat, undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak
Enakmen-undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah
Perundangan kecil-peraturan,peristiharaan,kaedah,perintah,surat lain
Fungsi Badan Kehaki-man
Melindungi hak asasi manusia
Mentafsir perlembagaan dan undang-undang
Mengisytiharkan sah atau tidak sah undang-undang
Menjadi pentadbir keadilan
Membicarakan kes jenayah dan kes sivil di Malaysia, di atas kapal yang didaftarkan di Malaysia yang berada di perairan dan di ruang angkasa antarabangsa
Menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
Pelantikan Hakim Ketua Hakim Negara, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh YDPA atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Hakim Mahkamah Sesyen dilantik YDPA atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Majistret di Kuala Lumpur,Labuan,Putrajaya dilantik oleh YDPA atas nasihat Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya
Majistret untuk negeri-negeri lain dilantik oleh ketua negeri masing-masing atas nasihat Hakim Besar
Pesuruhjaya Kehakiman(melaksanakan tugas hakim Mahkamah Tinggi)- dilantik oleh YDPA atas nasihat PM dan persetujuan Majlis Raja-Raja
Kuasa Mahkamah Perseketuan ( dihakimi oleh 3- 5 hakim)
Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen/DUN
Menyelesaikan pertikaian antara Negeri dengan Negeri
Menyelesaikan pertikaian antara Negeri dengan Persekutuan
Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan
Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
Memberi nasihat kepada YDPA tentang perlembagaan
Memberi pandangan dan membuat keputusan tentang sesuatu un-dang-undang apabila dirujuk
Memutuskan atau menghantarkan kes perbicaraan yang berkaitan dengan peruntukan perlembagaan dari sebuah mahkamah ke
mahkamah yang lain
Kuasa Mahkamah Rayuan
(dihakimi oleh 3 hakim)
Membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
Membenarkan kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi RM250,000 dan keputusan mahkamah atas perintah yang berkait dengan kos sahaja
Membicarakan rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi
Kuasa Mahkamah Tinggi
(dihakimi oleh seorang hakim)
Membicarakan apa-apa kes sivil dan apa-apa kes jenayah
Menjatuhi apa-apa saja hukuman yang dibenarkan
Menyelia dan mengubah keputusan semua Mahkamah Bawahan
Membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Rayuan daripada Mahkamah Bawahan (kes sivil,kes jenayah)
Memberi nasihat kepada Mahkamah Rendah dalam hal perlemba-gaan
Menyemak kes kemalangan kenderaan bermotor
Pertikaian antara tuan rumah dan penyewa
Kesahan perkahwinan
Kesahan pembubaran perkahwinan (perceraian)
Kesahan perkara-perkara suami isteri
Membicarakan kes muflis
Membicaraka kes penggulungan syarikat
Membicarakan kes penjagaan kanak-kanak
Membicarakan kes pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet
Mengeluarkan injunksi
Membatalkan kontrak
Membicarakan kes kesahan individu
Kuasa Mahkamah Membicarakan kes yang tidak melebihi RM 1 juta
Sesyen
(dihakimi oleh hakim mahkamah sesyen)
Membicarakan kesalahan kecuali yang boleh dikenakan hukuman mati
Kuasa Mahkamah Ma-jistret
(dihakimi oleh ma-jistret)
Membicarakan kes yang tidak lebih daripada RM 100 ribu
Membicarakan kesalahan yang boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara/denda
Kuasa Mahkamah Kanak-Kanak
(dihakimi oleh ma-jistret dan 2 orang pe-nasihat)
Membicarakan semua kesalahan kecuali yang boleh dihukum mati
Jika dihukum mati, seseorang kanak-kanak ditahan/dipenjara atas perkenan Raja)
Kuasa Mahkkamah Syariah
Membicarakan kes yang melibatkan orang Islam sahaja
Membicarakan kes sivil seperti pertunangan, perkahwinan, fasakh, nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, penjagaan(hadhanah) budak-budak, pembahagiaan harta sepencarian, wasiat,pembaha-giaan dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat
Membicarakan kes jenayah seperti zina, khalwat, minuman keras, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, mengamal ajaran sesat
Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
Mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah
Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
Mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah
Kuasa Mahkamah Ten-tera
Membicarakan kesalahan disiplin yang dilakukan oleh seseorang dalam perkhidmatan tentera
Kes rayuan di Mahkamah Tinggi /Pengampunan YDPA
Kuasa Mahkamah Bu-miputera
Membicarakan kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan di Sarawak
Kes rayuan di Mahkamah Rayuan Bumiputera
Kuasa Mahkamah Pe-rusahaan
Membicarakan perkara yang melibatkan pertelingkahan antara pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja
Kes rayuan di Mahkamah Tinggi
Kuasa/Tugas
Peguam Negara yang dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
Menjadi penasihat undang-undang utama kepada kerajaan
Menasihati YDPA tentang undang-undang
Menasihati Jemaah menteri tentang undang-undang
Menasihati mana-mana menteri tentang undang-undang
Memulakan prosiding
Menjalankan prosiding
Memberhentikan prosiding
(tidak boleh prosiding di mahkamah syariah,mahkamah anak negeri,mahkamah tentera)
Hilang kelayakan men-jadi anggota SPR
Seseorang itu bankrap yang belum lepas
Seseorang itu ada pekerjaan berbayar
Seseorang itu menjadi ahli Dewan Rakyat
Seseorang itu menjadi ahli Dewan Negara
Seseorang itu menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
Fungsi SPR Mengadakan pilihanraya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
Menjalankan urusan pendaftaran pemilih
Menjalankan semakan daftar pemilih
Menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan luar jangka
Membuat kajian bahagian Pilihan Raya Parlimen atau Negeri
Membuat persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri selepas 8 tahun persempadanan yang terdahulu
Kelayakan menjadi pemilih
Seseorang itu telah mendaftar dengan SPR
Seseorang itu warganegara Malaysia
Seseorang itu berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
Seseorang itu seorang penduduk di mana mana bahagian pilihan raya
Seseorang itu tidak hilang kelayakan
Hilang kelayakan men-jadi pemilih
Seseorang itu ditahan kerana tidak siuman
Seseorang itu sedang menjalani hukuman penjara
Seseorang itu dihukum mati
Seseorang itu dihukum penjara 12 bulan dan lebih
Seseorang itu didapati melakukan kesalahan pilihan raya
Seseorang itu memperoleh kerakyatan asing
Kelayakan menjadi calon
Seseorang itu warganegara Malaysia
Seseorang itu bermastautin di Malaysia
Seseorang itu berumur tidak kurang daripada 21 tahun
Seseorang itu tinggal di negeri dia akan bertanding
Hilang kelayakan men-jadi calon
Seseorang itu telah didapati tidak siuman
Seseorang itu didapati bankrap
Seseorang itu memegang jawatan berbayar
Seseorang itu gagal kemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31 hari se-lepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan
Seseorang itu dihukum penjara 1 tahun atau lebih
Seseorang itu didenda RM2000 atau lebih
Seseorang itu belum diampun
Seseorang itu telah memperoleh kewarganegaraan asing
Seseorang itu kurang lima tahun dari tarikh hilang kelayakan yang terdahulu
Perbelanjaan seseorang itu melebihi RM200 ribu untuk Dewan Rakyat dan melebihi RM100 ribu untuk Dewan Undangan Negeri
Sebab-sebab diadakan pilihanraya
Genap 5 tahun
Parlimen/DUN dibubarkan
PRK diadakan kerana kekosongan luar jangka seperti kematian,pele-takan jawatan,ahli Dewan Rakyat/ADUN hilang kelayakan
Proses pilihanraya Pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada Pegawai Pengurus SPR
Mewartakan satu notis
Hari penamaan calon
Hari mengundi
Elemen Pilihan raya Pemilih
Calon
Proses Pilihan Raya
Bahagian Pilihan Raya ( Parlimen/Dewan Undangan Negeri)
Deposit Calon Pilihan Raya
Parlimen-RM10,000
DUN-RM5000
Deposit hilang jika gagal dapat 1/8 daripada jumlah keseluruhan undi
Petisyen Pilihan Raya Untuk mencabar keputusan pilihan raya kerana tidak patuh undang-undang dan tidak patuh peraturan pilihan raya
Dikemukakan dalam 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di-wartakan
Dikemukakan ke Mahkamah Tinggi
Akhirnya rayuan di Mahkamah Persekutuan
22