pengajian am

65
STPM - Pengajian Am Kertas 1 - Bab 1 Konsep Kenegaraan Bab 1 ( Konsep Kenegaraan ) 1.1 - Konsep Negara 1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. 2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah: o Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktiraf o penduduk yang tetap o kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannya o kedaulatan , iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal- ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain. 1.2 - Sistem Kerajaan - Definisi Kerajaan 1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara 2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :

Upload: akimie-lumut

Post on 03-Jul-2015

4.640 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am

STPM - Pengajian Am Kertas 1 - Bab 1 Konsep Kenegaraan

Bab 1 ( Konsep Kenegaraan   )

1.1 - Konsep Negara

1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah:o Sempadan  atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktirafo penduduk  yang tetapo kerajaan  yang sah dan teratur sistem pentadbirannyao kedaulatan , iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal

dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.

1.2 - Sistem Kerajaan

- Definisi Kerajaan

1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara

2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :

Page 2: Pengajian Am

- Sistem Kerajaan

1. Kerajaan Kesatuaano Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh

Kerajaan Pusat.

o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat. Maka, Kerajaan Pusat lebih berkuasa berbanding dengan kerajaan negeri dan tempatan.

o Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali, Denmark, Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea Selatan, Jepun, dan Kesatuan Soviet yang telah runtuh.

2. Kerajaan Konfederasio Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri.

Page 3: Pengajian Am

o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal pentadbiran

o Kerajaan Konfederasi tidak kuasa yang mencukupi untuk dianggap sebagai kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini diwujudkan melalui perjanjian yang longgar

o Kerajaan Konfederasi tikdak lagi wujud pada hari ini.o Contoh-contoh kerajaan Konfederasi ialah Konfederasi Jerman Utara

1867-1871 dan Perlembagaan Empayar Jerman 1871-1918.

3. Kerajaan Persekutuano Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan

Negeri atauKerajaan Tempatan:

o Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangannya sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

o Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman

o Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India, Malaysia dan Kanada.

1.3 - Bentuk Negara

1. Bentuk negara ditakrifkan sebagai pentadbiran dan perundangan di sesebuah negara

2. Terdapat beberapa bentuk negara. Antaranya:

- Kerajaan Monarki

1. Raja/Sultan  atau Ratu menjadi pemerintah dan berkuasa sepenuhnya.2. Jawatan ini dipegang seumur hidup dan warisan takhta berdasarkan

keturunan

Page 4: Pengajian Am

3. Pentadbiran dijalankan oleh Raja atau Ratu dan lazimnya ahli keluarga atau kaum kerabat memonopoli kuasa eksekutif.

4. Contoh-contoh Kerajaan Monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Brunei Darussalam.

- Kerajaan Republik

1. Ketuanya ialah Presiden yang lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

2. Kerajaan Republik tidak mempunyai raja dan Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif.

3. Contoh-contoh Kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, India, Perancis, Portugal, dan Singapura.

- Kerajaan Demokrasi

1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat ".

2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialaho Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.o Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.o Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta

berhak bertanding dalam pilihan raya.o Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti

sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut memerintah

o rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi

Berparlimen.5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua

negara yang mempunyai kuasa simbolik.6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand,

Singapura, Jepun, dan India7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang

merupakan ketua eksekutif negara .8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan Filipina.

- Kerajaan Autokrasi

1. Diterajui oleh individu atau golongan tertentu yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.

2. Kebebasan awam terhad dan rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.

1.4 - Pengasingan Kuasa

1. Doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis menerusi bukunya yang berjadual The Spirit of Laws

Page 5: Pengajian Am

2. Pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan, iaitu:o Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negerio Badan eksekutif seperti Kabinet dan Kementeriannyao Badan Kehakiman seperti Mahkamah-Mahkamah

3. Tujuannya adalah untuko Mengelakkan tumpuan Kuasa  yang tidak terhad oleh mana-mana

badan di ataso Mengelakkan penyalahgunaan kuasa o Menjamin pentadbiran yang lebih cekapo Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang

- Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

" X " diwakil oleh kuasa relatif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Sultan atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri

STPM - Pengajian Am Kertas 1 - Bab 2 Perlembagaan

Bab 2 ( Perlembagaan )

2.1 - Takrif & Konsep Perlembagaan

Page 6: Pengajian Am

1. Perlembagaan merupakan kumpulan peraturan dan undang-undang yang menjadi asas pembentukan sesebuah negara.

2. Perlembagaan juga akan menggariskan dengan jelas ciri-ciri kerajaan dan hak-hak asasi rakyatnya serta pembahagian kuasa permerintahan pelbagai pihak.

3. Sekiranya Perlembagaan tidak dipatuhi, hal ini bermakna negara berkenaan akan berada dalam keadaan huru-hara dan kerajaan gagal melaksanakan pemerintahannya.

4. Perlembagaan bertulis bermaksud undang-undang yang ditulis secara hitam putihmanakala perlembagaan tidak bertulis bermasksud asas undang-undang sudah lama wujud dan sudah menjadi adat yang dipatuhi sejak turun temurun seperti perlembagaan bertulis di British.

2.2 - Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia ( PPM )

1. PPM merupakan Perlembagaan bertulis.2. Perlembagaan merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud

dalam negara.3. Perlembagaan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan

satu sistem kerajaan yang teratur.4. PPM boleh dipinda dari masa ke masa demi memenuhi perubahan semasa.5. PPM memperakui semua undang-undang yang digubal di Persekutuan

sebelum hari merdeka dan ada di sabah dan sarawak sebelum hari Malaysia yang tidak bercanggahdengannya.

p.s PPM stands for Perlembagaan Persekutuan Malaysia

2.3 - Konsep Ketertinggian Perlembagaan

2.4 - Ciri-ciri Kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan Malaysia

Page 7: Pengajian Am

 

STPM - Pengajian Am Kertas 2 - Bahagian A dan B ( Esei )

Bahagian A dan B ( Esei )

Page 8: Pengajian Am

Setiap soalan dalam pengajian am kertas 2 mempunyai kata kunci jawapan Pelajar mesti menganalisis kehendak soalan dengan cara mengenai pasti

kata kunci dan petunjuk jawapan

( 1 ) Bentuk soalan A dan B

1. Bentuk Tunggal  ( Satu set jawapan yang sama )o Pusat sumber sekolah menyediakan banyak kemudahan kepada guru

dan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Bincangkan kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam konteks merealisasikan minat membaca. SKEMA : ( 4 + 0 )

o Mata Pelajaran Sejarah adalah subjek teras yang diajar kepada semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Bincangkan kepentingan mata pelajaran Sejarah.SKEMA : ( 4 + 0 )

o Kos pembikinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan filem tempatan kurang bermutu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan diatasSKEMA : ( 1 + 3 )

o Hukuman merotan boleh menjadi satu alternatif kepada pihak sekolah untuk mengawal disiplin pelajar. Pendekatan psikologi dan cara lain juga mampu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Jelaskan. SKEMA : 1 + 1 + 2 ( Mana - mana 2 daripada cara-cara lain 

2. Bentuk Berkembar  ( dua set jawapan berasingan )o Sumber tenaga nuklear memberi banyak manfaat kepada manusia

walau bagaimanapun sumber alternatif ini juga boleh mengancam kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan. SKEMA : ( 2 + 2 )

o Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram seperti " Along " mendapat sambutan kerana wujud permintaan daripada orang ramai yang memerlukannya. Namun ramai peminjam menghadapi risiko apabila gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. SKEMA ( 2 + 2 )

o Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks di Malaysia semakin meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan punca fenomena ini semakin meningkat dan kesannya kepada negara. SKEMA ( 2 + 2 )

( 2 ) Memahami kata kunci soalan

Kata Kunci Soalan - Bincangkan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di awal ayat - skema jawapan 4+0o Hasil sawit merupakan bahan komoditi negara yang diusahakan

secara individu, syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Bincangkan kepentingan minyak sawit kepada pembangunan negara.

2. Jika di awal ayat - skema jawapan 2 + 2o Taraf kesihatan dan kehidupan masa kini dijangka akan berupaya

melanjutkan lagi hayat manusia dan menambah bilangan warga tua dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan implikasi peningkatan warga tua di negara ini.

3. Jika di akhir ayat - skema 2 + 2o Sumber buruh asing dari Indonesia dapat menjana pertumbuhan

ekonomi negara. Kemasukan tenaga buruh tanpa kawalan akan

Page 9: Pengajian Am

menimbulkan masalah sosioekonomi kepada penduduk tempatan. Bincangkan.

o Industri pelancongan menyumbang kepada kemajuan negara. Namun, Sumbangan positif industri tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatif. Jelaskan

Kata Kunci Soalan - Jelaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di awal ayat - skema jawapan ( 4 + 0 )o Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu

mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks pernyataan ini.

o Bahan toksik boleh boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya baha buangan ini tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan buangan toksik kepada hidupan dan alam sekitar.

Kata Kunci Soalan - Huraikan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2o Jalan raya adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dan

merupakan sumber utama perhubungan darat antara bandar-bandar utama dan juga kawasan-kawasan lain. Huraikan.

o Tugas mendidik anak-anak merupakan tugas utama ibu bapa, namun kesibukan mereka memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Huraikan.

Kata Kunci Soalan - Ulaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci

1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2o Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang

mempunyai keistimewaan dan kebaikan tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Ulaskan.

Nota tambahan :

Isi ikut keutamaan Cari fokus dalam soalan Tidak perlu hurai isi dulu Tulis isi dengan ringkas dan padat Dalam huraian isi barulah dihuraikan panjang lebar

STPM Pengajian Am 2010 – Tips and Spotted Topics for Paper 900/2 ( General Paper)

Page 10: Pengajian Am

Bahagian A (Karangan Laras Sastera)

1. Budaya Samseng salah laku pelajar ( Gangsterism ) [ Negeri Kelantan ]2. Modal Insan ( Rancangan Malaysia Ke-9 ) [ Negeri Sabah ]3. Kemalangan dalam perindustrian [ Negeri Perak ]4. Bincangkan faedah globalisasi [ Negeri Perak ]5. Aktiviti perlumbaan haram [ Negeri Perak ]6. Punca-punca kebakaran dan langkah langkah [ Negeri Perak ]7. Kad Kredit [ Negeri Perak ]8. Rasuah [ Negeri Melaka ]9. Keganasan penderaan, merompak, membunuh, merogol dan pembuli jalan

raya [ Negeri Melaka ]10.Keganasan Rumah Tangga [ Negeri Sarawak ]11.Jenayah ragut [ Negeri Pahang ]12.Gejala penemuan mayat bayi di tempat pembuangan sampah atau sungai

[ Negeri Kelantan ]13.Kebanjiran program reality dalam dunia hiburan [ Negeri Terengganu ]14.Kesesakan lalu lintas di pusat-pusat Bandar [ Negeri Terengganu ]15.Jenayah penculikan kanak-kanak di Negara kita semakin membimbangkan

[ Negeri Sabah ]16.Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor [ Negeri Sabah ]17.Pengguna dan pihak berkuasa menentukan turun naik harga barangan

[ Negeri Sarawak ]18.Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mendatangkan pelbagai manfaat

kepada sesebuah Negara [ Negeri Johor ]19.Kokurikulum [ Negeri Johor ]20.Pelancongan kesihatan [ Negeri Pahang ]21.OKU ( orang kurang upaya ) [ Negeri Pahang ]22.Perpaduan [ Negeri Sembilan ]23.Memartabatkan warisan budaya tempatan [ Negeri Sembilan ]

Bahagian B (Karangan Laras Sains)

1. Kebanyakan ibu moden suka menyediakan susu formula untuk anak-anak mereka, namum terdapat segenlitir ibu lebih suka menyusu anak mereka sendiri. Jelaskan ciri-ciri perbezaan antara penyusuan susu ibu dengan susu formula. [ Negeri Terengganu ]

2. Sampah atau sisa pepejal atau kitar semula [ Negeri Kelantan ]3. Memelihara biodiversity kepelbagaian biologi [ Negeri Sabah , Perak ]4. Peranan satelit dalam memajukan sesebuah Negara [ Negeri Sabah ]5. Jelaskan kesan-kesan ketidakcekapan pengurusan pembangunan fizikal

terhadap alam sekitar dan kehidupan. [ Negeri Perak ]6. Bincangkan keadah pengurusan bahan buangan pertanian yang dapat

mendatangkan manfaat kepada manusia. [ Negeri Perlis ]7. Bincangkan kewajaran dan kelemahan usaha penerokaan angakasa lepas

[ Negeri Perlis ]8. Industri ternakan haiwan [ Negeri Kedah ]9. Akuakultur [ Negeri Kedah, Perak ]10.Bahan kimia toksik mengancam kesihatan [ Negeri Pahang, Johor ]11.Wabak selesema burung ( virus influenza A, iaitu H5N1 ) [ Negeri Kelantan ]12.Penyakit kardiovaskular punca [ Negeri Melaka ]13.Impak pengambilan makanan suplemen [ Negeri Johor ]

Page 11: Pengajian Am

14.Sains dan teknologi mampu menangani krisis makanan berkhasiat [ Negeri Johor ]

15.Penyakit berbahaya. [ Negeri Kelantan ]16.Penggunaan teknologi penyinaran atau radiasi baik dan buruk [ Negeri

Pahang ]17.Hutan menjejaskan kestabilan ekologi [ Sarawak ]18.Alam sekitar [ Wilayah Persekutuan ]19.Faktor yang menyebabkan manusia diancam pelbagai penyakit pada masa

kini [ K.L ]20.Teknologi komunikasi [ Kelantan ]

TEMA LARAS SAINS: PENYAKIT MENTAL

Pengenalan‐ Penyakit Mental

Apa itu penyakit mental?

• Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yangboleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-lakuseseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan

Page 12: Pengajian Am

baik.• Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapatihampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakitmental.• Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalahantara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dandijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.Adakah semua penyakit mental serupa?Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategoripenyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:

1. Neurosis:o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalamiperubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpamenjejaskan kewarasan mereka.o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaankesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antaracontoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:�� Kemurungan�� Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau danberpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untukditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu sertamenganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedihlazim tetapi penyakit kemurungan.�� Kebimbangan�� Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah.Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebardebardan berasa takut melampau akan bahaya yang merekatidak ketahui puncanya

2. Psikosis:Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amatketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasanmereka juga terjejaso Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaibberkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka jugamempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain danmenyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi.

Page 13: Pengajian Am

Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahatkepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yangdisyakinya secara membahayakano Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan anehseperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.Contoh psikosis yang sering dialami adalah:�� Schizophrenia :�� Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruanpemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasikerja mereka juga merosot dengan ketara.�� Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):�� Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahanketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan danmenjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasakemurungan).

3. Kecelaruan Personaliti:o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatanperwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesankepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikanpunca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinyapenyakit mental.

1. Faktor genetik/ keturunan:o Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisikolebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

2. Gangguan bahan kimia dalam otak:o Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidakberfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagaicontohnya:�� Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan�� Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah�� Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau�� Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsinoradrenalin

3. Jangkitan virus:�� Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkandengan kemunculan penyakit mental.

Page 14: Pengajian Am

4. Sejarah hidup yang getir:�� Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilanganibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yangsukar

5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:�� Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalammasyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.Bolehkah penyakit mental diubati?• Ya• Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubatyang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.• Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masasebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubatsecara konsisten amat digalakkan.• Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapikognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihancarakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.Di manakah bantuan boleh diperolehi?Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untukmemberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatriakan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.

Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudanpenyakit mental?• Ya..• Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka bolehmengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kajiselidik Kesihatan GeneralHealth Questionnaire (GHQ).(Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut)GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Iabagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazimdijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.• Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ• Jika skor anda < 4 =" :"> 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara.Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untukmenjalani penilaian selanjutnya.

Page 15: Pengajian Am

Rujukan• www.medscape.com/medscape/Psychiatry/clinicalupdate• American Psychiatric Association

PENYAKIT MENTAL MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA

CONTOH SOALAN : Bilangan rakyat yang mengalami penyakit mental semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini amat membimbangkan negara kerana boleh mendatangkan kesan negatif terhadap pembinaan modal insan. Bincangkan kesan negatif tersebut

Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh mengakibatkan negara mengalami kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana produktiviti negara terjejas akibat masalah tersebut.

Presiden Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN, Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil berkata, jumlah kerugian tersebut merupakan kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi dan psikiatri.

“Kesan utama yang jelas boleh dilihat daripada masalah ini ialah ekonomi keluarga mangsa mulai terjejas dan seterusnya terhadap ekonomi negara.

“Maka jika lebih ramai rakyat Malaysia mengambil remeh terhadap masalah tekanan mental, lebih banyak kerajaan terpaksa menanggung beban daripada kesan penurunan produktiviti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus meningkat sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu berbanding 364,196 kes pada tahun sebelumnya. 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik juga menunjukkan sebanyak 11.2 peratus daripada pesakit mental terdiri daripada mereka yang berusia 16 tahun ke atas. 

Mohd. Hussain berkata, penyakit mental sebenarnya tidak mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada sesiapa sebaliknya lebih bahaya kepada negara kerana menjejaskan ekonomi negara. 

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil berat terhadap masalah tekanan hidup dengan sentiasa menjadikan hospital sebagai tempat rujukan pertama. 

Bagaimanapun ujar beliau, masalah orang ramai terutama keluarga kepada pesakit ialah mereka lebih cenderung dan mempercayai cara ubatan tradisional. 

“Kerana itu segelintir pesakit mental tidak sembuh sepenuhnya kerana tidak dirawat secara menyeluruh seperti yang diamalkan oleh pakar-pakar perubatan di hospital sakit mental dalam negara,” kata beliau. 

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Psikologi dan Psikiatri Malaysia, Dr. Abdul

Page 16: Pengajian Am

Kadir Abu Bakar bagaimanapun berkata, pertambahan pesakit mental yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan itu merupakan petanda yang baik. 

Jelas beliau, perkembangan itu menunjukkan masyarakat telah menyedari kepentingan mengawal masalah tekanan mental yang boleh membawa keburukan kepada diri pesakit jika tidak mendapatkan rawatan segera. 

Beliau berkata, tekanan dalam diri bukan sahaja menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit mental bahkan daripada segi fizikal individu itu boleh mengalami sakit jantung yang merupakan penyakit pembunuh.

KAEDAH MEMULIHKAN PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Nyatakan kaedah atau rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental.

Cara Rawatan Penyakit Mental

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan:- 

Neurosis § Psikosis Penyakit mental organik seperti nyanyuk Gangguan personaliti Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif Ketagihan dadah dan alcohol Percubaan membunuh diri Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.

Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:- Kaunseling Psikoterapi Tingkah laku Rawatan Sosial Rawatan Fizikal Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan. 

Rawatan Psikologi Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi. 

Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:

Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit. Aspek pengambilan ubat Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri. Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain. 

Page 17: Pengajian Am

PSIKOTERAPI 

Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu. 

Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-

Psikoterapi dinamik Psikoterapi kognitif Psikoanalitik psikoterapi Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini, hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik. 

Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula. 

Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain. 

Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi. 

Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir serupa. 

Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi. 

Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Higland Tower. 

TERAPI TINGKAHLAKU 

Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani. 

Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif. 

Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi social mereka biasanya terganggu. 

Page 18: Pengajian Am

Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu. 

Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka. 

SOSIAL - Latihan Asertif 

Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya. 

Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan. 

KOMUNITI 

Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka. 

Rawatan Sosial Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.

Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif

Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai dan cara mereka bertindak. 

Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

Malaysia Mental Health Association (MMHA) http://www.mentalhealth.org.my

PUNCA PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memulihkan pesakit mental.

Page 19: Pengajian Am

Kemahiran tangani tekanan cara berkesan atasi bunuh diriJIKA disorot kembali sejak awal tahun ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan untuk bunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan itu dipilih. Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan.

Pada 19 November, akhbar melaporkan cubaan membunuh diri seorang wanita berusia 38 tahun dari Kuala Terengganu yang cuba membakar diri dan bayinya berusia lapan bulan. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.

Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanak-kanak. Pada tarikh sama, seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan.

“Tahap pendidikan seseorang tidak semestinya menjadi kayu ukur buat mereka menangani masalah atau tekanan. Malah, ia juga bukan perisai menentukan keupayaan mereka berhadapan dengan tekanan.

“Sama ada berpendidikan, berkerjaya profesional atau tidak, tekanan yang tidak terkawal boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan pada akhirnya,” katanya.

Bukan semua individu dapat menangani tekanan hidup dengan baik. Cara dan tahap seseorang menerima sesuatu tekanan adalah berbeza. Mungkin bagi individu A, masalah dihadapi individu B dianggap remeh, tetapi tidak bagi individu B. Begitulah juga sebaliknya.

Kemampuan menangani tekanan bergantung kepada beberapa perkara iaitu personaliti seseorang, individu contoh seperti ibu bapa atau idolanya, ahli keluarga dan juga rakan sebaya.

Azhar tidak menafikan gaya hidup masa kini mungkin menjadi punca tekanan, turut memberi contoh negara maju seperti Eropah dan Jepun mencatatkan kadar bunuh diri yang tinggi.

Tekanan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Misalnya tekanan daripada ahli keluarga, di tempat kerja dan rakan serta persekitaran mendesak sehingga ada yang tidak sanggup berhadapan masalah. Ia bermula dengan perubahan tingkah laku yang biasanya membawa kepada kemurungan.

“Ada banyak sebab bagi kemurungan, namun yang penting adalah cara menanganinya. Orang terdekat adalah individu bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor itu.

Page 20: Pengajian Am

“Satu caranya ialah melapangkan masa untuk menjadi pendengar yang baik. Individu yang pernah cuba membunuh diri biasanya memendam rasa. Besar kemungkinan dia akan kembali mencuba. Walaupun dirawat, mereka masih lagi memerlukan perhatian,” katanya.

Selain itu, sekiranya mereka memiliki sistem sokongan yang kuat, terutamanya daripada ahli keluarga yang prihatin, masalah ini boleh diatasi. Mungkin ada yang malu mengakui mereka perlu mendapatkan rawatan kaunselor kerana bimbang dikategorikan sebagai pesakit mental, dipinggirkan keluarga dan masyarakat.

Justeru, tahap stres akan meningkat dan daripada masalah kemurungan kecil ia bertambah besar hingga mereka mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Sebenarnya, bantuan awal boleh diberi kepada mana-mana individu yang dilihat memiliki ciri kemurungan. Antaranya ialah:

•Adakah individu itu dapat melakukan tugas hariannya tanpa berasa tertekan;•Adakah individu itu mengalami masalah berat badan sama ada turun atau naik yang serius, atau perubahan tabiat tidur;•Adakah individu itu kehilangan kawan atau mendapat kawan baru yang memberi pengaruh kurang sihat;•Mengadu mengalami penyakit tidak berasas;•Tahap keyakinan diri turun mendadak;•Individu itu sering berasa letih;•Individu itu berasa tidak berguna kepada rakan, keluarga dan hidupnya;•Individu itu pernah berfikir hendak membunuh diri atau pernah cuba membunuh diri,•Individu itu tiba-tiba mula merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah.Azhar turut menekankan pengisian rohani juga bekalan perlu untuk menguatkan jiwa seseorang individu mengikut kepercayaan agama dianuti. Program Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan diperkenalkan pada 2003 juga banyak membantu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat. Pencegahan adalah ubat paling mujarab bagi mengatasi kes bunuh diri serta cubaan bunuh diri. Namun, jika gagal, kes ini mungkin membawa kecacatan kekal yang akhirnya membuatkan mereka serta orang terdekat turut sama menderita. – Bernama

LANGKAH-LANGKAH MEMULIHKAN PESAKIT MENTAL

SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memulihkan pesakit mental.

PENYAKIT MENTAL 

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang

Page 21: Pengajian Am

hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

Penyakit-penyakit psikosis. 

Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis) 

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. 

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. 

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila • keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif. 

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL 

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat

Page 22: Pengajian Am

berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. 

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan 

Psikoterapi dan kaunseling 

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. 

Rawatan psikotropik 

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Rawatan tingkahlaku 

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. 

Rawatan elektrokonvulsif 

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius. 

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

PENYAKIT MENTAL : SKIZOFRENIA

SOALAN : Skizofrenia merupakan penyakit mental di tahap kronik. Nyatakan kaedah atau rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental. 

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan

Page 23: Pengajian Am

berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting] Gambaran keseluruhanSkizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa

Page 24: Pengajian Am

yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati

Page 25: Pengajian Am

PROSEDUR RAYUAN KES JENAYAH

Prosedur rayuan kes jenayah

1) Notis rayuan difailkan dengan pendaftaran Mahkamah dalam tmpoh 14 hari selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi2) Hakim yang membuat keputusan membuat penghakiman bertulis mengenai alasan keputusan tersebut dibuat3) Pendaftaran Mahkamah membuat notis yang mengandungi rekod prosiding berserta bayaran yang ditetapkan kepada perayu ( kecuali pendakwah raya)4) Dalam tempoh 10 hari selepas notis disampaikan, perayu memfailkan petisyen rayuan berseta lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan dengan Pendaftar Mahkamah5) Pendaftar Mahkamah member salinan notis rayuan dan petisyen rayuan kepada Mahkamah Rayuan6) Pendaftar Mahkamah menyampaikan salinan rekod prosiding dan salinan notis rayuan serta petisyen rayuan kepada pihak perayu dan peguam7) Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran tangkap sekiranya rayuan dibuat terhadap tertuduh yang dibebaskan sebelum rayuan dibuat8) Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan atas alasan tertentu, notis penolakan desampaikan kepada perayu9) Jika Mahkamah Rayuan menerima rayuan tersebut, Mahkamah Rayuan member notis tentang masa dan tempat perbicaraan bagi pihak perayu

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH RAYUAN

Keanggotaan1) Terdiri daripada:a. Presiden (Pengerusi)b. 15 orang hakim lain

2) Presiden dan hakim-hakim dilantik oleh YDA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

3) Hakim Mahkamah Rayuan boleh dipilih sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan oleh Ketua Hakim Negara bagi kes-kes tertentu demi keadilan.

4) Peranan Presiden:a. Menentukan rayuan dibuat dimana-mana mahkamah di Malaysia.b. Menetapkan cuti untuk hakim-hakimnya yang berjumlah satu bulan dalam satu tahunc. Menentukan prosiding dan jumlah hakim yang mendengar dan memutuskan sesuatu kes 

5) Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan suara majoriti hakimBidang kuasa

1) Kuasa dalam kes jenayah:a. Mendengar rayuan kes jenayah yang diputuskan oleh mahkamah tinggi

Page 26: Pengajian Am

b. Mendengar rayuan atau mengkaji semula Mahkamah Sesyenc. Mendengar rayuan daripada Mahkamah Sesyend. Mendengar rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Majistret berhubung dengan persoalan undang-undang sahaja

2) Tindakan yang diambil:a. Memerintah perbicaraan semula di Mahkamah Tinggib. Mengubah keputusan Mahkamah Tinggic. Mengubah hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggid. Mendapatkan bukti-bukti tambahan melalui perbicaraan

3) Kuasa dalam kes sivil:a. Keputusan dicapai melalui pihak-pihak terlibatb. Perkara-perkara yang melibatkan nilai wang tuntutan RM250 000 keatas kecuali mendapat persetujuan Mahkamah Rayuanc. Penghakiman melibatkan kos sahaja mengikut budi bicara mahkamahd. Kes-kes dimana penghakiman Mahkamah Tinggi adalah muktamad

4) Dalam hal ini, rayuan tidak boleh dibuat terhadap keputusan hakim yang dibuat dalam kamar

TAHUKAH ANDA TENTANG DEWAN NEGARA?

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-

26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

* warganegara Malaysia* tidak kurang dari 30 tahun* waras fikiran* bukan seorang muflis* tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Page 27: Pengajian Am

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

TAHUKAH ANDA TENTANG DEWAN RAKYAT?

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-

Warga negara Malaysia

Tidak kurang dari 21 tahun

Waras fikiran

Bukan seorang muflis

Tidak mempunyai rekod jenayah

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Sumber : http://www.parlimen.gov.my/index.php?uweb=dr

MENGAPA AHLI PARLIMEN HILANG KERUSI ?

HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN RAKYAT ATAU AHLI DEWAN NEGARA

Seseorang ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara akan hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen jika beliau:(a) diisytiharkan muflis(b) memegang sesuatu jawatan berpendapatan(c) didapati tidak sempurna akal(d) dihukum penjara satu tahun penjara atau lebih atau didenda RM2 000 ke atas dan tidak diampuni(e) menjadi warganegara asing(f) tidak menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berturut-turut tanpa mendapat kebenaran daripada Speaker(g) tidak mengangkat sumpah dalam masa tiga bulan selepas dipilih atau dilantik(h) tidak menyerahkan akaun perbelanjaan kempen pilihanraya (bagi ahli Dewan Rakyat sahaja) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

Page 28: Pengajian Am

KONSEP 1 MALAYSIA (8 NILAI)

8 Nilai dalam Konsep 1 Malaysia 

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. BUDAYA KECEMERLANGAN 

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjayaDalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam,

Page 29: Pengajian Am

rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. 

Page 30: Pengajian Am

Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baikatau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi

Page 31: Pengajian Am

cabaran globalisasi/liberalisasi.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukanKelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

(Sumber :- pmr.penerangan.gov.my)

Page 32: Pengajian Am

2 HAKIM SYARIE WANITA PERTAMA MALAYSIA

KUANTAN: 4 Julai 2010 - Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sambil memanjatkan rasa syukur, Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai. “Saya anggap ini tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai lelaki,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam.

Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM.Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya kepada JKSM.

“Saya amat terharu dan berterima kasih kepada JKSM. Pelantikan ini juga bukti untuk mengubah persepsi masyarakat yang menunjukkan wanita juga mampu menggalas tugas dipikul golongan lelaki,” kata Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Penolong Pengarah Latihan JKSM itu.Terdahulu, dalam ucapan yang dibacakan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain, Najib berkata, pelantikan dua wanita itu turut menolak persepsi segelintir masyarakat yang sengaja menuduh Mahkamah Syariah mengamalkan diskriminasi gender sehingga menidakkan hak wanita dan kanak-kanak.

“Pada hari ini ramai wanita seolah merasakan diri mereka teraniaya dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya disebabkan kelewatan penyelesaian kes. Justeru, perlantikan dua Hakim Syarie ini pada pertengahan Mei lalu dapat merungkai permasalahan berkenaan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga JKSM bagi membantu pihak yang teraniaya akibat kegagalan suami melaksanakan perintah nafkah oleh Mahkamah Syariah yang bertujuan bagi usaha transformasi institusi perundangan syariah di negara ini.

“Saya berharap setiap pegawai syariah sentiasa proaktif berijtihad dalam pentafsiran hukum syariah yang fleksibel dalam mengembalikan keyakinan umum ke atas keunggulan undang-undang Islam tanpa batasan bangsa atau jantina,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut bersetuju melanjutkan had umur Ketua Hakim dari umur 58 tahun kepada 66 tahun sebagai menyempurnakan tuntutan

Page 33: Pengajian Am

transformasi selain sedia membantu bagi memberi peluang pegawai syariah melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd).Laras sastera

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO Mampu Lonjak Ekonomi Negara - PM

KUALA LUMPUR - Pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah kategori kebudayaan mampu memberi lonjakan ekonomi kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sebagai sebuah negara di mana sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting kepadanya, pengiktirafan ini juga pastinya begitu dinantikan oleh Malaysia."Saya dimaklumkan bahawa berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sesebuah kawasan atau tapak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, akan mencatatkan pertambahan kedatangan pelawat sehingga ke tahap 30 peratus pada tahun pertama," katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Melaka dan George town di Dataran Merdeka, di sini Sabtu malam.

Bagaimanapun, Abdullah berkata kerajaan kedua-dua negeri perlu berusaha sedaya upaya untuk melindungi tapak-tapak warisan itu.

"Ini adalah amat penting (untuk melindungi tapak-tapak warisan berkenaan) kerana kegagalan mereka untuk memastikan bahawa segala garis panduan yang ditetapkan, temasuklah perlunya kawalan terhadap pembangunan sentiasa dipatuhi, akan mengakibatkan pengiktirafan yang begitu kita usahakan ini akan ditarik balik," katanya.

Jika pengiktirafan itu ditarik balik, Abdullah berkata, ia adalah satu kerugian yang amat besar bukan sahaja kepada kedua-dua negeri tetapi juga kepada negara.

"Ingatlah, Malaysia hanya mempunyai tiga sahaja tapak warisan dunia. Justeru itu, pertahankanlah ia dengan apa jua cara sekalipun," katanya.

Sebelum Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia kategori kebudayaan, Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu (Sarawak) telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000.

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima watikah pengiktirafan secara rasmi daripada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia.

Hishammuddin terdahulu menerima watikah pengiktirafan itu daripada wakil UNESCO, Hubert J. Gijzen.

Abdullah berharap peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Perpaduan,

Page 34: Pengajian Am

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam Bajet 2009 akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan ketara dan tidak ketara di kedua-dua bandar itu.

Sementara itu, Abdullah melihat pengiktirafan Melaka dan Georgetown itu sebagai amat tepat dan bersesuaian.

"Sejarah Melaka dan Georgetown telah bermula sejak beratus tahun lamanya. Kedudukan kedua-dua kawasan ini begitu strategik iaitu di perairan Selat Melaka yang satu ketika dahulu menjadi laluan perdagangan terpenting antara Timur dan Barat.

"Kedatangan masyarakat dari serata dunia ke Melaka adalah permulaan kepada segalanya...Akhirnya Tanah Melayu menjadi sebuah negeri dengan penduduk berbilang bangsa hingga ke hari ini. Di situlah bermula sejarah Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia," katanya.

Abdullah berkata sejarah itu dengan jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu, masyarakat di negara ini sentiasa bersikap terbuka dan mengamalkan toleransi.

"Di tanah air kita ini, sejak dari dulu lagi, masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama serta bebas mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing dalam suasana penuh aman dan harmoni," kata Abdullah.

Sumber: Berita Harian

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

KEPENTINGAN MEMPERTAHANKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. 

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. 

Page 35: Pengajian Am

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat. 

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. 

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

CONTOH SOALAN:Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukah usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan tradisional ini?

PERBINCANGAN:

Kepentingan permainan tradisional

Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada congkak, wau,

Page 36: Pengajian Am

gasing dan sebagainya. Oleh itu, generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional kepada bangsa dan negara.

Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.

Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri. Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut oleh arus globalisasi.

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

Page 37: Pengajian Am

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? Tepuk dada tanya selera. Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh.”

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional terhadap masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya, bak kata peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.” Lantarannya golongan muda pasti terpengaruh oleh kempen tersebut dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibati permainan tradisional tersebut. Generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Nescaya pelibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah, manusia memang suka bertanding dan berlaga. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. Hal ini berjaya

Page 38: Pengajian Am

mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, “menyelam sambil minum air”.

Secara intihanya, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

BAHAN BACAAN PICISAN : KESAN BURUK KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Kadar celik huruf di kalangan penduduk Malaysia ialah 93 peratus. Namun, yang membimbangkan kita ialah sikap masyarakat, terutamanya remaja yang lebih gemar membaca bahan-bahan berbentuk picisan, iaitu bahan yang bersifat hiburan, seks, tahyul dan mistik seperti Mangga, URTV, Bacaria, Mastika dan lain-lain.Antara kesan buruk yang timbul ialah membantutkan pembangunan negara. Kita akur bahawa pembangunan dan kecemerlangan negara hanya akan menjadi kenyataan apabila masyarakatnya berilmu. Apakah kita boleh mewujudkan masyarakat yang berilmu dengan hanya membaca bahan-bahan picisan? Dengan membaca bahan picisan, hidup mereka dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia, membazir dan membuang masa. Misalnya mereka sering menghadiri konsert, disko, pub, parti dan sebagainya. Sifat ini menjadikan mereka hanyut serta tiada masa lagi untuk memikirkan soal negara dan ilmu. Tanpa kesedaran ini, pembangunan dan masa depan negara diperjudikan.Selain itu, pembacaan bahan-bahan picisan juga boleh mewujudkan pelbagai bentuk gejala sosial dalam masyarakat. Ini termasuklah kejadian rogol, sumbang mahram, bersekedudukan, bunuh, amuk, zina dan lain-lain. Gejala-gejala sosial ini mudah berlaku kerana bahan-bahan picisan telah mengeksploitasikan unsur-unsur seks, hiburan dan tahyul dalam penerbitan mereka. Aksi wanita yang mengghairahkan, hubungan bebas antara lelaki dan perempuan serta kisah-kisah peribadi yang dipaparkan telah menjadikan pembaca hilang pedoman. Bahan-bahan bacaan sebegini akan menjadikan remaja bertindak di luar kawalan. Oleh itu, tidak menghairankan apabila ada remaja yang terlibat dalam seks bebas, bohsia, bersekedudukan dan sebagainya.Seterusnya lambakan bahan-bahan picisan di pasaran telah menyebabkan merosotnya permintaan masyarakat untuk bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah dan akademik. Ini terbukti apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1000 hingga 3000 naskhah sahaja berbanding 3000 hingga 5000 naskhah pada era 80-an. Hal ini terjadi kerana masyarakat telah menjadikan bahan bacaan picisan sebagai alternatif. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila majalah Mangga boleh terjual sehingga 227 290 naskhah sebulan.Di samping itu, bahan-bahan picisan didapati telah mengeksploitasikan wanita dengan sewenang-wenangnya. Hal ini terjadi apabila majalah picisan, terutamanya telah menunjukkan wanita atau gadis jelita dengan aksi-aksi yang mengghairahkan dan menjolok mata. Misalnya ada model wanita yang mendedahkan pusat, paha, sebahagian besar dada, memakai celana mandi dan sebagainya. Hal ini tentunya tidak mans diparidang dan boleh menjatuhkan maruah wanita pada pandangan masyarakat tempatan. Di peringkat lebih luas pula, wanita yang dahulunya penuh sopan dan pemalu, kini telah dianggap sebagai objek murahan yang boleh dijual beli. Dari sini wujud pula sindiket memperdagangkan wanita.Kesan negatif terakhir ekoran meluasnya bahan bacaan picisan di pasaran ialah menularnya kepercayaan karut dan mistik, terutamanya di kalangan pembaca remaja. Kisah mayat bangkit dari kubur, kubur berasap, keris menari, pokok berpenunggu dan ilmu-ilmu ketahanan diri

Page 39: Pengajian Am

begitu menarik perhatian pembaca. Hasilnya akan lahir para pembaca, terutamanya belia yang cuba mengamalkan apa-apa petua atau panduan yang dibaca dalam kedua-dua bacaan picisan in Adakalanya petua-petua yang bersifat mistik ini boleh mengganggu pemikiran pengamalnya sehingga ada yang menjadi sasar dan nanar. Hasilnya akan berlaku kejadian amuk, bunuh dan kekecohan dalam masyarakat.Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat alaf baru seharusnya sedar akan kepentingan memilih bahan bacaan. Membaca bahan picisan ibarat menyedut racun yang berbisa sebagai santapan. Oleh itu, pemilihan bahan bacaan berbentuk ilmiah merupakan jalan terbaik dalam membina pemikiran yang sihat serta demi kemajuan negara dan masyarakat.

BAHAN BACAAN PICISAN LEBIH DIGEMARI OLEH GOLONGAN REMAJA

Bahan picisan itu boleh ditakrifkan sebagai bahan bacaan yang tidak mendatangkan sebarang

faedah kepada pembaca. Bahan bacaan sebegini juga tidak mengandungi unsur-unsur

keilmuan dan pendidikan. Bahan-bahan bacaan sebegini lebih bersifat humur, hiburan,

pornografi dan keganasan. Contoh yang paling jelas dapat dilihat pada komik- komik yang

mendapat pasaran yang amat luas di dalam negara kita.Bahan-bahan picisan lebih digemari oleh golongan remaja berbanding dengan bahan bacaan

kesusasteraan mahupun ilmiah. Apabila seorang remaja diberi pilihan sama ada komik- komik hiburan atau buku- buku ilmiah sebagai sumber bacaan untuk mengisi masa lapang, remaja tersebut akan memilih komik- komik hiburan.

Komik- komik hiburan yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan-bahan picisan adalah lebih digemari oleh golongan remaja berbanding dengan bahan bacaan kesusasteraan ataupun ilmiah. Remaja acapkali membeli bahan-bahan picisan ini dan mengidentifikasikan bahan-bahan picisan ini sebagai sesuatu yang seronok dan memberi kepuasan kepada mereka. Sumber bacaan melalui bahan ilmiah pula sering dianggap membosankan dan remeh-temeh bagi mereka. Bahan-bahan picisan boleh dicirikan melalui harganya yang murah, ilustrasi yang menarik dan bahasanya yang berslanga dan tidak menepati ciri- ciri tatabahasa yang baik. Bahan-bahan picisan ini walaupun dianggap sebagai sesuatu yang remeh- temeh, tetapi akan meninggalkan impresif kepada banyak pihak terutamanya kepada diri, masyarakat dan negara.

Faktor yang jelas dapat dilihat pada keadaan bahan-bahan picisan itu sendiri yang mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna- warni sedangkan pada bahan-bahan ilmiah hanya terdapat warna hitam dan putih sahaja. Keadaan ini sangat berbeza, memandangkan ilustrasi yang boleh ditakrifkan sebagai visual lukisan atau lakonan yang diadaptasikan ke atas kertas dengan cara yang berteknik dan menarik perhatian, adalah amat penting dalam menarik minat remaja untuk membelinya. Sudah menjadi lumrah manusia, meminati sesuatu yang berbeza daripada sesuatu yang lain, yang mempunyai variasi dari segi bentuk dan warna, dan semua itu terkandung dalam bahan-bahan picisan. Contohnya, komik- komik seperti Utopia, Ujang, Mangga dan sebagainya mencatatkan bilangan pembaca yang begitu tinggi berbanding dengan bahan-bahan ilmiah.

Kos pembelian turut mempengaruhi minat remaja untuk membeli bahan-bahan picisan. Harga bahan-bahan picisan adalah lebih murah berbanding dengan bahan ilmiah. Harga untuk bahan-bahan picisan hanyalah sekitar RM3- RM5, tetapi untuk bahan-bahan ilmiah, ada yang mencecah ratusan ringgit. Hal ini adalah membebankan remaja yang rata-ratanya masih bergelar pelajar dan tidak bekerja. Jadi, apabila ada yang murah, tentulah mereka akan membeli yang murah. Kesannya, bagi mereka yang ingin membeli buku ilmiah terpaksa mencari wang yang lebih jika ingin mendapatkan bahan-bahan ilmiah. Hal ini akan mengganggu konsentrasi pembelajaran mereka.

Tidak dinafikan oleh masyarakat kita, ibu bapalah yang mencorakkan kain putih kehidupan anak- anaknya. Jika sedari kecil lagi, remaja sudah dihidangkan dengan unsur-unsur ini maka tidak hairanlah mereka turut mewarisi tabiat ini. Contohnya, bagi ibu bapa yang menjual bahan-bahan

Page 40: Pengajian Am

picisan ini, risiko untuk anaknya menggemari bahan-bahan picisan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan anak- anak kepada seorang guru. Implikasinya, remaja akan terikut-ikut dengan gaya bahasa dan idea yang terkandung dalam sesebuah komik yang kebanyakannya memberi nilai negatif kepada remaja. Hal ini akan membawa keburukan kepada pemikiran dan tingkah laku pemangkin negara kita.

Fenomena ini jika dibiarkan secara berterusan akan membawa impak yang buruk terhadap banyak pihak. Pelbagai kemungkinan yang bakal timbul bukan sahaja meninggalkan kesan kepada individu itu sahaja, malahan tempiasnya juga akan melanda keluarga, masyarakat, negara, mahupun ke peringkat globalisasi.Akibat yang paling jelas dapat dilihat pada kesan jangka panjang ialah masa depannya sendiri. Kebarangkalian untuk remaja itu berjaya menjawat jawatan yang tinggi pada masa akan datang adalah amat tipis jika mereka tidak berusaha untuk mengubah sikap mereka sedari dari awal lagi. Perkara sebegini hanya meninggalkan kesan yang buruk sahaja kepada individu itu sendiri, malahan turut melibatkan nama keluarga. Contohnya, mereka yang lebih gemar membaca bahan ilmiah berkemungkinan tinggi untuk menjawat jawatan doktor berbanding dengan remaja yang gemar membaca bahan picisan sahaja, mungkin hanya menjawat sebagai kerani sahaja.

Pelbagai implikasi dapat dikesan dari sudut aspek sosial di negara kita berhubung fenomena ini. Lantaran itu ianya lebih merupakan satu aspek yang begitu penting untuk dititikberatkan kerana bahan-bahan picisan lebih membawa pengaruh negatif kepada diri remaja. Remaja mungkin akan meniru aksi-aksi yang terkandung dalam bahan picisan itu. Contohnya adegan pergaduhan. Sebagai remaja, mereka sentiasa berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah mereka lakukan, mereka sentiasa ingin mencuba. Maka akibat ini akan menjejaskan hubungan sosial masyarakat. Gejala sosial juga akan menjadi bertambah tenat dengan kewujudan bahan-bahan picisan yang tidak bermoral ini.

Masyarakat Melayu kita kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa itu ialah “salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali”. Segala kekurangan dan kelemahan yang kita ada ini, haruslah diperbaiki dengan mengambil langkah- langkah positif. Paling utama ialah menaikkan taraf bahan-bahan ilmiah; yakni kita perlu ada strategi yang boleh menarik minat remaja. Kita perlu merancang promosi besar-besaran bagi memberi maklumat tentang kemunculan produk keluaran baru bahan ilmiah dan mengurangkan sedikit kos pembeliannya. Pengimplimentasian promosi ini janganlah pula dilaksanakan secara “hangat-hangat tahi ayam”.

Proses pelaksanaannya perlulah dilakukan secara konsisten. Contohnya, penerbit bahan-bahan ilmiah ini boleh menyertakan sekali peraduan-peraduan tertentu di dalam buku-buku ilmiah mereka yang dijual. Natijahnya, remaja akan berminat untuk membeli dan akan menyebarkan hal ini kepada rakan- rakannya untuk membeli bahan-bahan ilmiah yang menarik ini.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang berkesan dan peka terhadap diri anak-anak. Mendidik anak-anak janganlah “seperti melepaskan batuk di tangga”. Ibu bapa sepatutnya sedar bahawa anak itu adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan baik. Tambahan pula, anak itu merupakan generasi yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Contohnya, ibu bapa yang bertanggungjawab akan dianugerahi gelaran “ibu mithali” atau “ bapa mithali” yang dianjurkan oleh persatuan- persatuan tertentu. Penganjuran peraduan ini dapat membantu menggalakkan semangat ibu bapa untuk mendidik anak- anak dengan betul, sekaligus dapat menghalang anak- anak daripada terus terjebak dengan bahan-bahan picisan.

Selain daripada faktor itu, pihak penerbit seharusnya berfikiran inovatif untuk menceriakan keadaan buku ilmiah. Inisiatif ini penting dalam menarik minat remaja untuk membacanya. Cara ini boleh diatasi dengan mewarnakan ilustrasi buku tersebut. Contohnya seperti buku- buku teks kini yang lebih berwarna- warni dan mampu menarik minat pelajar untuk membacanya seperti buku teks Sejarah tingkatan 4 dan 5.

Remaja-remaja kita pada hari ini seharusnya sedar dan bersyukur dengan kemudahan yang ada. Bahan-bahan picisan itu asalnya dari Barat. Barat pernah menjajah kita pada suatu ketika dahulu. Hidup jangan berkiblatkan Barat. Merujuk kepada kata Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Badawi, beliau menyebut pembangunan fizikal dan rohani mestilah seiring dan sejalan. Jangan biarkan

Page 41: Pengajian Am

kemudahan prasarana kita berada di kelas pertama, tetapi pemikiran minda kita di kelas ketiga. Oleh sebab itu, remaja seharusnya sedar di takuk manakah mereka berada kini.

BAHAN BACAAN PICISAN JEJAS USAHA LAHIR MASYARAKAT BERILMU

PENERBITAN, pengedaran dan penjualan bahan bacaan seperti buku, majalah, tabloid dan komik yang mengandungi unsur tahyul, khurafat serta kandungan yang bercanggah dengan akidah masih banyak di pasaran.

Bahan penerbitan picisan ini mendapat permintaan di kalangan pembaca, khususnya generasi muda disebabkan harganya murah dan mudah diperoleh, terutama di kedai kaki lima.Mengikut Bahagian Tapisan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari Januari hingga April lalu, lebih 12 buku yang memesong akidah dan mengelirukan masyarakat Islam dikesan berada di pasaran tempatan.Pada 2003 pula lebih 40 buku dikemukakan bahagian berkenaan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk diharamkan.Dengan perakuan itu, KKDN mengharamkan 35 penerbitan sepanjang 2003 selepas didapati melanggar Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984 (Pindaan) 1987. Bahan itu didapati menerbit atau menyiarkan bahan yang menyalahi garis panduan serta permit yang dikeluarkan KKDN.Dari satu segi, keadaan ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap sambil lewa penerbit atau penulis dalam mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung kandungan bahan bacaan.Dari sudut lain, ia menggambarkan sikap penerbit yang tamak meraih keuntungan daripada melunaskan tanggungjawab menerbitkan buku yang dapat membina minda masyarakat.persoalannya, wajarkah perkara ini dibiarkan berleluasa, pada hal keburukan daripada bacaan bahan itu amat serius terhadap pembangunan minda masyarakat.Kini ada pelbagai peraturan dan garis panduan, di samping beberapa akta dan enakmen negeri bagi menghalang mana-mana individu atau penerbit daripada menyiarkan sesuatu bahan penerbitan menyalahi ajaran Islam.Kesalahan ini bukan saja menyalahi undang-undang sivil, malah enakmen jenayah syariah setiap negeri memperuntukkan bentuk kesalahan dan hukuman kepada sesiapa melakukan kesalahan sedemikian.Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah Selangor umpamanya menjelaskan, mana-mana orang yang mencetak, menyiarkan atau memiliki bahan bertentangan dengan Islam, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama dua tahun.Jelas, undang-undang sedia ada mencukupi bagi mengawal mana-mana pihak terutama penerbit dan penulis daripada menyiarkan bahan yang menyalahi hukum Islam.Bagaimanapun, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan buku dan majalah berkenaan berleluasa.Di pasaran terbuka saja, tidak kurang daripada puluhan bahan penerbitan seumpamanya ini dalam versi Melayu diterbitkan setiap bulan.Itu belum termasuk bahan penerbitan yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan dijual di pasaran gelap.Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai buku sekitar Lembah Klang mendapati, masih banyak buku mengandungi unsur negatif seperti tahyul, khurafat dan seks dijual secara berleluasa.Paling mengejutkan, beberapa judul buku yang pernah diharamkan KKDN dijual, manakala penjual seolah-olah langsung tidak mengambil kisah mengenai status buku ini.Penulis juga sempat membeli buku `Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik� yang diharamkan KKDN pada 1994 di sebuah kedai buku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Page 42: Pengajian Am

Buku yang ditulis Kassim Ahmad itu walaupun kulitnya lusuh, namun kandungannya berupaya memesongkan akidah pembaca terhadap kesahihan hadis Rasulullah.Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tahap penguatkuasaan serta kenapa ia boleh dijual seolah-olah tidak ada sebarang sekatan.Dalam pada itu, difahamkan masalah ini berlaku berpunca daripada proses pewartaan pengharaman oleh KKDN yang kurang berkesan.Ada kes di mana Bahagian Kawalan Penerbitan KKDN mengambil masa lebih lima tahun untuk mewartakan pengharaman sesebuah buku, meskipun ia diperakui haram oleh Jakim.Justeru, sebelum proses pewartaan haram siap sepenuhnya, buku itu akan berada di pasaran hinggalah ada hitam putih daripada KKDN mengenai pengharamannya.Kerenah birokrasi dan kelemahan penguatkuasaan ini hendaklah segera di perbaiki demi memastikan minda masyarakat terhindar daripada ilmu songsang yang amat dicela agama.Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zakaria Stapa, berkata buku dan majalah sebegini lebih banyak mendatangkan keburukan dan secara tidak langsung akan merosak minda generasi muda masa kini.Katanya, bahan bacaan yang tidak bernilai ini sebenarnya hanya mendatangkan akibat negatif kepada sosiobudaya dan menimbulkan keresahan kepada masyarakat, terutama ibu bapa mengenai pemikiran anak mereka.Malah katanya, tidak keterlaluan jika dikatakan bahan sedemikian memberi sumbangan terhadap keruntuhan moral dan akhlak, di samping menggalakkan lagi kepercayaan terhadap perkara syirik, khurafat serta tahyul.�Usaha melahirkan masyarakat berilmu mungkin tidak akan tercapai jika pola pembacaan di kalangan masyarakat masih tertumpu pada bahan yang tidak berfaedah, apatah lagi membantu perkembangan intelektual generasi muda.�Kita amat khuatir suatu masa nanti, perkara khurafat yang amat ditegah agama akan menjadi satu kepercayaan amat menebal dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.�Kini pun ada yang percayakan bomoh hinggakan banyak kes menunjukkan mangsa sanggup menyerahkan tubuh mereka kepada bomoh,�Keadaan ini menggambarkan sikap segelintir masyarakat kita yang tidak tahu menilai mana amalan yang dibenarkan agama atau sebaliknya,� katanya.Dr Zakaria tidak menafikan, kini timbul trend baru dalam penerbitan buku dan majalah yang tertumpu pada persoalan ditegah agama atau membabitkan persoalan akidah.Umpama, kata beliau, sesuatu hukum yang sudah disepakati ulama sebagai haram masih dipersoalkan oleh segelintir penulis kononnya untuk menggalakkan masyarakat berfikir.Hakikatnya, beliau berkata, persoalan seperti aurat, azab kubur, hari kiamat dan perkara ghaib lain tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ia sudah disepakati oleh ulama muktabar.Dr Zakaria tidak menolak ada segelintir penulis di negara terpengaruh dengan corak pemikiran golongan orientalis yang mahu memesongkan akidah umat Islam.Malah katanya, dalam soal keimanan kepada perkara ghaib, aspek logik tidak sepatutnya membatasi ketetapan hukum kerana dengan akal semata-mata, manusia akan terpesong daripada landasan kebenaran.Selain penguatkuasaan beberapa langkah agresif hendaklah diambil termasuk meningkatkan lagi kempen membaca di kalangan masyarakat.�Kempen membaca bahan bacaan ilmiah perlu diperhebatkan agar semua pihak dapat mengambil langkah bijak dengan selalu membaca bahan bacaan berfaedah,� katanya.�Ia sekali gus akan melahirkan budaya membaca yang baik sama ada kepada masyarakat atau generasi akan datang.�Bahan bacaan berbentuk ilmiah dapat menjamin dan menepati piawaian bagi membentuk pertumbuhan minda sihat dan jiwa murni,� katanya.

Page 43: Pengajian Am

SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

TEMA LARAS SAINS : PENYAKIT MENTAL

PENYAKIT MENTAL 

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

* Penyakit-penyakit psikosis.* Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis) 

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya

Page 44: Pengajian Am

berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif. 

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL 

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. 

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan

Psikoterapi dan kaunseling 

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. 

Rawatan psikotropik 

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Page 45: Pengajian Am

Rawatan tingkahlaku 

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. 

Rawatan elektrokonvulsif 

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius. 

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

TAHUKAH ANDA ?

Tahukah Anda?

Pada Julai 2008, Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kategori kebudayaan manakala Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu (Sarawak) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000. TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARACONTOH SOALAN:Bandaraya Bersejarah Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bincangkan kesan daripada pengiktirafan tertinggi tersebut kepada negara Malaysia.

Apakah maksud Tapak Warisan Dunia UNESCO?

7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua tempat bersejarah di negara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebelum ini, pada tahun 2000, Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi.Tahukah adik-adik apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’? Apakah kelebihan tapak ini dan apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapat pengiktirafan tersebut?

Definisi Tapak Warisan Dunia (TWD)Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung, tasik, padang pasir,

Page 46: Pengajian Am

monumen, bangunan, kompleks dan bandar.

Pemilihan Tapak Warisan DuniaPemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada 21 buah negara.

Apabila kerajaan Malaysia menghantar pencalonan ke atas Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown untuk dinilai oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO, kesemua 21 buah negara yang terlibat telah bersetuju mengiktiraf kedua-dua bandaraya ini sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Nota: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi inisiatif kerja sama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan mempunyai 190 negara ahli termasuk Malaysia.

Kepentingan Tapak Warisan DuniaApabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.

Apabila kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua tempat ini terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut. Jawatankuasa tersebut, yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak Warisan Dunia Melaka dan Georgetown, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jawatankuasa inilah yang bertindak memelihara dan memulihara kedua-dua Tapak Warisan Dunia tersebut daripada segala bentuk tindakan yang boleh merosakkan nilai sejarah yang ada sehingga menyebabkan pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh UNESCO.

Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara kerana tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala generasi akan datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara mereka.

Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke semasa ke tapak-tapak tersebut.

Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan DuniaAdik-adik, untuk mendapat status Tapak Warisan Dunia bukanlah perkara yang mudah. Kerajaan Malaysia sendiri telah berusaha sejak tahun 2001 supaya Melaka dan Georgetown diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Selepas tujuh tahun, barulah negara kita menerima pengiktirafan tersebut, iaitu setelah semua ciri-ciri yang diperlukan berjaya dipenuhi.

Apakah keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai Bandaraya Warisan Dunia?Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang istimewa. Melaka dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang telah dibangunkan sejak lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan budaya antara Timur dan Barat.

Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan, tempat ibadah dan

Page 47: Pengajian Am

kubu yang dibina.

Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar. Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam.

Bukit St Paul, Melaka

Manakala di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar. Kawasan ini termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.

Komitmen Kerajaan dan RakyatKita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Dengan itu, wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila.DICATAT OLEH RAZALI SAMAD DI 9:17 AM 0 ULASAN  

PERSEMBAHAN GRAFIK

Bahagian ini merupakan bahagian persembahan grafik @ mengalih bentuk teks linear kepada bukan linear. Bentuk teks linear berkaitan

deskriptif, naratif, informatif, penghujahan dan penilaian. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah memahami isi kandungan yang tersurat dan

tersirat, mengemukakan idea secara logik dan sistematik, menganalisis fakta dan data yang diberi, membuat penghitungan dan membuat

taakulan. 

PANDUAN MEMILIH MEDIA MENGIKUT SOALAN

Disini, sekali lagi saya akan memberi sedikit panduan dari segi pemilihan media

mengikut kehendak soalan

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

Page 48: Pengajian Am

1. GRAF BAR PIRAMID

*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang

Contoh soalan :

Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai

untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke

negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005

Elemen :

1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.

2. Tahun 2004

3. Tahun 2005

Elemen berpasang :

1. jenis barangan

2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN

*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza

Contoh soalan :

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf

yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta

harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Elemen :

1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import

2. Harga petroleum mentah

Nilai :

1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import

2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA

graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik,

petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN

kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran

peratus @ kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah

Page 49: Pengajian Am

PANDUAN MEMBINA MEDIA BERSISTEMATIK

Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.

1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur

yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di

dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.

Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa

dan tempat yang sama.

Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir

menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis

disebelah kanan.

Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang

lain.

Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk

garisan yang berlapis.

Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.

Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk

menampakkan kejelasan media yang dibina.

Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan

yang dibina.

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara

penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :

1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )

2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang

betul.

3. Perlu ada skala .

4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.

5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan

dan bawah media..

PANDUAN MEMILIH MEDIA

Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang

sesuai seperti berikut, pelajar harus beri perhatian kepada key words

Page 50: Pengajian Am

KABUR

*sukar untuk menentukan jenis media

*pelajar perlu meneliti data dalam petikan

*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan1 :

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf

yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam

pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.

Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis

Contoh soalan 2

Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai

untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke

negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005

Media : Graf piramid kompaun

Contoh soalan 3

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf

yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta

harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Media : Graf gabungan (bar kompaun)

GRAF GARIS KOMPAUN DAN KOMPONEN

Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk

memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna

dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk

menunjukkan jumlah, graf garis ini unik

(a) dua paksi y

(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah

kanan.

(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut

(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah

maksimum dicapai

Page 51: Pengajian Am

Sekiranya ada persoalan boleh kemukakan disini

CARA MENGENALI JENIS GRAF

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :

1. Graf bar (kompaun / komponen)

2. Graf garis (kompaun / komponen)

3. Graf gabungan bar dengan garis

4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)

5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)

6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN

1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis

media*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan 1 :

Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,

sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah

daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga

2004.

Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:

Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk

menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.

Media : carta pai perbandingan

CARA MENULIS TAJUK GRAF DENGAN TEPAT

Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan

tepat. Baiklah, saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul.

INGAT..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M... JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN

DENGAN BETUL Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title sentence-

maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi

CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan

Page 52: Pengajian Am

Peruntukkan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia

Ketujuh.

2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala

Lumpur.

3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun

1990,1993, dan 1995 antara Bandar dengan Luar Bandar di Malaysia.

4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun

1996hingga Tahun 2002.

5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh

Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.

Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan huruf kecil dalam

warna biru. Jika ada lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan, sila

pos supaya saya dapat memberi bimbingan.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja.

Tetapi jika ada kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau

tempat...barulah markah maksimum yang ditentukan ialah 6m.Buat masa ini tiada

peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-harap tajuk CAPS LOCK ( semua

huruf besar) boleh diterima

GRAF BAR

Hari Jumaat 14 Ogos 2009, anda akan pelajari Graf Bar. Graf bar digunakan untuk

menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan mudah. Graf bar sesuai

digunakan untuk membuat perbandingan atau melihat perubahan sesuatu

pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.

Kuliah yang akan cikgu beri berkaitan dengan Graf Bar dan terdapat 4 jenis graf

bar yang perlu anda kuasai. iaitu:

a) Graf bar kompaun / histogram

b) Graf bar komponen

c) Graf bar memesong / cermin

d) Graf bar piramid

PENTAFSIRAN BAHAN GRAFIK

Bahagian E merupakan pentafsiran bahan grafik @ mengalih bentuk teks bukan linear kepada linear. Bentuk teks bukan linear seperti jadual, graf,

Page 53: Pengajian Am

carta dan gambar rajah. Manakala tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengenali dan memahami ciri teks bukan linear, memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai serta memindahkan dan membina

media teks linear daripada teks bukan linear. KUMPULAN 5

KUMPULAN 4

Page 55: Pengajian Am

2. Dapatkan data bagi pemboleh ubah berdasarkan nilai skala pada paksi

menegak graf bar. Unit kuantiti pemboleh ubah juga perlu dikenal pasti

3. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun

dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang

membentuk bar pemboleh ubah tersebut

4. Perhatikan juga sebarang catatan tambahan atau nota kaki di bahagian

bawah media. Sekiranya terdapat data anggaran, perkataan "anggaran"

perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR

Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan

1. Teliti dan fahami graf bar yang diberikan

2. Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar

3. Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)

4. Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah

keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan

peratusan)

Isi dan Huraian

1. Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi

2. Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun)

terlebih dahulu

3. Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan

4. Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan

kehendak soalan)

5. Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh

ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah

yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah

6. Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan

daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan

7. Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada

perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

Page 56: Pengajian Am

1. Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat

yang diberikan dalam graf bar

KOLOKIUM PELAJAR PRA U

Kolokium merupakan perjumpaan @ persidangan yang tidak formal untuk membincangkan perkara yang bersifat ilmiah dan berbincang secara

berkumpulan. Kolokium mengandungi satu syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti. 

PENGENALAN KPD KOLOKIUM STK

KOLOKIUM PRA-U

SEKOLAH TINGGI KLUANG

Kertas Kerja

Kertas Kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan

ilmiah, misalnya kolokium, simposiun, seminar atau persidangan. Di samping itu kertas

kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah

tertentu.

Kolokium

Kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk

membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara

berkumpulan.

Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya

Colloquium ialah :

A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist

of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to

colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask

questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the

opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new

ideas.

Dalam akademik, kolokium lazimnya mengandungi satu syarahan yang diberikan oleh ahli

komuniti akademik tentang kerjanya kepada rakan yang berkerja dalam bidang

berdekatan.[1] Para pendengar dijangkakan untuk menanyakan soalan dan menilai kerja

Page 57: Pengajian Am

yang dibentangkan. Kolokium juga menyediakan para sarjana ilham bagi memulakan ilham

tahap baru.

Kolokium lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan di kalangan ahli akademik

atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-

wenangnya di sebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui

ketetapan atau resolusi akhir.

Format Kertas Kerja

Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang gtertentu. Berikut adalah

format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak.

Kertas dan Saiz

Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari jenis

simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

Jidar/Margins

Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi

lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.

Huruf/Fonts

Huruf Times New Roman, Courier atau Arial bersaiz 12pt kerap digunakan. Huruf dan saiz

yang digunakan mestilah konsisten dan tidak bercampur-campur.

Jarak Antara Baris

Jarak yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5 spacing). Bagi memulakan ayat

baru selepas tanda noktah, perlu di ruangkan sebayak 2 ruang (2 space bar).

Muka Surat

Nombor Roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi

kandungan, sinopsis, abstrak, senarai jadual, penghargaan dsb.

Nombor angka 1, 2, 3 dan seterusnya digunakan untuk muka surat seterusnya bermula

dari pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran.

Kulit Hadapan

Menggunakan kertas tebal berwarna biru (warna buku peraturan STK). Huruf yang

Page 58: Pengajian Am

digunakan bersaiz 16pt dan ditaip semuanya berhuruf besar. Kedudukan mestilah di

tengah-tengah (center text).

@www.pam900.blogspot.com

KOLOKIUM PELAJAR PRA U

Kolokium merupakan perjumpaan @ persidangan yang tidak formal untuk membincangkan perkara yang bersifat ilmiah dan berbincang secara

berkumpulan. Kolokium mengandungi satu syarahan yang diberikan oleh ahli komuniti. 

SUSUNAN PENULISAN KOLOKIUM

Susunan dan Urutan

Contoh

Halaman

Penghargaan i

Isi kandungan ii

Abstrak iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Konsep 2

3.0 Tinjauan Literature

(mengikut keperluan) 5

3.1 Sub-sub judul 8

4.0 10

5.0 ............... 13

6.0 Cadangan 15

7.0 Rumusan 16

Rujukan 17

Lampiran 18

Topik dan Tajuk

1. Topik tersebut ada manfaat dan layak dibahas.

2. Menarik

Page 59: Pengajian Am

3. Diketahui dengan baik

4. Ada bahan sokongan dan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang dipilih harus dihadkan skopnya agar perbicaraannya tidak terlalu luas atau

terlalu sempit. Setelah topik diperolehi maka perlaksanaan topik harus dinyatakan dalam

suatu tajuk.

Topik ialah pokok pembicaraan, sementara tajuk semacam nama atau label suatu kertas

kerja.

Peringatan tentang Tajuk

a. Perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik

b. Biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan

c. Gunakan istilah yang btepat dan padat

d. Tidak mengandungi singkatan atau akronim

Kerangka Kertas Kerja

Kerangka merupakan himpunan ide utama yang disusun secara sistematik. Kerangka

berguna sebagai pedoman penulisan tersebut.

Contoh :

Tajuk :

Pengenalan

Kandungan :

1. ____________________

2. ____________________

3. ____________________

Cadangan

Rumusan

Format Rujukan

a. Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

i) Tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.

“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang.......”

ii) Nama pengarang ditulis pada akhir ayat.

Page 60: Pengajian Am

“Oleh itu, kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang........ (Paredis, 1993).”

iii) Sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang.

“Senggaraan secara berjadual......telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).”

iv) Sumber dirujuk dihasilkan oleh tiga atau lebih pengarang.

“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan..............................”

Rujukan/Bibliografi

Ciri penting dalam sesuatu penulisan ilmiah adalah kejujuran ilmiah iaitu bentuk

pernyataan tentang hasil penelitian/penulisan orang lain yang disajikan dalam penulisan

tersebut. Rujukan/Bibliografi berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan.

Contoh menulis Rujukan.

a) Buku

Wan Zahid Mohd Nordin (1993). “ Wawasan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

b) Artikel dalam buku

Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership.” dlm. Mikac, N. “School Leadership.”

Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

c) Artikel dalam jurnal

Halinger, J.F. (1985). “ Assessing.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

d) Tesis

Wan Ali Kazim (1993). “Demografi Penduduk......” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana

Pendidikan.

e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan

Salim Salam (2000). “Peranan Pengetua........” PPD Kluang, Johor: Kertas kerja tidak

diterbitkan.

Penjilidan

Kertas kerja kolokium perlu dijilidkan menggunakan kaedah gegelung. Kulit depan dan

belakang sama iaitu warna biru (warna kulit buku peraturan STK)

Page 61: Pengajian Am

KOLOKIUM : TARIKH PEMBENTANGAN

Kertas Kerja Kolokium Pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang

1. Dibuat secara berkumpulan (5-6 pelajar) di bawah pengawasan seorang guru pembimbing.2. Kertas Kerja – Sekurang-kurang 20 muka surat.3. Semasa pembentangan pelajar boleh dibahagikan mengikut tugasan seperti – pembentang, mengawal selia komputer, menjawab persoalan yang berbangkit.4. Masa pembentangan 20 minit.5. Penghantaran tugasan. Kertas Kerja dan Power Point (Soft dan Hard Copy)

Topik/Tema1. Ko-kurikulum – Kepentingan Khidmat Masyarakat dalam membentuk sahasiah2. Kurikulum – Penjadualan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Pra-U3. Kurikulum - Sistem Kuliah dan Tutorial – Pro dan kontra4. Pilihanraya MPPU – Memperkasa Kepimpinan