pengajian am

21
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4 TEMA 1 : EKONOMI (PERNIAGAAN ) KERJA CADANGAN PBS PENGAJIAN AM TAJUK PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 6 TERHADAP KEWUJUDAN PREMIS PERNIAGAAN MAKANAN KECIL-KECILAN DI SEKITAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA. NAMA: TANISHAA A/P CHANDRAN NO KAD PENGENALAN: 940812 02 5810 ANGKA GILIRAN: SK 0517/1082 KELAS: 6A3 (2013)

Upload: rana-dheera

Post on 13-Dec-2014

560 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO BIJAYA SETIA

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

900/4

TEMA 1 : EKONOMI (PERNIAGAAN )

KERJA CADANGAN PBS

PENGAJIAN AM

TAJUK

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 6 TERHADAP KEWUJUDAN PREMIS PERNIAGAAN MAKANAN KECIL-KECILAN DI SEKITAR SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA.

NAMA: TANISHAA A/P CHANDRAN

NO KAD PENGENALAN: 940812 02 5810

ANGKA GILIRAN: SK 0517/1082

KELAS: 6A3 (2013)

Page 2: Pengajian Am

OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengkaji persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap kewujudan premis perniagaan makanan kecil-

kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia.

2) Mengenal pasti daya tarikan pelajar tingkatan 6 terhadap premis perniagaan makanan kecil-

kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia.

KAEDAH KAJIAN

Page 3: Pengajian Am

MENGGUNAKAN KAEDAH TEMU BUAL

o Menemu bual 30 orang responden-responden iaitu pelajar tingkatan 6 yang sering

membeli makanan kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia.

MENGGUNAKAN KAEDAH SOAL SELIDIK

o Menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 30 orang pelajar tingkatan 6

yang sering membeli makanan kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia yang terdiri daripada 2 bahagian.Semua responden diminta menjawab semua soalan.

MEMBUAT RUJUKAN

Internet / laman sesawang

o Mencari maklumat tentang peranan dan definisi premis perniagaan di sekitar Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia bagi mendapatkan maklumat untuk menjalankan kajian.

Page 4: Pengajian Am

BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 6

TERHADAP MAKANAN KECIL-KECILAN DI SEKITAR SEKOLAH SMK DATO BIJAYA SETIA.

A) Diharapkan anda dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan di dalam borang ini. Sila BULATKAN jawapan anda.

Latar belakang pengunjung :

1) JANTINA ( LELAKI / PEREMPUAN )

2) BANGSA

MELAYU / CINA / INDIA / LAIN-LAIN( SILA NYATAKAN..................)

3) Pernahkah anda pergi ke premis perniagaan makanan kecil-kecilan di sekitar sekolah SMK Dato Bijaya Setia.

PERNAH / TIDAK PERNAH

4) Bagaimana anda mengetahui premis perniagaan makanan kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia ini?

MELALUI RAKAN / TAHU SENDIRI

5) Pelajar tingkatan 6 suka mengunjungi premis perniagaan kecil-kecilan tersebut kerana :..............................................................................................................................................................................................................................................................

6) Apakah jenis-jenis makanan yang terdapat di premis perniagaan kecil-kecilan tersebut? ................................................................................................................................................................................................................................................................

7) Apakah makanan kecil-kecilan yang sering dibeli oleh pelajar tingkatan 6??........................................................................................................................................................................................................................................................................

8) Berapakah Tahap kebersihan makanan premis perniagaan makanan kecil-kecilan tersebut.

MEMUASKAN / BAIK / SANGAT BAIK

Page 5: Pengajian Am

A) SILA TULISKAN JAWAPAN MENGIKUT SKALA YANG DINYATAKAN DI BAWAH.

1) LEMAH 2) KURANG MEMUASKAN 3)SEDERHANA 4)BAIK 5)CEMERLANG

1)Layanan pekerja di premis makanan. ( )

2)Aspek dari segi keselamatan di premis makanan tersebut. ( )

3)Kualiti keselesaan. ( )

4)Kemudahan tempat meletak kenderaan. ( )

5)Kebersihan premis makanan tersebut ( )

6)Mutu makanan ( )

7)Bayaran yang dikenakan adalah patut. ( )

8)Kebersihan pekerja-pekerja yang bekerja di situ. ( )

9)Masa yang diambil untuk menghidang makanan yang dipesan. ( )

10)Secara keseluruhannya sejauh manakah anda berpuas hati dengan

perkhidmatan yang disediakan di premis perniagaan tersebut. ( )

Page 6: Pengajian Am

LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia yang terletak di Bandar

Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kajian ini dilakukan di sekitar sekolah tersebut untuk mengkaji

persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap kewujudan premis perniagaan makanan kecil-kecilan.

Kajian ini mendapat sokongan dan respon daripada 30 orang responden yang merupakan

daripada pelajar tingkatan 6 yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini kerana, pemilihan lokasi

ini disebabkan oleh, kawasan ini sememangnya senang untuk membuat kajian kerana lokasi ini

terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia. Selain itu, responden-responden

untuk kajian ini juga merupakan pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia.

Page 7: Pengajian Am

PENGHARGAAN

Saya Tanishaa a/p Chandran dari kelas 6A3 Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam

pengumpulan maklumat tentang tajuk persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap kewujudan premis

perniagaan makanan kecil-kecilan hingga terhasilnya kerja kursus ini dengan sempurna.

Ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya serta pihak sekolah terutamanya kepada Tuan Pengetua,

iaitu En Krishnamurthy A/L Suranna, pengetua Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia yang telah

banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nurita binti Jamaludin, guru Pengajian Am tingkatan 6A3

yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian ini dilaksanakan.

Tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya selama ini dalam

menyiapkan kajian ini. Saya ingin berterima kasih kepada responden-responden kerana sudi di temu

bual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini.

Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Page 8: Pengajian Am

Pengambilan makanan harian dapat membekalkan tubuh badan dan mental seseorang individu

untuk mencapai gaya hidup yang sihat. Setiap masyarakat harus menyedari makanan yang diambil

bukan sahaja perlu untuk menampung kandungan khasiat dan zat makanan tetapi mengambil kira

dari aspek yang halal. Premis makanan kecil-kecilan bermaksud sebuah kedai yang kecil dan

kawasan tempat diuruskan perniagaaan makanan dan minuman termasuk makanan segera.

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap kewujudan premis

perniagaan makanan kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia.

Saya memilih tajuk persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap kewujudan premis perniagaan makanan

kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia ini adalah untuk

mengetahui pandangan pelajar tingkatan 6 tentang kewujudan premis perniagaan makanan di sekitar

sekolah tersebut.Dengan kajian ini, saya dapat melihat kepentingan premis perniagaan makanan kecil-

kecilan ini kepada pelajar tingkatan 6 terutama sekali selepas waktu persekolahan.

SENARAI KANDUNGAN

Page 9: Pengajian Am

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Sinopsis 1

2 Senarai kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Pengenalan 4

5 Objektif kajian 5

6 Lokasi kajian 6

7 Kaedah kajian 7

8 Dapatan kajian dan perbincangan 8-11

9 Kesimpulan 12

10 Rujukan 13

11 Lampiran 14

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Rajah 1: Pandangan pelajar terhadap premis perniagaan makanan kecil-kecilan.

Page 10: Pengajian Am

Pandangan pelajar terhadap premis perniagaan makanan kecil-kecilan

SEDERHANA BAIK

Bilangan Peratus% Bilangan Peratus%Mutu makanan 15 50% 15 50%

Harga yang dikenakan adalah berpatutan

21 70% 7 30%

Kebersihan premis makanan 27 90% 3 10%

Layanan pekerja di premis makanan

12 40% 18 60%

Berdasarkan kajian yang dijalankan iaitu tajuk persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap premis

perniagaan kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia

didapati beberapa sebab-sebab yang utama yang telah dikenal pasti iaitu layanan pekerja di premis

makanan, kebersihan premis makanan, bayaran yang dikenakan adalah patut dan mutu makanan yang

terdapat di premis makanan kecil-kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya

Setia.

Antara sebab pelajar tingkatan 6 membeli makanan di premis perniagaan kecil-kecilan yang

pertama yang dapat dikaji berdasarkan daripada kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan melalui

0

5

10

15

20

25

30

Persepsi pelajar tingkatan 6 terhadap kewujudan premis perniagaan makanan

kecil-kecilan di sekitar SMK DBS

SEDERHANA BAIK

Page 11: Pengajian Am

edaran 30 borang soal selidik ialah terdapat pelbagai jenis makanan kecil-kecilan seperti gerai yang

menjual keropok, rojak, ais kacang, dan minuman.Walaupun hanya gerai-gerai tersebut kecil, malah

mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar tingkatan 6. Bukan sahaja pelajar tingkatan 6 malah,

pelajar-pelajar lain juga membeli di gerai tersebut.

Hal ini mengambarkan bahawa peranan kepelbagaian makanan yang terdapat di premis perniagaan

makanan kecil-kecilan yang menpengaruhi bilangan pelanggan yang berkunjung serta menikmati

makanan yang ditawarkan. Berdasarkan Rajah 1 bilangan responden yang bersetuju bahawa mutu

makanan kecil-kecilan ini merupakan salah satu daripada sebab-sebab gerai tersebut mendapat

kunjungan yang ramai terutamanya pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya

Setia seramai 30 orang responden kesemuanya serta peratusan yang dicatatkan ialah 18 orang

daripada 30 orang responden tersebut menyatakan bahawa mutu makanan yang jual di premis

perniagaan tersebut adalah baik. Hal ini menunjukkan bahawa mutu makanan sesebuah premis

perniagaan makanan kecil-kecilan adalah memainkan peranan yang penting dalam mencari persepsi

utama kepada kewujudan premis perniagaan makanan kecil-kecilan ini.

Seterusnya bayaran yang dikenakan adalah patut juga memainkan peranan yang penting dalam

kewujudan premis perniagaan makanan kecil-kecilan ini. Hal ini kerana, pengunjung bagi gerai-gerai

yang berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia ini adalah terdiri

daripada pelajar-pelajar sekolah,maka, harga yang dikenakan oleh peniaga itu haruslah berpatutan dan

kualiti makanan juga berpatutan dengan harga makanan tersebut.Selain itu, peniaga tersebut

menjualkan makanan-makanan yang berkualiti bersamaan dengan harga makanan tersebut.

Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia mudah membeli makanan kecil-kecilan seperti keropok, ais

kacang, rojak dan lain-lain ini kerana sama Agama, Bangsa, Bahasa dan yang utama iaitu citarasa yang

sama. Seperti yang kita sudah maklum bahawa rakyat Malaysia merupakan gemar makan makanan

kecil-kecilan seperti makanan yang ringan.Selain itu, responden-responden bagi kajian ini iaitu

Page 12: Pengajian Am

seramai 27 orang daripada 30 orang responden menyatakan bahawa harga yang dikenakan pada

makanan di gerai-gerai tersebut adalah sedehana dan 3 orang daripada 30 orang responden

menyatakan bahawa harga itu berpatutan iaitu baik.

Selain daripada itu,bukan sahaja kualiti makanan perlu menitik beratkan malah,kebersihan premis

makanan di sekitar sekolah juga harus dititik beratkan. Hal ini kerana,bahawa makanan yang dijual di

gerai atau pun kedai tersebut haruslah tertutup,kerana mengelakkan daripada bakteria atau kuman-

kuman. Hal ini kerana, gerai-gerai ini terletak di sekitar sekolah dan berhampiran dengan jalan.

Walaubagaimanapun,gerai ataupun kedai yang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato

Bijaya Setia ini mendapat respon daripada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar

tingkatan 6 seramai 21 orang menyatakan bahawa kedai tersebut boleh dikategorikan sebagai

sederhana,dan seramai 7 orang menyatakan bahawa baik.

Selain itu, layanan pekerja di premis perniagaan makanan kecil-kecilan tersebut merupakan salah

satu cara yang baik untuk mendapat pelanggan yang banyak. Sebagai contohnya,apabila seorang

peniaga memberi layanan yang baik maka,pelanggannya akan sentiasa mengunjungi kedainya

tersebut.Oleh sebab ini, peniaga tersebut dapat melihat keuntungannya dengan baik. Bagi layanan

pekerja di premis perniagaan makanan kecil-kecilan ini mendapat respon daripada seramai 15 orang

daripada 30 orang responden yang merupakan pelajar tingkatan 6 menyatakan bahawa layanan

pekerja di premis tersebut adalah baik dan bakinya 15 orang responden menyatakan bahawa layanan

pekerjanya adalah sederhana.

Jadual 2 : Bilangan jantina pelajar tingkatan 6 yang sering ke premis perniagaan makanan

kecil-kecilan di sekitar SMK Dato Bijaya Setia.

Page 13: Pengajian Am

Jantina Bilangan pelajar yang sering membeli

makanan di premis perniagaan makanan

kecil-kecilan

LELAKI 12

PEREMPUAN 18

LELAKIPEREMPUAN

Rajah 2 telah menunjukkan jantina dan bilangan pelajar yang sering membeli makanan kecil-

kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia selepas mendapat respons

daripada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah

Kebangsaan Dato Bijaya Setia.

Carta ini juga menunjukkan bahawa bilangan jantina lelaki mengunjungi premis perniagaan

makanan kecil-kecilan tersebut itu lebih kurang daripada bilangan jantina perempuan,iaitu bilangan

pelajar perempuan ialah seramai 18 orang daripada 30 orang responden dan 12 orang pelajar lelaki

yang mengunjungi gerai dan kedai tersebut.

Hal ini kerana,bilangan jantina perempuan lebih banyak daripada bilangan lelaki. Selain

itu,responden untuk kajian ini iaitu,tajuk persepsi terhadap makanan kecil-kecilan ini, saya lebih

mendapatkan maklumat daripada pelajar perempuan berbanding dengan pelajar lelaki.

Page 14: Pengajian Am

Selain itu,pelajar perempuan juga memberikan pendapatkan mereka bahawa pelajar lain iaitu,pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia yang lain terutamanya pelajar perempuan sangat

mengunjungi premis perniagaan makanan kecil-kecilan tersebut berbanding dengan pelajar lelaki.

SINOPSIS

Tajuk kajian saya ialah PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 6 TERHADAP KEWUJUDAN

Page 15: Pengajian Am

PREMIS PERNIAGAAN MAKANAN KECIL-KECILAN DI SEKITAR SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA di sekitar Sungai Petani, Kedah. Objektif

kajiannya ialah mengkaji pandangan pelajar tingkatan 6 terhadap premis perniagaan makanan kecil-

kecilan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia, Sungai Petani, Kedah. Selain itu,

mengkaji kelebihan premis perniagaan makanan kecil-kecilan ini di kalangan pelajar tingkatan 6

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia, Sungai Petani dan mengkaji sambutan masyarakat

pelajar tingkatan 6 terhadap premis perniagaan makanan kecil-kecilan ini. Saya melakukan kajian ini

berdasarkan skop kawasan kajian di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia,

Sungai Petani. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada empat kaedah

iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan iaitu melalui

laman sesawang. Dalam kajian ini 30 orang responden dipilih untuk memberikan pandangan mereka

terhadap premis perniagaan makanan kecil-kecilan ini. Dapatan utama yang diperolehi daripada kajian

ini ialah dapat mengetahui apakah pandangan pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato Bijaya Setia terhadap makanan ringan. Kesimpulannya, gerai ataupun kedai ini dapat bertahan

beberapa tahun dan mendapat sambutan kerana mutu makanan dan kelebihan yang terdapat di kedai

berkenaan.