penerbitan bermutu masyarakat berilmu · pdf fileguna tentang perkakasan kompu-ter dan...

1
Halaman Sebelas BERITA HARIAN Isnin, 14 November 2005 PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU Laman Teknologi Maklumat Oleh Abdul Razak Mohammad 5 ATU lagi laman yang akan diperkenalkan dalam portal KaryaNet Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Laman Teknologi Maklumat. Laman ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan dan ke- hendak pengguna pada masa kini dalam mengharungi ledakan tek- nologi komunikasi dan maklumat. Antara kandungan laman ini ia- lah Tutorial, Perkakasan, Permai- nan, Info, Petua dan Glosari. “Tu- torial” membantu pengguna mem- pelajari perisian komputer dalam bentuk panduan langkah demi langkah. “Perkakasan” pula mem- berikan maklumat kepada peng- guna tentang perkakasan kompu- ter dan spesifikasi perkakasan yang terkini serta menambah baik perkakasan dan prestasi komputer peribadi. Pengguna turut dibim- bing membaiki kerosakan kompu- ter. Sementara “Permainan” mem- berikan peluang kepada pembaca mengulas produk permainan baha- ru yang terdapat dalam pasaran dan membimbing pengguna memilih permainan. “Info” menyajikan fak- ta sejarah serta tokoh yang terlibat dalam penciptaan teknologi komu- nikasi dan maklumat. “Petua” pula menyediakan mak- lumat tentang komputer dan pan- duan membeli atau memilih kom- puter yang baik. Laman ini juga menyediakan ruangan “Glosari” sebagai kemudahan pengguna un- tuk mendapatkan huraian yang te- pat sesuatu istilah teknologi komu- nikasi dan maklumat. Laman ini masih dalam pering- kat pembinaan dan akan menemui pengguna portal KaryaNet pada ta- hun 2006. Menghayati Kegemilangan Anbiya' * ERSEMPENA dengan Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2005, Bahagian Agama, Fal- safah dan Tamadun Islam menga- dakan Majlis Bicara Buku Siri Ke- gemilangan Anbiya' (SKA) di De- wan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Majlis yang dianjurkan dengan ker- jasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan ini bertujuan memperke- nalkan buku SKA kepada seramai 300 orang pelajar dari 25 buah se- kolah kebangsaan di sekitar daerah Kuantan dan para ibu bapa. Buku tulisan Mohd. Zaidi Sani dan Ayessha Abdullah Scott ini di- terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pustaka Yamein. Setakat ini sebanyak 100 jilid sudah diterbitkan, antaranya Kisah Nabi Musa (20 jilid), Kisah Nabi Ibrahim (20 jilid), Kisah Nabi Isa (30 jilid) dan Kisah Nabi Yusuf (20 jilid). Mengikut perancangan, SKA akan diterbitkan sebanyak 300 jilid berkisarkan pada kisah 25 orang nabi. Fakta dan penulisan SKA di- semak dan diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ada empat kaedah untuk meng- hayati buku ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah ka- edah belon, kaedah kotak “Tahu- kah Anda”, perbendaharaan kata, dan menguji kefahaman anda. Ke- empat-empat kaedah ini merupa- kan kekuatan buku ini selain cerita yang dirujuk daripada pelbagai ba- han rujukan yang muktabar dan sahih. Selain pengisahan yang baik bu- ku ini disokong oleh ilustrasi yang cantik, menarik dan berkualiti. Penghasilan ilustrasinya merujuk pada bahan yang sahih dengan se- dikit penambahan dan imaginasi pelukis untuk memahami jalan ce- rita. Majlis yang mengimbau keheba- tan Nabi-nabi sebagai pengajaran dan peringatan untuk umat Islam ini turut dihiasi dengan pelbagai acara yang berkaitan. Antaranya pertandingan melukis dengan membuat gambaran tentang kisah yang terdapat dalam dua buah buku dalam SKA. Diadakan juga kuiz untuk ibu bapa dan pelajar yang soalannya berkisar tentang buku SKA. Bacaan al-Quran oleh johan qari sekolah-sekolah daerah Kuantan membuka majlis yang dirahmati Allah itu. Manakala persembahan nasyid oleh johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah daerah Kuantan memperteguh penghaya- tan terhadap majlis ilmu itu. Majlis ini secara keseluruhannya dibim- bing oleh salah seorang editor SKA, saudara Azimin Daud. Oleh Akibah Hassan dan Azimin Daud SINOPSIS BUKU M e l a n g ka h ke Alaf Ba h a r u * UKU ini merupakan koleksi ucapan Yang Amat Berba- hagia Tun Dr. Mahathir Mo- hamad yang disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO sema- sa beliau menerajui parti tersebut. Teks ucapan Presiden UMNO yang dimuatkan di dalam buku ini didokumentasikan dengan tujuan untuk menambahkan pengetahu- an berhubung dengan sejarah per- juangan UMNO yang sinonim de- ngan usaha memajukan dan mem- bangunkan negara sepanjang de- kad kemerdekaan hingga kini. Teks ucapan itu telah diulas dan dikupas oleh penyelenggara buku ini untuk memberikan kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat menghayati mesej yang disampaikan oleh Presiden UMNO. Pendokumentasian ucapan Pre- siden UMNO ini merupakan lang- kah yang wajar kerana ucapan-uca- pan itu mengandungi pemikiran dan wawasan perjuangan UMNO sejak tahun 1951 hingga kini. Melalui cara ini, pemikiran dan wawasan pemimpin UMNO dapat disampaikan kepada seluruh ahli UMNO, khususnya dan orang Me- layu, umumnya pada masa kini dan masa akan datang. Bagi generasi kini dan akan da- tang amat wajar menyelami se- jarah perjuangan UMNO dalam mengekalkan kemerdekaan nega- ra dan memajukan negara untuk mencapai Wawasan 2020 serta menjadikan Malaysia sebuah ne- gara yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia. PEDOMAN PENERBITAN P ro s e s Pe n i l a i a n M anuskrip 2 ADA keluaran ini kita akan membincangkan proses pe- nilaian manuskrip pula. Ber- ikut dinyatakan proses penilaian yang dilakukan oleh editor DBP terhadap judul atau karya baharu daripada penulis. Proses penilaian manuskrip atau hasil karya penulis yang lengkap di- terima oleh editor umumnya akan dinilai dari aspek persembahan ba- han teks, gaya bahasa dan idea. Editor boleh memutuskan sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan dengan menyemak aspek keseluruhan persembahan karya itu seterusnya mengesahkan bahan ma- nuskrip yang diterima lengkap. Kemudian editor akan mengenal pasti penilai daripada pangkalan da- ta dan membuat pelantikan penilai. Biasanya orang yang dilantik sebagai penilai harus mempunyai kelayakan akademik dan berpengetahuan da- lam bidang yang diceburinya serta mahir ilmu tersebut. Penilai yang dilantik perlu mempunyai masa yang cukup untuk membaca atau menilai manuskrip dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh DBP. Selain itu, mereka harus mempunyai minat dan rasa tanggungjawab terhadap ma- nuskrip tersebut. Tujuan penilai dilantik adalah un- tuk memastikan kesesuaian ma- nuskrip yang bakal diterbitkan dari segi fakta, kerelevanan dan mutu persembahan penulisannya berda- sarkan keadaan semasa. Biasanya tempoh penilaian diberi selama sa- tu bulan. Penilai akan membuat laporan atau komen terhadap ma- nuskrip itu berdasarkan borang khas yang disediakan. Setelah siap dinilai, manuskrip tersebut akan dihantar semula kepada editor. Editor akan meminta penulis membuat penambahbaikan ma- nuskrip sekiranya ada berdasarkan laporan atau komen penilai dan editor. Tempoh sebulan diberikan kepada penulis untuk membaiki manuskrip tersebut. Kemudian pe- nulis perlu membuat pengesahan dan pengakuan bertulis setelah membuat penambahbaikan. Jika ti- ada penambahbaikan, editor akan menyediakan laporannya kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) dan Ja- watankuasa Penerbitan (JKP) DBP. Seterusnya manuskrip yang dinilai serta permohonan judul daripada Kertas Cadangan akan melalui proses kelulusan daripada JKE/JKP untuk ke- lulusan terbitan. Judul-judul yang lu- lus layak diterbitkan manakala yang ditolak perlu dimaklumkan kepada penulis ataupun membuat beberapa perubahan berdasarkan komen ja- watankuasa tersebut sebelum dihan- tar semula untuk kelulusan. Oleh Rohana Abdul Rahman JOHAN Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Daerah Kuantan membuat persembahan. LAMAN Teknologi Maklumat yang bakal menemui pengguna pada tahun 2006.

Upload: phunghanh

Post on 22-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU · PDF fileguna tentang perkakasan kompu-ter dan spesifikasi perkakasan yang terkini serta menambah baik perkakasan dan ... Melalui cara ini,

Halaman S ebelasBERITA HARIAN Isnin, 14 November 2005

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU

Laman Teknologi MaklumatOleh Abdul Razak Mohammad

SATU lagi laman yang akandiperkenalkan dalam portalKaryaNet Dewan Bahasa dan

Pustaka ialah Laman TeknologiMaklumat. Laman ini diwujudkanuntuk memenuhi keperluan dan ke-hendak pengguna pada masa kinidalam mengharungi ledakan tek-nologi komunikasi dan maklumat.

Antara kandungan laman ini ia-lah Tutorial, Perkakasan, Permai-nan, Info, Petua dan Glosari. “Tu-torial” membantu pengguna mem-pelajari perisian komputer dalambentuk panduan langkah demilangkah. “Perkakasan” pula mem-berikan maklumat kepada peng-guna tentang perkakasan kompu-ter dan spesifikasi perkakasanyang terkini serta menambah baikperkakasan dan prestasi komputerperibadi. Pengguna turut dibim-

bing membaiki kerosakan kompu-t e r.

Sementara “Permainan” mem-berikan peluang kepada pembacamengulas produk permainan baha-ru yang terdapat dalam pasaran danmembimbing pengguna memilihpermainan. “Info” menyajikan fak-ta sejarah serta tokoh yang terlibatdalam penciptaan teknologi komu-nikasi dan maklumat.

“Petua” pula menyediakan mak-lumat tentang komputer dan pan-duan membeli atau memilih kom-puter yang baik. Laman ini jugamenyediakan ruangan “Glosari”sebagai kemudahan pengguna un-tuk mendapatkan huraian yang te-pat sesuatu istilah teknologi komu-nikasi dan maklumat.

Laman ini masih dalam pering-kat pembinaan dan akan menemuipengguna portal KaryaNet pada ta-hun 2006.

Menghayati Kegemilangan Anbiya'

BERSEMPENA dengan BulanBahasa dan Sastera Negara2005, Bahagian Agama, Fal-

safah dan Tamadun Islam menga-dakan Majlis Bicara Buku Siri Ke-gemilangan Anbiya' (SKA) di De-wan Pejabat Pelajaran DaerahKuantan, Pahang Darul Makmur.Majlis yang dianjurkan dengan ker-jasama Pejabat Pelajaran DaerahKuantan ini bertujuan memperke-nalkan buku SKA kepada seramai300 orang pelajar dari 25 buah se-kolah kebangsaan di sekitar daerahKuantan dan para ibu bapa.

Buku tulisan Mohd. Zaidi Sanidan Ayessha Abdullah Scott ini di-terbitkan oleh Dewan Bahasa danPustaka dengan kerjasama PustakaYamein. Setakat ini sebanyak 100jilid sudah diterbitkan, antaranyaKisah Nabi Musa (20 jilid), KisahNabi Ibrahim (20 jilid), Kisah NabiIsa (30 jilid) dan Kisah Nabi Yusuf(20 jilid).

Mengikut perancangan, SKAakan diterbitkan sebanyak 300 jilidberkisarkan pada kisah 25 orangnabi. Fakta dan penulisan SKA di-semak dan diluluskan oleh JabatanKemajuan Islam Malaysia.

Ada empat kaedah untuk meng-hayati buku ini.

Kaedah-kaedah tersebut ialah ka-edah belon, kaedah kotak “Tahu-kah Anda”, perbendaharaan kata,dan menguji kefahaman anda. Ke-empat-empat kaedah ini merupa-kan kekuatan buku ini selain ceritayang dirujuk daripada pelbagai ba-han rujukan yang muktabar dansahih.

Selain pengisahan yang baik bu-ku ini disokong oleh ilustrasi yangcantik, menarik dan berkualiti.Penghasilan ilustrasinya merujukpada bahan yang sahih dengan se-dikit penambahan dan imaginasipelukis untuk memahami jalan ce-rita.

Majlis yang mengimbau keheba-tan Nabi-nabi sebagai pengajarandan peringatan untuk umat Islamini turut dihiasi dengan pelbagaiacara yang berkaitan. Antaranyapertandingan melukis denganmembuat gambaran tentang kisahyang terdapat dalam dua buah bukudalam SKA. Diadakan juga kuizuntuk ibu bapa dan pelajar yangsoalannya berkisar tentang bukuSKA.

Bacaan al-Quran oleh johan qarisekolah-sekolah daerah Kuantanmembuka majlis yang dirahmatiAllah itu. Manakala persembahannasyid oleh johan pertandingannasyid sekolah-sekolah daerahKuantan memperteguh penghaya-tan terhadap majlis ilmu itu. Majlisini secara keseluruhannya dibim-bing oleh salah seorang editor SKA,saudara Azimin Daud.

Oleh Akibah Hassan dan Azimin Daud

SINOPSIS BUKU

M e l a n g ka hke AlafBa h a r u

BUKU ini merupakan koleksiucapan Yang Amat Berba-hagia Tun Dr. Mahathir Mo-

hamad yang disampaikan dalamPerhimpunan Agung UMNO sema-sa beliau menerajui parti tersebut.

Teks ucapan Presiden UMNOyang dimuatkan di dalam buku inididokumentasikan dengan tujuanuntuk menambahkan pengetahu-an berhubung dengan sejarah per-juangan UMNO yang sinonim de-ngan usaha memajukan dan mem-bangunkan negara sepanjang de-kad kemerdekaan hingga kini.

Teks ucapan itu telah diulas dandik upas oleh penyelenggara bukuini untuk memberikan kefahamankepada seluruh rakyat Malaysiaagar dapat menghayati mesej yangdisampaikan oleh Presiden UMNO.

Pendokumentasian ucapan Pre-siden UMNO ini merupakan lang-kah yang wajar kerana ucapan-uca-pan itu mengandungi pemikirandan wawasan perjuangan UMNOsejak tahun 1951 hingga kini.

Melalui cara ini, pemikiran danwawasan pemimpin UMNO dapatdisampaikan kepada seluruh ahliUMNO, khususnya dan orang Me-layu, umumnya pada masa kini danmasa akan datang.

Bagi generasi kini dan akan da-tang amat wajar menyelami se-jarah perjuangan UMNO dalammengekalkan kemerdekaan nega-ra dan memajukan negara untukmencapai Wawasan 2020 sertamenjadikan Malaysia sebuah ne-gara yang cemerlang, gemilangdan terbilang di persada dunia.

PEDOMAN PENERBITAN

P ro s e sPe n i l a i a nM anuskrip

PADA keluaran ini kita akanmembincangkan proses pe-nilaian manuskrip pula. Ber-

ikut dinyatakan proses penilaianyang dilakukan oleh editor DBPterhadap judul atau karya baharudaripada penulis.

Proses penilaian manuskrip atauhasil karya penulis yang lengkap di-terima oleh editor umumnya akandinilai dari aspek persembahan ba-han teks, gaya bahasa dan idea.Editor boleh memutuskan sama adamanuskrip itu sesuai atau tidak untukditerbitkan dengan menyemak aspekkeseluruhan persembahan karya ituseterusnya mengesahkan bahan ma-nuskrip yang diterima lengkap.

Kemudian editor akan mengenalpasti penilai daripada pangkalan da-ta dan membuat pelantikan penilai.Biasanya orang yang dilantik sebagaipenilai harus mempunyai kelayakanakademik dan berpengetahuan da-lam bidang yang diceburinya sertamahir ilmu tersebut. Penilai yangdilantik perlu mempunyai masa yangcukup untuk membaca atau menilaimanuskrip dalam tempoh masayang ditetapkan oleh DBP. Selain itu,mereka harus mempunyai minat danrasa tanggungjawab terhadap ma-nuskrip tersebut.

Tujuan penilai dilantik adalah un-tuk memastikan kesesuaian ma-nuskrip yang bakal diterbitkan darisegi fakta, kerelevanan dan mutupersembahan penulisannya berda-sarkan keadaan semasa. Biasanyatempoh penilaian diberi selama sa-tu bulan. Penilai akan membuatlaporan atau komen terhadap ma-nuskrip itu berdasarkan borangkhas yang disediakan. Setelah siapdinilai, manuskrip tersebut akandihantar semula kepada editor.

Editor akan meminta penulismembuat penambahbaikan ma-nuskrip sekiranya ada berdasarkanlaporan atau komen penilai daneditor. Tempoh sebulan diberikankepada penulis untuk membaikimanuskrip tersebut. Kemudian pe-nulis perlu membuat pengesahandan pengakuan bertulis setelahmembuat penambahbaikan. Jika ti-ada penambahbaikan, editor akanmenyediakan laporannya kepadaJawatankuasa Editorial (JKE) dan Ja-watankuasa Penerbitan (JKP) DBP.

Seterusnya manuskrip yang dinilaiserta permohonan judul daripadaKertas Cadangan akan melalui proseskelulusan daripada JKE/JKP untuk ke-lulusan terbitan. Judul-judul yang lu-lus layak diterbitkan manakala yangditolak perlu dimaklumkan kepadapenulis ataupun membuat beberapaperubahan berdasarkan komen ja-watankuasa tersebut sebelum dihan-tar semula untuk kelulusan.

Oleh Rohana Abdul Rahman

JOHAN Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Daerah Kuantan membuat persembahan.

LAMAN Teknologi Maklumat yang bakal menemui pengguna pada tahun 2006.