perkakasan komputer mikro

19
PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO 2.1 PARAS SISTEM KOMPUTER MIKRO 2.1.1 Mencari kerosakan PC (Troubleshoot) Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus, perisian yang kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan pengguna yang kurang mahir. Untuk mencari kerosakan secara sistematik, dua carta direka bagi memudahkan tugas. Cara-cara mencari kerosakan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja Carta 1- Semasa mula Startup Carta 1 memaparkan komputer baru dihidupkan sehingga ke skrin CMOS. Sekiranya diperingkat ini komputer meragam, tindakan-tindakan dibuat mengikut langkah-Iangkah yang tertentu seperti yang dicadangkan. Biasanya ini berlaku pada komputer baru yang belum diuji keseluruhannya. Carta 2 -Semasa mula paparan Windows dan dalam Windows Carta 2 meliputi bahagian selepas skrin CMOS. Seperti juga di Carta 1, tindakan dibuat mengikut kesesuaian. Kerosakan biasanya berlaku pada komputer yang sudah sekian lama beroperasi dan meragam setelah bermacam-macam perubahan dilakukan ke atasnya. 1

Upload: fazrul-rosli

Post on 30-Jul-2015

313 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

2.1 PARAS SISTEM KOMPUTER MIKRO

2.1.1 Mencari kerosakan PC (Troubleshoot)

Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus, perisian yang

kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan pengguna yang kurang

mahir. Untuk mencari kerosakan secara sistematik, dua carta direka bagi memudahkan tugas.

Cara-cara mencari kerosakan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja

Carta 1- Semasa mula Startup

Carta 1 memaparkan komputer baru dihidupkan sehingga ke skrin CMOS.

Sekiranya diperingkat ini komputer meragam, tindakan-tindakan dibuat mengikut langkah-

Iangkah yang tertentu seperti yang dicadangkan. Biasanya ini berlaku pada komputer baru

yang belum diuji keseluruhannya.

Carta 2 -Semasa mula paparan Windows dan dalam Windows

Carta 2 meliputi bahagian selepas skrin CMOS. Seperti juga di Carta 1, tindakan dibuat

mengikut kesesuaian. Kerosakan biasanya berlaku pada komputer yang sudah sekian lama

beroperasi dan meragam setelah bermacam-macam perubahan dilakukan ke atasnya.

1

Page 2: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Carta mencari kerosakan 1(semasa startup)

2

Monitor Gelap Bunyi beep berulang

Periksa RAM, kad VGA, kabel-kabel

antara monitor dan

Periksa suis bekalan elektrik, suis komputer dan suis monitor Paparan mula

BIOS

OK

a) Periksa plag bekalan elektrik, fius dan

semua kabel antara monitor ke komputer

serta monitor ke

b) Periksa butang cerah/gelap monitor (Uji sebelum ke c )

c) Periksa kad VGA dan RAM (longgar atau

senget)

a) Buka perkakasan cakera keras, pemacu cakera liut dan pemacu CD-ROM. Uji papan induk, RAM dan kad VGA sahaja (Uji sebelum ke b )

b) Tukar RAM, kad VGA dan monitor (Uji satu persatu) (Uji sebelum ke c )

c) Akhir sekali tukar dan uji prosesor atau papan induk

CARTA 2

Tidak

Tidak

Tidak

Ya

Ya

Ya

Page 3: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Carta mencari kerosakan 2(Dalam Windows)

3

Ya

Paparan BIOS OK

Kesan cakera keras dengan CMOS setup (tekan kekunci Del semasa memulakan

komputer)

Tidak boleh Boot atau ralat tiada partition/Sistem

Mesej ralat tiada cakera keras?

Semasa operasi timbul Skrin Biru Maut Blue screen of Death

Buat partition dan format. Pasang sistem operasi

a) Mungkin ada 2 *.DLL yang sama, tukar nama fail *.dll lama dan simpan

b) Buang program yang terakhir yang disyaki

Windows Startup berhenti separuh jalan

a) Konflik driver perisian atau perkakasan. Buang driver atau

upgrade driver.

b) Keluarkan perkakasan (seperti kad bunyi) yang disyaki

c) Pasang semula Win95/98/Me sekiranya gagal

Pergi ke Safe Mode (Tekan F8 semasa

memulakan komputer)

a) Buang perisian yang mengganggu

b) Pasang semula Windows sekiranya Safe Mode gagal

YaTidak

Tidak

YaTidak

Ya

Tidak

Page 4: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

2.2 KOMPONEN ELEKTRONIK DANELEKTROMEKANIKAL KOMPUTER MIKRO

2.2.1 Papan Pemprosesan Utama (Motherboard)

Papan Pemproses Utama juga dikenali Papan Induk merupakan perkakasan yang paling

penting dalam sesebuah komputer. Papan ini mengandungi mikropemproses pusat (CPU)

yang menentukan kapasiti ingatan yang boleh disimpan, jenis-jenis perisian yang boleh

digunakan dan kelajuan pemprosesan. Pemilihan papan induk bergantung kepada tugasan

yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai

perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya.

Papan Induk Soket & Slot

Jenis CPU & Kelajuan MHz Pin Voltan CPU

Soket 1 SX/SX2 DX2 DX4 Overdrive 169 5V2 SX/SX2 DX2 Pentium Overdrive 238 5V

3SX/SX2 DX2 Pentium Overdrive SX/SX2 DX2 Pentium Overdrive

237 5V 3.3V

4Pentium 60/66 Pentium 60/66 Overdrive

273 5V

5Pentium 75/90/100/120 Pentium 90/100 Overdrive

320 3.3V

6 DX4 DX4 Pentium Overdrive 235 3.3V

7Pentium 75/90/100/120/133/150/166 Pentium MMX /200 K5 K6 6X86 6X86MX IBM/Cyrix MII 333 MHz

321 2.5-3.3V

8 Pentium Pro 387 3.1/3.3V

Super 7AMD K6-2 Cyrix M2 IBM 6X86 AMD K6-2 <00/450 MHz AMD K6-3 <00 MHz

321 2-3.5V

Slot 1Celeron 233/265/300/300A/333 Pentium III 450/500/550/600 MHz

242 3.8-3.3V

Soket 370Celeron 366 Celeron 400/433/466 MHz

370 2.8-3.3V

Slot A Athlon K7 500/550/600/650 MHz - -

Jadual 2.2.1(a): Senarai papan induk (socket dan slot) untuk pelbagai CPU

Papan Induk Soket & Slot Jenis CPU Kelajuan MHz Sistem Bas

Slot 1 atau Soket 370Intel Celeron 600/633/677 Mhz Intel Pentium III 650/667/700 Mhz

Slot A atau Soket A

4

Page 5: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

AMD Duron 650/700 MHz AMD Thunderbird 700 MHz

Soket A AMD Duron 750/800/850/900/950 (FSB 200 MHz) AMD Thunderbird 900 (FSB 200MHz) 950MHz/1GHz/1.1GHz/1.13GHz/1.2GHz/1.4GHz (FSB 266 MHz)

Soket 307Intel Celeron 700MHz/733 (FSB 66MHz) 800MHz/850MHz/900MHz/950MHz/1GHz/ (FSB 100MHz) P III 733MHZ/800MHz/866MHz/ 933MHz/1GHz (FSB 133MHz)

Soket 432 P4 1.3/1.4/1.5/1.6/1.7/1.8 GHz (Pentium 4) (FSB 400MHz)

Soket 478Intel P4 1.5/1.6/1.7GHz

Jadual 2.2.1(b): Senarai papan induk (socket dan slot) untuk pelbagai CPU

2.2.2 Komponen dan Susun Atur Papan Pemprosesan Utama

Rajah 2.2.2 : Contoh papan induk ATX Slot 1 atau Socket 370 (sisipan)

Komponen-komponen utama papan induk :-

i. BIOS akronim bagi sistem input-output asas.

ii. Cache Aras 2 merupakan sejenis RAM Statik.

iii. Chipset adaalah litar-litar bersepadu dalam satu unit yang melakukan beberapa tugasan

biasa.

iv. Pelompat (Jumper) yang digunakan jenis fizikal atau suis.

v. Slot RAM bagi SIMM dan DIMM

5

Page 6: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

vi. Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP.

vii. Slot FPP dan HDD

viii. Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX

ix. Penyambung USB.

x. Komponen pengkalan (Port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri.

xi. PS/2 iaitu penyambung untuk peranti seperti tetikus.

xii. CMOS dan bateri CMOS

2.2.3 Soket CPU

CPU direka dengan jenis soket (papan induk) yang bersesuaian untuknya. CPU Pentium IV

umpamanya, menggunakan papan induk soket 423 dengan RAM Rambus dan terakhir papan

induk soket 478 direka untuk Pentium IV dengan memori SDRAM. Rajah 2.2.3 berikut

merujuk kepada soket penyambungan CPU 486.

Rajah 2.2.3: Soket Penyambungan CPU 486

Jadual 2.2.3 pula menunjukkan jenis-jenis CPU dan soket papan induk yang bersesuaian dengannya

CPUPentium (Classic)

Pentium MMX

AMD K6 AMD K6-II AMD K6-III Pentium Pro OverDrive

SOKET / SLOT

Soket 7 Soket 7 Soket 7 Soket 7 Soket 7 Soket 8 Soket 8

CPU CeleronPentium II

Pentium III

Athlon Xeon Itanium

SOKET / SLOT

Soket 370 / Slot 1

Slot 1 Slot 1 Slot 1 Slot 1 Slot M

Jadual 2.2.3: CPU dan jenis-jenis soket

2.2.4 Slot Ingatan (RAM) dan Pengembangan

Merujuk kepada rajah 2.2.4, RAM kecil A digunakan pada papan induk 286, 386 dan pada

sesetengah 486. Ia mempunyai 30 pin dan tidak dikeluarkan lagi pada masa kini. RAM B

merupakan jenis normal iaitu FPM (Front Page Mode) atau EDO (Extended data out) yang

6

Page 7: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

mempunyai 72 pin. RAM EDO digunakan untuk papan induk Pentium dan RAM FPM

digunakan untuk papan induk 486. RAM C merupakan SDRAM dengan 168 pin yang biasa

digunakan pada papan induk soket 370 slot 1 dan Pentium 3.

Rajah 2.2.4: Rupabentuk slot pengembangan RAM

2.2.5 Penyambung Bekalan Kuasa

Rajah 2.2.5(A) menunjukkan sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk jenis AT.

Terdapat antara 3 atau 4 sambungan kuasa seperti rajah A dan B di dalam sesebuah kotak

komputer. Sekiranya sambungan kuasa perlu ditambah, satu penyesuai khas (adapter) seperti

rajah C digunakan. Soket D disambungkan ke plug B untuk menambahkan kuasa bekalan.

Bagi papan induk jenis ATX, suis kuasa dipasang terus ke papan induk. Ini ditunjukkan oleh

rajah 2.2.5(B).

Rajah 2.2.5 : (A) Sambungan kuasa P8 dan P9

7

Page 8: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

(B) Pemasangan suis kuasa ke papan induk

2.2.6 Penyambung Peranti IDE, FDD, Labuhan Sesiri dan Selari

Pemacu elektronik bersepadu (IDE) merupakan antaramuka bagi menghubungkan cakera

keras dengan sistem komputer dan ia mampu menampung 2 cakera keras dalam komputer

pada satu masa. Rajah 2.2.6(a) dan (b) menunjukkan contoh kabel penyambungan IDE dan

penyambungan cakera keras ke papan induk.

(a) (b)

Rajah 2.2.6: (a) Kabel Penyambungan (b) Kaedah penyambungan dari pemacu cakera ke papan induk

Labuhan sesiri biasanya menyokong penggunaan peranti yang mempunyai penghubung

(connector) 9 pin. Terdapat labuhan sesiri lain yang dikenali sebagai labuhan komunikasi

(communication port-COM), PS/2, DB-25 dan digunakan oleh peranti seperti tetikus.

Labuhan ini membolehkan perkakasan yang mempunyai antaramuka sesiri berkomunikasi

dengan sistem komputer dengan memindahkan 1 bit maklumat dalam satu masa.

DB-9 PS/2

Rajah 2.2.7: Contoh penyambung labuhan sesiri

Labuhan selari biasanya menyokong penggunaan peranti yang mempunyai penghubung

(connector) 25 pin. Ia juga dikenali sebagai labuhan LPT1 (Line Printer 1). Labuhan ini

membolehkan perkakasan yang mempunyai antaramuka selari berkomunikasi dengan sistem

komputer dengan memindahkan 8 bit maklumat serentak.

8

Page 9: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Rajah 2.2.8 : Contoh penyambung labuhan selari

2.3 UNIT PEMPROSESAN UTAMA (CPU)

Unit pemprosesan pusat atau CPU merupakan otak dan jantung bagi sesebuah sistem

komputer. Ia berperanan menterjemahkan data input kepada maklumat output yang lebih

bermakna. CPU juga merupakan litar elektronik yang dinamakan mikropemproses. CPU

berperanan untuk melaksana serta mengawal keseluruhan operasi komputer. Hampir semua

pengiraan serta penentuan logikal dilaksanakan disini.

2.3.1 Pemilihan dan Perbezaan CPU

KOMPUTER CPU TAHUN JUMLAH TRANSISTOR

TALIAN DATA

Generasi 1 8086 & 8088 1978-1981

29,000 16 bit

Generasi 2 80286 1982 134,000 16 bitGenerasi 3 80386DX

80386SX1985-1988

275,000 32 bit

Generasi 4 80486SX, 80486DX, 80486DX2 80486DX4

1989-1992

1,600,000 32 bit

Generasi 5 Pentium, Cyrix 6X86, AMD K5 IDT WinChip C6

1993-1995199619961997

3,300,000

3,500,000

32 bit

Generasi 5 yang ditingkatupaya

Pentium MMX, IBM/Cyrix 6x86MX IDT WinChip2 3D

199719971998

4,500,0006,000,0006,000,000

64 bit

Generasi 6 Pentium Pro, AMD K6, Pentium 2, AMD K6-2

1995199719971998

5,500,0008,800,0007,500,0009,300,000

64 bit

Generasi 6 yang ditingkatupaya

Mobile Pentium II, Mobile Celeron, Pentium III,AMD K6-3 & Pentium III CuMine.

1999 27,400,00018,900,0009,300,000?28,000,000

64 bit

Generasi 7 AMD Original Athlon, AMD Athlon Thunderbird, Pentium 4.

19992000

22,000,00037,000,00042,000,000

128 bit

Jadual 2.3.1 : Ciri dan perbezaan CPU

2.3.2 Prinsip Frekuensi Operasi

9

Page 10: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Frekuensi operasi sesuatu CPU diukur mengikut bilangan operasi yang dapat dilakukan dalam

masa satu saat. Ia diukur dalam unit Hertz (Hz). Secara ringkasnya kelajuan frekuensi CPU

dijelaskan seperti jadual 2.3.2 berikut. Untuk mengira frekuensi sebenar operasi CPU, kita

ambil nilai 10MHz, ini bermakna CPU tersebut melaksanakan satu operasi lengkap dalam

masa 1/10 MHz iaitu bersamaan dengan 1 nanosaat

Jenis CPU

Bilangan Talian Data (Bit)

Kelajuan Jam (MHz)

Kegunaan

Intel 4004 4 - Mesin kira, Intel 8080 8 - Pengawal lampu isyaratIntel 8086 16 4.77, 8 & 10 Komputer Peribadi

Intel 8088 16 4.77 & 8Mikropemproses piawai bagi komputer pada ketika itu.

Intel 80286 16 6, 8, 10 &12Mikropemproses piawai bagi komputer pada ketika itu.

Intel 80386 32 16, 20, 25 & 33 Komputer Desktop

Intel 80486 3220, 25, 33, 50 & 66

Komputer Peribadi keupayaan tinggi, notebook

Intel Pentium 3260, 66, 75, 90, 100, 120 & 130

Desktop, notebook, komputer pelayan dan desktop keupayaan tinggi

Intel Pentium PRO

6460, 66, 166 & 200

Komputer pelayan, stesen kerja dan desktop keupayaan tinggi,

Intel Pentium MMX

6466, 200, 233, & 266

Komputer pelayan, stesen kerja dan desktop keupayaan tinggi,

Intel Pentium 2

64233, 266, 300, 333, 350, 400, 450 & 500

Kegunaan umum

Intel Pentium 3

64450, 500, 800, 850, 866, 933, 1130

Kegunaan umum (permainan komputer dan internet)

Intel Pentium 4

128Antara 1300 - 1500

Internet audio dan video, pemproses imej, 3D, CAD, permainan, multimedia dan multitasking

Jadual 2.3.2 : Contoh kelajuan jam CPU Intel.

2.3.3 Prinsip Frekuensi Bas

Bas ialah saluran perhubungan bagi penghantaran maklumat digit dalam sistem komputer.

Terdapat 3 jenis talian bas dalam sistem komputer iaitu bas kawalan, bas data dan bas alamat.

10

Page 11: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Setiap talian bas ini mempunyai frekuensi kelajuannya sendiri. Dua ciri penting dalam

spesifikasi sesuatu bas adalah keupayaan interrupt request dan direct memory access (DMA).

Selain daripada itu, bas juga dikategorikan mengikut jenis pemindahan data yang digunakan.

Bas segerak, menghantar data apabila menerima satu isyarat pemasaan bagi satu kitar lengkap

(5 – 50MHz). Bas tak segerak memerlukan isyarat acknowledge (ACK), dimana masa operasi

dikira berdasarkan jumlah kitar yang genap. Frekuensi bas biasanya diukur berdasarkan clock

rates yang disokong oleh CPU dan motherboard tertentu.

Jenis Bas Kelajuan Maksimum Jumlah Bit Data

Jumlah Bit Alamat

PC bus 10MHz (pada sesetengah klon)

8 20

ISA bus 8MHz (pada sesetengah klon ia lebih laju)

16 24

MCA 8MHz 32 32VESA 33MHz 32 32EISA 8MHz 32 32PC Cards 33MHz 16 26PCI 33MHz 32 32CardBus 33MHz 32 32AGP 66MHz 32 32Mini PCI 33MHz 32 32

Jadual 2.3.3 : Contoh Jenis-jenis Bas dan kelajuannya.

2.4 UNIT INGATAN (RAM)

RAM (Random Acess Memory) merupakan salah satu komponen unit ingatan utama bagi satu

sistem komputer selain daripada ROM. Ingatan yang diwakili oleh RAM merupakan ingatan

capaian rawak dan bersifat meruap (Volatile), iaitu data yang disimpan dalam RAM akan

hilang sebaik sahaja bekalan kuasa dimatikan. RAM membenarkan data ditulis dan dibaca ke

dalam unit ingatannya. Terdapat dua jenis RAM yang biasa digunakan dalam sistem

komputer iaitu SRAM (RAM static) dan DRAM (RAM dynamic).

Semua cip ingatan dikelaskan kepada beberapa kategori:

Cara pembungkusan dimana yang ada di pasaran terdiri daripada DIP (Dual Inline

Package), SIPP (Single Inline Package), SIMM (Single Inline Memory Module), DIMM

(Dual Inline Memory Module), kad PCMCIA , CompactFlash dan pelbagai lagi.

Kelajuan capaian iaitu sepantas mana suatu cip boleh mencapai data atau maklumat

sesaat. Masa capaian bagi cip ingatan yang normal biasanya dalam nanopersaat (40ns,

50ns, 60ns, 70ns dan 80ns) dan serendah 8ns bagi cip yang mahal dan mempunyai

kelajuan yang tinggi.

11

Page 12: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Kapasiti ingatan atau berapa banyak bilangan bit data yang boleh disimpan dalam satu-

satu cip ingatan; contohnya DIMM mempunyai kapasiti ingatan 32MB~1024MB.

2.4.1 Saiz Ingatan

Saiz ingatan bagi satu komputer disebut secara ringkas dalam unit Kilobyte (210 byte = 1024 bait), Megabyte (220 byte = 1,048,576 bait) dan Gigabyte (230 byte = 1,073,741,824 bait). Penjelasan seterusnya berkaitan saiz ingatan boleh dirujuk kepada Jadual 2.4.1 berikut.

BIT

Dalam sistem perduaan ‘0’ dan ‘1’ dan dipanggil “bit” iaitu hurf ringkas bagi “Binary Digit”

Unit data yang paling kecil dapat difahami oleh komputer

BAIT (BYTE)

Lapan bit akan menjadi satu bait (byte) atau satu aksara (huruf, nombor atau tanda bacaan)

Satu aksara seperti huruf (A, B, C), nombor (1,2,3) atau tanda (?, /, #)

KILOBAIT (KILOBYTE/KB)

1 kilobait bersamaan 1024 bait

Saiz sebesar ½ mukasurat

MEGABAIT (MEGABYTE/MB)

1 Megabait bersamaan 1,048,576 bait

Saiz sebesar 500 muka surat

GIGABAIT (GIGABYTE/GB)

1 Gigabait bersamaan 1,073,741,824 bait

Saiz sebesar 2 set ensaiklopedia

TERRABAIT (TERRABYTE/TB)

1 Terrabait bersamaan 1,009,511,627,776 bait

Saiz sebesar 2,000 set ensiklopedia

Jadual 2.4.1: Saiz-saiz ingatan

2.4.2 Modul Ingatan

Secara amnya, terdapat dua jenis modul ingatan yang sering digunakan iaitu modul SIMM

(Single Inline Memory Module) dan modul DIMM (Dual Inline Memory Module). SIMM

sering digunakan bagi jenis EDO (Extended Data Output) manakala DIMM pula digunakan

bagi RAM jenis SDRAM dan yang lebih moden.

12

Page 13: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

Rajah 2.4.2(a): Kedudukan slot pengembangan RAM (SIMM & DIMM) pada papan induk

SIMM menawarkan laluan 32 bit data dan digunakan secara berkembar jika laluan data yang

lebih besar digunakan. Memandangkan papan induk biasanya hanya mempunyai dua bank

yang membawa jumlah soket SIMM sebanyak empat, maka kemungkinan untuk menambah

RAM adalah terhad.

Bank 1 Bank 2 Jumlah RAM

16 MB + 16 MB - 32 MB

16 MB + 16 MB 32 MB + 32 MB 96 MB

32 MB + 32 MB 32 MB + 32 MB 128 MB

Jadual 2.4.2(b): Konfigurasi modul ingatan dengan dua bank serta 4 soket SIMM

Rajah 2.4.2(c): SIMM (Single Inline Module Memory)

13

30-Pin SIMM

72-Pin SIMM

168-Pin DIMM

30-Pin SIMM

72-Pin SIMM

Page 14: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

DIMM yang berasaskan teknologi yang lebih moden, menawarkan laluan data 64 bit yang

lebih serasi dan sesuai dengan teknologi Pentium dan mikropemproses moden yang lain. Satu

modul DIMM mampu melaksanakan tugas yang hanya boleh dikendalikan oleh dua modul

SIMM. Ianya boleh diperolehi dalam pelbagai kapasiti ingatan seperti 8, 16, 32, 64, 128 dan

256 MB serta kepantasan selaju 6, 8, 19 dan 12 ns.

Dewasa ini, teknologi berasaskan modul SIMM dianggap ketinggalan dan RIMM (Rambus

Inline Memory Module) semakin mendapat sambutan seiring dengan DIMM yang sedia ada.

Model-model ingatan yang lain seperti:

i. RDRAM (Rambus Dynamic Random Acces Memory)

Teknologi RDRAM masih belum meluas digunakan bagi sistem komputer kegunaan

umum. Ia dibangunkan lanjutan dari teknologi DRAM tetapi dengan senibinanya yang

menyediakan keupayan ingatan mencapai data dengan lebih sistematik dan pantas.

ii. DDR RAM (Double Data Rate)

Modul ingatan ini merupakan teknologi yang mampu melakukan proses penghantaran

data pada kedua-dua belah isyarat serta mampu menggandakan keupayaan unit ingatan.

Misalnya bagi cip 133 MHz SDRAM dapat ditambah keupayaannya kepada cip 266 MHz

DDR.

iii. SLD RAM (SyncLink DRAM)

Modul ini mampu beroperasi dengan menggunakan talian bas yang pantas (lebih dari 200

MHz) dan boleh beroperasi dua kali ganda dari kelajuan sistem jamnya.

iv. RIMM (Rambus Inline Memory Module)

RIMM merupakan modul ingatan yang beroperasi dengan kelebaran 16 bit sahaja dan

mampu beroperasi dengan frekuensi yang lebih tinggi (600, 700, 800 MHz dan

sebagainya).

JenisMula Digunakan

Kadar Pemasaan

Lebar Talian

Jalurlebar Puncak

Voltan

FPM (60,70ns) 1990 25MHz 64-bit 200MBps 5VEDO (50,60,70ns) 1994 40MHz 64-bit 320MBps 5VSDRAM (66MHz) 1996 66MHz 64-bit 528MBps 3.3VSDRAM (100MHz) 1998 100MHZ 64-bit 800MBps 3.3VSDRAM (133MHz) 1999 133MHz 64-bit 1.1GBps 3.3VRDRAM (Direct Rambus) 1999 400MHz(x2) 16-bit 1.6GBps 2.5V

14

Page 15: PERKAKASAN KOMPUTER MIKRO

DDR SDRAM (100MHz) 2000 100MHz(x2) 64-bit 1.6GBps 3.3VDDR SDRAM (133MHz) 2000 133MHz(x2) 64-bit 2.1GBps 3.3VSLDRAM - 400MHz(x2) 16-bit 1.6GBps 2.5V

Jadual 2.4.2(d): Jenis-jenis RAM yang ada di pasaran

15