penerapan kemahiran insaniah dalam konteks membina insan berkepimpinan di kalangan pelajar melalui...

Upload: faizullah-mohamed

Post on 01-Jun-2018

316 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    1/11

    PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN

    BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI

    KOKURIKULUM DI UNIVERSITI

    Mohd Faizullah Bin Mohamed

    Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

    Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, [email protected]

    Abstrak:Kemahiran generik merupakan kemahiran yang sangat penting dan ditekankan oleh majikan ke

    atas graduan sebelum diberikan jawatan atau diterima bekerja. Kemahiran insaniah seharusnya disemai

    ke dalam diri pelajar semasa mereka berada di universiti lagi untuk perkembangan diri mereka pada masa

    akan datang. Untuk menggapai matlamat pendidikan, kokurikulum membawa peranan yang penting dalam

    hamper semua proses pendidikan. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua elemen dalam menjana

    individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kokurikulum memainkan

    peranan samada secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembangunan seseorang individu.

    Melalui peranan kurikulum semata - mata sangatlah sukar untuk melahirkan insan yang mempunyai

    keseimbangan yang sempurna, berkepimpinan, berketerampilan dan berdaya saing. Menerusi programatau kursus kokurikulum, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran

    komunikasi, kepimpinan, keusahawanan dan seterusnya memiliki kriteria yang diperlukan oleh majikan.

    Justeru itu, hasil dari kupasan literatur menunjukkan kemahiran insaniah adalah menjadi keperluan bagi

    graduan dan kokurikulum merupakan satu platform serta mempunyai pertalian yang rapat dalam

    pembentukkan kemahiran insaniah.

    Kata kunci:Kemahiran Insaniah, Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum, Program.

    1.0 Pendahuluan

    Pada era globalisasi masa kini, pekerja bukan sahaja perlu mempunyai segulung ijazah atau diplomamahupun sijil, akan tetapi kemahiran - kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, berkomunikasi,

    proaktif, berfikiran kritis serta pelbagai lagi kemahiran juga diambil kira. Induvidu atau mereka yang

    berdaya saing tinggi, berkepimpinan tinggi, kreatif, inovatif, pandai berkomunikasi dan berdisiplin dengan

    diiringi kemahiran profesionalisme dan kompetensi sahaja yang akan mampu bersaing dan mendapat

    tempat di alam pekerjaan nanti. Menurut Noraini (2006), perbincangan yang hebat dan sering diperkatakan

    samada di peringkat kementerian, universiti juga sering mendaat perhatian daripada media dan masyarakat

    umum adalah berkenaan dengan masalah pengangguran yang melibatkan graduan universiti.

    Menurut Jumaatol (2006), kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan seseorang individu

    mempersembahkan aktiviti mental dan fizikal dan ianya mampu diperkembangkan melalui latihan dan

    pengulangan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menyatakan dengan jelas bahawa kemahiran adalah

    bertujuan untuk melahirkan Warganegara Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan, berketerampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berdaya usaha dalam mencapai kesejahteraan diri serta mampumemberi sumbangan dari sudut keharmonian dan kemakmuran keluarga, komuniti seterusnya negara.

    Perkara tersebut amat penting dalam melatih setiap pelajar supaya bertindak sesegera mungkin berserta

    keyakinan yang tinggi terhadap segala proses yang dilalui semasa pengajaran dan pembelajaran

    berlangsung. DIsamping itu, para pelajar juga harus sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran

    dan rintangan yang mana selaras dengan falsafah kerja iaitu, Work Smart, Masa Jimat, Act Fast, Hati

    Puas.

    Antara kelemahan graduan yang dikenalpasti termasuklah mereka tidak berketerampilan serta tidak

    memiliki kemahiran khususnya kemahiran insaniah yang mana merupakan tuntutan majikan serta bagi

    pasaran kerja yang kompetitif (Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah, 2006). Hal ini juga turut

    ditegaskan oleh Mohd (2008), dimana beliau menyatakan bahawa pelajar atau graduan yang hanya

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    2/11

    2

    memiliki keterampilan dari sudut akademik sematamata sebenarnya masih tidak mampu untuk menjamin

    mereka untuk mendapatkan pekerjaaan disebabkan pada masa kini berlakunya persaingan sengit di dalam

    dunia pasaran kerjaya. Rata rata majikan pada masa kini telah menjadikan penguasaan kemahiran

    insaniah (soft skills) di kalangan graduan sebagai kayu ukur atau kriteria dalam pemilihan untuk mengambil

    mereka sebagai pekerja yang mana ianya bertujuan untuk menyokong pencapaian akademik yang telah

    mereka perolehi. Ini jelas menunjukkan bahawa graduan bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek

    akademik semata tapi juga perlu menguasai dan kaya dengan kemahirankemahiran insaniah.

    Berdasarkan kepada laporan yang telah diterbitkan oleh Malaysia Today (2005) yang bertajukMalaysia has 60,000 Graduates Unemployed, satu kajian yang dibuat oleh kerajaan mendapati bahawa

    punca utama 60,000 graduan di Malaysia gagal mendapat pekerjaan atau menganggur adalah disebabkan

    oleh mereka kurang atau tidak menguasai beberapa kemahiran insaniah seperti kemahiran memimpin, kerja

    dalam pasukan, berkomunikasi khususnya dalam Bahasa Inggeris serta kurangnya pendedahan mereka

    kepada dunia kerja dalam industri sebenar. Perkara ini sekaligus menyebabkan mereka diketagorikan

    sebagai graduan yang tidak layak untuk diterima bekerja. Penegasan berkaitan pentingnya penerapan

    kemahiran insaniah dalam diri para pelajar yang selepasnya akan bergelar graduan turut dinyatakan oleh

    Aini (2006), daripada kajian beliau mendapati setiap majikan sememangnya mahukan kejayaan perniagaan

    masingmasing. Oleh itu mereka mengambil dan mengekalkan kakitangan yang memiliki kemahiran yang

    pelbagai termasuk mempunyai ciri ciri keperibadian yang unggul. Pernyataan ini turut selari dengan

    kajian oleh Fadilah (2011), beliau mendapati majikan pada hari ini terlalu memilih pekerja disebabkan

    faktor kepentingan mereka untuk melancarkan produktiviti dan kualiti syarikat mereka, maka seharusnyamereka perlu menekankan dan memperketatkan proses pemilihan pekerja. Oleh hal yang demikian,

    graduan yang hanya cemerlang dan terampil di dalam akademik semata mata seharusnya sedar dan

    bimbang serta mencari penyelesaian yang baik untuk meneroka alam pekerjaan kelak. Jika mereka masih

    alpa dan terbuai dengan pencapaian cemerlang mereka dalam akademik tanpa memikirkan dan berusaha

    memperkayakan kemahiran kemahiran insaniah, maka tidak mustahil sijil akademik mereka hanya

    sekadar layak dijadikan bahan pameran sematamata dan tidak membantu mereka untuk bekerjaya.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut memperkatakan berkenaan masalah

    penguasaan kemahiran insaniah dikalangan para graduan pada masa kini ketika beliau berucap pada

    mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

    Beliau menekankan supaya pelajar melengkapkan diri bukan sahaja dengan kemhiran professional semata

    mata tetapi turut disertai dengan pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran menyelesaikan masalah,

    kemahiran berfikir secara kritis dan pelbagai lagi yang sememangnya amat diperlukan oleh negara dalammemacu ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau juga menyarankan supaya para pelajar melibatkan diri

    dengan pelbagai persatuan atau kelab di institusi pengajian tinggi kerana melalui pembabitan tersebut

    kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi mampu dibina atau diperkukuhkan lagi dalam diri para

    pelajar.

    Jika dilihat dari segi halatuju atau matlamat pembangunan sesebuah negara, kemahiran insaniah

    atau generik merupakan suntikan yang paling tepat untuk pembangunan modal insan yang merupakan teras

    utama pembangunan sesebuah negara. Tanpa penekanan terhadap pembangunan modal insan, negara tidak

    akan mampu untuk bersaing dengan negaranegara membangun dan maju yang lain. Oleh itu adalah amat

    wajar universiti menjadi tempat untuk mahasiswa mempersiapkan diri dengan ilmu, pengalaman, serta

    pelbagai bentuk kemahiran sebelum mereka bergelar graduan. Perkara ini ternyata jelas kerana kemahiran

    insaniah merupakan nilai tambah bagi pelajar menentukan pembangunan dan perkembangan sesebuah

    organisasi yang mereka sertai disamping turut menjamin kecemerlangan diri mereka pada masa akandatang.

    1.1 Kemahiran Insaniah

    Kemahiran insaniah memiliki pelbagai nama seperti soft skills, essential skills, human skills, employability

    skills serta non-technical skills. Terdapat pelbagai makna yang menjelaskan tentang kemahiran insaniah.

    Mahyudin (2011) menyatakan bahawa definisi sedia ada berkaitan dengan kemahiran insaniah lebih

    memberi tumpuan terhadap aspek tingkah laku, kemahiran komunikasi, sikap, keupayaan menyelesaikan

    suatu permasalahan, cara memeperolehi keputusan dan pengurusan organisasi. Berdasarkan modul

    pembangunan kemahiran insaniah untuk institusi pengajian tinggi, elemen - elemen kemahiran insaniah

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    3/11

    3

    yang terdiri daripada kerja berpasukan, nilai positif, pembelajaran berterusan, kepemimpinan dan

    komunikasi merupakan aspek kognitif yang berhubungan dengan kemahiran bukan akademik.

    Setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran insaniah, hal ini kerana kemahiran insaniah tidak hanya

    memberi tumpuan kepada pelbagai perkara dalam suatu bidang sahaja. Zamri (2012) mengemukakan

    bahawa kemahiran insaniah merangkumi kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menggunakan

    teknologi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran moral dan etika, kemahiran mengurus aktiviti dan

    kemahiran berkomunikasi. Oleh demikian, kemahiran insaniah perlu dimiliki oleh setiap graduan supaya

    mereka boleh bersaing dalam alam kerjaya sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa(Shahrom et al., 2007).

    Khatijah (2006) pula menyatakan kemahiran insaniah merupakan kemahiran asas yang dapat

    membantu pelajar selama pengajian dan kemahiran ini berhubungan dengan kemahiran berfikir, kemahiran

    ICT, kemahiran komunikasi dan sebagainya. Pendedahan mengenai kemahiran insaniah kepada pelajar

    diharap dapat memberi pengetahuan awal berkaitan dengan kepentingan kemahiran ini. Selain itu, dengan

    mengetahui manfaat kemahiran insaniah, para pelajar dapat mengembangkan keyakinan dengan mengenal

    pasti keupayaan yang mereka miliki. Hal ini juga berkaitan dengan kemahiran komunikasi, dimana

    menuntut pelajar menggunakan pelbagai bahasa khususnya bahasa melayu dan juga bahasa inggeris untuk

    berinteraksi dengan orang ramai (Tuan Mohd, 2009).

    Kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam memastikan para graduan yang sedia ada

    memperolehi kerjaya sesuai dengan bidang pengajiannya. Kecemerlangan akademik masih menjadi

    tumpuan utama yang harus diambil berat oleh para pelajar namun cemerlang berdasarkan pengetahuansecara teori sahaja tidak mencukupi untuk mampu bersaing di pasaran kerja. Sehubungan ini, Noorashidi

    (2009) menjelaskan kemahiran komunikasi dan keupayaan pelajar dalam menguasai pelbagai bahasa akan

    menjadi tunjang para graduan mendapat tempat di alam pekerjaan.

    Kesimpulannya, kemahiran insaniah terdiri daripada pelbagai aspek kehidupan mahupun

    pekerjaan. Kemahiran insaniah merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran keusahawanan, kemahiran

    peribadi, kemahiran berkaitan manusia serta kemahiran yang berhubungan dengan kemasyarakatan. Proses

    penerapan kemahiran insaniah merupakan tanggungjawab pelbagai pihak seperti institusi pengajian tinggi

    (IPT), sekolah dan masyarakat. Kemahiran insaniah dapat dipelajari sepanjang hayat dan dalam

    persekitaran pekerjaan, kehidupan harian dan juga institusi pendidikan. Aini (2005) mengemukakan

    bahawa pada masa kini penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran semakin

    meningkat.

    1.1.1 Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum

    Pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran memimpin dan kemahiran

    menyelesaikan suatu permasalahan dalam kalangan pelajar dapat dijalankan menerusi proses pengajaran

    dan pembelajaran kokurikulum di institusi pendidikan tinggi. Pihak industri menghendaki supaya para

    graduan memiliki kemahiran kepimpinan (Mohd.Yunus & Mamat,2002; De Leon & Borchars, 1998; Otter,

    1989). Oleh demikian, selain pelajar mempelajari kemahiran teknikal, pelajar di institusi pengajian tinggi

    perlu didedahkan mengenai kemahiran kepemimpinan.

    Berdasarkan kepada Walker (2003), pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar

    dapat dilakukan menerusi kokurikulum. Hal ini kerana melalui pengajaran dan pembelajaran kokurikulum

    pelajar boleh mengembangkan potensi. Dalam konteks kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum,

    aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan awal kepada pelajar iaitu berkaitan aspek sahsiah,kemasyarakatan dan kepimpinan. Kepimpinan dapat dilatih melalui aktiviti kelab, pakaian seragam, sukan

    dan persatuan (Ab. Manaf & Fauzee, 2002).

    Pendapat ini disokong oleh Abdul Hamid (2002), yang menyatakan bahawa ilmu kepimpinan dan

    pengurusan dipelajari melalui satu pendidikan yang harus dirasai sendiri oleh pelajar tersebut kerana

    memimpin dan mengurus berkait rapat dengan manusia. Beliau juga mengemukakan bahawa ilmu

    akademik berhubungan dengan kelas serta kertas - kertas ujian, oleh itu ilmu kepimpinan dan pengurusan

    berbeza dengan ilmu akademik. Oleh sebab itu, jika pelajar diberikan kesempatan untuk mengurus

    persatuan atau kelab maka secara tidak langsung pelajar akan memiliki kemampuan memimpin dan

    mengurus ahli - ahlinya dengan menggunakan kebijaksanaan, komunikasi, psikologi dan strategi yang

    tertentu.

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    4/11

    4

    Ciri - ciri kepimpinan dapat diterapkan apabila pelajar mengikuti aktiviti luar (Deborah Hopen,

    2002). Melalui aktiviti luar ini pelajar diajar cara berorganisasi, bekerja secara berpasukan dan memupuk

    kemahiran komunikasi dikalangan pelajar. Pelajar juga akan dapat menguasai kemahiran memahami

    masalah dan membantu mencari penyelesaian, kemahiran mendengar, memberi perhatian, memberi

    penjelasan, refleksi, konfrontasi, mentafsir, memberi maklumat, membuat rumusan dan hubungan manusia,

    kemahiran menghurai, mengamalkan dan mengawal tingkah laku (Omardin, 1999). Oleh itu, untuk

    memastikan pelajar dapat menjadi pemimpin organisasi dalam bidang kerjaya maka pelajar perlu memiliki

    kemahiran kepimpinan. Kemahiran kepimpinan penting kerana pelajar akan berhadapan dengan strukturorganisasi kepimpinan pada masa hadapan mahupun pelbagai lapisan masyarakat. Aktiviti gerak kerja luar

    memerlukan seorang pemimpin dalam kalangan pelajar untuk menjadi ketua bagi menjamin aktiviti yang

    dijalankan dapat berlangsung dengan jayanya. Oleh demikian, kemahiran kepimpinan dapat diterapkan

    dalam diri pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini selari dengan Helen M. Gunter,

    (2001) yang menyatakan bahawa melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, seseorang individu

    mampu untuk memimpin kerana telah berorganisasi dan mempunyai matlamat terbentuk untuk dicapai.

    Pelajar boleh mendapat kemahiran memimpin daripada aktiviti kokurikulum. Beberapa aspek

    kepimpinan seharusnya dimiliki oleh individu yang memegang persatuan (Omardin Ashaari, 1999). Aspek

    kepimpinan tersebut merangkumi kemahiran memahami masalah dan membantu mencari penyelesaian,

    refleksi, konfrontasi, mentafsir, memberi maklumat, kemahiran menghurai, mengamalkan dan mengawal

    tingkah laku, kemahiran mendengar, memberi perhatian, memberi penjelasan, membuat rumusan dan

    hubungan manusia. Selain itu, melalui kokurikulum, para pelajar diajar menjadi pemimpin yang mampuberkomunikasi dengan baik, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan,

    mematuhi peraturan dan etika serta menyemai nilai - nilai positif seperti berdisiplin (Shamsaadal Sholeh

    Saad, 2004; Mohamad Ismail Mohamad Yunus, 2004).

    Pembangunan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum ini turut dipersetujui oleh Ahmad

    Esa, Jailani Md. Yunos dan Noraini Kaprawi (2004), melalui kajian mereka berkaitan pembanguan

    kemahiran kepimpinan melalui modul kokurikulum di Politeknik Malaysia, mereka mendapati bahawa

    aktiviti kokurikulum dapat membina kemahiran kepimpinan yang akan bermanfaat bagi membantu para

    pelajar ketika menceburi bidang kerjaya. Mereka juga menegaskan bahawa, kokurikulum yang diikuti oleh

    pelajar di politeknik - politeknik Malaysia seperti kemahiran bermain hoki menerusi kokurikulum sukan

    dan permainan mendedahkan para pelajar dengan kemahiran - kemahiran tertentu berdasarkan jenis

    kokurikulum dan juga dapat membangunkan kemahiran kepimpinan di kalangan para pelajar politeknik.

    Kemahiran kepimpinan dapat membantu para pelajar mengembangkan potensi diri mereka sebagai seorangpelajar dan boleh dipraktikkan apabila mereka memasuki alam pekerjaan.

    Kemahiran kepimpinan secara jelas dapat dibangunkan dikalangan pelajar-pelajar institusi

    pengajian tinggi melalui penglibatan mereka di dalam kokurikulum berdasarkan kepada kajian-kajian yang

    telah dibuat oleh penyelidik terdahulu. Oleh itu, setiap institusi pengajian tinggi seharusnya memainkan

    peranan dalam memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam sebarang bentuk aktiviti

    kokurikulum. Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan disetiap universiti mahupun pusat - pusat

    pengajian tinggi, maka isu berkaitan dengan modal insan tidak berdaya saing dapat diatasi.

    1.2 Kokurikulum

    Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan sebuah aktiviti (Kamus Dewan,

    2000). Selain mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah, kokurikulum juga dianggap sebagaisebahagian daripada kursus pendidikan (misalnya kegiatan dalam persatuan - persatuan dan kegiatan

    sukan).

    Kokurikulum memiliki peranan penting dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan

    kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menghendaki seseorang insan itu dapat

    memanfaatkan ilmu ke arah kecemerlangan diri dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat serta

    negara, maka pengisian maklumat tersebut tidak tertumpu semata-mata terhadap kurikulum. Aktiviti

    kokurikulum menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan

    kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas (Zulkiflee, 2010).

    Kokurikulum merupakan aktiviti kumpulan dengan penyertaan yang aktif yang dapat membantu

    pelajar meningkatkan kemahiran sosial (soft skills) mereka (Tahir, 2010). Dengan kemahiran sosial yang

    baik maka tahap interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan. Melalui penglibatan

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    5/11

    5

    dalam unit beruniform pula, hal ini membolehkan para pelajar meningkatkan ketahanan mental dan fizikal,

    tahap disiplin, semangat kerja berpasukan, semangat patriotik. Kokurikulum adalah aktiviti yang dirancang

    lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dimana hal ini memberi peluang

    untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik

    darjah. Nor (2010) mengemukakan bahawa kokurikulum merupakan wadah pembinaan jasmani, emosi dan

    rohani yang selari dengan matlamat FPK yang bertujuan membentuk generasi yang seimbang.

    Kokurikulum dalam bidang pendidikan memiliki pelbagai kebaikan dan kelebihan Oleh itu,

    pelaksanaan kokurikulum sepatutnya dirancang dengan rapi dan dijalankan dengan lebih serius olehpelbagai pihak. Segala kekangan sedia ada dalam pelaksanaan penerapan kokurikulum sama ada dari aspek

    kemudahan peralatan, sokongan, kewangan latihan guru, infrastruktur dan sebagainya perlu di atasi dengan

    segera. Ini adalah penting supaya pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan dapat mencapai objektif dan

    berjaya melahirkan generasi masa hadapan yang berpendidikan tinggi dan bersahsiah mulia.

    1.3 Kajian - Kajian Berkaitan Penerapan Elemen - Elemen Kemahiran Insaniah Melalui

    Kokurikulum

    Hasil kajian Ahmad Esa (2004), yang melibatkan 409 orang pelajar politeknik Malaysia mendapati bahawa

    pelajar di politeknik politeknik di Malaysia berjaya mengaplikasikan dan menonjolkan kemahiran

    kepimpinan setelah mereka mempelajarinya melalui aktiviti kokurikulum yang mereka sertai. Hasil dapatan

    kajian ini sekaligus menyokong pandangan pandangan yang dikemukakan oleh penyelidik - penyelidikyang lebih terdahulu berkaitan keyakinan mereka bahawa kemahiran insaniah termasuk kemahiran

    kepimpinan boleh dilatih seterusnya berjaya dikuasai oleh pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Oleh hal

    yang demikian, jelas menunjukkan bahawa kegiatan kokurikulum yang dianjurkan di seluruh politeknik di

    Malaysia mampu membina pelbagai kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dan amat

    penting untuk membantu mereka mereka berjaya di alam pekerjaan kelak. Oleh itu, kokurikulum

    merupakan pelengkap kepada kurikulum yang mana ianya mampu memberi keseimbangan pengetahuan

    dan kemahiran serta membantu pembangunan diri individu (pelajar).

    Selain itu, dapatan kajian Norani (2006), yang dijalankan terhadap 136 orang pelajar tahun akhir di

    Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa

    elemenelemen kemahiran insaniah telah diterapkan kepada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi

    Serta Pendidikan melalui matapelajaran kokurikulum. Para pelajar tersebut juga berpendapat bahawa

    kemahiran komunikasi adalah penting. Penyelidik juga menjelaskan bahawa penglibatan pelajar di dalamaktiviti kokurikulum berjaya memberi banyak manfaat kerana mereka bukan sahaja diterapkan dengan

    kemahiran insaniah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran malah menerusi aktiviti kokurikulum

    kemahiran insaniah tersebut dapat dipratikkan dan ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, kemahiran

    komunikasi dan kemahiran kepimpinan yang telah dipelajari oleh pelajar dari aktiviti atau matapelajaran

    kokurikulum akan dapat membantu mereka semasa menjadi guru dan ditempatkan di sekolah kelak.

    Dalam pada itu juga, melalui kajian yang dilaksanakan oleh Hassan (2010) bagi meneroka

    perkaitan pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penyertaan dalam aktiviti kokurikulum

    serta hubungan di antara aspek kecemerlangan diri bagi pembinaan sahsiah diri dengan kepimpinan dan

    aktiviti akademik dengan kepimpinan, mendapati bahawa terdapatnya maklumbalas yang positif daripada

    responden mengenai pembinaan kepimpinan, sahsiah diri dan aktiviti akademik menerusi aktiviti

    kokurikulum. Sementara itu, kajian oleh Azman (2007) pula mendapati bahawa aktiviti kokurikulum telah

    menyumbang dan menyediakan peluang kepada pelajar memperkembangkan minat serta menimbulkanminat baru, menekankan konsep kepimpinan, kerjasama, berdikari dan persahabatan. Ia juga menggalakkan

    perkembangan moral dan kerohanian serta menguatkan fikiran dan kesihatan murid - murid dari segi

    fizikal.

    Mohd Tahir (2010) telah menegaskan bahawa kokurikulum adalah wadah yang paling berkesan

    dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) khususnya dalam konteks melahirkan pelajar

    yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) seterusnya memberikan kesan

    positif kepada negara dalam mewujudkan sumber manusia atau modal insan berkemahiran tinggi dan kelas

    pertama. Penyataan yang dinyatakan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan oleh

    beliau terhadap pelajar di sekolah menengah kebangsaan di daerah Langkawi bagi mengetahui keperluan

    aktiviti kokurikulum (Badan Beruniform). Daripada kajian tersebut, didapati aspek kepimpinan berada

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    6/11

    6

    pada tahap tinggi dimama ia merupakan aspek penting yang mempengaruhi seseorang individu pelajar

    dalam pemilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

    Akhir sekali, Ahmad (2004) berpendapat bahawa kemahiran insaniah sememangnya berjaya

    diwujudkan dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di mana mana institusi khususnya institusi

    pendidikan. Justeru itu, penerapan kemahiran insaniah samada secara langsung mahupun tidak langsung

    kepada para pelajar patut dilaksanakan menerusi penyediaan kurikulum yang sistematik, metod pengajaran

    dan pembelajaran yang dipelbagaikan dan penglibatan secara aktif pelajar dalam bidang kokurikulum di

    sesebuah institusi pengajian. Ini adalah kerana pembangunan kemahiran insaniah dalam diri pelajar daripendekatan tersebut dapat membantu mereka mengaplikasikannya semasa di alam pekerjaan ada masa kan

    datang. Melalui kegiatan kokurikulum juga, interaksi antara pelajar dapat dikukuhkan sekaligus memupuk

    intergasi antara kaum disamping menanam sifat kesopanan, berdisiplin, berdikari, kerajinan bekerja dan

    patuh kepada undangundang seterusnya melahirkan pelajar yang berguna kepada negara (KPT, 2006).

    1.4 Kerangka Teoritikal Berhubung Pembangunan Kemahiran Insaniah Melibatkan Kemahiran

    Kepimpinan

    Kerangka teori seperti Rajah 1.1 merupakan teori pembelajaran yang berdasarkan Teori Kolb (1984).

    Menurut Teori Kolb (1984), pembelajaran adalah suatu proses refleksi terhadap pengalaman yang telah

    diperolehi kemudian ia diterjemahkan kepada teori dan konsep untuk menjadi panduan bagi pengalaman

    yang baru. Dalam kerangka teori ini, kempat empat fasa berada dalam satu kitaran dimana setiap fasamenjurus kepada aktiviti atau perlakuan yang berbeza untuk menggalakkan dan merangsang pelajar

    mempelajari cara kaedah dan teknik untuk belajar (learning to learn), menghargai ilmu yang dipelajari,

    meningkatkan kemahiran serta kreativiti.

    Dalam konteks kemahiran generik melalui kokurikulum, daripada penglibatan pelajar dalam

    kokurikulum, pembangunan potensi diri mereka dari segi kemahiran kepimpinan, komunikasi dan interaksi,

    interpersonal, bekerja dalam kumpulan dan kemahiran pengurusan mampu diterapkan sedikit demi sedikit.

    Selain daripada itu juga, aspek aspek pembangunan keterampilan diri seperti jati diri, sabar, disiplin,

    bermotivasi dan berdaya tahan turut dapat dibangunkan menerusi penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

    Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum merupakan praktikal atau latihan awal dari sudut

    kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar yang terlibat. Jika lebih difokuskan kepada

    pembangunan kemahiran kepimpinan, aktiviti pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan sememangnya

    mampu untuk mencapai hasrat tersebut.

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    7/11

    7

    Kemahiran Generik

    KI 1Kemahiran berkomunikasi

    KI 2Kemahiran meyelesaikan

    masalah

    KI 3Kemahiran berpasukan

    KI 4Kemahiran keusahawanan

    KI 5Kemahiran etika dan moral

    profesionalKI 6Kemahiran Kepimpinan

    KI 7Pembelajaran berterusan

    dan pengurusan maklumat

    Pengalaman Konkrit

    - Pembelajaran secara

    berkumpulan.

    - Perbincangan.

    - Penyertaan.

    Pemerhatian

    Reflektif

    - Dialog

    - Kajian Kes

    - Pengajaran

    berdasarakan

    penyelesaian

    masalah- Pengajaran

    yang

    terancang

    Konseptual Absrak

    - Kuliah

    - Pembacaan

    - Nota edaran

    Eksperimentasi

    Aktif

    - Main peranan

    - Aktiviti

    berstruktur

    - Kerja lapangan

    - Projek

    - Lawatan

    Dimensi Hasil

    Dimensi

    Proses

    Rajah 1.1: Kerangka Teori Kolb (1984)

    1.5 Kebaikan Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

    Johari (2010) berpendapat bahawa pelajar yang cemerlang dari segi akademik belum pasti menjamin

    kecemerlangan sahsiah dirinya. Oleh kerana itu, semua pihak seperti ibu - bapa dan institusi pengajian

    tinggi perlu mengambil peranan untuk memastikan bahawa para pelajar mengikuti latihan dan aktiviti yang

    berfaedah seperti kokurikulum supaya mereka turut cemerlang dari segala aspek kehidupan terutamanya

    sahsiah diri. Pendapatnya disokong oleh kajian beliau dimana kajian yang beliau jalankan adalah untuk

    mengenal pasti pembinaan kecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktivitikokurikulum dan perkaitan antara aspek kecemerlangan diri bagi pembinaan sahsiah diri dengan

    kepimpinan dan kepimpinan dengan aktiviti akademik. Hasil kajian ini mendapati bahawa responden

    memberi maklum balas positif terhadap pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik

    menerusi aktiviti kokurikulum. Oleh itu kajian tersebut menunjukkan bahawa untuk melahirkan graduan

    yang berkualiti sebagaimana hasrat universiti memerlukan kepada pembinaan kecemerlangan diri pelajar

    secara menyeluruh. Ini kerana, sahsiah dan jati diri yang teguh mampu membawa kepada kecemerlangan

    dalam akademik dan seterusnya akan terserlah ciri-ciri kepimpinan pada diri pelajar.

    Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Aminuddin (2004) yang bertujuan untuk

    melihat sejauhmana kesan penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum terhadap tahap

    pencapaian pelajar dalam bidang akademik.hal ini dilihat dari beberapa aspek seperti peringkat penglibatan,

    sikap pelajar terhadap aktiviti yang dirancangkan, pengurusan masa, minat dan tanggungjawab mereka

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    8/11

    8

    terhadap kegiatan kokurikulum dan pencapaian akademik mereka. Kajian ini mendapati bahawa pelajar-

    pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum juga mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik.

    Aktiviti-aktiviti yang disertai oleh pelajar-pelajar tersebut tidak memberi kesan yang negatif terhadap

    pencapaian akademik mereka.

    Kokurikulum mempunyai peranan penting dalam bidang pendidikan. Antaranya iaitu kepentingan

    dalam pemupukan sahsiah dan pembentukan perpaduan. Penyertaan para pelajar sebagai generasi muda

    dan rakyat di negara ini dalam aktiviti kokurikulum dapat menyemai perpaduan, perasaan muhibah,

    integrasi nasional dan menyemai nilai-nilai murni. Ini adalah selaras dengan teras kedua dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membangunkan Modal Insan. Modal insan yang berkualiti

    merupakan aset utama Negara bagi menentukan masa depan negara dan bangsa. Hal ini juga penting dalam

    pembentukan konsep Satu Malaysia yang mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang

    berbilang bangsa dan juga kaum. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga mampu meningkatkan tahap

    disiplin para pelajar.

    Berdasarkan beberapa kajian lepas maka jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum berupaya untuk

    mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar ke tahap yang minima. Namun, dalam

    merealisasikan usaha ini, pelbagai pihak perlu mengambil peranan masing - masing iaitu seperti ibu - bapa,

    guru - guru dan masyarakat perlu bekerjasama dan mempereratkan hubungan antara satu sama lain.

    Persepsi negatif terhadap pelaksanaan kokurikulum di institusi pendidikan juga perlu dikikis dan

    dihapuskan. Pihak sekolah dan para ibu - bapa perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pelaksanaan

    kokurikulum dalam pendidikan tanpa hanya mengutamakan akademik pelajar sahaja. Kokurikulummerupakan wadah yang paling tepat bagi menggalakkan perkembangan bakat, sifat kreativiti serta potensi

    para pelajar ke tahap yang maksimum (Nor, 2010).

    1.6 Kelemahan Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum

    Terdapat beberapa aktiviti luar bilik darjah yang membuang masa pelajar dimana terdapat aktiviti yang

    tidak menyokong subjek pembelajaran di dalam kelas. Rubin (2002) menjelaskan pihak sekolah sepatutnya

    hanya menganjurkan aktiviti kokurikulum yang memiliki persamaan dengan hasil pembelajaran di dalam

    kelas, ini bertujuan supaya pelajar dapat mengamalkan di luar bilik darjah. Selain itu, Blue (2004)

    mengemukakan bahawa kebanyakan pelajar lebih menumpukan aktiviti sukan berbanding dengan pelajaran

    mereka. Oleh itu beliau mengaitkan keciciran pelajar sekolah menengah dengan penglibatan aktif pelajar

    dalam sukan sekolah.Sejajar dengan isu yang dikemukakan tersebut juga, Daniels (2001) menyatakan walaupun

    penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mempunyai pelbagai kebaikan kepada pelajar iaitu

    memberi keyakinan diri, dapat mencungkil bakat pelajar dan pergaulan, namun ada juga peserta yang

    melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum mengalami tekanan psikologi dan juga kekangan masa untuk

    membahagikan masa antara belajar dan sukan. Sebagai contoh jika seseorang pelajar terpilih dalam sesuatu

    pertandingan maka pelajar tersebut akan menghabiskan masa dengan aktivitinya sedangkan rakan - rakan

    lain dapat memenuhi masa tersebut dengan mengulangkaji pelajaran.

    Selain itu, Kalenkoski (2009) berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum lasak merupakan aktiviti

    yang tidak memberi manfaat kerana mengurangkan masa pelajar sekolah dengan menghabiskan masa yang

    ada kepada aktiviti dan program pembangunan manusia. Beliau melihat matlamat utama pendidikan adalah

    untuk melahirkan manusia yang cerdik. Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum berkemungkinan

    menghadapi gangguan dan masalah dalam pelajaran disebabkan mereka hanya memperuntukkan sedikitmasa untuk tidur, kerja rumah, mengulangkaji dan juga masa untuk berehat.

    1.7 Pengajaran Daripada KajianKajian Berkaitan Penerapan Kemahiran Insaniah Di

    Kalangan Pelajar Melalui Kokurikulum

    Berdasarkan kajian - kajian yang telah dikemukakan, kemahiran insaniah lebih - lebih lagi yang melibatkan

    kemahiran kepimpinan adalah kemahiran yang amat diperlukan oleh seseorang individu pelajar untuk

    diadaptasi dalam pelbagai situasi pekerjaan dan sekaligus menjamin untuk penghasilan pelajar yang

    berkualiti dalam semua bidang bukan sekadar hebat dari sudut akademik sahaja. Kemahiran insaniah juga

    merupakan suatu kemahiran umum selain kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan masing

    masing dan amat diperlukan oleh seseorang individu untuk menjalani kerja yang efektif di tempat kerja,

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    9/11

  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    10/11

    10

    menyeluruh dari sudut kualiti intelektual serta keterampilan insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak

    dan sebagainya(KPT, 2006).

    Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN), matlamat utama pendidikan negara adalah untuk

    menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan

    pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharusnya

    difokuskan keada pancapaian dalam empat domain utama iaitu pengetahuan (kognitif), kemahiran fizikal

    (psikomotor), afektif dan sosial. Namun, sistem pendidikan yang sedang diamalkan sekarang hanya berjaya

    dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran psikomotor yang akhirnyamenyebabkan kemahiran insaniah domain afektif dan sosial yang sangat penting untuk pembentukan insan

    kamil yang seimbang amat ketinggalan jauh. Kesannya amat nyata apabila produk sistema pendidikan

    ataupun modal insan yang dibentuk tidak seimbang seperti yang dihasratkan.

    Oleh kerana kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang amat penting dan diperlukan oleh

    graduan selain dari pengetahuan akademik walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus

    tentang kemahiran insaniah, mereka seharusnya tahu menilai kemahiran insaniah yang memenuhi dan

    menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan seharian yang kian mencabar. Selain itu, aktiviti

    kokurikulum juga perlu diberi penekanan kepada pelajar agar pelajar dapat melibatkan diri dalam pelbagai

    jenis aktiviti kokurikulum. Ini kerana, kokurikulum juga memainkan peranan penting selain menjadi

    pelengkap kepada kurikulum atau akademik sedia ada pelajar. Dengan gabungan dan peranan yang

    dimainkan antara kedua - dua elemen kurikulum dan kokurikulum, ia akan dapat memberi nilai tambah

    atau kemahiran - kemahiran yang tidak dapat dipelajari melalui kurikulum atau akademik.Maka jelaslah bahawa kokurikulum berpotensi untuk menjadi wadah kepada pembinaan kemahiran

    insaniah kepada para pelajar terutamanya kemahiran kepimpinan. Kemahiran insaniah yang berjaya

    dikuasai oleh pelajar merupakan satu aset yang amat bernilai untuk mereka lebih kompetitif sama ada

    ketika memohon pekerjaan atau setelah memegang status pekerja. Apa yang dirasakan amat malang adalah

    apabila aspek tersebut kurang diberi penekanan atau disedari samada oleh pelajar atau pendidik sendiri

    dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam melihat fungsi kokurikulum dalam

    menjana kemahiran kemahiran insaniah di kalangan para pelajar (Ahmad, 2004)

    Justeru itu peranan yang berkesan dari semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya

    diperkasakan lagi dalam memastikan pelajar pada hari ini diterapkan secukupnya dengan kemahiran

    insaniah lebih - lebih lagi dalam aspek kemahiran kepimpinan. Ini bagi memastikan aset negara yang

    berupa modal insan pada masa akan datang dilengkapi dengan kebolehan memimpin yang utuh kerana

    merekalah yang bakal meneraju arah tuju negara kelak. Kejayaan sesebuah organisasi pada masa akandatang hanya dapat dicapai sekiranya pemimpin yang dibentuk pada hari ini benar-benar berkualiti dari

    sudut kepimpinan.

    Rujukan

    Ahmad Esa, Jailani Mohd. Yunus, & Fadilah Mat Assain @ Hashim, (2011). The Implementation Of Generic Skills At

    Technical Schools: Comparative Analysis In Different Platform. Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940

    | Vol. 3 No. 2 October 2011.Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Mohd. Yunus dan Noraini Binti Kaprawi, (2004). Penerapan Kemahiran Kepimpinan

    Menerusi Kokurikulum di Politeknik.

    Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos dan Noraini Binti Kaprawi, (2004). Peranan Kokurikulum DalamPembangunan Kemahiran Generik.

    Aini Hussain, Che Husna Azhari, Dzuraidah Abdul Wahab, Noriah Ishak dan Siti Rahaya Ariffin, (2005).PenerapanKemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model Tersebati. Seminar Pengajaran danPembelajaran Berkesan 2005.

    Azman, N. A. (2007). Jurnal. Peranan Pengetua Sebagai Pengurus Kokurikulum Di Sekolahmenengah Daerah

    Mersing.

    Daniels, P. L. (2001).Interscholastic Sports And The Middle School Student: A Case Study. Dissertation Submitted to

    the Faculty of theVirginia Polytechnic Institute and State University.Deborah Hopen. (2002). Guiding Corporate Behaviour : A Leadership Obligation, Not a Choice.

    De Leon, J. E. dan Borchers, R. E. (1998). High School Employment Trends and the Skills Graduates Need to Enter

    Texas Manufacturing Industries. Journal of Vocational and Technical Education. Vol. 15. N. 1. M.s. 118.Dora, Kudus, Abu Hassan & Ali, (2008).Kemahiran Insaniah (7 Kompetensi Unggul Mahasiswa). Penerbit Universiti

    Teknikal Malaysia Melaka.

    http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=peranan%20kokurikulum%20dalam%20pembangunan%20kemahiran%20generik&source=web&cd=5&ved=0CHAQFjAE&url=http%3A%2F%2Fcommunity.uthm.edu.my%2Fpublications%2Fview%2F2%2F190&ei=mmOqT4rENsK8rAeI9sG1AQ&usg=AFQjCNFDGKMYwwDRfz-f96CnjaK_EPJu2whttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=peranan%20kokurikulum%20dalam%20pembangunan%20kemahiran%20generik&source=web&cd=5&ved=0CHAQFjAE&url=http%3A%2F%2Fcommunity.uthm.edu.my%2Fpublications%2Fview%2F2%2F190&ei=mmOqT4rENsK8rAeI9sG1AQ&usg=AFQjCNFDGKMYwwDRfz-f96CnjaK_EPJu2whttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=peranan%20kokurikulum%20dalam%20pembangunan%20kemahiran%20generik&source=web&cd=5&ved=0CHAQFjAE&url=http%3A%2F%2Fcommunity.uthm.edu.my%2Fpublications%2Fview%2F2%2F190&ei=mmOqT4rENsK8rAeI9sG1AQ&usg=AFQjCNFDGKMYwwDRfz-f96CnjaK_EPJu2whttp://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=peranan%20kokurikulum%20dalam%20pembangunan%20kemahiran%20generik&source=web&cd=5&ved=0CHAQFjAE&url=http%3A%2F%2Fcommunity.uthm.edu.my%2Fpublications%2Fview%2F2%2F190&ei=mmOqT4rENsK8rAeI9sG1AQ&usg=AFQjCNFDGKMYwwDRfz-f96CnjaK_EPJu2w
  • 8/9/2019 PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI U

    11/11

    11

    Fadilah Mat Assain @ Hashim dan Hasmadi Bin Mat Safar, (2011). Penerapan Kemahiran Iisaniah Di Sekolah

    Menengah Teknik : Satu Aanalisis Perbandingan.Hassan, J. & A. Safar, S. (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan Dalam

    Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Tesis. Fakulti Pendidikan, Universiti

    Teknologi Malaysia.Johari Hassan & Sutinah A. Safar, (2010).Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar Menerusi Penglibatan

    Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

    Jumaatol Halisha Binti Bujang (2006), Kajian Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran dan

    Pembelajaran Di Sekolah. Tesis Sarjana.Kolb, D. A. (1984).Experiential learning: Experience as the source of learning and Development. Englewood Cliffs,

    NJ: Prentice Hall.

    Mahyuddin Arsat dan Sri Dewi Rahimi (2011). Kemahiran Generik Dalam Latihan Industri Terhadap Pembentukan

    Kerjaya Jurutera Di Dyson Manufacturing Sdn Bhd.

    Malaysia Has 60 000 Graduates Unemployed, Malaysia Today, November 3, 2005.http://www.malaysiatoday.net/Blog-e/2005/11/malaysiahas-60000 undergraduates.htm.

    Mohd Noor, N. & Borhan, N. (2010).Penerapan Kemahiran Generik dalam Kokurikulum di Kalangan Pelajar TahunAkhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM, Fakulti Pendidikan, UTM.

    Mohd Tahir, L. & Othman, O. (2010). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan

    Empat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi.Fakulti Pendidikan, UTM.

    Mohd. Salleh Abu, Mohd. Zaki Kamsah (UTM) dan Wahid Razzaly (UTHM), (2008). Laporan Kajian Soal Selidik

    Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di

    IPTA.Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi. (2006) Kementerian

    Pengajian Tinggi Malaysia 2006.

    http://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdf.Mohd Fadzli Ali, Normah Binti Salleh dan Juhazren Junaidi, (2006). Mengkaji Hubungan Di Antara Pembelajaran

    Kkoperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Mmenggunakan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar

    Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.Mohamad Ismail bin Mohamad Yunus (2004). Enhancing Student Character Building and Ethics Development

    Process Through Co-Curriculum Activities: IIUM Experience. Kertas Kerja International Conference on

    Student Development, 1618 April 2004 di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur.

    Norani Binti Mohd Noor & Noratna Binti Mohammad (2006), Persepsi pelajar Tahun 4 Terhadap kemahiran

    Generik Di UTM Skudai, Johor.

    Noorashidi B. Borhan, (2009). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di Kalangan Pelajar TahunAkhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM.

    Norani Bt. Mohd Noor & Noorashidi Bin Borhan, (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kokurikulum Di

    Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM.Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distibutors Sdn. Bhd..

    124-149.

    Otter, S. (1989).Student Potential in Britain. Leicester: Unit for the Development of Adult Continuing Education.Shamsaadal Sholeh Saad (2004). Konflik Remaja Masa Kini dan Cabaran Menanganinya. Kertas kerja Semi nar

    Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004, 29-30 Mei 2004, di Universiti Malaya.

    Walker, V. N. (2002). Office of Co-Curricular Life. Sweet Briar: Sweet Briar College.

    http://sbc.edu/cocurricular/about/ . Dicapai pada 10 Nov, 2013.

    Zulkiflee Haron dan Aimi Ayuni Idris, (2010). Persepsi Pelajar Terhadap Penerapan Kemahiran Generik DalamAktiviti Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Dua Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

    Skudai.

    http://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdfhttp://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdf