penerapan kemahiran generik dalam proses … · tahun akhir diploma pengurusan teknologi...

27
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ YAYASAN SABAH SAZALIE BIN SAHIMIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

Upload: lamphuc

Post on 02-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI KOLEJ YAYASAN SABAH

SAZALIE BIN SAHIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa tesis ini yang bertajuk Amalan Kemahiran Generik Pelajar

Tahun Akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penulis : SAZALIE BIN SAHIMIN

Tarikh : 27 April 2009

Page 3: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

iii

DEDIKASI

KHAS BUAT

Ayahanda dan Bonda

Sahimin Bin Hasmin

Rosaline@Rapiah Bte Gandikol

Sekalung Budi Kepada

Dr. Hjh Norani Bte Mohd Noor

Pensyarah Penyelia

Jutaan Terima Kasih Kepada

Pensyarah-pensyarah

Adik-beradik

Sahabat-sahabat

Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan,

Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita,

Amin…….

Page 4: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan sekalung budi dan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu Dr. Hjh Norani Bte Mohd Noor yang telah banyak membantu

dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta

tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Saya juga

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Pensyarah Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam

penyiapan penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih ditujukan buat Encik Felix Intiang, Pendaftar Kolej

Yayasan Sabah dan semua warga KYS yang memberikan kerjasama tidak terhingga

dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan

yang telah ditetapkan. Setinggi penghargaan juga khas kepada sesiapa sahaja yang

terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, adik-

beradik, dan tunang tersayang yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan

penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati segala usaha dan pertolongan

mereka.

Page 5: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui amalan kemahiran generik pelajar

tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen kajian yang digunakan adalah

borang soal selidik yang diedarkan kepada 43 orang pelajar. Segala data yang

diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer ‘Statistical Package For Social

Science (SPSS version 11.5)’ untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar menganggap kemahiran generik iaitu

yang merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran

bekerja secara berpasukan adalah penting. Pelajar bersetuju menggunakan beberapa

kaedah dalam menerapkan kemahiran generik. Kaedah yang sangat setuju digunakan

dalam menerapkan kemahiran generik adalah kaedah perbincangan. Antara kaedah-

kaedah lain yang juga mempunyai persetujuan tinggi diaplikasikan pelajar adalah

pembelajaran kendiri, pembentangan, ceramah agama, sukan dan permainan, kempen

dan juga bengkel seperti bengkel kerjaya. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati

para pelajar mengamalkan kemahiran generik dengan kerap dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Aspek kemahiran bekerja secara berpasukan adalah paling tinggi

diamalkan pelajar berbanding kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin.

Beberapa aspek dalam kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin perlu

dikuasai dengan lebih baik oleh pelajar. Hasil kajian yang diperolehi ini memerlukan

tindakan dari pihak pentadbir sekolah, Kementerian Pengajian Tinggi dan pensyarah

bagi membantu meningkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap kemahiran generik.

Page 6: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

vi

ABSTRACT

This study is carried out to identify the practice of generic skills for Diploma of

Technology Management (Accounting) final year students at Kolej Yayasan Sabah

in lesson and learning process. Study instrument used is questionnaire form which

circulated to 43 students. All data achieved analyzed using computer software

'Statistical Package For Social Science (SPSS version 11.5)' to seek frequency,

percent and mean. Research finding showed that student believe generic skills which

encompasses communication skill, leadership skill and teamwork skill are important.

Students were agree using various method to integrate generic skills. The method

that really agree used by students to integrate generic skills is discussion method.

Other methods that also applied by students were self learning, presentation,

religious sermon, sport and game, campaign and workshop such as career workshop.

Apart from that, this study also found that students practicing the generic skills

frequently in lesson and learning process. Teamworking skill is practiced highestly

by students compared communication skills and leadership skill. There are several

aspects in communication skill and leadership skill need to be mastered by students.

This study show that college administrator, Ministry of High Education and lecturer

should take part to help students increasing their mastery on generic skills.

Page 7: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Kementerian Pengajian Tinggi 10

1.6.2 Pensyarah 10

Page 8: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

viii

1.6.3 Pentadbir Kolej 11

1.6.4 Pelajar 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Terminologi 12

1.8.1 Persepsi 12

1.8.2 Kaedah 12

1.8.3 Penerapan 13

1.8.4 Pelajar 13

1.8.5 Pengajaran 13

1.8.6 Pembelajaran 13

1.8.7 Kemahiran Generik 14

1.8.8 Kemahiran 14

1.8.9 Kemahiran Berkomunikasi 14

1.8.10 Kemahiran Kepimpinan 15

1.8.11 Kemahiran Kerja Berpasukan 15

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kemahiran Generik 17

2.3 Profil Kemahiran “Employability” The

Conference Board of Canada 18

2.3.1 Kemahiran Akademik 18

2.3.2 Kemahiran Mengurus Diri 19

2.3.3 Kemahiran Berpasukan 20

2.4 Jenis-jenis Kemahiran Yang Digunakan 20

2.4.1 Kemahiran Berkomunikasi 21

2.4.2 Kemahiran Kepimpinan 23

2.4.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 24

2.5 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik 26

2.6 Kepentingan Kemahiran Generik 29

2.7 Kajian-kajian Berkaitan Kemahiran

Generik 30

Page 9: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

ix

2.8 Penutup 34

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Populasi Kajian 37

3.4 Tempat Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 41

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Prosedur Kajian 43

3.9 Analisis Data 45

3.10 Penutup 45

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis Bahagian A 47

4.2.1 Analisis Data Pelajar Mengenai

Jantina 47

4.2.2 Analisis Data Mengenai Latar

Belakang Pendidikan Pelajar 48

4.3 Analisis Bahagian B 48

4.3.1 Analisis Persepsi Pelajar

Tahun Akhir Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan) di Kolej

Yayasan Sabah Terhadap

Kepentingan Kemahiran Generik 49

4.3.2 Analisis Terhadap Kaedah Penerapan

Kemahiran Generik Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 10: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

x

Mengikut Persepsi Pelajar Tahun

Akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) 59

4.3.3 Analisis Terhadap Amalan Pelajar

Tahun Akhir Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan) di Kolej

Yayasan Sabah Dalam Kemahiran

Berkomunikasi 63

4.3.4 Analisis Terhadap Amalan Pelajar

Tahun Akhir Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan) di Kolej

Yayasan Sabah Dalam Kemahiran

Memimpin 66

4.3.5 Analisis Terhadap Amalan Pelajar

Tahun Akhir Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan) di Kolej

Yayasan Sabah Dalam Kemahiran

Bekerja Secara Berpasukan 69

4.4 Penutup 73

BAB V RUMUSAN, KESIMPULAN,

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Rumusan 74

5.3 Kesimpulan 75

5.3.1 Faktor Demografi 75

5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran Generik 76

5.3.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran

Komunikasi 76

Page 11: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xi

5.3.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran

Kepimpinan 77

5.3.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran

Kerja Berpasukan 77

5.3.3 Kaedah Penerapan Kemahiran

Generik Mengikut Persepsi Pelajar 78

5.3.4 Amalan Pelajar Dalam Kemahiran

Berkomunikasi 79

5.3.5 Amalan Pelajar Dalam Kemahiran

Memimpin 80

5.3.6 Amalan pelajar Dalam Kemahiran

Bekerja Secara Berpasukan 80

5.4 Perbincangan 81

5.4.1 Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran Generik 82

5.4.1.1 Kemahiran Komunikasi 82

5.4.1.2 Kemahiran Kepimpinan 83

5.4.1.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 85

5.4.1 Kaedah Penerapan Kemahiran

Generik Mengikut Persepsi Pelajar 86

5.4.2 Amalan Pelajar Dalam Kemahiran

Berkomunikasi 88

5.4.3 Amalan Pelajar Dalam Kemahiran

Memimpin 90

5.4.4 Amalan pelajar Dalam Kemahiran

Bekerja Secara Berpasukan 91

5.5 Cadangan 93

5.5.1 Cadangan Kepada Pensyarah 93

5.5.2 Cadangan Kepada Pentadbir Kolej 93

5.5.3 Cadangan Kepada Kementerian

Pengajian Tinggi 94

5.5.4 Cadangan Kepada Pelajar 94

Page 12: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xii

5.5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 95

5.6 Penutup 95

BIBLIOGRAFI 97

LAMPIRAN 102

Page 13: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Bilangan responden 37

3.2 Peratus Kesukaran 39

3.3 Skala Tiga Mata A 40

3.4 Skala Tiga Mata B 40

3.5 Skala Tiga Mata C 40

3.6 Pembahagian Item Bahagian B

Berdasarkan Soalan Kajian 41

3.7 Penentuan Tahap Peratusan 45

4.1 Taburan Pelajar Berdasarkan Jantina 47

4.2 Taburan Pelajar Berdasarkan Latar

Belakang Pendidikan 48

4.3a Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Bagi Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran Komunikasi 50

4.3b Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Bagi Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran Kepimpinan 53

4.3c Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Bagi Persepsi Pelajar Terhadap

Kepentingan Kemahiran Kerja Berpasukan 56

Page 14: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xiv

4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Bagi Kaedah Penerapan Kemahiran

Generik dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Mengikut Persepsi Pelajar 59

4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Responden Bagi Amalan Dalam

Kemahiran Berkomunikasi 63

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Bagi Amalan Pelajar Dalam Kemahiran

Memimpin 66

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min

Bagi Amalan Pelajar Dalam Kemahiran

Bekerja Secara Berpasukan 69

Page 15: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 43

Page 16: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xvi

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UPM - Universiti Putra Malaysia

KYS - Kolej Yayasan Sabah

Page 17: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 102

B Surat Kebenaran Membuat

Penyelidikan daripada Kolej Yayasan

Sabah 111

Surat Pengesahan Bilangan Pelajar 112

C Surat Memohon Mendapatkan Maklumat 113

D Surat Pengesahan Item Soal Selidik 114

Page 18: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan modal insan adalah begitu dititikberatkan seperti yang

terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Modal insan yang

diharapkan haruslah mempunyai kemahiran agar dapat meningkatkan pembangunan

sesebuah negara iaitu negara kita Malaysia khususnya. Kemahiran insaniah atau

dikenali sebagai kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada

seseorang individu bagi menjadikannya modal insan yang berguna. The Conference

Board of Canada (1996), ada menyatakan bahawa kemahiran generik adalah penting

dan diperlukan oleh tenaga kerja sebelum memasuki alam pekerjaan.

Kolej Yayasan Sabah (KYS) adalah sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta

yang ditubuhkan pada tahun 1990 dengan nama asalnya Institut Pembangunan Insan.

Nama kolej kemudiannya telah diubah kepada Kolej Komuniti Yayasan Sabah

(KKYS) pada Julai 1994. Pada tahun 2002, Kolej Komuniti Yayasan Sabah telah

ditukar namanya kepada Kolej Yayasan Sabah (KYS). Ia ditubuhkan sejajar dengan

objektif utama Yayasan Sabah yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah

No.8, 1966, Seksyen 3 iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan.

Page 19: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

2

Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berguna ini disambut

baik oleh Kolej Yayasan Sabah. Berlandaskan hasrat tersebut, Kolej Yayasan Sabah

giat menjalankan program-program pendidikan yang berbentuk latihan kemahiran

teknikal vokasional profesional dan pengajian akademik selaras dengan keperluan

sumber manusia yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk meneraju Sabah

ke arah menjadi sebahagian daripada negeri industri dan maju seperti yang

dicerminkan dalam aspirasi Wawasan 2020. Pelbagai kursus dan program yang

ditawarkan di Kolej Yayasan Sabah adalah sijil kemahiran dan diploma. Kolej

Yayasan Sabah memainkan peranan dengan menawarkan peluang-peluang

pendidikan yang berkualiti tinggi dan mesra industri selaras dengan misi kumpulan

Yayasan Sabah untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat malaysia yang

bermastautin di Sabah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di dalam era globalisasi pada masa kini, modal insan di kalangan rakyat

adalah penting dalam memacu pembangunan ekonomi. Sejarah sendiri telah

membuktikan bahawa kualiti modal insan atau sumber manusia merupakan faktor

penentu dalam pencapaian pembangunan sosio ekonomi bagi sesebuah negara.

Kekuatan pengetahuan, ekonomi dan kemahiran serta kepakaran merupakan salah

satu asas penting dalam kecemerlangan Negara. Istilah modal insan seperti yang

diharapkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi

sudah lama wujud di mana penekanan Perdana Menteri ialah modal insan sebagai

penggerak kepada ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara. Hasrat Perdana

Menteri ialah agar modal insan boleh menjadi pemacu kepada pembangunan dan

kemajuan Negara dalam menuju wawasan 2020.

Menurut Abd Rahman Embong (2006), dalam pembentangannya di Seminar

Kebangsaan “Psikologi Pembangunan Komuniti ISM-UKM”, Kuala Lumpur, untuk

maju ke hadapan tidak boleh bergantung semata-mata kepada prasarana kelas

Page 20: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

3

pertama, tetapi mesti ada modal insan kelas pertama. Konsep pembangunan modal

insan yang dinyatakan oleh beliau adalah sebahagian daripada pembangunan insan

(pembangunan manusia) iaitu merangkumi aspek kesaksamaan, produktiviti,

pemerkasaan, kelestarian dan estetika. Menurut beliau lagi, selain daripada

menyediakan individu dengan pengetahuan, individu tersebut perlu:

• Ada semangat belajar seumur hidup.

• Dapat menggunakan kreativitinya.

• Dapat menambah pengetahuan secara berpanjangan.

• Dapat menyesuaikan dengan keperluan keadaan yang berubah.

Di Malaysia, salah satu strategi dalam Rancangan Malaysia kesembilan

(RMK-9) adalah pembangunan modal insan. Antara elemen yang penting di dalam

pembangunan modal insan adalah melahirkan insan yang berkemahiran. Abd

Rahman Embong (2006) dalam pembentangannya menyatakan konsep kemahiran

dalam modal insan adalah merangkumi kemahiran teknikal, keupayaan kepimpinan,

kemahiran kognitif, kemahiran bahasa dan komunikasi dan kemahiran sosial.

Dalam kajian Yahya (2006), kemahiran-kemahiran yang disebutkan di atas

merupakan sebahagian daripada kemahiran “employability” dan merumuskan pola

taburan elemen kemahiran “employability” seperti berikut:

a) Kemahiran Akademik:

• Kemahiran penyelesaian masalah

• Kemahiran berfikir secara kritikal

• Kemahiran komunikasi

• Matematik

b) Kemahiran Mengurus Diri:

• Kemahiran bertanggungjawab

Page 21: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

4

• Kemahiran bersikap positif

• Kemahiran membuat penyesuaian

c) Kemahiran Berpasukan:

• Kemahiran bekerja dengan orang lain

• Kemahiran melibatkan diri dalam sesuatu projek

Kemahiran “employability” juga dikenali sebagai kemahiran insaniah,

“softskills” dan juga kemahiran generik. Menurut Yahya dan Rashid (2001), kajian

berkaitan kemahiran generik masih kurang dijalankan di Malaysia berbanding

kemahiran teknikal. Ini kerana, kajian mengenai kemahiran teknikal dapat

dikendalikan dan difahami dengan lebih jelas kerana kemahiran ini melibatkan

penggunaan peralatan yang boleh dilihat dengan jelas. Kemahiran generik pula

mempunyai perbezaan dengan kemahiran teknikal kerana kebanyakan aspek

kemahiran generik tidak dapat dilihat secara jelas dalam sesuatu program yang

dijalankan. Kebanyakan kemahiran generik mempamerkan kebolehan dalam bentuk

perlakuan dalaman dalam diri seseorang invidu yang mana kepentingannya adalah

sama dengan kemahiran teknikal dalam melahirkan pekerja yang trampil. Kemahiran

generik ini merupakan kemahiran individual yang perlu diterapkan dalam diri

seseorang bagi meningkatkan kualiti dirinya sebagai modal insan yang berguna. Ia

bukan sahaja meliputi kemahiran dan kualiti yang perlukan oleh sesuatu bidang

pekerjaan, tetapi ianya merangkumi semua bidang kerjaya. Kemahiran ini juga boleh

dilihat sebagai aset atau modal yang penting yang perlu ada dalam diri individu.

Menurut Yahya dan Rashid (2001), kemahiran employability ini dilihat

sebagai satu aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji di negara

barat. Aspek kemahiran ini merupakan salah satu aspek kompetensi pekerjaan yang

perlu diketahui dan dimiliki oleh setiap pekerja untuk membolehkan mereka menjadi

pekerja yang benar-benar trampil dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan

yang diceburi.

Page 22: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

5

Dalam Utusan Malaysia (2003), Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr.

Ng Yen Yen mengatakan kerjaya akauntan tidak terhad kepada pengetahuan

teknikal, sebaliknya golongan profesional itu juga perlu memberi tumpuan terhadap

kemahiran kepimpinan dan keusahawanan. Selain itu, pengetahuan mengenai

teknologi maklumat dan kemahiran komunikasi juga diperlukan bagi seseorang

akauntan dalam mengendalikan kerjaya mereka.

Pada hari ini banyak dipaparkan dalam akhbar mengenai graduan yang

menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan kerana dikatakan tidak mempunyai

pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang pekerjaan. Isu seperti ini

telah pun meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menimbulkan

kebimbangan kepada pihak Kerajaan. “Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk

Mustapa Mohamed menyatakan bahawa kegagalan siswazah mendapat kerja adalah

disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan.

Beliau berkata selain daripada lemah penguasaan bahasa Inggeris, siswazah didapati

berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran

berkomunikasi (Bernama, 2007)”.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn dalam jawapannya

kepada Dewan Negara mengenai punca graduan universiti yang gagal mendapat

pekerjaan dan terpaksa memenuhi jawatan-jawatan seperti kerani am, penyambut

tetamu dan sebagainya sedangkan mereka ini berijazah adalah disebabkan oleh

beberapa faktor. Antaranya adalah:

a) Isu pengangguran adalah berkaitan dengan ketidak-sepadanan (skills

mismatch) antara kemahiran yang diperlukan oleh pasaran buruh dan

kemahiran yang dimiliki oleh graduan. Di samping itu, para graduan

mempunyai kekurangan dari segi kemahiran bekerja (working skills) seperti

kemahiran berkomunikasi, kemahiran menganalisis, kemahiran berinteraksi,

keterampilan diri dan aspek pengurusan yang meliputi “work ethics” dan

“self motivation”.

Page 23: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

6

b) Graduan menghadapi kesukaran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang

menjadi bahasa perantaraan di sektor swasta. Kekurangan ini menyebabkan

graduan menjadi kurang berkeyakinan untuk bekerja di sektor swasta.

c) Kebanyakan graduan yang baru menamatkan pengajian tidak mempunyai

pengalaman bekerja yang diperlukan oleh majikan.

d) Graduan juga tidak mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk mencebur

diri dalam bidang perniagaan dari segi teknik perniagaan seperti pengurusan

kewangan, pemasaran, jualan dan seumpamanya yang menjadi asas yang

perlu dimiliki oleh seorang usahawan.

(Kementerian Pembangunan Sumber Manusia, 2007)

Utusan Malaysia (2007), menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi akan

memperkenalkan mata pelajaran kemahiran insaniah bagi mengatasi kelemahan

berkomunikasi dalam kalangan siswazah. Mata pelajaran kemahiran insaniah ini

adalah membabitkan keupayaan berkomunikasi, bekerja secara berkumpulan,

berunding, berfikir secara kritikal, mempunyai etika diri yang tinggi dan ciri-ciri

kepimpinan. Para pensyarah juga diarah untuk menerapkan aspek kemahiran

berkomunikasi dalam semua mata pelajaran. Usaha ini adalah sebagai langkah untuk

membendung masalah graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

Melalui penghasilan modul pembangunan kemahiran insaniah, dapat dilihat

ianya merupakan satu kesedaran bahawa kemahiran generik adalah penting untuk

melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Dengan memiliki kemahiran

sedemikian, peluang untuk mendapat pekerjaan semakin cerah dan memenuhi

keperluan-keperluan yang diharapkan oleh pihak Industri. Kebanyakan program

akademik di Institut Pengajian Tinggi pada masa kini kian menerapkan kemahiran

generik dalam kalangan pelajar. “Tumpuan khusus dibuat ke atas pendekatan

‘diffusion’ di mana kemahiran generik diterapkan secara terancang dan merentasi

Page 24: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

7

kurikulum melalui proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras atau

elektif yang ditawarkan di UTM (Buletin P&P UTM, Jun 2004)”.

Selain daripada penerapan kemahiran generik merentasi kurikulum akademik,

pelbagai kursus juga diberikan kepada para pelajar bagi memberi nilai tambah

kepada mahasiswa agar boleh bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Seperti dalam

Utusan Malaysia (2008), Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia

(UPM) iaitu Dr Mohd. Shatar Shabran berkata, kemahiran komunikasi dalam

kalangan mahasiswa merupakan elemen yang diberikan perhatian yang serius oleh

Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak majikan. Berdasarkan senario semasa,

antara punca utama kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah kerana

ketidakmampuan mereka berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam bahasa

Inggeris. Bagi menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga bakal

Majikan, Pusat Kokurikulum UPM telah mengambil inisiatif dengan menawarkan

dua kursus bersiri yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi dan penulisan

profesional kepada pelajar UPM terutamanya kepada pelajar yang berada di semester

akhir.

Menurut Dr Mohd. Shatar Shabran, kedua-dua kursus ini amat penting

kepada setiap mahasiswa terutamanya bakal siswazah untuk mempersiapkan diri

mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadikan diri mereka lebih

berdaya saing sama ada di peringkat nasional atau global. Salah satu daripada kursus

bersiri yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UPM untuk membantu pelajar agar

memiliki daya saing yang tinggi dan berketerampilan ialah Kursus Keterampilan

Graduan atau ”Finishing School”. Kursus ini memberi penekanan kepada dua aspek

utama iaitu kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Penulisan

Profesional. Terdapat lima unit disediakan di dalam Modul ”Finishing” ini dan ianya

memerlukan 14 jam pengendalian. Kursus ini juga dikendalikan sepenuhnya di

dalam bahasa Inggeris oleh fasilitator terlatih.

Page 25: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

8

Oleh itu, penyelidik berpendapat perlu ada satu kajian dilakukan kepada

pelajar di Kolej Yayasan Sabah bagi melihat penerapan kemahiran generik yang

dilakukan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kemahiran generik ini

merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri pelajar sebagai persediaan

memasuki alam pekerjaan. Kemahiran generik ini juga adalah sebagai kemahiran

yang diperlukan bagi melahirkan individu yang kompeten. Kajian yang dilakukan ini

adalah untuk melihat sejauh manakah penerapan kemahiran generik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah?

1.4 Objektif kajian

Berpandukan pernyataan masalah di atas, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti persepsi pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah terhadap kepentingan kemahiran

generik.

2. Mengenal pasti kaedah penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan

pembelajaran mengikut persepsi pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan).

3. Mengenal pasti amalan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah dalam kemahiran berkomunikasi.

Page 26: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

9

4. Mengenal pasti amalan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah dalam kemahiran memimpin.

5. Mengenal pasti amalan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah dalam kemahiran bekerja secara

berpasukan.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik ingin mencari jawapan terhadap beberapa persoalan

kajian bagi memenuhi objektif kajian yang hendak dicapai. Berikut merupakan

soalan-soalan kajian tersebut:

1. Apakah persepsi pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah terhadap kepentingan kemahiran

generik?

2. Apakah kaedah penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan

pembelajaran mengikut persepsi pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan

Teknologi (Perakaunan)?

3. Apakah amalan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah dalam kemahiran berkomunikasi?

4. Apakah amalan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah dalam kemahiran memimpin?

Page 27: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES … · tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) ... 1.1 Pengenalan 1 ... Sejarah sendiri telah

10

5. Apakah amalan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Teknologi

(Perakaunan) di Kolej Yayasan Sabah dalam kemahiran bekerja secara

berpasukan?