nurul huda binti abdul wahab - fp.utm.my€¦penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun...

23
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyennguyet

Post on 30-Jul-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR TAHUN

AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR

TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek

Sarjana Muda ( PSM ).

Saya NURUL HUDA BT ABDUL WAHAB

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

Disahkan oleh

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : 19, Jalan Intan 3/1, PN. NORASYKIN MOHD ZAID Taman Intan, 86000 NAMA PENYELIA Kluang, Johor. Tarikh: 23 APRIL 2008 Tarikh: 23 APRIL 2008

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERHAD

TIDAK TERHAD

SULIT

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ______________________________

Nama Penyelia : PN. NORASYKIN BT MOHD. ZAID

Tarikh : 23 APRIL 2008

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR

TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA

NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

“Saya akui karya ini adalah

hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _________________________________

Nama Penulis : NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB

Tarikh : 23 APRIL 2008

DEDIKASI

Buat Keluarga Tersayang... Ayahanda Abdul Wahab Bin Shahfree

Bonda Hawa Binti Abdul Wahid Adinda Noraini dan Nur Izzati

Kekanda Mohd. Faiz dan Mohd Firdaus

Terima Kasih Di Atas Doa Dan Sokongan Yang Berpanjangan

Semoga Kita Sekeluarga Akan Diberkati Oleh-Nya

Buat Teman-Teman Seperjuangan...

Kenangan Bersama Kalian Akan Terus Kekal Dalam Memori Abadi

Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Di Dunia Dan Akhirat

i

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Lagi Maha Penyayang

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Esa, kerana

dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia Projek Sarjana

Muda ini iaitu Puan Norasykin Bt Mohd Zaid sebagai tanda penghargaan

saya di atas segala bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang

tempoh saya menyiapkan penyelidikan ini.

Kepada keluarga tersayang, ucapan terima kasih yang tidak

terhingga di atas doa dan sokongan moral yang diberikan. Tidak lupa juga

kepada kawan-kawan yang telah banyak memberikan kata-kata semangat

dan komen membina. Jasa kalian semua tidak akan dilupakan. Akhir

sekali, sekalung terima kasih ditujukan kepada mereka yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kajian penyelidikan

Projek Sarjana Muda ini.

ii

ABSTRAK

Kemahiran generik merupakan kemahiran tambahan yang perlu

diberi perhatian di dalam usaha melahirkan modal insan yang mampan dan

berkualiti tinggi sejajar dengan misi teras kedua di dalam Rancangan

Malaysia Ke-9 (RMK-9). Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau

tahap penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar dan persepsi

pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Sampel kajian ini adalah

terdiri daripada 66 orang responden yang mengikuti program 4 SPK,

4 SPP dan 4 SPT di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik di mana

setiap item yang dikemukakan diukur menggunakan Skala Likert Lima

Mata. Kesahan instrumen disemak oleh pensyarah yang berpengalaman.

Kajian rintis yang dilakukan untuk melihat nilai kebolehpercayaan

instrumen kajian memberikan nilai alpha cronbach, α=0.856. Data

dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0 (Statistical Package For

Social Science Version 11.0) untuk dipersembahkan di dalam bentuk

jadual berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian

menunjukkan tahap penerapan kemahiran generik dan persepsi pelajar

terhadap kepentingan kemahiran generik berada pada tahap tinggi dengan

min 3.97 dan min 4.43. Justeru itu, penerapan kemahiran generik perlu

dilaksanakan dengan lebih menyeluruh oleh semua pihak memandangkan

kemahiran generik mempunyai kepentingannya yang tersendiri

terutamanya dalam usaha membentuk keterampilan dan jati diri pelajar

untuk bersaing di dalam dunia pekerjaan yang kompetitif.

iii

ABSTRACT

Generic skills are additional skills that should be emphasized on in

the effort of producing a good and high quality employee in parallel with

the second mission of the Ninth Malaysia Plan (RMK-9). The purpose of

this descriptive research is to study on the students’ level of generic skills

and their perception towards the importance of generic skills. The sample

of this research were 66 students from 4 SPK, 4 SPP and 4 SPT at

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. The instrument used

in this research was a set of questionnaire which every single item was

measured in Likert Scale. The legality of the instrument was checked by

an experienced lecturer. Pilot test that was done to determine the reliability

of the research instrument showed an alpha cronbach value of, α= 0.856.

The data gathered was then analyzed by using Statistical Package for

Science Social (SPSS) version 11.0 to show the data in the form of table

based on frequencies, percentage and mean. Generally, the result of the

research indicates a high level of students’ generic skills and their

perception with means of 3.97 and 4.43 respectively. Therefore, efforts to

enhance students’ generic skills should be done comprehensively by

everyone since generic skills are important especially in building students’

skills to compete in the competitive job world.

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

ABSTRACT iii

KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI LAMPIRAN x

SENARAI SINGKATAN xi

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Kepentingan kepada Pelajar 7

1.6.2 Kepentingan kepada pensyarah 7

1.6.3 Kepentingan kepada universiti 7

1.6.4 Kepentingan kepada sektor ekonomi 8

1.7 Batasan Kajian 8

v

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Penerapan 9

1.8.2 Kemahiran 10

1.8.3 Generik 10

1.8.4 Kemahiran Generik 10

1.8.5 Persepsi 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Kemahiran Generik 12

2.2.1 Konsep Kemahiran Generik 12

2.2.2 Elemen Kemahiran generik 13

2.2.2.1 Kemahiran Berkomunikasi 15

2.2.2.2 Pemikiran Kritis & Menyelesaikan

Masalah 15

2.2.2.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 16

2.2.2.4 Pembelajaran Berterusan 16

2.2.2.5 Etika & Integriti 17

2.2.2.6 Kemahiran Kepimpinan 18

2.2.2.7 Kemahiran Keusahawanan 18

2.2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 19

2.3 Kajian-kajian Berkaitan Kemahiran Generik 21

2.4 Penutup 22

3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pendahuluan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.4.1 Bahagian A 26

vi

3.4.2 Bahagian B 26

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 27

3.5.1 Kesahan 28

3.5.2 Kebolehpercayaan (Kajian Rintis) 28

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Analisis Data 31

3.8 Penutup 32

4 ANALISIS DATA 33

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 33

4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut

Jantina 34

4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut

Bangsa 34

4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut

Program 35

4.3 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 36

4.3.1 Persoalan Kajian 1 36

4.3.1.1 Kemahiran Berkomunikasi 36

4.3.1.2 Pemikiran Kritis & Kemahiran

Menyelesaikan Masalah 37

4.3.1.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 38

4.3.1.4 Pembelajaran Berterusan &

Pengurusan Maklumat 40

4.3.1.5 Etika & Integriti 41

4.3.1.6 Kemahiran Kepimpinan 42

4.3.1.7 Kemahiran Keusahawanan 42

4.3.2 Persoalan Kajian 2 43

4.4 Analisis Min Keseluruhan 44

vii

4.5 Penutup 45

5 PERBINCANGAN,KESIMPULAN DAN CADANGAN 46

5.1 Pendahuluan 46

5.2 Perbincangan 46

5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 47

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 49

5.3 Kesimpulan 50

5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 52

5.5 Penutup 53

RUJUKAN 54

Lampiran A 58

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan Sampel Kajian 25

3.2 Lima Pemeringkatan Skala Likert 26

3.3 Pecahan Item Mengikut Konstruk 27

3.4 Penentuan Tahap Penerapan & Persepsi

Terhadap Kepentingan Kemahiran Generik 31

3.5 Penentuan Penilaian Peratusan 32

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 35

4.3 Taburan Responden Mengikut Program 35

4.4 Analisis Item kemahiran Berkomunikasi 37

4.5 Analisis Item Pemikiran Kritis & Kemahiran

Menyelesaikan Masalah 38

4.6 Analisis Item Kemahiran Kerja Berpasukan 39

4.7 Analisis Item Pembelajaran Berterusan &

Pengurusan Maklumat 40

4.8 Analisis Item Etika & Integriti 41

4.9 Analisis Item Kemahiran Kepimpinan 42

4.10 Analisis Item Kemahiran Keusahawanan 43

4.11 Analisis Item Kepentingan kemahiran

Generik 44

4.12 Analisis Min Keseluruhan 45

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 30

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 57

xi

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

f - Frekuensi (Kekerapan)

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MeCD - Kementerian Pembangunan dan Usahawan

P&P - Pengajaran & Pembelajaran

RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9

S - Setuju

SPK - Sarjana Muda Sains & Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPP - Sarjana Muda Sains & Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPSS - Statistical Package for Science Social

SPT - Sarjana Muda Sains & Komputer serta Pendidikan (Matematik)

SS - Sederhana Setuju

TS - Tidak Setuju

UK - United Kingdom

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

US - United State

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

α - Alpha Cronbach

% - Peratus

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembangunan modal insan sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana

Menteri secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) hingga dikatakan mengakibatkan lambakan graduan

yang tidak memiliki pekerjaan. Mengapa perkara ini terjadi dalam sistem

pendidikan kita pada hari ini? Jika dilihat dalam sejarah pendidikan negara,

perkara ini tidak seteruk pada era 70-an dan 80-an. Puncanya pada masa kini

adalah disebabkan graduan tidak berketerampilan dan tidak memiliki

kemahiran, khususnya kemahiran insaniah sebagaimana yang dituntut oleh

majikan, di samping pasaran kerja yang kompetitif. IPT perlu menjana

graduan yang memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada

daripada sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah yang

merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya (Hasnah Hussin, 2006).

Modal insan yang merupakan teras kedua dalam misi nasional

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) adalah berhasrat untuk membentuk

personaliti yang tinggi di kalangan masyarakat. Justeru itu, insan lebih

bermodal bukan setakat bermodalkan ilmu pengetahuan tetapi juga

2 bermodalkan kemahiran yang menjadi faktor penggerak ke arah menyediakan

tenaga kerja yang berkualiti tinggi. Hal ini selaras dengan misi Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) untuk melahirkan graduan berkualiti dan

berketerampilan yang bertanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat.

Menteri Pembangunan Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata

pembangunan modal insan yang membawa kepada peningkatan tahap

pendidikan generasi muda dilihat berupaya menyumbang kepada kemajuan

negara. Menurut beliau lagi, modal insan yang dimiliki boleh digunakan untuk

mendapatkan pekerjaan dan sebarang pendekatan yang mampu memajukan

kedudukan diri mereka (Berita Harian, 2007). Merujuk kepada Skudai Post

Online (2007), hal ini disokong oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk

Mustapa Mohamed yang telah membuat kenyataan akhbar pada 24 April 2006

dengan mengatakan dunia sekarang sudah berubah di mana graduan bukan

sahaja memerlukan segulung ijazah tetapi mereka perlu melengkapkan diri

dengan kemahiran lain seperti kokurikulum, aktiviti amal dan asas-asas

keusahawanan. Oleh itu, dalam usaha merealisasikan teras kedua RMK-9

untuk melahirkan graduan berkualiti yang mempunyai modal insan seperti

mana yang diharapkan oleh kerajaan, UTM telah mengambil langkah

mewujudkan Atribut Graduan UTM yang mengandungi tujuh elemen

kemahiran generik yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar sepanjang

pengajian mereka di UTM.

Atribut Graduan yang meliputi aspek teknikal dan generik merupakan

asas yang praktikal dan berkesan dalam rekabentuk, pembangunan dan

perlaksanaan kurikulum sesebuah program akademik. Kurikulum berasaskan

atribut ini juga lazimnya digunakan sebagai asas bagi proses pengiktirafan dan

akreditasi oleh badan profesional dan juga Bahagian Jaminan Kualiti,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Di UTM, kebanyakan program

akademik direkabentuk dan dibangunkan berasaskan atribut yang ditetapkan

3 oleh badan profesional (Buletin P&P, 2004). Sehubungan dengan itu, UTM

mengharapkan setiap bakal graduan memiliki ketujuh-tujuh elemen kemahiran

generik untuk berfungsi secara efektif dalam konteks kepelbagaian struktur

sosial dan profesional apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada

masa ini terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka

untuk diisi oleh siswazah (Dr. Siti Hawa Mohd, 2006). Oleh yang demikian,

untuk mengisi jawatan kosong yang sedia ada, para graduan seharusnya

memiliki kemahiran tambahan yang diperlukan seperti kemahiran generik

untuk bersaing bagi merebut peluang pekerjaan. Fakta ini diakui oleh

Pengarah Akademi Graduan, Mohd Faris Ibrahim Abd. Muthaliff yang

berkata, siswazah seharusnya lebih menonjol untuk membezakan diri mereka

dengan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan yang ada ketika menghadiri

temu duga (Siti Fatimah Hassan, 2006). Ini bermakna, para pelajar perlu

memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang

diperlukan sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan yang

kompetitif.

Masalah pengangguran membabitkan lulusan Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) baik dari

dalam atau luar negara bukanlah suatu perkara yang baru, malah sering

menjadi bualan masyarakat selain menghiasi tajuk utama berita di dada akhbar

dan saluran media elektronik di Malaysia. Kemelut permasalahan ini seakan

sudah menjadi satu fenomena biasa dan secara terus-terusan membelenggu

masyarakat. Bagaimanapun, sehingga kini kita masih belum menemui langkah

4 atau kaedah paling sesuai dan berkesan bagi mengatasinya walaupun telah

banyak usaha dan ikhtiar dijalankan oleh pelbagai pihak terutama kerajaan

untuk membendungnya (Harian Metro, 2007).

Oleh yang demikian, langkah atau kaedah yang paling sesuai dan

berkesan untuk mengatasi masalah pengangguran perlu dikaji dan dikenalpasti

dengan segera supaya ianya tidak berlarutan. Menurut Hasnah Hussin (2006),

Pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia

Pahang, langkah yang perlu diambil kira adalah sistem pendidikan di negara

ini perlu memberi tumpuan terhadap meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran dalam pelbagai bidang kepada pelajar. Pengetahuan dan kemahiran

merupakan sebahagian daripada modal insan dan tanpanya sukar untuk

mencapai sebarang matlamat. Justeru itu, graduan seharusnya melengkapkan

diri mereka bukan dengan sekadar ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai

kemahiran tambahan.

Dalam pada itu, pertambahan bilangan graduan disamping terhadnya

peluang pekerjaan menyebabkan persaingan mendapatkan pekerjaan semakin

sukar. Bersaing untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan bukanlah suatu perkara

yang mudah. Oleh sebab itu, UTM telah memainkan peranannya dengan

mewujudkan Atribut Graduan UTM dalam usaha untuk memperkasakan para

pelajarnya dengan kemahiran tambahan yang diperlukan. Selain menerapkan

tujuh elemen kemahiran generik di dalam Atribut Graduan UTM dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P), UTM juga menawarkan “Program UTM

Degree++” dalam usaha untuk menambah nilai pengetahuan dan kemahiran

pelajar-pelajar UTM dengan ilmu atau kemahiran di luar daripada sukatan

matapelajaran yang diajar di dalam kuliah sepanjang tempoh pengajian

mereka di UTM.

Hal ini disokong oleh Naib Canselor UTM, Y. Bhg Datuk Prof. Ir. Dr.

Mohd Zulkifli Bin Tan Sri Mohd Ghazali, dalam Teks Ucapan NC (2006)

5 pada majlis perasmian minggu haluan siswa sesi 2006/2007, beliau

menjelaskan bahawa berada di UTM, tidak bermakna hanya menuntut ilmu

kerana pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran lain agar dapat

menghadapi persaingan dunia luar yang lebih mencabar. Tambah beliau lagi,

di samping aspek teknikal, kebanyakan majikan menggunakan penguasaan

kemahiran generik sebagai asas dalam pengambilan graduan untuk bekerja

dalam institusi atau syarikat mereka. Memetik kenyataan majikan di dalam

Buletin Achievers (2005):

“UTM menjadi pilihan memandangkan kerjasama yang berterusan

iaitu selama lebih kurang 15 tahun dengan universiti ini. Kemahiran generik

antara faktor yang diberi penekanan oleh pihak kami.”

(Penyelaras Pengambilan Kakitangan Schlumberger WTA)

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana tahap penerapan

kemahiran generik dalam diri pelajar UTM yang bakal menamatkan pengajian

dan persepsi mereka terhadap kepentingan kemahiran generik.

6

1.4 Objektif Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji tahap penerapan

kemahiran generik dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran

generik. Oleh yang demikian, objektif yang hendak dicapai oleh pengkaji di

dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek-aspek berikut :

i) Tahap penerapan kemahiran generik di dalam diri pelajar.

ii) Persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian yang hendak

dicapai oleh pengkaji iaitu :

i) Sejauh manakah tahap penerapan kemahiran generik di dalam diri

pelajar?

ii) Apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik?