pendidikan keselamatan kanak

14
PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK-KANAK Tulis peraturan keselamatan dan pamer di dinding yang boleh dilihat oleh semua kanak-kanak. Adakan latihan menghadapi kecemasan ( fire drill ). Ajar langkah-langkah keselamatan jalan raya kepada kanak- kanak seperti menyeberang jalan dan penggunaan lampu isyarat. Kanak-kanak diajar keselamatan di air, terutama sebelum melaksanakan aktiviti berkelah. Kanak-kanak diberi penerangan tentang tanda-tanda keselamatan seperti bahan beracun dan selekoh merbahaya. Sepadukan tema keselamatan dan kesihatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. PANDUAN KESELAMATAN DIRI KANAK-KANAK DI SEKOLAH Beritahu anak anda, jika ingin ke tandas, jangan pergi berseorangan. Minta kebenaran guru untuk membawa seorang rakan bagi menemaninya. Cara ini amat membantu dalam hal kecemasan seperti terjatuh di dalam tandas di mana rakan tadi dapat kembali dan memaklumkan kepada guru. Lebih utama cara ini dapat mengelakkan anak-anak dari gangguan penjenayah yang mungkin mengambil peluang terhadap anak-anak yang berjalan atau berada di tandas bersendirian. Beritahu anak anda jika diminta untuk bertemu guru selepas kelas, pastikan anak anda ditemani seorang rakan lagi. Jangan biarkan mereka bersendirian menemui guru terbabit. Maklumkan kepada anak-anak tempat yang boleh dan tidak boleh mereka pergi sama ada di dalam dan di luar sekolah. Contohnya bangunan stor, bangunan lama, tempat yang jauh dari pandangan umum perlu mereka jauhi. Maklumkan anak anda, jangan bercakap atau menerima sesuatu dari orang tidak dikenali, walaupun orang yang memanggil menggunakan namanya. Ingatkan anak-anak, bahawa orang yang tidak dikenali boleh memanggil nama mereka kerana anak-anak memakai tag nama pada baju yang mudah dilihat siapa saja. Ingatkan juga bahawa panggilan nama tidak bermakna si pemanggil adalah orang dikenali. Pesan pada anak-anak, jika diganggu jauhkan diri dengan segera seperti lari. Jika terus diganggu atau dalam kecemasan minta anak-anak jerit API!!! API!!! API!!! . Ini kerana jeritan api lebih menarik perhatian ”… “ ”… “ orang di sekeliling berbanding jeritan meminta tolong. PANDUAN KESELAMATAN DIRI DI RUMAH – (PERSATUAN BOMBA DAN PENYELAMAT SUKARELA MALAYSIA (MVFRA) Memasak memang menyeronokkan bagi kanak-kanak namun ibu bapa perlu mengawasi aktiviti jika anak-anak mengendalikan dapur

Upload: thenemolly-perumal

Post on 24-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

keselamatan kank-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK-KANAK   Tulis peraturan keselamatan dan pamer di dinding yang boleh dilihat oleh semua kanak-kanak.

  Adakan latihan menghadapi kecemasan ( fire drill ).

Ajar langkah-langkah keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak seperti menyeberang jalan dan penggunaan lampu isyarat.

Kanak-kanak diajar keselamatan di air, terutama sebelum melaksanakan aktiviti berkelah.

 Kanak-kanak diberi penerangan tentang tanda-tanda keselamatan seperti bahan beracun dan selekoh merbahaya.

Sepadukan tema keselamatan dan kesihatan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

 PANDUAN KESELAMATAN DIRI KANAK-KANAK DI SEKOLAH Beritahu anak anda, jika ingin ke tandas, jangan pergi berseorangan. Minta kebenaran guru untuk membawa seorang rakan bagi menemaninya. Cara ini amat membantu dalam hal kecemasan seperti terjatuh di dalam tandas di mana rakan tadi dapat kembali dan memaklumkan kepada guru. Lebih utama cara ini dapat mengelakkan anak-anak dari gangguan “penjenayah” yang mungkin mengambil peluang terhadap anak-anak yang berjalan atau berada di tandas bersendirian.

Beritahu anak anda jika diminta untuk bertemu guru selepas kelas, pastikan anak anda ditemani seorang rakan lagi. Jangan biarkan mereka “bersendirian” menemui guru terbabit.

Maklumkan kepada anak-anak tempat yang boleh dan tidak boleh mereka pergi sama ada di dalam dan di luar sekolah. Contohnya bangunan stor, bangunan lama, tempat yang jauh dari pandangan umum perlu mereka jauhi.

Maklumkan anak anda, jangan bercakap atau menerima sesuatu dari orang tidak dikenali, walaupun orang yang memanggil menggunakan namanya. Ingatkan anak-anak, bahawa orang yang tidak dikenali boleh memanggil nama mereka kerana anak-anak memakai tag nama pada baju yang mudah dilihat siapa saja. Ingatkan juga bahawa panggilan nama tidak bermakna si pemanggil adalah orang dikenali.

Pesan pada anak-anak, jika diganggu jauhkan diri dengan segera seperti lari. Jika terus diganggu atau dalam kecemasan minta anak-anak jerit “API!!!”… “API!!!”… “API!!!”. Ini kerana jeritan “api” lebih menarik perhatian orang di sekeliling berbanding jeritan meminta tolong.

PANDUAN KESELAMATAN DIRI DI RUMAH – (PERSATUAN BOMBA DAN PENYELAMAT SUKARELA MALAYSIA (MVFRA)

         Memasak memang menyeronokkan bagi kanak-kanak namun ibu bapa perlu mengawasi aktiviti jika anak-anak mengendalikan dapur

         Pakai pakaian berlengan pendek – lengan panjang mudah disambar api

Page 2: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

         Nasihatkan kanak-kanak menggunakan pelapik untuk mengangkat periuk panas

         Keselamatan di bilik mandi juga penting, justeru jangan biarkan anak berumur di bawah enam tahun mandi berseorangan

         Periksa suhu air terutama bilik mandi yang menyediakan alat pemanas air

         Masa mandi sepatutnya menjadi masa yang menggembirakan dan ibu bapa cuba pastikan tiada benda licin yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh

         Jangan biarkan air bertakung dalam baldi atau besen, bagi mengelakkan kanak-kanak berumur di bawah empat tahun tersungkur di dalamnya dan lemas.

KESELAMATAN UTAMA1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.

2.  Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ianya makanan atau minuman.

3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.

4.   Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan ditempat yang selamat.

5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.

6.  Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya.

7. Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.

8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan dan servis alat-alat ini.

10.  Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.

Page 3: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.

12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran.

13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan memakan ubat di depan anak.

KESELAMATAN ALAT MAINAN1. Apabila anda membeli alat permainan, pastikan ianya sesuai dengan umur, minat dan kebolehan anak.

2. Berikan kanak-kanak mainan yang sesuai dengan umurnya. Mainan untuk kanak-kanak yang lebih tua mungkin merbahaya untuk kanak-kanak yang lebih muda.

3. Tanggal dan buang pembalut mainan sebelum ia diberikan kepada anak.

4. Jangan biarkan mainan bersepah sepah di tangga atau di atas lantai. Latih anak supaya menyimpan mainan mereka selepas selesai bermain dan sediakan tempat simpanan yang selamat.

5. Pilih mainan yang bukan toksik dan tidak boleh terbakar.

6. Pastikan bahagian mata, bulu, butang, cat dan lain-lain pada alat mainan tidak mudah tertanggal atau menggelupas.

7.   Elakkan mainan berikut:

         Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.

         Bertali melebihi 30 sentimeter.

         Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan berukuran kurang dari 5 sentimeter.

         Mempunyai tangkai ataupemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau

mencucuk mata.

          Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.

         Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.

         Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.1. Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain dan ajar mereka bagaimana bermain dengan selamat (tidak boleh memukul satu sama lain atau mencampak barang-barang dan sebagainya).

2.   Pastikan bateri bagi mainan dipasang dengan betul dan jangan benarkan kanak-kanak tidur dengan mainan berbateri.

3.   Periksa alat-alat permainan kanak-kanak dengan kerap. Baiki atau buang mainan yang sudah rosak atau pecah. 

Page 4: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

    PERATURAN KESELAMTAN YANG BOLEH DI AJAR KEPADA KANAK-KANAK1.     larang cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta

bantuan orang dewasa.

2.      Melarang kanak-kanak  lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.

3.      Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.

4.       Melarang kanak-kanak buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.

5.     Melarang kana-kanak duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.

6.     Melarang kanak-kanak berlari-lari atau bermain di tangga.

7.      Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang. 

8.     Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas. 

9.     Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa. 

10.     Melarang kanak-kanak  bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala. 

11.         Melarang kanak-kanak masuk ke dapur jika tidak ada orang dewasa bersama.

12.    .Melarang mereka bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.

13.    . Melarang mereka sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.

14.     Melarang mereka sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.

15.      Melarang mereka lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

KESELAMATAN DI RUANG TAMU   1.      Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar. Pastikan pagar teguh

dan tidak mudah roboh.   2.      Wayar telefon, televisyen dan sebagainya adalah berbahaya. Ikat dengan pita pelekat atau

getah dan gunakan alat memendekkan wayar bagi mengubahsuai kepanjangan wayar.   3.      Letakkan televisyen di atas permukaan yang kuat dan tolak televisyen serapat mungkin ke

dinding.   4.      Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan

penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.   5.      Kunci pintu gelas longsor. Letak pelekat atau tampalan di pintu gelas searas mata kanak-kanak

supaya dia tidak berlari menerusi pintu dengan tidak sengaja.

Page 5: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

   6.      Elak dari menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca. Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

   7.      Penuhkan laci dari bawah ke atas apabila kanak-kanak mula memanjat. Ini mengelakkan perabot dari terjatuh menimpa dan memerangkap kanak-kanak.

   8.      Permaidani dan tikar yang tidak melekap ke lantai adalah merbahaya kerana kanak-kanak yang baru belajar berjalan boleh tergelincir dan terjatuh. Letakkan alas getah di bawah permaidani.

   9.      Jangan tinggalkan dompet dan beg tangan di atas lantai. Isi kandungan dan talinya boleh membahayakan kanak-kanak kecil.

KESELAMATAN DI DALAM DAPURDapur memang nampak amat menarik kepada kanak-kanak, tetapi ia penuh dengan bahaya: wayar peralatan elektrik, cerek berisi air panas, kuali dan laci berisi pisau tajam.

   1.      Jangan benarkan anak masuk ke dalam dapur.   2.      Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil anak.   3.      Pasang kunci atau penghalang di dalam laci, almari dan pintu.   4.      Pasang penghadang di dapur memasak bagi menghalang kanak-kanak dari menyentuh api atau

permukaan panas. Gunakan penutup tombol supaya kanak-kanak tidak boleh menyalakan api.   5.      Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya.

Sorokkan dengan penutup wayar atau pita pelekat.   6.      Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam berjauhan dari

hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum, bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.

   7.      Jauhkan makanan dan minuman panas dari hujung meja.   8.      Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya.

Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.

   9.      Alas meja yang berjuntai boleh ditarik dengan mudah dan apa-apa barang di atas meja boleh jatuh menimpa bayi atau kanak-kanak.

   10.Jika anda mahu menggunakan alas meja, kepit dengan penyepit atau klip.

KESELAMATAN DI BILIK TIDUR1.      Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari

terperangkap di dalam almari.2.      Rapatkan perabot yang goyah ke dinding. Secara amnya, jika tinggi perabot lebih dari lebarnya,

ia patut dirapatkan ke dinding.3.      Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang

supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.

Page 6: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

4.      Sentiasa tutup bakul sampah di dalam bilik tidur. Jangan buang barangan seperti beg plastik, barang-barang kecil dan tajam di dalam bakul sampah.

5.      Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas.

6.      Pastikan kedua-dua katil di tingkat atas dan bawah mempunyai penghadang di bahagian tepi dan hujung katil.

7.      Pastikan penghadang berukuran sekurang-kurangnya 12 sentimeter dari atas tilam.8.      Pastikan tilam terletak rapi dan kemas di dalam katil.9.      Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.10.  Pasang alat pengesan asap di luar pintu. Bunyi amaran mesti cukup nyaring dan kuat supaya

menjagakan anda apabila berada dalam bilik. Uji pengesan asap dengan kerap dan tukar bateri sekurang-kurangnya dua kali setahun.

11.  Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

KESELAMATAN DI BILIK AIR1.      Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.2.      Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak

ditemani orang dewasa. Jika boleh, pasang kunci di penutup mangkuk tandas supaya anak tidak boleh terjatuh dan lemas.

3.      Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas atas apa sebab dan walau sekejap mana sekalipun. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 sentimeter.

4.      Apabila menyediakan mandian bayi, masukkan air sejuk dahulu diikuti air panas. Jangan tambah air semasa bayi berada di dalam besen mandi. Jika anda perlu menambah air, keluarkan bayi terlebih dahulu. Uji suhu air sebelum anda memasukkan bayi kembali ke dalam besen mandi.

5.      Uji suhu mandian dengan siku anda. Suhu patut berasa suam dan selesa. Anda juga boleh menggunakan termometer tab mandi yang ada dijual di pasaran.

6.      Apabila memandikan bayi, pegang bayi dengan sebelah tangan dan gunakan tangan yang lagi sebelah untuk memandikannya.

7.      Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.8.      Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.9.      Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi

mengelakkan kanak-kanak lemas.10.  Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya

dengan air.11.  Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

Page 7: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

KESELAMATAN KANAK-KANAK APABILA IBU BAPA TIADA DI RUMAHDengan kehidupan dan kerjaya yang sibuk, sesetengah ibubapa mungkin tidak boleh menjaga kanak-kanak sepenuh masa. Ramai ibubapa akan menghantar anak mereka kepada pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak semasa waktu bekerja. Ada ibubapa mengupah orang gaji yang tinggal bersama mereka atau meninggalkan anak dengan nenek dan atuknya. Mereka  semua akan dikenali sebagai ‘penjaga kanak-kanak’. Keselamatan anak menjadi tanggungjawab mereka apabila ibu bapa tidak berada di sekeliling mereka.

    1)      Tinggalkan anak dengan orang dewasa yang bertanggungjawab. Kanak-kanak yang lebih tua tidak sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga adik yang lebih kecil.

    2)      Pastikan penjaga kanak-kanak turut mengamalkan tabiat keselamatan yang baik. Bincangkan aspek-aspek keselamatan dengan mereka jika ibu bapa rasa terdapat perkara yang boleh diperbaiki.

    3)      Berikan nombor telefon kepada penjaga kanak-kanak supaya ibu bapa boleh dihubungi jika berlaku kecemasan.

    4)      Jika kanak-kanak sakit dan perlu diberi ubat, tuliskan masa dan dos ubat yang perlu diambil. Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya sudah memberi ubat kepada kanak-kanak sebelum meninggalkannya dengan mereka bagi mengelakkan terlebih dos.

    5)      Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya kanak-kanak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan perhatian seperti lelah dan sawan. Pastikan ibu bapa menerangkan apa yang perlu penjaga lakukan sekiranya kanak-kanak mendapat serangan lelah atau sawan.

Kemalangan Yang Boleh Berlaku Di Taman PermainanKemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka :

1.      Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.

2.      Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.3.      Terluka atau tercalar.4.      Peralatan permainan yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah buaian, "monkey bars",

gelunsur dan jongkang-jongkit.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAKIbubapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan perumahan didapati tidak selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak berkenaan.Di antara ciri keselamatan yang disarankan :

1.      Ketinggian peralatan         Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara

38 inci) perlu dipasang.

Page 8: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

2.      Tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh         Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di

bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah:

                                      i.            Pasir (kedalaman 10 inci)                                    ii.            Serpihan kayu proses (kedalaman 12 inci)                                  iii.            Tikar-luar getah (rujuk American Academy of Paediatrics Public Education Brochure).

3.      Jerangkap         Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak terperangkap kepala

mereka. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM).

4.      Skru dan pepaku yang menonjol         Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk

yang mengakibatkan luka pada badan dan mata.

5.      Terjatuh/Terpintas         Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh

mengakibatkan mereka terjatuh atau terpintas.

6.      Peralatan berkaitan dengan umur         Kanak-kanak pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan peralatan permainan mereka.

Penyelengaraan taman permainan kanak-kanak Pastikan taman permainan dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji.

Tiada tapak permukaan yang terbiar.

Tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.

Besi, getah, plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput.

Permukaan perlu sentiasa diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam.

Semua peralatan perlu dipasang selamat dengan permukaan tanah.

Semua peralatan perlu sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar.

Pengawasan kanak-kanak Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.

Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.

Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan.

Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.

Page 9: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.

Punca-punca berlaku kemalangan daripada bahan api, benda-benda tajam dan peralatan elektrik.

Punca Bahan Api Kecuaian akibat merokok.

Mancis dan pemetik api diletakkan di tempat yang rendah dan boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Lilin dan sebarang punca api dibiarkan terdedah tanpa diawasi walaupun seketika.

Bahan mudah terbakar diletakkan di kawasan yang panas serta berhampiran dengan tempat mainan kanak-kanak.

Gas memasak bocor.

Penyambungan litar elektrik yang berselerak serta peralatan elektrik yang telah rosak.

Kanak-kanak bermain bunga api tanpa diawasi oleh ibu bapa.

Punca Benda Tajam                              Benda tajam contohnya pisau, gunting, pen dan sebagainya diletakkan berselerak di atas lantai atau di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.

Benda tajam diletakkan di bucu meja. Ini memudahkan kanak-kanak menarik alas meja sehingga benda-benda tersebut jatuh.

Punca Peralatan Elektrik Pemegang periuk dan kuali diletakkan menghala ke bahagian luar yang mana kanak-kanak boleh mencapai bahagian tersebut.

Wayar peralatan elektrik contohnya seterika, cerek, kipas dan sebagainya dibiarkan terjuntai ke bawah yang membolehkan kanak-kanak mencapai wayar tersebut.

Kesan akibat kemalangan daripada bahan api, benda tajam dan peralatan elektrik ke atas kanak-kanak.Kesan-kesannya adalah :

a)       Melecurb)      Lukac)      Cederad)     Terkena kejutan elektrike)       Kematianf)       Kecacatan

KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TADIKAKAWASAN

Page 10: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

1)      Bilik darjah         Mempunyai peredaran udara yang baik.         Keterangan bilik yang baik kerana kegelapan boleh memberi kesan kepada penglihatan kanak-

kanak.

2)      Dapur         Pastikan semua peralatan seperti sudu, garpu, mangkuk, dan lain-lain disimpan dengan kemas

dan baik.         Pastikan ada tong sampah dan sentiasa tertutup.         Pastikan lantai tidak basah dan licin.

3)      Tandas         Pastikan lantai tidak licin dan bertakung dengan air.         Sinki dalam keadaan baik dan tidak tersumbat.         Paip dapat berfungsi dengan baik.         Pastikan selipar yang disediakan tidak haus untuk mengelakkan daripada terjatuh.         Suis lampu berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.         Awasi kanak-kanak semasa berada di dalam tandas.

Panduan Menyediakan Pelan Laluan Kecemasan Semasa Kebakaran1.      Sediakan pelan susun atur bangunan sekolah dan tempat lapang yang ada.2.      Tunjuk arah jalan meninggalkan bilik darjah dan laluan ke tempat lapang.3.      Tunjukkan beberapa laluan lain supaya pengosongan bangunan boleh dilakukan serentak.4.      Tunjukkan rajah tempat berkumpul dan susunan kedudukan kanak-kanak yang telah ditetapkan.5.      Sediakan kata kunci butir-butir pelan. Contoh;  arah jalan.

Guru & Kakitangan1)      Berkebolehan menggunakan alat pemadam api.2)      Mempunyai pengetahuan atau diberi latihan kecemasan (CPR).3)       Sekurang-kurangnya seorang kakitangan yang mempunyai kemahiran ini berada di sepanjang

masa di prasekolah.

Senarai Nama 1)      Senarai nama kanak-kanak lengkap dengan no. telefon ibu bapa, jiran, doktor dll.2)      Ditampal pada dinding berhampiran setiap pintu keluar.3)      Nombor panggilan kecemasan seperti hospital, bomba, polis dll ditampal pada dinding di tepi

telefon.

PERALATAN

Page 11: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

Alat Permainan1)      Berhati-berhati dengan alat-alat mainan yang mempunyai sisi dan hujung yang tajam, komponen

kecil, bunyi yang kuat dan boleh bergerak.2)      Pastikan alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan membahayakan keselamatan

kanak-kanak.3)      Pastikan saiz alat mainan kecil sekurang-kurangnyanya 1 ¼ untuk menghindar dari tertelan,

tersumbat pada hidung, telinga atau saluran penafasan.4)      Pastikan tali pada alat mainan jenis ‘pull toy’ tidak melebihi 12 inchi.5)      Alat mainan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari.6)      Baca maklumat keselamatan pada label. Contohnya ‘non-toxic’, ‘Not recommended for children

under 3 years of age’.7)      Pastikan alat mainan elektrik dipasang dengan baik.8)      Pastikan setiap komponen alat mainan dipasang dengan sempurna.9)      Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik.10)  Mengajar kanak-kanak kembalikan alat mainan ke tempat asal untuk mengelakkan berlakunya

kemalangan.11)  Membaca panduan mengguna dan terangkan kepada kanak-kanak.12)  Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.13)  Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-

kanak prasekolah.

KESELAMATAN DI LUAR BANGUNANAlatan Permainan Luar

1.      Saiz, bentuk dan ketinggian sesuai untuk kanak-kanak.2.      Mesti dalam keadaan yang baik, contohnya tidak berkarat.3.      Komponen alat mainan luar tidak bengkok, melengkung, patah atau permukaan yang kemik.4.      Lubuk pasir ditutup bagi menggelakkan daripada najis haiwan.5.      Tempat duduk buaian tiada penjuru yang tajam dan dibuat daripada bahan yang ringan.6.      Alat mainan tiada lubang antara 4 – 8 ½ yang boleh memerangkap kepala kanak-kanak.7.      Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik dan bahan2 buangan seperti kaca, batu, sampah

dll.

Peti Kecemasan         Lengkap dengan ubat-ubatan asas dan perlu diperiksa untuk memastikan tidak berlaku kehabisan

ubat.         Disimpan pada tempat khas supaya mudah dijumpai.

Alatan Elektrik         Pastikan dawai-dawai barangan elektrik yang panjang diikat dan digulung.         Perlu diperiksa dari semasa ke semasa.

Page 12: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

 BANGUNAN DAN KEMUDAHANKeselamatan Fizikal Bangunan

1)      Mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah pintu yang mudah untuk melarikan diri dengan selamat jika berlaku kebakaran.

2)      Jerajak besi mudah dibuka jika berlaku kecemasan.3)      Dapur perlu diasingkan dari kawasan murid melakukan aktiviti.4)      Alat pemadam api sentiasa diperiksa.5)      Taska atau prasekolah perlu mempunyai pelan laluan kecemasan apabila berlaku kebakaran.6)      Latihan kebakaran perlu dijalankan 3 kali setahun.7)      Laluan keluar dari semua bilik bebas daripada sebarang halangan.8)      Tingkap bangunan adalah 1.2 m tinggi dari paras lantai dan besi bersilang dipasang di ruang

terbuka.

Keselamatan Di Dalam BangunanPerabot

         Saiz dan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.         Tiada sudut2-sudut tajam yang merbahaya.         Perabot yang mempunyai sudut tajam perlu dialas.         Rak-rak adalah kukuh dan tidak mudah jatuh apabila dipanjat oleh kanak-kanak.

PAGAR1)      Tangga dipasang pagar pada penghujungnya.2)      Selang antara lubang pagar mestilah kecil supaya kepala kanak-kanak tidak boleh memasukinya.3)      Pasang pagar ditempat yang boleh mendatangkan bahaya.

KESELAMATAN KANAK-KANAK DARIPDADA JENAYAH PENCULIKAN DI TADIKASaranan kerajaan kepada pihak sekolah agar:

1)      Memasang televisyen litar tertutup dapat memantau pergerakan kanak-kanak di sekolah dan di kawasan sekitar sekolah.

2)      Pihak sekolah,terutamanya guru-guru perlu sentiasa peka dan memerhatikan murid-murid di luar kawasan sekolah, terutamanya sewaktu mereka pulang dari sekolah agar masalah penculikan tidak berlaku.

3)      Pesanan dan nasihat daripada guru-guru perlu sering diperingatkan kepada murid-murid agar mereka tidak alpa akan keselamatan diri sendiri.

4)      Murid-murid hendaklah menunggu ketibaan ibu bapa di kawasan yang selamat seperti di dalam kawasan sekolah dan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.

Page 13: PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK

5)      Selain itu, murid-murid dinasihatkan agar bergerak di dalam kumpulan dan tidak mendekati orang yang tidak dikenali.