kaedah pelaksanaan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran serta cabaran – cabaran yang...

16
KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT Oleh : Nor Aishah Binti Othman Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh ABSTRAK Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti – aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Tujuan pengajaran adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu kepada pelajar. Keberkesanan pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Pembelajaran pula ialah satu proses memperolehi maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia dan berlaku di mana-mana tempat. Oleh itu, pensyarah perlu membuat perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan matlamat di atas tercapai. Terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan tersebut terbahagi kepada tiga iaitu pendekatan berpusatkan pensyarah, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan pelajaran. Di dalam kertas kerja ini, penulis membincangkan mengenai pendahuluan, kaedah pelaksanaan serta cabaran – cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan ketiga – tiga pendekatan tersebut dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Upload: upenkktm

Post on 14-Aug-2015

109 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pendekatan tersebut terbahagi kepada tiga iaitu pendekatan berpusatkan pensyarah, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan pelajaran.

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

Oleh :

Nor Aishah Binti Othman

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

ABSTRAK

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti – aktiviti perancangan,

pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Tujuan pengajaran adalah untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu kepada pelajar. Keberkesanan

pengajaran pula diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui

proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Pembelajaran pula ialah satu

proses memperolehi maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta

pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat

seseorang manusia dan berlaku di mana-mana tempat. Oleh itu, pensyarah perlu

membuat perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan matlamat

di atas tercapai. Terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan oleh pensyarah dalam

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan tersebut terbahagi

kepada tiga iaitu pendekatan berpusatkan pensyarah, pendekatan berpusatkan pelajar

dan pendekatan berpusatkan bahan pelajaran. Di dalam kertas kerja ini, penulis

membincangkan mengenai pendahuluan, kaedah pelaksanaan serta cabaran – cabaran

yang dihadapi dalam melaksanakan ketiga – tiga pendekatan tersebut dalam

mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan merupakan

institusi yang penting bagi melahirkan

produk yang berkualiti dan dapat

menyumbang kepada negara. Bagi

merealisasikan hasrat murni ini, institusi

pendidikan perlu menyebarkan ilmu

dengan cara dan saluran yang betul

kepada pelajar. Oleh itu, strategi

pengajaran dan pembelajaran perlu

dirancang dengan kemas dan terperinci.

Strategi pengajaran ialah

penentuan dan perancangan kaedah serta

teknik mengajar untuk mencapai objektif

jangka panjang dalam sesuatu

pendekatan dengan berkesan. Dalam

strategi pengajaran dan pembelajaran,

terdapat pelbagai pilihan pendekatan

yang boleh digunakan oleh pensyarah

bagi memastikan aktiviti ini berjalan

dengan baik dan sistematik. Pendekatan

tersebut dikategorikan kepada tiga

pendekatan iaitu pendekatan

berpusatkan pensyarah, pendekatan

berpusatkan pelajar dan pendekatan

berpusatkan bahan pelajaran. Kemahiran

pensyarah menggunakan pendekatan

tersebut adalah bergantung kepada

objektif yang ingin dicapai di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994)

mendapati permulaan sesuatu sesi

pengajaran adalah detik yang paling

penting dalam mencorak situasi

pembelajaran seterusnya. Oleh itu,

pensyarah perlu memilih strategi

pengajaran dan pempelajaran yang dapat

memberi kesan yang positif kepada

pelajar dan pensyarah.

2.0 KAEDAH PELAKSANAAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN

PENSYARAH

Pendekatan berpusatkan

pensyarah merupakan strategi yang

paling lama diperkenalkan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah

pertama dalam pelaksanaan pendekatan

berpusatkan pensyarah ialah

menggunakan komunikasi sehala seperti

rajah 1 di bawah. Pelajar hanya bertindak

untuk mendengar sahaja penerangan

daripada pensyarah. Oleh itu, pensyarah

bertindak secara autokratik dan

memberikan arahan kepada pelajar

supaya dilaksanakan. Pensyarah amat

mementingkan pencapaian objektif

Page 3: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

PELAJAR

GURU

PELAJAR

pengajaran dan tidak mengambil berat

perkembangan emosi dan sahsiah pelajar.

Pelajar sentiasa berada dalam keadaan

tegang dan tiada hubungan positif di

antara pensyarah dan pelajar.

Rajah 1: Komunikasi sehala

Selain itu, kaedah kedua yang

digunakan dalam strategi ini ialah kaedah

pengajaran secara kuliah seperti

syarahan, demonstrasi dan bercerita.

Strategi ini menggalakkan pelajar

menggunakan teknik hafalan kerana

pelajar perlu banyak mengingat daripada

membuat interpretasi. Pensyarah terlalu

mementingkan pengajaran keseluruhan

kelas dan tidak mengambil ciri-ciri

perbezaan pelajar seperti kebolehan dan

minat yang wujud.

Pendekatan berpusatkan

pensyarah menggariskan beberapa

kelebihan. Antaranya ialah pelajar mudah

untuk mendapatkan maklumat dengan

berkesan. Ia dapat menjimatkan masa dan

tenaga kerana semua maklumat boleh

disampaikan kepada sekumpulan murid

yang besar dalam masa yang singkat.

Selain itu, pendekatan ini dapat

menyumbang bahan-bahan tambahan

yang tidak boleh diperoleh oleh murid-

murid melalui buku teks. Kelas lebih

mudah dikawal dan sesetengah murid

akan merasa lebih puas dengan bentuk

penyampaian yang lebih distrukturkan.

Dari segi kelemahan-kelemahannya pula,

ia merupakan komunikasi satu hala yang

menyebabkan interaksi antara pensyarah

dengan pelajar terhad dan tidak dapat

melahirkan pelajar yang kreatif.

Page 4: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

PELAJAR

GURU

PELAJAR

3.0 PENDEKATAN BERPUSATKAN

PELAJAR

Pendekatan berpusatkan pelajar

merupakan strategi yang memerlukan

pelajar dan pensyarah bergerak secara

aktif dalam setiap sesi pembelajaran

mereka. Kaedah pertama dalam

pelaksanaan strategi ini ialah pensyarah

perlu berperanan sebagai fasilitator atau

pemudahcara dengan memberi

bimbingan kepada pelajar supaya

berfikir, meninjau dan membuat

penerokaan sendiri. Pensyarah

membantu pelajar mendefinisi masalah,

mengenal pasti sumber data dan ilmu

yang relevan, mentafsir dan menilai

ketepatan data serta membuat

kesimpulan.

Seterusnya, kaedah kedua dalam

pendekatan berpusatkan pelajar ialah

melibatkan kaedah komunikasi dua hala

iaitu antara pensyarah dengan pelajar

dan antara pelajar dengan pelajar seperti

rajah 2 di bawah. Pendekatan ini

menggalakkan pelajar terlibat secara aktif

dan cuba menyelesaikan masalah yang

diberi. Ini adalah penting untuk

menggalakkan pelajar berkomunikasi dan

memberi pendapat mereka di dalam

kelas. Pensyarah mengamalkan corak

kepimpinan demokratik iaitu pelajar

bebas bertanya, memberi pendapat dan

berpeluang untuk mempertahankan

pendapat tersebut mengikut cara dan

gaya tersendiri.

Rajah 2: Komunikasi dua hala

Page 5: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

Selain itu juga, kaedah ketiga

dalam pendekatan berpusatkan pelajar

ialah menggunakan kaedah penyelesaian

masalah, simulasi, lawatan dan projek.

Pendekatan yang digunanakan samada

pendekatan secara berkumpulan atau

individu. Mengikut Johnson dan Johnson (

1998 ) kumpulan kecil terbahagi kepada

empat bahagian iaitu :

1) Kumpulan samaran

Ahli kumpulan yang ditugaskan

dalam satu kumpulan tetapi

terdapat ahli yang kurang minat

atau tiada minat langsung untuk

bekerjasama dalam satu

kumpulan. Ahli kumpulan ini

sekadar menumpang. Ianya akan

membebankan ahli kumpulan yang

lain.

2) Kumpulan tradisional

Ahli kumpulan bersetuju

bekerjasama tetapi ada yang lebih

gemar menyiapkan tugas secara

berseorangan.

3) Kumpulan kooperatif

Kumpulan yang komited dengan

tujuan mereka dalam mencapai

kejayaan secara kumpulan.

4) Kumpulan kooperatif pencapaian

tinggi (High-performance

cooperative groups)

Kumpulan yang menepati semua

kriteria yang diperlukan bagi

kumpulan kooperatif dan

menepati semua sasaran.

Oleh itu, pensyarah perlu

bijaksana menyusun strategi agar

suasana pengajaran dan pembelajaran

berlaku secara harmonis bagi mencapai

kemajuan dan prestasi yang cemerlang.

Menurut Dewey, pendidikan harus

berpusatkan kepada pelajar sebagai

individu untuk melengkapkan dirinya

dengan ciri-ciri insan yang sempurna

pada keseluruhannya. Oleh itu,

pendekatan berpusatkan pelajar mampu

melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif

dan mempunyai kemahiran

berkomunikasi dengan berkesan.

Page 6: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

4.0 PENDEKATAN BERPUSATKAN

BAHAN PELAJARAN

Kamus Dewan (2005)

mendefinisikan bahan sebagai sesuatu

atau beberapa benda yang digunakan

untuk menghasilkan sesuatu atau untuk

sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan

dengan hal-hal yang akan dibincangkan

seperti dalam pengajaran dan

pembentangan. Kamus Longman

dictionary of contemporary english telah

memberikan definisi bahan sebagai

“information from which a (written) work

is to be produced”. Pada asasnya,

perkataan bahan dapat diertikan sebagai

merangkumi sebagai segala benda, alat,

maklumat dan media yang dapat

memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, pendekatan berpusatkan

bahan pelajaran terbahagi kepada dua

iaitu bahan pengajaran dan bahan

pembelajaran. Bahan pengajaran

merupakan semua bahan yang digunakan

oleh pensyarah manakala bahan

pembelajaran merujuk kepada semua

bahan yang disediakan untuk kegunaan

pelajar. Kedua – dua jenis bahan tersebut

digunakan untuk memudahkan

pensyarah mengendalikan pengajarannya

dan membantu pembelajaran pelajar.

Kaedah pertama pelaksanaan

pendekatan berpusatkan bahan pelajaran

ialah pensyarah menyediakan bahan

kepada pelajar atau pensyarah untuk

diinterpretasi, difahami dan

diterjemahkan. Menurut Atan Long dan

Mat Nor Hussin (1987) beliau

berpendapat, bahan-bahan pengajaran

dan bahan bantu mengajar ada berbagai-

bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam

bentuk buku, carta atau slaid yang

dipancarkan pada layar dan sebagainya

yang merupakan bahan yang menyokong

penyampaian pembelajaran. Bahan ini

digunakan bagi membolehkan pelajar

memahami isi pelajaran dengan lebih

mudah dan pensyarah dapat

menyampaikannya dalam bentuk yang

lebih berkesan dan menarik. Oleh itu, sesi

pengajaran dapat berjalan dengan baik

dan berkesan.

Kaedah pelaksanaan yang kedua

ialah pensyarah meminta pelajar untuk

mendapatkan bahan pelajaran. Sebagai

contoh, pelajar meminta pelajar

mandapatkan sumber rujukan daripada

buku, surat khabar dan internet yang

terdapat di perpustakaan. Oleh itu, pelajar

perlu menguasai kemahiran

mendapatkan bahan dari sumber

elektronik dan bukan elektronik seperti

Page 7: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

komputer dan alatan multimedia yang

lain bagi menyiapkan tugasan yang

diberikan dengan berkesan.

Kaedah pelaksanaan yang ketiga

ialah pendekatan berpusatkan bahan

pelajaran dapat dilaksanakan tanpa

kehadiran pensyarah. Ini kerana pelajar

menggunakan bahan pelajaran yang telah

dirancang oleh pensyarah seperti pelajar

perlu menghasilkan projek atau ujikaji.

Hasilnya, pelajar akan lebih berdikari dan

saling bekerjasama untuk menyiapkan

tugasan dengan betul dan sempurna

dalam masa yang ditetapkan.

Disamping itu, peranan pensyarah

dalam menentukan bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran sangat

penting. Ini adalah kerana bahan-bahan

itu merupakan media yang mampu

mewujudkan rangsangan dan yang

kemudiannya akan bertindak

memperkembang kecerdasan dan

pengalaman. Dalam penyesuaian bahan-

bahan, pensyarah perlu memastikan

bahawa butir-butir dalam kandungan

bahan itu mengandungi unsur-unsur yang

selari dengan kehendak kriteria-kriteria

yang telah ditetapkan oleh sukatan modul

pembelajaran. Disamping itu, pensyarah

hendaklah juga memastikan bahawa

aktiviti-aktiviti dalam bahan-bahan

tersebut dapat membantu pelajar. Semasa

menyesuaikan semula bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran, perkara-

perkara berikut hendaklah diberi

perhatian

a) Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan

oleh pensyarah supaya bahan-

bahan yang disediakan

menggalakkan daya cipta dan

kreativiti para pelajar. Ini

bermakna, daripada bahan-bahan

itu, mereka dapat memanjangkan

pandangan dan pendapat mereka,

mendapatkan inspirasi mencipta

idea-idea baru dan sebagainya.

b) Menjadikan aktiviti pembelajaran

releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah

disesuaikan supaya ianya

berkaitan dengan objektif

pembelajaran dan memberi faedah

kepada pelajar apabila ianya dapat

dikuasai.

c) Mengadakan beberapa contoh

yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya

memberikan contoh-contoh yang

Page 8: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

praktikal membolehkan pelajar

memahami aspek-aspek

pembelajaran dengan baik di

samping dapat pula bekerja dalam

konteks dan situasi yang

bermakna.

d) Memenuhi keperluan pelajar sama

ada dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu

haruslah berguna dan dapat

memenuhi keperluan pelajar. Ini

bermakna, bahan-bahan itu harus

membantu pelajar dalam kerjaya

mereka atau membolehkan

mereka mendapatkan pekerjaan

yang baik. Dari segi psikologi pula,

bahan-bahan itu haruslah dapat

memenuhi keperluan pelajar

terutama dari segi minat,

kebolehan mental, umur,

kecenderungan dan sebagainya.

Oleh itu, pensyarah perlu

menyusun dan merancang aktiviti-

aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mereka dengan baik,

terutamanya dari segi pemilihan,

penyesuaian dan penggunaan

bahan-bahan pengajaran, kerana

inilah di antara aspek yang

memberi kesan terhadap prestasi

para pelajar. Keberkesanan bahan

pelajaran yang dipilih mampu

mempengaruhi minat pelajar

untuk meneruskan tumpuan

terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran.

5.0 CABARAN – CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN PENDEKATAN

BERPUSATKAN PENSYARAH

Terdapat tujuh cabaran yang

dihadapi dalam melaksanakan

pendekatan berpusatkan pensyarah.

Cabaran pertama bagi pendekatan

berpusatkan pensyarah ialah pensyarah

sukar menilai tahap pencapaian objektif

pengajaran dan pembelajaran. Walaupun

pendekatan ini menekankan pencapaian

objektif secara keseluruhan, namun

begitu pendekatan berpusatkan

pensyarah memberi cabaran kepada

pensyarah untuk mencapai objektif

tersebut. Pensyarah akan mengalami

kesukaran untuk mengetahui samada

pelajar memahami ataupun tidak

terhadap pelajaran yang beliau

sampaikan kerana pelajar hanya

Page 9: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

mendengar sahaja. Disamping itu juga,

pelajar tidak mempunyai kuasa dan

peluang untuk mengajukan sebarang

persoalan sekiranya mereka tidak

memahami topik yang diajar. Kesannya,

tahap pencapaian objektif pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat dinilai.

Cabaran kedua ialah

perkembangan idea dan pendapat adalah

terhad. Ini kerana pelajar dan pensyarah

tidak boleh bertukar – tukar pendapat

dan pelajar tidak dibenarkan untuk

memberikan pandangan mereka.

Pensyarah menggunakan pendekatan

autokratik. Akibatnya, pelajar akan

memperolehi ilmu yang sedikit dan tidak

berkembang. Kaedah ini mengehadkan

kebebasan berfikir dan daya kreativiti

pelajar.

Cabaran ketiga yang dihadapi

dengan menggunakan pendekatan ini

ialah pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak dapat menumpukan

sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran berlangsung. Setiap

pelajar mempunyai tahap penumpuan

yang berbeza. Sekiranya pelajar asyik

mendengar sahaja kuliah yang

disampaikan oleh pensyarah dalam

tempoh dua jam contohnya, ini akan

memberikan kebosanan terhadap pelajar

untuk terus mendengar sesi kuliah

tersebut. Akibatnya, pelajar tidak dapat

menumpukan sepenuh perhatian dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain

itu juga, pembaziran masa dan tenaga

akan berlaku terhadap pelajar kerana

mereka mendengar kuliah selama dua

jam tetapi mereka tidak memahami apa

yang disampaikan oleh pensyarah.

Cabaran yang keempat ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang menunjukkan reaksi bosan

terhadap pengajaran yang disampaikan

oleh pensyarah tersebut. Contohnya,

pelajar tersebut akan gelisah, pergi ke

tandas, membuat bising, mengganggu

rakan yang lain dan menunjukkan rasa

mengantuk. Dalam pendekatan ini,

pensyarah tidak mengambil berat

terhadap perkembangan emosi dan

sahsiah pelajar. Kesannya, pelajar tidak

memahami topik yang diajar dan pelajar

tersebut akan hilang minat untuk belajar

dan hadir ke kuliah.

Cabaran yang kelima ialah pelajar

tidak dapat mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran sekiranya pensyarah

tidak hadir untuk kuliah. Ini kerana

pelajar amat bergantung kepada

Page 10: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

pensyarah untuk menyebarkan ilmu

kepada mereka. Kesannya, sesi

pengajaran dan pembelajaran akan

tertangguh.

Cabaran yang keenam ialah

pendekatan berpusatkan pensyarah tidak

dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan

pemikiran kritikal kerana pendekatan ini

tidak menggalakkan pelajar belajar secara

aktif. Pelajar juga tidak mampu

menguasai kemahiran psikomotor,

kognitif dan tidak berupaya mengubah

nilai atau sikap serta tidak dapat

menghasilkan sesuatu yang baru.

Cabaran yang ketujuh ialah

terdapat pensyarah yang kurang mahir

berkomunikasi dihadapan pelajar.

Pendekatan berpusatkan pensyarah

memerlukan pensyarah berkomunikasi

secara aktif. Pensyarah perlu mempunyai

kemahiran berkomunikasi dengan

berkesan kerana pendekatan ini

memerlukan pensyarah yang pandai

bercakap dan boleh bertutur dengan baik

dalam menyampaikan ilmu kepada

pelajar. Walaupun begitu, terdapat

segelintir pensyarah yang tidak

mempunyai tahap komunikasi yang baik

menyebabkan objektif pengajaran dan

pembelajaran tidak dapat dicapai dengan

berkesan.

6.0 CABARAN – CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN PENDEKATAN

BERPUSATKAN PELAJAR

Terdapat tujuh cabaran yang

dihadapi dalam melaksanakan

pendekatan berpusatkan pelajar. Cabaran

pertama dalam pendekatan berpusatkan

pelajar ialah pensyarah akan berhadapan

dengan segelintir pelajar yang tidak

memberi kerjasama sepenuhnya.

Contohnya, ketika sesi perbincangan

dilakukan di dalam kumpulan bagi

menyelesaikan tugasan yang diberikan

oleh pensyarah, terdapat seorang pelajar

yang hanya mendengar dan melihat

keputusan yang dibincangkan oleh ahli-

ahli yang lain. Kesannya, pelajar yang

tidak memberi kerjasama dalam

perbincangan tersebut akan menghadapi

masalah dalam pemahaman topik yang

diajar dan tidak dapat menjawab soalan

ujian. Selain itu juga, komunikasi dua hala

antara pensyarah dan pelajar perlu

melalui pendekatan berpusatkan pelajar.

Page 11: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

Pelajar mempunyai peluang untuk

bertanyakan soalan dan memberikan idea

serta pendapat sekiranya ada. Namun

begitu, terdapat segelintir pelajar yang

tidak dapat bertindak secara aktif untuk

memberikan pendapat dan bertanyakan

soalan sekiranya tidak memahami topik

yang diajar. Akibatnya, pelajar tersebut

akan ketinggalan dalam pelajaran kerana

tidak memberikan kerjasama yang

sepenuhnya kepada pensyarah.

Cabaran yang kedua ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang merasa rendah diri

berbanding dengan rakan – rakan yang

lain. Pendekatan berpusatkan pelajar

memerlukan pelajar bertindak secara

aktif. Namun begitu, bagi pelajar yang

tidak mampu berbuat demikian mereka

akan merasa malu terhadap rakan – rakan

yang lain kerana lebih bijak dan aktif

daripadanya. Sebagai contoh, pensyarah

akan bertanyakan soalan kepada pelajar.

Sekiranya soalan itu diajukan kepada

rakan yang tidak dapat menjawab,

mereka akan merasa malu dengan rakan

yang lain dan seterusnya akan mengalami

perasaan rendah diri. Selain itu juga,

pendekatan berpusatkan pelajar

memerlukan mereka untuk membuat

pembentangan. Namun begitu, terdapat

segelintir pelajar yang malu untuk

melakukan pembentangan tersebut.

Mereka merasa takut untuk membuat

pembentangan di khalayak ramai kerana

mereka mempunyai low self esteem iaitu

tahap kendiri yang rendah.

Cabaran yang ketiga ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang sukar dikawal terutamanya

apabila melibatkan pelajar yang ramai

pada satu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya dalam sesi

perbincangan, pelajar perlu

berkomunikasi sesama mereka untuk

menyelesaikan masalah yang diberi.

Namun begitu, terdapat segelintir pelajar

yang membuat bising dan melakukan

aktiviti yang lain. Akibatnya, sesi

pengajaran dan pembelajaran akan

terganggu. Pensyarah perlu mempunyai

tahap kesabaran yang tinggi bagi

menghadapi situasi ini.

Cabaran yang keempat ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak berdikari dan tidak

mahu menyusahkan diri mereka.

Pendekatan berpusatkan pelajar

memerlukan pelajar berfikir untuk

menyelesaikan masalah berdasarkan

Page 12: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

tugasan yang diberi. Namun begitu,

terdapat pelajar yang tidak suka

membebankan kepala mereka untuk

berfikir bagi menyelesaikan masalah

Mereka lebih suka menerima daripada

berusaha untuk mendapatkan ilmu.

Mereka tidak dapat berdikari tanpa

kehadiran pensyarah sepenuhnya.

Cabaran yang kelima ialah

pendekatan ini memerlukan masa yang

lebih kerana pelajar perlu menyiapkan

tugasan berdasarkan kreativiti dan idea

masing – masing. Selain itu juga,

pensyarah akan mengalami kerugian

masa kerana terdapat segelintir pelajar

yang tidak dapat menyiapkan tugasan

dalam masa yang ditetapkan. Sebagai

contoh, pensyarah memberi tugasan

kepada lima kumpulan pelajar tetapi

terdapat dua kumpulan yang masih

belum menyiapkan tugasan. Oleh itu,

kumpulan yang lain perlu menunggu

kumpulan tersebut menyiapkan tugasan.

Akibatnya, terdapat proses pengajaran

dan pembelajaran akan terganggu dan

pembaziran masa akan berlaku.

Cabaran yang keenam ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang terlalu aktif atau terlalu

banyak bertanya. Akibatnya, masa banyak

dihabiskan bagi menjawab soalan yang

diajukan oleh individu yang sama. Secara

tidak langsung, perkara ini boleh

menggangu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu juga, terdapat

segelintir pelajar yang terlalu banyak

bertanya tetapi soalan yang diajukan

adalah tidak relevan.

Cabaran yang ketujuh ialah

terdapat segelintir pensyarah yang

mempuyai tanggapan buruk pada kaedah

pendekatan berpusatkan pelajar kerana

mereka tidak tahu bagaimana hendak

memastikan kolaborasi dan interaksi

antara pelajar dengan pelajar dan antara

pensyarah dengan pelajar. Selain itu juga,

pensyarah tersebut lebih selesa untuk

menggunakan kaedah tradisional iaitu

pendekatan berpusatkan pensyarah.

7.0 CABARAN – CABARAN YANG

DIHADAPI DALAM

MELAKSANAKAN PENDEKATAN

BERPUSATKAN BAHAN

PELAJARAN

Terdapat enam cabaran yang

dihadapi dalam melaksanakan

Page 13: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

pendekatan berpusatkan pelajar. Cabaran

pertama yang dihadapi oleh pensyarah

ialah penguasaan kemahiran dalam

penggunaan alat – alat teknologi

mulitimedia seperti slaid projektor dan

komputer. Terdapat segelintir pensyarah

dan pelajar yang kurang mahir dalam

penggunaan alat – alat teknologi.

Akibatnya, penyampaian pengajaran dan

pembelajaran secara berkesan tidak

dapat dilaksanakan. Selain itu juga,

terdapat pelajar yang kurang mahir

dalam penggunaan alat – alat teknologi.

Sebagai contoh, pensyarah meminta

pelajar menyiapakan tugasan

berdasarkan maklumat yang diperolehi

daripada internet. Namun demikian,

pelajar tersebut kurang mahir dalam

penggunaan internet. Kesannya, pelajar

tidak mampu menyiapkan tugasan pada

masa yang ditetapkan.

Cabaran yang kedua ialah pelajar

akan mengalami kesukaran untuk

memahami bahan pelajaran yang

diberikan oleh pensyarah. Tahap

kebolehan pelajar adalah berbeza.

Justeru, pelajar yang mempunyai tahap

kemampuan yang rendah akan

mengalami masalah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

contoh, pensyarah memberikan tugasan

kepada pelajar supaya membuat

kesimpulan daripada artikel yang

diberikan iaitu artikel dalam bahasa

inggeris. Namun begitu, terdapat pelajar

yang lemah dalam bahasa inggeris tidak

memahami bahan tersebut. Akibatnya,

pelajar tersebut sukar untuk menyiapkan

tugasan yang diberi.

Cabaran yang ketiga ialah

pensyarah akan mengalami masalah dari

segi sumber rujukan. Bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran kadangkala

dianggap sebagai media pengajaran yang

boleh membantu pensyarah dan

membolehkan pelajar mendapatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran serta

membentuk sikap yang baik. Proses

penilaian dan pemilihan bahan-bahan

yang diperlukan untuk memenuhi hasrat

ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja

ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan

bahan supaya ianya sesuai dengan

objektif pengajaran yang seharusnya

selaras dengan kehendak dan matlamat

modul. Namun begitu, terdapat

sesetengah topik yang ingin diajar tidak

mempunyai bahan rujukan yang

mencukupi. Oleh itu, pensyarah tidak

Page 14: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

dapat menyediakan bahan yang menarik

dan mencukupi kepada pelajar.

Cabaran yang keempat ialah,

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak menghargai bahan

pelajaran yang diberikan kepada mereka.

Pelajar tidak memanfaatkan bahan

tersebut dan tidak menggunakannya

sebaik mungkin. Mereka lebih suka untuk

mendengar kuliah berbanding merujuk

kepada bahan pelajaran.

Cabaran yang kelima ialah

pensyarah akan berhadapan dengan

pelajar yang tidak memberikan komitmen

terhadap tugasan yang diberikan. Ini

kerana pendekatan berpusatkan bahan

pelajaran dapat dilaksanakan tanpa

kehadiran pensyarah. Namun begitu,

terdapat segelintir pelajar yang

mengambil kesempatan dengan tidak

menyiapkan projek yang diberikan.

Mereka hanya membuat tugasan

sekiranya pensyarah wujud ketika itu.

Cabaran yang keenam ialah

pensyarah tidak dapat mengawasi pelajar

sepenuhnya. Sebagai contoh, pensyarah

meminta pelajar agar menyiapkan

tugasan berdasarkan sumber bahan

pelajaran yang terdapat di perpustakaan.

Namun begitu, terdapat segelintir pelajar

yang mencari maklumat yang salah tanpa

kehadiran pensyarah. Kesannya, pelajar

tersebut akan menyiapkan tugasan

berdasarkan sumber bahan pelajaran

yang tidak berkaitan.

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat

pelbagai kaedah yang boleh digunakan

oleh pensyarah untuk melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Ia adalah bergantung

kepada kreativiti pensyarah di dalam

menentukan kaedah yang ingin

digunakan. Selain itu juga, pensyarah

perlu memilih pendekatan yang

bersesuaian dengan pelajar dan dapat

memenuhi keperluan sukatan modul.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

yang tepat akan menghasilkan pelajar

yang dapat mengubah sikap dan tingkah

laku mereka serta mampu menggunakan

ilmu dan kemahiran yang diperolehi bagi

kemajuan diri sendiri khasnya dan

masyarakat atau negara amnya.

Disamping itu, bagi memenuhi

falsafah pendidikan negara iaitu

melahirkan pelajar yang seimbang dari

Page 15: KAEDAH PELAKSANAAN PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN SETIAP PENDEKATAN TERSEBUT

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pensyarah juga perlu berusaha untuk

melahirkan pelajar yang berkemahiran,

berdaya saing, mampu menyelesaikan

masalah dan dapat menyumbangkan

tenaga dan kepakaran kepada negara.

Oleh itu, kerjasama antara pensyarah

adalah penting bagi merealisasikan hasrat

murni ini.

Selain itu juga, setiap pendekatan

mempunyai cabaran – cabarannya yang

tersendiri. Pensyarah perlu bersedia

untuk menghadapi cabaran – cabaran

tersebut dengan berfikiran positif dan

mampu menyelesaikan masalah.

Disamping itu juga, pensyarah perlu

mahir dengan kaedah – kaedah

pelaksanaan ketiga – tiga pendekatan

iaitu pendekatan berpusatkan pensyarah,

pendekatan berpusatkan pelajar dan

pendekatan berpusatkan bahan pelajaran.

Oleh itu, strategi pendekatan ini perlulah

dipilih mengikut keseuaian bagi mencapai

objektif matlamat di atas. Pensyarah yang

cemerlang mampu melahirkan insan yang

cemerlang.

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan. (1999). Komunikasi

untuk Guru. Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Amir Hasan Dawi. (2006). Penteorian

Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung

Malim : Quantum Books.

3. Ausubel, D.P. (1968). Educational

Psychology: A Cognitive View. New

York: Hoet, Rinehart & Winston.

4. Dr. Rohizani Yaakub, Shahabudin

Hashim, Mohd Zohir Ahmad. 2003.

Pedagogi : Strategi dan Teknik

Mengajar dengan Berkesan. Pahang :

PTS Publications & Distributors Sdn.

Bhd.

5. Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II.

Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

6. Godsby. A. ( 2002 ). Kamus Longman

Essential Activator. England :

Pearson Education Limited

7. Mok Soon Sang. (1996). Pendidikan di

Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.

8. Sheikh Othman Abdullah. (2005).

Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Wehmeir. S. ( 2003 ). Kamus Oxford

Advanced Learner’s Di.ctionary. New

York : Oxford University Press.