pendapat para pengguna terhadap perkhidmatan pengangkutan awam malaysia

13
ESEI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA

Upload: biani-mawal

Post on 27-Jan-2017

1.147 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

ESEI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA

Page 2: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia.

Perkhidmatan pengangkutan awam merupakan sebahagian daripada prasarana asas

dan penting dalam pembangunan sesebuah negara (Mageean & Nelson,

2003).Perkhidmatan pengangkutan merupakan satu sistem perkhidmatan pengendalian

pengangkutan untuk orang awam bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang

lain termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua jenis barangan dan

perkhidmatan. Sistem ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api,

laluan udara dan laut yang di wujudkan bagi memudahkan orang ramai berhubung

dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar.

Berdasarkan Wikipedia, Pengangkutan awam merangkumi segala sistem

pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Manakala, menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat pula, pengangkutan

awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan

kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar

tambang yang telah ditetapkan. Berdasarkan blog http://farahsocialwork.blogspot.com,

pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam

yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam

biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk

menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan. Kebanyakan

penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara rumah mereka dan

tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan.

Perkhdmatan pengangkutan udara ialah satu pesawat yang bertujuan mengangkut

barangan dan bilangan penumpang yang ramai dalam perkhidmatan komersil melalui

lalulintas udara dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Pengangkutan udara di

sokong oleh sistem rangkaian pengangkutan awam udara yang meliputi 20 buah

lapangan terbang dan 18 buah padang terbang dan dikendalikan oleh Malaysia Airports

Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Di bawah seliaan

mod pengangkutan udara terdapat dua perkhidmatan yang di sediakan untuk

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 3: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

keselesaan penumpang iaitu 'Full Service Carrier' yang bermaksud syarikat

penerbangan yang menyediakan makanan secara percuma kepada penumpang,

hiburan penerbangan (flight entertainment) dan pelbagai kemudahan lain di dalam

kabin. Berikutan itu, kadar tambangnya mahal. Syarikat penerbangan ini biasanya

mengaplikasikan hub and spoke network atau beberapa hub utama untuk operasi

mereka. Mod penerbangan ini menggunakan jenis pesawat udara yang banyak untuk

operasi mereka yang pelbagai antaranya seperti penerbangan kelas pertama (F),

perniagaan (C) dan ekonomi (Y). Manakala, 'Low Cost Carrier' bermaksud syarikat

penerbangan pada kadar tambang yang lebih murah dan hanya ada satu jenis kelas

tiket penerbangan. Mereka menyediakan perkhidmatan penerbangan pada kekerapan

tinggi untuk jarak dekat, point-to-point domestik dan laluan antarabangsa, kaedah

penjualan tiket yang murah (tempahan menggunakan internet) dan menggunakan

pesawat dari jenis yang sama.

Prasarana tersedia pada masa ini yang di sediakan oleh Kementerian Pengangkutan

Malaysia membolehkan para penumpang yang mahu pergi ke Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan laluian KLIA Ekspres dan juga KLIA

Transit sebagai pengangkutan alternatif yang terbaik. KLIA Ekspres menawarkan

perkhidmatan tren tanpa henti ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT)

berkod IATA XKL yang merupakan sebahagian daripada hab pengangkutan

utama Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di bandaraya Kuala Lumpur. Manakala, KLIA

Transit pula merupakan perkhidmatan tren komuter laju yang menghubungkan KL

Sentral dan Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hal ini

membolehkan para penumpang bergerak ke Lapangan Terbang dengan mudah dan

selesa.

Selain menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan juga KLIA Transit, para

penumpang juga di sediakan perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang oleh

Airport Limo dan boleh di dapati di setiap kaunter Teksi dan Limosin untuk kemudahan

penumpang. Tambang dibayar berdasarkan zon destinasi dan caj tambahan dikenakan

untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.Para penumpang

juga di sediakan jadual tambang untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 4: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

Selaras dengan pengukuhan sistem keselamatan penumpang dan kawasan lapangan

terbang, mesin x-ray yang lebih canggih dan sistem pemantauan yang lebih efisyen

telah diperketatkan untuk mengelak sebarang masalah timbul semasa operasi

penerbangan. Lapangan terbang ini direka untuk menampung sebanyak 100 juta

penumpang setahun selain dilengkapi dengan papan tanda dalam bahasa Melayu,

Inggeris, Cina, Jepun dan Arab untuk memudahkan penumpang dari dalam dan luar

negara menikmati masa-masa perjalanan mereka.

Stesen Kaji Cuaca Aeronotik (AMS) yang terletak berhampiran dengan Landasan 14R-

32L bertanggungjawab memberi maklumat cuaca kepada komuniti penerbangan dan

selaras dengan piawaian International Civil Aviation Organisation (ICAO). AMS

melakukan pemantauan cuaca secara berterusan dan memberi amaran kepada

lapangan terbang apabila mengesan keadaan cuaca yang buruk untuk menjaga

keselamatan fasiliti lapangan terbang yang akan berlepas dan pesawat yang mendarat.

Penyelenggaran kapal terbang juga akan di lakukan sebelum penerbangan di hanger-

hanger yang di pertanggungjawabkan. Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan

krew dan juga para penumpang yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

Setiap tahun, masyarakat sering diperdengarkan daripada pelbagai media tentang

risiko perkhidmatan menggunakan pengangkutan udara. Antaranya termasuklah risiko

rampasan kapal terbang daripada pengganas yang menyelinap masuk dan kapal

terbang berlanggar dan terhempas menyebapkan kematian yang ramai dan juga

kecederaan yang serius kepada penumpang. Sebagai contoh yang berlaku di Negara

terdekat di mana pendaratan kecemasan berlaku apabila kapal terbang mengalami

masalah teknikal seperti yang berlaku pada Penerbangan 2294 Southwest Airlines,

sebuah pesawat Boeing 737-300 yang terbang dari Nashville ke Baltimore yang

membuat pendaratan kecemasan di Charleston, WV selepas satu lubang 14 inci x 17

inci terbentuk pada permukaan fiuslajnya ketika setinggi 34,000 kaki dan

mengakibatkan kehilangan tekanan kabin.

Perkhidmatan pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam

seperti bas, teksi, lori, kereta api, LRT, monorel dan seumpamanya. Perkhidmatan ini

memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya, lebuh raya,

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 5: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik. Untuk mendapatkan satu sistem

pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang

berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan

pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi

negara seterusnya menjana pembangunan negara.

Bagi memenuhi keperluan umum, pelbagai dasar pengangkutan awam digubal bagi

memastikan sektor pengangkutan awam darat sentiasa selamat dan efisyen

berdasarkan kepada keperluan semasa. Merujuk kepada Akta Pengangkutan Jalan

(APJ) 1897 dan Akta Keretapi 1991, pelaksanaan penguatkuasaan dan tugas-tugas

pengawal seliaan adalah di bawah peranan dan tanggungjawab agensi seperti Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Aset Keretapi (PAK), Jabatan Keselamatan

Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

Kesemua agensi ini dikawal selia oleh unit-unit yang ditubuhkan seperti Unit LRT, Unit

KTM, Unit Pengangkutan Jalan dan Unit NTTCC secara langsung.

Pada masa ini, Peningkatan bilangan pengangkutan persendirian sebanyak 300

peratus iaitu daripada 4.7 juta pada tahun 1990 kepada 18.6 juta pada tahun 2010

merupakan cabaran yang paling sengit dan paling mendesak kepada suruhanjaya

pengangkutan awam darat (SPAD) yang di pertanggungjawabkan untuk menerajui

transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia supaya menjadi mod

pengangkutan pilihan rakyat dari dalam mahupun luar bandar. Pelbagai alternatif di

lakukan dengan cara menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang dapat

menampung keperluan negara secara selamat, boleh diharap, responsif, mudah

diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan mapan untuk menyokong

pertumbuhan sosial dan ekonomi negara yang berterusan khususnya untuk golongan

marhaen dan golongan masyarakat pertengahan juga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang ketara semenjak

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu membangun daripada sebuah ekonomi

yang berpendapatan rendah kepada ekonomi berpendapatan menengah atas dalam

tempoh lebih setengah abad. Penurunan dan peningkatan kadar ekonomi Negara

memberikan kesan kepada perkhidmatan pengangkutan awam di mana kos atau

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 6: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

tambang di naikan secara berperingkat. Pelaksanaan Government Service Tax (GST)

2015 merupakan contoh terdekat di mana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

(SPAD) mengumumkan kos tambang teksi meningkat 43% sementara tambang bas

ekspres naik sebanyak 23% daripada harga tambang asal menyebapkan pengguna

merasakan ketidakpuashatian dengan kadar terbaru yang membebankan pengguna

perkhidmatan pengangkutan awam. Kadar tambang ini di anggap mahal terutamanya

bagi mereka yang berpendapatan rendah. Peningkatan tambang penumpang juga turut

di rasai bagi pengguna bas apabila tibanya musim perayaan mahupun cuti sekolah. Hal

ini menyebapkan pengguna cenderung untuk memiliki kereta dan memandu sendiri.

Berikutan kenaikan tambang semasa perkhidmatan pengangkutan awam, ia haruslah

disusuli dengan satu kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan

yang sistematik. Kebiasaannya pengguna akan membayar lebih tetapi mutu dan kualiti

perkhidmatan tidak memuaskan, pengurusan yang kurang cekap dan kurang efisien

serta tatakelakuan kurang menyenangkan para penumpang. Nilai-nilai etika dan

kemahiran pemanduan yang kurang cekap diketepikan tanpa memikirkan kepentingan

pengguna pengangkutan awam. Pengguna seringkali mengandaikan sistem

pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diterimapakai dari segi

ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual

perjalanan yang telah ditetapkan. Keadaan ini menyukarkan para pengguna

pengangkutan awam untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal

mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat

kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas

awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan

kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja

kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah

pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan

awam turut dirasai. “Perkhidmatan pengangkutan awam yang cemerlang bukan dinilai

daripada rupa bentuk dan keadaan kenderaan yang cantik, tetapi juga sikap

pemandunya” merupakan kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib

Tun Razak yang bertepatan dengan suasana perkhidmatan pengangkutan awam pada

masa ini.

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 7: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

Pengendalian mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak

memuaskan menyebabkan wujudnya ketidakselesaan para pengguna yang

menggunakan perkhidmatan ini dimana keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam

khususnya bas dan teksi kurang sempurna. Selain itu, faktor keselamatan dan

kekurangan tempat duduk berbanding penumpang yang ramai seringkali menjadi bahan

bualan dan menjadi isu utama para penumpang selain daripada kes-kes jenayah

seperti kes ragut dan selak saku kerap kali berlaku. Kecanggihan pengangkutan awam

benar-benar teruji pada waktu puncak apabila bas padat dengan penumpang dan

menyebapkan sistem pengangkutan awam gagal menangani limpahan pengguna yang

semakin meningkat kebelakangan ini. Keadaan-keadaan seperti ini didapati telah

menimbulkan kerumitan yang serius kepada pengguna. Ada kalanya pengguna cuba

beralih kepada mod pengangkutan awam, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula

tidak memuaskan. Manakala untuk terus menggunakan kenderaan persendirian

ternyata akan lebih menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas

yang lama, keletihan, dan sebagainya.

Oleh itu, NKRA melalui inisiatif-inisiatif ‘Pengangkutan Awam Bandar’ akan terus

dipergiatkan. Inisiatif-inisiatif tersebut antaranya pembukaan lebih banyak kemudahan

‘Park ‘n Ride’ di stesen-stesen LRT/KTM Komuter dan ERL, penyediaan laluan pejalan

kaki berbumbung, memperluaskan jaringan perkhidmatan bas henti-henti, termasuklah

perkhidmatan bas ‘Go KL’ dan menambah bilangan gerabak dan trek laluan

perkhidmatan KTM Komuter. Selain itu, sebanyak 2,100 tempat meletak kenderaan

telah ditambah untuk kemudahan pengguna pengangkutan awam.

Pengangkutan laut di Malaysia terdapat di sepanjang perairan Selat Melaka dan Laut

China Selatan yang meliputi feri untuk membawa penumpang, kapal tangki, kapal

kargo serta kapal kontena untuk mengangkut barangan pukal. Pengangkutan laut

membolehkan perniagaan eksport dan import dilakukan melalui pelabuhan-pelabuhan

utama seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau

Pinang, Pelabuhan Miri dan Pelabuhan Kota Kinabalu. Selain itu, pengangkutan laut

juga digunakan untuk membawa hasil-hasil pertanian, barangan perniagaan dan

sebagai pengangkutan awam utama yang membawa penduduk dari satu tempat ke

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 8: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

satu tempat yang lain (Dato Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dan Mohd Yusof

Abdullah, 1985).

Pada masa kini, masyarakat yang berpendapatan rendah khususnya dan pelancong

dalam negeri akan menggunakan perkhidmatan feri sebagai pilihan pengangkutan. Hal

ini disebabkan tambang yang dikenakan adalah lebih murah, tiada kesesakan lalu

lintas, mempunyai kemudahan kontenarisasi, boleh membawa muatan yang banyak

serta sesuai untuk membawa barangan pukal. Selain itu, syarikat di bawah Jabatan

Laut akan diberikan jadual perjalanan dan kadar bayaran bagi setiap perkhidmatan

yang di berikan kepada para penumpang.

Bahagian Maritim bertanggungjawab dalam menetapkan akses perhubungan

pengangkutan air dalam perairan Malaysia serta laluan yang merentas sempadan

negara. Permohonan operasi ini adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya yang

melibatkan feri penumpang dan feri roll on roll off (RORO). Sebelum memulakan atau

menamatkan perjalanan, setiap syarikat yang mengendalikan perkhidmatan perkapalan

dan feri akan di kenakan syarat tertentu oleh Jabatan Laut Malaysia seperti

mendapatkan kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal secara bertulis

daripada pihak berkuasa negeri dan mendapatkan kelulusan berhubung slot pelayaran

dan frekuensi perkhidmatan feri daripada Jabatan Laut Malaysia dan pihak berkuasa

negeri. Hal ini bertujuan untuk menjaga kepentingan hak-hak pengguna supaya tidak di

abaikan dan setiap penumpang dapat menikmati perkhidmatan yang di sediakan

dengan selesa dan selamat.

Kebiasaannya, Jabatan Laut Malaysia akan memberi latihan dan kursus kepada

pengendali feri selama 6 bulan sebelum diberikan Sijil Kepatuhan Sistem Pengurusan

Keselamatan Kapal sebagai perintis pelaksanaannya untuk memastikan kapal dan feri

yang beroperasi mematuhi tahap sistem keselamatan mengikut Garis Panduan

Keselamatan Kapal (GPKP). Inisiatif yang lakukan oleh Jabatan Laut Malaysia ini bukan

sahaja menggalakan syarikat berdaftar mematuhi peraturan yang digariskan malah

untuk memastikan pengusaha, nakhoda dan anak-anak kapal bertanggungjawab dalam

aspek keselamatan seperti penyelenggaraan feri berjadual, latihan keselamatan feri,

senarai jadual pergi dan balik feri serta senarai penumpang berlepas.

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL

Page 9: Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA

Selain itu, perkhidmatan bot dan feri yang merupakan pengangkutan utama rakyat di

beberapa kawasan di negara ini.dikecualikan daripada dikenakan ‘Cukai Barang dan

Perkhidmatan’ (Goods and Services Tax -GST) yang berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Kerajaan juga masih mengekalkan subsidi diesel sebanyak 50 sen kepada pengusaha

bot dan feri penumpang di Pulau Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau

Ketam, Pulau Tioman dan Pulau Redang. Program penyelenggaraan jeti dan 13

penyediaan kemudahan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di jeti-jeti

Persekutuan seluruh negara dilakukan bertujuan memberi lebih keselesaan dan

keselamatan kepada para pengguna jeti penumpang di bawah kendalian Jabatan Laut

Malaysia (JLM).

Secara umumnya, penggunaan pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat

kepada masyarakat dan pembangunan Negara. Lantaran itu, pihak kerajaan juga

haruslah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan

pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang

lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang

demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi

serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh

rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring

dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL