tahap sm modul a nama · 2020. 10. 8. · gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab...

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 2 A Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 23-Mar-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 2A

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang
Page 3: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Kertas 1 Karangan Jenis Bahan Rangsangan Latihan: Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor masyarakat kurang menggunakan pengangkutan awam. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 dengan 250 patah perkataan. [30 markah]

Peta Minda

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 1Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Peta Minda/Rangka

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 2Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Bahagian B : Karangan Karangan Jenis Laporan

Laporan Program Perkampungan Sastera

Semenjak KOMSAS dijadikan komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, minat pelajar terhadap unsur-unsur sastera semakin meningkat. Peningkatan minat tersebut dapat dilihat daripada kecenderungan pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti apresiasi sastera. Malah ada dalam kalangan pelajar yang berjaya menghasilkan karya-karya seperti cerpen dan sajak yang bermutu tinggi. Bagi memantapkan lagi pemahaman dan penghayatan terhadap kesusasteraan, Unit KOMSAS Jabatan Pelajaran Pahang telah mengadakan Program Perkampungan Sastera. Usaha Unit KOMSAS itu disambut baik oleh para pelajar, bak kata peribahasa "umpama orang mengantuk disorongkan bantal'. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkampungan tersebut sebagai suatu langkah untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam melahirkan hasil-hasil karya yang menarik dan berkualiti pada masa yang akan datang.

Program Perkampungan Sastera telah diadakan di pantai peranginan Ayer Itam

di negeri Melaka. Program tersebut telah diadakan selama tiga hari dua malam yang bermula dari 15 Jun hingga 17 Jun 20 10. Pihak penganjur telah memilih pantai peranginan Ayer Itam di Melaka sebagai lokasi perkampungan. Matlamat utama pemilihan kawasan pantai ini sebagai kawasan utama program adalah untuk menzahirkan keadaan sebenar program yang telah dirancang. Pemilihan kawasan peranginan ini juga adalah untuk mempromosikan kawasan peranginan di negeri Pahang. Penekanan ini membolehkan para peserta membuat penglahiran dan apresiasi seni melalui bakat dan kebolehan yang terpendam. Benarlah kata bidalan "hati hendak, semua jadi", hasilnya, peserta yang terdiri daripada pelajar itu dapat mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, dan mengungkapkan dialog-dialog yang berkesan.

Selain itu, program ini dirangka untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sastera dan mendidik mereka tentang cara-cara menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi. Hal ini secara tidak langsung dapat menambah jumlah penerbitan bahan bacaan atau karya berasaskan sastera yang kian kurang jumlahnya dalam pasaran. Bilangan buku berkaitan dengan genre sastera seperti puisi, cerpen, novel remaja, dan drama perlu ditambah bagi melahirkan masyarakat yang celik sastera dan menguasai bidang tersebut sama seperti mereka menguasai bidang profesional. Langkah ini dapat memupuk jati diri dan semangat patriotik terhadap tinggalan masyarakat terdahulu, malah bidang penulisan ini mampu memberikan imbuhan yang lumayan kepada penulis.

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 3Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Bagi melengkapkan keseluruhan agenda perkampungan sastera itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Pihak penganjur, iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah menyusun jadual yang ketat supaya perkampungan tersebut benar-benar memberikan impak signifikan kepada para peserta. Aktiviti yang telah dijalankan terbahagi kepada dua, iaitu ceramah serta aktiviti persembahan dan pertandingan. Ceramah: (a) Ceramah tentang teknik-teknik menulis dan memahami kandungan bahan sastera terutama daripada versi puisi dan prosa tradisional. Pakar-pakar motivasi kesusasteraan kontemporari telah dipanggil untuk membimbing para peserta yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru. Para peserta didedahkan dengan teknik-teknik mudah untuk memahami kandungan bahan sastera. Mereka diajar tentang teknik-teknik menghasilkan karya sastera oleh penceramah yang berpengalaman. (b) Ceramah untuk memupuk dan membina kesedaran tentang pentingnya generasi kini mewarisi idealisme sastera bangsa agar nilai-nilai budaya dan etika bangsa tidak hanyut ditelan arus globalisasi. Beberapa tokoh sastera negara telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Antaranya termasuklah beberapa orang Sasterawan Negara dan penulis prolifik dalam pelbagai genre sastera. Program ini berjaya menyuntik kesedaran peserta betapa graf bahasa dan sastera Melayu pada hari ini berada dalam pergerakan mendatar, persis sikap mengabaikan bahan-bahan sastera. Persembahan dan pertandingan (a) Persembahan yang diadaptasikan daripada komponen KOMSAS, iaitu novel atau antologi yang sedang dipelajari di sekolah. Aktiviti ini memberikan peluang kepada kumpulan-kumpulan yang dibentuk menyediakan suatu penglahiran sastera. Persembahan berbentuk lakonan dan deklamasi puisi ini dapat membantu mereka menjiwai karya-karya tersebut. (b) Pertandingan untuk mencungkil bakat seni dan sastera dalam pelbagai versi. Peserta diberi peluang untuk menulis cerpen, sajak, pantun, seloka, dan termasuk juga menulis rencana deskriptif tentang perkembangan dunia sastera tanah air yang meliputi bahan sastera bertulis, hiburan, atau nyanyian dan tidak ketinggalan lakonan. Hal ini secara tidak langsung dapat menguji pemahaman peserta terhadap siri ceramah yang disampaikan dalam program ini.

Selepas tiga hari berkampung di pantai peranginan Ayer Itam, para peserta pulang dengan azam baru. Meskipun "darah setampuk pinang", mereka menyimpan azam untuk menjadi bangsa yang maju dengan pemikiran yang saintifik tanpa melupakan nilai budaya bangsa. Di samping itu, mereka berazam untuk membesar dalam keseimbangan mental, rohani, dan nilai-nilai universal yang terjana daripada penghayatan unsur-unsur sastera yang hebat. Perkampungan selama tiga hari itu turut

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 4Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

menanam keyakinan yang tinggi kepada para tenaga pengajar untuk terus menyampaikan ilmu sastera pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh, 15 MEI 2010. ^tÅtÜâÄétÅtÇ u|Çà| etÅÄrrrrrrrrr (KAMARULZAMAN BIN RAMLI) Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, SMK Jasin Baru. Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 5Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 8: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Latihan : Sekolah anda telah mengadakan kursus motivasi untuk pelajar Tingkatan 4. Tulis laporan untuk kursus tersebut. Panjang karangan anda mestilah lebih daripada 350 patah perkataan.

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 6Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 9: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Peribahasa

*B bagai anjing tersepit di pagar Maksud: Seseorang yang dalam kesusahan akan berkeadaan serba salah. bagai aur dengan tebing Maksud: Persahabatan yang rukun dan saling menolong. bagai ayam disambar helang Maksud: Mati tanpa sakit. bagai Belanda minta tanah Maksud: Sudah diberi sedikit, hendak banyak. bagai bersuluh di tengah hari Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi. bagai bumi dengan langit Maksud: Dua perkara yang sangat berbeza. bagai buntal kembung Maksud: Menjadi sombong. bagai cembul dapat tutupnya Maksud: Mendapat sesuatu yang sangat sesuai. bagai cendawan tumbuh selepas hujan Maksud: Terlalu banyak pada sesuatu masa. bagai dakwat dengan kertas Maksud: Saling mencintai dan memerlukan. bagai duri dalam daging Maksud: Hal yang selalu menyusahkan orang. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing Maksud: Mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat. bagai gergaji bermata dua Maksud: Orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua belah pihak. bagai hujan jatuh ke pasir Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 7Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 10: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Maksud: Pertolongan yang sia-sia. bagai isi dengan kuku Maksud: Perihal persahabatan yang sangat karib. bagai itik pulang petang Maksud: Berjalan sangat lambat. bagai kaca terhempas ke batu Maksud: Sangat sedih atau kecewa. bagai kerakap atas batu, hidup segan mati tak mahu Maksud: Hidup melarat dan miskin. bagai lebah menghimpun madu Maksud: Sangat rajin. bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Maksud: Patuh akan segala perintah. bagaimana acuan, begitulah kuihnya Maksud: Kelakuan anak itu akan menurut didikan ibu bapanya. bagai melukut di tepi gantang Maksud: Perkara kecil yang tidak mendapat perhatian. bagai pahat dengan penukul Maksud: Orang yang bekerja hanya apabila disuruh. baik berjagung-jagung dahulu, sementara padi belum masak Maksud: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu. baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang Maksud: Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendah diri, tidak sombong. . banyak makan garam Maksud: Banyak pengalaman. bapa borek anak rintik Maksud: Anak itu akan menurut baka atau perangai bapanya. belum duduk sudah berlunjur

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 8Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Maksud: Melakukan pekerjaan yang sebenarnya belum sampai masanya atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak mengikut tertibnya. belum tetas sudah dibilang Maksud: Orang yang berangan-angan tentang untung padahal keuntungan belum diperoleh. belut pulang ke lumpur Maksud: kembali ke tempat asalnya. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau Maksud: Orang yang baik-baik, walau ke mana-mana pun dia pergi akan baik juga. beraja di mata, bersultan di hati Maksud: Mengikut nafsu masing-masing. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Maksud: Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud: Kerja yang berat akan menjadi ringan jika dibuat secara muafakat. . berdiri sama tegak, duduk sama rendah. Maksud: Sama setara. berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit Maksud: Cermat dalam mengumpulkan harta. bersatu teguh, bercerai roboh Maksud: Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat dan kalau berpecah belah, negara akan hancur. bertemu buku dengan ruas Maksud: Sangat sesuai. besar periuk besarlah keraknya Maksud: Banyak pendapatan, banyak juga perbelanjaannya. biar putih tulang, jangan putih mata Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik dirampas orang. biar bertitik jangan tumpah Maksud: Biar habis sedikit, jangan habis semuanya. Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 9Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 12: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Maksud: Melakukan kebaikan janganlah berlebih-lebih tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dilakukan. bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud: Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat Maksud: Keputusan sebulat suara akan tercapai sekiranya bersepakat. . bumi mana yang tidak ditimpa hujan Maksud: Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. burung terbang dipipiskan lada Maksud: Belum tentu diperoleh sesuatu yang dicita-citakan tetapi sudah dirancang dan dibuat persediaan untuk itu.

Program Bahasa Malaysia Menengah SM402A 10Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 13: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang
Page 14: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang
Page 15: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang
Page 16: Tahap SM Modul A Nama · 2020. 10. 8. · Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sebab masyarakat tidak gemar menggunakan pengangkutan awan. Huraikan pendapat anda tentang

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my