isu prasarana - pengangkutan

25
Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara Tajuk : Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara . Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara. Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .

Upload: dootcom

Post on 07-Aug-2015

1.023 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Prasarana - Pengangkutan

Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Tajuk : Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara .

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara.

Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .

Sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen . Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih . Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat diperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan turut membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akan turut dilihat bertambah maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini .

Page 2: Isu Prasarana - Pengangkutan

Bagi sistem pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di laut dan tidak kurang pentinganya pengangkutan di sungai – sungai . Sistem pengangkutan air juga memerlukan satu sistem yang sistematik maka ia turut menuntut penyediaan dermaga dan pelabuhan – pelabuhan bertaraf dunia supaya boleh menampung keperluan penggunaan kapal – kapal pengangkut yang besar untuk berlabuh dan menguruskan pemunggahan muatan yang banyak dan berat dapat diurus dalam masa yang singkat dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat penting bagi negara kerana ia menguruskan pengangkutan yang banyak dan barangan berat melibatkan perjalanan yang jauh di merata dunia . Ini semua turut memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta . Hal sedemikian turut membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara yang dapat menjana pembangunan negara .

Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara .

Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara .

Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh Raya Utara – Selatan , Jambatan Pulau Pinang , Lebuh Raya Pantai Timur dan banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana – mana , kepayahan untuk berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter , LRT , monorel turut banyak menyumbang kepada

Page 3: Isu Prasarana - Pengangkutan

pembangunan negara. Pembinaan – pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka pembukaan tanah – tanah terbiar , tanah – tanah di pedalaman sekaligus kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya pekan atau perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus , dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .

Tidak dapat dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya negara tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan awam lama , pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik , pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar , kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh . Ini sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan negara . Sekiranya negara dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen , secara tidak langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih teratur , berkembang dan berdaya maju . Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori , kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri dan seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik - baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara .

Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , setesen kereta api , landasan kereta api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan dermaganya : Semua ini memerlukan kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru diterokai , sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar – besaran . Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .

Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna , memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri – ciri perkhidmatan selamat

Page 4: Isu Prasarana - Pengangkutan

, dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul . Sistem pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat , sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam negara .

Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja . Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara turut merosot , maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam , ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan . Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep , bercirikan moden , canggih , termaju dan bertaraf dunia . Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem pengangkutan awam . Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak membangun .

Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan negara . Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba – lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik . Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang dapat menjana pembangunan negara . Negara akan turut bertambah maju sekiranya sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik . Kita lihat di sesebuah negara yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut serta tidak terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri .

Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya sistem pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem pengangkutan awamnya . Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara : Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang , kemajuan tidak dapat dicapai , tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan

Page 5: Isu Prasarana - Pengangkutan

untuk rakyat , rakyat tidak dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara . Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara .

Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip , bekalan elektrik , bekalan telekomunikasi , perumahan , ruang perniagaan , kawasan pentadbiran , kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada pembangunan berlaku di negara berkenaan . Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang sistematik , negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan .

Di negara – negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara . Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah , kapal terbang supersonik dan berjentera jet , kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi . Semua ini mereka bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari negara – negara pesaing mereka . Negara – negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf dunia , mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera .

Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh . Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak , arkiteknya , juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli koporat , para pemaju , usahawan – usahawan , tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini .

Page 6: Isu Prasarana - Pengangkutan

Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik . Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik .

BERITA

Isnin Ogos 22, 2011

Prasarana Akan Terus Urus Isu Sehingga Diserahkan Kepada MRT Co

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan terus menguruskan kesemua isu berkaitan projek My Rapid Transit (MRT) sehingga MRT Co ditubuhkan.

Prasarana akan bekerjasama dengan kerajaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bagi memastikan kesemua kerja terus berjalan lancar danmengikut jadual, kata Pengarah Urusan Kumpulan Shahril Mokhtar dalam satu kenyataan Isnin.

"Kerja-kerja mengenai projek MRT perlu diteruskan. Adalah rasional bagi kami melaksanakan kerja dan program yang telah diputuskan sebelum kami menyerahkansecara rasmi project itu kepada MRT Co yang baharu," katanya.

Shahril berkata beberapa perkara berkaitan pemerolehan dan taklimat telah dilaksanakan manakala satu taklimat dijadual diadakan dengan para pemilikhartanah di Jalan Bukit Bintang mengenai isu pengambilalihan tanah hari ini.

"Esok, kami akan mengadakan satu taklimat pratender bagi kesemua kontraktor prakelayakan. Kesemua mesyuarat itu dan jadual yang sudah disahkan perludilaksanakan tanpa gangguan," katanya.

Prasarana, katanya yang diwujudkan untuk mengtransformasi sistem pengangkutan awam negara, memerlukan sokongan dari pihak yang relevan yang lain bagi mencapai matlamatnya.

"Pengangkutan awam sentiasa mempunyai kaitan rapat dengan kesemua rakan kami dan pihak berpentingan. MRT Co adalah satu rakan kami yang baharu berkaitan MRT,yang akhirnya akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan dan tanggung jawab kami, apabila siap kelak," katanya.

Page 7: Isu Prasarana - Pengangkutan

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk memperbadankan MRT Co di bawah KementerianKewangan Diperbadankan bagi mengawasi secara alngsung projek berbilion MRT Lembah Klang itu. – BERNAMA

H T T P : / / R I Z I Q I N . B L O G S P O T . C O M / 2 0 1 2 / 0 9 / N K R A - M E N I N G K A T K A N -K E B E R K E S A N A N . H T M L

S A T U R D A Y , S E P T E M B E R 2 2 , 2 0 1 2

NKRA Meningkatkan Keberkesanan Pengangkutan Awam BandarUntuk memertabatkan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya negara maju dari segi kemudahan dan aspek pengangangkutan awam, NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah diperkenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kerajaan Barisan Nasional telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, khususnya Kuala Lumpur. Antara projek menjadikan taraf pengangkutan awam bandar Kuala Lumpur lebih cekap, teratur dan mesra-pengguna ketika ini adalah:

- Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)- Menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral pembinaan KL Sentral- Transit Aliran Ringan (LRT)- Transit Aliran Massa (MRT)

Projeck mega MRT Kuala Lumpur bernilai RM36 bilion direka untuk menghubungkan jarak sepanjang 150 kilometer antara Sungai Buloh dan Kajang. Ia akan meningkatkan keberkesanan rangkaian hubungan rail sedia ada, di samping itu juga turut menjadi sebahagian dari sistem rail yang lebih bersepadu.

Sistem MRT Kuala Lumpur ini juga, apabila sudah siap sepenuhnya, bakal the menjadikan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya-bandaraya moden dunia yang lain. Ia juga akan meningkantkan keberkesanan sistem rangkaian rail ringan di seluruh Lembah Kelang.

Page 8: Isu Prasarana - Pengangkutan

Sistem LRT yang ada sekarang akan diperluaskan rangkaiannya dengan penyambungan bagi kedua-dua laluan Ampang dan Kelana Jaya. Projek penyambungan yang menelan belanja sebanyak RM7 bilion ini menyaksikan penyambungan trek sepanjang 17 kilometer dari Kelana Jaya ke Putra Heights dan 17.7 kilometer dari Sri Petaling ke Putra Heighrs bagi laluan Ampang.

Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) menganggarkan kira-kira 800,000 warga kota akan menggunakan kemudahan ini setiap hari menjelang 2014, berbanding hanya 300,000 pengguna sehari ketika ini.

NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar adalah antara inisiatif terpenting kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada warga kota. Pada masa yang selama, ia juga selaras dengan hasrat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Kulala Lumpur akibat pertambahan kenderaan. Sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan menyeluruh diharapkan dapat memantau pembaziran masa warga kota akibat kesesakan jalan raya.

Setakat tahun 2011, NKRA Memingkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah menunjukkan pembaharuan yang menggalakkan.

Page 9: Isu Prasarana - Pengangkutan

Sementara itu, pencapaian NKRA Meningkatkan Penangkutan Awam Bandar turut terjana dalam kategori di bawah:

Menggerakkan 470 bas RapidKL untuk meningkatkan kekerapan bas di sekitar Lembah Klang. Sehingga 31 Disember 2011, lebih 4.04 juta orang penumpang menggunakan perkhidmatan bas RapidKL berbanding pada tahun 2010.

Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun 2011, berbanding dengan hanya 254,745 penumpang pada tahun 2010. Pada tahun 2011, lebih 10.4 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan LRT.

Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%.

Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan telah beroperasi sepenuhnya. Terminal ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air daripada memasuki pusat bandar.

Transformasi terminal Pudu Sentral telah berjaya disempurnakan. Setelah melalui proses pengubahsuaian utama yang pertama kalinya semenjak dibuka kepada orang ramai pada tahun 1976, Pudu Sentral yang berwajah baharu kini dibuka semula bagi orang ramai pada bulan April 2011 dengan menawarkan kemudahan moden bertaraf dunia.

Page 10: Isu Prasarana - Pengangkutan

Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa perjalanan bas di tiga laluan utama.

Buat pertama kali dalam sejarah, penumpang bas dapat menikmati pengalaman menggunakan tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan di bawah Syarikat Prasarana Nasional Berhad (Prasarana).

Kini penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011.

http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/pengangkutan-awam

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?postid=9557116

Sharizat Minta Semua Prasarana Termasuk Pengangkutan Awam Mesra OKU

KUALA LUMPUR, 16 Mei -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta semua prasarana termasuk pengangkutan awam seperti stesen rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT), bas dan teksi agar lebih mesra terhadap pengguna golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sehubungan itu, menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kementerian tersebut akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi merangka dan meneliti rangka kerja yang telah dirancang oleh SPAD pada tahun ini.

Page 11: Isu Prasarana - Pengangkutan

"Kemajuan dalam sesuatu pembangunan negara turut melibatkan golongan OKU, kerana tuntutan untuk menjadi sebuah negara maju tidak seharusnya terdapat halangan-halangan terhadap golongan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan masyuarat Majlis Kebangsaan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sini, Isnin.

Mengulas kejadian wanita menjadi mangsa simbahan cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang, beliau berkata kementeriannya akan membuat semakan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan sama ada perlu atau tidak penjualan dan pembelian asid harus dikawal atau diperketatkan.

"Saya akan membawa isu ini dalam kabinet iaitu lusa (Rabu), dan akan berbincang dengan menteri-menteri terbabit sama ada langkah ini perlu dibuat atau tidak," katanya.

Pada Sabtu lepas, Sharizat berkata kementeriannya akan membawa isu penjualan dan pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan asid dapat diperketat.

Sehingga Jumaat lepas, sebanyak 22 kes jenayah menyimbah cecair terhadap wanita berlaku di sekitar Lembah Klang yang dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berusia antara 20-an dan 30-an yang menaiki motosikal.

http://pecutanakhirbm1.blogspot.com/2010/10/isu-pengangkutan-awam.html

Khamis, 7 Oktober 2010

ISU PENGANGKUTAN AWAM

Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita.

Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam

.

..........“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api, komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang mesti

Page 12: Isu Prasarana - Pengangkutan

menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

.

..........Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam.

.

..........Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. Selain itu, KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.

.

..........Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga

Page 13: Isu Prasarana - Pengangkutan

mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.

...........Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin, sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut. Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan. Pada masa yang sama, pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin. Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat.

.

..........Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat. Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap “indah khabar dari rupa”.

.

..........Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan

Page 14: Isu Prasarana - Pengangkutan

menaiki pengangkutan awam. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar, tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam. Melalui pendidikan, kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.

.

..........Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara, menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/465-nkra-pengangkutan-awam/9359-sistem-pengangkutan-awam-menjana-pembangunan-negara.html

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

Apa itu pengangkutan awam?

Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

Page 15: Isu Prasarana - Pengangkutan

Pertama:

Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;

Kedua

Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;

Ketiga,

Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.

Keempat,

Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.

Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam

1. Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.

i) Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu.)

Page 16: Isu Prasarana - Pengangkutan

ii) Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.

iii) Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan

iv) Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012

v) Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang.

vi) 850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini.

2. Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam

i Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan

iii Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012

iv Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.

v Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh

vi. Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.

Page 17: Isu Prasarana - Pengangkutan

3 Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan Pusat.

i Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.

ii Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.

4. Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

i Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia.

Ii 13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.

5. Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)

i Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat, Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.

NKPI bagi NKRA Pengangkutan Awam

Page 18: Isu Prasarana - Pengangkutan

Kategori Hasil pada 2010-2011

Bas

200 bas baru

4 koridor baru bagi bus expressway transit

800 perhentian bas yang dinaiktarafkan

Rel

26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya

Integrasi

Terminal pengangkutan bersepadu baru di Bandar Tasik Selatan

Semua operator mempunyai sistem tanpa tunai dan menawarkan tambang diskaun bagi tiket tanpa tunai

4,000 petak letak kereta baru di stesen rel

Rangkaian

Pembaharuan cukai jalan ditolak bagi pemandu yang tidak membayar samannya

Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar pada waktu puncak

Rapid KL

Penstrukturan semula 45 laluan RapidKL bagi mengurangkan pemindahan penumpang dan menjimatkan masa

Pelancaran Pas Perjalanan bersepadu RapidKL bernilai RM150 bagi membenarkan perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan Prasarana iaitu bas RapidKL, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel

KTM Komuter

Pengurangan masa kekerapan KTM Komuter daripada 20 minit kepada 15 minit, di laluan bertrafik tinggi seperti Sungai Buloh ke Kajang dan Kuala Lumpur ke Shah Alam

Memperkenalkan koc merah jambu wanita sahaja

Nota: Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI)

Kesimpulan

Page 19: Isu Prasarana - Pengangkutan

Kerajaan telah menunjukkan kesungguhannya dalam NKRA bagi mempertingkatkan pengangkutan awam. Ia bertujuan memudahkan rakyat menikmati khidmat pengangkutan awam yang sistematik. Yang penting di sini, rakyat diminta untuk meninggalkan kereta persendirian dan mula menggunakan pengangkutan awam. Sekali lagi, bermulalah dengan langkah kecil : Cubalah perkhidmatan bas tempatan pada hujung minggu atau komited untuk menggunakan pengangkutan awam satu hari dalam seminggu. Pengangkutan awam adalah pilihan terbaik.