kesukarelaan: satu catatan idealisme · web viewterima kasih khas buat para sukarelawan/wati mbm...

93
FRONT COVER/WITH DESIGN/COLOUR Saifuddin Abdullah GERAKAN KESUKARELAAN Menjana Perubahan Bermakna Majlis Belia Malaysia Yayasan Salam Malaysia Akademi Belia (2001) 1

Upload: phamdieu

Post on 23-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

FRONT COVER/WITH DESIGN/COLOUR

Saifuddin Abdullah

GERAKANKESUKARELAANMenjana Perubahan

Bermakna

Majlis Belia MalaysiaYayasan Salam Malaysia

Akademi Belia

(2001)

KANDUNGAN

1

Prakata …

Pendahuluan …

1. Konsep Kesukarelaan …

2. Organisasi Sukarela …

3. Mengapa Terlibat? …

4. Sumbangan Kesukarelaan …

5. Isu-isu Kesukarelaan …

6. Strategi Menggilap Kesukarelaan …

7 Kesukarelaan dan Governans Baru …

8 Idea-idea Kesukarelaan …

Penutup …

Lampiran-lampiran …

Bibliografi …

Penulis …

PRAKATA

2

Buku ini berasal daripada kertas kerja saya yang bertajuk “Kesukarelaan: Penghayatan Suatu Idealisme” yang ditulis untuk seminar semasa pelancaran rasmi penubuhan Yayasan Salam pada tahun 1996. Setahun kemudian, ia dibentangkan pula di seminar anjuran Institut Kajian Dasar dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sebahagian dari kandungan kertas tersebut telah diterbitkan dalam kolum saya di akhbar Nanyang Siang Pau pada 22 November 2000 dan 13 Disember 2000. Juga dalam rencana saya di akhbar Utusan Malaysia pada 6 Disember 2000 dan 3 Januari 2001. Kedua-duanya adalah sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada setiap Disember dan pengisytiharan 2001 sebagai Tahun Sukarelawan Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keseluruhan kandungan buku ini adalah pengembangan kertas kerja tahun 1996 itu dengan ditambah oleh rujukan terhadap dokumen-dokumen, terutamanya oleh PBB dan Yayasan Salam, dan perbincangan-perbincangan mengenai Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001.

Di samping itu, ia ditambah juga dengan memasukkan kandungan dua kajian yang saya lakukan, iaitu mengenai prestasi persatuan-persatuan belia yang bergabung dalam Majlis Belia Malaysia (MBM) yang dijalankan pada tahun 1997-98 dan ditambah pada tahun 1999, yang diterbitkan sebagai buku saya bertajuk Memperkasa Persatuan Belia (2000), serta kajian MBM mengenai situasi belia Malaysia dalam bidang-bidang pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan partisipasi yang dijalankan sebagai projek Country Monograph on the Youth Situation, Policies and Programmes in Malaysia bersama Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik PBB dan Queen’s University pada tahun 1999. Beberapa perkara yang terdapat dalam kertas-kertas kerja dan teks-teks ucapan saya yang lain, tetapi berkaitan, terutamanya mengenai governans baru, turut juga dimasukkan.

Idea-idea dalam buku ini telah banyak dibincangkan dalam pelbagai seminar, kursus dan mesyuarat, terutamanya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dalam MBM, Yayasan Salam dan Akademi Belia.

Buku ini diterbitkan sebagai rakaman penghargaan peribadi saya, yang amat mendalam, kepada kesukarelaan, organisasi-organisasi sukarela (terutamanya persatuan-persatuan belia) dan para sukarelawan/wati yang budiman. Semoga ia dapat sedikit sebanyak mengongsi impian untuk menggilap kesukarelaan dengan cara memperkasa gerakan kesukarelaan, terutamanya di kalangan belia negara ini, bagi membantu dalam menjana perubahan yang bermakna, demi mencapai kebahagiaan yang hakiki.

Penerbitan buku ini adalah bersempena sambutan Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 peringkat Malaysia. Ia juga sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM pada 13-14 Mei 2001; Konvensyen Pembangunan Belia dan Kesukarelaan anjuran bersama KBS, MBM, Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Belia Negeri Perak pada 14-15 Mei 2001; dan Perhimpunan Hari Belia Negara 2001 pada 15 Mei 2001; yang semuanya berlangsung di Ipoh, Perak – negeri tempat saya mula-mula mengerti makna kesukarelaan.

3

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MBM, Yayasan Salam dan Akademi Belia yang merupakan penerbit bersama buku ini.

Ucapan terima kasih yang sama ditujukan kepada ramai yang telah memberikan sumbangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada kepada kandungan atau penerbitan buku ini. Antaranya ialah Tan Sri Ghanalingam dari Harvard Business School Alumni Malaysia; Tan Sri Razali Ismail dan Saudara Paul Selva Raj serta para Pemegang Amanah Yayasan Salam; Saudara Ding Lee Leong dari Nanyang Siang Pau; Saudara Rashid Ahmad dan Saudara Zin Mahmud dari Utusan Malaysia; Saudara Khalek Awang dan Saudara Thor Hong Tong dari Akademi Belia; dan Saudara Khaidir Jamal, Saudara Mariappan dan Saudara Rosdan serta barisan Ahli Jawatankuasa Kerja dan Dewan Tertinggi MBM.

Terima kasih khas buat para sukarelawan/wati MBM yang sudi mengabadikan pendapat dan pandangan tentang mengapa mereka terlibat dalam kesukarelaan, di dalam buku ini.

Terima kasih istimewa ditujukan kepada rakan-rakan di Sekretariat MBM – Yun, Jen, Zani, Darus, Wan, Najib dan terutamanya Tila yang membantu menaip sebahagian dari deraf buku ini.

Akhirnya, sekalung penghargaan dari batini buat Norlin, isteri saya yang tabah dalam ligat kesukarelaan yang tak berubah-ubah; dan Nur Madihah, anak gadis kami yang gagah dalam gamat kesukarelaan yang tak sudah-sudah – atas cintakasih, kefahaman dan kerelaan mereka.

Kuala Lumpur1 Mei 2001

PENGENALAN

Kesukarelaan adalah suatu nilai dan amalan yang murni. Malahan, dalam hal-hal dan keadaan-keadaan tertentu, kesukarelaan dianggap suci. Kerana itulah, setiap yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan, sama ada secara

4

individu ataupun secara berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak, dan sama ada sumbangannya itu adalah besar ataupun kecil, ia dianggap sebagai kerja dan program yang terpuji.

Kesukarelaan juga adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang telah memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti keberkawanan dan kemanusiaan dalam maksudnya yang sebenar, dari dahulu hingga sekarang, dan diyakini akan sampai bila-bilapun.

Para sukarelawan/wati, yang sebahagiannya adalah dari kalangan belia, adalah insan-insan berbudi, yang sebahagiannya tidak dikenali, kerana tidak diberi atau tidak mencari publisiti, yang telah menaburkan dan meninggalkan kesan abadi yang tidak terhitung banyaknya di tengah-tengah kehidupan manusia, sama ada sebagai pengongsi manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.

Bangsa Malaysia kaya dengan tradisi kesukarelaan. Bagaimanapun, akhir-akhir ini, terdapat banyak pandangan yang melihat bahawa kesukarelaan semakin hari semakin merosot. Sehingga terdapat satu ungkapan sinis tentang kesukarelaan, bahawa kesukarelaan hari ini dilambangkan oleh 6T: topi, t-shirt, teh, tambang, tetamu dan TV!

Benarkah kesukarelaan semakin luput? Sebenarnya, meskipun kini ramai yang risau tentang pudarnya semangat kesukarelaan, namun ia belum pupus. Di sana-sini masih terdapat para sukarelawan/wati yang sentiasa tampil untuk berbuat, mengongsi khidmat dan keringat, setiap kali kesukarelaan diperlukan.

Namun demikian, hakikat bahawa ikatan perpaduan, tahap keterlibatan, tradisi berkongsi dan amalan bantu-membantu menjadi kian luntur apabila masyarakat kian terlanjur dalam takjub terpesonanya dengan kebendaan dan kepentingan peribadi tidak dapat tidak, harus juga diakui. Keadaan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu dihadapi, ditangani dan diperbaiki. Kerana itu, semangat kesukarelaan perlu diberikan nafas baru atau tinggal landas baru (a new take off) – perlu digilap.

Dalam konteks ini, penubuhan Yayasan Salam pada tahun 1996 sebagai organisasi yang mengkhusus dalam pembangunan sukarelawan di negara ini, langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadikan tahun 2001 sebagai Tahun Sukarelawan Antarabangsa, serta penubuhan Forum Kesukarelaan Kebangsaan Malaysia dan penganjuran Konvensyen Pembangunan Belia dan Kesukarelaan oleh KBS, MBM, Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Belia Negeri Perak sempena tahun tersebut, adalah antara langkah-langkah yang tepat pada masanya.

Tema Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 ialah “Menjana Perubahan Bermakna”. Ia menekankan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk mengubah kehidupan orang lain dan masyarakat. Ia tidak memerlukan kemahiran yang khusus untuk memberikan sumbangan. Yang diperlukan hanyalah niat yang baik dan komitmen yang kuat untuk melakukannya.

Bagaimanapun, untuk menjadikan lebih banyak individu yang terpanggil lalu terlibat memerlukan pengiktirafan, fasilitasi, jaringan dan promosi yang baik, yang

5

merupakan empat objektif Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001. Tetapi, ini sahaja mungkin tidak mencukupi.

Sebenarnya, yang diperlukan ialah menjadikan kesukarelaan sebagai satu gerakan (movement) yang berlandaskan idealisme. Barulah perubahan dapat direalisasikan dengan menghasilkan makna yang benar iaitu kebahagiaan yang hakiki.

1

KONSEP KESUKARELAAN

Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati”. Manakala perkataan “kesukarelaan” pula membawa makna “sikap sukarela”. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.

6

Berasaskan makna tersebut, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.

Dalam bahasa lain, misalnya bahasa Inggeris, terdapat perkataan “voluntarism” yang menurut The Reader’s Digest-Oxford Wordfinder, membawa erti “the principle of relying on voluntary action rather than compulsion; the doctrine that the will is a fundamental or dominant factor in the individual or the universe; the doctrine that the Church or schools should be independent of the state and supported by voluntary contributions”.

Manakala perkataan “voluntary” pula bermaksud “done, acting or able to act of one’s free will; unpaid work; built, brought about, produced, maintained, etc., by voluntary action or contribution”. Perkataan “volunteer” pula merujuk “a person who voluntarily undertakes a task or enters a military or other service, undertakes or offer one’s services, be a volunteer”.

Dalam masyarakat Melayu, tradisi kesukarelaan, antara lain, malahan terutamanya, dicerminkan oleh konsep “gotong royong”. Gotong royong dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat penyayang dan prihatin, misalnya dalam membantu kerja-kerja membuat kenduri-kendara, turun ke sawah untuk menyemai dan menuai, menguruskan sakit pening dan kematian, memindahkan rumah dan sebagainya.

Konsep gotong-royong dan bantu membantu ini diperkukuhkan oleh sebahagian daripada item budaya masyarakat seperti yang dicerminkan oleh peribahasa “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

Konsep gotong-royong mengakomodasi setiap anggota dalam sesebuah masyarakat, iaitu dengan memberikan peranan kepada semua orang, dan masing-masing dengan gunanya, seperti yang dapat dilihat dalam puisi berikut yang diambil dari Hikayat Malim Deman:

Yang pekak pembakar meriam,Yang buta menghembus lesung,Yang lumpuh pengalau ayam,Yang pendek tinjau-meninjau,Yang kurap memikul buluh.

Pada masa yang sama, di sesetengah masyarakat yang lain juga terdapat tradisi kemasyarakatan yang hampir sama, misalnya harambee di Kenya, barangay di Filipina dan minga di Amerika Latin.

Sementara itu, Islam memberikan petunjuk yang amat mempromosi dan menggalakkan nilai, sikap dan amalan kesukarelaan. Antara lain, ini dapat dilihat

7

dengan jelas melalui beberapa potong ayat al Qur’an yang merujuk konsep fastabiqul khairat iaitu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan (al Maidah:48) dan ayat berikut:

“Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada mengerjakan pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh”.(al Imran: 114)

Dalam konteks ini, asas utama yang menitikberatkan kerja-kerja kesukarelaan dalam Islam ialah dari segi keperluan manusia Muslim memelihara hubungan yang rapat dengan Tuhan (hablu min Allah), dan pada waktu yang sama memelihara hubungan sesama manusia (hablu min ‘an nas).

Di samping itu, Islam menekankan peri pentingnya semangat pengorbanan (ruh al-tadhhiyyah) berlaku dalam diri seseorang Muslim, kerana ia mempunyai nilai yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t. dan balasannya ialah pahala pada Akhirat kelak. Ini akan menjadi lebih jelas lagi jika ia disoroti pula dari beberapa sudut yang lain, misalnya dari sudut persaudaraan (ukhuwwah) dan dari sudut pembelaan Islam terhadap golongan yang terbiar (al mustad’afin).

Dalam tradisi Buddhisme, Buddha telah memberikan doktrin serta nasihat tentang empat perkara asas untuk kebahagiaan di dunia dan empat perkara asas untuk kebahagiaan di akhirat. Satu daripada asas untuk kebahagiaan di akhirat itu ialah syaga yang bermaksud mengamalkan kebajikan serta kemurahan tanpa penumpuan dan kegilaan kepada kekayaan material semata-mata.

Sementara itu, soal kesejahteraan sosial dan kebajikan turut diungkapkan dalam Kristianiti, misalnya:

“Heal the sick, raise the dead cleanse the lepers cast out demons; freely you received, freely give”.(Matthew 10:8)

“…and do good…expecting nothing in return; and your reward will be great, and you will be sons of the Most High…”.(Luke 6:35)Semua ini adalah unsur-unsur yang memperkayakan kesukarelaan, termasuk

di negara ini. Ia akhirnya menyerlah dalam pelbagai bentuk: dari kerja-kerja sukarela secara sendirian kepada secara berkumpulan; dari organisasi tidak formal kepada organisasi formal; dari peringkat kampung hingga ke peringkat kebangsaan; dan dari dalam negeri hingga ke luar negara. Begitu sekali tradisi ini membudaya dalam masyarakat negara ini, sehingga mereka yang tidak bercampur dalam masyarakat diibaratkan “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

Bagaimanapun, kesukarelaan mungkin membawa makna yang berbeza kepada orang yang berbeza, kepada masyarakat yang berbeza dan kepada zaman yang berbeza. Ini adalah kerana makna kesukarelaan turut juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti sejarah, politik, ekonomi dan budaya sesuatu masyarakat dan tempat.

8

Ada orang mungkin melihat kesukarelaan dalam bentuk “idealisme” atau “altruisme” atau “goodness of heart” atau “charitable souls”. Ada orang mungkin menyanjung kesukarelaan sebagai gerakan yang baik atau positif lalu, jika di Amerika Syarikat sebagai tempatnya, menyelarikannya misalnya, dengan Martin Luther King. Sebaliknya, ada pula orang di Amerika Syarikat yang mungkin mencemuh kesukarelaan dengan menyelarikannya pula misalnya, dengan Klu Klux Klan. Kedua-dua persepsi yang bertentangan ini adalah akibat dipengaruhi oleh pengalaman-pengalaman tertentu.

Perkataan “kesukarelaan” biasanya digabungkan dengan perkataan “khidmat” atau “bakti” (service). Makna perkhidmatan juga berbeza-beza dari seorang ke seorang. Bagi sesetengah orang, ia mungkin bermaksud “satu tradisi atau tanggungjawab agama atau moral”. Orang kedua mungkin melihatnya sebagai “suatu perlakuan yang jelas, yang tidak sentimental dan merupakan semangat keberkawanan”. Manakala orang ketiga boleh sahaja melihatnya sebagai “bukan sahaja kebaikan kemanusiaan, malahan peluang untuk belajar tentang mereka yang dihulurkan bantuan perkhidmatan itu”.

Kesukarelaan juga boleh dijadikan ukuran atau pembayang tentang sifat-sifat kemanusiaan yang terdapat dalam diri seseorang atau sesuatu kumpulan manusia. Orang yang sering terlibat dalam kerja-kerja sukarela akan dilihat sebagai seorang yang bersifat mulia. Manakala yang tidak mahu langsung menyertai kerja-kerja kesukarelaan akan dilihat sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri.

Kerana itu, apabila sesuatu kumpulan manusia ingin memilih seseorang untuk diberikan sesuatu tugas atau tanggungjawab, misalnya menjadi pemimpin untuk sesuatu organisasi, maka antara kayu ukur yang digunakan untuk memilih calon pemimpin tersebut ialah seseorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam kerja atau program kesukarelaan.

Di samping itu, hidup dan bebasnya organisasi sukarela boleh pula membayangkan tahap amalan demokrasi dalam sesebuah negara. Lazimnya di negara yang kerajaannya bersifat autokrasi, organisasi sukarela tidak digalakkan untuk bergerak dengan bebas. Jika terdapat organisasi sukarela yang aktif, maka ia berkemungkinan besar adalah yang pandai mengampu atau yang memang ditubuhkan oleh elemen-elemen kerajaan tersebut untuk menjadi ejennya.

Pada masa yang sama, keaktifan kerja-kerja kesukarelaan boleh membayangkan tahap kesedaran politik masyarakat di sesebuah negara. Ini terutamanya apabila kerja kesukarelaan melibatkan unsur-unsur gerakan dan perjuangan. Masyarakat yang tidak celik politik atau rendah kesedaran politiknya akan sukar memahami kerja sukarela yang berorientasi advokasi.

Organisasi-organisasi kesukarelaan, yang biasanya lebih dekat dengan denyut nadi rakyat, perlu dibawa oleh kerajaan untuk berpartisipasi dalam proses membuat keputusan, iaitu dengan mengamalkan konsep perundingan (syura) dalam governans atau tadbir urus (governance) negara. Tetapi, amalan perundingan hanya akan dapat berkembang dan memanfaatkan jika terdapat suasana yang kondusif, kemerdekaan berfikir, kebebasan bersuara dan sikap terbuka, dan bukannya dalam suasana takut berbeza pendapat dengan seseorang yang lebih berkuasa.

9

Adakah kesukarelaan bermaksud semuanya percuma? Dengan mengambil kira semua makna dan persepsi tentang kesukarelaan, maka ia harus dilihat dalam satu continuum yang bermula dengan yang seidealnya dan berakhir dengan seminimumnya. Dalam konteks yang praktikal, yang dimaksudkan kesukarelaan di sini ialah:

“Satu continuum yang bermula dari seideal melakukan sesuatu dengan percuma dan setulus kudus hinggalah ke tahap menerima upah, tetapi yang di bawah garis harga pasaran semasa”.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman, kesukarelaan mungkin menyerlah dalam corak yang berbeza dalam keadaan yang berbeza, akibat kefahaman yang berbeza. Sesuatu yang dilihat sebagai kesukarelaan di sesebuah negara mungkin dianggap sebagai pekerjaan gaji rendah atau bidang intensif buruh di negara yang lain.

Meskipun begitu, di sebalik kefahaman yang berbeza-beza ini, tiga ciri asas masih dapat dikenalpasti untuk menentukan kesukarelaan.

Pertama, kerja tersebut tidak dilakukan dengan matlamat untuk mendapatkan balasan kewangan. Bagaimanapun, gantian (reimbursement) bagi perbelanjaan yang diperlukan dan sedikit bayaran saguhati (token) adalah dibenarkan.

Kedua, kerja tersebut hendaklah dilaksanakan secara sukarela iaitu mengikut kerelaan si-pelaku itu. Di sini terdapat juga ruang yang kabur, misalnya dalam kes di mana sekolah menganjurkan skim khidmat masyarakat yang menggalakkan, dan kadangkalanya memerlukan, pelajar-pelajarnya terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan.

Dan ketiga, kerja tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada sesuatu kelompok masyarakat atau orang lain dan bukannya sukarelawan itu sendiri. Bagaimanapun, hakikat bahawa kesukarelaan juga mungkin mendatangkan manfaat yang signifikan terhadap si-sukarelawan itu sendiri perlu juga diterima.

Jenis-jenis kesukarelaan

Apabila seseorang melibatkan diri dalam kerja kesukarelaan, caranya mungkin berbeza dengan cara orang lain.

Ada orang yang melibatkan diri secara individu. Beliau akan menawarkan dirinya untuk melakukan sesuatu kerja atau program sukarela apabila sahaja mempunyai kesempatan atau kelapangan. Atau apabila sahaja bertemu dengan keadaan yang memerlukannya tampil sebagai sukarelawan/wati. Bagaimanapun, beliau tidak akan menolak atau mengundurkan diri jika perkhidmatannya turut dilaksanakan bersama oleh seorang individu yang lain ataupun oleh sesuatu kumpulan atau organisasi.

10

Ada pula orang yang melibatkan diri melalui sesuatu kumpulan atau dengan menjadi ahli sesuatu organisasi. Beliau mungkin menjadi seorang ahli yang akan mencadangkan sesuatu kerja kesukarelaan kepada organisasinya atau sekadar mengikut keputusan organisasinya untuk melakukan sesuatu kerja kesukarelaan. Dalam keadaan yang lain, beliau mungkin menjadi pemimpin organisasinya yang membuat keputusan tentang kerja kesukarelaan yang perlu dijalankan.

Manakala ada juga orang, sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan, yang menjadi sukarelawan sepenuh masa. Maknanya beliau membuat keputusan untuk menyumbangkan sesuatu masa yang signifikan panjangnya, misalnya antara 6 hingga 12 bulan, atau sehingga 2 tahun, untuk sesuatu kerja atau program kesukarelaan yang khusus.

Dalam kerangka konsep yang luas ini, dapat dikenalpasti sekurang-kurangnya 4 bentuk kerja atau program kesukarelaan, iaitu: bantuan kendiri (self-help atau mutual aid), kedermawanan (philanthropy) atau bakti pada orang lain, partisipasi atau kegiatan sivik, dan advokasi atau berkempen.

Setiap satu daripada jenis kesukarelaan ini terdapat di seluruh pelusuk dunia. Bagaimanapun, bentuk bagi setiap jenis kesukarelaan itu atau campuran jenis-jenis yang berbeza itu mungkin berbeza-beza dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain. Faktor-faktor yang menjadikannya berbeza-beza, seperti juga halnya dengan kefahaman yang berbeza-beza tentang konsep dan makna kesukarelaan, adalah sejarah, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.

Bantuan kendiri

Bantuan kendiri merupakan sistem bantuan sosial dan ekonomi yang utama di kebanyakan negara-negara sedang membangun. Bermula dengan perhubungan tidak formal dan kumpulan keluarga, kerja dan program kesukarelaan telah berkembang menjadi kerja-kerja dan program-program kebajikan masyarakat yang lebih formal. Bentuk ini juga memainkan peranan yang penting di negara-negara perindustrian, terutamanya dari segi bantuan dalam bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat di mana banyak organisasi telah ditubuhkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kedermawanan atau bakti kepada orang lain

Kedermawanan atau bakti kepada orang lain adalah berbeza dengan jenis bantuan kendiri kerana penerima manfaatnya bukanlah diri atau ahli kumpulan itu sendiri, tetapi adalah pihak yang ketiga. Jenis kesukarelaan ini lazimnya berlaku dalam organisasi sukarela, walaupun di sesetengah negara terdapat tradisi kesukarelaan yang kuat dalam sektor awam dan terdapat minat yang semakin bertambah dalam sektor perniagaan. Di samping itu, terdapat juga tradisi di mana sukarelawan/wati dihantar dari sesebuah ke sesebuah negara yang lain untuk menawarkan bantuan pembangunan dan kemanusiaan. Dalam keadaan tertentu, terdapat pula individu tertentu, biasanya yang kaya dan berharta, yang menderma wang atau hartanya secara sukarela.

11

Partisipasi

Partisipasi di sini merujuk peranan yang dimainkan oleh individu-individu dalam proses governans iaitu melalui penghakupayaan (empowerment), perundingan dan perwakilan. Ia terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, ia lebih berkembang di negara-negara yang mempunyai tradisi kesedaran dan kegiatan sivik yang tinggi. Partisipasi mulai diiktiraf sebagai komponen penting dalam governans yang baik (good governance) sejak mutakhir ini. Tetapi, terdapat banyak kritik yang melihat bahawa banyak yang dianggap sebagai partisipasi itu sebenarnya hanyalah sekadar tokenisme atau cara untuk menjustifikasikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak lain sahaja.

Advokasi

Advokasi atau berkempen ialah sesuatu yang digerakkan oleh sukarelawan/wati, yang biasanya digelar aktivis, misalnya melobi kerajaan untuk membuat atau meminda sesuatu undang-undang. Kesukarelaan telah membuka jalan untuk diperkenalkan perkhidmatan kebajikan yang baru dalam HIV/AIDS, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak asasi manusia dan pencemaran alam sekitar, mengaktifkan gerakan belia dan wanita dan sebagainya. Sesetengah kempen adalah bersifat tempatan, manakala terdapat juga yang bersifat global.

2

ORGANISASI SUKARELA

Dalam mana-mana negara, akan terdapat satu sektor yang penting iaitu sektor kerajaan. Ia juga digelar Sektor Pertama. Tetapi, tidak ada kerajaan yang dapat menyediakan semua barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat. Kerana itulah terdapat sektor yang kedua iaitu sektor perniagaan. Ia juga digelar Sektor Kedua. Tetapi, walaubagaimanapun kedua-dua sektor ini, iaitu kerajaan dan perniagaan bekerjasama, mereka tetap tidak dapat menyediakan semua perkhidmatan dan barangan yang diperlukan rakyat.

12

Bottom-line bagi kerajaan ialah undi. Manakala bottom-line bagi perniagaan pula ialah untung. Tetapi, terlalu banyak perkara dalam kehidupan harian yang tidak ada kena mengena dengan sama ada undi ataupun untung. Di sinilah relevannya organisasi sukarela.

Kerana itulah, pada sepanjang perjalanan sejarah, telah muncul individu dan kumpulan individu yang menubuhkan pelbagai jenis organisasi sukarela yang bertujuan menyelesaikan masalah-masalah sosial; membantu golongan yang kurang bernasib baik, yang terpinggir dan underserved; dan menyediakan barangan dan perkhidmatan, yang pada anggapan mereka, tidak dapat dibekalkan dengan secukupnya oleh sistem yang ada, sama ada oleh agensi kerajaan atau pasaran perniagaan.

Organisasi-organisasi ini diberikan pelbagai gelaran, sama oleh aktivisnya, masyarakatnya, atau pengkajinya. Antaranya ialah: “pertubuhan sukarela”, “badan amal”, “badan kebajikan”, “badan bukan kerajaan”, “non-commercial institution outside the government”, “non-profit organization”, “Sektor Ketiga”, “masyarakat sivil” dan sebagainya.

Di negara ini, organisasi sukarela sering digelar NGO iaitu non-governmental organisation. Tetapi, gelaran ini kadangkalanya turut disiniskan oleh sesetengah pihak dengan memberikan tambahan-tambahan dan makna-makna lain kepada kependekan NGO itu. Contohnya: CINGO (corporate interest NGO), RINGO (royal interest NGO), BINGO (beareucrate interest NGO), GINGO (government interest NGO) dan WINGO (wife interest NGO). Walaupun sinis, tetapi jika diamati dengan teliti, ada juga kebenarannya untuk berfikir demikian.

Sebenarnya, organisasi sukarela perlu lebih sensitif dengan latarbelakang penggunaan gelaran NGO dan NPO (non-profit organisation). NGO digunakan dalam budaya di mana organisasi sukarela tidak mahu dikaitkan dengan kerajaan. Manakala NPO digunakan dalam budaya di mana organisasi sukarela tidak mahu dikaitkan dengan perniagaan.

Persoalannya, mengapa perlu punya budaya yang sedemikian rupa? Bukankah kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan perniagaan, adalah rakan pembangunan kepada organisasi sukarela?

Dalam hal yang sama, mengapakah organisasi sukarela digelar dengan nama yang tidak mendefinisikannya secara tepat? Analoginya, perlukah lelaki digelar bukan-perempuan dan sebaliknya perempuan digelar bukan-lelaki? Bukankah lebih tepat apabila lelaki digelar lelaki dan perempuan digelar perempuan?

Oleh yang demikian, semua pihak perlu membebaskan pemikiran yang pelik ini. Kerana itu, organisasi sukarela perlu digelar organisasi sukarela. Atau, boleh sahaja digelar dengan nama-nama lain yang juga sesuai, misalnya persatuan belia jika ia organisasi belia, CBO untuk community based organisation, PO untuk peoples’ organisation atau organisasi masyarakat sivil.

Dari segi keorganisasian, organisasi sukarela muncul dalam beberapa bentuk. Pertama, ialah dari segi lokasi. Ada yang bersifat tempatan, ada yang kebangsaan, ada

13

yang serantau, ada yang antara rantau (contohnya Utara-Selatan) dan ada yang antarabangsa.

Kedua, ialah dari segi pemilikan. Ada yang tidak mempunyai keahlian. Di Malaysia misalnya, dua orang sahaja sudah mencukupi untuk mendaftarkan sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal berbayarnya hanya RM2.00 sahaja dan syarikat itu digelar organisasi sukarela. Banyak organisasi think tank tidak mempunyai ahli atau ahli yang ramai. Manakala, ada pula yang mempunyai bilangan keahlian yang ramai. Contohnya ialah persatuan-persatuan belia.

Ketiga, ialah dari segi orientasi. Lain organisasi sukarela, lain pula orientasi operasinya. Umumnya organisasi sukarela mempunyai dua orientasi utama. Pertama, ialah “orientasi operasi”. Manakala kedua, ialah “orientasi advokasi”. Dari segi orientasi operasi pula, ia terbahagi kepada dua, iaitu “aktiviti” dan “bakti”.

“Aktiviti” ialah kerja atau program yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Ia mungkin diadakan secara sekali sahaja, mungkin beberapa kali, mungkin sempena tarikh tertentu dan sebagainya. Contohnya ialah seminar menjawab peperiksaan yang dianjurkan sekali dalam setahun.

“Bakti” pula ialah kerja atau program yang diadakan dengan objektif yang khusus untuk satu jangka masa yang agak panjang yang ditentukan dan dengan hasil tertentu yang dituju. Contohnya ialah kelas bimbingan yang dianjurkan pada sepanjang tahun.

Manakala “advokasi” ialah proses memperjuangkan sesuatu impian, aspirasi, pendapat atau pandangan. Ia bergerak dalam satu continuum dan melibatkan banyak elemen seperti idealisme, altruisme, hak asasi, partisipasi, autonomi dan lain-lain. Ia diungkapkan melalui ucapan, kenyataan akhbar, kempen, memorandum, pembentukan pendapat khalayak (public opinion) dan sebagainya.

Keempat, ialah dari segi pendekatan. Ada yang menggunakan pendekatan top-bottom, ada yang participatory tetapi terhad, manakala ada yang participatory penuh yang mengamalkan penghakupayaan (empowerment).

Dan kelima, ialah dari segi modus operandi. Ada yang menjalankan penyelidikan dan inovasi, ada yang menjalankan operasi dan pelaksanaan, manakala ada yang menjalankan kedua-duanya sekali.

Sementara itu, kerja-kerja dan program-program mereka juga turut diberikan pelbagai gelaran. Antaranya ialah: “kerja sukarela”, “kerja amal”, “bakti atau khidmat masyarakat” dan “bakti atau khidmat sosial”. Ia diselarikan pula dengan beberapa ungkapan kemasyarakatan tertentu. Antaranya ialah: “masyarakat penyayang”, “masyarakat prihatin”, “rakan masyarakat”, “kepedulian sosial”, “tanggungjawab sosial” dan “muafakat sosial” dan akhir-akhir ini, “masyarakat madani”.

Jika dalam bab yang terdahulu telah dibincangkan jenis-jenis kerja kesukarelaan, kerja dan organisasi kesukarelaan boleh juga dibahagikan mengikut beberapa kategori. Antaranya ialah: kebajikan (welfare), bantuan ketika bencana

14

(relief), bantuan teknikal, kontraktor perkhidmatan awam, organisasi pembangunan, organisasi akar umbi, dan kumpulan atau jaringan advokasi.

Objektif, falsafah, struktur organisasi, sistem pentadbiran, sistem kewangan, pendekatan, perancangan, bentuk dan pelaksanaan kerja dan program juga berbeza-beza di antara satu organisasi sukarela dengan yang lain.

Namun demikian, secara umumnya, semua organisasi itu dapat dirangkumkan dalam satu gerakan sukarela yang memperjuangkan matlamat-matlamat yang tidak dapat diukur dengan indikator-indikator seperti peningkatan keuntungan, penembusan pasaran, sokongan undi, dan lain-lain, yang sekali gus menjadikan organisasi tersebut unik dan strategik di tengah-tengah masyarakat.

Matlamat organisasi sukarela

Di sebalik kepelbagaiannya, kerja-kerja dan program-program yang dijalankan oleh pelbagai jenis organisasi sukarela itu dapat diklasifikasikan dalam usaha-usaha yang bertujuan untuk salah satu atau beberapa kombinasi daripada 6 matlamat generik yang umum.

Pertama, ialah mengadakan keadaan yang mendatangkan kesan-kesan positif. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya dalam bidang pendidikan, ialah mengadakan kelas-kelas bimbingan, mengajar secara sukarela, menyediakan biasiswa dan membekalkan kelengkapan-kelengkapan dan peralatan-peralatan. Dalam pembangunan sumber manusia pula seperti menganjurkan latihan-latihan dan kursus-kursus kemahiran. Manakala dalam bidang budaya ialah seperti membuat persembahan kesenian secara percuma. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan tentang dasar pendidikan, kualiti pendidikan dan strategi-strategi pendidikan, tentang skima latihan kemahiran yang baru dan tentang dasar kebudayaan kebangsaan.

Kedua, ialah mengadakan keadaan yang menghalang dan mengurangkan kesan-kean negatif. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah mengadakan program-program pencegahan jenayah, menawarkan bantuan pemulihan kepada penagih dadah atau pengidap HIV/AIDS dan melaksanakan program menanam pokok. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan tentang penguatkuasaan atau pemindaan undang-undang jenayah tertentu, penggubalan dasar mengenai diskriminasi terhadap bekas penagih dadah atau mangsa HIV/AIDS dan pelaksanaan konvensyen-konvensyen antarabangsa mengenai kualiti alam sekitar.

Ketiga, ialah menyediakan bantuan atau perlindungan sementara kepada mereka yang kurang bernasib baik atau yang ditimpa bencana. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya amat mudah digambarkan: bantuan pertolongan cemas, mencari mangsa yang hilang atau tertimbus, memindahkan mangsa banjir atau kebakaran, melindungi kanak-kanak yang dianiaya dan lain-lain lagi. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan tentang kualiti bangunan-bangunan tinggi, pasukan dan infrastrukur pertolongan cemas serta penggubalan undang-undang mengenai penganiayaan kanak-kanak.

15

Keempat, ialah memperjuangkan keadilan dari segi mendapatkan manfaat bersama dan dari segi beban tanggungjawab. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah mengadakan program pinjaman mikro-kredit dan projek perumahan untuk membantu golongan miskin. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah mempengaruhi keputuan-keputusan tentang rasuah, penipuan, pengagihan, jurang pendapatan, inflasi dan harga barangan atau perkhidmatan yang berpatutan.

Kelima ialah memperjuangkan hak asasi manusia. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah program kesedaran dan pendidikan mengenai hak asasi, bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan dan bantuan-bantuan kepada golongan miskin. Dari segi advokasi pula, ia mungkin sensitif di sesetengah negara, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan mengenai undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara, berkumpul dan berorganisasi serta memastikan tiada rakyat yang miskin atau lapar.

Dan keenam, ialah menyediakan pemimpin pelapis. Program ini lebih banyak dijalankan oleh persatuan-persatuan belia. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah mengadakan latihan-latihan dan kursus kepemimpinan. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan tentang pengiktirafan terhadap konsep penghakupayaan belia (youth empowerment), peranan belia sebagai rakan pembangunan dan perwakilan belia.

Dalam hal ini juga, di sebalik kepelbagaian bentuk, sistem, tujuan dan orientasi organisasi dan kerja sukarela itu, dapat juga dikumpulkan sebaris ciri yang mengunikkan organisasi sukarela itu.

(1) Mempunyai misi yang bersifat altruisme, iaitu keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain.

(2) Hasil dan faedah yang lebih bersifat manusiawi, atau dengan kata lain, bottom linenya tidak dapat diukur dengan indikator ekonomi yang biasa.

(3) Menggunakan strategi pemasaran yang tersendiri.

(4) Mendapatkan modal dan dana melalui sumbangan dan yuran yang tidak akan dipulangkan dalam bentuk wang.

(5) Amat bergantung kepada tenaga-tenaga sukarela.

(6) Memiliki struktur dan sistem pentadbiran yang amat fleksibel.

(7) Peranan ahli jawatankuasa yang berbeza dengan peranan ahli lembaga pengarah dalam sektor-sektor lain.

(8) Perhubungan awam yang istimewa dengan penyumbang dan penerima manfaat.

(9) Menjalankan program pengutipan dana, yang sebahagiannya mendapat insentif cukai.

16

(10) Dihambati masalah kelesuan atau burnout yang sukar diatasi.

Pendeknya, organisasi sukarela punya ciri-ciri yang unik, yang menjadikannya tidak sama dengan organisasi kerajaan, dan yang menjadikannya berlainan dengan organisasi perniagaan.

Gerakan Belia

Gerakan belia telah wujud sejak zaman berzaman – sebagai organisasi sukarela. Di seluruh pelusuk dunia. Termasuk di negara ini. Di negara ini, satu mercu tanda yang amat penting ialah penubuhan MBM pada 23 Julai 1948, sebagai badan induk kebangsaan bagi gerakan dan persatuan-persatuan belia dan pelajar.

Dasar Pembangunan Belia Negara yang diluluskan Kabinet pada tahun 1997, iaitu menggantikan Dasar Belia Negara 1985, turut menyatakan dengan jelas tentang semangat sukarela sebagai salah satu matlamatnya:

“Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020”.

Secara keseluruhannya, matlamat gerakan dan persatuan-persatuan belia adalah sama dengan organisasi sukarela yang lain. Kerja-kerja yang dilaksanakannya adalah secara sukarela. Seluruh proses perancangan, pelaksanaan dari segi penganjuran dan penyertaannya (termasuk sebahagian besar daripada kosnya), pemantauan dan penilaiannya adalah secara sukarela.

Para petugas dan aktivis gerakan belia, sama ada pemimpin atau ahlinya, adalah sukarelawan/wati. Biasanya para pemimpin gerakan belia mempunyai pekerjaan atau kerjaya tertentu dan memegang jawatan dalam persatuan belia tanpa mengharap atau diberikan apa-apa ganjaran.

Persatuan-persatuan belia yang besar, misalnya di peringkat kebangsaan dan negeri, juga di sesetengah persatuan peringkat daerah, mempunyai sepasukan kakitangan sepenuh masa yang bertugas di pejabatnya.

Manakala, bagi sesetengah persatuan belia, ia mungkin mempunyai seorang atau beberapa orang pemimpinnya yang bertugas secara sepenuh masa, iaitu dengan bergaji atau elaun. Biasanya ialah Setiausaha Agung atau Setiausaha Kehormatnya.

Tetapi, lazimnya, gaji atau elaun yang disediakan itu adalah sekadar cukup untuk perbelanjaan asas sahaja. Tidak ada elaun-elaun seperti perumahan, pinjaman, perbatuan, lojing, lebih masa dan sebagainya. Dengan kata-kata lain, imbuhan tersebut adalah di bawah paras pasaran semasa. Dalam konteks ini, pasaran semasa yang dimaksudkan ialah paras yang ditawarkan oleh skema kerajaan. Kerana itu, walaupun bergaji atau elaun, mereka sebenarnya adalah sukarelawan/wati.

17

Dalam tempoh lebih 5 dekad kewujudannya, MBM dan seluruh keluarga besar badan-badan gabungannya telah melalui proses pengayaan dan pematangan yang amat berharga di samping menyumbang bakti yang amat signifikan terhadap pembangunan negara.

Namun demikian, gerakan belia negara yang dipelopori MBM bukanlah satu gerakan yang homoginis. Seperti organisasi sukarela yang lain, setiap badan gabungannya, malah setiap persatuan belia secara individu, mempunyai objektif, orientasi, struktur dan program tersendiri. Tetapi, di sebalik kepelbagaian tersebut, terdapat juga beberapa perkara pokok yang dikongsi bersama yang menyebabkan mereka dapat berhimpun dalam keluarga yang sebegitu besar untuk masa yang sebegitu lama.

Persatuan-persatuan belia di negara ini dapat dilihat dari beberapa kategori. Sebahagiannya mungkin menepati lebih daripada satu kategori yang disenaraikan di bawah ini:

Jenis-jenis persatuan belia

Pertama, ialah persatuan pelajar. Contohnya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kedua, ialah persatuan berasaskan agama. Contohnya, bagi yang beragama Islam ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bagi yang beragama Buddha ialah Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM), bagi yang beragama Hindu ialah Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO), manakala bagi yang beragama Kristian ialah Persatuan Pemuda-Pemuda Kristian (YMCA) dan Persaudaraan Belia Methodist Malaysia.

Ketiga, ialah persatuan yang berasaskan sosio-ekonomi. Contohnya ialah Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Belia Felda, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBB), Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT) dan Persatuan Asrama Belia Malaysia.

Keempat, ialah persatuan beruniform. Contohnya ialah Pengakap, Pandu Puteri, St. John Ambulans, Puteri Islam, Briged Putera dan Briged Puteri.

Keempat-empat persatuan belia ini adalah di peringkat kebangsaan. Masing-masing mempunyai cawangan-cawangan atau badan-badan gabungan masing-masing di peringkat negeri, daerah, kampung atau kawasan perumahan dan juga kampus. Jika dijumlahkan semua persatuan belia tersebut, maka angkanya ialah lebih kurang 8,000 buah persatuan.

Peringkat-peringkat persatuan belia

18

Pertama, ialah persatuan di peringkat kampung atau kawasan perumahan. Contohnya ialah Persatuan Belia Bergema Jaya di Kampung Pengkalan Jaya, Temerloh, Pahang.

Kedua, ialah persatuan di peringkat daerah atau kawasan. Contohnya ialah Gerakan Belia 4B Kawasan Temerloh, Pahang.

Ketiga, ialah persatuan di peringkat negeri. Contohnya ialah Kesatuan Pelajar Islam Perak.

Keempat, ialah persatuan di peringkat kebangsaan. Contohnya banyak sekali, iaitu seperti yang terdapat dalam keempat-empat kategori Jenis-jenis persatuan belia di atas.

Gabungan persatuan-persatuan belia

Pertama, ialah gabungan di peringkat daerah. Setiap daerah di negara ini mempunyai Majlis Belia Daerah (atau Majlis Belia Jajahan bagi Kelantan). Ia adalah gabungan dua kategori persatuan, iaitu persatuan peringkat kampung dan persatuan peringkat daerah/kawasan seperti dalam kategori pertama dan kedua Jenis-jenis persatuan belia di atas. Contohnya, dalam Majlis Belia Daerah Temerloh, terdapat Persatuan Belia Bergema Jaya Kampung Pengkalan Jaya dan Gerakan Belia 4B Kawasan Temerloh.

Kedua, ialah gabungan di peringkat negeri. Setiap negeri, kecuali Sarawak, mempunyai Majlis Belia Negeri. Ia adalah gabungan dua atau tiga kategori persatuan (bergantung kepada negeri), iaitu Majlis-Majlis Belia Daerah, cawangan-cawangan negeri bagi persatuan-persatuan belia peringkat kebangsaan dan persatuan belia peringkat negeri. Contohnya, di Majlis Belia Negeri Perak terdapat Majlis-Majlis Belia Daerah seperti Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar; terdapat cawangan persatuan belia peringkat kebangsaan seperti YMM Perak; dan terdapat juga persatuan belia peringkat negeri seperti Kesatuan Pelajar Islam Perak.

Ketiga, ialah gabungan peringkat kebangsaan. Terdapat beberapa contoh. Antaranya ialah PKPIM yang merupakan gabungan di peringkat kebangsaan antara pelbagai persatuan pelajar Islam peringkat negeri-negeri dan kampus-kampus. Satu lagi ialah MAYC yang merupakan gabungan di peringkat kebangsaan di antara pelbagai persatuan dan kelab belia.

Badan induk kebangsaan

Badan induk kebangsaan bagi gerakan dan persatuan-persatuan belia dan pelajar Malaysia ialah MBM. Terdapat 5 kategori persatuan belia yang bergabung dalam MBM, iaitu persatuan pelajar peringkat kebangsaan, persatuan belia agama peringkat kebangsaan, persatuan belia sosio-ekonomi peringkat kebangsaan, dan persatuan belia uniform peringkat kebangsaan (contohnya seperti dalam Jenis-jenis persatuan belia di atas) serta Majlis-Majlis Belia Negeri (kecuali Sarawak di mana

19

SABERKAS, iaitu Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak, diiktiraf sebagai menggantikan Majlis Belia Negeri).

Persatuan belia antarabangsa

Terdapat beberapa jenis dan peringkat persatuan belia antarabangsa. Ia adalah gabungan antara pelbagai badan induk belia kebangsaan negara-negara yang menganggotainya.

Pertama, ialah peringkat ASEAN, iaitu Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC). Rantau-rantau lain juga mempunyai badan yang sama.

Kedua, ialah peringkat Asia, iaitu Asian Youth Council (AYC). Benua lain mempunyai badannya sendiri. Contohnya, Eropah mempunyai European Youth Forum.

Ketiga, ialah peringkat dunia. Pada satu masa dahulu terdapat dua persatuan utama yang bersaing, iaitu World Assembly of Youth (WAY) dan World Federation of Democratic Youth (WFDY). Tetapi, selepas runtuhnya tembok Berlin, hanya WAY yang masih berwibawa.

MBM adalah anggota gabungan yang amat aktif dalam CAYC, AYC dan WAY, malahan MBM adalah pengasas AYC. Ketika buku ini ditulis, ketiga-tiga ibu pejabat persatuan belia antarabangsa ini terletak di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, dan ketiga-tiganya diketuai oleh perwakilan-perwakilan MBM.

Di samping itu, terdapat juga beberapa jenis persatuan belia peringkat antarabangsa yang aktif yang turut dianggotai, juga secara amat aktif, oleh persatuan-persatuan belia peringkat kebangsaan Malaysia, terutamanya yang bergabung dalam MBM. Contohnya ialah World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang dianggotai oleh ABIM, World Young Buddhist Fellowship (WYBF) yang dianggotai oleh YBAM dan World Association of Girl Guides and Scouts (WAGGS) yang dianggotai oleh Pandu Puteri.

Memperkasa gerakan belia

Walaupun gerakan belia di negara ini mempunyai sejarah yang panjang, tetapi pada pertengahan dekad 90-an yang lalu, banyak telah diperkatakan tentang kelesuan persatuan belia. Meskipun tidak semua yang memperkatakannya adalah ikhlas, namun ia tetap ada kebenarannya. Kerana itu penulis telah membuat kajian mengenainya dari Januari 1997 hingga Julai 1998 dan diperbaiki dengan kajian tambahan pada November 1999. Hasil kajian tersebut diterbitkan dalam buku penulis bertajuk Memperkasa Persatuan Belia (2000).

Sebanyak 10 perkara telah dikenalpasti untuk ditangani, iaitu: pendaftaran, pejabat dan peralatan, keahlian, kepemimpinan, pengurusan, program, kewangan, penilaian dan penyelidikan, pengiktirafan dan motivasi serta jaringan. Manakala

20

sebanyak 63 cadangan konkrit tentang bagaimana persatuan-persatuan belia dapat diperkasakan telah juga disediakan.

Setelah menilai kembali hal ini, kini semakin jelas kelihatan bahawa perkara utama yang perlu diselesaikan, dan dengan kadar yang sesegera mungkin, ialah mengenai kepemimpinan.

Sesetengah pemimpin belia didapati memegang jawatan tertinggi untuk tempoh masa yang terlalu lama. Jumlah pemimpin dari kalangan wanita pula adalah amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah ahli dari kalangannya. Terdapat banyak pemimpin yang telah melebihi umur 40 tahun. Amalan demokrasi dalam sesetengah persatuan belia adalah diragui. Ada pemimpin yang tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara bersungguh-sungguh dan konsisten. Sesetengah pemimpin kelihatan menghadapi masalah dalam memahami dan menganalisa keperluan-keperluan sebenar persatuan belia dan ahlinya, dan kurang berupaya dalam mendatangkan program dan pendekatan yang segar. Biasanya, pemimpin persatuan belia tidak diiktiraf secara sewajarnya oleh institusi atau individu tertentu. Manakala wujud pula unsur-unsur politik atau kepolitikan yang mengganggu perjalanan sesetengah persatuan belia. Dan dalam keadaan tertentu, terdapat keraguan dari segi kesukarelaannya.

Beberapa langkah perlu dilaksanakan dengan segera untuk menyelesaikan isu ini. Antaranya ialah seperti yang disenaraikan di bawah ini:

1 Untuk memberikan peluang kepada lebih ramai untuk terlibat, mendapat latihan dan pendedahan, pemimpin tertinggi persatuan belia perlu dihadkan tempoh masa memegang jawatan. Terdapat dua cara had tempoh masa ini. Pertama, dengan tidak melebihi umur 40 tahun. Dan kedua, dengan tidak melebihi penggal tertentu.

1 Untuk memastikan kepemimpinan persatuan belia benar-benar mewakili setiap lapisan ahlinya, perlu diadakan mekanisme supaya semua kumpulan umur (misalnya 15-19 tahun, 20-24 tahun, 25-29 tahun, 30-34 tahun dan 35-40 tahun) dan wanita (bagi persatuan belia yang terbuka keahliannya kepada lelaki dan wanita) terpilih secara adil ke barisan tertinggi di setiap peringkat

1 Hendaklah dipastikan bahawa had umur 40 tahun bagi pemimpin persatuan belia dipatuhi. Mereka yang melebihi had umur dan berminat serta berkebolehan boleh dilantik sebagai penasihat, pemegang amanah, perunding dan sebagainya.

1 Pemilihan pemimpin perlu dibuat secara demokratik dan dengan lebih berhati-hati untuk memastikan kelayakan mereka yang menawarkan diri atau dicalonkan. Satu kod etika atau peraturan/syarat mungkin perlu diadakan supaya kelayakan mereka yang menawarkan diri atau dicalonkan tidak diragui.

21

1 Program penataran dan penghayatan budaya ilmu serta penggilapan kemahiran dalam bidang-bidang pembangunan belia kontemporari perlu ditingkatkan di kalangan pemimpin persatuan belia.

1 Konsep partisipasi penuh seperti “belia sebagai rakan pembangunan”, “penghakupayaan belia” (youth empowerment), “perwakilan belia” dan “governans” perlu dilaksanakan sebagai proses menjana kepemimpinan masa depan yang berkualiti.

1 Mungkin sukar bagi sebahagian persatuan belia untuk mengelakkan dirinya secara seratus peratus daripada terlibat dengan unsur-unsur politik. Tetapi, perlu digarispisahkan, misalnya, antara politik partisan dengan isu-isu belia yang berkaitan dengan politik.

1 Persatuan belia perlu diwakili oleh pemimpinnya, secara rasmi, dalam struktur-strukur dan proses-proses membuat keputusan.

1 Para pemimpin persatuan belia perlu menghayati semangat kesukarelaan yang tinggi sebagai contoh kepada ahli-ahlinya.

Tetapi, gerakan belia, sebagai sebahagian daripada gerakan kesukarelaan, jika ingin-ingin benar-benar berkesan, perlu dengan serius melakukan muhasabah (koreksi diri) dan memfokus masa depan. Ia perlu kepada pemikiran-semula (re-thinking), pembelajaran-semula (re-learning) dan pemerlengkapan-semula (re-tooling).

Gerakan belia perlu menyegar-semula (re-fresh) dan menjajar-semula (re-align) asas-asas perjuangannya. Ia perlu dikembalikan dan dilonjakkan dengan tiga rukun utamanya, iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme.

Ketiga-tiga rukun ini perlu dimiliki secara komprehensif, seimbang dan bersepadu. Hanya memiliki idealisme dan aktivisme, tetapi tanpa intelektualisme, memungkinkan gerakan belia bersemangat dan rajin berbuat program, tetapi kerana tidak berbekal ilmu, ia tidak dapat melonjak dengan kemajuan yang berganda. Hanya memiliki idealisme dan intelektualisme pula, tetapi tanpa aktivisme, memungkinkan gerakan belia amat bersemangat dan rajin mengkritik, tetapi tidak mampu menghasilkan apa-apa yang praktikal dan konkrit. Manakala hanya memiliki aktivisme dan intelektualisme, tetapi tanpa idealisme, memungkinkan gerakan belia amat rajin dan cerdik, tetapi kerana tidak berprinsip, ia boleh dijual-beli.

Di samping itu, gerakan belia perlu mempunyai sudut pandangan dunia (tasawwur atau world view) perjuangan dan gerakan yang holistik. Ini amat penting bagi memastikan ia mempunyai perspektif yang tepat terhadap makna dan cara perjuangan yang komprehensif, bersepadu dan berimbang. Ia juga penting bagi memastikan bahawa semboyan perjuangan tidak dilaungkan sebagai retorika semata-mata, tetapi benar-benar sebagai komitmen yang terbit dari lubuk hati nurani, yang memungkinkan perjuangan belia dipacu laju secara sinergi, bersungguh-sungguh dan berkesinambungan.

22

Ini termasuk dari segi semangat dan kerja-kerja kesukarelaannya. Malahan, bagi gerakan belia yang tulin, kesukarelaan tidak sepatutnya menjadi persoalan. Ini adalah kerana kesukarelaan adalah terbina dari dalaman (inbuilt) dalam makna idealisme yang menjadi satu daripada tiga rukun gerakan belia itu sendiri.

3

MENGAPA TERLIBAT?

Seseorang sukarelawan/wati mungkin mempunyai sesuatu faktor tertentu untuk terlibat atau dilibatkan dalam kerja dan program sukarela. Tetapi, orang yang sama juga mungkin mempunyai lebih dari satu faktor yang menyebabkannya terlibat. Jika terdapat beberapa faktor yang melibatkannya, maka faktor-faktor itu mungkin berkaitan dan bertindihan, serta faktor-faktor itu mungkin tidak dapat ditentukan urutan kronologi atau prioritinya. Dan jika keterlibatannya berpanjangan, maka ada kemungkinan yang faktor-faktornya akan bertambah. Manakala jika beliau kelesuan lalu meninggalkan dunia kesukarelaan, maka faktor-faktornya mungkin yang lain-lain pula.

Dalam kajiannya, Robert Coles cuba meneroka alam idealisme kesukarelaan di Amerika Syarikat, iaitu tentang apa-apa yang menggerakkan dan mempertahankannya, tentang bagaimana ia diutarakan dan diungkapkan, dan tentang kepentingannya terhadap individu serta masyarakat. Meskipun latarbelakang sejarah dan budayanya berbeza, tetapi ternyata, justeru kesukarelaan adalah nilai yang sejagat, ia juga relevan dengan sejarah dan budaya masyarakat-masyarakat di wilayah-wilayah yang lain.

23

Faktor-faktor

Berdasarkan kajian Coles dan kajian serta pengalaman tempatan, dapat digariskan beberapa faktor yang menyebabkan dan memotivasikan seseorang untuk menjadi sukarelawan/wati atau terlibat dalam kerja-kerja dan program-program sukarela. Bagaimanapun, dalam membincangkannya, wujud kesedaran akan kemungkinan dan bersalahnya jika faktor-faktor ini dipaparkan secara stereotype. Ini adalah kerana faktor-faktor tersebut amat kompleks. Sekompleks kesukarelaan itu sendiri. Dan sekompleks setiap sukarelawan/wati yang empunya diri.

Faktor yang pertama, ialah perjuangan sosial dan politik untuk menuntut kemerdekaan atau memperbaiki nasib bangsa dan negara. Ini melibatkan komitmen. Dalam keadaan-keadaan tertentu, komitmen yang diperlukan amatlah tinggi, iaitu sehingga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Setiap negara yang pernah dijajah mempunyai kisah-kisah perjuangan kemerdekaannya masing-masing. Ribuan, malah jutaan sukarelawan/wati yang telah mencurahkan sumbangan bakti mereka. Mereka mengorbankan pelbagai: masa, tenaga, masa depan, keluarga, harta, malahan juga nyawa. Dalam pelbagai bidang. Tidak hanya terhad dalam ketenteraan dan peperangan sahaja. Dan dalam pelbagai peringkat. Tidak hanya terhad kepada ketua parti politik dan jeneral sahaja.

Setelah merdeka, atau di negara yang tidak dijajah juga, terdapat perjuangan yang berteruan untuk memastikan tertegaknya kebenaran, keadilan dan keamanan serta tenggelamnya kepalsuan, kezaliman dan kehuruharaan. Contohnya jika di Malaysia ialah memastikan pertumbuhan ekonomi adalah bersekali dengan pengagihan, iaitu falsafah pembangunan negara yang merupakan asas Dasar Ekonomi Baru yang dilanjutkan dalam Dasar Pembangunan Nasional dan kini Dasar Wawasan Negara.

Faktor yang kedua, ialah rasa prihatin yang timbul dalam diri untuk menaburkan bakti dan khidmat kepada masyarakat dengan berbuat sesuatu. Kebiasaannya faktor ini dikaitkan dengan idealisme atau altruisme, iaitu satu perasaan yang amat tinggi, yang biasa juga dianggap sebagai pendirian atau prinsip.

Idealisme merujuk kepada pegangan atau fundamental yang dihayati dan diamali. Ia berasaskan dua perkara pokok: kecintaan terhadap nilai-nilai yang murni lagi tinggi, dan kebencian terhadap benda-benda yang buruk lagi teruk. Lazimnya, idealisme akan disertai oleh aktivisme. Iaitu proses menerjemahkan idealisme itu agar menjadi langkah-langkah yang praktikal: sama ada aktiviti, bakti atau advokasi.

Inilah faktor yang kadangkalanya menyebabkan sesetengah orang menjadi hairan melihat betapa sukarelawan/wati tertentu sanggup berbuat apa-apa sahaja, di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja dan dengan cara-cara apa sahaja demi menafsirkan panggilan dalamannya ini atau the call to service dengan setulus kudus dan setulin batin.

24

Faktor yang ketiga, ialah akibat pengalaman peribadi atau tragedi yang berlaku terhadap diri sendiri atau orang yang terdekat dan tersayang. Seseorang yang mengalami sakit jantung, yang menurut kefahaman dan kepercayaannya adalah akibat rokok, mungkin akhirnya menjadi sukarelawan/wati dalam kempen dan gerakan anti-merokok. Supaya orang lain tidak mengalami kesakitan yang pernah dihidapinya itu.

Manakala seseorang yang pernah kehilangan anggota keluarganya akibat kanser, mungkin akhirnya menjadi sukarelawan/wati dalam kempen dan gerakan menyedarkan orang lain tentang bahaya, cara mengenali dan mengelak serta, jika terkena juga, cara merawat kanser. Supaya orang lain tidak mengalami kesakitan yang dilalui anggota keluarganya itu dan supaya orang lain tidak melalui kesedihan yang pernah dirasainya itu.

Faktor yang keempat, ialah keinginan berbuat amal dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang atau barangan. Ini biasanya di kalangan yang berada. Beliau mungkin mendermakan sejumlah wang untuk biasiswa, membeli alatan dan kelengkapan sekolah, membiayai rawatan pesakit dan sebagainya. Beliau juga mungkin mendermakan rumah atau tanah untuk digunakan bagi kerja-kerja dan program-program tertentu.

Faktor yang kelima, ialah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan, iaitu mengikut ajaran agama. Bagi orang Islam, contohnya, berbuat kerja-kerja kesukarelaan, dengan syarat secara ikhlas dan tidak untuk menunjuk-nunjuk, akan mendapat balasan pahala. Kerja-kerja kesukarelaan tidak pula bermakna hanya yang kelihatan rapat dengan yang dianggap Islam, misalnya mencuci masjid, berbelanja menghantar orang ke Mekah dan membantu sesama Muslim sahaja. Ia juga termasuk kerja-kerja kesukarelaan yang lebih luas, misalnya membantu orang miskin, membangunkan ekonomi negara dan termasuk memberikan pertolongan kepada orang bukan Islam yang memerlukan.

Faktor yang keenam, ialah menyertai kerja-kerja dan program-program kesukarelaan yang didokong oleh kerajaan atau beberapa buah kerajaan, iaitu menyahut seruan kerajaan. Contoh kerja dan program kesukarelaan yang didokong oleh kerajaan ialah, jika di Malaysia, menjadi Sukarelawan Sukom. Manakala contoh bagi kerja dan program sukarelawan yang didokong oleh beberapa buah kerajaan ialah menjadi sukarelawan/wati dalam program United Nations Volunteers.

Faktor yang ketujuh, ialah sebagai khidmat kepada negara. Sesetengah negara mempunyai program khidmat negara yang khusus (national service). Seseorang rakyat diperlukan berkhidmat dalam pasukan tersebut untuk sesuatu jangka masa tertentu, misalnya selama dua tahun. Walaupun terdapat ramai yang menyertainya akibat terpaksa, namun ramai juga yang benar-benar secara sukarela.

Dan faktor yang kelapan, ialah bagi memenuhi keperluan psikologi. Sesetengah sukarelawan/wati merasai atau mendapat kepuasan psikologi tertentu apabila terlibat dalam kerja-kerja kesukarelaan. Antaranya ialah rasa mendapat pengiktirafan, rasa berjaya melaksanakan sesuatu, mengawal sesuatu, proses pembinaan dan pengembangan diri, berkawan dan bersosial, seronok, berkuasa, keunikan, pengalaman, imej tersendiri dan sebagainya.

25

Tetapi, faktor ini mempunyai dimensi yang lebih luas. Contohnya, bagi Malaysia, khidmat kepada negara adalah salah satu elemen patriotisme. Dalam konteks zaman ini, yang dimaksudkan di sini ialah patriotisme alaf baru. Walaupun patriotisme mempunyai makna yang sama pada setiap masa, iaitu cintakasih yang kekal dan kental terhadap negara Malaysia, tetapi fokusnya adalah mengikut keperluan masa.

Bagi generasi yang melalui zaman dijajah, fokus patriotisme ialah memerdekakan negara. Selepas itu, fokus patriotisme ialah mengisi kemerdekaan. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, fokus patriotisme ialah menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Semasa kegawatan ekonomi yang dipaksakan baru-baru ini, fokus patriotisme ialah mempertahankan kedaulatan ekonomi negara. Dan kini, fokus patriotisme ialah bagaimana, dengan semangat kesukarelaan, setiap rakyat menyumbang kepada pembangunan negara supaya berjaya mencapai matlamat Wawasan 2020 dengan cemerlang dan gemilang.

Kajian

Kajian-kajian tentang kesukarelaan telah mula dijalankan di beberapa buah negara. Penemuan daripada kajian tersebut dapat memberikan gambaran tentang faktor-faktor mengapa para sukarelawan/wati terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan.

Contohnya, satu kajian di Brazil menunjukkan bahawa 50 peratus daripada para sukarelawan/wati menyertai kerja-kerja kesukarelaan kerana mereka merasa bahagia apabila membantu orang lain, 38 peratus merasa bertanggungjawab membantu mereka yang kurang bernasib baik, manakala 31 peratus pula kerana agama atau pengajian mereka memerlukannya.

Di Perancis, 19 peratus daripada golongan dewasanya terlibat dalam kerja-kerja sukarela. 60 peratus daripadanya menyumbangkan 20 jam atau lebih bagi setiap bulan. 46 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka melibatkan diri dalam kesukarelaan kerana suka menolong orang lain, manakala 27 peratus menyatakan yang mereka merasa bertanggungjawab untuk menolong.

Di Jerman pula, lebih kurang seorang dari setiap 3 orang dewasa, iaitu 34 peratus, terlibat dalam kerja-kerja sukarela pada purata 15 jam sebulan melalui pelbagai organisasi, inisiatif, projek dan kumpulan menolong sendiri. Tiga suku daripada mereka terlibat untuk menambahkan ilmu dan pengalaman.

Lebih kurang 33 peratus orang dewasa Ireland terlibat dalam kerja-kerja sukarela. 72 peratus daripadanya berpendapat bahawa sukarelawan/wati mampu menawarkan sesuatu yang tidak akan dapat disediakan oleh golongan profesional yang bergaji.

Manakala, lebih 26 peratus daripada orang dewasa Jepun yang dikaji menyatakan bahawa mereka sedang atau pernah terlibat sebagai sukarelawan/wati. 48 peratus daripada mereka terlibat dalam kesukarelaan kerana ia berguna, manakala 33 peratus menyatakan ia dilakukan untuk menimba pengalaman.

26

Apa kata sukarelawan/wati?

Jika seseorang itu menumpukan sepenuh hatinya terhadap sesuatu perkara, banyak yang dapat dilakukan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sempena Tahun Sukarelawan 2001, Wan Ee Lin dan Freddie Ng telah menemubual beberapa orang sukarelawan/wati yang berkongsi pengalaman mereka. Rencananya telah diterbitkan dalam akhbar New Straits Times pada 23 Mac dan 29 April 2001. Di bawah ini adalah petikan rencana tersebut.

Femke Molenaar di Thailand

Wanita Belanda ini menjadi sukarelawati selama 3 bulan di Yayasan Galakan Potensi Golongan Istimewa, Chiengmai, Thailand. Beliau mengajar bahasa Inggeris dan asas-asas kemahiran perniagaan kepada orang-orang istimewa agar mereka menjadi lebih berdikari.

“Saya suka apa yang saya lakukan di sini kerana saya menyayangi mereka dan berharap kehadiran saya dapat membawa perubahan yang bermakna. Saya berasa seronok pada setiap masa saya di sini dan saya mempunyai perasaan yang bercampur-campur untuk dibawa pulang”.

Mattew Perrement di China

Sukarelawan ini bercuti dari kerjanya untuk bertugas sepenuh masa dalam pasukan Voluntary Services Overseas di Jishou, China.

“Anda mungkin mengatakan bahawa kesukarelaan amat individual dan saya bersetuju. Tetapi, keberkesanannya tidak akan seberapa jika tidak kerana prosesnya yang merupakan sebahagian daripada jaringan yang lebih besar. Adalah penting untuk menyampaikan idea bahawa anda melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat.”

Yasmine Rana di Bosnia

Sukarelawati ini berkhidmat di Rumah Belia Sarajevo, Bosnia Herzegovina, yang menyediakan perkhidmatan pendidikan serta sokongan psiko-sosial dan rekreasional kepada kanak-kanak pelarian dan pelarian-kembali (returning) untuk membantu mereka membina semula kehidupan selepas Peperangan Bosnia.

“Menjadi sukarelawati di sini bermakna mendengar pengalaman-pengalaman peribadi pada masa lalu dan melihat ke masa depan. Remaja dan belia berkongsi pengalaman perang mereka dengan saya. Terdapat rasa kepunyaan (sense of belonging) yang tinggi di sini. Saya juga merasakannya. Saya akan pulang dengan perasaan yang saya telah menerima lebih banyak daripada yang saya berikan”.

27

Sonia Josserand-Mercier di Bhutan

Jurulatih teknologi maklumat ini memilih menjadi sukarelawati dan berkhidmat sebagai jurulatih teknologi maklumat di Thimpu, Bhutan.

“Tugas utama saya ialah merekacipta dan menyampaikan kursus-kursus komputer kepada para belia yang datang ke pusat-pusat belia dan membangunkan program-program latihan untuk jurulatih-jurulatih bagi memastikan kelestarian. Sejak di sini, saya banyak belajar untuk mengitar-semula kertas dan peralatan lain. Agak sukar, tetapi saya suka akan kehidupan saya di sini. Semua orang amat mesra dan saya telah mendapat ramai kawan baru”.

Sarah Leipciger di Kemboja

Sukarelawati yang berasal dari Kanada ini berkhidmat selama 6 bulan di Hospital Kanak-Kanak Angkor, Siem Reap, Kemboja. Penulis bebas ini mengajar bahasa Inggeris kepada para doktor, jururawat dan kakitangan Kemboja di sana.

“Saya mendengar tentang tempat ini dan pada satu hari telah melawatnya. Saya suka apa yang saya lihat dan mencari alasan untuk tinggal di sini. Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang perubatan, ia tidak menghalang saya untuk menawarkan perkhidmatan saya”.

Sukarelawan/wati di atas adalah yang berkhidmat secara sepenuh masa di luar negara masing-masing. Mereka mencari perkhidmatan tersebut sama ada secara sendirian ataupun melalui organisasi sukarelawan tertentu.

Di Malaysia, walaupun jumlah sukarelawan/wati sepenuh masa yang berkhidmat di luar negara masih kecil, tetapi setakat ini, sumbangan mereka amatlah besar.

Antara sukarelawati itu ialah Aliyah Fong yang pernah berkhidmat selama lebih kurang 2 tahun di beberapa buah khemah pelarian Palestin di Lubnan. Begitu juga dengan Jamilah dan Nur Hashimah, anggota kumpulan bantuan kemanusiaan ABIM di Uzbekistan.

Sementara itu, Aris Fadhilah pernah menjadi sukarelawan lapangan bantuan kemanusiaan (relief worker) selama 2 tahun di Zagreb dan Sarajevo. Manakala Khairil Anwar pula selama 2 tahun di Tashken, Uzbekistan dan 5 tahun di Sarajevo.

Pada tahun 1996, Yayasan Salam ditubuhkan untuk pengambilan, latihan dan penghantaran sukarelawan/wati Malaysia ke luar negara.

Aileen Ng, Sukarelawati pertama Yayasan Salam

28

Beliau berkhidmat selama 7 bulan di Laos dengan mengajar bahasa Inggeris kepada pegawai-pegawai kerajaan di Pusat Pendidikan Hubungan Antarabangsa, Vientiane, Laos.

“Mudah untuk mendapat kawan dan mereka adalah prihatin, penyayang dan pemurah. Semasa hari graduasi, ia adalah hari yang membanggakan bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Apabila seorang daripada pelajar saya menyampaikan ucapan, bagi pihak yang lain, dalam bahasa Inggeris, saya merasa amat puas dan bersyukur. Saya harap saya telah dapat menaikkan keinginan dan semangat penerokaan rakyat Malaysia untuk menyertai projek-projek Salam, sama ada di dalam atau di luar negara. Pengalaman yang amat kaya dan tidak dapat dilupakan ini akan hanya didapati dengan melakukannya melalui berada sendiri di sana”.

Pada peringkat MBM, terdapat sekumpulan mereka yang amat signifikan yang sering menawarkan perkhidmatan terutamanya dalam projek-projek tertentu MBM. Walaupun mereka bukan sukarelawan/wati sepenuh masa, tetapi hakikat bahawa perkhidmatan tersebut diberikan di sebalik perkhidmatan sukarela lain yang diberikan kepada organisasi-organisasi sukarela yang dianggotai mereka, maka ia adalah satu bentuk kesukarelaan yang amat tinggi. Kerana itu, mereka digelar Sukarelawan MBM.

Ahmad Nizam

Berumur 29 tahun, Pembantu Perubatan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur, beliau antara Sukarelawan MBM yang paling selalu berada di Sekretariat dan program-program MBM, sejak beberapa tahun ini.

“Saya seronok bila dapat sesuatu yang lain dari kerja yang saya lakukan di hospital. Saya dapat menimba pengalaman dari kerja-kerja kesukarelaan. Bila saya diberi tanggungjawab dan sesuatu jawatan atau kerja, apabila dapat diselesaikan ia dapat memberi kepuasan. Saya dapat mengenali kerja-kerja kesukarelaan dan apa itu MBM”.

Abdul Rahman Baba

Ahli perniagaan yang baru melepasi umur 40 tahun ini dianggap pakar dalam menyediakan kemudahan-kemudahan pengangkutan dan menyambut serta menghantar peserta-peserta bagi program-program MBM.

“Setiap kali selepas melakukan atau menghadiri program-program kesukarelaan, kepuasan atau faedah yang diperolehi adalah lahir dari hati yang ikhlas dan suci tanpa mengharapkan saguhati mahupun royalti. Kerja-kerja kesukarelaan dilakukan atas dasar keikhlasan, tanpa paksaan. Walau bagaimanapun, segala tugas yang diberikan harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan”.

Ramli Mohamad Shamin

29

Koordinator Program lulusan Diploma Sebaran Am ini seorang yang cekap dan suka berterus terang, dan terlibat dalam dua buah organisasi belia yang utama, iaitu MBM dan Majlis Belia Selangor.

“Saya suka melakukan kerja yang ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan. Suka dan rela membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Saya dapat meluaskan dan mendapatkan pengalaman serta mengenali rakan-rakan dari setiap peringkat”.

Bhaldhas a/l Karuppiah

Walaupun pernah kalah dalam pemilihan untuk Jawatankuasa Kerja MBM, pegawai penjara ini tetap ikhlas bersama MBM, iaitu sebagai Sukarelawannya.

“Kesukarelaan adalah usaha yang amat bermakna dan murni. Hasrat ingin membuat sesuatu yang berguna untuk diri sendiri, masyarakat dan negara mendorong saya untuk terlibat. Saya mendapat kepuasan diri yang tidak terhingga. Saya rasa sungguh gembira dan bangga bila tenaga saya disalurkan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia adalah perkhidmatan untuk kemanusiaan”.

M.P. Govindasamy

Seorang Pelukis Pelan yang gigih dalam kerjayanya dan amat aktif menguruskan program-program belia terutamanya dalam MBM dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan.

“Saya ingin berkhidmat dan membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengharapkan apa-apa balasan, dengan ikhlas dan penuh dedikasi. Ia adalah sebagai sumbangan untuk membangunkan negara tercinta. Jiwa saya tenteraman apabila menjalankan kerja-kerja sukarela”.

Pasangan profesional suami-isteri: Baharuddin-Ruzana

Dr. Baharuddin Jaafar ialah doktor perubatan, manakala isterinya, Ruzana Abdullah seorang pakar pemakanan. Kedua-duanya adalah perintis Projek Jiwa Murni, iaitu projek bakti masyarakat (kesihatan) yang dilaksanakan MBM di kawasan luar bandar.

Baharuddin

“Saya ingin memberi sumbangan dari segi kepakaran dan pengalaman kepada masyarakat yang tidak mendapat kemudahan kesihatan dan perubatan. Dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan dan supaya dapat berkongsi kemudahan-kemudahan kesihatan dan perubatan moden dan canggih masa kini”.

Ruzana

30

“Saya ingin menyumbang serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan masyarakat, amnya dan penduduk kampung, khasnya, serta juga mereka yang kurang bernasib baik”.

4

SUMBANGAN KESUKARELAAN

Kesukarelaan mendatangkan manfaat yang amat besar kepada masyarakat dan juga kepada para sukarelawan/wati. Jika menggunakan Conpenhagen Declaration and Programme of Action sebagai landasan, maka kesukarelaan memainkan peranan penting dalam ketiga-tiga bidang prioritinya, iaitu integrasi sosial, pembasmian kemiskinan dan peluang pekerjaan.

Pertama, kesukarelaan memberikan sumbangan ekonomik yang penting kepada masyarakat. Di beberapa buah negara di mana kerja-kerja kesukarelaan telah dibuat kajian emperikal, sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar dianggarkan antara 8 peratus hingga 14 peratus.

Dalam kajian di United Kingdom pada tahun 1997, separuh daripada orang dewasanya terlibat dalam kerja-kerja sukarela dan menyumbangkan lebih kurang 40 bilion pound kepada ekonominya. Di Kanada, lebih 5 juta orang dewasa melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela dan menambahkan sebanyak US16 bilion terhadap ekonominya. Kajian di 22 buah negara Eropah pada tahun 1998 mendapati kerja-kerja yang dilakukan para sukarelawan/wati menyamai 10.5 juta pekerja sepenuh masa. Manakala di Korea Selatan, seramai 3.8 juta orang menyumbangkan 451 juta jam kerja sukarela pada tahun 1999 yang bernilai US2 bilion.

Kedua, partisipasi telah lama dilihat sebagai elemen penting bagi governans baik dan pembangunan. Kesukarelaan ialah satu daripada kunci utama dari segi cara individu-individu mengartikulasi peranan mereka sebagai rakyat. Dengan terbinanya

31

kepercayaan dan kerjasama antara semua sektor, iaitu kerajaan, perniagaan dan organisasi sukarela serta rakyat, kesukarelaan memberikan sumbangan dalam pembinaan sebuah masyarakat yang stabil, harmoni dan bersatu padu.

Ketiga, kesukarelaan dapat membantu mengintegrasikan ke dalam masyarakat mereka yang terpinggir (marginalised). Sebagai contohnya, apabila seseorang yang istimewa menyertai kerja-kerja sukarela, ia dapat mencabar pandangan stereotype yang menganggap mereka hanya sebagai penerima manfaat program-program kebajikan sahaja. Manakala bagi bagi warga emas, melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela membantu secara positif proses active aging.

Begitu juga dengan kesukarelaan bagi belia. Ia memberikan peluang untuk pengembangan diri seperti kemahiran berkomunikasi terutamanya secara inter personal, mengongsi masalah, bekerja dalam pasukan serta mencari dan memberi sokongan secara mutual. Selanjutnya, mereka menimba ilmu tentang organisasi dan kemahiran bekerja dalam organisasi. Melalui kesukarelaan, belia dapat mengenali keadaan-keadaan kerja yang berbeza-beza, membantu membentuk idea tentang kerjaya masa depan dan meningkatkan peluang-peluang kerjaya.

Kesukarelaan juga menyediakan pengalaman amat mahal dari segi persediaan kewarganegaraan dan kepemimpinan. Mereka belajar tentang masyarakat yang lebih luas dan cara-cara serta implikasi-implikasi hidup dalam masyarakat. Mereka belajar tentang undang-undang, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat perniagaan, organisasi-organisasi sosial dan pelbagai lagi yang semuanya dapat membantunya memahami sistem politik negaranya. Jelasnya, kesukarelaan mempunyai kesan yang amat mendalam dan mempengaruhi belia dari segi keperibadian, pesonaliti, jati diri, nilai, kepercayaan dan motivasi.

Keempat, kesukarelaan juga mempunyai peranan dalam mempromosi peluang pekerjaan penuh (full employment). Iaitu dari segi meningkatkan peluang orang yang menganggur diambil bekerja (enhancing the employability of the unemployed). Contohnya, bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, kerja-kerja sukarela dapat memperkukuhkan keyakinan, mendapatkan akses kepada jaringan-jaringan dan peluang-peluang pekerjaan dan dapat melatih diri dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan majikan-majikan.

Dalam keadaan tertentu, kesukarelaan juga dapat merekacipta kerja-kerja baru dengan cara mengembangkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, misalnya kerja-kerja inovatif dalam menangani masalah HIV/AIDS, yang kemudiannya diambil alih oleh kerajaan atau dijadikan pekerjaan yang bergaji.

Dalam konteks negara ini, kesukarelaan telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pelbagai bidang pembangunan. Walaupun belum terdapat kajian emperikal mengenai impaknya, namun ia masih dapat dilihat dengan nyata dalam pelbagai bidang dan di pelbagai peringkat.

Dari segi advokasi, terdapat banyak keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan sumbangan pemikiran, idea, pendapat dan pendirian dari organisasi-organisasi sukarela. Antaranya ialah undang-undang mengenai perlindungan kanak-kanak dan wanita yang dianiaya, penguatkuasaan peraturan-peraturan tentang alam

32

sekitar, peraturan-peraturan tentang hal ehwal kepenggunaan, dasar pendidikan, dasar belia, dasar wanita, dasar sosial dan perancangan-perancangan seperti yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, Rancangan Malaysia Kelapan dan sebagainya.

Dalam hal ini, terdapat tiga perkara utama yang dapat disumbangkan oleh organisasi-organisasi sukarela.

Pertama, ia dapat membantu dalam transformasi masyarakat melalui idea-idea, teknologi-teknologi dan pendekatan-pendekatan baru. Ia menimbulkan kesedaran, mempamerkan perubahan, menunjukkan perspektif-perspektif baru dan menganjurkan struktur-struktur untuk perubahan di peringkat akar umbi.

Kedua, ia dapat membantu menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang belum dimulakan oleh pihak-pihak lain. Organisasi-organisasi sukarela menawarkan pelbagai jenis dan bentuk perkhidmatan untuk mereka yang kurang bernasib baik, seperti anak-anak yatim, warga emas, golongan istimewa, penagih dan golongan miskin.

Dan ketiga, ia dapat membantu dari segi pemantauan terhadap sistem-sistem yang dilaksanakan. Sebagai contohnya, gerakan pengguna memainkan peranan utama dalam memantau harga barangan-barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan, gerakan wanita menimbulkan isu-isu diskiriminasi terhadap wanita dan gerakan alam sekitar menyuarakan kes-kes pencemaran alam sekitar.

Manakala dari segi aktiviti dan bakti pula, contoh-contoh sumbangan yang ditawarkan oleh organisasi-organisasi sukarela adalah lebih mudah untuk digambarkan. Ini adalah kerana kerja-kerja kesukarelaan meliputi kumpulan sasar dan jenis-jenis atau bentuk-bentuk aktiviti dan bakti yang luas.

Ini termasuklah perkhidmatan di institusi-institusi kebajikan (seperti kanak-kanak yatim, warga emas dan golongan istimewa), aktiviti-aktiviti berasaskan komuniti, tindakan-tindakan tentang alam sekitar, kesedaran dalam isu-isu wanita, kesedaran tentang isu-isu dan hak-hak kanak-kanak, kesedaran tentang peranan belia sebagai rakan pembangunan, isu-isu kepenggunaan, isu-isu pekerja dan program-program yang berorientasi isu (seperti HIV/AIDS, kanser, kesihatan reproduktif dan lain-lain).

Antara contoh sumbangan-sumbangan tersebut ialah seperti yang disenaraikan di bawah ini:

Pertama, memberikan bantuan ketika berlaku kecemasan dan bencana. Tentu terbayang di mata bagaimana pasukan-pasukan pertolongan cemas bertungkus lumus setiap kali berlaku banjir, ketika menyelamatkan mangsa bangunan tinggi yang runtuh dan semasa berlaku tanah runtuh.

Kedua, meningkatkan mutu pendidikan dan latihan. Ada organisasi sukarela yang menganjurkan program kelas bimbingan. Ada yang menubuhkan sekolah-sekolah swasta kebajikan. Manakala ada pula yang menganjurkan latihan-latihan kemahiran.

33

Ketiga, menjalankan usaha atau kempen kesedaran dan pendidikan komuniti dalam pelbagai bidang, seperti pembangunan belia, pemeliharaan alam sekitar, kesedaran pengguna, memerangi penyalahgunaan dadah, anti merokok, kesedaran tentang HIV/AIDS, kesedaran tentang kanser dan lain-lain lagi.

Keempat, melaksanakan program pendidikan agama. Terdapat organisasi sukarela yang menganjurkan program seperti kelas agama, kursus dakwah, kelas al Qur’an, acara-acara sambutan perayaan agama dan sebagainya.

Kelima, menganjurkan program-program mengisi masa lapang. Ini merupakan antara bidang utama yang dijalankan oleh persatuan-persatuan belia. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti perkhemahan, rekreasi, ekspedisi, sukan rakyat, kesenian dan budaya, lawatan, pameran dan pelbagai jenis pertandingan.

Keenam, membantu mereka yang kurang bernasib baik. Terdapat organisasi sukarela yang terlibat dalam program-program memberi bantuan makanan, bantuan pakaian dan peralatan bersekolah, pinjaman mikro kredit, pembinaan rumah murah dan lain-lain lagi.

Ketujuh, memperjuangkan hak dan kepentingan golongan tertentu, misalnya dari segi hak bersuara, gaji, cuti dan sebagainya. Ini dilakukan oleh organisasi-organisasi sukarela yang mewakili para pekerja, pengguna, belia, wanita, golongan istimewa, warga emas, ahli sukan, seniman dan karyawan, golongan profesional dan sebagainya.

Kelapan, mengadakan latihan-latihan kepemimpinan. Ini dijalankan oleh pelbagai organisasi sukarela. Ia ditujukan kepada pelbagai golongan. Antaranya ialah belia, pelajar, wanita, bekas tentera dan polis, pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga golongan profesional.

Kesembilan, menjayakan pelbagai program utama negara. Antaranya ialah kempen mendapatkan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Asia, Larian Sukan Sea, Sukom, Grand Prix Formula Satu Malaysia, Rakan Muda dan lain-lain.

Kesepuluh, menjayakan pelbagai program sukan, sama ada yang berkonsep sukan prestasi tinggi ataupun sukan untuk semua.

Dan kesebelas, menggerakkan bantuan kemanusiaan terhadap mereka yang memerlukan. Contohnya ialah projek mengutip derma, malam amal, pertunjukan fesyen, tayangan filem perdana, pertandingan golf untuk kebajikan, larian untuk kebajikan dan sebagainya. Bantuan ini kadangkalanya turut dihulurkan juga kepada masyarakat di luar negara seperti di Palestin, Myanmar, Vietnam, Bosnia, Kosova dan Timor Timur.

Di samping sumbangan yang jelas dilihat oleh masyarakat, organisasi sukarela juga memberikan sumbangan yang tersendiri dalam mengembangkan budaya kerja dan sistem kerja kesukarelaan yang unik, yang dalam hal-hal tertentu kini mulai ditiru oleh sektor kerajaan dan perniagaan. Harvard Business School dan Drucker

34

Foundation, misalnya, telah mula menggunakan teknologi pengurusan kesukarelaan atau non-profit dalam kelas-kelas untuk pegawai-pegawai kerajaan dan perniagaan.

Dalam konteks ini, persatuan-persatuan belia negara ini kaya dengan pengalaman pembangunan belia. Antaranya ialah budaya demokrasi, perpaduan kaum, latihan kepemimpinan dan pemimpin pelapis, hubungan dan citra antarabangsa, pembangunan sumber manusia, teknologi pemasaran sosial, konsep doing more with less, orientasi non-partisan dan pendekatan outreach.

Kini, sumbangan kesukarelaan dan organisasi sukarela semakin diiktiraf, termasuk oleh kerajaan. Kerana itu, terdapat ayat-ayat dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang mencatatkan dengan jelas akan sumbangan-sumbangan tersebut. Contohnya ialah di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga dan Rancangan Malaysia Kelapan. Walaupun dari segi pelaksanaannya, ia masih jauh dari memuaskan, namun ia adalah permulaan yang positif.

5

ISU-ISU KESUKARELAAN

Kini, terdapat satu hakikat yang terpaksa ditelan iaitu bahawa, sayangnya, dengan keasyikan kebendaan dan kepentingan peribadi, tradisi kesukarelaan kelihatan menjadi semakin pudar. Banyak faktor yang mengakibatkan ini berlaku. Di bawah ini ialah sebahagian daripada persoalan yang sering ditimbulkan.

Pertama, jumlah anggota atau ahli sesebuah organisasi sukarela itu tidak semestinya melambangkan jumlah mereka yang benar-benar bersedia untuk berkhidmat secara sukarela. Ada yang mendaftar sebagai ahli kerana terpaksa, misalnya sesetengah pelajar sekolah yang dikehendaki oleh sekolahnya memilih menganggotai sesebuah organisasi berpakaian seragam. Sebahagian besar dari mereka tidak lagi menganggotainya selepas meninggalkan bangku sekolah. Atau sesetengah mahasiswa yang mendaftar dalam mata pelajaran tertentu yang melibatkan kerja sukarela untuk kreditnya, atau yang mengikuti projek-projek kesukarelaan untuk sijil penyertaannya. Di samping itu, dalam keadaan yang lain pula, tidak semua anggota organisasi sukarela adalah benar-benar aktif.

Kedua, jangkamasa seseorang itu berkhidmat secara sukarela biasanya pendek atau bermusim. Dalam keadaan tertentu, seseorang sukarelawan/wati itu hanya berkhidmat selama setahun dua sahaja. Dalam keadaan yang lain, mereka hanya tampil apabila terdapat musim tertentu, seperti cuti sekolah, maktab atau universiti, atau apabila terdapat program-program besar seperti Sukan Komanwel.

Ketiga, terdapat sukarelawan/wati yang, walaupun mempunyai niat yang mulia, tetapi tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu perkhidmatan yang ingin atau telah diceburinya. Pada waktu yang sama, jika mereka berhidmat melalui sesebuah organisasi sukarela, organisasi itu pula tidak

35

mempunyai kemampuan, sama ada dari segi jurulatih atau sumber-sumber, untuk memberikan latihan dan pendedahan yang secukupnya.

Keempat, sebahagian daripada organisasi sukarela tidak mempunyai sistem pengurusan, sokongan dana dan strategi pemasaran yang kukuh.

Keenam, sesetengah organisasi sukarela yang besar jumlah anggotanya terpaksa menjalankan pelbagai jenis aktiviti sehingga kehilangan fokus, dan ini mengurangkan keberkesanannya.

Ketujuh, sebahagian organisasi sukarela dipimpin oleh orang atasan seperti pemimpin politik atau korporat, sehingga menjadi elitis sifatnya. Terdapat juga muka-muka yang sama yang memimpin beberapa buah organisasi sukarela, di samping adanya pemimpin yang telah memegang sesuatu jawatan untuk satu tempoh masa yang amat lama. Sementara itu, ada juga kelihatan mereka yang memegang jawatan dalam organisasi sukarela seperti untuk kepentingan peribadi atau menjadikan organisasi sukarela sebagai batu loncatan.

Kelapan, bagi sesetengah ibu bapa dan pelajar, masa yang digunakan untuk kerja-kerja sukarela dianggap mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar atau mengulangkaji demi meraih keputusan peperiksaan yang paling cemerlang.

Kesembilan, bagi setengah pekerja muda dan mereka yang berpendapatan rendah, setiap masa yang terluang digunakan pula untuk melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan mereka.

Kesepuluh, bagi sesetengah mereka yang berada pula, kerana mereka mampu segala, maka kurang pula perasaan untuk bermasyarakat.

Kesebelas, budaya wang telah begitu sekali mencengkamnya sehingga sukar sekali untuk menggerakkan sesuatu secara benar-benar sukarela. Kini, sebahagian daripada kerja yang dahulunya dijalankan secara sukarela oleh organisasi, telah mula diswastakan. Budaya ini, mungkin juga dipengaruhi sama oleh faktor masa, turut meresap ke dalam kubu kesukarelaan yang tradisi seperti kenduri-kendara di kampung.

Keduabelas, sebahagian dari masyarakat telah menjadi begitu manja dengan kerajaan sehingga merasakan bahawa apa-apa sahaja kekurangan yang wujud itu, akhirnya akan diselesaikan oleh kerajaan. Oleh itu, mereka mengambil sikap “tidak apa” sahaja.

Ketigabelas, ramai orang yang berada, sama ada secara individu atau melalui syarikat korporat, yang sedia untuk menderma. Tetapi, jika para dermawan ini, dengan tidak menidakkan sumbangannya yang amat berharga itu, tidak bergerak ke tahap yang satu lagi, iaitu menjadi mereka yang benar-benar prihatin, maka, jika kesukarelaan terlalu dipengaruhi oleh wang, sekiranya ekonomi mengalami kemerosotan, adalah dirisaukan yang berkemungkinan besar, dermawan ini akan pudar kesukarelaannya.

36

Keempatbelas, sebahagian daripada kerja-kerja sukarela yang dilaksanakan kini menggunakan pendekatan “memberi kepada yang memerlukan” dan belum sampai ke tahap “membimbing dan menggalakkan semangat berdikari”.

Kelimabelas, masyarakat seperti kurang berminat (atau takut?) dalam hal-hal kepentingan awam yang melibatkan kritikan terbuka terhadap kerajaan, yang diperjuangkan melalui advokasi oleh sesetengah organisasi sukarela.

Keenambelas, terdapat ramai belia dan golongan profesional yang sedia menjadi sukarelawan tetapi kurang frasarana yang dapat menguruskan kesediaan mereka ini secara sistematik.

Ketujuhbelas, negara ini belum mempunyai tradisi sukarelawan sepenuh masa, iaitu yang berkhidmat sepenuh masa dalam sesuatu kerja kesukarelaan tertentu, yang memerlukan seseorang itu sama ada bercuti dari kerjayanya atau berkhidmat selepas tamat pengajian tetapi sebelum mula bekerja, di dalam negara ataupun di luar negara.

Kelapanbelas, sektor kesukarelaan di negara ini tidak padu. Terdapat banyak pertindihan dan kerana itu terjadi pembaziran manakala keberkesanannya tidak dapat dioptimumkan.

Kesembilanbelas, ramai orang awam yang tidak sedar atau mengetahui tentang peluang-peluang sebenar yang wujud dalam sektor kesukarelaan, sama ada kerana hanya orang-orang dan organisasi-organisasi sukarela tertentu sahaja yang sering ditonjolkan oleh media atau kerana organisasi-organisasi sukarela tertentu memilih untuk bersifat eksklusif.

Keduapuluh, terdapat organisasi sukarela yang tidak menguruskan dengan baik sukarelawan/wati yang datang kepadanya yang menyebabkan mereka mendapat pengalaman kesukarelaan yang negatif.

Keduapuluh satu, umumnya pengiktirafan terhadap kesukarelaan, organisasi sukarela dan sukarelawan/wati masih kurang.

37

6

STRATEGI MENGGILAP KESUKARELAAN

Kesukarelaan belum mati atau pupus. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ia mungkin sedikit pudar. Kerana itu ia perlu digilap. Untuk menghasilkan satu tinggal landas baru atau new take-off.

Berikut ini ialah senarai beberapa langkah strategik yang dapat dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat proses menggilap kesukarelaan itu.

Membudayakan kesukarelaan

1 Kesukarelaan dijadikan agenda nasional yang utama.

1 Hari Sukarelawan Antarabangsa (pada 5 Disember) perlu dirayakan pada tiap-tiap tahun dengan cara yang bermakna dan bermanfaat pada setiap peringkat, dari peringkat kebangsaan hingga ke akar umbi, sebagai salah satu daripada usaha mengingatkan dan meningkatkan kesedaran, penghayatan dan amalan kesukarelaan di kalangan masyarakat.

1 Media massa perlu meningkatkan ruangan dan program yang menaikkan imej kesukarelaan di kalangan masyarakat, misalnya dengan mengetengahkan idola-idola (role models) yang sesuai dan menerbitkan berita atau laporan tentang kesukarelaan secara yang lebih luas.

1 Galakan pihak berwenang terhadap kesukarelaan seharusnya usahlah dikaburi dengan kritikan yang kadang-kadang kelihatan sinis atau sweeping terhadap (seolah-olahnya semua) organisasi sukarela; atau terlalu segera mengambil pendekatan perundangan atau top-bottom dalam menyelesaikan masalah.

38

1 Mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengukur secara saintifik dan menunjukkan sumbangan kesukarelaan kepada masyarakat.

1 Menjadikan kesukarelaan sebahagian daripada sistem pendidikan dan latihan.

Meningkatkan motivasi

(1) Pengiktirafan dari pihak yang berwenang, terutamanya oleh kerajaan, iaitu dalam bentuk-bentuk seperti hadiah, sijil, anugerah dan bintang atau pingat (dan biarlah ia diberi secara lebih meluas daripada amalan hari ini yang seolah-olah dibolot oleh yang berjawatan tertinggi dalam organisasi sahaja).

(2) Kemudahan cuti tanpa rekod.

(3) Seniority tidak tergugat jika bercuti lama, misalnya bercuti tanpa gaji untuk sesuatu kerja sukarela sepenuh masa.

4 Kerja kesukarelaan diambilkira secara positif dalam kenaikan gaji dan pangkat serta peluang-peluang (misalnya melanjutkan pelajaran, mendapatkan biasiswa/penajaan, mendapatkan pekerjaan, latihan/kursus dalam perkhidmatan dan perubatan percuma).

4 Undang-undang dan peraturan-peraturan tertentu, misalnya jumlah hari bekerja dalam seminggu, kemudahan peminjaman kakitangan awam ke sektor kesukarelaan dan sebagainya perlu dinilai semula untuk menyediakan keadaan yang lebih kondusif kepada kerja-kerja kesukarelaan.

4 Organisasi sukarela perlu diiktiraf sebagai rakan pembangunan (partners in development) dan diikutsertakan dalam proses pembuatan keputusan.

4 Insentif cukai, seperti pengecualian cukai, disediakan kepada sektor perniagaan dan organisasi-organisasi sukarela yang layak.

4 Kerajaan menyediakan dan meningkatkan peruntukan khas untuk inisiatif-inisiatif kesukarelaan.

Meningkatkan profesionalisme

(1) Taraf profesionalisme, sama ada dari segi organisasi, mutu dan cara pemilihan kepemimpinan, sistem pengurusan, kewangan, pemasaran sosial, tenaga pengurus, budaya kerja, jurulatih dan sukarelawan/wati perlu ditingkatkan dari segi ilmu dan kemahiran tentang isu-isu, pendekatan-pendekatan dan teknik-teknik kerja sukarela yang terkini.

39

(2) Sistem latihan kesukarelaan yang berakreditasi dan biasiswa pembangunan kesukarelaan perlu diwujudkan atau ditambah dan diberi pengiktirafan.

(3) Penyelidikan yang sistematik, terancang dan berterusan tentang isu-isu kesukarelaan perlu ditambah.

Melentur buluh

(1) Melatih remaja dan belia bergotong-royong menjaga dan meningkatkan kebersihan dan keindahan kawasan sekolah, maktab, dan universiti (versus amalan di sesetengah tempat di mana kerja-kerja itu merupakan satu hukuman).

(2) Menggalakkan kumpulan pengajian akademik (study circle), dan jika boleh, mengadakan kelas bimbingan, yang memberi peluang untuk yang senior membimbing yang junior, di samping memupuk keakraban dan keikraman sebaya.

(3) Menyedarkan remaja dan belia bahawa kesukarelaan sebenarnya memberi manfaat besar kepada setiap individu kerana ia akan memperkaya proses dan pengalaman pembinaan diri, kerjaya dan masa depan masing-masing.

(4) Meningkatkan mutu program-program seperti Bakti Masyarakat yang dianjurkan pelajar institusi pengajian tinggi semasa cuti panjang, dan merimbunkannya hingga ke peringkat sekolah rendah dan menengah.

(5) Bagi pelajar sekolah, diberikan penekanan istimewa dalam Sijil Berhenti Sekolah dan diambil kira dengan berat sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi; manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi, dikira dalam CGPA, bagi kerja-kerja sukarela yang dilaksanakan secara sistematik.

(6) Menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi mengambil mata pelajaran seperti Pengurusan/Pentadbiran Sosial sebagai elektif.

4 Memasukkan kerja sukarela dalam syarat lulus Akuan Profesional bagi lepasan institusi pengajian tinggi, misalnya, khidmat bantuan guaman bagi graduan undang-undang yang chambering.

4 Menjembatani di antara organisasi di dalam sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan organisasi sukarela di luar, supaya pelajar yang aktif dalam kerja-kerja sukarela dapat terus aktif apabila mereka meninggalkan alam pendidikan formal.

40

4 Dalam amalan kesukarelaan yang melibatkan belia, partisipasi mereka hendaklah ditingkatkan dari sekadar menjadi beneficiary kepada terlibat secara total: dari perancangan hingga ke perlaksanaan dan penilaiannya, iaitu melalui empowerment, yang dapat meningkatkan rasa nilai-iktiraf dan ownership, yang mampu mempengaruhi kesinambungan minat dan motivasi mereka untuk terus terlibat.

4 Memulakan khidmat kesukarelaan sebagai satu bentuk khidmat negara (national service).

Persatuan belia

Berikut ini pula ialah beberapa langkah yang secara khusus ditujukan kepada persatuan-persatuan belia. Bagaimanapun, oleh kerana kebanyakan cadangan ini sebenarnya adalah bersifat sejagat, organisasi-organisasi sukarela lain juga perlu menimbangkannya.

1 Program-program kesukarelaan hendaklah terfokus dan berorientasi kumpulan sasar (client oriented). Persatuan belia harus membuat analisa terperinci tentang keperluan terhadap sesuatu program sebelum membuat perancangan untuk melaksanakannya. Ini harus diikuti dengan mengenalpasti kumpulan sasarnya yang sebenar, objektif, pendekatan, metodologi, kandungan, tempoh masa, kewangan dan sistem penilaiannya.

1 Persatuan belia perlu membuat perancangan jangka panjang dan mengelakkan dari melaksanakan program-program kesukarelaan secara mi segera. Program hendaklah dilaksanakan untuk tempoh masa yang diperlukan oleh program, dan bukan berdasarkan tempoh masa sesi kepemimpinan atau punca kewangan.

1 Persatuan belia perlu merancang program-program kesukarelaannya dalam beberapa kategori, misalnya, program asas atau tetap (misalnya yang diadakan pada setiap hari tertentu pada setiap minggu atau bulan) dan program sampingan, program untuk ahli dan program yang terbuka untuk semua, di samping perlu memperbanyakkan variasinya supaya dapat menarik minat penyertaan dari belia yang pelbagai latar belakangnya.

1 Persatuan belia perlu memberikan penekanan yang lebih terhadap program kesukarelaan yang mempunyai objektif dan kesan yang benar-benar signifikan dan mendalam, daripada sekadar menganjurkannya secara event management atau one off.

1 Persatuan belia perlu memberikan fokus kepada kumpulan sasar yang dianggap tidak konvensional selama ini, seperti pekerja muda, profesional muda dan siswazah luar negeri.

1 Persatuan belia hendaklah melibatkan kumpulan sasar dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian program. Ini akan dapat

41

meningkatkan mutu program dari segi kesesuaiannya, di samping menimbulkan rasa kepunyaan oleh peserta (ownership) yang amat penting dari segi keberkesanan dan kesinambungannya.

1 Program-program kesukarelaan hendaklah dilaksanakan berdasarkan prioritinya yang diukur dari segi keperluan kumpulan sasar.

1 Persatuan belia perlu meningkatkan strategi dan teknik pemasaran sosial (social marketing) untuk meningkatkan publisiti, sokongan dan penyertaan bagi program-program kesukarelaannya.

1 Pendekatan-pendekatan baru yang lebih segar perlu dicari dan digunakan dalam merancang dan melaksanakan program-program kesukarelaan.

2 Persatuan belia perlu mengadakan atau meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap kesukarelaan yang sistematik dan terancang, yang lengkap dengan frasarana, dana, dan cara perkongsian datanya.

1 Persatuan belia perlu mempunyai agensi tetap (yang tidak terikat dengan perubahan kepemimpinan) untuk menjalankan program kesukarelaan yang berjangka panjang.

Menyinergi Sumber-sumber

(1) Organisasi-organisasi sukarela yang pelbagai dan besar jumlahnya itu perlu menggemblengkan seluruh kekuatan sesama mereka demi mengoptimumkan sumber-sumber yang ada dan mengelakkan pertindihan dan pembaziran.

(2) Kerja sukarela tidak sepatutnya dianggap bidang operasi sesuatu atau beberapa buah agensi kerajaan sahaja. Semua agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri dan sama beratnya. Pada waktu yang sama, perlu diadakan koordinasi yang lebih erat agar pertindihan dan pembaziran dapat dielakkan.

(3) Sektor swasta perlu dilibatkan secara lebih partisipatif dalam kerja-kerja sukarela, dan tidak seharusnya terhad dalam hal-hal sokongan dana sahaja.

(4) Peruntukan seharusnya, kecuali dalam kes-kes yang amat memerlukan, kurang digunakan untuk membina pusat-pusat kegiatan kesukarelaan yang baru, tetapi sebaliknya, disalurkan untuk memastikan yang pusat-pusat yang sedia wujud adalah mudah didatangi, menarik dan menawan, diuruskan oleh pengurus yang profesional dan sesuai, serta menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang kompetitif.

Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001

42

Tahun 2001 telah diisytiharkan oleh PBB sebagai Tahun Sukarelawan Antarabangsa. Matlamat utamanya ialah untuk menfasilitas sumbangan penting para sukarelawan/wati dan mengiktiraf pencapaian-pencapaian mereka. Secara khususnya, ia mempunyai 4 objektif iaitu: pengiktirafan, fasilitasi, jaringan dan promosi.

Berikut ialah petikan dari Nota Latarbelakang Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 yang diterbitkan oleh United Nations Volunteers.

Pengiktirafan

1 Kerajaan di peringkat kebangsaan dan pihak-pihak berkuasa tempatan menyediakan mekanisme untuk menyertakan sektor sukarela dalam proses perundingan.

1 Mengadakan kajian peringkat kebangsaan untuk menghuraikan secara kuantitatif akan sumbangan-sumbangan kesukarelaan terhadap kebajikan masyarakat dan pembangunan negara.

1 Anugerah-anugerah diwujudkan untuk contoh-contoh terbaik dari segi kerja atau program kesukarelaan, sama ada kepada individu, kumpulan kecil, masyarakat tempatan atau organisasi sukarela peringkat kebangsaan, atau juga di peringkat antarabangsa.

Fasilitasi

1 Kerajaan membenarkan kemudahan-kemudahan latihannya digunakan oleh organisasi-organisasi sukarela untuk menggalakkan kompetensi teknikal, pengurusan yang baik dan kebertanggungjawaban dalam sektor kesukarelaan.

1 Memberikan kepada para sukarelawan/wati dari organisasi-organisasi yang diiktiraf, status perundangan, perlindungan insuran dan bantuan kebajikan sosial yang setaraf dengan para pekerja lain.

1 Pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan-kakitangan perniagaan dibenarkan cuti khas untuk melaksanakan kerja kesukarelaan.

1 Mereka yang memberikan sokongan terhadap kerja dan program kesukarelaan diberikan pengecualian cukai.

1 Khidmat sukarela, dalam keadaan-keadaan tertentu, diterima sebagai alternatif kepada khidmat ketenteraan.

Jaringan

43

1 Televisyen, radio dan suratkhabar dapat membantu dengan cara menyampaikan dan bertukar-tukar kejayaan-kejayaan sukarelawan/wati dan seterusnya membolehkan best practises dicontohi dan mengelakkan setiap masyarakat mencipta-semula perkara yang sama.

1 Pertukaran ini dapat dijalankan di pelbagai peringkat: tempatan, serantau dan antarabangsa.

Promosi

1 Menarik lebih banyak permintaan untuk kerja kesukarelaan dan keperluan kepada sukarelawan/wati.

1 Menarik lebih banyak penawaran bakti dan khidmat sukarela daripada organisasi-organisasi sukarela atau bukan sukarela dan daripada bakal-bakal sukarelawan/wati.

1 Mewujudkan iklim pendapat umum dan rasmi yang lebih menyokong kesukarelaan.

Pada peringkat Malaysia, Yayasan Salam telah dilantik oleh UNDP Kuala Lumpur sebagai focal point untuk merancang dan melaksanakan program-program Tahun Sukarelawan Antarabangsa peringkat negara ini. Pelancaran rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada 10 Mac 2001.

Dalam konteks negara ini, objektif Tahun Sukarelawan Antarabangsa ialah untuk:

1 Mempromosi dan memperkasa kesukarelaan ke arah membina masyarakat penyayang.

1 Merekacipta sinergi sesama organisasi-organisasi sukarela dalam memberikan perkhidmatan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui pengurusan para sukarelawan/watinya yang lebih efisyen dan efektif.

1 Meningkatkan pengiktirafan kebangsaan terhadap sumbangan kesukarelaan dalam pembangunan negara.

Forum Kesukarelaan Kebangsaan

Pada tahun 1996, iaitu dalam kertaskerja di seminar semasa pelancaran Yayasan Salam, penulis telah mencadangkan agar ditubuhkan Majlis Perundingan Kesukarelaan Kebangsaan.

44

Tujuannya ialah untuk, antara lain: menjadi focal point bagi kesukarelaan; untuk mendapatkan pandangan dan pendekatan yang holistik tentang kesukarelaan dan menjadikannya sebagai agenda nasional yang dianuti (embrace) oleh semua; mengkoordinasi kerja-kerja sukarela yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak; memberi akreditasi terhadap latihan-latihan kesukarelaan; dan memberi pengiktirafan negara terhadap sukarelawan/wati dan organisasi sukarela.

Majlis ini dicadangkan dianggotai oleh tiga pihak, iaitu: wakil-wakil agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil gabungan kebangsaan organisasi-organisasi sukarela (ini perlu diwujudkan terlebih dahulu atau dengan menggunakan beberapa gabungan yang sedia ada, seperti gabungan persatuan pengguna dan gabungan organisasi belia), dan wakil-wakil gabungan swasta (juga boleh memanfaatkan beberapa gabungan yang sedia ada, seperti gabungan syarikat pembuatan dan gabungan perniagaan).

Ia harus dipengerusikan oleh Perdana Menteri, atau wakilnya (iaitu Timbalannya – sahaja) dan bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tetapi, cadangan itu didiamkan sahaja. Seperti biasa.

Bagaimanapun, mujurnya, sempena Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001, idea ini menjadi kenyataan dengan terbentuknya Forum Kesukarelaan Kebangsaan yang bersekretariat di Yayasan Salam dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika buku ini ditulis, Forum ini belum bersidang. Bagaimanapun, menurut dokumen cadangannya, peranan Forum ini ialah:

1 Untuk memperkasa semangat kesukarelaan, terutamanya di kalangan belia.

1 Untuk meningkatkan peluang-peluang bagi sukarelawan/wati memberikan perkhidmatan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui program-program kesukarelaan yang lebih baik dari segi kuantiti dan kualitinya serta melalui pengurusan sukarelawan/wati yang lebih baik.

1 Untuk memperkasa kapasiti sektor kesukarelaan.

1 Untuk mempromosi kerjasama antara sesama organisasi sukarela di samping dengan kerajaan, media dan sektor perniagaan supaya terdapat usaha yang lebih bersepadu dalam berkhidmat kepada negara.

1 Untuk meningkatkan pengiktirafan kerajaan terhadap para sukarelawan/wati dan organisasi-organisasi sukarela.

Manakala, antara aktiviti utama Forum ini ialah:

1 Menjadikan kesukarelaan satu agenda nasional.

45

1 Menggesa pihak media memainkan peranan yang lebih progresif dalam mempromosi dan mengiktiraf kesukarelaan.

1 Menggesa dan mengupayakan sektor perniagaan supaya melangkah melampaui penajaan sahaja dan terlibat secara lebih sebagai warga korporat yang prihatin.

1 Membina hubungan kerjasama antara sesama organisasi-organisasi sukarela dan juga antara organisasi-organisasi sukarela dengan kerajaan, media dan sektor perniagaan.

1 Membina kapasiti organisasi-organisasi sukarela.

1 Mempromosi best practises dalam kesukeralaan.

1 Penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengenai kesukarelaan.

1 Mempromosi kesukarelaan antarabangsa.

Kesukarelaan dan governans baru

Langkah-langkah strategik yang disenaraikan di atas, termasuk sambutan Tahun Sukarelawan Antarabangsa peringkat Malaysia dan penubuhan Forum Kesukarelaan Kebangsaan Malaysia, jika dilaksanakan sepenuhnya, tentu sekali akan melonjakkan kesukarelaan di negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Tetapi, ia belum mencukupi. Ini adalah kerana kesukarelaan mempunyai matlamat akhir yang jauh lebih tinggi lagi. Iaitu untuk membentuk masyarakat yang penyayang dan prihatin. Dan masyarakat yang penyayang dan prihatin adalah untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki.

Untuk merealisasikan proses ini, kesukarelaan perlu dilihat sebagai satu gerakan (movement). Organisasi-organisasi sukarela perlu bersatu, atau sekurang-kurangnya menjaring, dalam gerakan ini. Manakala para sukarelawan/wati perlu menjadikan diri mereka sebagai aktivisnya.

Dalam hal ini, kesukarelaan perlu dilihat dari sudut pandangan yang total dan holistik, iaitu yang melibatkan ketiga-tiga orientasi “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”. Di negara ini, yang perlu lebih diberikan penekanan, kerana ia agak terkebelakang, ialah advokasi. Walaupun advokasi dilaksanakan oleh sesetengah organisasi sukarela, seperti yang dibincangkan dalam buku ini, tetapi ia juga perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih diiktiraf.

Kerana itu, kesukarelaan perlu bergerak ke arah satu kerangka pemikiran dan budaya atau sistem bernegara yang baru, yang penulis majukan sebagai “governans baru”.

46

7

KESUKARELAAN DAN GOVERNANS BARU

Satu daripada cara untuk membina masyarakat penyayang dan prihatin dalam merealisasikan kebahagiaan hakiki yang menjadi matlamat akhir kesukarelaan ialah melalui governans baru. Ia juga merupakan satu daripada cara yang berkesan untuk memperhebat dan memartabat kesukarelaan.

Governans baru adalah antara persoalan fundamental yang sedang diperjuangkan supaya dibudayakan dan diamalkan secara tulin dan sistematik dalam sistem bernegara dan berkerajaan di negara ini. Banyak perbincangan mengenainya telah dimulakan dalam banyak peringkat. Dipercayai bahawa hal yang sama turut diimpikan oleh majoriti golongan belia dan anggota masyarakat sivil yang lain di negara ini, bahkan termasuk juga oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua perniagaan.

Perbincangan dan pandangan ini sebenarnya berasal dari perspektif belia mengenai governans yang telah dikembangkan penulis untuk meliputi perspektif masyarakat sivil. Sekiranya ia kelihatan bias-belia dan masyarakat sivil, ia tidak disengajakan, malahan adalah semata-mata kerana memang peranan sektor ini yang ketinggalan dalam governans, berbanding dengan peranan kerajaan dan perniagaan. Di samping itu, disebabkan hubungan antara sektor dalam governans kini yang lebih ketara longgarnya di antara kerajaan dengan belia dan masyarakat sivil, maka penekanan yang khusus diberikan kepada keadaan tersebut.

Masyarakat Sivil

Perbincangan ini tidak bermaksud untuk memberikan definisi terperinci atau terlibat dalam discourse akademik atau polemik epistimologikal mengenai makna masyarakat sivil. Bagaimanapun, penulis maklum tentang dua perspektif utama, yang popular kini, mengenai masyarakat sivil. Pertama, ialah masyarakat sivil sebagai satu bentuk masyarakat atau tamadun yang diimpikan, iaitu seperti yang terkandung dalam makna civility atau masyarakat madani. Dan kedua, ialah masyarakat sivil yang merujuk kepada sektor bukan kerajaan atau perniagaan. Perbincangan ini ialah lebih mengenai perspektif yang kedua itu.

Istilah masyarakat sivil digunakan secara wawenang, iaitu dari segi kedudukan dan peranannya dalam sistem bermasyarakat dan bernegara. Seperti yang disentuh dalam bahagian awal buku ini, dalam sistem bermasyarakat dan bernegara, terdapat 3

47

sektor utama. Pertama, ialah kerajaan yang dikenali juga sebagai Sektor Pertama. Kedua, ialah perniagaan yang dikenali juga sebagai Sektor Kedua. Dan ketiga, ialah masyarakat sivil yang dikenali juga sebagai Sektor Ketiga atau istilah-istilah lain seperti “rakyat” dan “social enterprise”, iaitu mengikut mazhab-mazhab yang berlainan.

Dalam konteks ini, masyarakat sivil ialah rakyat yang secara kedudukan dan peranannya tidak tergolong dalam kerajaan atau perniagaan. Anggota masyarakat sivil termasuk kanak-kanak, belia, mahasiswa, warga tua, wanita, pekerja, karyawan, profesional, akademia, media dan lain-lain.

Setiap anggota masyarakat sivil ini mempunyai gerakannya yang tersendiri yang diwakili oleh persatuan atau organisasi masing-masing. Belia diwakili oleh MBM. Mahasiswa diwakili beberapa “barisan” dan “gabungan” tidak rasmi peringkat kebangsaan di samping persatuan-persatuan rasmi peringkat kampus. Warga tua diwakili beberapa buah persatuan yang sedang berusaha mewujudkan sebuah organisasi induk. Wanita diwakili oleh persatuan-persatuan yang bergabung dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Pekerja diwakili terutamanya oleh MTUC dan CUEPACS. Karyawan diwakili beberapa buah persatuan peringkat kebangsaan seperti GAPENA, TEMA, MAHKOTA dan lain-lain. Golongan profesional diwakili oleh pelbagai persatuan profesional termasuk yang bergabung dalam Balai Ikhtisas Malaysia (BIM). Akademia diwakili misalnya oleh persatuan peringkat kampus dan akademi-akademi. Para wartawan diwakili oleh NUJ dan beberapa buah persatuan lain.

Di samping itu, terdapat juga organisasi-organisasi yang mewakili kepentingan-kepentingan tertentu seperti FOMCA untuk pengguna dan kepenggunaan, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia yang menggabungkan majoriti persatuan dan organisasi yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan, Majlis AIDS Malaysia yang menggabungkan persatuan dan organisasi untuk menangani masalah AIDS, PEMADAM untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah, beberapa buah persatuan untuk pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar, beberapa persatuan dan yayasan untuk kemajuan pendidikan dan perguruan, PENGASIH untuk bekas penagih dadah, Persatuan Ibu Tunggal untuk wanita yang terpaksa menjadi ibu tunggal, persatuan untuk kumpulan minoriti seperti keturunan Orang Asli, Sikh, Thai Malaysia, Portugis Melaka dan India Muslim, serta lain-lain lagi.

Berdasarkan latarbelakang ini, maka organisasi-organisasi sukarela adalah juga, atau sebahagian daripada, masyarakat sivil.

Mengapakah kesukarelaan perlu berkongsi dalam masyarakat sivil? Kerana kedua-duanya adalah sama, atau sekurang-kurangnya, hampir sama. Maka perkongsiannya adalah bersifat semula jadi.

Rakan Pembangunan

48

Terdapat beberapa isu penting yang mengaitkan masyarakat sivil dan pembangunan. Masyarakat sivil memerlukan pembangunan. Pembangunan banyak memanfaatkan masyarakat sivil. Pada waktu yang sama, usaha-usaha pembangunan juga memerlukan masyarakat sivil. Ini adalah kerana masyarakat sivil merupakan penggerak dan sumber utama yang membolehkan pembangunan berjalan dan maju.

Sebenarnya, masyarakat sivil mampu menjadi “rakan pembangunan” yang berkesan. Tetapi, masyarakat sivil selalunya dilihat lebih sebagai “penerima manfaat pembangunan” (beneficiaries of development). Masyarakat sivil amat jarang diberi peluang dan hakupaya untuk terlibat secara aktif sebagai “rakan tulin” pembangunan, terutamanya dalam struktur dan proses membuat keputusan. Frasa rakan pembangunan tercatat dalam dasar-dasar negara, tetapi sejauhmana ia dihayati dan diamali masih belum dapat dipastikan.

Seperti yang dibincangkan lebih awal, terdapat tiga sektor yang menggerakkan sistem bermasyarakat dan bernegara iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil.

Tidak ada kerajaan yang dapat menyediakan semua. Begitu juga, tidak ada perniagaan yang dapat menyediakan semua. Manakala masyarakat sivil tidak pula berhasrat untuk menggantikan fungsi dan peranan kerajaan atau perniagaan.

Ketiga-tiga rakan pembangunan ini perlu memahami bahawa setiap satu daripadanya mempunyai budaya dan gaya kerja yang amat berbeza di antara satu sama lain. Kerana itu ketiga-tiga sektor ini perlu mempunyai kesediaan tanpa syarat dan bersetuju dengan peraturan-peraturan (ground rules) tertentu untuk menjadi rakan bagi membolehkan konsep dan pendekatan ini diamalkan. Jika kesediaan wujud, dan kerakanan itu dapat dilaksanakan dalam suasana harmoni, maka akan terjelma sinergi yang akan membuahkan hasil manfaat yang amat ranum buat pembangunan negara.

Demokrasi bukan bermakna sekadar mengundi lima tahun sekali. Ia melibatkan partisipasi yang lebih menyeluruh dan meluas. Ini termasuk, antaranya, keluarga yang demokratik; partisipasi tempatan (local participation); partisipasi setiap kumpulan umur; partisipasi yang sensitif gender; dan kerjasama atau perkongsian bijak antara kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil.

Ini adalah pendirian sederhana yang berhikmah, yang mengetengahkan peranan masyarakat sivil, konsep partisipasi, konsep rakan pembangunan, dan penghakupayaan (empowerment) untuk governans baru pada alaf baru, iaitu suatu ruang yang lebih besar dan segar daripada sekadar kerajaan dengan K huruf besar (government with capital G) dalam kerangkanya pada masa ini.

Pada waktu yang sama, internet menjadi katalis dalam pendemokrasian maklumat dan ilmu di seluruh dunia. Ia juga menyediakan masyarakat sivil dengan saluran komunikasi dan penyiaran bagi membolehkan suara mereka didengar dalam proses-proses membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan orang lain. Kerana itu, masyarakat sivil yang terhakupaya oleh capaian teknologi komunikasi dan maklumat serta oleh maklumat dan ilmu yang relevan, semakin hari semakin mendesak supaya struktur, keadaan dan proses governans yang diamalkan kini diubah.

49

Zaman maklumat memerlukan model governans yang baru, bersepadu dan holistik, yang mengikutsertakan semua sektor sebagai rakan pembangunan yang setaraf. Matlamatnya ialah semata-mata untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik dan bahagia untuk semua.

Dalam konteks ini, Dr. Mahathir Mohamad, selaku Pengerusi NITC (1998), mendefinisikan governans sebagai:

“The fine art of balancing the different interests of subgroups through processes of exercising authority and influence to safeguard the ultimate interest of the whole group while guaranteeing social responsibility and basic human/individual freedoms”.

Di samping teknologi komunikasi dan maklumat, faktor-faktor kontemporari yang lain, misalnya perkembangan dunia tanpa sempadan, globalisasi dan liberalisasi turut menuntut agar kerajaan menilai semula kedudukan, peranan dan fungsinya. Malah, politik sebagai institusi terpenting bagi kerajaan juga mulai berubah. Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi aplikasi internet sebagai pentas baru politik, yang sedang merubah peraturan dan cara gaya berpolitik.

UNDP (1997) menakrifkan governans sebagai:

“The exercise of economic, political and administrative authority to manage a country’s affairs at all levels. It comprises the mechanisms, processes and institutions through which citizens and groups articulate their interest, exercise their legal rights, meet their obligations and mediate their differences.”

Antara nilai-nilainya ialah accountable, efisien, efektif, telus, amanah, responsif dan equitable.

Manakala, World Conference on Governance di Manila pada 1999, mendefinisikan governans ialah:

“A system that is transparent, accountable, just, fair, democratic, participatory and responsive to people’s needs”.

Jadi, apakah maksud “governans baru” bagi negara ini? Pada penulis, governans baru ialah:

“Transformasi daripada keadaan kini di mana wujud hubungan tiga segi yang tidak seimbang antara ketiga-tiga sektor (kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil), kepada keadaan baru di mana wujud hubungan sinergi antara tiga bulatan (ketiga-tiga sektor itu) yang berinterface pada kedudukan yang adil”.

Pada masa ini, belia dan masyarakat sivil hanya terlibat dalam proses membuat keputusan pada beberapa peringkat yang amat terbatas.

50

Antaranya ialah di Parlimen. Di Dewan Rakyat terdapat wakil rakyat yang kebetulannya pemimpin belia yang menang dalam pilihanraya setelah dicalonkan oleh partinya. Tetapi, sebahagian daripada mereka tidak lagi berusia belia. Tetapi masyarakat sivil selain belia mempunyai Senator di Dewan Negara. Manakala keadaan belia di Dewan Undangan Negeri adalah sama seperti di Dewan Rakyat.

Di peringkat kebangsaan, belia terlibat dalam Majlis Perundingan Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan. Masyarakat sivil selain belia pula terlibat dalam beberapa majlis perundingan seperti mengenai pekerja, kepenggunaan dan kebajikan di kementerian-kementerian lain. Tetapi, apabila usaha dibuat untuk diikutsertakan belia dalam majlis perundingan mengenai kepenggunaan, misalnya, kementerian yang berkaitan tidak bersetuju.

Di peringkat negeri pula terdapat Majlis Perundingan Belia Negeri, tetapi tidak semuanya aktif. Di samping itu, terdapat sebuah negeri sahaja yang melibatkan belia dalam Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri. Belia juga dilantik dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, tetapi tidak di semua negeri. Di peringkat negeri juga, masyarakat sivil selain belia terlibat dalam beberapa jawatankuasa seperti dalam bidang kebudayaan. Jawatankuasa seperti kebudayaan juga wujud di peringkat daerah di mana masyarakat sivil selain belia mempunyai perwakilan.

Selain itu, apabila majlis perundingan yang diwujudkan kerajaan dari semasa ke semasa, misalnya Majlis Perundingan Akta Pendidikan 1990 dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II), maka belia dilibatkan. Tetapi, masyarakat sivil selain belia telah terlibat sejak MAPEN 1. Di samping itu, terdapat masyarakat sivil lain yang dilantik sebagai anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Memanglah keadaan ini adalah lebih baik dari dahulu atau dari sesetengah negara lain. Tetapi, ia masih belum mencukupi. Yang diperlukan ialah wakil belia dan masyarakat sivil berada dalam semua bidang dan pada setiap peringkat.

Barang diingat, dalam keadaan kehidupan yang semakin kompleks dan canggih, kebahagiaan tidak lagi terhad kepada hanya menerima nikmat dan manfaat pembangunan sahaja, tetapi kebahagiaan termasuk juga keterlibatan aktif dalam proses bagaimana pembangunan dirancang, dilaksanakan dan dinilai.

Sebenarnya, inilah masanya di mana peranan masyarakat sivil dalam governans amat diperlukan, iaitu dalam keadaan di mana seluruh dunia berhadapan dengan impak besar daripada pelbagai masalah global seperti kemerosotan alam sekitar, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, HIV/AIDS, dan lain-lain lagi. Inilah masanya di mana idealisme dan altruisme serta semangat kesukarelaan untuk fastabiqul khairat (berlumba-lumba berbuat baik baik) melalui organisasi-organisasi masyarakat sivil amat diperlukan, iaitu untuk mengetengahkan kembali perkara-perkara yang terpinggir dan tersingkir oleh putaran ganas dunia yang tidak tergapai oleh sebahagian daripada manusia-manusia kecil yang tidak bernama itu.

51

Isu-isu governans (Perspektif Masyarakat Sivil)

Persoalan governans adalah luas. Sementara perbincangan yang lebih komprehensif masih diperlukan, terdapat beberapa isu governans di negara ini yang perlu diketengahkan, yang dilihat dari perspektif masyarakat sivil, dan yang perlu diperbaiki. Di antaranya ialah:

1 Di antara ketiga-tiga sektor dalam sistem bermasyarakat dan bernegara itu, terdapat keadaan hubungan kerjasama (dalam pengertian rakan pembangunan) yang tidak seimbang. Pertama, hubungan di antara kerajaan dan perniagaan adalah amat kuat. Ini ditandai oleh keazaman politik (political will) yang menaungi misalnya majlis-majlis perundingan yang berkaitan dengan hal-hal ekonomi dan kewangan. Kedua, hubungan di antara kerajaan dengan masyarakat sivil tidak sekuat seperti antara kerajaan dengan perniagaan. Dalam keadaan tertentu, hubungan ini dimendungi oleh sikap kerajaan yang patronising. Manakala ketiga, hubungan di antara masyarakat sivil dengan perniagaan adalah longgar. Dalam banyak keadaan, ia tidak lebih daripada hubungan antara penganjur dengan penaja.

1 Terdapat tanda tanya, iaitu siapakah yang sebenarnya inginkan konsep rakan pembangunan yang tulin – masyarakat sivil atau kerajaan atau perniagaan? Yang kelihatan lebih selalu ingin menjadi rakan ialah masyarakat sivil.

1 Apabila terjadi keadaan di mana berlakunya kelemahan yang ketara dalam mana-mana sektor, terdapat kecenderongan sektor atau sektor-sektor yang lain untuk menyalahkan dan mengutuk sektor berkenaan. Sepatutnya, berlaku semangat “kebersamaan, kekitaan dan kekeluargaan” untuk membantu sektor yang mengalami kelemahan itu.

1 Perlu diinsafi bahawa terdapat unsur takut (fear) yang selanjutnya terjelma dalam bentuk terlalu menjaga sempadan atau wilayah kuasa atau defensive oleh sesuatu sektor, terutamanya oleh kerajaan. Unsur takut ini muncul mungkin akibat masalah individu atau kekurangan ilmu. Masalah kekurangan ilmu adalah nyata dalam hal-hal yang melibatkan isu-isu yang kompleks di mana para pemimpin dan aktivis masyarakat sivil biasanya lebih profesional daripada sesetengah pegawai dan kakitangan kerajaan (antaranya akibat tidak mengkhusus kerana berpindah-pindah di antara organisasi-oganisasi kerajaan).

1 Keengganan atau kelemahan kerajaan memenuhi secara tulin konsep rakan pembangunan menyebabkan anggota perniagaan dan terutamanya masyarakat sivil merasa shut out atau shut up, sama ada dalam keadaan alienated atau frustrated. Ia mungkin membawa kepada perasaan marginalised dan under-served. Manifestasi terakhirnya mungkin menjelma dalam bentuk penentangan dan pembangkangan atau anti-establishment.

52

1 Dalam keadaan hubungan antara kerajaan yang kebanyakannya Bumiputera dengan anggota masyarakat sivil yang bukan Bumiputera, kelihatan wujud unsur-unsur “saya-awak” yang kurang harmonis.

1 Dasar-dasar dan program-progam kerajaan perlu dipastikan supaya benar-benar berorientasi-rakyat dan mesra-rakyat, dan tidak lebih merupakan berorientasi-kerajaan/perniagaan dan mesra-kerajaan/perniagaan.

1 Sejauhmanakah legitimacy mekanisme penyampaian (delivery system) kerajaan kepada anggota masyarakat sivil dan perniagaan, misalnya dalam kes Pihak Berkuasa Tempatan yang dilantik dan tidak dipilih oleh masyarakat tempatan, seperti pernah berlaku dahulu di negara ini dan sedang berlaku di banyak negara lain? Kalaupun pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, perwakilan masyarakat sivil dan perniagaan perlu direalisasikan dengan segera.

1 Kebertanggungjawaban penggerak mekanisme penyampaian kerajaan kepada anggota masyarakat sivil dan perniagaan serta rakyat perlu ditingkatkan untuk mengatasi imej yang ia lebih berupa kebertanggungjawaban terhadap kerajaan.

1 Dasar-dasar dan program-program kerajaan perlu dipastikan yang ia difahami masyarakat. Konsep public hearing perlu benar-benar dilaksanakan, malah lebih baik ditukar kepada konsep perundingan.

1 Peranan kerajaan sebagai provider perlu diubah kepada facilitator.

1 Beberapa provisi dalam beberapa undang-undang, statut dan enakmen yang lapuk dan yang mengekang peranan masyarakat sivil dan juga kecekapan dan keberkesanan kerajaan atau yang menjadikan iklim yang tidak kondusif perlu dipinda.

1 Peranan masyarakat sivil perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh kerajaan. Ini bukan merujuk penganugerahan bintang-bintang, tetapi dari segi mengiktiraf secara tulin dan setulus-kudus akan peranan dan sumbangannya.

1 Persoalan good governance melibatkan ketiga-tiga sektor. Kerana itu, usaha-usaha yang konkrit, serius dan berterusan untuk memperbaiki keadaan perlu dilaksanakan oleh semua sektor.

Penghakupayaan Masyarakat Sivil

Konsep masyarakat sivil sebagai rakan pembangunan dalam governans tidak akan dapat direalisasikan selagi cara berfikir (worldview, tasawur) semua pihak, terutamanya kerajaan, termasuk juga masyarakat sivil sendiri, tidak berubah.

53

Perubahan ini akan hanya berlaku jika landasan untuk konsep rakan pembangunan itu disediakan. Landasan itu ialah kefahaman dan amalan “penghakupayaan” (empowerment).

Dalam ehwal governans, penghakupayaan perlu dilihat sebagai falsafah atau konsep, dan sebagai pendekatan atau strategi, yang membentuk landasan bagi membolehkan konsep rakan pembangunan beroperasi.

Penghakupayaan berada dalam satu kontinum, iaitu: “dari peluang masyarakat sivil kepada hak masyarakat sivil”, dan “dari perundingan tidak formal kepada keterlibatan secara berstruktur dan formal dalam proses membuat keputusan”. Perpektif ini meliputi konsep-konsep lain seperti “menjana kapasiti”, “hak asasi masyarakat sivil/manusia”, “tanggungjawab masyarakat sivil”, “autonomi”, “pembangunan partisipatif” dan lain-lain.

Bagi penulis, definisi penghakupayaan ialah:

“Membolehkan dan mendapatkan masyarakat sivil untuk memahami dan bertindak atas semua isu (seperti peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan segala yang di sekitarnya yang mereka adalah sebahagian daripadanya”.

Setelah beberapa tahun dipopularkan istilah penghakupayaan, ia mula disebut oleh ramai. Tetapi, ramai yang masih tidak pasti dengan maknanya yang sebenar. Amat mustahak supaya makna sebenar penghakupayaan benar-benar difahami. Ini adalah kerana telah timbul juga beberapa kekeliruan, manipulasi dan eksploitasi terhadap konsep ini oleh pihak-pihak tertentu, sama ada disebabkan terkeliru atau sengaja mengelirukan.

Di antara kekeliruan tersebut ialah seperti berikut:

1 Memberikan tugasan (orang lain) kepada masyarakat sivil. Ini dumping.

1 Melantik masyarakat sivil sebagai wakil (orang lain). Ini delegation.

1 Menyerahkan kuasa kepada masyarakat sivil tanpa had atau tanggungjawab. Ini anarki.

1 Mengundang masyarakat sivil untuk membantu membuat keputusan orang lain. Ini pengurusan partisipatif.

1 Orang lain menggunakan masyarakat sivil untuk memajukan sesuatu program atau objektif tanpa masyarakat sivil itu mengetahui tentang apa-apa yang disertainya. Ini manipulasi.

1 Masyarakat sivil terlibat tetapi tidak dapat membuat keputusan tentang tujuan, cara atau tahap keterlibatannya itu. Ini tokenism.

54

1 Masyarakat sivil dilibatkan untuk menjustifikasikan sesuatu program itu adalah disertai masyarakat sivil. Ini kosmetik atau window dressing.

Sebab itulah konsep penghakupayaan yang sebenar perlu disentised dan difahami. Penghakupayaan masyarakat sivil bukan bermakna memberikan kuasa kepada masyarakat sivil. Sebaliknya, ia adalah proses menyalurkan idealisme, wawasan, ilmu, pengalaman, aktivisme, motivasi dan tenaga yang mereka telah sedia miliki.

Semua individu, agensi dan organisasi perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dari segi cara berfikir dan berbuat. Struktur dan hiraki yang wujud perlu dinipiskan. Ini akan melibatkan penyesuaian dalam sekurang-kurangnya tiga aspek: Pertama, peraturan membuat keputusan diubah. Keputusan ditarik ke bawah sehingga ke tahap tindakan. Kedua, deskripsi tugasan diperluaskan dan setiap yang terlibat menjadi multi-trampil dan mampu membuat keputusan apabila berurusan dengan rakan atau pelanggan. Dan ketiga, komunikasi yang formal dan berlapis-lapis digantikan oleh jaringan komunikasi yang fleksibel dengan bantuan teknologi komunikasi dan maklumat

Peranan kerajaan juga perlu berubah. Organisasi yang terhakupaya meletakkan sumber manusianya dalam pasukan-pasukan kerja dan tidak lagi mengikut fungsi-fungsi yang rigid. Pasukan-pasukan ini didorong oleh matlamat, bukan oleh arahan; dan ketua tidak lagi mengawas, tetapi mengenalpasti mereka yang mampu menjalankan tugas dan membenarkan mereka menjalankannya mengikut budibicaranya. Ketua berubah menjadi fasilitator.

Ini tidak pula bermakna yang peranan kerajaan sebagai perancang, strategis, serta memberi bimbingan dan perpektif akan hilang sebaik sahaja penghakupayaan masyarakat sivil dijalankan. Tetapi, cara-cara tradisional yang “dari atas ke bawah”, “memaksa ketaatan”, “mengekalkan conformity” dan “menghukum apabila silap” perlu ditamatkan. Kerajaan perlu membimbing, menyokong dan menjadi teladan. Masyarakat sivil jangan lagi diperbodohkan.

Governans cara tradisional menggunakan kerajaan sebagai paksi. Ia membuat asumsi bahawa kerajaan lebih memahami objektif-objektif pembangunan negara. Sebaliknya, ia membuat asumsi bahawa majoriti masyarakat sivil tidak mampu berfikir untuk diri sendiri atau untuk negara, lantas mereka hanya diminta (baca: diarah) untuk menjadi pengikut dasar dan sebagai peserta program.

Kedua-dua asumsi ini tidak lagi relevan dan konsisten dengan pengalaman-pengalaman kontemporari. Penghakupayaan tidak menggunakan kerajaan sebagai paksi. Ia mempunyai asumsi bahawa masyarakat sivil memiliki kemampuan yang sama dalam berfikir untuk dirinya dan untuk negara.

Dalam proses merancang, melaksana dan menilai dasar-dasar dan program-program pembangunan negara, harus disedari bahawa dengan kecanggihan dan kekompleksan teknologi, masyarakat sivil hari ini mungkin mempunyai maklumat, ilmu, kemahiran dan pengalaman yang amat berbeza daripada apa-apa yang pernah dialami oleh kerajaan pada satu masa dahulu, malahan juga pada hari ini. Kepantasan

55

kemajuan teknologi membolehkan berlakunya komunikasi global yang serta-merta (real time) sifatnya, dan masyarakat dari seluruh ceruk dunia dapat berkongsi pengalaman dengan amat cepat, lantas mengakibatkan munculnya suatu bentuk komuniti dunia yang baru di kalangannya.

Pada waktu yang sama, ramai bersungut bahawa masyarakat sivil semakin kurang berminat untuk menyertai dan menghadiri program-program pembangunan yang dianjurkan oleh kerajaan, sehingga dalam keadaan tertentu terpaksa diundang artis popular untuk menarik minat ramai. Ramai yang mengatakan suasananya “tidak lagi seperti dahulu”. Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin banyak. Tetapi, antara faktornya mungkin kerana masyarakat sivil melihatnya sebagai “tidak relevan” atau “tidak menggamit imaginasi” atau “tidak memenuhi citarasa”.

Pada pengamatan penulis, terdapat segolongan masyarakat sivil yang merasa diketepikan oleh kerajaan. Manakala terdapat segolongan lagi yang mempunyai pandangan dan gagasan yang telah berkembang beyond yang tergapai oleh kerajaan. Sebelum terlambat, kerajaan perlu memikirkan pendekatan-pendekatan baru yang lebih segar dalam merancang, memasar dan melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.

Kerana itu proses pembangunan negara memerlukan pendekatan yang baru. Satu anjakan paradigma diperlukan. Anjakan yang dimaksudkan ialah berubah dari pendekatan pembangunan “untuk” masyarakat sivil kepada pendekatan pembangunan “bersama” masyarakat sivil. “Bersama” di sini bemakna menjadikan masyarakat sivil terhakupaya sebagai rakan pembangunan yang tulin.

Penghakupayaan masyarakat sivil ialah juga mengenai kepunyaan (ownership). Apabila masyarakat sivil terlibat dalam setiap peringkat proses pembangunan negara, mereka akan mempunyai perasaan kepunyaan (sense of belonging and ownership) yang kuat terhadap program-program tersebut yang memungkinkan ia menjadi lebih dihargai, bermanfaat dan lestari (sustainable).

Penghakupayaan masyarakat sivil ialah juga mengenai demokrasi. Jika demokrasi dapat didefinisikan sebagai “government of the people, by the people, for the people”, maka pembangunan negara mestilah berjalan di atas landasan penghakupayaan, supaya ia menjadi “development of the people, by the people, for the people)” dan bukan “development off the people, buy the people, force the people”!

Perwakilan Masyarakat Sivil

“Perwakilan Masyarakat Sivil” hendaklah diamalkan secara rasmi dan tulin dalam seluruh struktur dan proses membuat keputusan yang melibatkan kepentingan masyarakat sivil dalam semua bidang dan di semua peringkat. Dalam hal ini, wakil masyarakat sivil hendaklah ditentukan oleh masyarakat sivil iaitu oleh organisasi masyarakat sivil atau jika wujud keadaan di mana tidak terdapat organisasi masyarakat sivil maka mekanisme demokratik yang lain perlu diwujudkan oleh masyarakat sivil itu sendiri.

56

Apabila diamalkan, perwakilan masyarakat sivil akan menghasilkan manfaat yang amat besar bagi semua, iaitu dari segi meningkatkan kualiti dan kebahagiaan hidup. Manakala, secara spesifik, antara manfaatnya adalah seperti berikut:

1 Masyarakat sivil dapat menyampaikan pendirian dan pandangan melalui saluran yang rasmi dan sesuai.

1 Masyarakat sivil dapat menyuarakan masalah dan rungutan melalui saluran rasmi dan sesuai.

1 Ia menjadi medan latihan kepemimpinan dan pendedahan kepada belia dan sebahagian anggota masyarakat sivil yang lain sebagai pemimpin pewaris.

1 Ia memperkaya amalan demokrasi, sesuai dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat demokratik yang matang.

1 Ia meningkatkan proses pembentukan masyarakat penyayang dan prihatin melalui proses muafakat.

1 Merapatkan jurang generasi antara golongan dewasa dengan belia, dan jurang antara kerajaan dengan masyarakat sivil.

1 Membantu menangani masalah-masalah sosial, terutamanya yang membabitkan belia.

1 Meningkatkan patriotisme, terutama di kalangan belia.

1 Meningkatkan semangat kesukarelaan, terutamanya di kalangan belia.

1 Menyediakan saluran untuk kerajaan bagi penyebaran dan penerimaan maklumat dan maklum balas yang tepat.

Oleh yang demikian, diharapkan supaya perwakilan masyarakat sivil diwujudkan di tempat-tempat berikut:

1 Parlimen menubuhkan dan mengaktifkan lebih banyak Select Committee dan perwakilan masyarakat sivil dilantik dalamnya. Keadaan yang sama perlu diamalkan mutatis mutandis oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri.

1 Setiap Kementerian menubuhkan “majlis perundingan” yang berkaitan dan perwakilan masyarakat sivil dilantik dalamnya.

1 Perwakilan masyarakat sivil menjadi anggota rasmi delegasi negara ke perhimpunan dan persidangan antarabangsa yang berkaitan.

1 Perwakilan masyarakat sivil menjadi anggota delegasi negara dalam lawatan ke luar negara yang berkaitan.

57

1 Perwakilan masyarakat sivil dilantik sebagai anggota lembaga pengarah atau penasihat agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, wilayah dan daerah.

1 Setiap Kerajaan Negeri menubuhkan lebih banyak majlis perundingan yang sesuai di peringkat negeri dan daerah dan perwakilan masyarakat sivil dilantik dalamnya.

1 Setiap Kerajaan Negeri melantik perwakilan dari setiap golongan masyarakat sivil tempatan yang berkaitan sebagai Ahli Majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan (Kerajaan Tempatan), sama ada yang bertaraf Bandaraya atau Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, iaitu dengan menggunakan peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

2 Di sektor perniagaan, para pekerja dibenarkan menubuhkan dan/atau menyertai kesatuan sekerja dan/atau menubuhkan persatuan dalaman yang dapat mewakili kepentingan mereka.

1 Di instituti pengajian tinggi, diwujudkan majlis perundingan tertinggi di antara lembaga pengarah dan mahasiswa/pensyarah/pentadbir, yang rasmi dan tulin, di mana perwakilan mahasiswa/pensyarah/pentadbir yang dipilih secara demokratik oleh mahasiswa/pensyarah/pentadbir dilantik menjadi anggotanya untuk membuat keputusan mengenai setiap bidang kehidupan akademik dan non-akademik mahasiswa/pensyarah/pentadbir. Ini tidak pula terhad hanya di dalam pagar kampus, tetapi perlu diperluaskan pada peringkat kebangsaan.

1 Di sekolah menengah, lembaga pengawas dan pengawas perpustakaan dipilih melalui cara yang lebih demokratik di mana satu mekanisme pemilihan bersama oleh guru dan pelajar diwujudkan.

Governans, masyarakat sivil, penghakupayaan dan perwakilan bukan menjadi matlamat. Semua ini hanyalah alat untuk mencapai matlamat. Matlamat yang hendak dicapai ialah peningkatan kualiti hidup untuk kebahagiaan yang hakiki lagi murni.

8

58

IDEA-IDEA KESUKARELAAN

Sempena Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001, United Nations Volunteers telah menyenaraikan kerja-kerja dan program-program kesukarelaan yang dijalankan oleh para sukarelawan/wati dan organisasi-organisasi sukarela di seluruh dunia dalam meraikan Hari Sukarelawan Antarabangsa dari tahun 1988 hingga 1997, yang mungkin dapat memberikan idea kepada para sukarelawan/wati dan organisasi-organisasi sukarela.

Kerja-kerja dan program-program kesukarelaan itu dikategorikan ke dalam 3 bahagian, iaitu: Membantu Masyarakat, Mendokong Kesukarelaan dan Sambutan!.

Bahagian 1: Membantu Masyarakat

Langkah-langkah kemanusiaan dan solidariti

Menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma kepada golongan miskin pada 5 Disember.

Melawat pesakit di hospital. Membantu doktor memberi ubat dan merawat. Menderma darah. Kempen vaksinasi percuma. Membantu golongan yang memerlukan pemulihan fizikal. Menyediakan aktiviti menunggang kuda bagi kanak-kanak istimewa. Melawat kanak-kanak di rumah-rumah anak yatim. Menyediakan khidmat nasihat undang-undang percuma. Menyediakan khidmat persahabatan seperti sokongan dan kaunseling. Mengumpul dan mengedarkan pakaian, kasut dan permainan terpakai atau

makanan kepada keluarga-keluarga miskin. Menyediakan makanan kepada golongan miskin. Membantu ibu tunggal dan pesara. Menubuhkan dan terlibat dalam program talian-cemas (hot-line) untuk mereka

yang dalam kesusahan. Tukang jahit membantu menjahit pakaian untuk yang memerlukan. Membantu golongan petani menuai, menanam, memelihara ternakan, dll. Melawat pusat penahanan juvana. Menyediakan perkhidmatan menulis surat, penemanan (companionship),

pemeriksaan kesihatan dan gunting rambut percuma untuk golongan tua yang memerlukan.

Langkah-langkah Sivik dan Pembangunan

59

Mengubahsuaikan institusi-institusi golongan istimewa, anak-anak yatim dan pesara.

Mengubahsuaikan pusat-pusat sivik dan komuniti, sekolah, hospital dan perpustakaan.

Membina semula rumah yang usang atau rosak. Membina bilik komuniti di petempatan golongan miskin. Membina jalan atau lorong dengan bantuan sukarelawan/wati pakar dan

bahan-bahan yang didermakan. Menambah bilik darjah di sekolah. Mengadakan gelanggang atau taman permainan untuk kanak-kanak bandar. Membersihkan sekolah, pusat komuniti dan hospital. Membuat bangku-bangku kayu di perhentian bas sekolah. Membina atau membaiki kemudahan-kemudahan bagi kegunaan ramai, seperti

tempat mandi awam, tempat pembuangan sampah, parit dan saluran paip. Memulih atau memperbaiki sumber-sumber air. Menyelenggarakan khemah kerja untuk satu atau dua minggu. Mengemaskan rumah orang-orang tua dan pada masa yang sama menyediakan

satu hari untuk penjagaan istimewa dan hiburan. Membersihkan zoo tempatan untuk kanak-kanak berseronok. Membersihkan tempat bersejarah. Membantu membina dan mengubahsuai tempat-tempat beribadat.

Aktiviti-aktiviti Alam Sekitar

Menyertai inisiatif-inisiatif “Bersih dan Hijau”. Membersihkan pantai, sungai, taman dan hutan simpan. Membersihkan jalan-jalan awam dan menjaga pokok-pokok. Membina taman, mengumpul dan menyemai benih serta merumput. Menanam pokok dan penanaman semula hutan. Berkempen untuk alam sekitar. Menggalakkan kanak-kanak terlibat dan mendapat penerangan tentang alam

semula jadi dan alam sekitar.

Langkah-langkah Pendidikan

Pemindahan kemahiran teknikal dan penyediaan latihan vokasional melalui kuliah-kuliah dan bengkel-bengkel percuma.

Doktor dan pakar profesional yang lain menyediakan sesi-sesi latihan percuma.

Menawarkan bengkel-bengkel materniti dan penjagaan bayi. Membina jalan dengan diketuai oleh jurutera sukarela. Wartawan mengajar belia tentang kemahiran menulis. Sukarelawan/wati mengajar membaca. Menganjurkan kempen-kempen kesedaran tentang, misalnya, alam sekitar atau

HIV/AIDS. Pelajar-pelajar sekolah menengah diupayakan untuk melawat projek-projek

kesukarelaan yang diminatinya.

60

Menggunakan zoo untuk mendidik kanak-kanak supaya menyayangi alam semula jadi.

Kempen-kempen kesedaran di jalanan melalui poster, pameran, dll. Mengajar teknik-teknik hortikultur. Menjadikan Hari Sukarelawan Antarabangsa sebagai hari “tanpa rokok” dan

“tanpa alkohol” Menjadikan Hari Sukarelawan Antarabangsa sebagai hari memulakan

program-program celik huruf dan membaca. Pertandingan bahas tentang isu-isu berkaitan kesukarelaan. Sejarawan atau penulis meninjau sejarah kesukarelaan kebangsaan.

Mengutip derma, mendapatkan penajaan

Menderma bahan-bahan sekolah dan bekalan-bekalan hospital. Menderma mesin-mesin atau peralatan-peralatan. Mengutip derma bagi membeli dan mendermakan kerusi roda atau mesin

Braille. Mengutip derma bagi menyediakan cermin mata untuk anak-anak yatim atau

penduduk-penduduk kampung yang miskin. Memberikan peruntukan-peruntukan bagi biasiswa atau penyelidikan untuk

membantu remaja-remaja yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan yang lebih tinggi.

Membukakan akaun simpanan bagi anak-anak yatim sebagai deposit untuk membeli rumah pada masa depan agar akaun ini mencapai tahap yang mencukupi untuk pembelian rumah ketika anak-anak yatim tersebut berumur 21 tahun.

Syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan pakej diskaun bagi telefon bimbit dan pager kepada sukarelawan/wati sebagai satu promosi di mana korporat-korporat yang besar memberikan penghargaan kepada para sukarelawan/wati.

Menganjurkan majlis makan malam amal atau acara lelongan bahan-bahan yang didermakan untuk mengutip wang.

Mendapatkan pihak perniagaan membiayai pembikinan filem dokumentari atau laporan tentang Hari Sukarelawan Antarabangsa atau tentang projek-projek sukarela.

Persatuan wanita menderma vitamin, makanan dan pakaian untuk balu-balu dan anak-anak yatim.

Syarikat-syarikat farmasiutikal atau farmasi-farmasi menderma ubat-ubatan asas.

Bahagian 2: Mendokong Kesukarelaan

61

Pengiktirafan

Memberi hadiah, anugerah dan sijil untuk sukarelawan/wati dan langkah-langkah solidariti.

Mengadakan “Upacara Pengiktirafan” untuk menganugerahkan “pingat-pingat khidmat sukarela”.

Ketua Kerajaan merasmikan sambutan-sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Wanita Pertama atau pemimpin tinggi Kerajaan menyampaikan anugerah atau sijil kepada organisasi-organisasi kesukarelaan yang layak.

Merayakan dengan “Majlis Khas Sukarelawan/wati” untuk menandakan pencapaian para sukarelawan/wati.

Mengeluarkan buku atau laporan tentang sejarah kerja-kerja kesukarelaan dalam negara.

Organisasi-organisasi sukarela dan sukarelawan/wati menggunakan Hari Sukarelawan Antarabangsa untuk mengembalikan komitmen (re-dedicate) diri mereka.

Mengumumkan dan mengiktiraf “Sukarelawan/wati Tahunan” dan menghargai “Organisasi Sukarela Tahunan”.

Membuat dan mengiklankan senarai semua perkhidmatan yang tidak akan wujud jika tidak kerana sumbangan para sukarelawan/wati.

Fasilitasi dan pengambilan

Menubuhkan pusat di peringkat kerajaan atau yayasan untuk mempromosi kesukarelaan.

Mengadakan pertemuan pengambilan sukarelawan/wati, sebaik-baiknya dengan dokongan media.

Mengadakan talian maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kesukarelaan dan peluang-peluang untuk mengambil bahagian.

Memulakan kem atau khidmat latihan untuk para sukarelawan/wati. Mengadakan bengkel-bengkel tentang khidmat kesukarelaan, pemindahan

kemahiran, dll. Melancarkan direktori kebangsaan tentang organisasi-organisasi sukarela. Menganjurkan kempen “derma masa” di mana masyarakat mengikrarkan

untuk berkhidmat secara sukarela dalam projek-projek yang khusus. Menggantung perhiasan-perhiasan pada pokok-pokok sebagai publisiti bagi

masa yang telah diluangkan oleh ahli-ahli komuniti untuk kerja-kerja kesukarelaan.

Fasilitasi – Sokongan Kerajaan

Mengumumkan perundangan yang bertujuan untuk memfasilitasi kesukarelaan.

Menyediakan mesej-mesej sokongan daripada pegawai-pegawai tinggi. Merekacipta focal point peringkat kebangsaan untuk kerjasama antara

organisasi-organisasi sukarela dengan kerjaan.

62

Menandatangani kerangka-kerangka persetujuan antara struktur-struktur kerajaan dengan organisasi-organisasi sukarela.

Pihak berkuasa pos mengeluarkan setem dan sampul khas bagi menandai dan merayakan kesukarelaan.

Kerajaan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dari pelbagai agama, etnik atau kepentingan untuk tujuan berkongsi pengalaman dan idea.

Pegawai-pegawai tinggi menerima kunjung hormat oleh pengarah-pengarah dan perwakilan-perwakilan dari organisasi-organisasi sukarela dalam dan luar negara.

Kementerian-kementerian mendermakan bahan-bahan, atau wang untuk membeli bahan-bahan, untuk digunakan dalam projek-projek dan aktivitri-aktiviti kesukarelaan.

Menyiarkan rencana-rencana khas yang berkaitan dengan kesukarelaan di dalam buletin-buletin Kementerian.

Kerajaan menyokong kursus-kursus dalam kemahiran-kemahiran tertentu untuk para sukarelawan/wati.

Menteri mengirimkan kad-kad ucapan kepada para sukarelawan/wati negara yang berkhidmat di luar negera, sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan, dan ini diberikan liputan media.

Menyediakan sebidang tanah untuk ditanam dengan pokok-pokok di mana setiap pokok ialah mewakili seorang sukarelawan/wati yang baru.

Jaringan dan Pertukaran Pengalaman

Mengadakan persidangan atau simposium mengenai kesukarelaan dengan penyertaan organisasi-organisasi sukarela, para sukarelawan/wati, wakil-wakil kerajaan, individu-individu yang berminat, dll.

Mengundang sukarelawan/wati, wakil organisasi-organisasi sukarela, penyelidik-penyelidik dan lain-lain dari negara-negara jiran untuk berkongsi pengalaman.

Mengadakan perbincangan meja-bulat. Menganjurkan jamuan makan malam dengan cahaya lampu (yang didapatkan

misalnya dari lampu minyak daripada bahan-bahan kitar-semula) untuk bertukar atau berkongsi pengalaman-pengalaman kesukarelaan.

Menganjurkan persembahan-persembahan atau kuliah-kuliah oleh sukarelawan/wati untuk berkongsi pengalaman mereka secara in-formal di peringkat komuniti.

Perbincangan-perbincangan dan perjumpaan-perjumpaan di peringkat kampung.

Hubungan telefon dan video antara sukarelawan/wati di tempat-tempat yang berbeza.

Menyelaraskan sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa di peringkat serantau atau benua melalui hubungan telefon dan video.

Sarapan “Jaringan Kesukarelaan”. Promosi

Menyiarkan secara langsung ataupun rakaman temubual bersama para sukarelawan/wati di televisyen atau radio.

63

Menyiarkan rencana-rencana tentang kesukarelaan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa dalam berita TV.

Menyiarkan program “Sehari dalam Kehidupan Seorang Sukarelawan/wati” di radio atau TV.

Menyiarkan secara langsung program-program dan kerja-kerja kesukarelaan melalui stesyen-stesyen radio dan TV tempatan.

Menyiarkan klip/filem/dokumentari berkenaan kesukarelaan. Kanak-kanak menemubual sukarelawan/wati di radio. Menyiarkan diskusi panel tentang peranan kesukarelaan dalam masyarakat dan

negara. Suratkhabar menaja program-program kesukarelaan dengan memberi iklan

percuma. Suratkhabar menerbitkan rencana-rencana ataupun bahan-bahan tentang

khidmat sukarela. Menghasilkan video latihan tentang kesukarelaan. Menghasilkan lagu atau jingle untuk mempromosi kerja-kerja kesukarelaan. Mendapatkan pereka fesyen terkenal bagi merekacipta pakaian seragam untuk

para sukarelawan/wati Tokoh-tokoh terkenal secara terbuka melibatkan diri dalam kesukarelaan. Tokoh-tokoh terkenal membuat pengumuman-pengumuman tentang

kesukarelaan. Mengadakan sidang akhbar. Memuatkan rencana-rencana tentang kesukarelaan di dalam jurnal-jurnal dan

buletin-buletin badan-badan seperti Pihak Berkuasa Sukan, Pengakap dan Pandu Puteri, Persatuan Asrama Belia dan penerbitan-penerbitan oleh kementerian-kementerian Kerajaan.

Membawa para wartawan melawat projek-projek pembangunan. Menampal poster-poster dan kain-kain rentang di jalan, sekolah, universiti,

lapangan terbang, dll. Mendirikan papan kenyataan di tepi-tepi jalan tentang Hari Sukarelawan

Antarabangsa dan kerja-kerja kesukarelaan. PBB dan Pusat-pusat Penerangan Kerajaan membuat siaran-siaran akhbar

pada hari-hari menjelang Hari Sukarelawan Antarabangsa. Menganjurkan pertandingan “Projek Kesukarelaan Terbaik”. Menganjurkan pertandingan menggubah lagu rasmi kesukarelaan.

Penerangan

Mengadakan pameran tentang kerja-kerja sukarela di perpustakaan, pusat kebudayaan dan komuniti, universiti dan lain-lain

Mengadakan sesi-sesi penerangan yang mendapat publisiti yang baik tentang khidmat sukarela.

Organisasi-organisasi sukarela mengadakan “hari terbuka” atau “minggu organisasi sukarela” di universiti.

Menganjurkan pameran fotografi tentang langkah-langkah kesukarelaan.

Menggalakkan Sukarelawan/wati Masa Depan: Kanak-kanak dan Belia

64

Mengadakan pertandingan menulis esei peringkat sekolah berkenaan kesukarelaan atau atas tajuk “Apakah yang boleh saya lakukan untuk menjadikan kampung saya, tempat tinggal saya, menjadi tempat yang lebih baik”.

Kanak-kanak melukis “visi untuk dunia yang lebih baik” dan merekacipta poster-poster.

Menganjurkan pertandingan bercerita di kalangan kanak-kanak untuk mempromosi idea-idea kesukarelaan.

Bahagian 3: Sambutan!

Budaya dan Rekreasi

Menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan permainan (tarik tali, badminton, dll.).

Menyambut pesta kebudayaan, muzik, tarian dan makanan tempatan. Menganjurkan pameran lukisan yang dihasilkan oleh para sukarelawan/wati. Menyediakan persembahan teater, hiburan muzikal, koir dan konsert yang

popular. Menganjurkan program kesusasteraan (baca puisi, baca cerpen yang diiringi

dengan pertunjukan slide, dll.). Pertandingan-pertandingan poster, kraftangan dan lukisan. Perarakan-perarakan. “Berjalan untuk Keamanan” yang mungkin melibatkan kutipan derma melalui

penajaan per kilometer. Menganjurkan permainan-permainan bersama kanak-kanak. Membentuk “Jaringan Persahabatan Antarabangsa” (dengan berpegangan

tangan sambil dijulang tinggi). Mengambil gambar kanak-kanak sedang membuat bentuk susunan huruf “S”

(untuk sukarela) untuk dijadikan gambar peringatan. Menganjurkan tayangan filem. Melepaskan belon. Mengambil bahagian di dalam larian maraton. Mengadakan sambutan dengan perkelahan. Mengadakan majlis keagamaan untuk menghargai kesukarelaan peringkat

tempatan dan untuk menggalakkannya lagi.

PENUTUP

Kesukarelaan masih hidup dan segar. Sebahagian dari jenis dan bentuknya mungkin telah berubah. Mungkin juga telah diinovasi dan diganti dengan yang

65

tersinikini. Hakikatnya ialah kesukarelaan – sebagai idealisme dan sebagai gerakan – adalah dinamik. Kerana itu, ia harus sentiasa mengakomodasi dan mencari yang paling relevan – cara, corak dan citra baru.

Kini, yang perlu dilakukan dengan lebih serius, sistematik dan berkesinambungan ialah menjadikan kesukarelaan sebagai satu gerakan yang terlibat secara langsung dalam governans, iaitu kerangka sistem berkerajaan dan bernegara, untuk benar-benar dapat merealisasikan masyarakat penyayang dan prihatin, demi mencapai kebahagiaan yang hakiki. Barulah tema menjana perubahan yang bermakna itu benar-benar bermakna.

Akhirnya, penulis teringat analogi tentang kesukarelaan yang dibisikkan oleh Saudara Kamal Majid, bekas Setiausaha Kerja MBM, kini Pegawai Operasi World Assembly of Youth (WAY). Katanya, analogi ini dibuat oleh Saudara Nawawi Saroh, seorang lagi bekas Setiausaha Kerja MBM yang kini bekerja dalam sektor perniagaan:

Memikul urusan kenduri kahwin untuk membina rumah adalah kerja normal. Apabila tidak dibuat, dianggap gila. Jika berjaya, dikira biasa. Jika gagal, dikira luar biasa. Tetapi, memikul balak untuk membina rumah adalah kerja gila. Apabila tidak dibuat, dianggap normal. Jika gagal, dikira biasa. Jika berjaya, dikira luar biasa. Kesukarelaan adalah umpama memikul balak – gila-gila dan luar biasa!

Lampiran 1

KAU YANG RELA

66

Suatu pagi Disember ungudi bawah pohon besar ituangin kuala membisikkanpuisi putih jernihmumasuk ke ruang-ruang akalmembuka hati-hati kristalbersatu dalam rentakberpadu dalam gerak

Ketika desa berdukaketika kota nestapakau tampil angkatan mukamenyambut kesahihan tradisimengisi kebulatan haluanmemenuhi lapangan ketigamembangkit golombang mercukebenaran dan keadilanperjuangan dan pengorbanandi langit idealismedi bumi aktivisme

Kau sisir cemburu waktubercinta dengan sawah, lombong, ladangbercumbu dengan sungai, lurah, gunung bermesra dengan empangan, terowong, menarabersalam dengan lembah silikon, bukit digitalkau di Jalan Othmanaku di Bandar Tun Razakmahasiswa, belia, pekerja mudaanak mentah, nenek resahmatang di tengah gelanggangbelajar daripada flora dan faunabelajar daripada sudut dan saujanabelajar daripada keinsanan dan keinsafan

Kau yang rela mengangkat warisanmenjunjung wawasan mendakap batinmelagukan puisi maknawiketinggian bahasa, kejatian budayaketangkasan minda, keteguhan jiwa

67

keagihan dana, kejujuran kuasabicara tentang perahu nelayanbicara tentang pondok setinggantunduk tafakurpada seruan Tuhanpada rukun negarapada rukun manusia

Kau yang relabukan berkuasabukan berniagahanya menenun lembaran puisitaman mawar bakti insanitulus kuduskasih sejatiharuman abadi

Saifuddin AbdullahKuala Lumpur5 Disember 1996

(Berita Minggu, 27 Julai 1997)

Lampiran 2

RESOLUSI PBB MENGISYTIHARKANTAHUN SUKARELAWAN ANTARABANGSA 2001

68

Berikut ialah Resolusi No.52/17 pada 15 Januari 1998 yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan 2001 sebagai

Tahun Sukarelawan Antarabangsa.Diikuti dengan Laporan Economic and Social Council

yang mencadangkan pengisytiharan tersebut.

Fifty-second session 15 January 1998Agenda item 12

RESOLUTION ADOPTED BY THE GENERAL ASSEMBLY

52/17. International Year of Volunteers, 2001

The General Assembly,

Welcoming the recommendation of the Economic and Social Council contained in its resolution 1997/44 of July 1977,

Decides to take the action called for in that resolution, inter alia, proclaiming 2001 the International Year of Volunteers.

REPORT OF THE ECONOMIC AND SOCIAL COUNCIL

Draft resolution recommended by the Economic and Social Council

International Year of Volunteers, 2001

The General Assembly,

Recalling its resolution 2659 (XXV) of 7 December 1970, 31/131 of 16 December 1976, 31/166 of 21 December 1976, 40/212 of 17 December 1985 and 49/139 B of 20 December 1994, and bearing in mind decision 96/32 of the Executive Board of the United Nations Development Programme/United Nations Population Fund, in which the Executive Board acknowledged the importance of the contribution made by volunteers worldwide and expressed its support for the efforts of the United Nations Volunteers to promote further volunteer work,

Taking into account its decision 35/424 of 5 December 1980 and Economic and Social Council resolution 1980/67 of 25 July 1980 concerning guidelines for international years and anniversaries,

Noting the significant contribution that volunteers make in their own countries to improve the welfare and realizing the aspirations of their fellow citizens for improved economic and social well-being, and the financing of their work largely

69

through civil society, including the private sector, as well as the important achievements of volunteers assigned internationally to the attainment of the development goals of Member States,

Noting the assistance provided by the United Nations Volunteers, in particular to United Nations organizations and operations in the fields of social and economic development, humanitarian aid and the promotion of peace, democracy and respect for human rights, and above all in helping to link these efforts closely to the populations for whom they are intended,

Also noting the importance of new players taking the initiative at the local, national and international levels, particularly individuals and organizations of civil society, in partnership with Governments, as emphasized in the Copenhagen Declaration on Social Development and the Programme of Action of the World Summit for Social Development,

Bearing in mind the conclusion of the Fourth World Conference on Women, that women should be enabled to benefit from lifelong learning, including volunteer activity, and noting that much volunteer activity is performed by women and that such socially useful work should be appropriately recognized and supported,

Convinced that the need for volunteer effort is greater than ever in light of the adverse impact of such global problems as environmental degradation, poverty, drug abuse and human immunodeficiency virus/acquired immunodeficiency syndrome on the more vulnerable sectors of society, and of the trend for civil sosiety, in partnership with government and the private sector, to assume ever greater responsibilities in the development process,

Also convinced that a year designed to enhance the recognition, facilitation, networking and promotion of volunteer service, with particular emphasis upon activity at the local level, could make a significant contribution to generating increased awareness of the achievements and further potential of volunteer service, to encouraging offers to service from a greatly expanded number of individuals and to channelling resources to augment the effectiveness of such service,

Nothing with satisfaction that the proposal for the year has gained widespread support within civil society,

1 Proclaims 2001 the International Year of Volunteers;

1 Inivites Governments, the United Nations system and intergovernmental, volunteer and non-governmental organizations and community-based organizations to collaborate and identify ways and means of enhancing the recognition, facilitation, networking and promotion of volunteer service in the preparations for and observance of the Year;

1 Designates the United Nations Volunteers programme, without prejudice to existing priorities, as the focal point for preparations, implementation and follow-up of the Year in close collaboration with other organizations of the United Nations system, and encourages the United Nations Volunteers to

70

continue the process of close collaboration and partnership with Governments and international and national volunteer and non-governmental organizations, in particular, with regard to the preparations for and implementation of the Year;

1 Invites policy-making organs and the relevant organizations of the United Nations system to consider, in the context of their substantive mandates, the principles and objectives of the Year, making special efforts through new and existing programmes during the period 1998-2001 and to pursue follow-up action to the Year for the benefit of all countries and peoples;

1 Appeals to Member States, as well as all other participants in the observance of the Year, to highlight 2001 as a special occasion benefiting the peoples of the world in their quest for a better life for all, based on the voluntary commitment of individuals and groups to make available their time and share their resources and skills in the interest of those less advantaged;

1 Calls for a concerted promotional and information campaign on behalf of the Year at the national, regional and international levels, with the strong participation of the mass media;

1 Requests the Secretary-General to take specific measures, within existing resources and with support from voluntary resources, through all the communications media at his disposal, in particular within the mandate of the Department of Public Information of the Secretariat, to give widespread publicity to the preparations for and observance of the Year and to disseminate information on the subject.

Lampiran 3

UCAPAN SETIAUSAHA AGUNG PBB KOFI ANNAN

Berikut ialah teks ucapan Setiausaha Agung PBB Kofi Annan di majlis pelancaran Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 di New York pada 28 November 2000.

71

It is a very special pleasure for me to take part in this opening ceremony of the International Year of Volunteers. At the heart of volunteerism are the ideals of service and solidarity and the belief that together we can make the world better. In that sense, we can say that volunteerism is the ultimate expression of what the United Nations is all about. So I am delighted to celebrate with you -- the millions of volunteers who serve tirelessly around the world -- to meet people's needs, to protect their rights, and to help give them a voice.

All over the world, volunteers are working with governments, non- governmental organizations and the private sector to deliver effective professional assistance. Their motivation can be summed up in one word: sharing. They share their time. They share their skills and talents. Above all, they share a human experience. They know that the true measure of success in life is not what we gain but what we give back to our fellow men and women. And they have the courage to believe that what they do will make a real difference.

Sharing is also how they approach their work. They do not seek to impose their values, their ideas or their agendas. Rather they find out what people need and want, and they work with them to make it happen.

They teach children to read. They act as mentors for young people. They help women start businesses. They help feed the old and sick who have no family to care for them. They help build wells for communities, so that everyone can have access to clean water. They help maintain peace and build democracy, lend a hand to the survivors of conflict and war, assist with the implementation of long-term development projects, and help preserve the environment. They also serve on schoolboards, visit prisons and work in hospitals. Whatever they do, they do in the interests of peace and harmony within and between communities, and so they help keep our societies strong and healthy.

Yet, the important contributions that volunteers make are often overlooked in both developed and developing countries. Indeed, most countries do not take their services into account when calculating national output. In the few countries where they have been measured, it is estimated that volunteer activities make up between 8 and 14 per cent of the Gross Domestic Product. In the United States for instance, the volunteer workforce represents the equivalent of over 9 million full-time employees, at an annual value of $225 billion. In Canada, one third of the population does voluntary work, providing over 1 billion hours of their time to the service of others every year. And in the United Kingdom, the same applies to nearly half the population.

A tiny sample of this worldwide voluntary workforce is with us here today. As these dedicated individuals will tell you, volunteerism is not a matter of wealthy and generous people dispensing largesse to the poor. It is people from all walks of life and strata of society, who have made the choice to serve their fellow men and women whether at home or abroad. Of the 4,500 United Nations Volunteers serving around the world every year, more than two thirds of them are from developing countries, working in neighbouring states or overseas in a true expression of South-South cooperation.

72

It is people like Catherine Phiri from Malawi who, learning that she was HIV positive, used her experience and her voice to break the silence on AIDS in her country, and founded an HIV/AIDS support organization. Or Vannary Ing of Cambodia who, after the United Nations helped him return home from a refugee camp and take part in the 1993 elections in his country, wanted to give back some of what he had received. He volunteered to join United Nations Volunteers' electoral team in East Timor. Or Karim Kasim, a young Egyptian United Nations Volunteer, who carries his laptop to villages to explain how information on the Internet can help local people.

I could tell you many more stories of courageous people like Catherine, Vannary and Karim -- or Amy, Monette and Olufemi who will tell us themselves about their experience in a moment. Their dedication gives all of us a magnificent example to follow.

In intervening not only with their hands and minds, but also with their hearts, volunteers do more than provide services. They bring hope to those they help, and so help them find the strength to overcome their weakness. Their reward may be new lifelong friendships, a new understanding of other peoples, of other cultures and other countries' problems and perspectives, or simply the knowledge that they have made a difference. Invariably, volunteers will tell you they have received at least as much as they have given.

It is such giving and receiving that binds a society together. By promoting inclusion and trust, it helps build the foundations of social justice and stability. Evidence is growing that societies with high levels of civic engagement have a lower level of communal strife.

Today we need that engagement more than ever. In most countries, the benefits of globalization will not reach the poor unless an active effort is made to bring its opportunities within their reach. But on the ground, much of this effort will have to be provided by volunteers.

And that in turn means that societies need to recognize and promote volunteerism as a valuable activity. They must facilitate the work of volunteers, and encourage volunteer action at home and abroad. And they must develop networks among volunteers in different countries, so that they can learn from each other's experience. By calling upon volunteers and building partnerships with civil society, governments can help increase the efficiency of public services, and ensure that they reach more people.

This is what I had in mind when I asked United Nations Volunteers to lead an Information Technology corps of volunteers -- UNITeS -- which is helping people in developing countries learn how to use the resources of the Internet and of information technology for human development. I am very pleased that some 40 volunteers have already joined UNITeS and have taken up assignments in developing countries. I hope more will join.

Bridging the digital divide is not going to be easy. UNITeS is just one example of the exciting new areas that volunteerism can venture into. The Internet provides an invaluable channel through which volunteers can be recruited, and other services offered, facilitated and promoted.

73

Initiatives such as NetAid's online volunteering web site -- a partnership between the United Nations Development Programme (UNDP), United Nations Volunteers and Cisco -- are taking advantage of the new technologies by allowing people to volunteer online, and so to share their skills with those in need around the world. All that is needed is some spare time, the desire to help, a computer, and access to the Internet.

I hope that the International Year of Volunteers will help us make such generous initiatives better known. We must also use it as an opportunity to raise awareness about the vital work done by volunteers from all walks of life, and think of new ways to promote volunteerism both in our own communities and further afield. To learn more about how you can help, I encourage you to visit the exhibition in the Visitors' Lobby which will be opened later today.

Finally, let me say a big thank you to all the volunteers around the world who collectively are making a magnificent contribution to ensuring a better and safer world for all of us. We, at the United Nations, are very proud of our United Nations Volunteers, who help us carry out our mission in sometimes difficult and dangerous conditions. Like the countless other volunteers we will be honouring this year, United Nations Volunteers are a shining example in action of the values of solidarity and shared responsibility that the Millennium Summit proclaimed as essential to international relations in the twenty-first century. They are true citizens of the world.

Thank you very much.

Lampiran 4

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIADATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Berikut ialah petikan ucapan oleh Timbalan Perdana MenteriDato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan pelancaran

Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 Peringkat Malaysia, pada 10 Mac 2001,di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.

74

Saya mengalu-alukan sambutan Tahun Sukarelawan Antarabangsa oleh para sukarelawan dan pertubuhan sukarela di negara kita pada tahun ini. Saya berbangga kerana kita juga tidak ketinggalan untuk memberikan penghargaan dan dorongan kepada sukarelawan dan pertubuhan mereka di pelbagai bidang kegiatan.

Sempena sambutan Tahun Sukarelawan Antarabangsa ini, saya berharap pelbagai pihak akan mengingati jasa dan sumbangan sukarelawan dan tampil ke hadapan untuk memainkan peranan masing-masing bagi menyokongnya. Tanpa sokongan ini tidak mungkin khidmat sukarela akan berkembang.

Kerajaan sentiasa memberikan dokongan dan sokongan yang padu kepada kerja-kerja sukarela di negara ini. Ini dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan. Di samping itu, adalah perkara yang biasa bagi jabatan dan agensi kerajaan membenarkan kakitangannya bercuti untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarela yang tertentu.

Saya menyeru pihak swasta untuk menggalakkan kakitangannya terlibat dalam kerja-kerja sukarela. Mereka sepatutnya diberikan kemudahan cuti tanpa rekod. Janganlah potong gaji mereka jika mereka terpaksa tidak hadir bekerja untuk beberapa hari kerana membantu dalam bencana-bencana seperti banjir dan kebakaran.

Walaupun saya memahami pihak swasta bimbang akan kejadian ponteng, yang boleh menggugat produktiviti, tetapi kerja-kerja sukarela perlu diiktiraf dan diterima sebagai amat penting. Pihak swasta tidak seharusnya menghalang kakitangannya daripada terlibat dalam kerja-kerja sukarela kerana ini adalah tenaga penggerak kemanusiaan yang amat penting.

Kini, malangnya, telah wujud perasaan tidak apa di kalangan masyarakat sehingga ada yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada polis apabila mereka menyaksikan kemalangan atau peristiwa tertentu. Keadaan ini perlulah diperbaiki.

Dalam hal ini, kerja-kerja sukarela dan para sukarelawan perlu diberikan pengiktirafan dan dokongan yang sewajarnya. Pada masa yang sama, semangat kesukarelaan mesti dipupuk dan dibudayakan, terutamanya di kalangan generasi muda dan belia.

Selamat Menyambut Tahun Sukarelawan Antarabangsa.

75

Lampiran 5

UCAPAN TAN SRI RAZALI ISMAILPENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN SALAM

Berikut ialah petikan ucapan Tan Sri Razali Ismail, PengerusiLembaga Pemegang Amanah, Yayasan Salam Malaysia di majlis Pelancaran Tahun

Sukarelawan Antarabangsa Peringkat Malaysia pada 10 Mac 2001di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang telah sudi menghadiri majlis pelancaran Tahun Sukarelawan Antarabangsa. Kehadiran beliau

76

memberikan makna yang besar kepada perkembangan kesukarelawanan di negara ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap sukarelawan dan pertubuhan sukarela yang telah memberikan sumbangan yang begitu besar bagi membantu masyarakat yang memerlukannya dan seterusnya membina satu negara dan dunia yang lebih baik.

Tahun 2001 adalah tahun yang istimewa untuk pembangunan sukarelawan di seluruh dunia. Tahun ini telah diisytharkan sebagai Tahun Sukarelawan Antarabangsa atau International Year of Volunteers (IYV). Maka, diseluruh dunia, sumbangan sukarelawan dihargai dan diperkembangkan. Di Malaysia, SALAM telah dilantik sebagai focal point bagi perancangan dan perlaksanaan program-program untuk meraikan tahun yang istimewa ini.

Melalui IYV, kita berharap untuk meningkatkan bilangan sukarelawan, khususnya di kalangan belia, untuk terus terlibat dalam kerja sukarela. Bagi saya, essence membina masyarakat yang penyayang adalah aktiviti-aktiviti sukarela yang dihayati dan diamali oleh semua lapisan masyarakat. Kesukarelawanan adalah tindakan – it is an action to alleviate sufferings of build a better life for others (not mere pity or mere expressions of concern).

Akan tetapi, untuk menggalakkan kesukarelawanan dan membina masyarakat penyayang, bukan mudah. Ia memerlukan sumbangan dan kerjasama semua pihak – kerajaan, swasta, media dan pertubuhan sukarela.

Peranan kerajaan adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan kesukarelawanan melalui penyediaan perundangan, dasar dan program, yang menggalakkan sukarelawan, pertubuhan sukarela dan juga pihak swasta untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Media juga harus lebih sensitif dan supportive terhadap pertubuhan sukarela. Much too often, at programs and functions of voluntary organizations, the interview with the VIP on current issues or recent controversies are covered. The volunteers of their actions are neglected. (I say often, not always – I have to be careful here). I am not saying that current issues should not be covered. Only, that the media can do great service to voluntarism in Malaysia through better coverage and support of volunteers, voluntary activities and voluntary organizations. Who knows, your stories may inspire others to give their time and effort for the less fortunate. Thus through your support, the number of people involved in voluntary work could multiply.

Tidak dapat dinafikan bahawa the true heroes of voluntarism are the volunteers themselves and their voluntary organizations. It is they who, through their contribution and time, have helped to make this world a better place.

A better place: for children; for orphans; for victims of war; for the poor; for the elderly; for AIDS patients; for drug addicts; and, for every community in need.

It is for them that this year is dedicated – the unsung heroes who quietly but surely are changing peoples five for the better.

Let us give them a hand.

77

SALAM telah mengajak pertubuhan-pertubuhan sukarela untuk menjadi rakan-kongsi IYV. Tujuan utama perkongsian ini, adalah untuk merancang dengan lebih strategik, agar keberkesanan kita sebagai sektor ketiga dapat dipertingkatkan. Lebih 40 organisasi telah memberi respons secara positif, dan nombor ini terus bertambah (most of the IYV Partners leaders are present here and I would like extend my deepest appreciation for your support and cooperation). Satu program yang menjadi simbol kerjasama ini adalah laman web pertubuhan sukarela yang sedang di wujudkan. Through the web being established, more people will be able to know about your programs and activities, and hopefully more will respond positively to help. It is indeed a win-win situation; the voluntary organizations get their volunteers and the public gets to choose and participated in events of their interest.

Voluntarism, after all, is for everyone.Each one of us have something to contribute.

Akhir kata, sempena tahun istimewa ini dan tahun-tahun seterusnya, kita hendak lebih ramai untuk terlibat dengan aktiviti sukarela dengan kesedaran bahawa kita boleh – Menjana Perubahan Bermakna. Each one of us can make a difference (and we should).

Terima kasih.

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah badan induk kebangsaan bagi persatuan-persatuan belia Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Julai 1948, MBM kini dianggotai 35 buah Badan Gabungan dan 3 buah Badan Bersekutu dengan 2 juta orang ahli.

Fungsi utamanya ialah:

- Membuat dasar-dasar pembangunan belia dan pembangunan negara. - Mengkoordinasi dan menganjurkan aktiviti, bakti dan advokasi belia. - Mewakili belia di pelbagai ruang-lingkup dan peringkat.

Sebagai gerakan belia, MBM mempunyai enam objektif generik yang dikongsi bersama dalam keluarga besarnya, iaitu:

- Membantu mengadakan situasi dan kondisi yang mendatangkan kesan-kesan positif.

- Membantu mengadakan situasi dan kondisi yang menghalang daripada/dan memperbaiki kesan-kesan negatif.

78

- Membantu semasa bencana dan kecemasan. - Memperjuangkan perkongsian nasib dan keberuntungan sosio-ekonomi yang

saksama. - Memperjuangkan hak asasi manusia. - Menyediakan pemimpin pelapis.

Program

Antara program tahunan MBM dan badan gabungannya ialah:

Hari Belia Negara pada 15 Mei Anugerah Belia Negara Konvensyen isu-isu pembangunan belia Latihan kepemimpinan dan pengurusan Khidmat masyarakat Kursus kemahiran Penerbitan Suara Belia Penerbitan bahan-bahan mengenai belia Student Environment Protection Ambassadors (SEPAs) Program Rakan Muda Aktiviti kebudayaan dan rekreasi Projek pertanian Program gaya hidup sihat Program pembangunan usahawan muda Pameran

Fokus MBM 2000

Permintaan Belia

- Belia mahu suaranya didengar- Belia mahu isunya diketengahkan- Belia mahu peranannya dipertingkatkan

Sasaran Utama

Mewujudkan pembangunan belia yang bersepadu dan antara bidang sehingga ia menjadi penentu arus perdana pembangunan negara.

- Pembinaan jati diri belia Malaysia yang kental - jiwa warisan, wajah wawasan dan langkah wiraan.

- Kebangkitan semula gerakan belia yang dipelopori MBM.

Langkah Strategik

- Memperkasa persatuan belia dengan idealisme, aktivisme dan intelektualisme yang tinggi.

- Meneroka bidang-bidang baru dalam pembangunan belia dan negara. - Mencari pendekatan-pendekatan baru dalam pembangunan belia dan negara.

79

- Mengukuhkan semangat kesukarelaan di kalangan belia. - Mewujudkan “perwakilan belia” dalam “governans baru”.- Meningkatkan penghayatan budaya ilmu di kalangan belia.

Rakan Pembangunan

Rakan pembangunan utama MBM ialah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). MBM-KBS menggerakkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), iaitu “Parlimen Belia” yang menemukan pemimpin belia, pegawai tinggi kerajaan, pihak perniagaan, ahli-ahli politik muda dan tokoh masyarakat bagi menggubal dasar-dasar dan program-program utama belia negara.

MBM juga mengadakan jaringan kerjasama dengan organisasi masyarakat sivil yang mewakili para pekerja, kepenggunaan, wanita, karyawan dan lain-lain.

Majlis Belia MalaysiaPusat Belia Antarabangsa

Jalan Yacob Latif, Bandar Tun Razak56000 Kuala Lumpur

www.belia.org.my

Tel: 03-9732761/3 Faks: 03-9732759 [email protected]

YAYASAN SALAM MALAYSIA

SALAM adalah sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan pada 1996 dengan dua tujuan utama: mempromosi kesukarelawanan dan menjayakan kesukarelawanan di Malaysia. Mengikut seksyen 3 Memorandum Pertubuhan, yayasan ini ditubuhkan untuk ‘menyemaikan tradisi khidmat komuniti di kalangan rakyat Malaysia melalui kegiatan sukarela dengan menyediakan tenaga-tenaga sukarela serta peluang bagi mereka untuk hidup dan bekerja dengan golongan-golongan yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan, berkongsi kemahiran dan ilmu pengetahuan dan membina keupayaan, dalam menuju sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama’.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SALAM, Tan Sri Razali Ismail menyatakan, ‘Yayasan Salam beranggapan kerja sukarela suatu cara yang cukup bermakna untuk membawa perubahan. Kerja sukarela membantu membina komuniti yang kuat dan padu melalui penyemaian etika berkongsi, membantu dan menjaga. Melalui SALAM, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang untuk menyumbang ke arah pembentukan masyarakat sivil apabila mereka berkhidmat sebagai sukarelawan di dalam atau di luar negeri’.

80

SALAM menyediakan sukarelawan-sukarelawan untuk berkhidmat dengan golongan dan komuniti yang memerlukan, berkongsi ilmu dan kemahiran dan, yang lebih penting, berkongsi masa dengan mereka.

Ringkasnya, SALAM terlibat dalam dua perkara utama: mempromosi kesukarelawanan; dan, menjayakan kesukarelawanan

Mempromosi Kesukarelawanan

Kesukarelawanan boleh diertikan sebagai sumbangan yang dibuat oleh individu tanpa ganjaran kewangan bagi kesejahteraan jiran tetangga, komuniti atau masyarakatnya.

Tujuan utama SALAM ialah menggalakkan kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, agar tenaganya disalurkan kepada kegiatan-kegiatan yang berfaedah bagi masyarakat. Dalam hal ini, salah satu strategi penting ialah menggalakkan kesukarelawanan di sekolah dan di kalangan kelab-kelab belia. SALAM juga menggalakkan kesukarelawanan di kalangan orang ramai. Kumpulan-kumpulan sasar utama meliputi: kelab-kelab di sekolah, pelajar, mahasiswa universiti, pelajar di kolej swasta, mereka yang baru meninggalkan bangku sekolah, belia yang menganggur, profesional dan pesara.

Menjayakan Kesukarelawanan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengklasifikasikan kesukarelawanan kepada 4 kategori: kerjasama atau bantuan kendiri; khidmat untuk orang lain; penyertaan; dan, kegiatan advokasi atau berkempen.

Kerja sukarela merangkumi pelbagai bidang kegiatan dan kumpulan sasar. Ini termasuklah: berkhidmat dengan pertubuhan kebajikan (rumah anak-anak yatim, warga tua, pesakit yang tenat dan orang kurang upaya); kegiatan-kegiatan komuniti; tindakan berhubung alam sekitar; kesedaran tentang isu-isu wanita; isu-isu dan hak-hak kanak-kanak; isu-isu kepenggunaan; kesedaran buruh; program-program berdasarkan isu-isu tertentu (seperti HIV/AIDS, Berfrienders, Cancerlink, Hospice dan kesihatan/sakit puan). SALAM berusaha mewujudkan peluang-peluang untuk sukarelawan berkhidmat dalam projek-projek atau melibatkan diri secara terus-menerus dalam bidang-bidang berkenaan. Berdasarkan minat dan kemahiran masing-masing, sukarelawan boleh memilih bidang khidmat yang diminatinya.

Sukarelawan Terus-Menerus

Ketika ini, sukarelawan-sukarelawan sepenuh-masa dan sambilan SALAM berkhidmat dengan: rumah anak-anak yatim; rumah orang-orang tua; pusat-pusat orang kurang upaya; pusat-pusat kaunseling; usat-pusat untuk kanak-kanak istimewa; khemah-khemah Orang Asli; pusat-pusat dadah; menyertai projek-projek ad-hoc; dan, golongan/komuniti berpendapatan rendah.

Projek-Projek bagi Penglibatan Sukarelawan

81

SALAM juga menganjurkan projek-projek yang dapat membantu penglibatan serta sumbangan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Projek-projek yang sedang dijalankan ketiga ini dan perlu diteruskan termasuk: latihan pertolongan cemas; derma darah; majlis keraian untuk kanak-kanak yang mengidap barah; gotong royong; projek kitaran semula; penanaman pokok; kem perubatan; kem penjagaan gigi; dan, program motivasi untuk anak-anak yatim.

Kesukarelawanan Peringkat Antarabangsa

Yayasan Salam Malaysia terlibat dalam kesukarelawanan antarabangsa. Setakat ini, sukarelawan-sukarelawan dari Malaysia telahpun dihantar ke Laos dan Kemboja. SALAM juga dalam proses menghantar sukarelawan-sukarelawan ke Timor Timur dalam bidang-bidang latihan komputer, pembangunan komuniti dan mikro-kredit. SALAM juga telah dilantik bagi membantu merekrut sukarelawan untuk United Nations Volunteers.

Yayasan Salam Malaysia

8, Jalan Utara46200 Petaling Jaya, Selangor

www.salam.org.my

Tel: 03-79584021 Faks: 03-79584031 E-mel: [email protected]

AKADEMI BELIA

Pengenalan

Akademi Belia (didaftarkan pada 2 November 2000) ialah organisasi pembangunan sumber manusia yang komited kepada falsafah membina belia yang memiliki peribadi bersepadu dari segi spiritual, mental dan fizikal; kaya dengan idealisme, aktivisme dan intelektualisme; berdikari; bersemangat sukarela; patriotik; menjadi rakan pembangunan yang berkesan; serta pemimpin pelapis yang berwibawa.

Dalam konteks ini, Akademi Belia akan memainkan peranan yang khusus untuk meningkatkan penghayatan budaya ilmu dan profesionalisme dalam kerja-kerja pembangunan belia melalui program-program pendidikan dan latihan yang berkualiti.

Bagi mencapai hasrat penubuhannya, Akademi Belia akan bekerjasama dengan semua pihak, terutamanya dengan Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Misi

82

Memperkasa pembangunan belia melalui ilmu dan profesionalisme.

Objektif

Menggalakkan belia menghayati ilmu bagi memenuhi potensi diri untuk mencapai kehidupan yang cemerlang dan bahagia.

Membantu memperkukuh dasar, program, organisasi dan situasi yang kondusif untuk pengembangan dan pembangunan belia.

Meningkatkan profesionalisme pendidikan dan latihan pembangunan belia.

Kumpulan Sasar

Pemimpin, pengurus dan pembuat keputusan dalam persatuan belia dan organisasi-organisasi yang terlibat dalam pembangunan belia.

Sukarelawan/wati yang berkhidmat dalam pembangunan belia.

Pemimpin-pemimpin pelajar.

Aktiviti Utama

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perundingan yang berkaitan dengan dasar dan program pembangunan belia.

Merangka modul pembelajaran dan latihan, melaksanakan program latihan dan menguruskan sistem akreditasi latihan belia.

Menerbitkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembangunan belia.

Aktiviti 2000-2002

Menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negara (PEMBINA) 2001-2010, bersama MBM dan KBS.

Menyediakan input bagi Pelan Induk K-Ekonomi Negara, bersama MBM.

Menyediakan modul program Patriotisme Alaf Baru, bersama MBM.

Menyediakan modul dan melaksanakan latihan Memperkasa Persatuan Belia.

Menerbitkan buku mengenai Kesukarelaan.

Menyediakan input imej baru program Rakan Muda, bersama MBM.

83

Akademi BeliaD/a Majlis Belia MalaysiaPusat Belia Antarabangsa

Jalan Yacob Latif, Bandar Tun Razak56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-0732761/3 Faks: 03-9732759

BIBLIOGRAFI

Abdullah Ahmad Badawi, 2001. Ucapan perasmian Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 peringkat Malaysia anjuran Yayasan Salam. Petaling Jaya. 10 Mac 2001.

Aileen Ng, 1998. “Being a Volunteer in the Land of a Million Elephants”. Rencana dalam majalah Sukarelawan. Petaling Jaya: Yayasan Salam Malaysia. Jilid/Vol:1,No.1/1998.

Annan, Kofi, 2000. Ucapan pelancaran Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001. New York. 28 November 2000.

Coles, Robert, 1993. The Call of Service: a Witness to Idealism. Boston: Houghton Mifflin Company.

Drucker, Peter F., 1994. Managing the Non-Profit Organization. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd.

Freddie Ng, 2001. “Volunteers happy to work for three meals a day and an allowance”. Rencana di akhbar New Straits Times. Kuala Lumpur: New Straits Times. 29 April 2001.

Kotler, Philip., Roberto, Eduardo L., 1989. Social Marketing: Strategies for Changing Public Behavior. New York: The Free Press.

84

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, 1997. Dasar Pembangunan Belia Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kerajaan Malaysia, 2001. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi.

__________, 2001. Rancangan Malaysia Kelapan. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi.

Mahathir Mohamad, 2001. “Amanat Patriotisme Alaf Baru”. Ucapan di Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru anjuran Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Belia Selangor. Shah Alam. 18 Februari 2001.

Majlis Belia Malaysia, 1999. Country Monograph on the Youth Situation, Policies and Programmes in Malaysia. Projek bersama Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik PBB dan Queen’s University. Kuala Lumpur.

Mohd. Yaakub Johari dan Hanafiah Diman, 1995. “Peranan dan Tanggungjawab Pelbagai Sektor dalam Meningkatkan Kesukarelaan di Malaysia”. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Kesukarelaan anjuran Institut Kajian Dasar dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kuala Lumpur. 20-21 Jun 1995.

Paul Selva Raj, 2000. “Is the Spirit of Volunteerism Alive?”. Rencana dalam WAY Forum. Kuala Lumpur: WAY October-November-December 2000.

Saifuddin Abdullah, 1998. Strengthening Youth Development: Implementation through Empowerment. Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia.

__________, 2000. Memperkasa Persatuan Belia, Kuala Lumpur: Majlis Belia Malaysia & Pubel Putrajaya Rec. Bhd.

__________, 2000. “The Role of Civil Society in Good Governance: New Governance as a Framework“. Kertas kerja di First ASEAN People Assembly (APA), anjuran ASEAN-ISIS. Batam. 22-24 November 2000.

Siti Hawa Ali, 1995. “Senario Kesukarelaan di Malaysia: Dulu, Kini dan Masa Depan”. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Kesukarelaan anjuran Institut Kajian Dasar dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kuala Lumpur. 20-21 Jun 1995.

United Nations, 1995. World Programme of Action for Youth to the Year 2000 and Beyond. New York: General Assembly.

__________, 1998. Resolution Adopted by the General Assembly, 52/17. International Year of Volunteers 2001. New York: General Assembly.

__________, 1998. Lisbon Declaration on Youth Policies and Programmes. Lisbon: First World Conference of Ministers Responsible for Youth.

85

United Nations Volunteers, 1999. Expert Group Meeting on Volunteering and Social Development. New York. 29-30 November 1999.

Wan Ee Lin, 2001. “Why Voluntary Work?”. Rencana di New Straits Times. Kuala Lumpur: New Straits Times. 23 Mac 2001.

Yayasan Salam Malaysia, 2000. “Establishment of the National Forum on Voluntarism: in Conjunction with International Year of Volunteers – 2001”. Kertas taklimat. Petaling Jaya.

PENULIS

Saifuddin Abdullah ialah aktivis belia pada sepanjang usia belianya. Beliau Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-02) dan yang pertama berkhidmat sepenuh masa secara sukarela. Sebelum itu, beliau Setiausaha Agungnya yang paling lama (1990-98) dan Ahli Dewan Tertingginya (1985-90). Terdahulu dari itu, beliau Presiden Ikatan Pengkajian Islam Pahang (1983-86), Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (1984), Presiden Persatuan Bahasa Melayu Univesiti Malaya (1982/83-1983/84), Penolong Setiausaha Kesatuan Pelajar Islam Perak Cawangan Kuala Kangsar (1980) dan Ketua Murid Kolej Melayu Kuala Kangsar (1980).

Beliau juga Pengarah Eksekutif/Pengasas Akademi Belia, Presiden MBM-Zaifa Motorsports, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Salam, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar untuk Majlis Perundingan Belia Negara dan Ahli Majlis Perundingan Sukan Negara. Pernah menjadi Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II), Jurucakap Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (TINDAKAN), serta Setiausaha Barisan Bertindak Bosnia dan Barisan Bertindak Kosova.

Di peringkat antarabangsa, beliau kini Ahli Jaringan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Belia dan Pekerjaan. Pernah menjadi Konsultan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik PBB. Di Persidangan Pertama Menteri-Menteri Belia Sedunia anjuran PBB di Lisbon pada Ogos 1998, beliau dipilih berucap mewakili NGO Asia-Pasifik.

86

Kini Pengarah Paduan Consulting dan Makmal.Com. Bekas Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, editor, guru serta jurulatih bahas dan bola keranjang.

Telah menerbitkan dua buah buku, sebuah monograf, lebih 10 buah kertas dasar, lebih 50 buah kertas kerja dan menjalankan dua kajian mengenai belia di negara ini. Kini kolumnis di akhbar Nanyang Siang Pau dan rencananya terbit dua kali sebulan di Utusan Malaysia.

Mendapat BA Hons. (Malaya), Diploma Terjemahan (Persatuan Penterjemah Malaysia-DBP) dan mengikuti kursus eksekutif NonProfit Management (Harvard Business School).

Berkahwin dengan Norlin Shamsul Bahri dan mereka dikurniai Nur Madihah.

INSIDE BACK COVER

IKRAR SUKARELAWAN

Kami, sukarelawan, yakin dengan pembentukan masyarakat sivil bahawa setiap individu berpeluang menjalani kehidupan bermakna, mulia dan bahagia.

Maka, kami berikrar:

Menghayati dan mengamalkan semangat kesukarelawan

Berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta ikhlas dan rendah diri

Menghormati adat resam serta kepercayaan pelbagai budaya

Memupuk semangat persaudaraan di kalangan masyarakat

Dilafazkan di majlis pelancaran Tahun Sukarelawan Antarabangsa 2001 Peringkat Malaysia pada 10 Mac 2001.

87

BACK COVER/COLOUR

LOGO TAHUN SUKARELAWAN ANTARABANGSA(MALAYSIA)

KETERANGAN LOGO (2 PARA)

88