pend islam kertas 1

15
1223/1 BAHAGIAN A (40 MARKAH) Soalan 1 hingga 20 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan. 1. Berikut merupakan kepentingan iman dalam kehidupan manusia, KECUALI A. Membezakan antara manusia yang baik dengan yang jahat B. Menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat C. Mendidik peribadi muslim yang mulia D. Mendorong melakukan kebaikan 2. Pilih sumber rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut urutan yang BETUL A. Al-Quran, as-Sunnah, Qiyas dan Ijmak B. Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas C. Ijmak, Qiyas , al-Quran dan as-Sunnah D. As-Sunnah, al-Quran, Ijmak dan Qiyas 3. Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Qadiani di Malaysia?. A. Mirza Ghulam Ahmad B. Hussein Ali al-Mazandani C. Maulana Muhammad Sidiq Barakbah D. Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah 4. Al-an'am ialah binatang ...... 1

Upload: roiamah-basri

Post on 01-Jul-2015

402 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Soalan kertas 1 Pendidikan Islam SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Pend Islam Kertas 1

1223/1

BAHAGIAN A

(40 MARKAH)

Soalan 1 hingga 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan

yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Berikut merupakan kepentingan iman dalam kehidupan manusia, KECUALI

A. Membezakan antara manusia yang baik dengan yang jahat

B. Menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

C. Mendidik peribadi muslim yang mulia

D. Mendorong melakukan kebaikan

2. Pilih sumber rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut urutan yang BETUL

A. Al-Quran, as-Sunnah, Qiyas dan Ijmak

B. Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas

C. Ijmak, Qiyas , al-Quran dan as-Sunnah

D. As-Sunnah, al-Quran, Ijmak dan Qiyas

3. Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Qadiani di Malaysia?.

A. Mirza Ghulam Ahmad

B. Hussein Ali al-Mazandani

C. Maulana Muhammad Sidiq Barakbah

D. Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah

4. Al-an'am ialah binatang ......

1

Page 2: Pend Islam Kertas 1

1223/1

A. Gemuk dan sihat sahaja

B. Ternakan yang dipelihara

C. Halal dan diwajibkan zakat

D. Berkaki empat yang boleh dimakan

5. Antara yang berikut, manakah tidak berkaitan dengan fasakh?

A. Hak isteri sahaja

B. Tiada bayaran tebusan

C. Berpunca dari kelemahan pihak suami

D. Qadi berkuasa membatalkan perkahwinan

6. Imam al-Ghazali dikenali ramai sebagai ahli

A. Pemikir Islam

B. Falsafah Islam

C. Perubatan Islam

D. Matematik Islam

7. Syeikh Tahir Jalaluddin pernah menjadi nazir di sekolah-sekolah agama negeri

______________

A. Pulau Pinang

B. Selangor

C. Kedah

D. Johor

2

Page 3: Pend Islam Kertas 1

1223/1

8. Fungsi utama majlis syura pada zaman khulafa' al-Rasyidin ialah .....

A. Menentukan dasar perundangan negara

B. Menjaga keseluruhan harta negara

C. Menjaga keamanan dalam negara

D. Menentukan perlantikan khalifah

9. Berikut merupakan hikmah beradab di tempat rekreasi, KECUALI

A. Meningkatkan bilangan pengunjung ke tempat rekreasi yang menarik

B. Menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

C. Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar

D. Mengekalkan persekitaran yang bersih

10. Ucapan ketika mendengar suatu musibah ialah

A. Innalillahi wainnailaihi rajiun

B. Astaghfirullah

C. Alhamdulillah

D. Allahuakbar

11. Bagaimanakah zikir dapat mengubat hati seseorang

A. Bergantung kepada takdir Allah s.w.t. semata-mata

B. Dengan menyebut nama-nama Allah s.w.t. sahaja

C. Berserah kepada Allah s.w.t. ketika susah sahaja

D. Mengingati kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

3

Page 4: Pend Islam Kertas 1

1223/1

12. Berikut adalah faktor yang menyebabkan seseorang melakukan riddah, KECUALI

dengan ____________

A. Niat

B. Lisan

C. Amalan

D. Paksaan

13. Berikut adalah kitab-kitab karangan Hamka, KECUALI

A. Arkanul Islam

B. Tafsir Al-Azhar

C. Tasawwur Moden

D. Falsafah Hidup Manusia

14. Antara faktor yang menggerakkan seseorang mukmin melakukan dosa ialah

i. Jahil ilmu

ii. Keturunan

iii. Nafsu mutmainnah

iv. Kemelaratan hidup

A. i dan ii

B. iii dan iv

C. ii dan iii

D. i dan iv

4

Page 5: Pend Islam Kertas 1

1223/1

15. Bagaimanakah cara membendung perbuatan syirik dalam masyarakat

i. Memulau mereka yang melakukan syirik

ii. Mendidik masyarakat supaya mempelajari ilmu agama

iii. Mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada

iv. Menghapuskan tempat-tempat yang menjadi punca perbuatan syirik

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. i, iii dan iv

D. ii, iii dan iv

16. Antara berikut ialah tokoh-tokoh ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah

i. Abu Hasan Al-Asyari

ii. Mirza Ghulam Ahmad

iii. Abu Mansur Al-Maturidi

iv. Zaid Bin Ali Zainol Abidin

A. i dan ii

B. i dan iii

C. ii dan iv

D. iii dan iv

17. Ciri-ciri sistem gadaian secara Islam ialah

i. Nilai barangan termasuk faedah

ii. Barang akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian

iii. Membantu meringankan kesusahan

iv. Tiada unsur riba

5

Page 6: Pend Islam Kertas 1

1223/1

A. i dan ii

B. i dan iii

C. ii dan iv

D. iii dan iv

18. Berikut ialah faedah idah dalam perceraian

A. Isteri bebas ke mana sahaja

B. Mengharuskan isteri berhias diri

C. Memastikan isteri tidak hamil

D. Peluang memilih pasangan yang baru

19. Antara kesan buruk membelakangkan kepimpinan Khulafa' al-Rasyidin, iaitu

__________________

i. Negara berada dalam keadaan huru hara

ii. Negara dipimpin oleh khalifah secara warisan

iii. Rakyat tidak bebas berdakwah untuk mengembangkan Islam

iv. Golongan munafik berpeluang memecahbelahkan umat Islam

A. i, ii dan ii

B. ii, iii dan iiv

C i, iii dan iv

D i, ii dan iv

20. Penyataan manakah yang merupakan cara amar ma'ruf dan nahi mungkar yang

digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w.

i. Melaksanakan dakwah secara diplomasi

ii. Memberi nasihat di mana-mana sahaja, tidak memilih masa dan tempat

iii. Mengada-adakan sesuatu cerita bertujuan untuk dijadikan sebagai iktibar

iv. Melembutkan hati dengan cara kata-kata, perbuatan dan muamalah yang

6

Page 7: Pend Islam Kertas 1

1223/1

baik

A. i dan ii

B. ii dan iii

C. iii dan iv

D. i dan iv

Soalan 21 hingga 31.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21. Salah satu rukun haji yang tidak terdapat dalam rukun umrah ialah

_________________

22. Pembatalan sesuatu perkahwinan yang dilakukan melalui kuasa mahkamah

atau kuasa kadi di panggil __________________

23. ________________ ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk

dijadikan sebagai alat pemilikan.

24. Mengamalkan ilmu santau, ilmu guna-guna dan seumpamanya termasuk dalam

perbuatan ________________

25. Ahli keluarga Rasulullah s.a.w. disebut sebagai __________________

26. ________________ bermaksud menuduh perempuan yang baik melakukan

zina tanpa mempunyai empat orang saksi yang adil.

Soalan 27 – 32 adadalah berdasarkan peta minda di bawah.

Isi tempat kosong mengenai perempuan yang haram dikahwini.

7

Perempuan yang haram dikahwini.

Page 8: Pend Islam Kertas 1

1223/1

27. _________________

28. _________________

29. _________________

Soalan 30 - 32 adalah berdasarkan gambar di bawah.

8

Haram sementara

Haram selamanya

27

28

29

Contoh;

Ibu Tiri

Contoh;

Anak Susuan

Contoh;

Ibu / Kakak

Page 9: Pend Islam Kertas 1

1223/1

Namakan perkhidmatan muamalat yang ditawarkan oleh sistem perbankan Islam.

30. ____________________

31. ____________________

32. ____________________

Soalan 33 – 35

Berdasarkan petak kosong di bawah, lengkapkan kifarat zihar menurut tertib.

9

Kifarat Zihar

33 3534

Page 10: Pend Islam Kertas 1

1223/1

33. ________________________________

34. ________________________________

35. ________________________________

Soalan 36 – 38 adalah berdasarkan pernyataan berikut:

Padankan tokoh yang sesuai dengan nama kitab yang dihasilkan.

Tulis nombor sahaja dalam ruangan yang disediakan.

Tokoh-tokoh Islam

No. Soalan Tokoh Jawapan Nama Kitab

36 Ibn. Khaldun _____ Tafsir Al-Azhar

37 Hamka _____ Kitab Al-Mukaddimah

38 Ibn. Sina _____ Al-Qanun Fi Tib

Soalan 39 – 40 adalah berdasarkan carta di bawah.

Lengkapkan carta dengan istilah-istilah yang sesuai.

Carta di bawah berkaitan jenis-jenis riba.

10

Jenis-jenis riba

Page 11: Pend Islam Kertas 1

1223/1

39. _________________

40. _________________

Bahagian B

[60 markah]

Jawab t iga soalan saja

Soalan 1 dan 2 WAJIB dijawab dan pilih satu daripada mana-mana soalan 3 atau 4.

1 (a) Taubat wajib bagi mereka yang melakukan dosa.

i. Nyatakan dua sebab manusia disuruh bertaubat

(4 m)

ii. Terangkan dua syarat taubat yang diterima Allah S.W.T

(4 m)

iii. Mengapakah orang yang bertaubat berasa tenang dan damai

(4 m)

(b) i. Bagaimanakah cara untuk memperolehi kemanisan iman

11

39 40

Page 12: Pend Islam Kertas 1

1223/1

(4 m)

ii. Jelaskan dua perkara yang perlu ada pada seseorang untuk mendapat

kemanisan iman

(4 m)

2 (a) Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksud : Daripada Abdullah bin Amru meriwayatkan bahawa seorang wanita

bertanya : wahai Rasulullah ! sesungguhnya anakku ini perutku menjadi tempat

perlindungan baginya, susuku sebagai minumannya dan ribaku sebagai tempat

dia bermanja. Sesungguhnya bapanya telah menceraikan aku dan mahu

merampasnya daripada aku. Jawab Rasulullah s.a.w: Kamu lebih berhak

dengan anak itu selama mana kamu tidak berkahwin.

(Riwayat Abu Daud)

i. Nyatakan maksud hadhanah

(2 m)

ii. Siapakah yang paling berhak memelihara anaknya selepas berlaku

perceraian ?

(1 m)

iii. Terangkan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan seseorang hilang

hak hadhanah.

(4 m)

12

Page 13: Pend Islam Kertas 1

1223/1

(b) Sabda Rasulullah saw.

Maksudnya : Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan daripada Nabi s.a.w

katanya :setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari

ketujuh kelahirannya dicukur rambut dan diberi nama.

i. Nyatakan kadar binatang yang hendak disembelih bagi bayi lelaki dan

perempuan

(2m)

ii. Terangkan cara-cara penyelenggaraan daging akikah

(4m)

iii. Jelaskan bagaimana ibadah tersebut boleh meningkatkan silatur rahmi

sesama umat Islam

(4 m)

(c) Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya : Daripada A’isyah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w

bersabda : Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam perkahwinan ialah

yang sederhana maharnya

(Riwayat Ahmad)

i. Nyatakan hukum pemberian mahar.

13

Page 14: Pend Islam Kertas 1

1223/1

(1 m)

ii. Mahar dapat mengukuhkan ikatan perkahwinan.

Buktikan pernyataan di atas.

(2 m)

3 (a) Sesebuah Negara akan aman sejahtera sekiranya rakyat hidup bertoleransi dan beradab

i. Nyatakan dua adab bernegara (4 m)

ii. Terangkan dua kesan positif sekiranya rakyat beradab dengan negara (4 m)

iii. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat memberikan sumbangan kepada negara ?

(2m)

(b) Khulafa’ al-Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan

dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

i. Jelaskan dua cara perlantikan khulafa’ al-Rasyidin

(4 m)

ii. Nyatakan dua daripada dasar pentadbiran khulafa’ al-Rasyidin bagi melicinkan

pentadbiran negara.

(4 m)

4 (a) Islam mengharuskan umatnya bermusafir dengan tujuan yang baik

i. Terangkan dua adab bermusafir

(2 m)

ii. Nyatakan dua daripada hukum bermusafir menurut Islam beserta contohnya.

(4 m)

iii. Terangkan dua kesan positif terhadap seseorang yang beradab ketika bermusafir

(4 m)

(b) Imam Al-Ghazali adalah salah seorang tokoh pemikir Islam yang tersohor.

i. Jelaskan secara ringkas sejarah pendidikan beliau.

(4 m)

14

Page 15: Pend Islam Kertas 1

1223/1

ii. Nyatakan gelaran yang diberikan kepada beliau serta sebabnya.

(2 m)

iii. Terangkan dua daripada sumbangan beliau.

(4 m)

15