pemulihan

37
ABSTRAK (The problem pertaining to reading skill in malay language among primary school childern). Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal demikian penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Responden penyelidikan terdiri daripada 27 orang guru pemulihan khas yang terdiri daripada 27 buah sekolah rendah di luar bandar daerah Nabawan. Penyelidikan ini dijalankan pada 27.10.2014 bersama hari isnin ketika perjumpaan pada mesyuarat pemulihan khas yang diadakan di Pusat Kegaitan Guru daerah Nabawan (PKG). Perjalanan penyelidikan ini dijalankan hanya mengambil masa setengah jam. Penyelidikan ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang temu bual yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiran membaca. Sehubungan itu, dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid-murid menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, antaranya pengetahuan asas membaca, persekitaran dan kaedah pengajaran guru. Dapatan penyelidikan dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca. 1.0 PENGENALAN Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Yahya Othman, 2003). Memandangkan penguasaan membaca dianggap penting dalam proses pengajaran dan Page 1

Upload: erlley-vjoyl

Post on 07-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemulihan

ABSTRAK

(The problem pertaining to reading skill in malay language among primary school

childern). Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid

sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang

pada masa hadapan. Oleh hal demikian penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti

permasalahan tentang kemahiran membaca Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah

rendah di luar bandar. Responden penyelidikan terdiri daripada 27 orang guru pemulihan khas

yang terdiri daripada 27 buah sekolah rendah di luar bandar daerah Nabawan. Penyelidikan ini

dijalankan pada 27.10.2014 bersama hari isnin ketika perjumpaan pada mesyuarat pemulihan

khas yang diadakan di Pusat Kegaitan Guru daerah Nabawan (PKG). Perjalanan penyelidikan ini

dijalankan hanya mengambil masa setengah jam. Penyelidikan ini adalah berbentuk tinjauan

deskriptif dengan menggunakan borang temu bual yang merangkumi maklumat latar belakang

serta masalah yang murid-murid alami dalam kemahiran membaca. Sehubungan itu, dapatan

penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam diri murid-murid menguasai

kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, antaranya pengetahuan asas membaca, persekitaran

dan kaedah pengajaran guru. Dapatan penyelidikan dalam masalah kemahiran membaca

menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang

dibaca.

1.0 PENGENALAN

Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini

merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca

yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen

pemahaman (Yahya Othman, 2003). Memandangkan penguasaan membaca dianggap penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru perlu menilai aspek yang mempengaruhi

permasalahan dalam membaca untuk memastikan pembelajaran tersebut berkesan. (Yahya

Othman, 2003 : 9). Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula

membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran

mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Kemahiran membaca

Page 1

Page 2: Pemulihan

merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca

memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang.

Menurut dapatan kajian Carrell (1992), beliau menyatakan keupayaan untuk memahami

isi kandungan teks banyak dipengaruhi oleh latar belakang bahan yang dibaca, bahasa yang

sukar difahami, jenis dan panjang sesuatu petikan. Malahan, dapatan kajian yang dilakukan

oleh Kid dan Greene (2002) menunjukkan pembaca dewasa juga menghadapi masalah dalam

membaca seperti masalah kesedaran fonemik, analisis perkataan, kelancaran, perbendaharaan

kata dan pemahaman.

Menurut pendapat Frank Smith (1971), membaca adalah satu operasi psycholinoustic.

Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan

memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long (1976) pula mengatakan

membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan

kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan

bertulis itu. Sementara itu, Abu Basar (1981), berpendapat membaca adalah gabungan proses

menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.

Menurut Deller (1991), membaca adalah kemahiran yang bernilai kepada semua murid

sama ada murid itu normal atau pun istimewa. Membaca merupakan proses berkomunikasi

sebagai usaha untuk memperolehi maklumat dan penguasaan bahasa seseorang. Kegagalan

murid-murid menguasai kemahiran membaca akan mewujudkan masalah seseorang murid

menguasai kemahiran dan matapelajaran lain. Kirk dan Gallgner (1989) pula menyatakan

kanak-kanak pemulihan adalah individu yang mempunyai masalah dalam membaca, mengeja

dan menulis. Kelemahan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak ini berada di bawah paras normal.

Kegagalan murid dalam kemahiran membaca tidak bermakna bahawa mereka mengalami

kecacatan mental, masalah emosi yang serius atau kecatatan sensori. Berdasarkan penyataan

penyelidikan maka penyelidikan ini amat penting untuk mengetahui punca masalah yang

dihadapi oleh murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan

ayat-ayat yang mengandungi suku kata KV + KVK.

Masalah tidak dapat menguasai membaca di kalangan murid sekolah telah

dipandang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kerajaan mensasarkan

sifar buta huruf pada tahun 2020. Bagi Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia (1984): mentafsirkan bahawa, '...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk Page 2

Page 3: Pemulihan

membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat

dikesan dan ditentukan.' Pelbagai usaha dan program telah dijalankan oleh pihak berwajib

terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengatasi masalah membaca dan

menulis di kalangan murid-murid sekolah rendah luar bandar. Antara program yang sedang

rancak dijalankan ialah program pemulihan biasa yang dijalankan di dalam kelas termasuklah

Pemulihan KBSR selepas itu diubah kepada KSSR, Intervasi Awalan Membaca dan Menulis

(KIA2M), Program Literasi Dan Numerasi (LINUS), Program Membaca dan Menulis

(PROBIM), dan Program PROTIM. Terdapat dua jenis pemulihan iaitu Program Pemulihan

kelas ialah Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) di mana murid yang dikenal pasti

akan dihantar ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Matematik. Mereka akan dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang

ditentukan. Mana kala melalui program pemulihan khas pula, mereka yang dikenal pasti akan

dimasukkan ke kelas pemulihan sepenuh masa sehingga mereka menguasai kemahiran 3M.

Program-program ini dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai proses

pemulihan ataupun pendekatan bagi mengatasi masalah pembelajaran dan membantu

perkembangan potensi murid serta meningkatkan keyakinan murid untuk bersaing dengan rakan

sebaya yang lebih cerdas di aliran pendidikan arus perdana.

2.0 MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MATAPELAJARAN

BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS.

Rumusan daripada dapatan penyelidikan guru-guru pemulihan khas daerah Nabawan

melalui borang soalselidik dan temu bual di mana terdapat beberapa faktor utama yang

menjadikan punca permasalahan membaca murid-murid luar bandar adalah seperti berikut:-

i. Faktor pertama ialah tahap kesihatan dan emosi murid-murid:

Gangguan kesihatan dan emosi sering menjadi masalah dalam pembelajaran

pendidikan awal kanak-kanak disebabkan murid-murid yang mempunyai emosi

takut, rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri adalah penyumbang kepada

masalah menguasai kemahiran membaca dan menjejaskan kehadiran yang tidak

Page 3

Page 4: Pemulihan

menentu atau selalu ponteng sekolah semasa di Pra sekolah yang boleh

mempengaruhi kepada kesediaan dan kematangan murid untuk belajar kemahiran

yang tidak dikuasai oleh murid samasa di Pra sekolah lagi menyebabkan kepada

permasalahan yang wujud ini.

ii. Faktor kedua ialah persekitaran:

Persekitaran menjadi faktor kedua. Di mana persekitaran ini terbahagi kepada dua

aspek iaitu persekitaran sekolah dan persekitaran kehidupan seharian.

a) Dari segi persekitaran sekolah, sistem kurikulum yang kompleks dan berubah-

ubah menyebabkan guru terpaksa memenuhi keperluan kurikulum melebihi

keperluan murid-murid. Ini tidak dapat dielakkan kerana sistem kurikulum

terlalu dinamik dan cepat berubah. Contohnya, guru sering ingin

mempercepatkan untuk menghabiskan sukatan pelajaran tanpa menghiraukan

kemampuan dan keperluan murid.

b) Dari segi persekitaran kehidupan pula, murid-murid  ini kekurangan

pengalaman dalam kehidupan mengakibatkan mereka terikut dengan sistem

persekitaran kehidupan mereka yang terdedah kepada penggunaan bahasa

daerah dan boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran Bahasa Melayu.

Contohnya, murid-murid sering bertutur dalam bahasa ibunda iaitu bahasa

murut ketika berbual sesama sendiri ketika berada di persekitaran sekolah

mahu pun di persekitaran rumah.

iii. Faktor ketiga sikap murid:

Faktor murid-murid itu sendiri juga menjadi penyumbang kepada

permasalahan ini. Kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca

menyebabkan murid-murid menjadi rendah diri dan akan menyumbang kepada

masalah disiplin. Untuk menarik perhatian guru, murid-murid ini biasanya akan

melakukan sesuatu perkara yang tidak selari dengan peraturan sekolah bagi

menarik perhatian rakan-rakan murid dan guru. Tindakan-tindakan luar norma

sebagai pelajar akan dilakukan oleh murid dan ini merupakan petunjuk kepada

masalah emosi yang lebih serius.

Page 4

Page 5: Pemulihan

iv. Faktor kempat ketidakcekapan murid-murid itu sendiri:

Masalah menguasai kemahiran membaca ini adalah disebabkan

ketidakcekapan murid-murid itu sendiri. Secara amnya, beberapa isu yang sering

berlaku di kalangan murid-murid pendidikan pemulihan khas antaranya ialah tidak

dapat membezakan huruf kecil dengan huruf besar dan kekeliruan untuk mengenal

huruf abjad, tidak membunyikan perkataan atau salah menyebut perkataan yang dieja

dengan betul mengakibatkan murid-murid tidak memahami maklumat dari bahan

bacaan apa yang dibaca, meninggalkan huruf atau perkataan ketika membaca,

teragak-agak apabila menyebut perkataan , lemah daya ingatan, menambah perkataan

dan mengulang perkataan yang dieja semasa membaca.

Apabila ini berlaku, ini akan mengakibatkan murid-murid tidak

dapat mengekpretasi  bahan bacaan ke dalam bentuk tulisan kerana kemahiran

membaca mempunyai hubungan atau berkait rapat dengan kemahiran menulis. Di

samping itu, ketidakcekapan koordinasi mata juga menyumbang kepada masalah ini.

Kelemahan ini ditambah lagi dengan kelemahan menyusun ayat dan himpunan

tatabahasa mengakibatkan kewajaran masalah membaca murid itu sendiri.

Contohnya:

a) tidak dapat membezakan huruf kecil huruf besar dan kekeliriuan untuk

mengenal huruf abjad,

Masalah tidak dapat membezakan huruf kecil dengan huruf besar dan kekeliruan

untuk mengenal huruf abjad merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak

gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid

menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan

perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. Contohnya huruf abjad yang

salah ditafsir oleh murid, ini berkait rapat dengan masalah koordinasi mata murid

yang dapat menyumbang kepada masalah ini.

huruf dengan huruf

p q

b d

w m

u v

Page 5

Page 6: Pemulihan

b) tidak membunyikan perkataan atau salah menyebut perkataan yang dieja

dengan betul,

Salah sebutan terjadi akibat murid-murid tidak mengenal huruf atau tidak tahu

membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi

dalam konteks ayat berkenaan seperti contoh di bawah ini.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang

dibaca dan masalah ini disebabkan oleh pengaruh dailek tempatan yang sering

digunakan apabila murid berbual sesama sendiri atau pun dengan ibu bapa murid.

Masalah ini perlu juga diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Antara lain

ialah tingkahlaku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh

menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkahlaku yang boleh

dikenal pasti adalah seperti yang berikut:

Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh

perkataan.

Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.

Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.

Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.

Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca.

Page 6

Perkataan Perkataan yang disebut dan perkataan yang ditambahsebutkan

Harimau Garimau

Gaji Haji

Makan Makang

Ikan Ikang

Page 7: Pemulihan

Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengerdip-ngerdipkan mata,

mengerut dahi, menggeleng-geleng kepala dan sebagainya.

Suara terlalu perlahan atau tidak jelas atau ‘blurring’.

Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.

Cuba mengelak daripada aktiviti membaca.

Tidak boleh membaca langsung.

c) meninggalkan huruf atau perkataan ketika membaca,

Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. Contohnya,

‘buah’ disebut ‘bua’, ‘kering’ disebut ‘ering’, mengandungi disebut mengandung

dan sebagainya.Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca

seperti ‘buku itu sangat tebal’ dibaca sebagai ‘buku itu tebal’.

d) teragak-agak apabila menyebut perkataan.

Teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan

ketika membaca disebabkan murid tidak pasti akan bacaannya.

e) lemah daya ingatan,

Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak

tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin  disebabkan oleh

beberapa faktor seperti:

a) masalah genetik ( keturunan )

b) masalah mental murid itu sendiri

c) kecederaan yang pernah dialami oleh murid sama ada kemalangan ataupun

kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.

Simptom:

Semakin lemah daya ingatan / lupa.

Gagal mengenal pasti objek.

Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi.

Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati.

Hilang kemampuan jasmani.

Tidak mengendahkan kebersihan diri.

Page 7

Page 8: Pemulihan

Tidak berminat dengan pelajaran / pekerjaan

f) menambah perkataan dan mengulang perkataan yang dieja semasa membaca.

Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti

Perkataan Perkataan bertambah

Bulan-bulan Bulang-bulang

Ikan-ikan Ikang-akang

Masalah ini dipengaruhi oleh dailek tempatan yang sering digunakkan oleh

murid-murid dan mengulang -ulang perkataan / ulangan (repetition)  atau suku

kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukanlah disebabkan oleh

masalah gagap murid.

v. Faktor kelima kaedah pemgajaran guru:

Kaedah pengajaran guru yang masih ada lagi menggunakan pengajaran di

takuk lama iaitu dengan cara pengajaran chalk and talk. Guru perlu mempelbagai

kreativiti dan teknik pengajaran supaya dapat menimbulkan minat murid-murid

menguasai kemahiran membaca. Contohnya, penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi atau (ICT) Information Communication Technology dalam pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) seperti PPT, flash dan dan video.

Satu anjakan paradigma dan usaha bersungguh-sungguh ke arah perkembangan

teknologi maklumat terkini amatlah dituntut sekiranya guru mahu melihat kewujudan

Sekolah Bestari, Koridor Raya Multimedia (MSC) dan merealisasikan pendidikan

bertaraf dunia. Penggunaan bahan bantu mengajar (ABM) yang pelbagai dan

menarik perlu dipertingkatkan lagi bagi menarik perhatian murid-murid. Walau

bagaimanapun ketidakupayaan guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran ICT (Information Communication Technology) disebabkan oleh

ketiadaan bekalan elektrik di luar bandar.

Di samping itu, pengolahan isi pembelajaran dan mengikut

kemampuan murid dapat membantu meningkatkan motivasi murid terhadap

pembelajaran Bahasa Melayu. Pihak sekolah juga perlu secara konsisten

Page 8

Page 9: Pemulihan

melaksanakan program-program peningkatan akademik. contohnya, dengan

mengadakan kelas pemulihan sepanjang tahun.

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN

MEMBACA MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID

PEMULIHAN KHAS.

Masalah-masalah yang berlaku dalam kemahiran membaca di kalangan murid-murid

pemulihan khas ini bukanlah titik noktah kepada murid-murid di luar bandar yang mengalami

masalah kemahiran membaca.

Umpama, seorang pesakit yang sakit memerlukan rawatan seorang doktor.

Doktor akan mengdigonastikkan pesakit untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi dan

pesakit akan dimasukkan ke dalam wad hospital untuk dijaga rapi dan diberi rawatan secara

sistematik dengan memberi ubat yang betul dan berkesan sehinggalah pesakit itu sembuh

daripada penyakitnya dan dibenarkan pulang ke rumah.

Begitu juga halnya dengan murid yang bermasalah dalam pembelajaran,

murid memerlukan seorang guru sebagai seorang doktor untuk memulihkannya. Murid akan

diberi beberapa digonastik atau program pengesanan permasalahan murid seperti program

Pemulihan KBSR, Intervasi Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi Dan

Numerasi (LINUS), Program Membaca dan Menulis (PROBIM), dan Program PROTIM. Setelah

dikenalpasti permasalahan murid maka murid yang mempunyai masalah akan dimasukkan ke

dalam kelas pemulihan yang mana terdapat dua jenis pemulihan iaitu;

a) Program Pemulihan kelas ialah Sistem Penarikan Keluar (withdrawal

System) di mana

murid yang dikenal pasti akan dihantar ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk

mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Mereka akan dihantar balik ke kelas

setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan.

Page 9

Page 10: Pemulihan

b) Mana kala melalui program Pemulihan Khas pula, murid yang dikenal pasti akan

dimasukkan ke kelas pemulihan sepenuh masa sehingga murid menguasai kemahiran

3M.

Beberapa pendekatan, kaedah dan teknik yang telah dikemukakan oleh para tokoh-tokoh

pendidikan untuk panduan guru sebagai proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian,

pendekatan, kaedah dan teknik manakah yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi

pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca murid

sekolah rendah. Contohnya, kanak-kanak yang menghadapi masalah dari aspek mental iaitu

lemah di dalam pengamatan, ketidakbolehan  mengenal sesuatu benda  atau objek, nombor,

perkataan atau  ayat. Antara  kaedah yang boleh dijalankan ialah  dengan menggunakan

pendekatan, kaedah atau teknik yang sesuai dengan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak

yang bermasalah dengan kemahiran membaca yang sesuai dengan kanak-kanak terutamanya

kanak-kanak yang bermasalah dengan kemahiran membaca seperti berikut:

Penggabungan teknik Kaedah Gabungan Bunyi – Kata, Kaedah Abjad / Fonetik

atau Kaedah Seluruh Perkataan (Whole - Word Method), Kaedah Latih Tubi dan

Pendekatan Membina dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di peringkat

awal kanak-kanak. Penggabungan teknik ini adalah untuk menggabungkan huruf fonem

konsonan dan dan huruf fonem vokal. Contohnya, ba, be, bi, bo, bu seterusnya membentuk

perkataan daripada suku kata ( ba + tu - batu ) dan membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam  masa tiga hingga empat hari, selama sejam

sehari.  Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf fonem

vokal, /a/, /e/, /i/, /o/, /u/ dan huruf – huruf fonem konsonan /d/, /g/, /k/, /l/, /m/ dan membaca

suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.

Kaedah Gabungan Bunyi- Kata. Guru akan menyediakan lima pembelajaran untuk

mengajar murid. Guru akan mengajar murid berkaitan dengan bunyi huruf fonem vokal

/a/, /e/, /i/, /o/, /u /dan huruf fonem konsonan /d/, /g/, /k/, /l/, /m/, Kemudian dicantumkan

menjadi suku kata, Contohnya “ba”, “ca”' dan “ku” dan membina beberapa perkatan daripada

suku kata contohnya, (ba + ca – baca) dan seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Page 10

Page 11: Pemulihan

Penggunaan pengajaran dan pembelajaran dengan Penggabungan teknik Kaedah

Gabungan Bunyi – Kata, Kaedah Abjad / Fonetik atau Kaedah Seluruh Perkataan (Whole

- Word Method), Kaedah Latih Tubi dan Pendekatan Membina dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran membaca di peringkat awal kanak-kanak.

Cadangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pemulihan kemahiran membaca.

1. .Guru memperkenalkan satu cerita mengenai huruf Abjad kepada murid.

Untuk Vitamin W X

Queen Raja Suka Tauhu

Makan Nasi Orang Punya

Ia Jalan Kuala Lumpur

Emak Fikir Gaji Hari

Abang Badul Curi Duit

Page 11

Page 12: Pemulihan

2. Guru minta murid membunyikan huruf yang berwarna dalam cerita Abjad

menggunakan pendekatan didik dan nyanyi.

3. Guru mengasingkan huruf-huruf yang berwarna menjadikannya huruf fonem

vokal dan huruf fonem konsonan:

Fonem

VOKAL/a/ /e/ /i/ /o/ /u/

Fonem

KONSONSAN/b/ /c/ /d/ /f/ /g/ /h/ /j/ /k/ /l/ /m/ /n/

/p/ /q/ /r/ /s/ /t/ /v/ /w/ /x/ /y/ /z/

4. Guru memperkenalkan huruf fonem vokal:  /a/ /e/ /i/ /o/ /u/a) Murid dilatih untuk membunyi huruf fonem vokal secara terasing

misalnya;

i. Asosiasi bunyi: /a/  bunyi  aaa…….

Contoh : Guru membunyikan aaa… dan mengaitkannya dengan peristiwa

atau kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena /a/pi, aaaaaaaaaaa

panas!

ii. Asosiasi bunyi: /i/   bunyinya  iii……

Contoh : Guru membunyikan iii… dan mengaitkannya dengan peristiwa

atau kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena /i/ris, iiii…potong!

Untuk Vitamin W X

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Page 12

Page 13: Pemulihan

i. Asosiasi bunyi: /u/ bunyinya  uuu….

Contoh : Guru membunyikan uuu… dan mengaitkannya dengan peristiwa

atau kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena /u/lat, uuuu…gatal!

iv. Asosiasi bunyi: /e/   bunyinya  eee…..

Contoh : Guru membunyikan eee… dan mengaitkannya dengan peristiwa

atau kejadian di kawasan persekitaran seperti /e/rang, eee……..sakit!

v. Asosiasi bunyi: /o/ bunyinya  ooo……

Contoh : Guru membunyikan ooo… dan mengaitkannya dengan peristiwa

atau kejadian di kawasan persekitaran seperti : /o/pera, ooo…

pertunjukan pentas!

Guru memperkenalkan bunyi-bunyi /a/,/i/, /u/ dahulu kerana /e/ dan /o/ lebih kurang digunakan.

b) Dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf

ini beberapa kali, selang-seli. Guru menunjukkan kad imbasan huruf dan minta murid

membunyikan huruf tersebut.

5. Guru memperkenalkan huruf konsonan,  /d/, /g/, /k/, /l/, /m/, /n/, /r/, /s/ dan /t/  

c) Murid dilatih untuk membunyi huruf secara terasing misalnya;

i. Asosiasi bunyi: /d/  bunyinya  ddd…..

Contoh : Guru membunyikan ddd….. dan mengaitkannya dengan gambar

objek /d/aun, dddddddddd………………

ii. Asosiasi bunyi: /g/ bunyinya  ggg….

Contoh : Guru membunyikan ggg…. dan mengaitkannya dengan gambar

objek /g/adis, gggggggggg……………….

iii.Asosiasi bunyi: /k/  bunyinya  kkk…..

Contoh : Guru membunyikan kkk… dan mengaitkannya dengan gambar

objek k/ereta, kkkkkkkkkk……………….

iv. Asosiasi bunyi: /l/ bunyinya  lll…..

Contoh : Guru membunyikan lll…..dan mengaitkannya dengan gambar

objek /l/embu, llllllllll……………….

Aaaa….. Eeee….. Iiii….. Oooo…..

Uuuu…..

Page 13

Page 14: Pemulihan

v. Asosiasi bunyi: /m/ bunyinya  mmm…..

Contoh : Guru membunyikan mmm….. dan mengaitkannya dengan

gambar objek /m/angga, mmmmm……………….

iv. Asosiasi bunyi: /n/ bunyinya  nnn….

Contoh : Guru membunyikan nnn….dan mengaitkannya dengan gambar

objek /n/anas, nnnnnnnnnn…………..

v. Asosiasi bunyi: /r/  bunyinya  rrr…..

Contoh : Guru membunyikan rrr…. dan mengaitkannya dengan gambar

objek /r/ambut, rrrrrrrrrr…………..

vi. Asosiasi bunyi: /s/   bunyinya sss…..

Contoh : Guru membunyikan sss…. dan mengaitkannya dengan gambar

objek /s/abun, ssssssss……..

vii. Asosiasi bunyi: /t/   bunyinya  ttt…..

Contoh : Guru membunyikan ttt….. dan mengaitkannya dengan gambar

objek /t/upai ttttttt…….

Konsonan pula diperkenalkan dahulu / d /, / g /, / k /, / l /, / m /, / n /, / r /, / s / dan / t /  kerana ia bunyi-bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain.

d) Dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan

huruf ini beberapa kali, selang-seli. Guru menunjukkan kad imbasan huruf dan minta

murid membunyikan huruf tersebut.

6. Gabungkan tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal ( KV ) dan murid

membunyikan gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal (K+V) contohnya:

Pendekatan yang digunakan untuk membunyikan sukukata kv adalah melalui

aktiviti berikut:

i. Mengeja dan menyebut

ii. Nyanyian ( Lagu sukukata ‘ a ba ca da ’ )

Dddd….

Gggg. Kkkk….. Llll….. Mmmm…..

Page 14

Page 15: Pemulihan

ba ca da fa ga ha ja ka la ma na pa qa ra sa ta va wa ya za

be ce de fe ge he je ke le me ne pe qe re se te ve we ye ze

bi ci di fi gi hi ji ki li mi ni pi qi ri si ti vi wi yi zi

bo co do fo go ho jo ko lo mo no po qo ro so to vo wo yo zo

bu cu du fu gu hu ju ku lu mu nu pu qu ru su tu vu wu yu zu

7. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna daripada setiap gabungan

huruf fonem konsonan dengan huruf fonem vokal (KV+KV). Latih murid

membunyikannya misalnya:

i.

ii.

8. Ulangi langkah ini beberapa kali dan bina perkataan lain pula.

9. Perkenalkan gabungan lain:

i.

10. Ulangi langkah ini beberapa kali dan bina perkataan lain pula dan seterusnya

membentuk ayat mudah. Contohnya “kucing adik saya hilang” daripada ayat

cucicicu

cucucucu

cacicica +

Perkataan

Suku Kata

Suku Kata

cu

cocicee

ca

bubububu

babububa

babababa +

Perkataan

Suku Kata

Suku Kata

bu

bo

bibee

ba

+

becacabe

bacacaba

cubabacu

bu

bo

bibeba

cu

cocicee

ca

Perkataan

Suku Kata

Suku Kata

Page 15

Page 16: Pemulihan

mudah yang dibentuk guru minta murid membaca ayat tersebut. Seterusnya guru

memperkenalkan huruf baru, suku kata baru, perkataan baru dan rangkai kata baru

hasil daripada pengasingan ayat mudah yang dibentuk. Contohnya,

Perkenalkan huruf : a, c, d, g, h, i, k, l, m, n, s, u, y.

Perkenalkan suku kata : ku, cing, sa, ya, hi lang, dik.

Perkenalkan perkataan : kucing, adik , saya, hilang.

Perkenalkan rangkai kata : kucing hilang, adik saya.

Perkenalkan ayat : kucing adik saya hilang. Pada keseluruhan ayat

mudah yang dibentuk.

Penggabungjalinan antara kaedah bunyi-kata dengan pendekatan membina ini, guru

dapat menggunakan pengajaran kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.

Pengajaran dan pembelajaran pendekatan membina adalah berdasarkan prinsip sintesis,

membina atau dengan perkataan lain menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu

benda yang besar.

11. Kemudian penggabungan pengajaran dan pembelajara kaedah fonetik pula

diserapkan daripada ayat mudah yang dibentuk seperti di atas. Misalnya, kaedah

fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan

perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk fonem /a/ merupakan huruf vokal untuk

perkataan “abang”.

Manakala bagi contoh huruf fonem konsonan pula iaitu huruf /g/ boleh dikaitkan dengan

objek gelang. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk

dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.

Page 16

Huruf Fonem Perkataan

a /a/ abang

e /e/ emak

i /i/ ikan

o /o/ oorang

u /u/ ular

Page 17: Pemulihan

Kaedah fonetik ini hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti

dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik,

huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai /a/ dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku

kata yang lain. Sebagai contoh, , be + ca terus disebut sebagai ( be ) + ( ca ) dan seterusnya

disebut sebagai ( beca ). Begitulah juga dengan bunyi huruf fonem konsonan.

12. Ulangi langkah ini dan bina perkataan lain pula dan seterusnya bentuk ayat

mudah yang baru. Kemudian gunakan penggabungjalinan kaedah bunyi-kata,

pendekatan membina dan kaedah fonetik. Begitulah seterunya.

13. Dicadangkankan guru boleh juga mengubah atau menggunakan pendekatan lain

dengan menggunakan Pendekatan Cerakinan yang berdasarkan prinsip analisa

atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian

yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam pengajaran

ayat.

“kucing adik saya hilang”. Guru memperkenalkan ayat dahulu, rangkai kata,

perkataan, suku kata dan barulah perkenalkan huruf. Contohnya,

Perkenalkan ayat : kucing adik saya hilang

Perkenalkan rangkai kata : kucing hilang, adik saya

Perkenalkan perkataan : kucing, adik , saya, hilang

Perkenalkan suku kata : ku, cing, sa, ya, hi lang, dik

Perkenalkan huruf : a, c, d, g, h, i, k, l, m, n, s, u, y

Pada keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran cara ini menggunakan kaedah ayat,

kaedah rangkai kata, kaedah perkataan, kaedah suku kata dan kaedah ayat. Pendekatan bunyi-

kata bertentangan dengan pendekatan cerakinan yang mana Pendekatan bunyi-kata

Page 17

Huruf Fonem Perkataan

d /d/ dulang

g /g/ gelang

k /k/ kuda

l /l/ lori

m /m/ muka

Page 18: Pemulihan

menggunakan prinsipnya dengan cara sintesis iaitu membina atau dengan perkataan lain

menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Manakala pendekatan

cerakinan pula menggunakan prinsipnya analisa iaitu mencerakin atau dengan perkataan lain

mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.

14. Ulangi langkah-langkah ini beberapa kali sehingga murid dapat menguasainya.

Sebagai pengukuhan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

15. Perkenalkan gabungan lain yang baru selain daripada fonem vokal dan fonem

konsonan. Contohnya pengunaan fonem konsonan “ny”, “ng” dan diftong

seperti: /ai/, /au/, /oi/ dan bina perkataan dan ayat daripada fonem konsonan

dan diftong tersebut. Contohnya,

i. penggunaan konsonan “ny” dan konsonan “ng”.

ii. Penggunaan diftong seperti: /ai/, /au/, /oi/, /.

16. Dicadangkan adakan beberapa aktiviti pemulihan.

i. Diadakan pertandingan permainan suku kata.

Page 18

Fonem

Lingkungan

Awal kata Tengah kata Akhir kata

/ɲ / ɲyiru nyoɲya -

/ ŋ / ɲgilu raɲgka moyaɲg

Diftong

Lingkungan

Awal suku kata terbuka Akhir suku kata terbuka

/ ai / hairan pakai

/ au / saudagar kerbau

/ oi / - amboi

Page 19: Pemulihan

Murid membina seberapa banyak perkataan yang mereka tahu dan

seterusnya membunyikan perkataan tersebut. Permainan ini dibimbing

oleh guru pemulihan.

ii. Pertandingan melukis huruf Abjad. Lukisan jenis Kolaj. Contohnya,

Aa-

iii. Pertandingan menyanyi. Contohnya, Lagu suku kata (‘ a ba ca da ’)

iv. Latihan kendiri. Contohnya,

i. Menyenaraikan beberapa perkatan dengan mengisi tempat kosong

yang menggunakan konsonan /ny/ dan /ng/.

ii. Menyenaraik

an beberapa

perkatan dengan mengisi yang menggunakan diftong /ai/, /au/,

/oi/. /ia/, /iu/, /io/.

Latihan kendiri ini dilaksanakan secata berperingkat-peringak iaitu langkah demi

langkah mengikut turutan yang disediakan. Mana kala pertandingan permainan suku kata,

Page 19

Fonem

Lingkungan

Awal kata Tengah kata Akhir kata

/ny / -

/ ng /

Diftong

Lingkungan

Awal suku kata terbuka Akhir suku kata terbuka

/ ai /

/ au /

/ oi /

Page 20: Pemulihan

pertandingan melukis dan pertandingan menyanyi ( Lagu sukukata ‘ a ba ca da ’ ) boleh

dilakukan di dalam kelas pemulihan.

4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang

dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka

tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan

rakan mereka yang lain. Setiap murid ini sebenarnya mempunyai potensi untuk menguasai

kemahiran membaca dengan adanya kerjasama ibu bapa, guru, agensi lain seperti Jabatan

Kesihatan Malaysia dan murid untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran

pemulihan di sekolah.

Fokus utama yang harus dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah adalah

menyediakan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, pemandangan yang indah dan mempunyai

keselamatan yang terjamin. Sekolah ialah tempat murid belajar dan menimba ilmu. Lantarannya

alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi murid menuntut ilmu dan

menelaah pelajaran. Setiap murid akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan

ceria. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaian tinggi mempunyai

tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd

Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat

penting dalam membantu murid untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila

kawasan persekitaran sekolah yang cantik, ceria dan keselamatannya terjamin murid tidak akan

jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini

bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid malah

masalah disiplin murid dapat dikurangkan kerana emosi murid tidak terganggu. Menurut Pusat

Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan ‘iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang

baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan

pembelajaran yang lancar’.

Sekiranya keceriaan sekolah tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan suasana sekolah

yang ‘mati’ dan membosankan apabila murid menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut.

Dengan keadaan sekolah yang tidak teratur, rumput-rumput tumbuh meliar dan panjang, kereta

dan basikal yang tidak tersusun, bilik darjah, tandas yang kotor, cermin-cermin tingkap yang

Page 20

Page 21: Pemulihan

penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau busuk serta kawasan sekolah yang

penuh dengan sampah sarap. Iklim sekolah yang sebegini akan mengganggu proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. `

Persekitaran di rumah juga banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan

membaca termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosiobudaya, pendapatan, kestabilan

emosi, corak interaksi dan komunikasi serta sikap ke atas pembelajaran. Ahli keluarga khususnya

ibu bapa adalah model dalam tingkah laku, tabiat dan suka membaca. Peranan keluarga

mewujudkan suasana membaca yang merangsang dan penyediaan bahan juga mempengaruhi

membaca. Murid juga melihat sebab keluarganya membaca. Sekiranya, keluarga itu sendiri

tidak memupuk minat dalam diri murid, hal ini akan menyebabkan wujudnya masalah membaca

dalam kalangan murid sehingga membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh persekitaran sekolah yang bersih,ceria,pemandangan indah dan keselamatan yang terjamin.

Page 21

Page 23: Pemulihan

Secara khususnya, masalah-masalah dalam bacaan berlaku dalam beberapa peringkat

iaitu pada peringkat mengenali bentuk huruf, suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan juga

kesukaran membaca peringkat ayat. Seseorang guru pemulihan wajar mempunyai pengetahuan

yang luas untuk melaksanakan pengajaran kepada murid-murid ini. Tidak adil sekiranya murid-

murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran ini terus dibiarkan begitu sahaja. Oleh hal

demikian guru berubah dari segi kaedah pengajaran guru yang masih menggunakan pengajaran

di takuk lama iaitu dengan cara pengajaran chalk and ta lk kepada pengajaran dan pembelajaran

dengan menggunakan kepelbagaian bahan bantu mengajar, kreativiti dan teknik pengajaran

yang bersistematik supaya dapat menimbulkan minat murid-murid membaca dan seterunya

dapat menguasai kemahiran membaca. Contohnya, dengan penggunaan penggabungan teknik

Kaedah Gabungan Bunyi – Kata, Kaedah Abjad / Fonetik atau Kaedah Seluruh

Perkataan (Whole - Word Method), Kaedah Latih Tubi dan Pendekatan Membina dalam

pengajaran kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak amat berkesan,

menyeronokkan dan tidak membosankan kepada murid pemulihan kerana kaedah ini

dilaksanakan dengan kaedah didik dan hibur seperti menyanyi dengan gerakan setiap sesi

pengajaran dan pembelajaran ada aktiviti menyanyi lagu abjad,bunyi vokal, suku kata dengan

lirik lagu yang mudah dan difahami. Murid-murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan

ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka

dikesan sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun

disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah

berkenaan tidak dipandang serius. Dicadangkan agar ibubapa harus berjumpa dengan doktor

untuk menerima nasihat dan rawatan jika perlu. Ini disebabkan murid-murid tidak dapat diajar

abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat

'membaca' huruf berkenaan. Murid-murid yang mengalami penyakit disleksia ini melihat

sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Dalam usaha

menangani masalah ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah lebih khusus dan perlu

dipraktikkan oleh guru yang mahir mengenainya. Beberapa aspek lain perlu diberi perhatian

agar murid dapat menguasai kemahiran membaca  iaitu dengan mengadakan kempen membaca.

memperluaskan kempen membaca, mengadakan pertandingan membaca paling banyak  bahan

bacaan, wujudkan pertandingan membaca di antara sekolah-sekolah yang berdekatan dengan

Page 23

Page 24: Pemulihan

pemberian hadiah atau sebarang ganjaran sebagai motivasi dan galakan untuk murid membaca.

Selain itu, mengadakan sudut  bacaan di dalam kelas. Dengan adanya sudut

bacaan ini akan menjadikan murid bermotivasi untuk  membaca. Melihat  rakan sebaya

membaca , akan membuatkan murid yang tidak boleh dan tidak berminat untuk membaca akan

sedikit  sebanyak  akan terpengaruh untuk membaca. Lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan

untuk mereka membaca. Dengan ini masalah pemulihan murid yang tidak menguasai kemahiran

membaca  akan berkurangan.

Dicadangkan pihak pentadbir sekolah mengadakan satu program iaitu Program Jejaki

Murid. Program ini bermaksud, guru pemulihan akan melawat ke rumah murid untuk meninjau

keadaan murid dan belajar bersama-sama murid. Di samping itu guru , murid dan ibubapa

murid dapat membuat satu projek iaitu membina bahan bantu mengajar ( BBM ) contohnya,

membina suku kata dan perkataan sebagai bahan bacaan di rumah dan bahan bacaan tersebut

akan diletakkan di suatu sudut rumah murid untuk mengalakkan dan memotivasikan murid

untuk membaca. Program ini juga dapat memotivasikan ibu bapa murid untuk bersama-sama

Page 24

Page 25: Pemulihan

dengan anak mereka membaca bersama. Pelaksanaan program ini akan dipantau sepanjang

tahun iaitu sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

5.0 RUJUKAN

- Abdullah Hassan, (1989). Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

- Abdullah Hassan, (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung

Malim: Quantum Books.

- Azman Wan Chik (1979).Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

- Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan

Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

- Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung

Malim:UPSI.

- Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit

Fajar Bakti.

- Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit

Fajar Bakti.

- J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited.

- Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat turun daripada

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50- pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober

2009

- Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun daripada

http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/ html pada 20 Oktober 2009.

- Norjiah Bt. Sulaiman, (1996), Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

- Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan Perkembangan

Profesional Guru,  2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd

- Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru,  2010, Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd

Page 25

Page 26: Pemulihan

- Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York:

ProfessionalBooks.

7.0. LAMPIRAN

7.1. Borang temu bual.

7.2. Transkip temu bual bersama guru Pemulihan.

7.3. Surat jemputan mesyuarat

.

Page 26