pemotong edit2
TRANSCRIPT
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Projek akhir adalah satu modul yang terkandung di dalam korikulum
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia adalah satu modul dan ia
merupakan salah satu syarat untuk penganugerahan Diploma Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Oleh itu, para pelajar dikehendaki membuat kertas kerja mengenai projek
yang bakal dijalankan pada semester enam supaya projek tersebut berjalan
dengan lancar mengikut perancangan kerana di dalam kertas kerja terdapat
segala perancangan projek yang bakal dijalankan seperti objektif, skop kerja,
rekabentuk terperinci, metodologi, bahan yang digunakan, anggaran kos dan
lain-lain.
2
Hasil perbincangan dari kami sekumpulan, kami mencadangkan sebuah
papan tanda yang diberi nama “ PADI CUTTER ”. Ia digunakan untuk
mempermudahkan proses pengusahaan padi. Oleh sebab itu, kami telah
mengaplikasikannya dengan mencipta sebuah alat pemotong padi angin ini
supaya ianya lebih cepat dan mudah digunakan.
Pemotong padi angin ini dicipta bagi mecegah atau membuang padi
angin yang banyak menyukarkan dan merugikan para petani zaman sekarang.
Padi angin merupakan padi yang bersifat mudah relai dan masak lebih awal di
antara 10-25 hari daripada padi yang ditanam atau ditabur. Ciri-ciri padi angin
adalah sejenis padi yang mudah relai apabila disentuh atau ditiup angin dan padi
angin kelihatan lebih tinggi dari padi yang ditanam secara biasa. Padi angin ini
biasanya akan rebah apabila ia sudah masak. Dan ini akan menyebabkan padi
angin tersebut akan merosakkan padi2 biasa lain yang masih belum masak.
Dalam mengatasi masalah padi angin ini perkara yang harus
dititikberatkan bagi mengelak kehadiran padi angin adalah dengan memastikan
para petani menggunakan biji benih yang disahkan bebas dari pencemaran benih
padiangin, varieti yang terpilih, penyediaan tanah yang rapi dan pengurusan air
yang sistematik. Kawalan padi angin hendaklah bermula sebaik sahaja selepas
menuai.
Tetapi kawalan padi angin tersebut memerlukan hasil kerja yang rapi dan
menyukarkan para petani, malah kosnya juga mahal. Maka petani zaman
3
sekarang akan membiarkan padi angin itu tumbuh dan mereka akan
membuangnya dengan menggunakan alat-alat tertentu. Antara alat yang
digunakan adalah seperti sabit, pisau dan juga gunting. Jadi kami bersetuju bagi
mencipta alat yang boleh meyenangkan para petani untuk memotong padi angin
tersebut.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Disini kita dapat lihat bahawa para petani memerlukan banyak tenaga dan
tenaga bagi mencegah atau membuang padi angin. Ia melibatkan kaedah
pemotongan yang mengambil masa yang lama dan memerlukan pekerja yang
ramai,ini bergantung kepada bilangan petak sawah. Dengan terhasilnya mesin
pemotong padi ini dapat menjimatkan masa, mengurangkan penggunaan tenaga
kerja dan secara tidak langsung mengurangkan kos .
Permasalahan ini wujud hasil daripada kajian kami sendiri adalah:
Masa – menjimatkan masa untuk memotong padi angin iaitu dari kaedah
mengetam kepada menggunakan mesin pemotong padi angin.
4
Tenaga pekerja – tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Kos buruh dan kos alatan – melibatkan kos yang rendah bagi meringankan
beban petani.
1.3 OBJEKTIF
Objektif projek ini adalah sebagai pendedahan kepada ahli-ahli
kumpulan supaya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi sepanjang
tempoh pengajian samada secara langsung atau tidak langsung untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian manusia dengan lebih
berkesan.
Setiap hasil projek terdapat objektif mengapa ia direka. Objektif yang
ingin dicapai selepas “pemotong padi angin” ini dicipta ialah:
Proses kerja untuk membuang padi angin dengan lebih cepat
Dapat menjimatkan penggunaan tenaga pekerja kerana ia lebih cepat dan
mudah dengan penggunaan mesin pemotong padi angin ini.
Dapat menjimatkan kos penggunaan buruh.
5
1.4 SKOP PROJEK
Setiap produk yang direkabentuk memerlukan had-had perlaksanaan
yang tertentu untuk mengelakkan perlaksanaan produk tidak terkeluar dari skop
yang telah ditetapkan. Antara skop-skop pemotong padi angin ini adalah:-
i. Mesin pemotong padi angin ini digunakan untuk memudahkan para
petani bagi membuang padi angin yang tumbuh disekitar padi yang elok.
ii. Untuk penambahbaikan bagi industry pertanian yang sedia ada sekarang
iaitu menggunakan alatan yang lebih efektif.
iii. Mesin ini hanya boleh digunakan untuk memotong padi angin sahaja.
6
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
Padi angin merupakan ancaman yang paling utama bagi pesawah. Ketika
ancaman memuncak dahulu, ada sawah hanya mendapat hasil tuaian bawah 1 tan bagi
1.2 hektar. Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, Jabatan pertanian amat mengambil
berat tentang tentang pada angin dan selalu mengadakan sesi taklimat perihal kawalan
padi angin.
Padi angin merupakan padi yang bersifat mudah relai dan masak lebih awal di antara 10
– 25 hari daripada padi yang ditanam atau ditabur. Ciri-ciri padi angin adalah sejenis
padi yang mudah relai apabila disentuh atau ditiup angin dan pada kebiasaannya, padi
angin kelihatan lebih tinggi dari padi yang ditanam secara biasa.
Padi angin lebih cekap menyerap baja berbanding padi yang di tanam menyebabkan
tumbesarannya lebih pantas. Ketinggiannya merupakan satu kelebihan yang
7
menyebabkan padi biasa tewas dalam bersaing untuk mendapat cahaya matahari.
Impaknya padi biasa beransur-ansur pupus dalam kawasan yang banyak padi angin.
Batangnya yang berwarna hijau kekuningan yang lebih keras berbanding padi biasa.
Lantaran itu ia menjadi pilihan terakhir bagi serangga perosak.
Padi angin juga mudah dan giat menghasilkan veriti-veritinya yang baru. Malahan
ketika ini wujud padi angin yang mempunyai ketinggian sama seperti padi biasa. Baru-
baru ini ditemui veriti padi angin yang mempunyai ekor, dari kajian Jabatan pertanian,
ia merupakan perkahwinan silang padi angin dengan rumput ekor tebu yang dikenali
warga setempat dengan panggilan rumput miang.
Dari maklum balas petani, padi angin yang baru peringkat pengisian susu, di potong
tangkainya dan dibiarkan seminggu, susu atau santan padi tersebut akan mengeras
menjadikan ia benih padi angin yang sempurna dan mampu tumbuh sekiranya keadaan
persekitaran yang sesuai. Ciri- ciri ini tidak ada pada padi biasa.
Dalam satu rumpun padi angin wujud 3 atau 4 generasi padi, ini menyebabkan
sekiranya penangkaian menggunakan mesin tebas rumput galas, ia memerlukan 3 kali
ulang.
Ketika padi biasa masak dan sesuai untuk di tuai, 95 peratus padi angin telah gugur ke
tanah, dan masuk ke dalam tanah kerana di gilis roda besi mesin jentuai. Keadaan
menjadi lebih teruk lagi sekiranya keadaan bendang tidak begitu kering disebabkan
lambat membuang air ataupun hujan kerap turun. Ia mampu tidur tapa dalam tanah
8
selama 6 hingga 12 tahun, Apabila ia kembali ke permukaan kerana pembajakan ia akan
bertunas dan tumbuh memberi saingan yang sengit pada padi biasa.
Cuba kita bayangkan sebiji padi angin yang wujud di bendang kita, ia membesar
membentuk rumpunnya. Pada kebiasaannya ia akan beranak lebih daripada 10 bilah.
Katakanlah ia beranak 5 bilah dan membentuk 5 tangkai dan setiap tangkai
mengandungi 100 biji padi, maka pada musim berikutnya, kita berhadapan dengan kira-
kira 500 rumput padi angin. Lantaran itu setiap musim kita membuang padi angin
dengan cara menyabit rumput padi angin, ia tidak ubah hanya sekadar menyekat
perkembangannya sahaja, untuk menghapuskannya memakan masa yang lama.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari para petani, sudah 6 tahun saya
mengupahkan orang membuang padi angin dengan kos satu musim kira-kira RM500.00,
untuk beberapa petak sawah namun masih ada kira-kira 10% padi angin di bendang
saya.
2.1.0 Kajian mengenai mesin pemotong padi angin:
Kami telah membuat kajian dan tinjauan mengenai alatan yang perlu
digunakan dalam pembuatan mesin ini.
Kami telah pergi ke kawasan kampung dimana untuk membuat kajian
mengenai penghasilan dan tahap penggunaan mesin itu. Didapati tiada alatan
atau mesin yang direka untuk memudahkan kerja pembuangan padi angin
dengan lebih cepat. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
9
2.1.1.0 Kos yang diperuntukkan
Walaupun mempunyai kemampuan untuk menghasilkan sesuatu
rekabentuk untuk sesuatu ciptaan, faktor kos pembuatan dan kos jualan
juga dititikberatkan. Ini perlu bagi memastikan penghasilan sesuatu
rekacipta adalah tidak membazir dan pengguna dapat membeli dengan
harga yang berbaloi dengan fungsi alatan tersebut.
2.2.1.1 Penempatan untuk pasaran
Suatu rekacipta yang canggih dan serbaguna tidak semestinya
menembusi pasaran sesuatu tempat. Ini dapat dilihat dari segi
penggunaan alatan dan keperluan mesin pada masa kini.
2.2.2 “Stainless steel clad pipe”
Keluli tahan karat dihasilkan dari keluli karbon biasa dengan
menambah lebih daripada 10.5% logam kromium. Ianya tahan karatan
rintangan tinggi terhadap pengaratan wujud di permukaan logam ini hasil
dari terbentuknya satu lapisan nipis kromium oksida. Lapisan ini
mengelakkan terbentuknya lapisan karat berliang yang selalu terjadi
kepada keluli karbon biasa oleh tindakan pengoksidaan udara/ lembapan.
Ianya juga tahan terhadap agen-agen pengaratan yang lain seperti asid
lemah, larutan garam dan lain-lain. Selain daripada kromium logam-
logam lain juga kadang-kadang ditambah seperti nikel, mangganase dan
molybdenum untuk mendapatkan sifat-sifat tertentu secara langsung atau
10
tidak langsung (dari kerja sejuk/ lain-lain). Manakala besi karbon Besi
karbon mengandungi antara 0.5% dan 1.5% karbon, dengan sejumlah
kecil mangan, belerang, fosforus, dan silikon. Kedua-dua bahan ini
digabung kepada dua lapisan iaitu pada bahagian dalam adalah besi
karbon manakala bhagian luar adalah besi tahan karat. “Stainless steel
clad pipe” merupakan satu teknologi baru yang digunakan bagi
menggantikan ‘stainless steel pipe’ kerana ia boleh dibeli dengan harga
yang lebih murah. Kebiasaaan keluli ini digunakan dalam perlatan rumah
seperti alat – alat dapur, rak kasut, rak baju, pengahadang untuk tepi
tangga atau kaki lima dan juga digunakan dalam industry automatif
seperti palang pemegang dalam bas.
2.2.2.1 Pengkelasan keluli tahan karat
Secara umum keluli tahan karat dikelaskan kepeda tiga jenis
utama iaitu:-
Jenis keluli % Karbon % Komium % Nikel
Jenis Martensite 0.1-1.5 12- 18 -
Jenis Ferrit <0.1 12-30 -
Jenis Austenit 0.05 18 8.5
11
2.2.2.2 Keluli tahan karat austenit
Secara umum keluli tahan karat austenit mengandungi 18% Cr
dan 8.5% Ni dan setengahnya ditambah unsure seperti molybdenum,
columbium atau titanium. Stuktur keluli jenis ini adalah beraustenit iaitu
larutan pepejal terdiri daripada kromium ,nikel ,besi dan karbon yang
mengandungi rintangan kakisan yang paling tinggi dalam keluarga keluli
tahan karat. Mempunyai kemuluran yang tinggi dan jika disejukkan
dengan cepat daripada suhu yang tinggi , ianya dalam keadaan yang
lebih lembut. Tidak boleh dirawat haba dengan kaedah kerja panas tetapi
boleh dilakukan kerja sejuk dengan baik bagi mendapatkan nilai
kekuatan yang lebih tinggi. Keluli ini juga boleh dikimpal, patri dengan
teknik yang betul, ditarik – dalam , gelek-bentuk dan sebagainya. Ia
digunakan sebahagian bahan binaan , perhiasan, loji kimia dan lain-lain.
Keluli tahan karat ini disalut pada besi karbon pada ketebelan 0.3 – 0.6
mm menggunakan teknologi yang ada pada masa sekarang. Ini
membuatkan “stailess steel clad pipe” kuat dan pada masa yang sama
kurang pengaratan atau pengoksidaan pada bahagian dalam.
2.2.3 Kajian terhadap struktur alat
12
Kajian yang dibuat pada pemotong padi angin ini ialah meliputi beberapa
bahagian. Bahagian-bahagian yanga dimaksudkan adalah kajian terhadap
penggerak, motor, dan lain-lain. Kajian yang dilakukan meliputi sedikit
pengukuran. Ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk kami menghasilkan
setiap bahagian dengan teliti dan penggunaan besi secara optimum. Selain itu,
kajian yang telah dilakukan dapat mengurangkan bahan-bahan yang diperlukan
kepada jumlah yang paling minimum.
2.2.4 Kajian elektik
Dalam kajian elektrik ini, kami menjalankan beberapa kajian minor
untuk memudahkan urusan pendawaian dan penyambungan motor. Selain itu,
pada bahagian ini juga kami dapat meneliti cara pemasangan motor pada
penggerak untuk memenuhi aspek-aspek keselamatan.
2.2.5 Motor
Projek ini menggunakan motor sebagai punca penggerak bagi mesin ini.
Motor ini dipilih kerana penggerakkannya yang sederhana laju dan boleh
menggerakkan plat. Pada bahagian mesin ini, kami menggunakan kimpalan dan
ribet untuk membuat penyambungan antara plat tersebut.
Jenis motor yang digunakan adalah seperti:
DC = 12V
Kelajuan = 2000 pusingan per minit (ppm)
13
Arus = 4.2 ampier (A)
Faktor-faktor pemilihan motor
i. Harga yang rendah berbanding dengan motor-motor yang lain dan
keboleharapan tinggi.
ii. Kecekapan yang tinggi.
iii. Mempunyai pergerakan yang laju dan dapat diberhentikan apabila
bekalan arus diputuskan.
2.2.6 Testur
Bagi penggunaan testur dan pemilihan warna digunakan untuk
memastikan mesin ini kelihatan kemas dan menarik. Oleh itu, pemilihan warna
dan jenis cat perlulah sesuai agar menjadikan mesin ini kelihatan menarik.
Selain itu, kekemasan pada tapak adalah penting agar pengguna merasakan
selamat apabila menggunakannya.
2.2.6 Pemilihan punca kuasa (source power)
Cara terbaik dan mudah bagi pemilihan punca kuasa adalah
menggunakan bateri. Terdapat dua jenis bateri yang biasa ditemui dalam
industry automatif adalah :
Bateri sel basah
Bateri sel kering
14
Bateri sel basah : Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia
dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada
plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod
nagetif dan asid sulfurik cari sebagai elektrolitnya.
Bateri sel kering : Bateri ini dibina elektrolit, di pasang kemas, setelah ia
dipasang. Ia boleh disimpan selama 18 bulan. Bila ia digunakan bateri perlu
selalu dicas. Jangka hayat bateri lebih lama dan kurang penyelenggaraan.
Faktor – faktor pemilihan bateri :
Kuasa yang tetap
Selamat dari bahan kimia jika berlaku sebarang kerosakan
Mudah dibawa dan kurang penyelengaraan.
2.2.7 Ciri-ciri keselamatan
Keselamatan semasa melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan
bahaya dan memastikan ciri-ciri keselamatan merupakan faktor penting dalam
penghasilan alat ini dengan memastikan setiap hujung besi diletak penutup,
penghadang mata pemotong pada motor bagi mengelakkan serpihan atau mata
tercabut dan mencederakan pengguna.
15
2.2.8 Fungsi dan kegunaan
i. Projek kami berfungsi dengan lebih mudah tanpa melibatkan
tenaga kerja yang banyak.
ii. Menjimatkan masa dan tenaga kerja.
iii. Memudahkan pembuangan padi angin.
2.2.9 Ciri-ciri ergonomik
Ergonomik merupakan satu kajian berkaitan bidang kajian saintifik
keatas faktor kemanusiaan dalam suasana pekerjaan mempunyai perkaitan atau
interaksi antara mesin dengan manusia.
16
BAB 3
METADOLOGI
3.1 PENGENALAN
17
Reka bentuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita
kerana rekabentuk mempengaruhi hampir setiap perkara yang kita lakukan. Bab ini
akan menunjukkan suatu rangka proses rekabentuk yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan perbagai situasi rekabentuk. Setelah kami mengetahui penyataan
masalah utama berdasarkan kajian daripada latar belakang projek dan mengenal pasti
objektif yang kami perlu capai, dalam masa yang sama juga, kami telah menjelaskan
skop dan had-had perlaksanaan projek yang dijalankan.
Tujuan utama daripada perkara tersebut adalah bagi memastikan perlaksanaan
projek ini tidak terkeluar daripada skop projek kami yang sebenar. Perlaksanaan projek
ini memerlukan kami melakukan beberapa kaedah-kaedah kerja atau cara-cara bagi
menjalankan tatacara untuk memastikan projek yang kami laksanakan mendapat
sokongan dan pendapat secara terperinci.
Oleh itu, kami memutuskan dalam perlaksanaan projek ini bagi memastikan
perkara ini tercapai dimana kami memilih kaedah-kaedah kajian yang dijalankan adalah
menerusi temubual, soal selidik dan ujian praktikal. Daripada kaedah yang kami
laksanakan ini, kami memperolehi maklumat mengenai tatacara penghasilan projek
secara terperinci, dengan ini juga kami dapat memperbaiki maklumat serta
meningkatkan lagi rekabentuk produk yang sedia ada serta kami dapat memenuhi
kehendak sebenar rekabentuk produk yang dijalankan agar ia bersesuaian dengan
penghasilan projek yang kami lakukan.
18
3.2 PROSES REKABENTUK
Kenal Pasti Masalah
Cadangan 1
Rujukan Tambaha
n
Internet
Menganalisa Masalah
Brain Storming
Mengumpul Idea
Mengembang Idea dan PenyelesaianCadangan 2
Cadangan 3
Penilaian Rekabentuk
Pembangunan Rekabentuk Yang terpilih
19
Rajah 1.1 : Aliran Kajian Rekabentuk
20
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANKALAKTIVITI MINGGUAN PELAKSANAAN PROJEK PELAJAR SEMESTER 6
SESI JULAI 2009 (TAKWIM)
BIL AKTIVITI
MINGGU
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
03/8-09/8
10/8-16/8
17/8-23/8
24/8- 06/9
07/9-13/9
14/9-20/9
21/9-27/9
28/9-04/10
05/10-11/10
12/10-18/10
19/10-25/10
26/10-01/11
02/11- 08/11
09/11-15/11
1 Perjumpaan dengan penyelia dan cadangan bajet.
2 Beli barang projek
3 Memulakan projek dengan memotong besi.
4 Membuat rangka projek.
5 Memasang pekakas yang berkaitan dengan mesin.
6 Test mesin
21
7 Membuat kemasan akhir dan penambahsuaian projek.
8 Pertunjukan projek kepada penyelia.
9 Perbentangan projek pelajar.
Jadual 1.1 Carta gantt perjalanan projek semester
22
3.3 PROSEDUR PERLAKSANAAN PROJEK
Perlaksanaan projek dijalankan secara berperingkat dan teratur mengikut jadual
perancangan yang telah ditetapkan. Ini dapat memastikan perlaksanaan projek sentiasa
berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan sepenuhnya sepanjang tempoh yang
ditetapkan. Bermula dengan perbincangan dan rekabentuk projek sehingga ke peringkat
kekemasan dan seterusnya diperiksa dan dipamerkan.
Dalam proses penghasilan projek, kerja-kerja menghasilkan kerangka projek
dilaksanakan. Dalam menghasilkan kerangka ini, beberapa cara dijalankan. Antara jalan
kerja mengimpal dengan menggunakan kimpalan TIG dan arka bagi mancantumkan
plat-plat besi tersebut.
Sebagai permulaan, lakaran kasar dibuat terlebih dahulu, memastikan ukuran
dan saiz yang dikehendaki.
3.4 PROSES PEMILIHAN REKABENTUK
3.4.1 Keselamatan penggunaan projek
23
Keselamatan penggunaan projek perlu diambil kira dan dititikberatkan
dalam penghasilan projek. Sebarang kecuian dalam merekabentuk sesuatu
produk dan menyebabkan kecederaan akibat dari rekabentuk komponen ataupun
akibat dari kerosakan komponen itu sendiri. Oleh itu, beberapa cadangan dibuat
untuk mengelakkan dari berlakunya masalah ini. Langkah keselamatan ini
dibuat bukan hanya kepada pengguna sahaja malahan kepada kawasan
persekitaran lokasinya. Antara langkah keselamatan yang selalu diambilkira
ialah
i. Bahagian-bahagian yang melibatkan pendawaian pada bahagian
dalam perlu disiapkan terlebih dahulu dengan memasukkan wayar
terlebih dahulu sebelum rangka dikimpal.
ii. Untuk mengelakkan kecederaan bahagian hujung besi dicanai supaya
ia tumpul.
iii. Memakai sarung tangan semasa mencanai dan memegang benda
kerja yang panas.
3.4.2 Kemudahangunaan (Pemasangan dan Penggunaan)
Produk yang dihasilkan mempunyai kriteria tersendiri iaitu mudah
digunakan dari segi penggunaan dan perancangannya. Suatu peralatan yang
sukar dibawa komponennya dan tidak tersusun akan mendatangkan masalah.
Justeru itu, beberapa cadangan seperti berikut telah diambil:
24
i. Komponen mudah dipasang dan ditanggalkan
ii. Bahagian-bahagian yang rumit mudah ditanggalkan
iii. Kelegaan antara bahagian yang bertemu.
3.4.3 Jenis-jenis Bahan yang digunakan
Bahan yang dipilih akan mempergaruhi hasil produk dan fungsi produk
ini. Pemilihan jenis bahan yang digunakan dalam perlaksanaan projek ini
bergantung kepada :
Kos bahan yang murah dan berkualiti
Bahan yang mudah diperolehi dipasaran
Keketahanan dan kekukuhan bahan untuk penghasilan produk
3.4.4 Kekemasan projek
Ciri-ciri terakhir dalam penghasilan projek ini ialah kekemasan produk.
Projek yang dihasilkan mestilah kemas dari segi susun atur dan rekaan
komponen-komponen didalamnya. Ini bagi memastikan tidak mudah berlaku
kerosakan. Projek akan dicat bagi menampakkan ia lebih menarik. Ini
merupakan salah satu ciri penting bagi menarik perhatian para pelanggan jika ia
25
dipasarkan dipasaran. Selain itu, prospek digunakan sebagai kekemasan kerja
terakhir.
3.5 FOKUS REKABENTUK
Fokus rekabentuk yang digunakan rekabentuk ini hendaklah melalui dua
cara iaitu cara bacan dan tinjauan. Penerangan lanjut mengenai focus tersebut
adalan seperti yang dinyatakan di bawah.
Bahan bacaan merupakan aspek penting dalam mendapatkan hasil
rekacipta yang baik. Ergonomik adalah menjadi satu istilah yang menyatakan
kesesuaian pekerjaan dan persekitaran untuk menghasilkan kecekapan
maksimum. Jadi kami telah memperuntukan istilah ini dalam projek untuk
menyesuaikan rekabentuk projek dengan pengguna.
3.5.1 Melalui tinjauan
Kami telah mendapatkan pelbagai pendapat daripada beberapa orang
pensyarah untuk dibuat tinjauan. Kami juga menberi peluang kepada beberapa
orang rakan untuk menggunakan projek ini dan keputusan yang diperolehi telah
kami pertimbangkan untuk memperbaiki projek ini. Keputusan yang dibuat
adalah berdasarkan maklum balas pengguna yang menggunakan projek ini.
26
3.6 IDEOLOGI DAN KONSEP REKABENTUK
Bagi mencapai matlamat yang dikehendaki, perkasasan atau alat yang sedia ada
dipasaran dijadikan panduan dalam melakukan pengkajian. Segala sistem dan konsep
yang telah ada itu menjadi keperluan didalam menganalisis komponen dan pemeriksaan
kritikal rekabentuk. Segala maklumat yang ada pada data dikaji dengan teliti untuk
mendapatkan rekaan yang tepat dan baik. Seperti biasa kami cuba menerapkan
beberapa elemen yang berkaiatan dengan pembelajaran kami.
a) Sistem mekanikal:
i. Kerangka
ii. Motor
b) Suis boleh laras kelajuan
3.7 KELENGKAPAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam proses pembinaan projek
kendiri daripada 2 bahagian iaitu mesin dan peralatan tangan.
27
3.7.1 Peralatan tangan
Dalam keseluruhan projek ini, peralatan tangan yang digunakan adalah untuk
menyiapkan dan menghasilkan hasil kerja yang baik dan kemas.
Peralatan-peralatan yang digunakan ialah:
3.7.1.1 Pita Ukur
Pita ukur digunakan dalam projek ini ialah untuk membuat
bacaan panjang atau lebar pada komponen - komponen projek. Pita ukur
yang digunakan mempunyai panjang maksimum 3.5m.
3.7.1.2 Sesiku L
Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang
dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar. Bahagian
badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian mata.
3.7.1.3 Pembaris keluli
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli
alat. Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh
didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6
milimeter hingga 1 meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan
berukuran 150 milimeter hingga 300 milimeter.
28
Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu
millimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam
pecahan dan perpuluhan. Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16
dan1/8 inci. Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang
lebih kecil daripada 1/64 inci dibaca, kerana pembaris jenis ini
mempunyai senggatan 0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci), 0.020(1/50inci)
dan 0.010(1/100inci). Rajah dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap satu
senggatan yang terdapat dalm ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik,
pecahan dan perpuluhan
3.7.1.4 Penggarit
Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat
tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini
termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat.
Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau
mengegas. Dengan menanda kita dapat mengetahui berapa banyak kerja
yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi tandaan
biasanya didapati dan dipindakan daripada lukisan atau cetakan biru
keatas permukaan benda kerja dengan menggunakan berbagai alat
mengukur atau menguji.
3.7.1.5 Spanar dan pemutar skru
Spanar dan pemutar skru digunakan untuk mengetatkan skru, bolt dan nat.
29
3.7.1.6 Penebuk pusat
Membuat tanda tekan (cucuk) yang halus pada garisan tandaan
supaya tandaan tidak hilang walaupun garisan yang dibuat itu terpadam.
Penebuk pusat juga digunakan sebagai penanda lubang pusat gerudi.
Apabila hendak membuat lubang. pusat yang di tandakan perlu di
ketuk perlahan–lahan terlebih dahulu, apabila telah pasti kedudukannya
tepat, bolehlah diketuk lebih kuat supaya lubangnya lebih dalam.
3.7.1.9 Mata gerudi
Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas
permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat dengan
menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada
keluli taha lasak dan tungsten karbida.
3.7.1.10 Grinder
Ia digunakan untuk mencanai hasil kimpalan dan bahagian yang
tajam pada kerangka projek supaya kelihatan lebih menarik. Grinding
perlu dilakukan kerana kami menitikberatkan aspek keselamatan.
3.7.1.11 Ragum
Sesuai untuk mengapit bahan kerja yang bersegi dan kecil
mengikut luasnya rahang ragum itu boleh dibuka.
3.7.2 Penggunaan mesin
30
Mesin-mesin yang telah digunakan adalah seperti berikut:
3.7.2.1 Mesin kimpalan arka
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah
perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi
menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan
mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel
bumi ke meja kerja.
3.7.2.3 Mesin gerudi meja
Mesin gerudi meja digunakan untuk membuat lubang pada plat
untuk lubang-lubang skru dan lubang-lubang untuk kerja-kerja
penyambungan bahagian projek.
3.7.2.4 Mesin pemotong besi
Mesin ini digunakan untuk memotong kepingan aluminium,
angle iron dan besi-besi yang digunakan untuk menyiapkan projek ini.
31
BAB 4
DAPATAN DAN ANALISA PROJEK
4.1 PENGENALAN
Dapatan dan analisa projek adalah hasil yang diperolehi ketika melaksanakan
projek untuk mengenalpasti samaada objektif tercapai atau tidak dan menganalisa
projek atau data yang terdapat ketika proses penbinaan projek bermula daripada
penyataan masalah sehingga kepada penyelesian masalah yang dilakukan ketika proses
pembuatan. Jadi, pada mesin mengtos minyak ini, sedikit analisa telah dilakukan
32
dengan menggunakan dengan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan bagi memastikan
rekaan ini adalah sempurna dan perjalanan projek ini dapat diketahui.
Terdapat beberapa aspek penting yang perlu dianalisa pada mesin mengtos
minyak ini. Ianya adalah bertujuan untuk memastikan projek ini dapat dihasilkan
dengan lebih baik. Diantara beberapa aspek yang perlu diambilkira ialah daripada segi
kaedah dan cara-cara perjalanan mesin mengtos minyak itu sendiri. Antara kaedah lain
yang digunakan ialah kaedah pengujian dimana kaedah ini merupakan aspek terpenting
dalam menentukan hasil dapatan bagi projek ini.
Di sini juga disertakan dengan beberapa analisa pengiraan yang berkaitan
dengan mesin mengtos minyak ini. Tujuan analisa pengiraan ini dilakukan adalah
kerana ia penting untuk mengetahuai tahap sebenar produk yang dihasilkan dengan
menggunakan hukum-hukum serta pengiraan yang telah dipelajari.
Dalam bab ini juga, turut disertakan dengan analisa kos bagi pembelian barang-
barang untuk menghasilkan projek ini. Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah
kos yang perlu diperuntukan untuk pembelian barang-barang tersebut.
4.2 HASIL DAPATAN
Secara keseluruhannya, daripada kajian yang dilakukan, penghasilan mesin
mengtos minyak adalah terdiri daripada 100% bahan mentah. Ia merangkumi dimana
33
hampir 85% adalah terdiri daripada bahan separuh siap dan bakinya 15% adalah terdiri
daripada barangan yang sudah siap. Manakala barang-barang tersebut juga merangkumi
barang-barang mekanikal dan elektrikal. Semua barang-barang ini diperolehi daripada
kedai-kedai hardware dan kedai barangan kejuruteraan. Terdapat juga beberapa
barangan yang kami perolehi secara percuma.
4.3 PENGIRAAN
4.3.0 Analisis Motor
P = 70 watt
N = 2000 ppm
V = 12V
i. Arus
P = IV
70 = A (12)
A = 70 12
A = 5.83 A
34
ii. Halaju sudut (w)
W = 2πN 60
= 2π(2000) 60 = 209.44 rad/saat
iii. Daya kilas
T = P W
= _70__ 209.44 = 0.334 Nm
4.3.1 Kimpalan
L = 2πd = 2π (25)
= 157.08 m
T = 1mm
σ = 20 N/mm²
P = t x L x σ = 1 x 157.08 x 20 = 3141.6 N
4.3.2 Momen dan daya
+ Ma = 0
370mm
Ra
1350mm
730mm
53.96N Rb 7.85N
35
Rb (0) – Ra (360) – 53.96 (730) + 7.85 (990) = 0
-360Rb – 39390.8 + 7771.5 = 0 -360 Rb = 31619.3
-360 = -87.83 N
ξFy = 0
Ra = 53.96 + 87.83 + 7.85 = 149.64 N
4.4 ANALISIS KOS PENGHASILAN PROJEK
Dalam menghasilkan sesuatu projek, perancangan kos adalah penting sebelum
memulakan sebuak projek. Analisa terhadap kos perlulah dilakukan supaya anggaran
kos diketahui. Secara amnya, kos boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
Kos bahan dan komponen
i. Kos pasti
ii. Kos kemahiran
iii. Kos keseluruhan
4.4.1 Kos bahan mentah
Kos bahan mentah merupakan kos penting yang penting dalam proses
pengeluaran dan member bahan mentah untuk menghasilkan projek ini. Kami telah
menyenaraikan harga, kuantiti bahan dan jumlah keseluruhan kos projak ini.
36
4.4.2 Kos pembelian komponen
Kos pembelian komponen merupakan belian komponen sampingan bahan
projek. Kami telah menyenaraikan jenis-jenis komponen yang digunakan di sepanjang
tempoh penghasilan projek.
Bil Bahan Unit Harga seunit (RM) Jumlah (RM)
1 ½ hp motor 1 240.00 240.00
2 Besi 1 x 2 x 1.6mm 1 14.00 14.00
3 Rod pipe (25mm x 50mm x 1mm x
8m)
1 20.00 20.00
4 Tong mix-steel dengan steel 1 400.00 400.00
5 Plate 9” x 5” x 3mm 1 6.00 6.00
6 Stud bolt 1 12.00 12.00
7 Polish shaft 25mm x 30mm 1 17.60 17.60
8 Shaft welding 1 50.00 50.00
9 Pulley 2 ½“ 1 9.00 9.00
10 Pulley 6” 1 19.80 19.80
11 A41 belt 1 6.50 6.50
37
12 Bearing 2 30.00 60.00
13 Pulley 1 4.00 4.00
JUMLAH 904.90
Jadual 1.2 Kos bahan dan pembeliaan komponen
4.4.3 Kos pasti
Kos pasti melibatkan kos pentadbiran, penyelidikan, sewaan bangunan,
bil-bil dan sebarang kos yang akan tetap dibayar sekalipun tiada produk
dihasilkan. Kami telah mengambil kira bil elektrik dan minyak sebagai kos pasti
kami iaitu sebanyak RM40.00.
4.4.4 Kos kemahiran
Kos kemahiran iaitu kos yang berdasarkan kemahiran pekerja
melakukukan kerja. Dalam proses penghasilan projek kami ini, kos kemahiran
yang kami kira ialah kemahiran designer, mengimpal, stamping, dan juga
memasang komponen- komponen pada mesin kami RM 80.00.
38
4.4.5 Kos keseluruhan
KOS KESELURUHAN = KOS BAHAN DAN KOS PEMBELIAN
KOMPONEN + KOS PASTI + KOS KEMAHIRAN
= RM904.90 + RM40.00 + RM80.00
= RM1024.90
39
BAB 5
PERBINCANGAN
5.1 PENGENALAN
Dalam penghasilan sesuatu projek, hasilnya mestilah sama atau lebih kurang
daripada objektif yang hendak dicapai. Di dalam melaksanakan projek ini juga beberapa
perbincangan telah dibuat bersama-sama dengan ahli kumpulan projek, penyelia projek
dan penyelaras projek. Ini untuk memastikan keberkesanan projek ini di dalam
mencapai objektifnya. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai komponen-
komponen yang digunakan, peralatan-peralatan yang digunakan dan cara-cara
40
penyambungan litar serta mereka bentuk model yang akan dibina. Selain itu, terdapat
juga masalah-masalah yang dihadapi semasa menyiapkan projek ini.
Setelah kumpulan kami berjaya menyiapkan projek ini, perbincangan telah
diadakan dengan penglibatan setiap ahli kumpulan yang bertujuan untuk
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan masalah projek yang telah
dijalankan. Ianya adalah untuk memastikan bahawa objektif projek dapat dicapai
dengan sepenuhnya ataupun memastikan objektif-objektif yang dikehendaki berada
pada tahap yang mampu dilaksanakan oleh setiap ahli kumpulan.
Perbincangan diantara ahli kumpulan adalah sangat penting kerana pelajar dapat
bersedia dengan lebih awal lagi untuk menjawab soalan-soalan yang akan dikemukan
oleh pensyarah-pensyarah semasa pembentangan projek dijalankan. Selain itu, kami
juga boleh menjangkakan soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya oleh
pensyarah seperti proses kendalian, komponen-komponen yang digunakan dan kebaikan
peralatan projek yang telah kami gunakan.
Secara keseluruhannya, perbincangan ini akan melibatkan pihak-pihak yang
berkaitan seperti penyelaras projek, penyelia dan ahli kumpulan. Dengan nasihat yang
dibekalkan serta maklumat yang diperolehi semasa perbincangan dilakukan, maka
dapatlah kami menjayakan projek ini dalam waktu yang ditetapkan dan bersedia dengan
sebarang kemungkinan perbagai soalan yang akan dikemukan oleh penal penilai nanti
41
5.2 PERBINCANGAN DENGAN PENYELARAS
Perbincangan dengan penyelaras projek telah dijalankan oleh semua pelajar
mekanikal untuk mendapatkan maklumat terkini di dalam perlaksaan untuk
menjalankan projek semestar akhir ini. Penyelaras yang telah membimbing projek
akhir semestar adalah EN. SHAIFUL ZAMRI BIN ABD SATAR.
Perbincangan yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui syarat-syarat
yang telah ditetapkan semasa melaksanakan projek. Tujuannya adalah untuk
memastikan tajuk yang dilakukan oleh pelajar tidak terkeluar dari topik atau had yang
telah ditetapkan dan bersangkutan dengan teori-teori dan teknikal yang telah dipelajari
semasa berada di Politeknik. Selain itu, penyelaras juga mengadakan taklimat
mengenai penulisan projek atau sebarang penukaran format bagi penulisan projek.
5.3 PERBINCANGAN DENGAN PENYELIA PROJEK
Perbincangan dengan penyelia projek dilakukan bagi melaporkan pengembangan terkini
samada perlaksanaan projek tersebut berada didalam keadaan yang baik mahupun tidak.
Penyelia projek kami ialah EN. SHARIMAN BIN JOHARI dimana perbincangan perlu
42
dilakukan setiap minggu mengikut jadual aktiviti kumpulan. Perbincangan ini juga
dijalankan bersama ahli kumpulan dimana mengikut masa yang telah ditetapkan,\.
Kehadiran bagi perjumpaan ini, mengikut tarikh yang telah ditetapkan dimana
kami dapat membincangankan masalah-masalah yang dihadapi dan penambahbaikan
semasa perlaksaan projek ini. Oleh itu, penyelia kami dapat mengetahui masalah-
masalah yang dihadapi oleh kumpulan kami dan cara mengatasinya dengan sebaik
mungkin.
5.4 PERBINCANGAN ANTARA AHLI KUMPULAN
Perbincangan antara ahli kumpulan dijalankan semasa pemilihan tajuk-tajuk
yang sesuai bagi projek semestar akhir. Kumpulan kami telah membincangkan
pelbagai projek yang berpadanan dengan kemampuan kami untuk dijadikan projek
semestar akhir ini.
Pada awalnya pelbagai masalah timbul didalam pemilihan tajuk dimana tajuk
tersebut hendaklah terkini dan mempunyai kebaikan kepada masyarakat di Malaysia
dan juga pengguna-pengguna. Setelah mendapat kata sepakat diantara setiap ahli
kumpulan, maka tercetuslah idea untuk melaksanakan projek akhir semester ini yang
dinamakan sebagai MESIN MENGTOS MINYAK .
43
Setelah mendapat tajuk projek dan diluluskan oleh penyelia serta penyelaras
projek, maka kami telah membincangkan komponen-komponen serta kos yang
diperlukan untuk melaksanakan projek tersebut. Pada masa yang sama, kami telah
membahagikan tugas diantara setiap ahli kumpulan untuk memudahkan perlaksanaan
projek dijalankan dengan teratur dan bersistematik. Perbincangan kos juga dijalankan
untuk memastikan kos yang di perlukan berada pada tahap minimum serta berada
didalam kemampuan kami sebagai seorang pelajar. Ianya dibincangkan secara teliti
untuk memastikan pelaksanaan projek dapat dilakukan dengan jayanya dan mengelak
dari berlakunya kegagalan.
Syukur Alhamdulillah kerana segala masalah dapat di atasi dengan baik.
Akhirnya dapat juga kami siapkan projek akhir semester ini dengan baik.
44
BAB 6
KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 KESIMPULAN
Dari perlaksanaan projek yang telah dijalankan oleh kumpulan kami dapatlah
disimpulkan bahawa sekirannya terlaksananya projek ini ia dapat membantu pengusaha
dalam melakukkan kerja-kerja menapis minyak khususnya. Dengan menggunakkan
mesin ini, ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga pekerja untuk menapis minyak.
Untuk penggunaan mesin ini shaft digunakan untuk memutarkan jaring penapis.
Sepanjang menyiapkan projek ini para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan
memperaktikkan apa yang dipelajari sepanjang berada di politeknik .
45
Sebenarnya untuk melaksanakan sesuatu projek bukanlah perkara yang mudah
seperti yang diperkatakan tetapi ia memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
serta memerlukan perlaksanakan yang terperinci. Tanpa kemahiran dan pengetahuan
tidak mungkin projek ini dapat disiapkan. Sebelum memulakan projek ini segala
perancangan awal perlu disediakan seperti, faktor kos, faktor keselamatan , faktor
rekabentuk mesin dan sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa proses
merekabentuk mesin dijalankan.
Walaupun tempoh yang diberikan untuk menyiapkan projek ini agak singkat
iaitu satu semester, kami terpaksa membuat perancangan yang betul untuk menyiapkan
projek dan laporan projek semester akhir ini dengan secepat mungkin agar kami dapat
menyerahkan projek dan laporan projek pada masa yang telah oleh penyelaras projek.
Dengan kerjasama ahli kumpulan maka projek yang kami rancangkan dapat disiapkan
pada masa yang telah ditetapkan. Selain dari menyiapkan projek tersebut , kami juga
telah menguji mesin kami samaada beroperasi atau tidak. Sekiranya terdapat masalah,
kami memnyelesaikan masalah itu sebelum hari pembentangan projek.
Walaubagaimanapun, dalam menghasilkan projek ini terdapat banyak suka dan
duka yang kami hadapi dan lalui. Ini kerana terdapat banyak kesulitan dan halangan
yang perlu kami tempuhi sepanjang menghasilkan projek ini. Contohnya seperti
masalah pada sistem elektrik , ini kerana kami kurang kemahiran di dalam pemasaran
sistem ini. Walaubagaimanapun, kami berjaya mengatasi masalah ini dengan kerjasama
pensyarah-pensyarah yang mahir dalam sistem tersebut. Apa yang penting, sepanjang
46
penghasilan projek, kerjasama dan kesefahaman antara setiap ahli kumpulan mestilah
diutamakan bagi mengelak berlakunya perbalahan akibat tidak sefahaman.
Sebenarnya projek semester akhir ini adalah pratikal bagi yang berada di
semester akhir ini. Ini adalah satu projek yang menggabungkan antara teori dan amali.
Oleh itu , kami berharap projek yang kami laksanakan ini dapat digunakan di industri
kecil-kecilan.
6.2 CADANGAN
Masa untuk membuat projek ini dipanjangkan lagi iaitu sebagai cadangan bagi
pihak kami, projek ini sepatutnya telah diberi penekanan sejak semester lima
lagi dan para pelajar boleh membuat perancangan yang lebih baik atau lebih
sempurna dan para pelajar tidak terlalu terasa beban dan tertekan. Perancangan
awal ini juga boleh membuat pelajar lebih yakin tentang projek mereka. Jika
masa yang diberi terlalu singkat, ini akan menyebabkan ramai pelajar terasa
tertekan kerana selain daripada memikirkan tentang projek, pelajar juga turut
memikirkan tentang masalah pelajaran mereka. Sekiranya masa yang diberi
panjang, pelajar tidak perlu bimbang untuk menumpukan perhatian mereka
terhadap pelajaran.
47
Memperbanyakkan atau mempelbagaikan lagi alatan yang sedia ada di bengkel
projek serta membaikpulih mesin-mesin yang telah rosok. Ini kerana peralatan
yang disediakan tidak dapat menampung kuantiti pelajar yang hendak
menggunakannya. Pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakkan
sesuatu peralatan. Selain itu, banyak peralatan-peralatan yang selalu digunakan
ketika membuat projek tidak disediakan, contohnya seperti pita ukur , kapur
penanda dan sebagainya.
Kurang pengawasan daripada penyelia projek. Ini kerana penyelia projek ada
yang tidak memberi perhatian tentang pelajar dibawah pengawasannya.
Selalunya pensyarah tiada didalam bengkel, iaitu jika pelajar ingin menyiapkan
projeknya, pelajar mestilah memastikan bahawa ada pensyarah yang menjaga
bengkel sekirannya ada pelajar yang ingin masuk ke dalam bengkel.
Mengkhaskan satu hari untuk pelajar semester akhir menyiapkan projek.