pemimpin instruksional

7
1. Ciri-ciri kepimpinan instruksional yang diperlu-kan: Berkebolehan membuat scanning terha-dap persekitaran Memahami keperluan pedagogi yang relevan Tahu dan faham perubahan semasa murid Menyediakan pelan strategik bagi setiap program yang dilaksanakan Sentiasa bersedia mendepani cabaran terkini 2. Pemimpin instruksional hendaklah berhadapan dengan masalah yang sentiasa berubah-ubah dan mempunyai ilmu dan kemahiran agar selesa menyelesaikan masalah pada sebarang masa menjamin situasi yang lebih baik.

Upload: zaigmie-najyana

Post on 30-Dec-2015

166 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kepemimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Pemimpin Instruksional

1. Ciri-ciri kepimpinan instruksional yang diperlu-kan: Berkebolehan membuat scanning terha-dap persekitaran Memahami keperluan pedagogi yang relevan Tahu dan faham perubahan semasa murid Menyediakan pelan strategik bagi setiap program yang dilaksanakan Sentiasa bersedia mendepani cabaran terkini

2. Pemimpin instruksional hendaklah berhadapan dengan masalah yang sentiasa berubah-ubah dan mempunyai ilmu dan kemahiran agar selesa menyelesaikan masalah pada sebarang masa menjamin situasi yang lebih baik.

Page 2: Pemimpin Instruksional

KERANGKA KEPIMPINAN INSTRUKSIONALHALLINGER & MURPHY

Dalam usaha membentuk iklim sekolah yang positif, Pemimpin Instruksional perlu mempromosi pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah.

Kajian Tinjauan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning International Survey – TALIS: 2009) mendapati penglibatan guru di Malaysia dalam pembangunan profesionalisme berterusan adalah melebihi 90% (purata 10 hari setahun). Dalam laporan yang sama dinyatakan bahawa daripada jumlah ini hanya 16% sahaja pembangunan professional guru berasaskan sekolah dijalankan dalam bentuk latihan amali di tempat kerja (misalan guru membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi dan berkongsi amalan terbaik). Kajian membuktikan bahawa program latihan amali di tempat kerja lebih berkesan. Pengetua/Guru Besar juga memainkan peranan penting dalam memerhati latihan amali di tempat kerja dan memberi maklum balas langsung tentang cara menam-bah baik amalan Pembelajaran dan Pengajaran di bilik darjah.

Dalam merealisasikan hasrat ini, sekolah perlu menggalakkan pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah untuk melaksanakan penambahbaikan khasnya dalam pembelajaran murid. Inisistif ini dipanggil Professional Learning Community (PLC).

Dimensi yang perlu diberi penekanan ialah : Kepimpinan yang dikongsi bersama Perkongsian nilai dan visi Pembelajaran kolektif dan aplikasi Perkongsian amalan peribadi Kewujudan struktur dan hubungan yang sesuai

Rujukan

Page 3: Pemimpin Instruksional

Olivier, D., Hipp, K., & Huffman, J., (2003). Professional learning community assessment. In J. Huffman & K. Hipp (Eds.), Professional learning communities: Initiation to implementation (pp. 133-141, 171-173). Lanham, MD: Scarecrow Press.

Kajian membuktikan bahawa hubungan yang erat dan menyokong antara guru dan murid menjadi asas untuk pembangunan murid yang sihat di sekolah.

Mengikut Hamre & Pianta (2001), faedah kepada utama murid ialah kurangnya masalah seperti tekanan emosi murid, tingkah laku membunuh diri, keganasan, and aktiviti seksual yang awal. Hubungan guru-murid juga mempengaruhi hubungan rakan sebaya, hubungan murid dan ibu bapa, dan kompetensi akademik.

Terdapat pelbagai strategi yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan guru-murid selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekanakan konsep guru penyayang. Antara strategi termasuk meningkatkan masa guru dan murid bersama-sama dan meluaskan rangkaian pengli-batan golongan dewasa yang sanggup bersama dengan murid. Di samping itu perlu diwujudkan polisi disipilin yang menekankan harapan yang tinggi terhadap murid di samping memupuk perhubungan.

Sebagai pemimpin instruksional, model hubungan penyayang perlu diturunkan dari pihak pengurusan sekolah kepada guru. Salah satu aspek yang perlu ditekankan ialah usaha untuk meningkatkan komunikasi yang lebih kerap dengan murid di samping memastikan bahawa pihak sekolah sentiasa bersedia untuk membantu murid lebih-lebih lagi pada waktu mereka menghadapi kesukaran dalam hidup. Ini selaras dengan peranan pemimpin instuksional dalam membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. Persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur ini mampu mening-katkan prestasi murid.

Rujukan Hamre, B., & Pianta, R. (2001). Early teacher–child relationships and the trajectory of children’s school outcomes through eighth grade. Child Development, 72, 625–638.

Kemahiran penyeliaan dikaitkan dengan kebolehan Pemimpin Instruksional memerhati dan menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk ajar, dan dorongan kepada guru-guru (Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal, 2012).

Apakah inisiatif yang dapat dilakukan oleh Pemimpin Instruksional dalam mempertingkatkan kualiti penyeliaan untuk memantapkan tahap pembelajaran murid?

“Dapatan Kajian Tinjauan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning Interna-tional Survey – TALIS: 2009) menyatakan bahawa hanya 16% sahaja pembangunan profesional guru berasaskan sekolah dijalankan dalam bentuk latihan amali di

Page 4: Pemimpin Instruksional

tempat kerja (misalan guru membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi dan berkongsi amalan terbaik) walaupun kajian membuktikan bahawa program latihan amali di tempat kerja lebih berkesan.”

Berdasarkan pernyataan ini, apakah langkah yang praktis dapat dilakukan oleh Pemimpin Instruksional untuk membangunkan profesionalisme guru berasaskan sekolah berbentuk latihan amali di tempat kerja?

Salah satu daripada atribut dan aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah memastikan setiap murid mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif.

Apakah strategi inovatif yang dapat direncanakan oleh seorang Pemimpin Instruksional untuk mewu-judkan PdP yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid?

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malayasia (PPPM) bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan Negara Malaysia.

Apakah strategi inovatif yang dapat dilakukan oleh Pemimpin Instruksional dalam membina sarana ibu bapa untuk menyokong pembelajaran murid?

Page 5: Pemimpin Instruksional
Page 6: Pemimpin Instruksional