pemikiran moral

5
TAJUK 2 PEMIKIRAN MORAL 2.1 Naturalis Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu. Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Upload: mohana-muthaiah

Post on 12-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Moral

TAJUK 2PEMIKIRAN MORAL

2.1 Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu

dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk

menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran

naturalis.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau

masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip

keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya

teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu

dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana

pun begitu juga prestasinya.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa

rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus

menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang

lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan

penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan

Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang

tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri

hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan

pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Page 2: Pemikiran Moral

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut

perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-

kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau

masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia

30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana

wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak

tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami

tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau

membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir

keturunan murid tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng

arang di muka keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu

membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki

tersebut.

2.3 Intuisionis

Page 3: Pemikiran Moral

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’

secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua

yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila

mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca

apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu

‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka ketika

menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan

pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang

lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran

pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.

Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan

tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran

pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam

bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya

bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka

teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah

ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman

hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik

dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis

Page 4: Pemikiran Moral

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’

atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,

menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas

pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan

menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan

dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh

dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan

keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada

pemikiran rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan.

Perkara-perkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu

yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000

orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya

perkara tentang Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan

sebagainya

Rumusan

Kita perlu berikan perhatian kepada perkara berikut:

1. Etika ialah Falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang

kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. ( Franken,

W. K. 1973 )

2. Moral ialah satu kualiti baik yang merupakan prinsip sosial dan

piawai tingkah laku yang dapat diterima individu dan

masyarakat.

Page 5: Pemikiran Moral

3. Akhlak ialah nilai-nilai yang baik dan sifat-sifat yang terpuji

mengikut prinsip-prinsip moral Islam.

4. Seseorang yang berpendidikan moral haruslah:

(a) menghormati kuasa yang menjadi sumber arahan serta

boleh dipercayai dan tidak mengikuti arahan secara

terburu-buru;

(b) bertindak di atas kemahuan / keputusan sendiri berdasarkan

prinsip-prinsip moral;

(c) bertindak secara rasional;

(d) mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang perasaan

orang lain;

(e) mempunyai sikap yang betul; perwatakan yang baik; dan

(f ) bertindak secara wajar dan berpegang teguh kepada

prinsip dan

peraturan moralnya sendiri.

5. Kita hidup dalam masyarakat yang dikongkong oleh peraturan

dan undang-undang.

6. Peraturan moral ada kaitannya dengan hukum agama, undang-

undang

negara dan peraturan adat.