kuliah 2 pemikiran dan penaakulan moral

19
PEMIKIRAN DAN PENAAKULAN PEMIKIRAN DAN PENAAKULAN MORAL MORAL Objektif pengajaran: Objektif pengajaran: Para pelajar dapat mengenalpasti dan Para pelajar dapat mengenalpasti dan memahami ciri-ciri hujahan. memahami ciri-ciri hujahan. Minggu 2 Minggu 2

Upload: zolidia

Post on 21-Jul-2015

98 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

PEMIKIRAN DAN PENAAKULAN PEMIKIRAN DAN PENAAKULAN MORALMORAL

Objektif pengajaran:Objektif pengajaran:

Para pelajar dapat mengenalpasti dan Para pelajar dapat mengenalpasti dan memahami ciri-ciri hujahan.memahami ciri-ciri hujahan.

Minggu 2Minggu 2

PEMIKIRANDefinasi;

“Pemikiran merujuk kepada kebolehan individu

manusia untuk mencipta gagasan-gagasan,

pengertian,idea,hujahan, menilai dan membuat

Keputusan. Berfikir bermaksud menggunakan

akal bagi membuat keputusan wajar dan

rasional”.

• Pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan-ransangan luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudian diproses dan digunakan. Costa (1985).

• Pemikiran meliputi aktiviti-aktiviti seperti refleksi, pengkonsepsian dan penyelesaian masalah. Segel (1984).

PENAAKULAN

• Satu kaedah menggunakan alasan (premis) untuk membuat kesimpulan tertentu dengan menggunakan kaedah hujahan deduktif dan induktif.

HUJAHAN (ARGUMENT):• Hujahan ialah satu pendapat yang

disokong dengan alasan.• “..A set of reasons that show that

something is true or untrue, right or wrong”.

• Setiap hujahan mestilah terdiri daripada satu pendapat, alasan atau lebih.

• Istilah yang digunakan untuk alasan yang menyokong pendapat individu penghujah dipanggil premis .

• Istilah yang digunakan untuk merujuk bahagian pendapat penghujah disebut kesimpulan (Conclusion).

• Secara ringkasnya, premis ialah alasan yang menyokong pendapat penghujah. Manakala kesimpulan ialah bahagian hujah yang merupakan pendapat penghujah.

Tujuan Hujahan• Adakalanya kebenaran belum diketahui, maka

perlulah kita mencari kebenaran secara berhujah.• Seseorang harus mempertahankan pendapat dan

boleh menyakinkan orang lain dengan menggunakan hujahan yang kuat.

• Menolak pendapat orang lain dengan cara menganalisa dan memberi alasan-alasan yang menyakinkan.

• Kesilapan mungkin berlaku, oleh itu perlu diuji dengan mendasarkan pendapat dengan hujahan yang kuat.

Struktur HujahanContoh 1:• Jika dia seorang ibu, maka dia adalah

perempuan (premis).• Siti adalah seorang ibu (premis) jadi Siti

seorang perempuan (kesimpulan).Jika kita menerima dua premis diatas sebagai benar

maka kita perlu menerima kesimpulan. Hujahan ini dikatakan sah (valid) kerana premisnya lojik untuk kesimpulan.

Contoh 2• Jika dia seorang ibu,dia adalah perempuan

(premis). Siti seorang perempuan (premis), oleh itu Siti adalah seorang ibu (kesimpulan).

# Hujahan tidak sah ialah premis tidak selari dengan kesimpulan.

# Premis pertama dan kedua tidak selari dengan kesimpulan jika Siti berumur 2 tahun.

# Hujahan yang sah ialah hujahan yang tidak membolehkan kita mempersoalkan kembali premis dan kesimpulannya.

Contoh 3• Jika dia seorang perempuan, dia mesti

menjadi seorang ibu (salah).• Siti seorang perempuan oleh itu Siti mesti

menjadi ibu.# Hujahan sah boleh juga berlaku walaupun premisnya

salah.

Hujahan Deduktif:1. Perkataan deduktif berasan dari bahasa Latin iaitu

“Deducere” bermaksud membawa atau menuju daripada. Hujah diduktif selalunya menuju daripada pernyataan umum kepada pernyataan khusus atau premis yang umum kepada kesimpulan yang khusus.

Contoh; Semua burung gagak hitam (umum), X seekor

burung gagak (khusus), jadi X mestilah hitam (khusus)

2. Hujahan deduktif bersyarat ialah hujahan yang menyakinkan seratus peratus. Kesimpulannya mesti diterima untuk semua kes X.

Terdapat juga hujahan yang tidak memberi kepastian mutlak tetapi kemungkinan besar sahaja.

Contoh;

Saya sudah melihat lebih kurang 3,000 ekor burung gagak yang hitam, oleh itu berkemungkinan besar bahawa semua burung gagak hitam.

Premis tidak menjamin kepastian seratus peratus kerana masih ada kemungkinan gagak ke 3,001 berwarna puteh.

# Hujahan yang premisnya hanya memberi kemungkinan besar bagi kebenaran kesimpulannya dinamakan hujahan induktif.

Ciri-ciri Hujahan Deduktif;• Pernyataan umum kepada pernyataan khusus

(premis umum kpd kesimpulan khusus).• Kebenaran kesimpulan hanya bergantung kpd

kebenaran premis).

Hujahan Induktif• Perkataan induktif berasal daripada bahasa Latin

“Inducere” yang bermaksud membawa atau menuju kepada. Hujahan induktif biasanya menuju daripada pernyataan khusus kepada umum.

Contoh;

Burung gagak 1 = hitam (khusus)

Burung gagak 2 = hitam (khusus)

Jadi semua burung gagak hitam (umum).

Ciri-ciri Hujahan Induktif:• Hujahan induktif terdapat lebih dari dua

kemungkinan iaitu hujahan kuat atau kurang kuat.

• Contoh 1; Ali tentulah sakit kerana keretanya tidak terletak dihadapan pejabatnya. (Hujah lemah).

• Contoh 2; Ali tentu sakit kerana keretanya tidak terletak dihadapan pejabat, tidak kelihatan di kantin atau di perpustakaan dan semalam ia bersunggut tentang sakit belakang. (Hujah Kuat)

Induksi SempurnaInduksi sempurna bermaksud semua kes dan semua

fenomena telah disiasat sebelum penyataan umum

disebut.

Contoh;

A1=b, A2=b, A3=b. Jadi semua A adalah b.

Hipotesis• Hipotesis ialah premis yang belum dibuktikan atau

premis sementara.

Contoh: Semua burung gagak hitam. Apakah betul ?.

• Manusia berfikir bermula dengan suatu hipotesis lalu cuba membuktikan melalui pengalaman bahawa hipotesis itu salah. Pembuktian melalui deduktif.

Contoh 1 : Jikalau hipotesis “semua burung gagak

hitam”, maka burung gagak X mesti juga

hitam. Jika burung gagak X tidak hitam, jadi

hipotesis “ semua burung gagak hitam”

tidak mungkin benar.

Contoh 2: Semua penagih dadah adalah lelaki, maka

penagih X juga mesti lelaki. Jika penagih X

bukan lelaki , jadi hipotesis “semua

penagih adalah lelaki” , tidak mungkin benar.

KESIMPULAN• Konsep hujahan deduksi dan induksi berguna

sebagai alat untuk penilaian hujah.• Hujahan deduktif ialah hujah yang premisnya

memberi kepastian mutlak untuk kebenaran kesimpulan.

• Hujah induktif pula ialah hujah yang premisnya hanya memberi kemungkinan besar sahaja bagi kebenaran kesimpulannya.

SEKIAN