pembentangan kemahiran dipupuk

30
Definisi patriotisme patriotisme yang bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air http:// prpm.dbp.gov.my/ Search.aspx? k=kedaulatan&d=10

Upload: teh-sedap

Post on 11-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah ipg 5.5

TRANSCRIPT

Definisi patriotisme

Kemahiran bermaklumatPenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

(Lee Bih Ni : ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah)Kemahiran interpersonalKemahiran interpersonal adalah kemahiran yang memerlukan pelajar untuk berinteraksi dengan orang-orang di sekelilling diaBagi memupuk kemahiran sebegini, kaedah pembelajaran secara kontekstual adalah amat berkesan Pembelajaran kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Dengan kaedah seperti ini, pelajar akan dapat kaitkan pembelajaran mereka dengan pengalaman harian dan juga persekitaran mereka sekaligus meningkatkan kemahiran interaksi interpersonal merekabalik(DSKP Sejarah KSSR)Kemahiran sosial-interaktifKemahiran sosial interaktif boleh dipupuk dengan melakukan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah (PLBD)Aktiviti sebegini adalah berpusatkan muridPLBD adalah perlu bagi memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Selain itu, PLBD boleh mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan murid. balik(DSKP Sejarah KSSR)Penggunaan TMK juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan bagi meningkatkan motivasi diri, di samping membolehkan murid mengamalkan pembelajaran kendiri.Penggunaan TMK boleh dilaksanakan secara tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.(Lee Bih Ni : ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah)Bagi memastikan pelajar dapat memiliki kemahiran ini dalam subjek sejarah, guru seharusnya menjadi insan penunjuk jalan kepada merekaAda tiga jenis kemahiran teknologi maklumat (ict) yang perlu dimiliki guru1. kebolehan menulis laporan, surat, atau dokumen dengan menggunakan komputer2. kemahiran membina pangkalan data untuk penyimpanan dalam bentuk elektronik3. kebolehan mencari maklumat dalam pangkalan data perpustakaan atau pusat sumber(Lee Bih Ni : ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah)balikKemahiran berfikir (Kemahiran Pemikiran Sejarah)Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea yang munasabah dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif dan inovatif adalah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. (DSKP Sejarah KSSR)Kemahiran menaakul adalah sebagai perangsang dalam membantu murid membuat pertimbangan secara logik dan rasional Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah membina dan memahami konsep, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. (berfikir dan menaakul)(DSKP Sejarah KSSR)Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru.KPS membantu murid memahami bagaimana sejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif.Aspek KPS:a) Elemen Asas Sejarahi. Tokohii. Tempatiii. Peristiwaiv. Tarikh / Masa(DSKP Sejarah KSSR)b) Konsep Masai. Tempohii. Jarak masaiii. Tarikh spesifik

c) Susunan Masai. Awalan, perkembangan dan akhiranii. Mengukur dan mengira kalendar masa

d) Konversi Masai. Membuat interpretasi garis masaii. Menerangkan perubahan dan kesinambungan dalam urutan masa

e) Isu dan Masalah Masa Lalui. Mengkaji sebab-musababii. Melihat perubahan dan kesinambunganiii. Melihat sebab dan akibatf) Perbandingan Masa Lalui. Mencari persamaanii. Mencari perbezaan

g)Imaginasi dan Empatii. Imaginasi secara visualii.Mengembangkan kreativitiiii.Imaginasi berdasarkan perasaanh) Mencari sumberi. Kaedah Mencari sumberii. Mengenal pasti sumber.iii. Menggunakan sumber

i) Signifikan Buktii. Tarikh berlakuii. Tokoh yang terlibatiii. Peristiwa yang berlakuiv.Lokasi/tempat peristiwa berlakuv. Bagaimana berlakubalikKemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif. Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan khusus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.KBATPENERANGANMengaplikasiMenggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara

MenganalisisMencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaanMenilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

MenciptaMenghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatifbalikKemahiran ini boleh dipupuk dalam kelas sejarah dengan memberikan situasi masalah-masalah yang wujud contohnya masalah penaklukan semula kota melaka dan biarkan pelajar mencari strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebutbalikDengan cara ini pelajar akan dapat Membuat refleksi dan penilaian sendiriAplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang berbeza-bezaCara belajarPembelajaran Masteri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Luar Bilik Darjah Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Secara Konstruktivisme Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Masa pembelajaran yang terhad di dalam kelas menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu dan meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.

(Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun, Phd. (2005). Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd.)

balikUntuk mengajar Sejarah, apa yang diperlukan ialah ingatan dan imaginasi guru dan para pelajar. Maka, apabila guru menggunakan bahan bantuan mengajar, daya ingatan pelajar menjadi lebih baik berbanding dengan pengajar yang tidak menggunakan sebarang bahan bantuan mengajar

(Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos, Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar)Selain itu, kaedah lain yang bolah diketengahkan ialah dengan mengulangkaji tajuk yang berkaitan. Guru juga boleh membimbing pelajar dengan cara mengingat kembali pelajaran yang telah lepas dan sebagainyaSebagai contoh, dalam matapelajaran Sejarah di bawah topik Masalah-masalah Masyarakat Majmuk di Tanah Melayu Sebelum Merdeka, guru boleh menggunakan teknik penceritaan khususnya mengenai kedatangan orang bukan Melayu semasa pemerintahan British. (Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos, Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar)Selain itu, guru juga boleh meminta para pelajar memberitahu atau menerangkan tentang bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang mereka tahu(Ariegusrini Bte Agus & Mohamad Johdi Bin Salleh Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah)

Guru juga boleh membawa pelajar melawat tempat-tempat yang menyimpan seni sejarah seperti muzium. Tujuannya ialah untuk membuat lawatan sambil belajar. Di sini, setiap pelajar akan cuba mengaitkan di antara pengalaman sebenar dengan ayat-ayat yang terdapat dalam buku teks.

(Dr. R. Dhanapal, Pemikiran Kreatif, Inovatif Dan KompetenGuru menggalakkan pelajar menggunakan alat-alat berfikir seperti peta minda dan untuk membantu mereka dalam memahami fakta-fakta dalam bab Perundangan dengan lebih mudah serta para pelajar digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta minda.Contohnya, guru menggunakan carta Organisasi sesebuah pertubuhan seperti Hierarki Kerajaan Pesekutuan Malaysia dengan mewujudkan pertalian line dan staff. (Dr. R. Dhanapal, Pemikiran Kreatif, Inovatif Dan Kompeten)

baliksekian