pembangunan sistem sokongan pembelajaran … · dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap...

28
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KEMAHIRAN HIDUP TAHUN EMPAT MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buithuan

Post on 07-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KEMAHIRAN

HIDUP TAHUN EMPAT

MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI

ATAS TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN EMPAT

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

KM24 KG PERMATANG BULUH,

KOTA SARANG SEMUT 06800,

ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN.

PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT

Nama Penyelia

Tarikh: 21 APRIL 2010 Tarikh: 21 APRIL 2010

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

i  

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : _____________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT

Tarikh : 21 APRIL 2010

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

ii  

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KEMAHIRAN

HIDUP TAHUN EMPAT

MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

iii  

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN

Tarikh : 21 APRIL 2010

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

iv  

DEDIKASI

Istimewa untuk ibu dan abah tersayang…

Jamaludin bin Awang dan Noraini binti Hj Salleh

Jasamu, doamu, pengorbananmu dan tunjuk ajarmu yang tidak

ternilai harganya…

Dan tidak lupa juga kepada adik-adik

Mohd Hafifi, Abdul Habib dan Siti Nor Raihan

Yang banyak memberi dorongan dan sokongan

Juga untuk sahabat baik

Tajularif yang banyak memberi bantuan

untuk teman-teman yang tersayang

terima kasih atas sokongan dan bantuan kalian.

 

 

 

 

   

 

 

 

 

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

v  

PENGHARGAAN

Bismillahhirahmanirahim

Syukur kepada Allah S.w.t… Dengan izin dan restuNya dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih

dan jutaan penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Yahya Bin Buntat selaku

penyelia sekaligus pembimbing yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta

dorangan kepada saya sepanjang tempoh menjalankan projek ini. Kesungguhan dan

dedikasi beliau dalam memberikan tunjuk ajar, nasihat serta cadangan sepanjang

proses penyempurnaan penulisan laporan PSM ini amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih

di atas segala dorongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang proses

penyelidikan ini.

Tidak lupa juga penghargaan buat pensyarah-pensyarah yang mengajar dan

memberikan curahan ilmu tanpa batasan terutamanya sepanjang proses

pembangunan e-pembelajaran untuk web ini. Juga terima kasih buat seluruh warga

Fakulti Pendidikan, kakitangan akademik, tenaga pentadbiran dan tenaga sokongan

yang banyak memberikan galakan dan terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

pernah memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

 

 

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

vi  

ABSTRAK

Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam

memartabatkan profesion perguruan agar para pendidik mampu bersaing dengan

teknologi terkini. Antara inovasi yang perlu dititikberatkan ialah kepelbagaian dalam

kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Oleh itu, satu projek yang

mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, iaitu projek sistem sokongan

pembelajaran kendiri atas talian dibangunkan untuk menghasilkan suatu e-

pembelajaran yang berkesan, interaktif, mampu menarik minat murid untuk belajar

serta bersifat mesra pengguna. Objektif pembangunan ini adalah untuk menghasilkan

web portal bertajuk Rekabentuk dan Teknologi dan menilai kesesuaiannya terhadap

penggunaan pembelajaran, Model ADDIE digunakan bagi membantu dalam

perancangan dan pembangunan web portal. Metodologi pembangunan bahan

pengajaran melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan

penilaian. Bahan-bahan e-pembelajaran bertajuk Reka Bentuk dan Teknologi

disediakan dalam format power point dan juga html yang merangkumi nota

pengajaran guru dan juga nota pembelajaran pelajar. Selain itu, web portal ini juga

menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lain seperti Quiz, Forum, Chat,

Glossary dan Assignment berdasarkan objektif pembelajaran Kemahiran Hidup

KBSR serta juga menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan pelajar. Penilaian

sumatif telah dijalankan kepada 20 orang bakal-bakal guru Kemahiran Hidup,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dapatan pengujian ini menunjukkan

kesesuaian web portal ini adalah di tahap yang baik (min keseluruhan = 4.53).

Diharapkan web portal ini dapat digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar

supaya pembelajaran yang bermakna dapat diwujudkan daripada persekitaran

pembelajaran yang menyokong konstruktivisme sosial.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

vii  

ABSTRACT

In the era of globalization, educators should give more attention on the

innovations of information delivery methods to the students. Web based learning is

seen as an effective alternative in teaching and learning since this medium can

support individualized learning which is self access. Hence, a project that applies e-

learning technology, known as Online Self Study Support System was developed to

generate an effective, interactive, interesting, and user-friendly e-learning. The

purpose of this study is to develop topic Reka Bentuk dan Teknologi and to evaluate

its flexibility towards learning. The ADDIE model was used to help in the planning

and developing the web portal project. The development methodology of e-learning

materials includes phases of analysis, design, development, implementation and

evaluation. The e-learning materials entitled Reka Bentuk dan Teknologi was

prepared in html and power point format which comprised teacher’s note and

student’s lesson. This web portal also provided a wide range of resources and

activity-based on learning objectives in KBSR such as Quiz, Forum, Chat, Glossary

and Assignment which can develop student’s active learning. Summative evaluation

was conducted on ten Living Skills student of Universiti Teknologi Malaysia. The

outcome of the research showed that the flexibility of this web portal was good

(overall mean = 4.53). It is hoped, this web portal will be widely used by teachers

and students so that a meaningful learning can be developed from an environment

that supports social constructivism.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

viii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

TAJUK ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Pembangunan Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 9

1.5.1 Pelajar 9

1.5.2 Tenaga Pengajar 10

1.5.3 Ibu Bapa Atau Penjaga 10

1.5.4 Sekolah 11

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

ix  

1.5.5 Masyarakat 11

1.5.6 Institut Pendidikan Guru/Fakulti Pendidikan 12

1.5.7 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 12

1.6 Skop Projek 12

1.7 Rasional Pemilihan Projek 12

1.8 Kerangka Teori Projek 14

1.9 Definisi Istilah 15

1.9.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 15

1.9.2 Portal 15

1.9.3 Web Portal Pendidikan 16

1.9.4 Pelajar 16

1.10 Penutup 17

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Masalah dan Kesukaran Pembelajaran KH 19

2.2.1 Kelemahan Pelajar Dalam Topik Reka Bentuk &

Teknologi 20

2.3 E-Pembelajaran 20

2.3.1 Definisi E-Pembelajaran 21

2.3.2 Ciri-ciri E-Pembelajaran 22

2.3.3 Prinsip E-pembelajaran 23

2.3.4 Kelebihan E-Pembelajaran 24

2.3.5 Halangan Dalam Pelaksanaan E-pembelajaran 27

2.4 Perkembangan dan Keberkesanan E-Pembelajaran 29

2.4.1 Keberkesanan E-pembelajaran di Luar Negara 29

2.4.2 Keberkesanan E-pembelajaran di Malaysia 31

2.4.3 Isu-isu dan Cabaran E-pembelajaran di Malaysia 32

2.5 Perisian Sumber Terbuka (Open Sources Software) 33

2.5.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 34

2.6 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning

Environment) 35

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

x  

2.6.1 Pengurusan Kursus MOODLE 36

2.7 Teori Pembelajaran yang diaplikasikan oleh MOODLE 37

2.7.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 37

2.7.2 Teori Konstriktivisme Sosial 39

2.9 Penutup 41

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 42

3.1 Pengenalan 42

3.2 Kaedah Pelaksanaan 42

3.2.1 Analysis (Analisis) 44

3.2.2 Design (Rekabentuk) 46

3.2.3 Development (Pembangunan) 48

3.2.4 Implementation (Pelaksanaan) 50

3.2.5 Evaluation (Penilaian) 50

3.3 Penutup 53

4 HASIL PEMBANGUNAN DAN DAPATAN PENGUJIAN 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Web Portal Reka Bentuk dan Teknologi 54

4.3 Reka Bentuk Web Portal Reka Bentuk dan Teknologi 55

4.3.1 Log in ke web portal 55

4.3.2 Penyusunan Stuktur Bahan e-pembelajaran 57

4.4 Hasil Pembangunan Projek 59

4.4.1 Ruangan Lesson 59

4.4.2 Ruangan Assessment 62

4.4.3 Ruangan Activity 66

4.4.4 Ruangan Assignment 67

4.4.5 Ruangan Forum 68

4.4.6 Ruangan Chat 70

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

xi  

4.5 Penilaian Kesesuaian Web Portal 70

4.6 Penutup 72

 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 73

5.1 Pengenalan 73

5.2 Rumusan Projek 73

5.3 Kekuatan Web Portal Reka Bentuk dan Teknologi 75

5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi 76

5.5 Cadangan Projek Lanjutan 78

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN A-C 88-93

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA HALAMAN 3.1 Skala Likert Berdasarkan Min Skor 51

3.2 Tahap Kesesuaian Web Portal Berdasarkan Min 52

4.1 Min Skor Penilaian sumatif 71

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

xiii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Fasa-fasa dalam model ADDIE 43 3.2 Skrin paparan ‘editting on’ 48 3.3 Skrin muat naik fail 49 4.1 Skrin Log in 56 4.2 Skrin Create new account 56 4.3 Skrin paparan menu utama 58 4.4 Skrin struktur penyampaian bahan e-pembelajaran 58 4.5 Skrin paparan Resources 60 4.6 Skrin paparan nota pembelajaran berformat

power point 60

4.7 Skrin muat turun nota pembelajaran berformat power point 61

4.8 Skrin paparan Lesson dalam format html 62 4.9 Skrin paparan Assessment bersertakan

maklumbalas berformat html. 64

4.10 Skrin paparan pangkalan data Assessment berformat html. 65

4.11 Skrin penilaian berformat power point 65 4.12 Skrin maklum balas jawapan berformat html. 66 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran

(Quiz dan Crossword Puzzle) 67

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

xiv  

4.14 Skrin Tugasan bagi topik Reka Bentuk dan

Teknologi 68 4.15 Skrin Paparan Forum 69 4.16 Skrin maklum balas dalam Forum 69 4.17 Skrin paparan Chat room 70

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

xv  

SENARAI SINGKATAN     KH - Kemahiran Hidup

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

MPTM - Matapelajaran Teknologi Maklumat

ICT - Information Communication and Technology

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment

OSS - Open Office Software

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

HTML - Hypertext Markup Language

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

WWW - World Wide World

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

CAL - Computer Associated Learning

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

ABM - Alat Bantu Mengajar

SB - Sangat Baik

B - Baik

S - Sederhana

L - Lemah

SL - Sangat Lemah

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Pengesahan Pelajar 88

B Set Soal Selidik 89

C Instrumen Penilaian Sumatif 91

 

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, kemunculan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

telah mengubah paradigma masyarakat sekaligus mewujudkan suasana baru dalam

sistem pendidikan. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan

penggunaan ICT dalam mentranformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat

yang bermaklumat (knowledge based society). Disney Lai (2008) menyatakan

bahawa ICT dapat dilihat sebagai sesuatu yang dapat melangkau batasan seperti

persempadanan, keadaan geografi fizikal, jantina, keupayaan, kaum dan agama.

Kemajuan ICT begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan

matlamat wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri Malaysia.

“In the information age that we are living in, the Malaysian society must be information rich. It can be no accident that today there is no wealthy develop country that is information poor and no information rich country is poor and undeveloped”

(Wawasan 2020, 1991)

Kemajuan ICT tidak boleh dipisahkan dengan teknologi internet. Teknologi

internet merujuk kepada kombinasi teknologi komputer dan komunikasi. Ianya

dianggap sebagai kemuncak kecanggihan teknologi komputer. Ini kerana ia adalah

rangkaian komunikasi antarabangsa yang membolehkan seseorang berinteraksi

melalui komputer dengan bantuan talian komunikasi dan seterusnya menerokai dunia

dengan hanya sentuhan pada hujung jari pada peranti-peranti input yang dipilih

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

2

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana

tanpa kengkangan tempat dan masa. Segala sumber dan aktiviti pembelajaran boleh

disalurkan terus kepada pelajar melalui jalur lebar rangkaian komunikasi berasaskan

web dan internet.

Pihak kementerian juga telah memperkenal mata pelajaran teknologi

maklumat (MPTM) untuk ditawarkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) untuk tahun 2000 sebagai matapelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat mata pelajaran tersbut untuk membentuk

pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran

mengenai maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT bagi

menyelesaikan masalah (Kementerian Pelajaran, 2005). Selain itu pihak kerajaan

telah meluluskan peruntukan bernilai RM4.3 bilion termasuk RM 300 juta bagi

pembinaan makmal-makmal komputer di 2000 sekolah adalah antara langkah positif

ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-

ekonomi (Utusan Malaysia, 27 September 2001).

Penekanan penggunaan teknologi telah diorentasikan dalam kokurikulum

sekolah merupakan satu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap

yang positif terhadap pengembangan teknologi. Persekitaran atau budaya sekolah

perlu diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan,

berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Sehubungan dengan itu, pelbagai projek

ICT dilaksanakan termasukalah pembekalan komputer, penyediaan makmal

pengkomputeran, persediaan sukatan pelajaran dan perisian pendidikan sebagai

aktiviti utama dalam penyediaan prasarana ICT.

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Sekolah Bestari yang

dimulakan pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah. Sebanyak 1,737

(43.42%) buah sekolah daripada 4,000 sekolah harian yang disasarkan pada tahun

2007 telah berjaya menerima penarafan Pembestarian Sekolah. Manakala pada tahun

2008 disasarkan sebanyak 2000 buah sekolah lagi akan diberi penarafan

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

3

pembestarian (Konvensyen PIPP Kedua, 2008) Kewujudan Sekolah Bestari adalah

mengisi agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC)

yang menekankan penggunaan teknologi ICT sebagai peneraju pedagogi dan

pengurusan sekolah. Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang kepada

teknologi komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam

sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka

yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah dengan mereka

yang kurang berada (Razali, 2002).

Hasil daripada pemesatan teknologi ICT yang pesat kini, pembelajaran

berbantukan komputer tidak lagi dinafikan kepentingannya dan menjadi perintis

kepada perkembangan ICT dalam pendidikan Kemahiran Hidup. Ini selari dengan

matlamat KBSR Kemahiran Hidup yang bukan sahaja menekankan kepada budaya

sains dan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai dan

mengaplikasikan kemahiran yang berlandaskan sikap saintifik, menyelesaikan

masalah dalam kehidupan seharian, meneroka ilmu bahkan ingin melahirkan pelajar

yang bersikap positif terhadap kehidupan dan menghargai kepentingannya untuk

menyelesaikan masalah harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Reka bentuk subjek Kemahiran Hidup (KH) yang telah dilaksanakan

sepenuhnya di sekolah mulai tahun 1991 adalah bercorak pravokasional yang

menitikberatkan pembelajaran teori dan kerja praktis (Wan Mohd Zahid, 1993).

Subjek Kemahiran Hidup sekolah rendah adalah bermatlamat untuk memberi

pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam ilmu kehidupan untuk

membolehkan pelajar mengetahui asas-asas atau prinsip dalam sains dan teknologi.

Selain itu mengwujudkan kesedaran dan keperihatinan pelajar tentang peranan ilmu

dalam kehidupan alam sejagat.

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

4

Dalam bidang pendidikan, teknologi ICT telah membawa perubahan baru

dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di mana ia digunakan sebagai satu

kaedah untuk menyebarkan maklumat. Kemunculan alaf baru yang disertai dengan

ledakan teknologi ICT telah memberi tekanan kepada perlunya perubahan radikal

dalam dunia pendidikan (Posiah et al. 2006). Maka tidak hairanlah jika banyak

institusi pendidikan dan sekolah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam membantu

usaha kerajaan untuk membangunkan modal insan.

Hasil pemesatan teknologi ICT yang pesat, pembelajaran berpandukan

komputer (e-learning) tidak dapat dinafikan lagi kepentinganya dan menjadi

pemangkin kepada perkembangan ICT dalam pendidikan Kemahiran Hidup. Namun

begitu, kekangan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup sudah pasti akan membataskan dan menyukarkan objektif ini

dicapai. Tidak dinafikan, semua sekolah kebanyakan mempunyai laman web sendiri

tetapi ia hanya digunakan sebagai memperkenalkan sekolah kepada umum iaitu

memaparkan gambar dan maklumat umum tentang sekolah. Ianya jarang sekali

digunakan sebagai pembelajaran interaktif atau e-pembelajaran untuk para

pelajarnya.

Pada zaman sekarang sistem pendidikan tradisional yang lebih berpusatkan

pelajar kurang relevan untuk diaplikasikan dan ini sekaligus akan menjadikan

suasana pembelajaran kurang kondusif. Hal ini terjadi kerana proses pembelajaran

secara tradisional di dalam kelas atau bengkel adalah terhad. Pelajar yang mudah

faham akan berasa bosan sekiranya terpaksa mempelajari sesuatu tajuk Kemahiran

Hidup yang sama berulang-ulang kali sedangkan pelajar yang lemah akan berasa

sukar sekiranya guru mengajar pada kadar yang terlalu pantas. Mohd Sofian (2006)

dan Atan Long (1982) menyatakan bahawa pembelajaran tradisional (kapur, buku

teks dan percakapan) tidak akan menjamin keberkesanan pengajaran kerana ia tidak

menguji daya imaginasi pelajar.

Realiti sekarang ini, ramai di kalangan pelajar yang kurang memberi tumpuan

untuk mendalami ilmu ini kerana pada anggapan mereka subjek Kemahiran Hidup

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

5

tidak penting untuk dipelajari dan mereka lebih memumpukan subjek yang terdapat

dalam ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Menurut Abu Hussin (1997) masalah

kurang perhatian pelajar-pelajar dalam pembelajaran subjek Kemahiran Hidup ada

hubung kait dengan tanggapan ibu bapa atau penjaga mereka. Ini adalah disebabkan

oleh ibu bapa yang tidak menggalakan anak mereka mempelajari subjek Kemahiran

Hidup, kurang memberikan kerjasama dan menganggap subjek Kemahiran Hidup itu

tidak penting.

Selain itu, Guru yang kurang kreatif dalam menyediakan medium untuk

menyampaikan pengajarannya akan memberi impak kepada pembelajaran pelajar-

pelajarnya (Norjihan dan Nor Imayanty, 2005). Menurut Rozidah (2004), terdapat

banyak kelemahan dalam pembelajaran berbantukan buku teks semata-mata. Ini

disebabkan, pembelajaran yang dijalankan dengan hanya menggunakan buku teks

sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana suram dan seterusnya

menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar sukar untuk mendapat

idea baru dan natijahnya akan membantutkan perkembangan kognitif ke arah

pemikiran yang kritis dan kritis. Pergantungan kepada buku teks semata-mata akan

menyebabkan guru tidak peka dan perlunya bahan bacaan lain diketengahkan untuk

memperbaiki kualiti pembelajaran di sekolah (Abdul Rahim, 2004).

Penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif juga tidak

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Ini kerana

subjek Kemahiran Hidup bukanlah suatu subjek yang hanya memadai diterangkan

dengan menggunakan medium teks dan grafik sahaja. Ia sebenarnya memerlukan

lebih daripada itu. Menurut Mohd Yusri (2007), pelajar selalunya mengalami

kesukaran dalam memahami sesuatu konsep atau teori terutamanya apabila perkara

yang disampaikan itu sukar diberi gambaran secara kasar. Sekiranya pelajar ini

berterusan didedahkan dengan kaedah pembelajaran tradisional yang sedemikian,

lama-kelamaan mereka akan berasa bosan dan sekaligus menghakis minat mereka

terhadap subjek Kemahiran Hidup ini.

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

6

Bagi subjek Kemahiran Hidup, keperluan untuk mencari alternatif bahan

bantu mengajar terutama penggunakan komputer amat berkurangan. Sekiranya

kaedah pembelajaran menggunakan web (dalam talian) dapat dibangunkan, ia akan

membantu proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memberi pengetahuan

awal kepada pelajar yang mempelajari matapelajaran ini sebelum melibatkan kerja

amali dan pelbagai projek. Selain itu, kekurangan sumber merupakan salah satu

sebab di mana perlunya alternatif lain dalam pembelajaran yang memerlukan kerja

amali.

Kebanyakan guru tidak mengambil kira faktor kesediaan untuk belajar yang

berbeza di kalangan pelajar mahupun kecerdasan pelajar itu sendiri. Melalui

pembelajaran secara tradisional, para pelajar terkongkong dalam suatu situasi yang

sempit di mana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak sekolah, ini secara tidak

langsung membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran yang terhad dan tidak

terbuka. Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan konsep yang dipelajari di

dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar. Selain itu, jumlah pelajar

yang ramai dalam sesuatu kelas juga menyebabkan kurang interaksi antara pelajar

dan guru (Jamalludin, 2003). Perhubungan antara pelajar dan guru menjadi terhad

dan kefahaman pelajar sukar untuk dinilai. Secara tidak langsung akan menyebabkan

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan.

Walaupun latihan ICT telah diberikan kepada guru, namun hanya segelintir

guru sahaja yang mempraktikannya. Menurut Ismail (2002), Dengan perkembangan

era teknologi maklumat, sudah tentu komputer dapat digunakan dengan mudah untuk

menyampaikan sesuatu konsep yang abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit dan

lebih mudah difahami. Oleh itu, pembangunan e-pembelajaran berasaskan Modular

Object Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE) boleh menambah

sumber e-pembelajaran kepada pelajar terutamanya dalam pembelajaran Kemahiran

Hidup tahun empat. Web portal yang dibangunkan ini boleh dijadikan sebagai

alternatif bahan bantu mengajar bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap

subjek Kemahiran Hidup dan menyediakan suasana pembelajaran yang mampu

menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini.

Page 25: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

7

1.3 Penyataan Masalah

Subjek Kemahiran Hidup yang diajar di sekolah rendah bertujuan untuk

membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran peringkat asas bagi membantu

pelajar mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih produktif dalam dunia

teknologi yang semakin hari semakin mencabar dan sentiasa mengalami

pembaharuan terutama dalam era teknologi ICT. Subjek ini mula diperkenalkan pada

tahun 1989 dengan program Kemahiran Hidup Peralihan (KHP). Pada tahun 1991

telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Malaysia pada peringkat sekolah

menengah dengan program Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sehinggalah

sekarang telah menjangkau selama 20 tahun.

Pembelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah masih lagi diamalkan secara

tradisional dan tidak dapat lari daripada pelbagai masalah. Guru-guru Kemahiran

Hidup juga tidak mempelbagaikan kaedah mengajar dan masih mengamalkan

pengajaran secara tradisional yang kurang berkesan untuk diaplikasikan pada masa

kini. Walau bagaimanapun, Penggunaan teknologi ICT bukanlah penyesaian terbaik

untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi boleh mengurangkan masalah pembelajaran

subjek Kemahiran Hidup. Menurut Wahyu dan Yahya (2005), perkongsian maklumat

boleh berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-

pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang

baik untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi

“chalk and talk‟.

Penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan menjadikan

pembelajaran lebih mudah dan menarik. Ini kerana komputer dapat dibangunkan

dengan pelbagai cara di bilik darjah. Tetapi ianya memerlukan kaedah yang sesuai

agar ia tidak lari dari objektif asal iaitu mempertingkatkan kualiti pengajaran guru

dan juga menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Penggunaan elemen

grafik dan animasi dalam web ini akan menjadikan pembelajaran yang abstrak dan

masalah pemahaman atau salah konsep pelajar bertukar menjadi pembelajaran serta

pemahaman yang jelas dan baik (Junaidah dan Rasyidah, 2006). Melalui web portal

Page 26: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

8

ini, pelajar boleh menilai kemampuan diri mereka dengan mencuba pelbagai latihan

dan kuiz yang telah disediakan mengikut aras Taksonomi Bloom.

Web portal ini menekankan kepada penilaian online yang lebih sistematik

dan ini akan memudahkan guru untuk menilai pelajar. Menurut Norazah et al.

(2006), penggunaan teknologi maklumat boleh menimbulkan suasana pembelajaran

yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Peneguhan

yang positif dan negatif juga berlaku di mana pelajar diberi maklum balas segera

setelah membuat latihan dan kuiz yang disediakan. Ini secara tidak langsung akan

meningkatkan motivasi dan minat mereka dalam subjek Kemahiran Hidup.

Web Reka Bentuk dan Teknologi dalam talian ini dibangunkan dengan

menggabungkan ciri-ciri multimedia dan pembelajaran kendiri. Pembangunan web

ini adalah satu alternatif dan inovasi bagi mengatasi permasalahan dalam pengajaran

dan pembelajaran Kemahiran Hidup hari ini di samping mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang menyokong konstruktivisme sosial.

1.4 Objektif Pembangunan Projek

Projek ini membangunkan e-pembelajaran berasaskan perisian multimedia

yang diharapkan dapat memenuhi objektif pembangunan seperti:

i) Merekabentuk dan membina sistem sokongan pembelajaran kendiri

atas talian yang merangkumi tajuk Reka Bentuk dan Teknologi

khusus untuk pelajar tahun empat sekolah rendah berformatkan html

dan power point.

ii) Menentukan kesesuaian sistem sokongan pembelajaran kendiri atas

talian bertajuk Reka Bentuk dan Teknologi terhadap penggunaan

pembelajaran.

Page 27: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

9

1.5 Kepentingan Projek

Berdasarkan kepada objektif pembangunan projek, didapati projek ini

mempunyai kepentingan tersendiri kepada pihak tertentu seperti pelajar, tenaga

pengajar, ibu bapa, sekolah, masyarakat, institut pendidikan guru dan Kementerian

Pendidikan Malaysia.

1.5.1 Pelajar

Melalui web portal ini, pelajar dilatih untuk beradaptasi dengan persekitaran

pembelajaran moden yang berkonsepkan terarah kendiri, akses kendiri dan lebih

berpusatkan pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat mengukuhkan ilmu dan teknik

belajar serta memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan masalah dan

melakukan perbincangan melalui web portal ini. Ini secara tidak langsung dapat

melatih pelajar menjadi lebih kreatif dan kolaboratif di mana komunikasi antara

mereka menjadi lebih efektif dalam pelbagai mod yang mempertimbangkan faktor

masa dan tempat. Pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman dan kepercayaan

terhadap diri sendiri melalui melakukan latihan dan kuiz yang disediakan dengan

berulang kali.

Selain itu, ia juga sebagai persediaan pelajar dalam menghadapi era

pembelajaran secara maya dan meningkatkan penguasaan kemahiran komputer

dikalangan pelajar-pelajar. Dengan adanya penguasaan komputer, jurang digital

dapat dikurangkan dan matlamat kerajaan untuk wawasan 2020 menjadi kenyataan.

Menurut Wahyu dan Yahya (2005), pengunaan ICT yang terancang, menarik dan isi

pengajaran yang berkesan akan melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut:

i) Pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya.

ii) Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk

pembelajarannya.

Page 28: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN … · Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam ... 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran (Quiz dan Crossword

10

iii) Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut

keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuannya.

iv) Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada

carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

1.5.2 Tenaga Pengajar

Web ini juga dilihat sebagai alternatif bahan bantu mengajar subjek

Kemahiran Hidup yang dapat membantu guru mengadaptasikan teknologi maklumat

untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup di dalam

kelas. Dalam konteks ini, guru adalah berperanan sebagai fasilitator dalam

membantu pelajar mengukuhkan kefahaman mereka dalam subjek Kemahiran Hidup.

Pretasi guru Kemahiran Hidup terhadap keupayaan penggunaan teknologi dapat

mengembangkan idea dan kreativiti terhadap sesuatu topik atau amali dalam subjek

Kemahiran Hidup. Menurut Junaidah dan Rasyidah (2006), beban tenaga pengajar

dapat dikurangkan memandangkan isi pembelajaran telah tersedia dan sebarang

pembaharuan dapat dilaksanakan dengan mudah menjadikan pengajaran seiring

dengan perkembangan teknologi semasa. Guru-guru boleh mendapatkan sumber

bahan pengajaran melalui e-learning berasaskan MOODLE ini. Guru juga boleh

berinteraksi dengan pelajar secara maya, mendapatkan rekod pencapaian pelajar di

samping mengenalpasti kelemahan pelajar dan menyebarkan sebarang pengumuman

penting.

1.5.3 Ibu bapa atau Penjaga

Perkembangan web ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk

memantau pretasi anak-anak mereka dalam pembelajaran di samping dapat

membimbing dan menggalakkan anak-anak menggunakan pembelajaran berasaskan