kesenian melayu

15
Kesenian melayu MAK YONG WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN 157600 Pn Ernawita Bt Atan

Upload: bliss

Post on 19-Mar-2016

123 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kesenian melayu. MAK YONG. WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN 157600 Pn Ernawita Bt Atan. MAK YONG?????. Kebudayaan seni tari tradisional. Dipersembah dalam bentuk drama- tari. Dipersembah sebaik sahaja selapas menuai padi. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Kesenian melayu

Kesenian melayuMAK YONG

WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN157600

Pn Ernawita Bt Atan

Page 2: Kesenian melayu

Kebudayaan seni tari tradisional

Dipersembah sebaik sahaja selapas menuai padi

Dipersembah dalam bentuk drama-tari

unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian(muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan)

Kelantan, Terengganu, Patani, Kedah, serta di Kepulauan Riau – Indonesia.

MAK YONG?????

Page 3: Kesenian melayu

Sejarah Sejarah 1

          Lagenda kebiasaannya mengaitkan tarian Mak Yong ini dengan semangat padi

yang digelar Mak Hiang. Pada ketika itu, ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat

untuk menghormati semangat padi, sebagai berterima kasih bagi tuaian dan merawat

penyakit. Pada zaman dulu, tarian ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-

orang kampung selesai menuai padi di bendang. Upacara inilah salah satu bukti asal

usul datangnya Mak Yong.

 

Page 4: Kesenian melayu

  Sejarah 2

Ada juga yang mengatakan bahawa Mak Yong berasal daripada kisah dua orang adik-

beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Ketika menjaga lembu,

mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar

padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang

daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan

inilah seterusnya yang dikatakan wujudnya Mak Yong.

 

Page 5: Kesenian melayu

Sejarah 3

Berkisarkan kepada cerita tiga beranak jatuh sakit Oleh itu, ibu mereka telah

mencari pelbagai ikhtiar untuk merawat penyakit tersebut. Namun, sebanyak-

banyak alternatif yang dicarinya, tidak ada satu pun alternatif yang boleh

menyembuhkan penyakit anak-anaknya itu. Pada hari yang berikutnya, tiba-tiba

terlintas di hatinya dan terlucut di mulutnya mengatakan bahawa "kalau anak aku

sembuh seperti biasa, aku nak main Mak Yong". Bagaimanakah dia boleh tercakap

ayat ini sedangkan pada masa itu, dia tidak tahu apa-apa pun mengenai Mak Yong

dan Mak Yong tidak wujud pun di dunia ini pada ketika itu?. Tidak lama selepas dia

terlepas ayat tersebut, anak-anaknya pun telah sembuh daripada penyakit ganjil itu.

Oleh hal yag demikian, disebabkan ibu tersebut telah terlepas cakap, dia terpaksa

laksanakan dan wujudkan juga Mak Yong tersebut. Dengan itu, dia pun

mewujudkan dan mencipta lagu-lagu dan seni kata Mak Yong melalui pandangan

alam sekeliling yang semula jadi. Sebenarnya perkataan Mak bermaksud "ibu" dan

"Yong" berasal dari perkataan "ayong" yang bermaksud buai dalam bahasa

Kelantan.

Page 6: Kesenian melayu

3 Jenis Mak Yong

Laut

Kelantan

Kedah

Page 7: Kesenian melayu

Pelakon wanita

Kehidupan raja

Bilangan pelakon semakin bertambah

Estetika Watak

Page 8: Kesenian melayu

Alat muzik

Rebab

Canang, kesi dan serunai

Tetawak

Gendang

Page 9: Kesenian melayu

Pakaian Mak Yong dan Pak Yong adalah sama dalam

Dramatari Melayu Mak Yong di istana sejak 400 tahun

dahulu. Pada zaman dahulu, pakaian mereka terdiri

daripada baju sempit dan seluar dibuat daripada kain

satin, yang dipadankan dengan kain samping labuh

dan dikemaskan dengan tali pinggan. Mereka akan

menghiaskan bahagian dada mereka dengan sibar

layan atau dengan manik-manik halus berwarna-

warni seperti kolar baju layang

Kostum

Page 10: Kesenian melayu

• Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil

rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.

• Ada juga berlatarkan istana dan ada juga berlatarkan sekitar kampung.

TEMPAT DAN ALATAN SAMPINGAN

Page 11: Kesenian melayu

PERSEMBAHAN MAK YONG

Persembahan dibuat secara gerak tari berkeliling.

Dimulakan dengan acara Buka Panggung dikuti

dengan bertabuh, Menghadap Rebab, Sedayung

Pak Yong, Sedayung Mak Yong, Ziarah Bilik

Pengasuh (Sedayung Panggil Awang), Berkhabar,

Ello atau Wok dan seterusnya sebarang lagu atau

tari mengikut cerita yang dipentaskan.

Persembahan di tamatkan dengan Tutup

Panggung. Terdapat tidak kurang daripada 50

buah lagu Mak Yong. Namun mereka yang

mengetahui dan boleh menyanyikannya semakin

berkurangan. Peran Tua

Page 12: Kesenian melayu

Cerita-cerita Mak Yong

Terdapat tidak kurang daripada 30 buah cerita

Mak Yong namun, hanya 12 cerita yang sering

dipentaskan. Cerita berkenaan termasuklah;

Dewa Muda, Bongsu Sakti, Gading

Bertimang, Raja Tangkai Hati, Dewa Pecil,

Raja Muda Lakleng, Raja Besar Ho Gading,

Anak Raja Panah Dewa Indera - Indera Dewa,

Raja Muda Laksana, Bedara Muda dan

Endeng Tajeli (Anak Raja Gondang, Batak

Raja Gondang, Bongsu Sakti)

Peran Muda

Peran Muda

Page 13: Kesenian melayu

Pengajaran/Unsur-unsur Moral

::Cerita-cerita Mak Yong sarat dengan pengajaran atau unsur-unsur moralnya.

:: Adab berhadapan dengan raja harus dijaga walaupun ada kalanya mereka boleh

dibawa bergurau.

::Begitu juga bagi pihak raja, tanamkan rasa belas kasihan kepada rakyat

:: Keseluruhan cerita bertemakan buat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun

mendapat bala atau musibah.

Page 14: Kesenian melayu

Kesimpulan• Jelas, asal-usul Mak Yong masih tidak dapat dipastikan

• Namun kebelakangan ini, terdapat beberapa cerita Mak

Yong ditulis dalam bentuk skip

• Bertujuan supaya cerita ini dapat didokumentasikan

• Selain itu, sebagai satu langkah ke arah memulihara kesenian warisan

bangsa agar tetap hidup dan dapat dipertontonkan kepada generasi akan

datang.

Page 15: Kesenian melayu

SEKIAN