pembangunan laman web berasaskan teori konstruktivisme … · sebagai contoh, pelajar menjangka...

19

Upload: vantuong

Post on 23-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya
Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya
Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME

BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPAT YANG BERTAJUK DAYA DAN

TEKANAN

TING KANG CHEONG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya
Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

iii

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga kepada En.

Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria, selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang

banyak memberikan bimbingan dan dorongan dalam menyiapkan projek ini. Beliau telah

banyak memberikan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang tempoh ini.

Penghargaan turut dirakamkan kepada ibu bapa serta keluarga tersayang di atas

pengorbanan dan sokongan yang diberikan.

Tidak lupa kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua

pihak di atas, projek ini tidak akan disiapkan dengan sempurna.

Tunjuk ajar daripada semua pihak di atas amat penulis hargai. Penulis tidak dapat

membalas budi baik kalian dan hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga

kalian sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

iv

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web yang berasaskan

pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme mengenai tajuk “Daya dan

Tekanan”. Kandungan utama laman web ini adalah menggunakan forum dan penerokaan

supaya pelajar berpeluang membina pengetahuan melalui perbincangan di samping

meneroka maklumat baru dari Internet. Model ADDIE telah diaplikasikan sebagai garis

panduan bagi rekabentuk laman web ini. Laman web ini dibangunkan dengan

menggunakan Moodle sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Blumental

HTML Pad 2008 9, Adobe Photoshop CS2, dan Hot Potatoes 6.3. Diharapkan laman

web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari konsep daya dan tekanan.

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

v

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop web based learning using constructivist

learning method for the topic “Force and Pressure”. The main content of this web based

learning is using discussion forum and exploration so that students can negotiate and

discuss to construct their knowledge; moreover, they explore new information via the

Internet. ADDIE model is applied as guide-lines for the web design. This web based

learning is developed using Moodle as the main platform and Blumental HTML Pad

2008 9, Adobe Photoshop CS2, and Hot Potatoes 6.3 as supportive software. Finally, it

is hope that this website can help students in learning concept of force and pressure.

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH x

I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan

1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Rasional Projek 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru 9

1.6.3 Sekolah 9

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

vii

1.7 Skop Projek 9

1.8 Definisi 10

1.8.1 Teori Konstruktivisme 10

1.8.2 Daya dan Tekanan 11

1.8.3 Moodle 11

II SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Masalah Mempelajari Fizik 13

2.3 Teori Konstruktivisme dan Ciri-cirinya 14

2.4 Strategi Pembelajaran Menggunakan Teori Konstruktivisme 15

2.4.1 Pembelajaran Kolaboratif 16

2.4.2 Pembelajaran Kooperatif 17

2.4.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah 17

2.4.4 Pembelajaran Secara Reflektif 18

2.5 Moodle dan Ciri-cirinya 19

2.6 Isu-isu Pembelajaran Berasaskan Web 20

2.6.1 Masalah Komunikasi di Kelas 20

2.6.2 Pembelajaran Menggunakan Forum Internet 21

2.6.3 Ciri-ciri Forum Elektronik 22

2.6.4 Rasional Menggunakan Forum untuk Perbincangan 23

2.6.4.1 Alat Komunikasi 23

2.6.4.2 Membuat Refleksi 24

2.6.4.3 Mempertahankan Pendapat Kita 24

2.6.4.4 Pembelajaran Dimaksimumkan 25

2.6.4.5 Mudah Dicapai 25

2.6.4.6 Mengambil Berat terhadap Setiap Individu 26

2.6.4.7 Persediaan 26

2.6.4.8 Rujukan Masa Depan 26

2.6.5 Reka Bentuk Pengajaran 27

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

viii

2.6.5.1 Reka Bentuk Interaksi 27

2.6.5.2 Reka Bentuk Informasi 27

2.6.5.3 Reka Bentuk Visual 28

2.7 Model Reka Bentuk Pengajaran 28

2.7.1 Model ASSURE 28

2.7.2 Model ADDIE 29

2.7.3 Model ACRS 30

2.8 Multimedia 30

2.8.1 Teks 31

2.8.2 Grafik 31

2.8.3 Video 31

2.8.4 Animasi 32

2.8.5 Audio 32

2.9 Penutup 33

III REKA BENTUK LAMAN WEB 34

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 35

3.2.1 Fasa Pertama: Analisis 35

3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 36

3.2.1.2 Analisis Perkakasan dan Perisian 36

3.2.1.3 Analisis Kandungan Pelajaran 38

3.2.2 Fasa Kedua: Reka Bentuk 39

3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan Laman Web 45

3.2.4 Fasa Keempat: Pengujian 45

3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian 46

3.3 Rasional Pemilihan Model ADDIE 46

3.4 Penutup 47

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

ix

IV HASIL PEMBANGUNAN 48

4.1 Pendahuluan 48

4.2 Halaman Utama 48

4.2.1 E-space 51

4.2.2 Tugasan 54

4.2.3 KuizMudah 55

4.2.4 E-link 56

4.3 Halaman Bab Tiga 57

4.3.1 Tutorial 59

4.3.2 Tugasan 60

4.3.3 Wikis 62

4.4 Penutup 64

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65

5.1 Pendahuluan 65

5.2 Perbincangan 65

5.2.1 Teori Pembelajaran 66

5.2.2 Model Reka Bentuk Laman Web 67

5.2.3 Elemen Multimedia 67

5.3 Rumusan 67

5.4 Masalah dan Kekangan Yang Dihadapi 68

5.4.1 Kemahiran dan Kepakaran 69

5.4.2 Kelebihan Laman Web 69

5.4.3 Kelemahan Laman Web 70

5.5 Cadangan 71

5.6 Penutup 72

RUJUKAN 73

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

x

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.1 Carta alir bagi keseluruhan laman web 41

Rajah 3.2 Carta alir bagi E-space 42

Rajah 3.3 Carta alir bagi KuizMudah 43

Rajah 3.4 Carta alir bagi Halaman Bab 3 44

Rajah 4.1 Paparan bagi Halaman utama 50

Rajah 4.2 Paparan bagi E-space 52

Rajah 4.3 Paparan bagi E-space 53

Rajah 4.4 Paparan bagi Tugasan 54

Rajah 4.5 Paparan bagi KuizMudah 55

Rajah 4.6 Paparan bagi E-link 56

Rajah 4.7 Paparan bagi Halaman Bab 3 58

Rajah 4.8 Paparan bagi Halaman Bab 3 58

Rajah 4.9 Paparan bagi Halaman Bab 3 59

Rajah 4.10 Paparan bagi Tutorial 60

Rajah 4.11 Paparan bagi Tugasan 61

Rajah 4.12 Paparan bagi Wikis 63

Rajah 4.13 Paparan bagi Wikis 64

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengaruh World Wide Web (WWW) terhadap sistem pendidikan kita adalah

tidak terhad. World Wide Web (WWW) merupakan perkembangan yang terpenting

dalam teknologi pendidikan manusia. Ia mewakili perkembangan komunikasi yang

begitu pesat dan tidak pernah dialami sebelum itu.

World Wide Web adalah suatu fenomena yang giat berkembang dan menghantar

maklumat secara global. Maklumat senang didapati di Internet dan kemudahan tersebut

telah mengubah sosial dan ekonomi mahupun kehidupan manusia. Oleh sebab itu,

Internet dan teknologi amat diperlukan pada masa kini.

Terdapat pelbagai jenis laman web termasuk laman web pendidikan yang

menyampaikan informasi dan pengetahuan. Pendidik telah mengetahui implikasi

Internet terhadap pendidikan. Maka, sekolah bersedia menempah perkakasan komputer

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

2

bagi tujuan pembelajaran. Manakala orang awam pula digalakkan oleh kerajaan supaya

menggunakan teknologi untuk mencari maklumat dan untuk menambah ilmu

pengetahuan (Bach, et al., 2007).

Pendidikan jarak jauh diperkenalkan dalam Internet untuk tujuan pembelajaran.

Ia telah berkembang dengan pesat dan gian dikenali. Ia berpotensi dalam penyampaian

pengetahuan dan perkembangan komuniti (Schwier, 2007).

Kesimpulannya, laman web sangat bernilai bagi pendidikan masa depan. Laman

web juga penting pada masa kini jika dimanfaatkan penggunaannya. Walaupun World

Wide Web merupakan teknologi yang canggih, namun ia masih suatu teknologi yang

dicipta oleh manusia. Oleh sebab itu, guru kita harus bersiap sedia supaya dapat

menggunakan teknologi Internet dengan efektif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat

juga masalah diri guru dalam melaksanakan amanah beliau sebagai seorang guru.

Pembelajaran yang berbentuk tradisional di kelas selalu tidak dapat mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya. Kaedah syarahan adalah kaedah

pengajaran yang kerap dipraktikkan oleh guru sekolah. Di kelas, guru memberi hujah isi

kandungan, manakala pelajar mendengar dan mencatat. Pembelajaran adalah kurang

interaktif antara guru dengan pelajar (Zol Azlan Hamidin, 2000). Kaedah syarahan boleh

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

3

digabungkan dengan perbincangan. Biasanya, sewaktu pelajar terlibat dalam

perbincangan kumpulan, sesetengah pelajar tidak mengeluarkan pendapat mereka dan

mendiamkan diri. Mereka rela bersikap pasif terhadap pembelajaran mereka kerana malu

untuk bertanya atau mengeluarkan idea (Leftlore, 2000).

Guru tidak dapat mengetahui sama ada pelajar menghadapi masalah dalam

pelajaran. Jika pelajar-pelajar bermasalah, guru tidak mengetahui masalah yang dihadapi

oleh mereka (Bin, Xin Yu and Dong Xue, 2004). Guru sering menggunakan strategi

pengajaran dan pembelajaran sendiri bahkan dalam proses pengajaran mahupun proses

penilaian terhadap pelajar. Strategi tersebut tidak efektif untuk mengesan masalah

pelajaran pelajar dan tahap pencapaian mereka (Li, et al., 2004).

Di samping itu, pelajar mengalami kesusahan untuk memahami topik dalam fizik.

Antara topik fizik yang susah difahami ialah keseimbangan terma. Keseimbangan terma

ialah keadaan semasa dua objek yang bersentuhan akan mencapai suhu yang sama dan

pengaliran haba antara objek tersebut adalah sama. Pada permulaan, dua objek tersebut

berlainan suhu dan haba mengalir dari kawasan bersuhu tinggi ke kawasan bersuhu

rendah, sehingga mencapai keseimbangan terma (Badariah et. al., 2005).

Selain itu, guru mempunyai banyak tugas yang diamanahkan. Orang awam

mempunyai pandangan bahawa guru mampu mengatasi tekanan kerja. Sebenarnya

profesion perguruan mengalami lebih banyak tekanan daripada pekerjaan lain kerana

guru diamanahkan kerja yang banyak dan banyak orang menaruh harapan tinggi

terhadap guru (Pithers, 2005). Adakah tekanan mempengaruhi pencapaian guru?

Menurut Pithers (2005), pencapaian manusia ditingkatkan apabila tahap tekanan

meningkat. Tahap tekanan akan menaik ke maksimum dan kemudian melebihi titik

maksimum. Ini menyebabkan pencapaian manusia merosot. Situasi ini boleh

digambarkan dengan graf berbentuk ‘u’.

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

4

Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dinyatakan dapat diselesaikan

dengan pembelajaran berasaskan web.

Tujuan guru menggunakan laman web adalah untuk mengetahui situasi

pembelajaran pelajar. Pelajar mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap

pembelajaran sendiri melalui pembelajaran berasaskan web. Pelajar mampu mengawal

proses pembelajaran kerana laman web menyediakan persekitaran yang interaktif

(Charalambos Vrasidas, dan Gene V.Glass, 2005). Hal ini tentu dapat meringankan

beban guru kerana pelajar mampu belajar sendiri. Oleh itu guru mempunyai lebih

banyak masa untuk menyemak perkembangan pelajar dalam pelajaran sambil

menghulurkan bantuan mengikut keperluan pelajar (Li, et al., 2004). Peranan yang

dimainkan oleh guru juga berubah menjadi seorang fasilitator (facilitator) untuk

membantu pelajar membina pengetahuan (Charalambos Vrasidas, dan Gene V. Glass,

2005).

Bach et al. (2007) telah menunjukkan bahawa pembelajaran di Internet

menggalakkan pembelajaran konstruktivisme. Pelajar berpeluang mengadakan

perbincangan di ruangan forum, berinteraksi untuk menyiapkan tugasan yang diberi,

serta membuat refleksi terhadap komen rakan di forum. Pembelajaran tersebut dapat

mencetuskan idea yang baru dan pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu konsep

(Schwier, 2007).

Persekitaran forum di laman web memberikan peluang kepada pelajar untuk

berfikir dan membuat refleksi kerana mempunyai lebih banyak masa. Mereka boleh

melakukan aktiviti tersebut di luar sesi pembelajaran misalnya di rumah. Kebanyakan

pelajar mendapati bahawa mereka berkemampuan untuk berinteraksi dengan kandungan

pembelajaran (Markel, 2001). Dengan adanya sokongan, pelajar berani tampil ke depan

untuk berkongsi idea sendiri (Schwier, 2007), kerana mereka yakin bahawa pandangan

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

5

sendiri diperlukan dalam sesi perbincangan (Markel, 2001). Menurut pendekatan

konstruktivisme, idea dan komen yang dikemukakan tersebut tidak ada yang memang

benar atau yang memang palsu (Charalambos Vrasidas, dan Gene V.Glass, 2005).

Pelajar memegang pelbagai pendapat tentang konsep fizik seperti keseimbangan

terma. Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi

diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya di kelas (Linn, dan Slotta, 2006).

Melalui perbincangan, mereka berpendapat bahawa objek tidak mempunyai suhu yang

sama. Terdapat pelajar yang tidak bersetuju dengan pernyataan yang disebutkan. Mereka

memberitahu bahawa suhu kedua-dua objek adalah sama kerana suhu kelas yang

menentukan haba keluar atau masuk ke dalam objek. Melalui perbincangan, pelajar

dapat memahami konsep keseimbangan terma secara perlahan-lahan (Linn, dan Slotta,

2006).

Tambahan pula, rancangan pengajaran harus disemak semula kerana pelajar

mempunyai pengetahuan sedia ada dalam fizik. Misalnya, dalam sains Tingkatan 2,

pelajar didedahkan kepada jenis-jenis daya dan kesan daya ke atas objek, iaitu objek

mungkin berubah bentuk atau berubah arah pergerakan (Integrated curriculum for

secondary schools Science Form 2, 2002). Apabila tiba di Tingkatan 4, pelajar akan

mempelajari hubungkait antara daya, jisim dan pecutan dalam subjek fizik (Integrated

curriculum for secondary schools Physics Form 4, 2005). Justeru itu, guru boleh

menggunakan masa dalam kelas untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang

pengetahuan dan fenomena fizik lain untuk membuka minda mereka (Li, et al., 2004).

Pembelajaran melalui Internet memang efektif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran seperti ini harus digalakkan di sekolah.

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

6

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti yang dibincangkan, masalah-masalah yang timbul dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah:

(i) pendekatan syarahan tidak efektif untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran,

(ii) strategi pengajaran yang direka oleh guru tidak berkesan,

(iii) kesusahan memahami konsep fizik, dan

(iv) guru dibebankan dengan tugas.

Namun demikian, masalah-masalah yang disebutkan dapat dikurangkan dengan

pembelajaran melalui Internet.

Pada masa kini, pelajar boleh belajar melalui Internet selain pengajaran di kelas.

Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila

masa. Sebagai contoh, proses tersebut boleh dibuat di rumah pada waktu malam, bukan

sekadar belajar di sekolah. Internet menyediakan ruangan yang sesuai untuk

pembelajaran. Guru dan pelajar selalu berinteraksi di ruangan Internet supaya guru dapat

mengesan masalah pelajaran mereka dengan segera.

Oleh yang demikian, pembangun akan mereka bentuk aktiviti pembelajaran yang

bertajuk “Daya dan Tekanan” bagi subjek fizik berasaskan teori konstruktivisme.

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME … · Sebagai contoh, pelajar menjangka kesan yang berlaku semasa kayu dan besi diletakkan di tempat bersuhu sederhana, misalnya

7

Pembangun berpendapat bahawa pelajar berpengetahuan sedia ada dan mereka mampu

meneroka sumber untuk pembelajaran.

1.4 Objektif Projek

Objektif untuk membangunkan laman web ialah:

i. Mereka bentuk satu aktiviti pembelajaran bagi subjek fizik dengan

menggunakan teori konstruktivisme, dan

ii. Membangunkan laman web subjek fizik yang bertajuk “Daya dan

Tekanan” bagi kelas fizik Tingkatan 4.

1.5 Rasional Projek

Peranan guru adalah merancang aktiviti dan mengurus kelas supaya aktiviti dapat

dijalankan dengan lancar (Fraser, Tobin, dan Kahle, 2003). Manakala peranan

pembangun juga serupa dengan guru. Pembangun pula merancang aktiviti dan mengurus

proses pembelajaran di Internet, dengan mengaplikasikan teori konstruktivisme.

Aplikasi teori konstruktivisme membantu pembangun mereka bentuk aktiviti-aktiviti

pembelajaran dengan cermat, misalnya penyediaan forum dan wiki.