tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik merupakan bahagian yang penting
dalam proses menyampaikan idea dan penyelesaian masalah matematik supaya murid-murid
dapat menguasai kemahiran-kemahiran di dalam subjek matematik. Pelbagai kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tetapi perbincangan dalam
tugasan ini hanya membandingkan samada konstruktivisme atau latih tubi yang paling
berkesan. Sebelum mengorak langkah untuk memilih samaada konstrutivisme atau latih tubi
yang paling berkesan kita perlu memahami satu persatu maksud perkataan dalam tajuk
tugasan ini iaitu “Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Konstrutivisme atau Latih
Tubi”.
1.1 Pengertian Kaedah.
Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan serta bertujuan
mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga membawa
implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru
lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran dengan cara mendekati
sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur. Persediaan bakal guru
bukan sahaja perlu mantap dari segi ilmu pengetahuan tetapi mestilah mempunyai kemahiran
dalam kaedah penyampaian pengajaran. Kaedah yang akan digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran mestilah sesuai dengan subjek yang diajar dan keadaan
persekitaran kelas. Guru yang berkesan ialah guru yang serba mahir dalam pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran yang sesuai untuk muridnya. Kaedah-kaedah pengajaran matematik
adalah bahagian yang penting dalam proses menyampaikan idea dan penyelesaian masalah
matematik supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahirannya.
1.2 Pengertian Pengajaran.
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran juga bermaksud aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran
ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Pengajaran matematik yang berkesan akan
melibatkan beberapa kemahiran antaranya perancangan mengajar, pelaksanaan pengajaran,
penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai, pengayaan dan pemulihan, menilai
kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran, pengurusan bilik darjah serta penilaian
terhadap bahan dan kurikulum matematik.

1.3 Pengertian Pembelajaran.
Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
Pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan
persekitaran. Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi mewujudkan
pengalaman yang pelbagai untuk terjadinya pembelajaran. Selain itu, pembelajaran
merupakan proses interaktif iaitu hasil aktiviti guru dan pelajar yang menjadi elemen utama
dalam suasana pembelajaran yang spesifik. Bentuk interaktif dalam pembelajaran berkait
rapat dengan kefahaman guru tentang sifat setiap individu pelajarnya. Gregore & Ward (1977)
mengatakan bahawa pendidik yang mahukan kejayaan tugasnya ke atas individu pelajar
haruslah memahami makna ‘individu’, dan mereka mesti menghubungkan cara pengajaran
dan cara pembelajaran individu berkenaan.
Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran
merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Manakala mengikut Woolfolk
(1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan
dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau
sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Oleh itu, dapat
dirumuskan dari maksud pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada proses mengajar dan
belajar yang dijalani oleh guru dan pelajar.
1.4 Pengertian Matematik.
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa matematik mempunyai keindahannya yang
tersendiri kerana matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang
efisyen dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur matematik yang berkaitan. “Sebagai
satu kajian sosial, matematik bukan sahaja membincangkan alat-alat dan tatacara yang
berkaitan dengan sistem-sistem nombor tetapi matematik itu juga membicarakan masalah-
masalah yang dialami oleh orang semasa cuba memahami dan membuat penyelarasan yang
sesuai dengan semua jenis pengalaman yang bersabit dengan kuantiti.” (Frank J. Swetz, Liew
Su Tim, 1983).

Terdapat tiga aspek utama yang perlu diterapkan dalam pemikiran pelajar tentang
matematik. Aspek pertama ialah matematik sebagai penaakulan. Penaakulan di sini
bermaksud pelajar-pelajar perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang
diterima. Dua jenis penaakulan yang lazim digunakan iaitu penaakulan induktif dan
penaakulan deduktif. Kedua, matematik bukan sekadar alat untuk berfikir malah ia merupakan
alat unutk menyampaikan idea dengan jelas dan tepat. Melalui matematik, pelajar-pelajar
dapat mempersembahkan idea-idea secara bertutur, menulis, melukis gambar atau graf
menggunakan bahan konkrit. Ketiga, matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan
langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana
pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik. Sistematik, kerana ia menjanakan cetusan
pemikiran metodogikal mengikut langkah-langkah tertentu dan logik kerana ia memerlukan
penyemakan untuk menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian.
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan matapelajaran lain. Di
samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya
juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980;
Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah
bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan
tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).
1.5 Pengertian Konstrutivisme.
Konstrutivisme dalam bahasa Inggeris constructivism berakar daripada perkataan
construct yang bermaksud membina (Poh, 2000). Konstrutivisme merupakan teori yang
menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda pelajar tetapi dibina dalam
bersarkan pengalaman yang diterima.
Nik Azis Nik Pa (1999) menerangkan bahawa konstruktivisme adalah tidak lebih
daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri.
Oleh itu, ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah
hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan suatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.
Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia
dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya.

Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan
idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada
mereka: mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan
peraturan sedia ada atau akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk
menerangkan maklumat baru tersebut dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).
Sehubungan dengan itu, pembelajaran secara konstruktivisme akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid sementara guru hanya berperanan sebagai
fasilitator yang membimbing mereka membina ilmu pengetahuan ataupun menyelesaikankan
masalah yang dihadapi. Guru juga sebagai perekabentuk bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada mood untuk membina ilmu pengetahuan baru.
Oleh itu, kaedah konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik, khususnya di sekolah menengah. Untuk membantu murid
membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang
sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan
sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu
pengetahuan dapat dibina. Dalam kajian Chong Lih Shun, 2008, pengetahuan guru pelatih
tentang konstruktivisme yang amat sesuai dengan kehendak pendidikan sains dan matematik
terkini.
1.6 Pengertian Latih Tubi.
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang
apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan
sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran,
latih tubi harus harus dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini
disebabkan latih tubi dalam matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah
latih tubi amat digalakkan dalam matapelajaran matematik. Latih tubi amat sesuai untuk
mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting.
Kaedah ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada
masa itu persekolahan masih belum wujud dan pengajaran khususnya agama diturunkan
kepada anak cucu dengan kaedah latih tubi di mana kaedah ini telah digunakan oleh orang
Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-pekara berkaitan dengan Tuhan mereka. Bagi
mereka Tuhan adalah satu-satu pekara yang tidak boleh dipersoalkan oleh murid-murid

mereka dengan itu latih tubi digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan kaedah
tersebut dikatakan sangat berjaya dan sangat berkesan sekali.
Pada masa kini latih tubi masih digunakan kerana kaedah ini telah difahami dengan
lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan. Latih tubi biasanya digunakan
dalam mengulang bahan dan mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Oleh itu, latih tubi
adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.
2.0 Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran.
Beberapa faktor yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan sesuatu kaedah atau
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar matapelajaran yang bakal diajar bukan
sahaja difahami dari segi konsep malah diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
2.1 Gaya Pembelajaran Pelajar.
Faktor yang pertama adalah gaya pembelajaran pelajar. Seorang guru perlu
menyesuaikan dirinya dengan gaya pembelajaran yang digunakan pelajar-pelajarnya agar sesi
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Tidak dapat dinafikan perkara ini bukan
mudah tapi itulah perkara yang perlu dilihat sebelum guru itu menggunakan strategi yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut bekas Pengarah Bahagian Pendidikan
Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Said, beliau menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu
memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu guru-guru perlu memahami dan
menyelami kehendak pelajar termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar,
enggan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain itu, Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang
dibuat oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar
guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk “. Kenyataan
di atas disokong Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal
dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu guru-guru masih membahaskan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata.
Menurut Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan
kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu
mempunyai ciri-ciri seperti guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap,

penghayatan dan apresiasi sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar. Ciri-ciri kedua
proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-guru
dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti
penggunaan komputer, software atau internet.
Selain itu, pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya
pembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun
atau dianalisis. Seterusnya, bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang
dipelajari, gaya pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran seharusnya sentiasa
mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh
pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran perlu menarik
minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan
kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed’,
induktif dan khutbah yang hanya mementingkan supaya murid menerima sahaja apa yang
disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan
budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang
berlaku dalam masyarakat moden.
2.2 Topik Pengajaran.
Faktor kedua yang perlu dititiberatkan dalam pemilihan kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah tajuk subtopik pelajaran. Tajuk subtopik pelajaran akan memberikan
impresi awal kepada pelajar terhadap kandungan pengajaran yang bakal diajar oleh seorang
guru. Sepertimana pemilihan buku tajuk yang menarik akan minat pembaca untuk
mengetahuinya dengan lebih lanjut. Oleh itu, seorang guru yang bijak dalam pengendalian
kelas akan menarik minat pelajarnya bermula seawal sesi pengajaran melalui kaedah yang
digunakan untuk memperkenalkan tajuk pengajaran sehingga tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran. Tidak semestinya setiap subtopik pelajaran memerlukan seorang guru untuk
menggunakan kaedah yang sama. Variasi kaedah pengajaran bersesuaian dengan subtopik
pelajaran akan menarik minat pelajar seterusnya bersemangat untuk mengetahui pelajaran
yang diajar.

2.3 Jenis Pengetahuan Atau Kemahiran Yang Hendak Disampaikan.
Di samping itu, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan perlu
dititikberatkan dalam pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlu
menyenaraikan hasil pembelajaran yang ingin dicapai agar jenis pengetahuan atau kemahiran
yang hendak disampaikan kepada pelajar tercapai. Contoh pengetahuan yang ingin
disampaikan ialah pengetahuan matematik, pengetahuan am, pengetahuan bahasa inggeris dan
lain.
Manakala contoh kemahiran yang ingin disampaikan ialah kemahiran memasak,
kemahiran menjahit, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain. Guru perlu memikirkan samada
pemilihan kaedah yang digunakan hanya menyampaikan pengetahuan atau kemahiran setakat
luaran atau menyeluruh. Menurut Watkins & Hattie (1990), kajian berkenaan pendekatan guru
dalam menyampaikan jenis pengetahuan atau kemahiran dapat difahami mengikut dua
kategori berbeza iaitu pendekatan mendalam (deep approach) dan pendekatan permukaan
(surface approach). Bagi yang menggunakan pendekatan mendalam, fokus diberikan kepada
isi kandungan dan kaitannya antara satu dengan lain dalam memantapkan kefahaman.
Manakala dalam pendekatan permukaan, penumpuan sekadar pada unsur-unsur isi kandungan
dengan teknik hafalan mekanikal yang tiada penekanan pada makna spesifik.
2.4 Tahap Pencapaian Pelajar.
Seterusnya, tahap pencapaian pelajar juga perlu dipertimbangkan dalam pemilihan
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar tidak mempunyai tahap pencapaian yang
sama kerana mereka terdiri daripada pelbagai aras pemikiran dan kecerdasan. Teori
kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983
menyatakan bahawa kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan lapan
jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia,
kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti
berikut kecerdasan verbal (linguistik), kecerdasan logik (matematik), kecerdasan fizikal
(kinestatik), kecerdasan visual (spatial), kecerdasan muzikal (ritma), kecerdasan
intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan naturalis.
Kebiasaannya pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah malu dan takut
untuk ke hadapan bagi mengemukankan pandangan mereka. Oleh itu, bekas Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat, mengatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran Matematik di sekolah memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak
menimbulkan rasa ‘takut’ di dalam diri pelajar. Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan
kreativitinya serta inovatif dalam menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang
penyelesaian masalah agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan
kondusif. Di samping itu, guru berperanan untuk memupuk semangat belajar dalam kalangan
pelajar serta menghapuskan perasaan ‘takut’ yang ada dalam diri pelajar terhadap matematik.
2.5 Persekitaran Pembelajaran.
Tambahan pula, persekitaran pembelajaran juga turut mempengaruhi faktor pemilihan
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut kenyataan Dr. Fong Chan Onn Timbalan
Menteri Pendidikan Malaysia dalam Berita Harian 16 April 1996, beliau menegaskan
kemudahan infrastruktur adalah penting bagi guru dalam melaksanakan pengajaran dan
memudahkan para pelajar menyesuaikan aktiviti pembelajaran mereka sebagaimana yang
dikehendaki oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dengan lebih baik dan
berkesan. Walau bagaimanapun seperti yang kita maklum tidak semua sekolah mampu
memberikan infrastruktur yang terbaik tetapi sekurang-kurang setiap guru perlu berusaha
menyediakan kondisi pembelajaran yang menarik agar setiap kaedah embelajarn yang
digunakan mamp menarik minat pelajar.
2.6 Nilai dan Sikap yang Hendak Dipupuk.
Nilai dan sikap yang ingin dipupuk juga merupakan salah satu faktor yang perlu
dititikberatkan dalam pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
menerapkan beberapa nilai agar setiap pelajar yang mempelajari ilmu dan pengetahuan dalam
kelas tidak hanya berlegar-legar dalam kelas tapi turut digunakan di luar kelas. Amalan
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai kaedah bukan sahaja berguna dan
berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran matematik, malah jika digunakan secara
kreaktif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. (Choy Sau Kam, Khaw Ah
Hong, dan Lai Kim Leong dalam Satu Kajian Kes Tentang Jenis Dan Kekerapan Penggunaan
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Oleh Guru Pelatih Kdpm Semester Empat
(Ambilan Julai 1999).

3.0 Hujah – hujah.
Dalam hujah-hujah ini diterangkan mengenai teori konstruktivisme, pandangan
konstruktivisme daripada beberapa pihak dan kelemahan latih tubi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3.1 Teori Konstruktivisme.
Di dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang
diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya murid akan belajar melalui
pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen (1991) pengetahuan seseorang
individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal
fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari
reka bentuk murid di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk apabila murid terlibat
secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya mengintepretasi dan
menerima apa yang diberikan kepada mereka. Menurut Merrill (1992) terdapat beberapa
andaian yang boleh dibuat terhadap konstruktivisme iaitu :
i. Pengetahuan dibentuk melalui pengalaman.
ii. Pembelajaran adalah intepretasi individu terhadap persekitarannya.
iii. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif yang dibina melalui pengalaman
seseorang.
iv. Perkembangan konsep dibentuk melalui perkongsian pandangan dan pembelajaran
secara kolaboratif.
v. Pembelajaran dibina di dalam situasi yang sebenar.
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti. Teori ini menyatakan bahawa murid membina ilmu pengetahuan dan memberi
makna kepada pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman sendiri melalui proses aktif
yang berlaku dalam otak. Oleh itu, pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara bergantung
pada persepsi, kepercayaan dan pengalamannya tentang perkara tersebut. Ahli konstruktivis
percaya pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid secara tabula rasa,

tetapi murid perlu membina pengetahuannya sendiri melalui pemahaman yang diperoleh
daripada proses pembelajaran yang dialaminya. Dengan itu, pemahaman dan makna ilmu
pengetahuan bergantung pada cara ia dibentuk dalam minda murid.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu
membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah
hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan
asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan
oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid
tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang
diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu
set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman
dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan
asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan
penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teori ini memperkenalkan satu teori 5-fasa merujuk kepada fasa pengajaran. Dalam
model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga
dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula
idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea
asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan

mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah
diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna.
Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk
menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu.
Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea
asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea
asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah
mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan
kemahiran meta kognitif.
Rajah 1: Fasa-fasa Pengajaran Berasaskan Model Konstruktivisme 5-fasa

Berdasarkan teori konstruktivisme, kaedah pengajaran yang sesuai digunakan adalah
kaedah penemuan dan praktik. Sebagai contoh, guru-guru bagi matapelajaran sains boleh
menggunakan kaedah ini semasa amali kerana melalui teori ini pelajar akan membina ilmu
pengetahuan yang dan memberi makna kepada pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman
sendiri melalui proses aktif yang berlaku dalam otak.
3.2 Pembelajaran secara konstruktivisme.
Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru tentang
ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut. Pembentukan pengetahuan
baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih dahulu. Pandangan baru ini menganggap
murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina
pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran ini menggalakkan
murid mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan hippotesis –
hipotesis dan idea – idea baru. Pandangan ini bertolak daripada teori pembelajaran daripada
Behaviorisme kepada Kognitivisme dan seterusnya Konstruktivisme.
Teori pembelajaran secara Behaviorisme merupakan satu teori pembelajaran yang
banyak mempengaruhi pendidikan. B.F Skinner, John B. Watson dab Edward Thorndike
adalah antara ahli psikologi yang menjadi pendokong Behaviorisme. Penyelidikan mereka
tertumpu kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. Tindakan dan pola perlakuan individu
diberi penekanan manakala struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej
mental tidak dianggap penting. Ciri – ciri pembelajaran secara behaviorisme adalah:
a. Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.
b. Perlakuan boleh diperkukuhkan atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman.
c. Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau
diperhatikan.
d. Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang
berlaku dalam minda semasa pengajaran.
Idea utama Kognitivisme pula adalah perwakilan mental. Kognitivsme mempunyai
dua ciri utama. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melaui struktur mental
yang dikenali sebagai skema. Jika maklumat baru secocok dengan skema yang ada, maka
maklumat itu akan diterima. Jika sebaliknya, maklumat itu akan mungkin ditolak atau

diubahsuai, atau skema akan diubah suai. Jean Piaget merupakan penggerak utama
Kognitivisme.
Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan
tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme,
pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Sebarang maklumat baru yang diterima akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada untuk
membentuk pengetahuan baru dalam minda dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan
dan guru.
3.2.1 Ciri – ciri pembelajaran secara konstruktivisme.
Pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai beberapa ciri – ciri utama. Model
pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid – murid menjalankan
aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang 1993). Dengan ini, model ini menggalakkan murid
bertanya dan berdialog dengan murid dan guru kerana ia merupakan pembelajaran secara dua
hala yang memerlukan komunikasi berlaku semasa aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran secara konstruktivisme juga menggalakkan soalan atau idea yang
dimulakan oleh murid. Guru pula akan menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran. Apabila guru banyak menerima soalan daripada murid dan mendengar banyak
idea, guru boeh menggunakannya sebagai bahan pengajaran. Guru juga boleh menilai kembali
rancangan pengajaran yang telah dibuat sesuai dengan keperluan murid.
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Seorang guru perlu
menyesuaikan aktiviti pengajaran mengikut keperluan murid-murid dan sikap murid-murid
dalam kelas. Guru juga perlu mengenal pasti kecerdasan murid-murid yang terdapat di dalam
kelas yang diajar. Selain memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, hubungan antara
guru dan murid serta murig dengan murid menjadi lebih erat. Proses pembelajaran yang aktif
meningkatkan kefahaman murid dan membantu murid berfikir.
Ciri lain pembelajaran secara konstruktivis adalah guru perlu mengambil kira dapatan
kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Terdapat banyak kajian yang telah
dijalankan berkaitan proses pembelajaran murid. Teori Bandura menjelaskan perilaku
manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif,
perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan persekitaran individu sangat berpengaruh pada

pola pembelajaran sosial ini. Manusia biasanya akan belajar daripada apa yang selalu dilihat.
Menurut Bandura (1977),
"Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on theeffects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most humant behavior is learned obsevationally through modelling: from observing others one forms an idea of hor new behavior are performed, and on later occation this coded information serves as aguide for action".
Pembelajaran secara konstruktivis juga menggalakkan proses inkuiri murid melalui
kajian dan eksperimen. Proses inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk
hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya
mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Proses pembelajaran secara inkuiri amat
berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang.
Selain itu, ia memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
Pengetahuan baru dibina dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi
dunia yang sebenar. Murid-murid terlibat secara langsung dengan dunia sebenar dan membina
sendiri kefahaman mereka sesuai. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi
murid. Konstruktivesme menekankan proses pembelajaran murid-murid dengan membina dan
mengembangkan idea mereka sendiri.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran murid-murid secara kerjasama
(Mok, 2010). Sewaktu pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantu-
membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang
cemerlang. Dalam pembelajaran secara koperatif, guru memainkan peranan sebagai fasilitator
dan pemberi arahan. Murid-murid yng berada dalam kumpulan membincangkan secara
koperatif mengenai pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran secara
konstruktivis menyokong pembelajaran secara koperatif.
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran. Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, hasil pembelajaran bukanlah satu-
satunya tujuan utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran adalah
penting kerana pembelajaran yang bermakna membantu ingatan yang lebih lama dan kekal.

Pembelajaran yang aktif meningkatkan minat murid-murid untuk belajar dan mendalami ilmu
yang dipelajari.
3.2.2 Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme kepada murid.
Dalam proses membina pengetahuan yang baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi
pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebgai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea menjadi lebih jelas apabila mereka
terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami
apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan
sittuasi yang baru. Kefahaman konsep membantu murid dalam menjana idea yang lebih baik
dan sesuai dengan apa yang dipelajari. Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat
mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Murid yang belajar secara konsruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri
kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Selain itu, mereka akan
lebih banyak berinteraksi dan mempunyai kemahiran sosial yang baik. Murid yang
berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang
cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteaksi dengan rakan
– rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan,
konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan
dan cabaran. Suasana pembelajaran yang seronok sangat berkesan terhadap pembelajaran
murid. Ini adalah kerana murid dapat belajar dengan selesa mengikut cara mereka sendiri.
Murid juga mereka tidak tertekan, dipaksa dan dikongkong oleh guru dalam mempelajari
sesuatu isi pelajaran.

3.3 Pandangan Mengenai Konstruktivisme.
Terdapat beberapa pandangan mengenai konstruktivisme. Antaranya ialah dengan
pendekatan konstruktivisme, murid terlibat secara aktif di dalam kelas. Ini disokong oleh
Meor Ibrahim (2001) dalam Chong Lih Shun (2008) telah menyatakan bahawa dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik, penekanan perlu diberikan kepada
pendekatan konstruktivisme, dengan memberi peluang kepada murid supaya terlibat secara
aktif. Sebagai contoh jika guru ingin mengajar topik Poligon Tingkatan 1, guru telah meminta
supaya murid membentuk 5 kumpulan. Kemudian, guru akan memberikan setiap kumpulan
satu bentuk poligon. Guru akan meminta pelajar berbincang di dalam kumpulan dengan
menyatakan bilangan bucu, bilangan sisi dan bilangan segi tiga yang boleh dibentuk daripada
poligan berkenaan. Cara ini akan menjadikan murid bergerak dan dapat mengelakkan murid
menjadi pasif apabila berada di dalam kelas.
Selain itu, konstruktivisme juga menyebabkan murid dapat berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain di dalam kelas. Ini secara tidak langsung menjadikan
komunikasi dua hala antara murid dan guru. Konstruktivisme mengganggap bahawa murid
adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan orang lain
dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka kuasai sebelum ini
(Billett 1996; Kerka 1997 dalam Chong Lih Shun 2008). Aktiviti perbincangan dalam
kumpulan menjadikan para murid di dalam kelas bercakap antara satu sama lain dan ini dapat
mengelakkan murid bersikap pasif di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, bahkan pendekatan konstruktivisme juga akan menggalakkan murid
berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Ahmad Ramli (2002) dalam Chong Lih Shun
(2008), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konstruktivisme dapat menggalakkan dan
memberi ruang kepada murid untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran proses
sains dan kemahiran berfikir. Sebagai contoh apabila seorang guru ingin mengajar topik
Pepejal Geometri II Tingkatan 2, guru telah meminta supaya murid membentuk 5 kumpulan.
Kemudian, guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk melukis rumah atau bangunan
daripada beberapa bentuk pepejal geometri yang telah dipelajari. Dengan ini, murid dapat
menyumbang idea dan pandangan masing-masing dan dari sini juga guru menggalakkan
murid berfikir bagaimana mengaplikasikan apa yang mereka belajar. Guru juga boleh
mengaitkan bentuk-bentuk bangunan yang sedia ada dengan menunjukkan gambar bangunan
yang mengaplikasikan pepejal geometri.

Di samping itu, melalui pendekakatan konstruktivisme murid dapat menghayati apa
yang mereka belajar dengan mendalam. Menurut Confrey (1985) dalam Fadhlina Mohd
Azizuddin (2008), konstruktivisme membantu murid-murid dalam pembelajaran untuk
memperkenalkan pembinaan yang lebih berkesan di mana murid akan menghayati mata
pelajaran secara mendalam. Maksudnya ialah murid dapat memahami dan merasai apa yang
mereka belajar dengan lebih jelas dan mendalam kerana mereka sendiri membuat aktiviti
yang dilakukan di dalam kelas. Ini secara tidak langsung akan membuatkan murid mudah
mengingati dan memahami sesuatu topik yang mereka belajar.
3.4 Kelemahan Latih Tubi.
Guru perlulah memberi perhatian terhadap kaedah pengajaran yang digunakan dengan
topik yang ingin diajar kerana tidak semua topik bagi Matematik sesuai dengan
konstruktivisme atau pun latih tubi. Bagi sesetengah topik Matematik yang memerlukan
pelajar mengingati rumus seperti Trigonometri, kaedah latih tubi amat sesuai.
Selain itu, latih tubi hanya sesuai untuk pemahaman konsep. Ini terbukti daripada
kajian ahli psikologi Buswell dan Repp (1930) dalam Adzmi (2003) tentang bentuk latih tubi
yang lebih berkesan. Rumusan mereka ialah untuk menguasai sesuatu kemahiran, latih tubi
yang singkat tetapi kerap adalah lebih berkesan daripada latih tubi yang memakan masa yang
panjang.
Walau bagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan
menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Kajian Tengku Zawawi,
kaedah latih tubi selalu digunakan guru sekolah rendah memandangkan mereka hanya mampu
menyampaikan konsep dan asas operasi pecahan berdasarkan kepada kefahaman instrumental
yang dilakukan secara prosedural. Pelajar hanya didedahkan kepada petua dan rumus yang
perlu dihafal dan digunakan dalam proses pengiraan. Guru akan melakukan ulangan sesi
pengajaran untuk pelajar yang masih tidak faham pelajaran yang disampaikan. Walau
bagaimanapun sesi pengajaran yang diberikan ini hanya berbentuk bimbingan menyelesaikan
masalah. Latih tubi begini menjadi bahaya kepada pelajar yang menggunakan salah konsep
secara berterusan dalam proses penyelesaian masalah matematik (Allsopp et al. 2007).
Kebanyakan guru menganggapkan pelajar memahami pelajaran jika mereka dapat selesaikan
masalah dan tidak memahami pelajaran jika tidak dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu,
bimbingan hanya diberi kepada latihan menyelesaikan masalah sahaja.

Namun begitu ia tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang
tersembunyi disebalik kaedah ini. Menjawab soalan latih tubi adalah salah satu kaedah yang
berkesan untuk berjaya dalam peperiksaan. Kaedah menjawab soalan latih tubi secara
berterusan membantu mengekalkan maklumat yang diproses oleh otak ke dalam memori
dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan
kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987;
Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadap
matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep semata-mata. Latihan yang
mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu
tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya.
3.5 Peranan Guru Dan Murid Serta Cabaran Dalam Kelas Konstruktivis.
Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid
dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang
peranan murid dan guru serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam
pembelajaran secara konstruktivisme.
3.5.1 Peranan Guru.
Antara peranan guru dalam kelas konstruktivis ialah guru bertindak sebagai fasilitator.
Maksud guru sebagai fasilitator di sini ialah guru hanya memantau aktiviti yang dilakukan
oleh murid. Jika terdapat perkara yang tidak difahami oleh murid, maka murid boleh terus
bertanya kepada guru.
Selain itu, guru hendaklah menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta
menghargai pandangan mereka. Ini bermaksud guru hendaklah member peluang kepada
murid untuk mengutarakan pandangan dan idea mereka kerana kadang-kadang terdapat
perkara yang mereka fikir tetapi tidak terlintas difikiran guru. Jika pandangan yang diberikan
oleh murid tidak tepat atau salah, guru hendaklah mengambil kira pandangan mereka. Guru
tidak boleh terus menolak jawapan yang diberikan oleh mereka kerana ini akan menyebabkan
murid merasa rendah diri dan berkemungkinan mereka tidak akan menyuarakan pandangan
mereka lagi pada masa akan datang. Oleh itu, guru hendaklah membimbing murid
mendapatkan jawapan yang tepat dan juga menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut
jawapan mereka.

Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggalakkan murid membuat tugasan yang
berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Guru juga
hendaklah menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Koperatif di sini bermaksud aktiviti dilakukan di dalam kumpulan dan dengan ini akan
membuatkan murid bekerjasama dengan yang lain.
Di samping itu, guru perlu menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan
soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Selain itu, jika guru
bertanya soalan, guru perlulah memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab
soalan setelah soalan dikemukakan dan untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah
dijanakan. Guru juga perlu mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan
hanya dalam bentuk ujian bertulis, menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid dan
membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
3.5.2 Peranan Murid.
Manakala bagi peranan murid pula, murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-
soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-
soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh
menyelesaikan masalah.
Murid juga hendaklah selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.
Dengan itu, komunikasi dua hala akan diaplikasikan. Jika murid itu berpeluang
mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat
membina asas pengetahuan yang mereka faham.
Bukan itu sahaja, murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji
hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Selain itu, murid
menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong
mereka menjana idea dan pengetahuan.
3.5.3 Cabaran Guru Konstruktivis.
Terdapat beberapa cabaran yang perlu guru hadapi apabila menggunakan pendekatan
konstruktivisme. Antaranya ialah guru akan merasa mereka tidak mengajar. Ini adalah kerana

guru hanya memantau dan kebanyakan aktiviti murid yang akan melakukannya sendiri. Guru
juga akan merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi. Akan tetapi guru harus ingat
bahawa guru perlu juga memberi penerangan untuk mengukuhkan lagi konsep murid.
Sesetengah orang ada mengatakan bahawa amalan yang dimajukan dalam
pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik. Guru yang sedang menukar
cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme
serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah. Walaupun terdapat beberapa kesulitan
berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme, kesulitan itu harus
dipandang sebagai cabaran yang perlu diatasi oleh guru.
4.0 Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek
Matematik yang sesuai ialah konstruktivistme. Ini adalah kerana kaedah ini akan menjadikan
pelajar dan guru dapat berinteraksi secara dua hala. Secara tidak langsung, pembelajaran akan
berpusatkan murid dan bukannya guru. Selain itu, dapat disimpulkan bahawa peranan guru
dalam P&P adalah amat penting. Dunn (1990) menyatakan kegagalan pelajar bukan
disebabkan oleh kurikulum semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh teknik dan pendekatan
yang digunakan oleh guru. Manakala Abdul Razak (1993) juga mendapati bahawa minat para
pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru.
Jadi, jika cara pengajaran yang digunakan oleh guru tidak sesuai, murid tidak akan dapat
menerima pembelajaran tersebut.