pemantapan konsep sains upsr bahagian b siri

5
Pemantapan Konsep Sains UPSR Bahagian B Siri-2 Soalan kali ini, saya bawakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman bagi soalan siri-1 yang pernah dilaksanakan. Jawapan tidak disediakan tetapi anda haruslah berbincang bersama rakan. Soalan ramalan bagi UPSR 2012 akan dimasukkan tidak lama lagi. Sebarang masalah sila hubungi saya di UPSR Subjek Sains Tahun 5 Tema Menyiasat Alam Fizikal Topik : Haba Soalan 2. 150ml air dalam sebuah bikar dipanaskan selama 10 minit. Suhu air direkodkan setiap 2 minit. Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan ini.

Upload: kasih-rizqi

Post on 12-Sep-2015

77 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

soalan sains tahap 2

TRANSCRIPT

Pemantapan Konsep Sains UPSR Bahagian B Siri-2

Soalan kali ini, saya bawakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman bagi soalan siri-1 yang pernah dilaksanakan. Jawapan tidak disediakan tetapi anda haruslah berbincang bersama rakan. Soalan ramalan bagi UPSR 2012 akan dimasukkan tidak lama lagi. Sebarang masalah sila hubungi saya di

UPSRSubjek Sains Tahun 5Tema Menyiasat Alam FizikalTopik : Haba

Soalan 2.

150ml air dalam sebuah bikar dipanaskan selama 10 minit.Suhu air direkodkan setiap 2 minit.Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan ini.

1. Apakah tujuan penyiasatan ini?

2. Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

3. Apakah pola corak perubahan suhu air selepas 10 minit?

4. Ramalkan suhu air pada minit ke- 7.

5. Nyatakan pemerhatian daripada penyiasatan ini.

6. Nyatakan apa yang...

(i) diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan)

(ii) diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)

(iii) dimalarkan (pemboleh ubah yang ditetapkan)

BINCANGKAN JAWAPAN ANDA BERSAMA RAKAN DAN GURU SAINS

SELAMAT MENCUBA

(isipadu air dalam bikar akan berkurangan selepas 10 minit. Mengapakah keadaan ini berlaku?)

Tenaga Haba1.Habaadalah suatu bentuktenaga.

2.Objek yang menerima tenaga haba akan menjadipanas.

3.Haba boleh mengalir dari objek yangpanaskepada objek yangsejuk.

4.Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialahMatahari.

5.Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan.

6.Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripadapembakaran bahandantenaga elektrik.

7.Tenaga haba juga boleh mengubahkeadaan fizikal bahan.

8.Apabila sesuatu bahandipanaskan, bahan itu akanmengembangdanbertambah saiznya.

9.Apabila sesuatu bahandisejukkan, bahan itu akan mengecut danberkurang saiznya.

Kesan Haba ke atas Bahan(a)Pengembangan dan Pengecutan Pepejal1.Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan danmengecutapabiladisejukkan. Namun begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan oleh mata kasar.

2.Contoh pengembangan pepejal:Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.

3.Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal

i.Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila mengembang pada hari panas.

ii.Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu malam yang lebih sejuk.

(b)Pengembangan dan Pengecutan Cecair1.Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.

2.Pengembangan dan pengecutan cecair adalahlebih banyakdaripada pepejal.

3.Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair

Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.

(c)Pengembangan dan Pengecutan Gas1.Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.

2.Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalahpaling banyakberbanding pepejal dan cecair.

3.Aplikasi pengembangan gas

Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis (ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan roti.