pelan tindakan pol 2014

12
PERANCANGAN PELAN OPERASI LATIHAN ( POL) BAGI TAHUN 2015 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF,SJKT LADANG MOUNT AUSTIN DAERAH PASIR GUDANG 1. Latar belakang Pejabat Perancangan Pelan Operasi Latihan (POL) Tahun 2014 bagi SJKT Ladang Mount Austin adalah untuk memperkasa dan memantapkan lagi Sistem Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia . Ini merupakan fokus berterusan kepada sistem pengurusan di SJKT Ladang Mount Austin Usaha menerapkan budaya kerja berkualiti, teratur dan mengikut garis panduan yang ditetap dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua unit dan bahagian di SJKT Ladang Mount Austin.Perkara ini juga memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan warga SJKT Ladang Mount Austin. dan menjadi keperluan semua warga SJKT Ladang Mount Austin.diberikan maklumat yang lebih mendalam terhadap sistem perkhidmatan berkualiti dan berprestasi tinggi seiring dengan pelaksanaan Sistem MS ISO 9001: 2008. 2. Visi Pejabat Selaras dengan ”Pendidikan berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dengan harapan SJKT Ladang Mount Austin akan menjadi sekolah terbaik di negeri Johor tahun 2015. Menuju ke arah sebuah organisasi yang cemerlang dalam merancang, membangun dan mengurus sumber manusia dengan berteraskan profesionalisme dan integriti bersandarkan teknologi terkini. 3. Misi Pejabat Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara dalam semua aspek. 1

Upload: suhanthi-mani

Post on 10-Feb-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LDP

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Tindakan Pol 2014

PERANCANGAN PELAN OPERASI LATIHAN ( POL) BAGI TAHUN 2015PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF,SJKT LADANG MOUNT AUSTIN

DAERAH PASIR GUDANG

1. Latar belakang Pejabat

Perancangan Pelan Operasi Latihan (POL) Tahun 2014 bagi SJKT Ladang Mount Austin adalah untuk memperkasa dan memantapkan lagi Sistem Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia .Ini merupakan fokus berterusan kepada sistem pengurusan di SJKT Ladang Mount Austin Usaha menerapkan budaya kerja berkualiti, teratur dan mengikut garis panduan yang ditetap dilaksanakan secara menyeluruh kepada semua unit dan bahagian di SJKT Ladang Mount Austin.Perkara ini juga memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan warga SJKT Ladang Mount Austin. dan menjadi keperluan semua warga SJKT Ladang Mount Austin.diberikan maklumat yang lebih mendalam terhadap sistem perkhidmatan berkualiti dan berprestasi tinggi seiring dengan pelaksanaan Sistem MS ISO 9001: 2008.

2. Visi Pejabat

Selaras dengan ”Pendidikan berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dengan harapan SJKT Ladang Mount Austin akan menjadi sekolah terbaik di negeri Johor tahun 2015. Menuju ke arah sebuah organisasi yang cemerlang dalam merancang, membangun dan mengurus sumber manusia dengan berteraskan profesionalisme dan integriti bersandarkan teknologi terkini.

3. Misi Pejabat

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara dalam semua aspek.

3.1 Penstrukturan organisasi yang mantap dengan perjawatan dan pengembelingan tenaga secara optimum.

3.2 Pengendalian pengurusan sumber manusia secara cekap, berkesan dan berkualiti ke arah personaliti yang kompeten dan berdisiplin.

3.3 Pengurusan sekolah terbaik.

3.4 Pengurusan Kurikulum cemerlang.

3.5 Pengurusan Kokurikulum cemerlang.

3.6 Membina Modal Insan Berminda Kelas Pertama yang seiring di kalangan semua guru dan staf di SJKT Ladang Mount Austin.

4. Objektif Sekolah

1

Page 2: Pelan Tindakan Pol 2014

4.1 Memastikan program pendidikan di sekolah disusun, dirancang dan dilaksanakan dengan kemaskini;

4.2 Memastikan sekolah berusaha meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan;

4.3 Memastikan dan menentukan pengurusan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan baik dan kemaskini;

4.4 Membantu dan memimpin pentadbir sekolah supaya meningkatkatkan lagi iklim serta keceriaan sekolah akan mewujudkan keadaan yang menyegarkan dan kondusif;

4.5 Berusaha memimpin dan membantu guru-guru meningkatkan taraf profesionalisme khususnya dalam bidang pedagogi;

4.6 Berusaha mewujudkan perhubungan yang harmoni dan saling berinteraksi di kalangan guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan;

4.7 Sentiasa menjaga hubungan baik SJKT Ladang Mount Austin dengan masyarakat di sekeliling.

5. Objektif Latihan

5.1. Memperkasa dan memantapkan Sistem Perkhidmatan Sumber Manusia.

5.2. Memupuk komitmen dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga SJKT Ladang Mount Austin.

6. Strategi Latihan

Strategi latihan adalan seperti berikut:

6.1 Mengenalpasti keperluan latihan dengan menjalankan analisis kompetensi guru dan anggota kumpulan pelaksana (mengikut keperluan MS ISO 9001:2008).

6.2 Memberi keutamaan kepada program-program latihan yang memberi kesan secara langsung ke atas output / produktiviti anggota.

6.3 Mendapatkan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan program-program latihan bagi pegawai dan staf di SJKT Ladang Mount Austin.

6.4 Memberi peluang anggota mendapatkan / memilih latihan / kursus yang dianjurkan oleh pihak luar.

6.5 Membuat penilaian ke atas program-program latihan / kursus yang dijalankan (dalaman atau luar).

6.6 Dapat memberikan latihan kepada semua golongan warga PPD Pasir Gudang.

7. Pelaksanaan Latihan

7.1 Analisa Keperluan Latihan (TNA)

2

Page 3: Pelan Tindakan Pol 2014

7.1.1 Keperluan latihan boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

a) Peringkat Awal Penempatan (Tahap Pendedahan Kompetensi)

b) Peringkat Asas (Tahap Penerapan Kompetensi)

c) Peringkat Pertengahan (Tahap Pembangunan dan Peringkat Kompetensi)

d) Peringkat Lanjutan (Tahap Pengukuhan Kompetensi)

e) Peringkat Peralihan (Tahap Peralihan Kerjaya)

7.1.2 Bidang-bidang Kursus

a) Kumpulan Pengurusan dan Profesional

i) Kepimpinan dan Pengurusan

ii) Pengurusan Akademik

iii) Pembangunan Modal Insan

iv) Teknologi Maklumat

v) Komunikasi Berkesan

vi) Pembangunan Kerjaya

b) Kumpulan Pelaksana (Gred 34 ke Bawah)

i) Teknologi Maklumat

ii) Pengurusan Kewangan

iii) Motivasi Diri

iv) Pembangunan Modal Insan

Kursus-kursus untuk kedua-dua kumpulan tersebut adalah seperti ditetapkan. Pemilihan / penetapan kursus yang sebenarnya adalah bergantung kepada TNA secara khusus bagi sesuatu kursus yang dipilih.

7.1.3 Metodologi Latihan

Latihan yang dijalankan akan menggunakan kaedah yang selaras dengan program pembangunan modal insan iaitu secara:

a) Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah / anjuran bersama dengan agensi lain akan dibuat dengan menggunakan pendekatan:

a. Kuliah termasuk ceramah (classroom method)

3

Page 4: Pelan Tindakan Pol 2014

b. Seminar / bengkel

c. Lawatan sambil belajar

d. Program sangkutan

b) Penyertaan program kursus, latihan, seminar, bengkel anjuran agensi kerajaan yang lain.

c) Program yang dibeli (outsourced) daripada pihak swasta.

7.1.4 Tempoh Kursus

Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah

a) Kursus – akan diadakan maksimum empat hari tertakluk kepada kesesuaian sesuatu bidang kursus.

b) Bengkel – akan diadakan maksimum tiga hari.

c) Program lawatan dan sangkutan – mengikut kesesuaian tempoh waktu yang diperlukan.

7.1.5 Tempat Kursus

Kursus / taklimat / latihan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah akan diadakan sama ada di :-

a) Bilik mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

b) Pusat Kegiatan Guru

c) Bilik Seminar SK Seri Kota Puteri 4

7.1.6 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kursus-kursus yang disediakan mengikut angka adalah berdasarkan perjawatan seperti berikut.

a) Kumpulan Pengurusan & Profesional : 38 orangb) Kumpulan Pelaksana : 34 orang

7.2 Pelaksanaan Latihan

7.2.1 Perancangan Latihan

Program latihan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang adalah meliputi bidang-bidang kursus seperti di perenggan terdahulu. Perancangan hanya akan dapat menentukan bidang-bidang yang akan diliputi, memandangkan bahawa pada masa yang sama terdapat agensi-agensi lain juga menganjurkan kursus-kursus lain yang boleh disertai oleh anggota PPD Pasir Gudang. Cara ini adalah lebih menjimatkan memandangkan peruntukan yang terhad. Pejabat Pendidikan Daerah perlu menghantar anggota-anggotanya untuk mengikuti kursus-kursus di agensi-agensi lain seperti INTAN, JPN,

4

Page 5: Pelan Tindakan Pol 2014

JAKIM dan lain-lain agensi yang menawarkan kursus secara percuma atau dengan bayaran minimum.Untuk tujuan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang hanya akan menganjurkan kursus-kursus yang dikenalpasti keperluannya dengan menjalankan analisis keperlulan latihan (TNA) secara kes ke kes dan perkara baru yang dirasakan perlu.

7.2.2 Pelaksanaan Latihan

Program latihan akan dijalankan dengan kekerapan seperti di bawah:-

a. Kumpulan Pengurusan & Profesional

BIDANG KURSUS PELAKSANAAN DALAM SETAHUN

Kepimpinan dan Pengurusan 2 kaliPengurusan Akademik 1 kaliPembangunan Modal Insan 1 kaliPembangunan Kerjaya 1 kaliKemahiran Komunikasi 2 kaliTeknologi Maklumat 2 kali

b. Kumpulan Pelaksana

BIDANG KURSUS PELAKSANAAN DALAM SETAHUN

Motivasi Diri 2 kaliPembangunan Modal Insan 2 kaliPengurusan Kewangan 2 kaliKemahiran Komunikasi 2 kaliTeknologi Maklumat 2 kali

7.2.3 Jumlah hari kursus yang perlu dihadiri oleh setiap anggota adalah sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun, iaitu sebahagian yang ditetapkan dalam Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Walau bagaimanapun bilangan yang lebih daripada jumlah tersebut adalah digalakkan selagi ianya tidak menganggu prestasi kerja anggota berkenaan. Ini termasuk kursus / latihan yang dianjurkan oleh pihak luar dan sektor swasta.

7.2.4 Untuk mencapai objektif latihan PPD Pasir Gudang, beberapa strategi pelaksanaan latihan telah disusun. Strategi ini digambarkan melalui Pelan Tindakan Pelaksanaan. Sebanyak empat belas (14) strategi akan dilaksanakan iaitu:

i) Merangka Jadual Perancangan Latihan.

ii) Mendapatkan peruntukan yang mencukupi.

5

Page 6: Pelan Tindakan Pol 2014

iii) Mengenalpasti keperluan latihan anggota Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

iv) Menentukan Keutamaan Program dan aktiviti mengikut bidang kumpulan sasaran (target group) dan tahun perancangan latihan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bagi tempoh 2 tahun (2013 – 2014).

v) Menyeragamkan dan penyepadukan pengendalian program latihan anjuran Bahagian / Agensi lain di bawah KPM.

vi) Melatih anggota di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menjadi kumpulan tenaga pengajar (pensyarah, pakar rujuk (resource person) / fasilitator, jurulatih yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.

vii) Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, profesionalisme dan integriti anggota melalui proses latihan, latihan semula dan latihan lanjutan (peringkat pra penempatan, peringkat asas, peringkat pertengahan, peringkat lanjutan dan peringkat peralihan).

viii) Meningkatkan kerjasama dengan badan-badan dan agensi tempatan/ antarabangsa dalam menjalankan aktiviti dan penyelidikan yang mempunyai faedah bersama.

ix) Melatih anggota yang bertanggungjawab dalam urus tadbir/ pengendalian latihan.

7.3 Pemantauan dan Penilaian Latihan

Satu kajian semula yang berkesan oleh pihak pengurusan terhadap Pelan Operasi Latihan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang hendaklah dilakukan secara berterusan. Kajian semula dan penilaian setengah tahun akan bertindak sebagai asas untuk mengenalpasti masalah secara lebih mendalam dan kemajuan semasa yang dicapai. Sebarang masalah besar yang dihadapi akan dikaji dengan teliti memandangkan ia memerlukan satu set tindakan pembetulan yang komprehensif untuk meningkatkan prestasi dengan sokongan semua unit di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Perkara-perkara utama untuk dinilai dan dikawal adalah aspek-aspek berikut:

a. Peruntukan kewangan yang mencukupi – berdasarkan keutamaan kursus atau lebih.

b. Tenaga kerja yang mencukupi – taburan dan pembahagian tugas.

c. Pembangunan Tenaga Kerja – sistem berasaskan prestasi bagi penganugerahan, latihan dan kenaikan pangkat.

d. Peralatan teknologi dan kelengkapan yang terkini serta mencukupi.

6

Page 7: Pelan Tindakan Pol 2014

e. Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.

7.4 Apabila perancangan latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan bagi mengetahui keberkesanan program latihan dan pembangunan di jalankan. Antara cara penilaian yang boleh dilakukan iaitu melalui cara-cara berikut:

i) Temuduga sebelum dan selepas latihan;

ii) Soal-selidik sebelum dan selepas latihan;

iii) Pemerhatian;

iv) Penilaian semasa latihan dijalankan;

v) Ujian / peperiksaan;

vi) Menilai hasil kerja selepas latihan;

vii) Penilaian prestasi.

7.5 Di bawah Dasar Latihan Sumber Manusia, Pejabat Pendidikan Daerah, Jawatankuasa dibentuk bagi merancang, memantau dan menilai pelaksanaan program latihan terutama dalam Pelan Komprehensif Latihan iaitu:

Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Keanggotaan:

Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Pasir GudangTimb. Pengerusi : Timbalan PPD Pasir GudangAhli-ahli : Semua Ketua Unit PPD Pasir GudangUrus Setia : PPPD Pembangunan Profesional

JU Latihan

PPSM boleh menambah ahlinya atau mengundang mana-mana pegawai yang difikirkan sesuai serta dapat membantu membuat keputusan yang lebih tepat jika perlu.

FUNGSI PPSM

a) Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan sumber manusia Pejabat Pendidikan Daerah.

b) Menimbangkan dari masa ke masa cadangan penambahbaikan dasar latihan sumber manusia.

c) Memantau pelaksanaan latihan di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

8.0 Penutup

7

Page 8: Pelan Tindakan Pol 2014

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang berusaha membangunkan modal insan dengan meningkatkan tahap kemahiran, kecekapan dan kecemerlangan pegawai dan staf melalui latihan-latihan yang dijalankan. Program latihan yang mencapai matlamat akan melahirkan perkhidmatan yang cemerlang dan gemilang bagi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

8