pelan pembangunan pendidikan malaysia

9

Click here to load reader

Upload: atiqaaaaaaaah

Post on 05-Dec-2015

775 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

B.Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Anjakan Keempat iaitu: Transformasi Keguruan sebagai profesion pilihan merupakan salah

satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Bagaimanakah Transformasi Keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan

melalui Pelan Pedidikan ini?

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan Laporan Awal yang

dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 11 September 2012. PPPM menggariskan

5 aspirasi sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan dan 6 aspirasi murid

iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa (galakan untuk menguasai

bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional, etika dan kerohanian. Terdapat

sebelas anjakan utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia secara keseluruhannya

yang telah disusun untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara. PPPM ini

merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan

Negara supaya berada dalam kalangan negara sepertiga teratas yang mempunyai sistem

pendidikan terbaik di dunia sekali gus dapat memartabatkan profesion keguruan ke arah

yang lebih baik. Seperti yang disenaraikan, dalam anjakan keempat PPPM yang telah

menggariskan bahawa transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang

menyenaraikan enam transformasi iaitu, mengetatkan syarat perlantikan guru,

meningkatkan kualiti CPD (Continuing Professional Development), memastikan guru

memberikan fokus terhadap fungsi teras pengajaran, melaksanakan laluan kerjaya guru

berasaskan kompetensi dan prestasi, meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan,

pakar pengajaran dan pakar bidang khusus, serta membudayakan kecemerlangan

berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan. Melalui transformasi ini

diharapkan mampu memartabatkan profession keguruan sekali gus menjadikan profesion

keguruan sebagai profesion pilihan bagi generasi-generasi muda kini.

Transformasi pertama ialah syarat pelantikan guru diperketat iaitu bermula pada

tahun 2013 yang bertujuan untuk melahirkan calon guru yang berada dalam kalangan 30%

graduan teratas. Ini bermakna, hanya calon yang terbaik secara keseluruhannya sahaja

yang akan terpilih untuk dijadikan seorang guru sebenar dan akan dihantar ke sekolah-

sekolah yang ditetapkan. Dengan standard yang telah ditetapkan bagi pemilihan calon guru

ini dipercayai mampu untuk melahirkan guru yang berkualiti dan berkaliber serta menjadikan

profesion perguruan sebagai profesion pilihan. Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan

murid-murid ialah pokok pangkalnya daripada keberkesanan didikan seorang guru itu

sendiri. Apabila syarat pelantikan ini diperketat, pastinya persaingan antara guru dalam

tempoh persediaannya akan wujud. Oleh sebab itu, para calon guru akan berusaha dengan

Page 2: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

lebih gigih seperti menelaah buku-buku rujukan, membuat analisis pembelajaran,

mempelajari kemahiran-kemahiran mengajar dan banyak lagi bagi memastikan mereka juga

tergolong dalam kalangan guru yang serba lengkap dan bersedia dari pelbagai aspek

seperti akademik, kokurikulum, sahsiah, dan lain-lain untuk dihantar mengajar di mana-

mana kawasan sekalipun. Ini kerana, antara objektif penting dalam sistem pendidikan

adalah memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid, namun objektif tersebut belum

tercapai sepenuhnya sehingga kini. Buktinya, populasi sekolah luar bandar menunjukan

prestasi yang lebih rendah berbanding sekolah-sekolah bandar. Oleh sebab itu, dengan

adanya guru yang berkebolehan dan bersedia pastinya dapat membantu dalam

mempertingkatkan prestasi sekolah tersebut sekali gus mampu melahirkan pelajar yang

berkeperibadian unggul. (Arkib, 2013) menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini

melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu dokumen

rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu

melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi. Dengan adanya

transformasi ini juga dapat menghasilkan guru yang berupaya dan cekal dalam menangani

apa-apa sahaja jenis masalah yang sedang dan bakal dihadapi kelak. Selain itu, pihak

pendidikan dan pelajaran akan lebih teliti dalam menimbal sudut pengajaran dan kemahiran

para guru dan sebagainya. Dengan ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru-guru yang

bakal dihantar mengajar di sekolah-sekolah akan datang adalah dikalangan guru-guru yang

benar-benar efisien dan berkebolehan daripada pelbagai sudut. Disamping itu, masyarakat

akan lebih menyanjungi dan menghormati profesion keguruan kerana, hanya guru yang

berkemahiran lengkap sahaja yang berupaya dan berjaya mendapat tempat dalam kerjaya

seorang guru. Ini membuktikan bahawa profesion keguruan adalah setanding dengan

profesion-profesion hebat yang lain seperti doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya.

Pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan juga akan semakin melonjak naik.

Seterusnya, transformasi kedua yang terkandung dalam anjakan keempat PPPM

ialah meningkatkan kualiti CPD (Continuing Professional Development) atau PPB

(Pembangunan Professional Berterusan). Transformasi ini juga mula dijalankan pada tahun

2013 dengan lebih tumpuan terhadap keperluan individu dan berasaskan sekolah. CPD

adalah suatu program atau aktiviti pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Para

guru akan mendapat latihan CPD ini apabila memulakan profesion mereka sebagai seorang

guru dan latihan ini dijalankan berasaskan sekolah yakni dapat memberikan gambaran awal

berkaitan dengan proses pengajaran di sekolah sekaligus dapat menyesuaikan diri dengan

suasana dan budaya di sekolah. Program CPD termasuk latihan komponen teras dan

komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing. Program ini sangat

berguna bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau

Page 3: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

dilengkapkan dengan pengetahuan professional, kemahiran profesional dan nilai serta

amalan professional. Ini merupakan salah satu kelebihan yang diberikan dan mampu

menarik minat orang ramai serta menjadikan transformasi keguruan sebagai profesion

pilihan. Program ini berperanan bagi memastikan pengamal profesyen tersebut mampu dan

sentiasa mengekalkan prestasi mereka dari segi pemilikan dan penguasaan ilmu, kemahiran

dan pengalaman terkini selaras dengan tahap kecekapan yang diperlukan sebagai seorang

warga pendidik. Golongan cerdik pandai semakin ramai malah kanak-kanak yang belum

mencecah usia yang pandai membaca juga sudah petah menekan skrin telefon dan

sebagainya. Bimbang jika kelebihan dan kemahiran murid melampaui kebolehan guru

mereka sendiri. Oleh sebab itu, seorang guru harus dibekalkan dengan pelbagai kemahiran

terutamanya dalam bidang ICT supaya tidak menjadi satu masalah bagi guru untuk

berdepan dengan golongan cerdik pandai masa kini.

Antara transformasi dalam anjakan keempat PPPM yang turut dijalankan bermula

pada tahun 2013 juga ialah usaha memastikan guru memberikan tumpuan terhadap fungsi

teras pengajian dengan mengurangkan beban pentadbiran. Guru akan menikmati

pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh menumpukan sebahagian

besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras serta proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dalam kelas lebih teratur dan sistematik. Pengurangan beban

pentadbiran bukan sahaja memudahkan gerak kerja sebenar seorang guru iaitu mendidik

malah membantu juga dalam meningkatkan prestasi sekolah serta mutu pembelajaran

murid. Selain itu, beban pentadbiran yang berkurangan akan memberikan masa yang lebih

kepada guru untuk memantau pergerakan para pelajar. Seperti yang kita sedia maklum

separuh masa pelajar habis di sekolah, oleh itu sudah menjadi tangunggjawab para guru

dalam memastikan keberkesanan pembelajaran pelajar di sekolah seterusnya dapat

mengurangkan masalah displin pelajar seperti vandalisme, buli, ponteng dan lain-lain.

(Abdul Said Ambotang, 2012) Selaras dengan hasrat ini adalah menjadi tanggungjawab

semua warga pendidik agar bersikap terbuka dan lebih proaktif dalam mengalas cabaran

yang diberikan dalam mewarnai agenda pendidikan yang diharapkan. Dengan itu, generasi

pelajar berkualiti dapat dilahirkan. Di samping itu, pengurangan beban pentadbiran ini juga

dapat mengelakkan para guru daripada tertekan dalam menjalankan tugas mereka serta

mampu tampil kehadapan dengan idea yang strategik, kreatif, dan inovatif seterusnya

mampu menarik minat masyarakat dalam profesion tersebut seterusnya merealisasikan

transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Apabila guru memberikan lebih

tumpuannya terhadap fungsi teras pengajian, ia membantu dalam melahirkan guru yang

lebih mahir dan bersedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik

darjah.

Page 4: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Transformasi seterusnya, Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi

dan prestasi mulai 2016 juga merupakan salah satu daripada transformasi tersebut. Apabila

transformasi ini dilaksanakan, profesion guru adalah antara profesion yang menawarkan

kenaikan pangkat dalam tempoh yang lebih singkat. Di sini pasti berlakunya persaingan

yang agak agresif dan kompetatif. Prestasi guru juga semakin meningkat dan melonjak naik

kerana cuma guru yang berprestasi tinggi sahaja yang akan menikmati kemajuan kerjaya

yang lebih pantas. (Arkib 2013) menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam konteks keguruan

pula, beliau turut mengumumkan pelantikan pengetua atau guru besar tidak lagi

berdasarkan kepada kekananan sebaliknya berdasarkan kebolehan dan merit. Transformasi

ini memberikan galakan kepada para guru untuk bersaing secara sihat dalam

mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dari pelbagai sudut. Bimbingan tambahan dan garis

panduan akan diberikan kepada para guru yang menghadapi kesukaran dalam mencapai

tahap kualiti minimum bagi membantu mereka berada pada landasan yang betul. Malah

sebaliknya bagi guru yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum walaupun telah

dibekalkan dengan bimbingan tambahan akan ditugaskan semula dalam fungsi yang lain

seperti membantu pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan kokurikulum. Disini,

adanya jaminan pekerjaan bagi para guru walaupun pencapaian mereka tidak melayakkan

mereka untuk mengajar, tetapi kelebihan pada fungsi lain dapat dipraktikan. Transformasi ini

sekaligus menaikkan martabat perguruan sebagai antara profesion pilihan yang mampu

berjalan seiring dengan profesion-profesion lain.

Transformasi seterusnya, meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan,

pakar pengajaran dan pakar bidang bidang khusus menjelang 2016. Melalui transformasi ini,

guru boleh memilih untuk meneruskan laluan kerjaya mereka ke arah yang lebih menarik

berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka sendiri. Sebagai contoh, jika minat mereka

ke arah bidang kepimpinan, mereka diberi laluan dalam memilih untuk menjalankan tugas

kepimpinan tidak kira di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun persekutuan. Selain itu,

bagi sesetengah guru yang gemar dan berkebolehan, mereka boleh memilih untuk menjadi

pakar dalam bidang tertentu seperti pembangunan kurikulum, pentaksiran, dan program

latihan untuk sistem yang lebih luas. Sekali gus mereka juga boleh berperanan sebagai guru

pakar dalam sesuatu bidang di sekolah. Seperti yang digariskan dalam transformasi

sebelumnya, bagi guru yang gagal mencapai tahap kualiti minimum dan masih mengekalkan

tugas mereka untuk mengajar akan menyebabkan mereka kehilangan peluang kenaikan

pangkat. Oleh yang demikian, prospek mereka mungkin lebih cerah sekiranya mereka

berupaya melaksanakan tugas lain yang lebih sesuai dengan kebolehan dan minat mereka.

Namun, komitmen untuk melabur dalam pembangunan guru dan dalam membina

persekitaran kebertanggungjawaban profesional akan tetap diteruskan tanpa mengira laluan

Page 5: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

kerjaya yang dipilih. Dengan adanya transformasi ini akan memberikan kebebasan bagi para

guru untuk menceburi bidang kerjaya yang di minati oleh mereka seterusnya mampu

menjadikan bidang pengurusan dan pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih baik dan

sistematik. Justeru itu, melalui transformasi ini juga mampu memartabatkan profesion

keguruan sebagai profesion pilihan.

Kesimpulannya, melalui transformasi-transformasi yang disenaraikan dalam anjakan

keempat ini mampu menjadikan profesion guru sebagai profesion pilihan. Kini dapat dilihat

bahawa semakin hari bidang keguruan semakin mendapat tempat dan permintaan daripada

pemohon-pemohon seperti pelajar lepasan SPM khususnya. Tidak seperti sebelumnya, ada

di antara graduan yang ditanya mengenai pemilihan kerjaya mereka, ramai yang

memberikan jawapan yang hampir senada iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir

mereka. Dengan adanya transformasi-transformasi ini mampu memartabatkan lagi profesion

keguruan ke peringat yang lebih tinggi dan berprestij seiring dengan profesion-profesion lain

seperti jurutera, doktor, dan lain-lain. Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang

dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu

ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat yang unggul. Transformasi

keguruan ini juga mampu melahirkan guru yang serba lengkap dengan pelbagai kemahiran

dan ilmu bagi menghadapi cabaran-cabaran di era globalisasi kini. Jasa dan sumbangan

yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman

dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat.

Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang

salah. Masayarakt harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan

guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.

Seterusnya, segala usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan untuk

memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi dan dihargai. Sesungguhnya, tanpa

guru, maka tiadalah kebanggaan kita pada hari ini.

Page 6: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

RUJUKAN

Abdul Said Ambatong (2012, November 7). PPPM: Mampu Melonjak Kualiti Pendidikan

Negara, diakses dari http://eprints.ums.edu.my/5335/1/nc0000002284.pdf

A.L. Ramaiah. (2009). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Selangor: Penerbitan

IBS Buku Sdn.Bhd.

ARKIB (07/09/2013) TPM lancar PPPM 2013-2025, utusan online, diakses dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_01/TPM-lancar-

PPPM-2013-2025

Bernama. (2013). Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 diakses di sesawang http: // www. bharian.com.my/ articles/ Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025/ Article/

Kementerian Pendidikan Malaysia(2013). Pelan Pembangunan Malaysia 2013-

2025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (1942). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd.

Noriza Supar( 2010) Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkongsian Ilmu dalam kalangan

Kakitangan Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang Dipilih dan

Kesannya Terhadap Mutu Kerja: Tesis untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Doktor

Falsafah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia

Syed Ismail Syed Mustafa Dan Ahmad Subki Miskon (2013). Guru Dan Cabaran Semasa.

Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Bentong: Penerbitan PTS

Professional Publishing Sdn.Bhd.