pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) 2006-2010

23
ICT dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010: Satu Penelitian dan Analisis Tentang Peruntukkan dan Perbelanjaan Prasarana dan Projek ICT Emram bin Yunus Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Abstrak Kajian ini merupakan rumusan terperinci mengenai peruntukan dan perbelanjaan berkaitan prasarana atau kemudahan ICT yang telah dibuat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia 2007. Rumusan juga telah dibuat berdasarkan Kad Laporan Kemajuan PIPP 2006-2010 sehingga Disember 2007. Fokus utama kajian ini ialah untuk melihat implikasi PIPP ke atas perbelanjaan dan perlaksanaan melengkapkap prasrana ICT di semua sekolah dan Institut Pendidkan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysi. Justeru itu, kajian ini banyak memberi tumpuan kepada Teras 3 dan Teras 4 yang mana terdapat peruntukan dan kaitan dengan perbelanjaan prasarana ICT. Pengenalan Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010 telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin

Upload: nuefail

Post on 26-Nov-2015

570 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

TRANSCRIPT

ICT dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010:

ICT dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010:

Satu Penelitian dan Analisis Tentang Peruntukkan dan Perbelanjaan Prasarana dan Projek ICT

Emram bin Yunus

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Abstrak

Kajian ini merupakan rumusan terperinci mengenai peruntukan dan perbelanjaan berkaitan prasarana atau kemudahan ICT yang telah dibuat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia 2007. Rumusan juga telah dibuat berdasarkan Kad Laporan Kemajuan PIPP 2006-2010 sehingga Disember 2007. Fokus utama kajian ini ialah untuk melihat implikasi PIPP ke atas perbelanjaan dan perlaksanaan melengkapkap prasrana ICT di semua sekolah dan Institut Pendidkan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysi. Justeru itu, kajian ini banyak memberi tumpuan kepada Teras 3 dan Teras 4 yang mana terdapat peruntukan dan kaitan dengan perbelanjaan prasarana ICT.

PengenalanPelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya bertemakan Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional. Pelan ini merupakan satu pendekatan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) yang telah dilancarkan sebelumnya iaitu pada 31 Mac 2006. (Kad Laporan PIPP, 2007: p.1).

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Sri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) digubal untuk memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan dan akan digunakan sebagai garis panduan untuk melaksanakan program-program pendidikan yang telah dirancang. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan akan terus menjadi elemen yang akan ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara. (PIPP, 2007: p.4).Di dalam PIPP terdapat enam teras strategik utama bagi menjayakan Misi Nasional RMKe-9 iaitu:

Teras 1: Membina Negara Bangsa

Teras 2:Membangunkan Modal Insan

Teras 3:Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras 4:Merapatkan Jurang Pendidikan

Teras 5:Memartabatkan Profesion Keguruan

Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Dengan enam teras ini, kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak sama ada dari dalam atau luar KPM. Selain daripada itu, perlaksanaan projek dan program hendaklah secara telus dan terbuka kepada semua yang terlibat dengan sistem pendidikan Malaysia berpadanan dengan dua pendekatan yang telah diperkenalkan iaitu:

i. Menyelesaikan tugas yang belum selesai untuk menyamaratakan medan persaingan.ii. Melonjakkan kecemerlangan pendidikan dengan menjana kecemerlangan institusi pendidikan.

Prasarana dan Program ICT Sebelum PIPP 2006-2010

Di dalam kita membincangkan perihal program-program dan peruntukan atau budget ICT di dalam PIPP, tidak menjadi kesalahan sekiranya kita melihat dahulu di antara komitmen-komtmen yang talah ditunjukkan oleh KPM di dalam bidang ICT sebelum ini. Sejak sekian lama, KPM sentiasa mencari peluang dan merintis pembaharuan di dalam perlaksanaan program dan kemudahan Teknolgi Maklumat dan Komunikasi ICT di sekolah-sekolah. Ianya bertujauan untuk melonjakkan sistem pendidikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Di antara program dan kemudahan yang disediakan KPM sebelum pelancaranan PIPP seperti : i. Projek Rintis Sekolah Bestari

Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan pelaksanaannya menekankan penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah yang mana 82 buah adalah sekolah sedia ada dan enam buah dibina baru iaitu SMK Putrajaya 1, SK Putrajaya 1, SK Putrajaya 2, SMK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Utara dan SK Seri Bintang Selatan. Sekolah-sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5,809 komputer dan 261 pelayan. Komputer digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari digunakan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong pengajaran dan pembelajaran.

ii. SchoolNet

Projek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital. Sehingga tahun 2005, 9,285 sekolah telah dirangkaikan.

iii. Projek MySchoolNet

Projek ini dilaksanakan bagi membudayakan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk pelajar, guru dan pentadbir sekolah seperti modul pengajaran dan pembelajaran, perisian, sukatan pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif.

iv. Makmal Pengkomputeran

Projek ini menyediakan makmal komputer dan membekalkan komputer serta pelayan kepada sekolah. Sehingga 2005, sebanyak 5,037 sekolah telah disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700 pelayan.

v. TV Pendidikan

KPM meneruskan perkhidmatan TVP bagi membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebelum tahun 2000, penyiaran TVP dibuat melalui RTM menggunakan pancaran terrestrial. Mulai tahun 2000, TVP dipancarkan melalui saluran ASTRO yang menggunakan satelit. Rancangan TVP dibangunkan berasaskan kurikulum dan sehingga tahun 2005, sebanyak 77 program disediakan. Sebanyak 9,500 sekolah dibekalkan lebih 11,700 set televisyen.

vi. Matapelajaran ICTKPM memperkenalkan mata pelajaran Information and Communication Technology, Grafik Berkomputer, Produksi Multimedia, Fundamentals of Programming, Program and Development Tools, Pemesinan Berkomputer, Aplikasi Komputer dalam Perniagaan, Animasi dan Rekabentuk Penerbitan, Penerbitan Multimedia Kreatif, Sistem Sokongan Komputer, Sistem Sokongan Rangkaian dan Program Literasi ICT bagi memperluas literasi komputer, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dan memupuk insan celik teknologi, budaya kreatif dan inovatif.

vii. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 secara berperingkat dimulai dengan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Untuk menjayakan projek ini, sekolah dibekalkan dengan komputer riba, Projektor LCD, skrin, troli, TV dan pencetak.

viii. Latihan ICT untuk guru.

Pelaksanaan ICT dalam pendidikan memerlukan guru yang berkemahiran dalam ICT. Sehubungan itu, KPM telah menyediakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan kemahiran guru. Sehingga tahun 2005, seramai 200,000 guru telah dilatih dalam ICT.

ix. Projek Pengkomputeran PengurusanProjek ini menyediakan sistem aplikasi dan infrastruktur ICT untuk menyokong sistem pengurusan KPM. Projek RMKe-8 meliputi Rangkaian KPMNet, Aplikasi Sistem Pentadbiran, Aplikasi Pengurusan Pendidikan, Pembangunan Sistem Penyediaan Infrastruktur, Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS) dan Sistem Pemantauan Perancangan Sekolah. Pelaksanaan Aplikasi Pendaftaran Peperiksaan atas talian dimulakan pada tahun 2003 bagi mempercepatkan proses pendaftaran peperiksaan.

(PIPP, 2007: p.26,27).

PIPP dan Program-Program Perluasan Penggunaan ICT di Sekolah Bagi memperluas penggunaan ICT di sekolah, KPM mensasarkan semua sekolah rendah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SM) dilengkapkan infrastruktur, peralatan dan perisian yang lengkap dan mencukupi, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang mencukupi untuk memastikan pengintegrasian ICT berlaku dalam p&p dan urusan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan pembestarian sekolah merangkumi tiga perkara iaitu:

i. Hardware perkakasan ICT yang dibekalkan ke sekolah seperti Pusat Akses yang berfungsi ala kafe siber untuk menyokong sistem sedia ada seperti makmal komputer sekolah;

ii. Courseware perisian kursus dan sistem aplikasi; dan

iii. Wetware bimbingan dan latihan kepada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

Ketiga-tiga perkara ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan p&p serta pengurusan sekolah. Cabaran KPM adalah untuk menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap untuk p&p serta pengurusan. (PIPP, 2007: p.81) Berdasarkan Teras Ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsan, terdapat 11 elemen untuk memperkasakan sekolah rendah kebangsaan (SK) seperti di dalam rajah 1 di bawah: (PIPP, 2007: p.78)

Rajah 1: Ciri-ciri SK Perkasa

Penekanan terhadap elemen infrastruktur lengkap dan berkualiti ini turut merangkumi prasarana kepada kemudahan ICT di sekolah. Pada tahun 2007 sahaja kerajaan telah meluluskan sebanyak 43 projek yang berkaitan teknologi pendidikan iaitu 1 projek melibatkan pembinaan bangunan tambahan pejabat pembangunan pendidikan bestari dengan kos sebanyak RM 3.6 juta. Manakala projek naik taraf kelengkapan penerbitan & penyuntingan TVP BTP, PSPN dan PKG dengan anggaran kos sebanyak RM 12.8 juta dengan 42 projek.

Selain daripada itu, bagi program sekolah bestari, kerajaan berhasrat mewujudkan sebanyak 3000 pusat akses di sekolah-sekolah sehingga tahun 2010. Pada tahun 2006 sebanyak 500 pusat akses telah berjaya diwujudkan dan diikuti 800 pusat akses pada tahun 2007. Keselurahan anggaran perbelanjaan bagi pembinaan pusat akses ini ialah sebanyak RM 1.2 bilion. Kerajaan juga telah meluluskan 9467 projek dengan kos RM 70 juta bagi bekalan sistem pengurusan sekolah bestari versi web kepada sekolah.Bagi 88 buah sekolah bestari rintis, kerajaan telah memberi peruntukkan sebanyak RM 12 juta untuk menaik taraf perkakasan ICT bagi melancarkan perjalanan program bestari di sekolah tersebut. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2007 bagi projek menaik taraf Pusat Repositori BTP menjadikan jumlah peruntukan keselurahan bagi program sekolah bestari sebanyak RM 20.4 bilion.Jadual 1: Penyediaan Infrastruktur dalam RMKe-9 bagi Memperkasakan SKMemperkasa SKAnggaran Bilangan Projek*Jumlah ProjekJumlah Kos

20062007200820092010

Teknologi Pendidikan

Bangunan tambahan pejabat pembangunan pendidikan bestari 1 13,600,000

Naik taraf kelengkapan penerbitan & penyuntingan TVP BTP, PSPN, PKG 42 42 12,800,000

Jumlah43 55 16,400,000

Program Sekolah Bestari

Bekalan sistem pengurusan sekolah bestari versi web kepada sekolah 1 9,467 70,000,000

Pusat Akses Sekolah500800 600 600 5003,000 120,000,000

Menaik taraf perkakasan ICT di Sekolah Bestari Rintis 1 87 12,000,000

Menaik taraf Pusat Repositori BTP 1 1 2,000,000

Jumlah 12,555 204,000,000

Merapatkan Jurang Digital

Jurang digital di dalam Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan memberi maksud perbezaaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Masih terdapat sebanyak 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Situasi ini menyebabkan kegagalan sekolah untuk menampung penggunaan ICT sekolah..

Rajah 2: Bilangan sekolah rendah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas

Rajah 3: Bilangan sekolah menengah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas

Sehubungan dengan itu, menjadi cabaran kepada KPM di dalam membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35Kva, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah tersebut dapat memanafaatkan penggunaan ICT khususnya di dalam p&p.Di RMKe-8, KPM telah melaksanakan beberapa usaha bagi menyahut perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Di antara usaha-usaha yang dilakukan seperti1. Menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server)

2. Membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p

3. Melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p

4. Melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

Selain daripada itu, bagi memantapkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah luar bandar, KPM telah menjalankan usaha sama dengan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) bagi menghubungkan sekolah-sekolah tersebut dengan akses jalur lebar dan merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Melalui usaha yang dibuat ini, KPM berharap agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Manakal di dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.Fokus dan Strategi Pelaksanaan.

Peringkat yang paling sukar di dalam menjayakan sesuatu perancangan ialah fasa pelaksanaan. Ini kerana pelaburan yang dibuat tanpa pengurusan yang bijaksana dan telus pasti akan memberi impak yang negatif. Pelaburan jutaan ringgit akan menjadi satu pembaziran.

Justeru itu, bagi mencapai objektif perlaksanaan prasarana ICT di semua sekolah, KPM telah menyediakan satu pelan yang komprehensif untuk menyemak perkembangan sesuatu projek dengan menetapkan fokus, pelan tindakan, jenis indikator dan pencapian yang sesuai serta tahun pencapaian. Pelaksanaan yang bersifat fleksibel dan dinamik lebih sesuai digunakan memandangkan persekitaran indikator yang sentiasa berubah. Contohnya bilangan guru dan murid akan sentiasa bertambah setiap tahun.FOKUSSTRATEGI PELAKSANAANPELAN TINDAKANINDIKATORINDIKATOR PENCAPAIANTAHUN PENCAPAIAN

Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar

Merapatkan jurang digital Menyediakan makmal komputer

Menyediakan Pusat Akses

Menambah bilangan komputer

Merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar

Pembestarian sekolah luar bandar

Menambah baik TV Pendidikan

Merintis penggunaan video teleconferencing Nisbah komputer : pelajar

Nisbah komputer : guru1 :20

1 : 22010

Jadual 2: Strategi Pelaksanaan bagi Merapatkan Jurang Pendidikan.Kesimpulan

Di dalam PIPP 2006-2010 kerajaan telah meluluskan lebih kurang 12,555 projek yang melibatkan melengkapkan dan menaik taraf prasarana ICT dan program-program ICT. Keseluruhan jumlah perbelanjaan dianggarkan kurang RM 20 bilion. Untuk merapatkan jurang pencapaian akademik, KPM telah menggunakan strategi dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja di sekolah-sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan.Bagi merapatkan jurang digital di antara sekolah luar bandar dan bandar, KPM telah merancang untuk menyedia dan menambah bilangan bagi prasarana berikut: Menyediakan makmal komputer

Menyediakan Pusat Akses

Menambah bilangan komputer

Merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar

Pembestarian sekolah luar bandar

Menambah baik TV Pendidikan

Merintis penggunaan video teleconferencingRujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) (edisi pelancaran). Pelan induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM.

Kerajaan Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006-2010. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.