pelaksanaan (hp6)

6
Hari pertama – 17 Januari 2015 Pada pukul 8.00 pagi, kami tiba di Kampung Panjang Sari. Setibanya di sana, kami semua berkumpul di dewan serbaguna Kampung Panjang Sari dan membuat persiapan bagi majlis perasmian serta majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Majlis persamian tersebut bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Di dewan serbaguna Kampung Panjang Sari Akiviti pertama yang diadakan adalah sukaneka bersama penduduk kampung. Antara acaranya termasuklah boling padang, gelung bola, belon air serta mencari gula-gula dalam tepung. Aktiviti tersebut bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada 6.00 petang.

Upload: izazihazirah

Post on 12-Aug-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaksanaan (hp6)

Hari pertama – 17 Januari 2015

Pada pukul 8.00 pagi, kami tiba di Kampung Panjang Sari. Setibanya di sana, kami semua berkumpul di dewan serbaguna Kampung Panjang Sari dan membuat persiapan bagi majlis perasmian serta majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Majlis persamian tersebut bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Di dewan serbaguna Kampung Panjang Sari

Akiviti pertama yang diadakan adalah sukaneka bersama penduduk kampung. Antara acaranya termasuklah boling padang, gelung bola, belon air serta mencari gula-gula dalam tepung. Aktiviti tersebut bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir pada 6.00 petang.

Pembahagian kumpulan bagi sukaneka

Page 2: Pelaksanaan (hp6)

Selepas solat isyak secara berjemaah di masjid Kampung Panjang Sari, ceramah agama tentang memahami isu palestin telah diadakan pada jam 9.00 malam.

Hari kedua – 18 Januari 2015

Aktiviti yang dijalankan pada hari kedua adalah Kem Pendidikan Generasi Johor yang berlangsung di SK Kampung Panjang Sari dan SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1,Pagoh. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, masing-masing di sekolah rendah dan di sekolah menengah.

Para pelajar SK Kampung Panjang Sari bersama para sekretariat

Para pelajar SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 bersama para secretariat

Kem Pendidikan tersebut bertujuan bagi memberi motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR,SPM dan STPM serta memberi penerangan kepada para pelajar pra universiti tentang kursus-kursus di UKM.

Page 3: Pelaksanaan (hp6)

Fasilitator di sekolah menengah

Usai Kem Pendidikan, kami semua bertolak bagi membuat lawatan industri kecil dan sederhana(iks) di Kampung Panjang Sari dan Kampung Paya Redan Pagoh. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peniaga untuk mempromosikan produk mereka kepada orang luar. Sesi bertukar-tukar pendapat juga diadakan bagi para peniaga mencari idea untuk memperluaskan perniagaan mereka.

Di Kampung Paya Redan Pagoh bagi lawatan iks

Page 4: Pelaksanaan (hp6)

Bersama para peniaga iks

Hari ketiga – 19 Januari 2015

Hari keusahawanan dan inovasi (HKI) telah berlangsung pada hari ketiga. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut adalah demonstrasi daripada pihak bomba dan jabatan pertahanan awam (JPAM) ,pertandingan mewarna, jualan iks juga pertandingan gubahan masakan dan gubahan bunga oleh penduduk kampung.

Demonstrasi oleh jabatan bomba

Hari keempat – 20 Januari 2015

Aktiviti yang dijalankan pada hari keempat adalah aktiviti gotong-royong di surau-surau setiap kampung iaitu Kampung Panjang Sari, Kampung Sari Baru, Kampung Sri Menanti dan Kampung Seri Makmur.

Page 5: Pelaksanaan (hp6)

Selesai bergotong-royong di surau Kampung Panjang Sari

Pada malam tersebut, telah berlangsungnya majlis penyerahan semula anak angkat dan penutupan program KEJOHO ini.

Majlis penyerahan semula anak angkat dan penutupan KEJOHO

Page 6: Pelaksanaan (hp6)

Pelaksanaan tugas sebagai ahli post cenderamata