pekeliling rektor - · pdf filememastikan pembelian kasut diuruskan dengan cekap serta...

4
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG PEKELILING REKTOR Bilangan 1 Tahun 2013 PANDUAN PENGURUSAN KEMUDAHAN PAKAIAN SERAGAM STAF UiTM CAWANGAN PAHANG TUJUAN 1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi arahan kepada semua pihak yang berkenaan di UiTM Cawangan Pahang untuk memudahkan proses bekalan pakaian seragam staf operasi di UiTM Cawangan Pahang. LATAR BELAKANG 2. Merujuk kepada Pekeliling:- 2.1 Pekeliling Pendaftar Bilangan 9 Tahun 2012 (Panduan Pengurusan Kemudahan Pakaian Seragam Staf Universiti Teknologi MARA). 2.2 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011 (Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam) 2.3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 (Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam)

Upload: phungdung

Post on 06-Mar-2018

303 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING REKTOR -   · PDF filememastikan pembelian kasut diuruskan dengan cekap serta meliputi aktiviti permohonan kelulusan , tatacara pembelian dan proses bayaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

PEKELILING REKTOR

Bilangan 1 Tahun 2013

PANDUAN PENGURUSAN KEMUDAHAN PAKAIAN SERAGAM STAF UiTM CAWANGAN PAHANG

TUJUAN

1. Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi arahan kepada semua pihak yang

berkenaan di UiTM Cawangan Pahang untuk memudahkan proses bekalan pakaian

seragam staf operasi di UiTM Cawangan Pahang.

LATAR BELAKANG

2. Merujuk kepada Pekeliling:-

2.1 Pekeliling Pendaftar Bilangan 9 Tahun 2012

(Panduan Pengurusan Kemudahan Pakaian Seragam Staf Universiti

Teknologi MARA).

2.2 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2011

(Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam)

2.3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995

(Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam)

Page 2: PEKELILING REKTOR -   · PDF filememastikan pembelian kasut diuruskan dengan cekap serta meliputi aktiviti permohonan kelulusan , tatacara pembelian dan proses bayaran

2.4 Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1990

(Peraturan Baru Mengenai Pembekalan Pakaian Seragam Bagi

Kakitangan Pejabat)

2.5 Surat dari Ketua Bahagian Perhubungan & Kebajikan Staf

(Setiausaha JK Penyelarasan Pakaian Segaram Staf UiTM)

3. Panduan ini menjelaskan prosedur, syarat-syarat dan proses pembelian bagi

memastikan pembelian kasut diuruskan dengan cekap serta meliputi aktiviti

permohonan kelulusan , tatacara pembelian dan proses bayaran.

PEMATUHAN PROSEDUR PEMBELIAN KASUT

4. Pegawai yang layak dibekalkan kasut/but keselamatan jenis kulit boleh dibenarkan

membeli kasut dan seterusnya membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit

bagi pembelian kasut. Tuntutan perlu disalurkan kepada Pejabat Pentadbiran PTJ

berkenaan bagi pengesahan.

5. Ketua PTJ perlu menentukan keperluan dan spesifikasi kasut adalah bersesuaian

dengan tugas pegawai serta mendapat kelulusan dari Bahagian Pentadbiran bagi kebenaran

untuk Pegawai yang layak membeli dan kemudian menuntut bayaran balik pembelian kasut.

6. Tuntutan dibayar hanya setahun sekali pada April (staf lama) atau tidak melangkaui

30 November (staf lantikan baru) bagi pembekalan tahun semasa sahaja. Tuntutan

pemulangan yang melangkaui tahun peruntukan tidak akan diproses kerana melepasi

tempoh peruntukan yang telah disediakan.

KELAYAKAN TUNTUTAN

7. Kasut kulit maksimum RM150.00 sepasang atau

- Kasut berwarna hitam dan bertali (staf lelaki)

- Kasut sarung berwarna hitam (staf wanita)

ATAU

Page 3: PEKELILING REKTOR -   · PDF filememastikan pembelian kasut diuruskan dengan cekap serta meliputi aktiviti permohonan kelulusan , tatacara pembelian dan proses bayaran

b) Kasut/but keselamatan yang bersesuaian dengan jenis kerja yang

terlibat maksimum RM250.00 sepasang.

BEKALAN PAKAIAN SERAGAM STAF UiTM

8. Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam pada Mesyuarat bertarikh 13 Januari

2012 telah bersetuju untuk menggunapakai kaedah "Pembekalan Pakaian Seragam Yang

Siap Dijahit Dari Kain Berkualiti Mengikut Prosedur Perolehan Yang Berkuatkuasa" secara

menyeluruh.

9. Tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas staf yang menerima peruntukan pakaian

seragam tetapi tidak memakai pakaian seragam dengan tidak mengikut peraturan yang

ditetapkan.

PANDUAN PEMBELIAN KASUT STAF OPERASI

10. Panduan pembelian kasut staf operasi adalah seperti di Lampiran 1.

TARIKH DIKELUARKAN

11. Pekeliling ini dikeivarkan pada 15 Januari 2013.

TARIKH KUATKUASA

12. Pekeliling ini berkuat kuasa pada 15 Januari 2013.

PROF. MADYA DATO' DR HJ HILMI AB RAHMAN

Rektor

Dikeliling Kepada:

Semua Ketua Pusat Pengajian Semua Ketua Bahagian / Unit

Bil. Fail

100-UiTMKPH (PT. 6/7) Tarikh

15 Januari 2013

Page 4: PEKELILING REKTOR -   · PDF filememastikan pembelian kasut diuruskan dengan cekap serta meliputi aktiviti permohonan kelulusan , tatacara pembelian dan proses bayaran

Lampiran 1

PTJ menentukan spesifikasi kasut yang sesuai dengan tugas pegawai

Majukan kepada Bahagian Pentadbiran untuk kelulusan

Pegawai membuat pembelian

Pegawai memajukan kasut dan resit untuk pengesahan dari Ketua PTJ.

Pegawai menyediakan:- 1. Akuan Penerimaan Barang (GRN)

2. Permohonan Belian (PB) 3. Permohonan Pelarasan Pendahuluan/Tuntutan Pelbagai

Majukan kepada Pejabat Bendahari (Semua dokumen mesti lengkap)

TAMAT.