pedagogi produktif bm
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Pedagogi adalah strategi yang digunakan oleg guru untuk mengajar murid
secara profesional. Manakala pedagogi produktif adalah kaedah yang digunakan di
dalam bilik darjah yang fokusnya adalah memberi arahan yang bertujuan untuk
meningkatkan hasil pembelajaran murid. Pedagogi produktif adalah nama yang
diberikan kepada model multidimensional latihan dibilk darjah. Hal ini dikenali juga
sebagai rangka kerja untuk pembangunan profesional yang memfokuskan kepada
latihan dibilik darjah dan perhatian amat diberikan kepada kesaksamaan dalam
pendidikan. Sesetengah strategi yang digunakan oleh guru hanya sesuai untuk
teknik pengajaran yang tertentu sahaja dan bergantung kepada kumpulan atau
sebagainya dan guru harus membuat pemilihan untuk menggunakan teknik yang
dirasakan sesuai.
Pedagogi produktif berbeza dengan pendekatan lain. Ia sangat komprehensif
dan tidak hanya fokus kepada satu aspek atau kaedah pengajaran sahaja. Pedagogi
produktif juga merupakan satu rangka kerja umum dimana guru boleh memilih dan
mengembangkan strategi pengajaaran dengan:
a) Apa yang diajar?
b) Kepelbagaian gaya, pendekatan dan latar belakang murid- murid
mereka.
Ia merupakan projek tahap pertama dari program pembelajaran dan
pembangunan bagi menyokong pembaharuan kurikulum yang mula diperkenalkan di
semua sekolah di Queensland bermula pada tahun 2001. Ia merupakan strategi
yang melibatkan sekolah dalam pembangunan profesional dalam pedagogi produktif
dan penilaian produktif.
Pendidikan di Queensland mengakui keperluan untuk memberikan
pembelajaran yang optimum dan peluang bagi pembangunan tenaga kerja
pendidikan dengan:
Guru yang berkualiti adalah aset bagi masa depan pendidikan di
Queensland.
Pedagogi di sekolah harus menjadi fokus masyarakat untuk belajar
secara profesional.
Pembelajaran yang palin berkesan adalah dalam komuniti
pembelajaran profesional.
Kepimpinan yang produktif sangat penting bagi kejayaan hasil
pembelajaran.
Pada asasnya, pedagogi produktif menggunakan strategi dan konsep
pembelajaran yang sedia ada cuma diubah kepada modul yang saderhana. Namun
dengan berdasarkan kepada penilaian faktor- faktor tersebut dan peningkatan
kesedaran guru yang paling penting kerana telah menyumbang kepada kejayaan
program tersebut.
Rujukan: http://www.angelfire.com/linux/kapiljain/ProductivePedagogy.html
DIMENSI PEDAGOGI PRODUKTIF
Terdapat pelbagai teori dan pendekatan pembelajaran yang boleh digunakan
dalam merancang aktiviti pembelajaran misalnya dengan menggunakn teori Gardner,
Taksonomi Bloom, pembelajaran koperatif, “De Bono Thingking Hat ” dan
sebagainya. Oleh itu, berdasarkan teori dan pendekatan tersebut, terdapat empat
prinsip pengajaran dan pembelajaran yang harus diberikan pertimbangan bertujuan
untuk mengenalpasti strategi mana yang lebih berkesan dan efektif. Antaranya
adalah:
Strategi
a) Kualiti intelektualFokus persoalan
Tahap pemikiran yang tinggi Adakah peringkat pemikiran tinggi dan
analisis kritikal berlaku?
Pengetahuan yang mendalam Adakah pembelajaran tersebut berlaku
dengan bidang operasi atau tahap yang
khusus?
Substantive conversation Adakah tajuk perbincangan di dalam bilik
darjah terkeluar daripada penerimaan/
tindakbalas/ pola penilaian yang
menyebabkan perbincangan antara
pelajar, guru dan pelajar berterusan?
Knowledge problematic Adakah pelajar memberi kritikan
berdasarkan idea dan pengetahuan?
Metabahasa Adakah semua aspek bahasa,
tatabahasa, dan kosa kata
dititikberatkan?
b) Relevansi/ keterhubungan
Pengintegrasian pengetahuan Adakah aspek pembelajaran meliputi
pelbagai disiplin, bidang dan paradigma?
Latar belakang pengetahuan pelajar Adakah terdapat usaha untuk
mengetahui latar belakang pengetahuan
pelajar yang diperolehi dari pelbagai
sumber?
Penghubungan dengan dunia
( connection to the world )
Adakah pembelajaran atau pelajaran
yang ditugaskan mempunyai hubungan
dengan dunia nyata?
Kurikulum berteraskan masaalah Adakah fokus pembelajaran berkaitan
dengan mengenalpasti atau
penyelesaian intelektual atau masalah di
dunia nyata?
c) Persekitaran bilik darjah yang menyokong
Pengawalan murid Adakah pelajar memberi tindakbalas
semasa guru mengajar?
Sokongan sosial Adakah persekitaran bilik darjah itu
positif?
Penglibatan Adakah semua pelajar tersebut
melibatkan diri dengan kativiti?
Kriteria tersurat Adakah rujukan kriteria untuk menilai
pelajar dengan jelas?
Pengetahuan kendiri Adakah perlakuan pelajar menunjukkan
tersurat atau tersirat?
d) Pengakuan perbezaan
Persekitaran budaya Adakah pengetahuan kepelbagaian
budaya diterapkan di dalam pengajaran?
“ Inclusivity ” Adakah usaha dilakukan untuk
menggalakkan penyertaan pelajar yang
berbeza latar belakang?
Ekspositori/ naratif Adakah gaya prinsip pengajaran bersifat
neratif atau ekspositori?
Kumpulan identiti Adakah pengajaran tersebut dapat
membentuk rasa hidup bermasyarakat
dalam diri setiap pelajar?
Kewarganegaraan Adakah usaha yang dilakukan untuk
melibatkan atau menggalakkan
kewarganegaraan aktif?
Menurut Profesor Jenny Gore dari University of Newcastle menyatakan
bahawa pedagogi produktif yang menarik adalah penting untuk menarik minat
pembelajaran murid. Beliau juga menyatakan pendidikan dahulu lebuh menekankan
persekitaran pembelajaran, kemahiran khusus dan semua silibus pembelajaran.
Tetapi sebenarnay kita terlepas pandang tentang fokus cabaran intelektual kepada
semua pelajar.
Peningkatan kepada kualiti intelektual melibatkan pengenalan kepada
pengetahuan dan tidak hanya kepada matlamat semata- mata. Hal ini menggalakkan
pelajar untuk berfikir aras tinggi dan pendekatan kepada pengetahuan dimana ia
melibatkan penyampaian idea dan hujah yang bertentangan dengan pendekatan
‘memberi’. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar belajar bekerja daripada sibuk
bekerja ( Jenny ). Kebanyakannya adalah tentang penglibatan murid dalam
pemahaman yang kompleks.
Manakal relevansi ( keterhubungan ) hanya membantu pelajar membuat
hubungan dengan aspek yang berbeza mengenai perkara yang dipelajari di sekolah
serta mengaitkan pengalaman lampau yang telah berlaku ke dalam bilik darjah.
Persekitaran yang menyokong kelas sosial adalah dimana pelajar mampu
untuk mempengaruhi sesuatu aktiviti dan bagaimana ia diterapkan di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jenny ia bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran yang mempunyai jangkaan yang tinggi oleh pelajar bagi menggalakkan
mereka mengambil risiko dalam pembelajaran.
Pengakuan perbezaan meliputi inklusiviti dari kumpulan non- dominan dan
secara positif mengembangkan dan mengakui perbezaan identiti dan kumpulan
etnik. Di sini penting untuk guru menyedari cara untuk menyokong pelajar yang
berasal dari kumpulan non- dominan dengan menggunakan cara terbaik untuk
menyokong proses pembelajaran mereka.
Rujukan: http://www.angelfire.com/linux/kapiljain/ProductivePedagogy.html
CIRI- CIRI PEDAGOGI PRODUKTIF
Dalam pedagogi produktif guru dinilai sama ada seseorang guru itu berkualiti
tinggi, sederhana, atau rendah. Guru yang dikatakan mencapai tahap yang tinggi
dikatakan berbeza dengan mereka yang mencapai tahap rendah dari segi:
Rasa tanggungjawab kepada murid.
Berkesan dalam meningkatkan hasil pembelajaran murid.
Menyedari peranan mereka sebagai seorang guru.
Pemahaman yang mendalam tentanng kurikulum.
Ciri – ciri guru yang mendapat skor tinggi dalam kaedah pedagogi produktif ialah:
I. Guru mengakui bahawa mereka tidak boleh memaksa murid- murid
untuk belajar.
II. Menganggap diri mereka bertanggungjawab dalam menyediakan
peluang untuk pembelajaran murid.
III. Melihat semua pembelajaran mampu ditingkatkan.
IV. Menganggap diri mereka sebagai fasilitator pembelajaran.
V. Menganggap sebagai tugasan mereka untuk menyediakan
persekitaran dimana pelajar boleh meneroka dan memberi ruang
kepada pelajar tentang persekitaran yang boleh dihasilkan oleh
mereka.
VI. Lebih memfokuskan kepada kandungan dan kemahiran bukannya
lebih menekankan kepada isi kandungan pembelajaran.
VII. Lebih bersedia untuk ‘ subvert the curriculum’ untuk mencipta ruang
aktiviti pembelajaran yang dihargai.
VIII. Latihan penilaian masalah lebih kerap dilakukan berbanding kumpulan
skor rendah.
IX. Memiliki tahap yang tinggi dalam penglibatan di luar kurikulum.
X. Terlibat dalam perbincangan profesional dengan rakan- rakan guru
mengenai pengajaran mereka
XI. Bersedia untuk bercakap tentang kelemahan mereka dan juga
perubahan yang telah dibuat mengenai pengajaran mereka.
Manakala ciri- ciri guru yang mendapt skor rendah dalam pedagogo produktif
pula ialah:
I. Berkeyakinan bahawa murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pembelajaran mereka.
II. Menyatakan bahawa faktor yang diluar jangkaan guru yang
menentukan hasil pembelajaran murid
III. Menganggap bahawa hanya sesetengah pelajar yang akan belajar dan
selebihnya tidak.
IV. Melihat diri mereka sebagai penyampai maklumat
V. Merungut kerana kekurangan masa untuk menghabiskan sukatan
VI. Hanya memberi fokus kepada kandungan bukan kepada konsep dan
kemahiran
VII. Perbincangan mengenai penilaian kurang dilakukan.
Dapatlah disimpulkan disini bahwa perbezaan ciri- ciri ini merupakan elemen
yang penting kerana ia merangkumi seluruh kompenen organisasi sesebuah sekolah
itu.
Rujukan:
http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculumframework/qsrls/
html/abt_ppc.html
KELEBIHAN KAEDAH PEDAGOGI PRODUKTIF
Dengan menggunakan kaedah ini, ia lebih mengutamakan pembelajaran
berpusatkan murid dimana guru- guru hanya sebagai fasilitator atau pemudah cara
sahaja. Hal ini akan menggalakkan murid- murid untuk lebih berdikari dalam
melaksanakan sesuatu tugasan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru.
Selain itu juga,melalui penggunaan kaedah pedagogi produktif ini menjadikan
sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat positif kerana guru mempunyai
jangkaan yang tinggi terhadap semua murid mereka. Hal ini akan lebih
memotivasikan para murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa tanpa ada
tekanan seklaligus akan memberi kesan yang baik kepada prestasi akdemik mereka.
Guru yang mengamalkan kaedah ini akan memastikan semua murid mereka
mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Guru yang bermotivasi tidak akan
menafikan hak murid mereka untuk belajar mendapatkan ilmu pengetahuan kerana
mereka sedar bahawa ilmu pengetahuan yang akan menentukan hala tuju
seseorang murid tersebut. Guru – guru akan berusaha semaksimum mungkin untuk
memastikan para murid mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Hal ini akan
menjadkan murid- murid seseorang yang lebih mencintai ilmu kerana cara guru
tersebut yang pandai menggunakan pendekatan abagi menarik minat murid mereka
untuk belajar.
Di samping itu, dengan adanya pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran
yang diterapkan dalam sesi penyampaian ilmu tersebut akan lebih menarik minat
murid- murid untuk belajar. Penekanan yang paling penting di dalam kaedah
pedagogi produktif ini ialah guru tidak hanya mengutamakan kandungan pelajaran
tetapi lebih menekankan kepada konsep dan kemahiran. Kaedah dan teknik yang
digunakan ini juga mengambil kira latar belakang murid, gaya pembelajaran mereka,
minat serta kebolehan murid itu sendiri. Guru- guru tidak akan sesekali
menggunakan pendekatan paksaan yang menyebabkan murid- murid menjadi takut
untuk ke sekolah.
KEKURANGAN KAEDAH PEDAGOGI PRODUKTIF
Kebanyakkan guru- guru kurang mempunyai motivasi yang tinggi untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menggunkan kaedah pedagogi produktif
kerana mereka menganggap semua kaedah yang digunakan selama ini adalah sama
sahaja.
Selain itu juga, kelemahan yang plaling ketara yang terdapat di dalam semua
kaedah ialah kesukaran guru untuk mengawal kelas sekiranya jumlah murid yang
ramai di dalam sesebuah kelas itu. Hal ini akan berlaku sekiranya aktiviti secara
berkumpulan dijalankan dan sudah tentu murid- murid akan membuat bising semasa
sesi perbincangan dalam kumpulan dijalankan.
Guru- guru yang malas menyelidik latar belakang murid, minat, kebolehan dan
seumpanya merupakan penyebab yang menjadikan seseorang guru itu tidak pandai
untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan pelajar mereka sekaligus akan menggagalkan perlaksanaan
kaedah pedagogi produktif ini.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa pedagogi produktif ini
merupakan satu keadah yang mula diperkenalkan di Queensland dimana program ini
merupakan satu program baru yang dijalankan di negara tersebut sebagai satu
langkah kerajaan atau kementerian pendidikan di negara tersebut bagi meningkatkan
mutu pendidikan negara Queensland.
Manakala di negara ini kaedah tersebut baru diperkenalkan. Pada pendapat
saya tidak semua guru yang ada di negara ini mengetahui tentang kaedah pedagogi
produktif ini kerana ia masih lagi di peringkat kajian. Sekiranya kaedah seumpama ini
dapat diterapkan dalam semua pengajaran dan pembelajaran murid, sudah pasti
negara ini mampu melahirkan murid yang lebih berkualiti berbanding dengan
sebelum ini. Hal ini merujuk kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh
‘Queensland School Reform Longitudinal Study (QSLRS)’ menunjukkan bahawa
hasil pembelajaran murid yang diperolehi setelah kaedah tersebut digunakan amat
memberangsangkan.
Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan bahawa kaedah pedagogi produktif
ini amat wajar diketengahkan kerana ia amat baik untuk perkembangan mutu
pendidikan di negara ini.
BIBLIOGRAFI
http://www.angelfire.com/linux/kapiljain/ProductivePedagogy.html
http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculum-framework/qsrls/
html/abt_ppc.html
http://education.qld.gov.au/staff/learning/diversity/teaching/pp/pedag-a2b.html