pbs(lengkap)

29
SP6131/1093 950217-07-5134 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan terbuka . Di dalam tahun 2007, Ekonomi Malaysia adalah negara yang mempunyai ekonomi ke-29 terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli dengan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah $357.9 bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 5% hingga 7% semenjak 2007. Menurut Bank Negara Malaysia, sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat lebihan secara konsisten. Eksport barangan telah mengatasi import dan lebih daripada mengimbangi de sit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan. Prestasi kukuh eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh jenis-jenis produk yang meluas dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi yang mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertambahan lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Dalam kata lain, imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan antarabangsa dan juga tingkah laku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja. Walau bagaimanapun, dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu 1

Upload: muhammad-syawal

Post on 04-Sep-2015

91 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pbs lengkap

TRANSCRIPT

SP6131/1093 950217-07-51341.0 LATAR BELAKANG KAJIANMalaysiaadalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan negara danterbuka. Di dalam tahun 2007,Ekonomi Malaysiaadalah negarayang mempunyai ekonomi ke-29 terbesar di duniamengikutpariti kuasa membelidengan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah $357.9 bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 5% hingga 7% semenjak 2007.Menurut Bank Negara Malaysia, sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat lebihan secara konsisten. Eksport barangan telah mengatasi import dan lebih daripada mengimbangi desit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan. Prestasi kukuh eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh jenis-jenis produk yang meluas dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi yang mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertambahan lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Dalam kata lain, imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan antarabangsa dan juga tingkah laku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja. Walau bagaimanapun, dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk mengumpul rizab yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau disalurkan ke luar negeri untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain, sama ada dalam bentuk pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Desit akaun semasa sebaliknya menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam negerinya.Menurut Buku Makroekonomi Oxford Fajar , imbangan akaun semasa merupakan suatu akaun yang meliput akaun perdagangan iaitu eksport dan import barang, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan dan pindahan semasa.~(diterbitkan oleh Sabarish Ali pada tahun 2012,muka surat 167) Dalam imbangan akaun semasa, akaun perkhidmatan merupakan suatu jenis akaun yang merekod eksport dan import perkhidmatan iaitu barang tak nampak seperti bayaran tambang dan insurans daripada barang yang dieksport dan diimport, dan perbelanjaan pelancongan.Akaun pendapatan pula merupakan pendapatan pelaburan yang meliputi keuntungan, bunga atas modal yang dilaburkan dan dividen.Pindahan semasa juga merupakan salah satu yang terdapat dalam imbangan akaun semasa dan ini boleh dikatakan sebagai bayaran pindahan yang dilakukan oleh kerajaan dan swasta antara negara.Oleh itu, rumus yang digunakan untuk menghitung imbangan akaun semasa adalah seperti berikut:Imbangan akaun semasa = (Eksport barang nampak Import barang nampak) + (Eksport barang tak nampak Import barang tak nampak) + Pendapatan + Pindahan semasa

ATAUImbangan akaun semasa = Imbangan dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan + Pindahan semasa bersih

Akaun Dagangan merupakan akaun yang merekodkan nilai eksport barang nampak dan nilai import barang nampak bagi sebuah negara dalam tempoh setahun. Imbangan dagangan merekodkan perbezaan antara nilai eksport barang nampak dengan nilai import barang nampak. Imbangan perdagangan membentuk sebahagian daripadaakaun semasayang juga termasuk transaksi lain seperti pendapatan daripada kedudukan pelaburan antarabangsa dan juga bantuan antarabangsa. Jika akaun semasa berada dalam lebihan, kedudukan aset antarabangsa negara bersih meningkat dan juga sebaliknya.Imbangan perdagangan sama seperti perbezaan antara keluaran negara dan permintaan domestik (perbezaan antara barangan yang dikeluaran oleh negara dan barangan yang dibeli dari luar; ini tidak termasuk wang yang diguna semula untuk saham asing juga tidak termasuk import barangan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan bagi pasaran tempatan).Rumus: Imbangan dagangan = Nilai eksport barang nampak Nilai import barang nampak Imbangan dagangan bernilai positif apabila nilai eksport barang nampak melebihi nilai import barang nampak. Imbangan dagangan bernilai negatif apabila nilai eksport barang nampak kurang daripada nilai import barang nampak.Berdasarkan buku Memahami Ekonomi Malaysia, Eksport Malaysia memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia. Penentu utama kedudukan ekonomi dalam jangka pendek dan jangka sederhana. Dari segi sejarah, perubahan-perubahan dalam nilai eksport cenderung membawa kesan yang menyeluruh ke atas keluaran, pelaburan, imbangan pembayaran, bekalan wang, paras harga am, pendapatan, guna tenaga dan seterusnya keseluruhan aktiviti ekonomi Negara. (Bank Negara Malaysia, 1979). Contohnya, Malaysia telah mengeksportkan jentera elektrik, perkakasan, kelengkapan dan alat ganti ke Singpura pada tahun 2011.Sejak akhir tahun 1960-an, Malaysia membelanjakan kira-kira 40 peratus daripada KNK ke atas import. Akhir-akhir ini, dengan perkembangan ekonomi yang lebih pesat, peratus KNK Malaysia yang dibelanjakan ke atas import telah meningkat kepada hampir 50%. Pertumbuhan perbelanjaan ke atas import yang lebih pesat ini disertai dengan perubahan dalam struktur import yang sejajar dengan pembangunan Negara. Sebagai contoh, Malaysia telah mengimportkan jentera elektrik, perkakasan, kelengkapan dan alat ganti, peralatan bunyi dan telekomunikasi dan gas asli cecair dari Jepun.~ (Ishak Shari & Jomok K.S., Memahami Ekonomi Malaysia,1990)Barang-barang import dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu barang-barang pengguna(makanan, tembakau, minuman dan barang tahan lama), barang-barang modal, barang-barang pengataraan dan barang-barang utama jentera (perkilangan).

2.0 PENYATAAN MASALAH Dari aspek perdagangan antarabangsa, perkembangan dalam imbangan akaun semasa boleh dinilai dari segi perubahan dalam eksport serta import barangan dan perkhidmatan, dan juga imbangan bersih pendapatan dan pemindahan semasa. Di Malaysia, lebihan akaun semasa didorong terutamanya oleh lebihan dalam akaun barangan, manakala komponen lain kekal dalam desit.Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Dalam kata lain, imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan antarabangsa dan juga tingkah laku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja. Walau bagaimanapun, dalam ekonomi terbuka, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan mencatat lebihan akaun semasa. Desit akaun semasa sebaliknya menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam negerinya.Pertumbuhan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan simpanan yang lebih rendah juga menyebabkan lebihan akaun semasa menjadi lebih kecil. Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan pertumbuhan global yang sederhana dan pengembangan berterusan dalam permintaan dalam negeri, lebihan akaun semasa Malaysia dijangka menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sebagai ekonomi yang sangat terbuka, perubahan dalam akaun semasa Malaysia, terutamanya eksport, banyak bergantung pada faktor luaran terhadap ekonomi. Di dalam negeri pula, konsolidasi skal yang berterusan oleh kerajaan dijangka menambah simpanan awam, manakala simpanan swasta akan menjadi faktor penentu bagi kekukuhan pengunaan swasta. Dalam jangka masa lebih panjang, perubahan struktur yang berterusan dalam ekonomi menjadi faktor utama yang akan menentukan landasan imbangan akaun semasa Malaysia pada masa hadapan. Pelaburan berterusan dalam bidang pertumbuhan baharu dan industri bernilai tambah tinggi dijangka terus mempelbagaikan eksport Malaysia dan memantapkan bidang yang mempunyai kelebihan berbanding, seterusnya menyokong pertumbuhan eksport dan kemampanan imbangan akaun semasa.

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan dan penurunan eksport dan import yang dapat mempengaruhi arah aliran akaun semasa dan kadar pertumbuhan akaun dagangan dan kedua-dua objektif dapat dicapai. Selain itu, kita dapat mengetahui tentang keadaan ekonomi Malaysia dengan memperolehi maklumat-maklumat daripada Laporan Ekonomi Malaysia melalui laman web seperti akaun semasa adalah defisit supaya dapat mencari cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.Kesimpulannya, kajian ini adalah penting untuk mengetahuai peningkatan dan penurunan imbangan akaun semasa dan kadar pertumbuhan bagi imbangan akaun dagangan di Malaysia.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Menganalisi arah aliran imbangan akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Mengkaji kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012.

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Data SekunderData sekunder untuk hasil kajian ini telah diperolehi daripada internet, iaitu daripada laporan agensi kerajaan). Data-data penting telah dikumpul daripada buku-buku rujukan, majalah, keratin akhbar, jurnal-jurnal, dan laman web.a.Kaedah KepustakaanKaedah kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas buku-buku rujukan seperti buku Memahami Ekonomi Malaysia yang diterbitkan oleh Ishak Shari, Jomo K.Spada tahun 1990. Kaedah kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini, para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai definisi, konsep, rumus, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan tajuk kajian.b.Muat Turun Daripada InternetSumber-sumber yang digunakan dalam kajian ini adalah didapati daripada internet. Laman web yang diakses adalah seperti Google, Wikipedia dan sebagainya. Tinjauan terhadap laman web ini dapat membantu penyelidik mengkaji maklumat-maklumat yang diperlukan seperti isu-isu ekonomi terkini.

4.2 Kaedah Analisis DataKajian ini menggunakan beberapa kaedah analisi data untuk melihat arah aliran imbangan akaun semasa dan kadar pertumbuhan imbangan akaun dagangan.a.Bentuk Nilai PeratusanKaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperoleh data sekunder daripada Laporan Ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.Data yang diperolehi akan dipastikan,disunting dan ditukarkan kepada analisis bentuk angka dan peratusan bagi mencapai tahap turun naik yang tepat.b.Kadar Pertumbuhan Kaedah kadar pertumbuhan telah digunakan untuk menganalisis data-data yang dikumpul.Data yang didapati akan dikenalpastikan nilai kadar pertumbuhan untuk mengkaji perubahan berbanding dengan tahun yang lain.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN5.1 JADUAL 1:TAHUNPERATUSAN PERUBAHAN AKAUN SEMASA(%)

2005-

200622.46

20076.42

200828.60

2009-15.74

2010-21.26

201117.48

2012-44.01

GRAF GARIS 1:

Jadual 1 menunjukkan analisis arah aliran imbangan akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012.Pada tahun 2005, akaun semasa mencatatkan RM 78 367 juta dan angka ini telah meningkat kepada RM 96 029 juta pada tahun yang berikutnya. Angka ini telah meningkat sebanyak RM 17 662 juta ataupun 22.46%. Akaun barangan dicatatkan dengan RM 130 152 juta pada tahun 2005 telah meningkat 7.17% kepada RM 139 489 juta pada tahun 2006.Hal ini disebabkan eksport pada tahun 2005 dengan RM 540 681 juta telah meningkat kepada RM 592 215 juta pada tahun 2006 dan ini telah menunjukkan permintaan luar telah meningkat terhadap barangan eksport negara Malaysia. Akaun perkhidmatan yang terdiri daripada pengangkutan, perjalanan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain mencatat defisit sebanyak RM 10 872 juta pada tahun 2005 dan arah aliran masuk ini telah berkurang kepada defisit sebanyak RM 9 427 juta pada tahun 2006.Sebagai buktinya, akaun perkhidmatan pengangkutan telah merekodkan RM 16 376 juta pada tahun 2005 telah menurun kepada RM 16 013 juta pada tahun 2006. Akaun pendapatan pula mencatatkan defisit RM 40 914 juta pada tahun 2005 dan angka ini telah berkurang menjadi defisit sebanyak RM 34 033 juta pada tahun 2006 kerana peningkatan penerimaan kasar ke atas pendapatan pelaburan yang berkembang.Akaun semasa telah mencatatkan RM 102 190 pada tahun 2007 yang telah meningkat sebanyak RM 6 161 juta ataupun 6.42% berbanding dengan tahun yang lepas dan terus meningkat kepada RM 131 414 juta pada tahun 2008 sebanyak RM 29 224 juta. Peratus perubahan akaun semasa yang tertinggi adalah pada tahun 2008 sebanyak 28.60%. Hal ini demikian kerana ekonomi Malaysia pada tahun tersebut bertambah baik. Pada tahun 2007, akaun barangan telah mencatatkan RM 130 825 juta telah meningkat kepada RM 170 379 juta dengan kadar 30.23% pada tahun 2008. Sebagai buktinya, jumlah nilai eksport pada tahun 2007 telah meningkat daripada RM 606 512 juta kepada RM 662 455 juta pada tahun 2008. Akaun perkhidmatan pula telah mencatatkan sebanyak RM 1384 juta pada tahun 2007 dengan pengurangan aliran keluar kasar seperti perbelanjaan perniagaan dan meningkat kepada RM 1 557 juta pada tahun 2008. Akaun pendapatan bagi tahun 2007 telah mencatatkan defisit sebanyak RM 30 019 juta. Dengan peningkatan pendapatan faedah, keuntungan dan dividen terakru yang di bawah balik oleh syarikat Malaysia di luar negara telah menyebabkan peningkatan defisit pada tahun 2008 dengan RM 40 523 juta.

Seterusnya, akaun semasa pada tahun 2009 telah mencatatkan sebanyak RM110 727 juta telah berkurang daripada RM 131 414 juta pada tahun yang lepas dengan 15.74% dan angka ini terus berkurang kepada RM 87 183 juta dengan 21.26% pada tahun 2010. Akaun barangan yang mencatatkan RM 140 355 juta telah menurun sebanyak 2.57% kepada RM 136 751 juta pada tahun 2010.Hal ini disebabkan nilai eksport pada tahun 2009 telah menurun daripada tahun 2008. Walaupun pada tahun seterusnya telah meningkat, tetapi penurunan nilai eksport antara tahun 2008 dengan tahun 2009(- RM 109 535 juta) adalah lebih besar daripada peningkatan nilai eksport antara tahun 2009 dengan tahun 2010(RM 88 215 juta). Akaun perkhidmatan yang mencatatkan RM 4 173 juta pada tahun 2009 telah berkurang kepada defisit sebanyak RM 1 444 juta pada tahun 2010 kerana peningkatan aliran keluar bersih seperti perbelanjaan pendidikan. Akaun pendapatan mencatatkan defisit sebanyak RM 33 802 juta pada tahun 2009 disebabkan dividen lebih tinggi yang terakru oleh pelaburan asing dan juga mencatatkan defisit sebanyak RM 48 123 juta pada tahun 2010 yang akaun pampasan pekerja termasuk gaji dan faedah lain yang diperoleh penduduk Malaysia yang bekerja di luar negeri dan rakyat asing yang bekerja di Malaysia mencatat defisit RM 5 449 juta.Pada tahun 2011, akaun semasa telah mencatatkan RM 102 426 juta dan angka ini telah menurun sebanyak 44.01% kepada RM 57 348 juta pada tahun 2012. Peratusan perubahan akaun semasa yang terendah adalah pada tahun 2012. Hal ini demikian kerana keseluruhan akaun semasa adalah menurun daripada tahun 2011 hingga tahun 2012. Akaun barangan bagi tahun 2011 telah mencatatkan sebanyak RM 151 565 juta telah berkurang kepada RM 125 614 juta pada tahun 2012. Daripada data yang diberi, peningkatan eksport sebanyak RM 3 561 juta (RM 699 591 juta meningkat kepada RM 703 152 juta) adalah lebih kecil daripada peningkatan import sebanyak RM 29 512 juta (RM 548 026 juta meningkat kepada RM 577 538 juta) daripada tahun 2011 kepada tahun 2012. Akaun perkhidmatan mencatatkan defisit RM 6 272 juta pada tahun 2011 telah bertambah defisit sebanyak RM 7 731 kepada defisit RM 14 003 juta pada tahun 2012 kerana aliran keluar akaun perjalanan dijangka lebih tinggi iaitu daripada RM 31 187 juta kepada RM 35 654 juta. Akaun pendapatan merekodkan defisit RM 42 867 juta pada tahun 2011 dan pada tahun 2012 telah merekodkan defisit yang lebih banyak iaitu RM 54 263 berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana penghantaran keuntungan dan dividen yang lebih tinggi walaupun terdapat peningkatan terimaan kasar daripada pelaburan Malaysia di luar negara.

Sebagai kesimpulannya, peratusan perubahan imbangan akaun semasa daripada tahun 2005 hingga tahun 2012 telah menunjukkan penurunan dan purata peratusan perubahan imbangan semasa antara semua tahun adalah negatif iaitu 0.86%. Jika penurunan ini terus berlaku, imbangan akaun semasa akan mengalami defisit.

TAHUNJUMLAH IMBANGANAKAUN DAGANGANRM JUTAKADAR PERTUMBUHAN AKAUN DAGANGAN DALAM AKAUN SEMASA (%)

2005130,152-

2006139,4897.17

2007130,825-6.21

2008170,37930.23

2009140,355-17.62

2010136,751-2.57

2011151,56510.83

2012125,614-17.12

5.2 JADUAL 2

GRAF GARIS 2

GRAF BAR 2:

Jadual 2 menunjukkan kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam akaun semasa dari tahun 2005 hingga tahun 2012.Pada tahun 2005, akaun dagangan telah mencatatkan sebanyak RM 130 152 juta dan angka ini telah meningkatkan kepada RM 139 489 juta pada tahun 2006 dengan sebanyak 7.17% ataupun RM 9 337 juta. Hal ini disebabkan prestasi eksport bagi tahun 2006 (RM 592 215 juta) lebih tinggi daripada tahun 2005 (RM 540 681 juta) walaupun prestasi import bagi tahun 2005 (RM 410 529 juta) juga meningkat kepada tahun 2006 (RM 452 726 juta). Sebagai buktinya, harga minyak yang tinggi dan peningkatan permintaan luar terhadap minyak sawit bagi biodiesel telah meningkatkan eksport minyak sawit ke negara China. Bagi import, permintaan penduduk Malaysia yang kukuh terhadap barangan penggunaan seiring dengan pertambahan pendapatan isi rumah serta kecenderungan pengguna mengimport produk yang berkualiti.Akaun dagangan pada tahun 2007 telah mencatatkan sebanyak RM 130 825 juta. Ini bermakna akaun dagangan telah mengalami pengurangan sebanyak RM 8 664 juta ataupun 6.21% berbanding dengan tahun 2006. Sebagai buktinya, nilai eksport pada tahun 2007 adalah RM 606 512 juta dengan peningkatan sebanyak RM 14 297 juta tetapi peningkatan import adalah sebanyak RM 22 961 juta. Ini telah menunjukkan peningkatan import adalah lebih besar daripada peningkatan eksport. Hal ini demikian kerana pendapatan eksport barangan hanya meningkat sedikit disebabkan oleh kelemahan permintaan global produk E&E. Walau bagaimanapun, akaun dagangan telah meningkat semula pada tahun 2008 dengan RM 170 379 juta dengan sebanyak 30.23%. Kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam akaun semasa yang tertinggi ialah pada tahun 2008. Ini dapat dikaitkan dengan haraga getah asli yang melambung tinggi akibat kekangan bekalan getah asli dunia. Malaysia sebagai sebuah negara yang penting dalam pengeluaran getah telah mengalami pertumbuhan eksport terpantas bagi negara China.

Dalam tahun 2009 telah mencatatkan jumlah perdagangan yang telah menurun iaitu RM 140 355 juta sebanyak 17.62% dan juga terus menurun kepada RM 136 751 juta pada tahun 2010 sebanyak 2.57%. Tahun 2009 merupakan kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam akaun semasa yang terndah. Sejak tahun 2008, Singapura yang merupakan rakan perdagangan terbesar mencatatkan kemerosotan dalam nilai perdagangan sebanyak 28.6% dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2009. Selain itu, negara Amerika Syarikat dan negara Jepun serta negara Europah juga mencatatkan jumlah perdagangan yang menurun kerana mengalami kemelesetan ekonomi dunia.Contohnya, eksport minyak sawit dan produk E&E ke negara Belanda telah menjunam 26.9% disebabkan oleh eksport yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, import dari negara Amerika Syarikat merosot disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah bagi input pengantaraan berkaitan produk E&E, mencerminkan jangkaan aktiviti sektor pembuatan yang lebih perlahan.Berbanding dengan tahun yang lepas, akaun dagangan pada tahun 2011 telah meningkat sebanyak RM 14 814 juta ataupun 10.83%. Dalam keadaan ekonomi yang semakin pulih, ketidakseimbangan perdagangan di antara negara maju dan negara membangun dijangka menjadi semakin lebar pada tahun 2010. Ini disebabkan terutamanya oleh kesan perubahan tukaran asing dan pertumbuhan KDNK yang lebih cepat. Misalnya, defisit perdagangan negara Amerika Syarikat dijangka lebar berikutan dengan pemulihan permintaan import dan trend kenaikan harga minyak. Pada tahun 2012, akaun dagangan telah mencatatkan RM 125 614 juta yang telah menurun sebanyak RM 25 951 juta ataupun 17.21%. Sebagai buktinya, eksport produk E&E menguncup pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 2.2%. Penghataran semikonduktor merosot 7% sejarjar dengan jualan semikonduktor yang lebih perlahan di seluruh dunia. Pengucupan ini disebabkan oleh rantaian bekalan yang terganggu berikutan banjir di Thailand pada tahun 2011 dan permintaan yang rendah terhadap produk elektronik penggunaan di sebalik pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin perlahan.

Kesimpulannya, akaun dagangan telah menunjukkan penurunan daripada tahun 2005 hingga tahun 2012. Walaupun kadar pertumbuhan akaun dagangan dalam akaun semasa adalah menurun, tetapi puratanya telah menunjukkan positif sebanyak 0.67%. Jika eksport Malaysia dapat dipertingkatkan lagi, akaun dagangan pada tahun yang seterusnya akan meningkat.

6.0 CADANGAN6.1 CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN AKAUN SEMASA MENJADI DEFISITDalam akaun semasa terdapat akaun barangan, akaun perkhidmatan dan akaun pendapatan. Untuk mengimbangkan akaun semasa supaya tidak menjadi defisit, kerajaan haruslah melaksanakan beberapa langkah-langkah.Bagi akaun barangan, kerajaan haruslah menjaminkan eksport barangan mesti lebih daripada import barangan. Kerajaan boleh meningkatkan prestasi eksport dengan mempromosikan hasil pembuatan atau sumber alam Malaysia kepada luar negara seperti minyak sawit yang boleh menjadi biofuel. Bagi akaun perkhidmatan, kerajaan boleh mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama percutian, seminar serta pelancongan pendidikan dan kesihatan. Misalnya, kerajaan boleh mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti Pulau Langkawi. Pelancongan dalam negara oleh penduduk tempatan akan menyebabkan pengaliran wang dalam negara meningkat.Di samping itu, kerajaan boleh menggalakkan perkhidmatan pendidikan dalam negara dengan menyambung pengajian di IPTA dan IPTS dalam negeri berbanding luar negeri supaya aliran wang tidak ke luar negeri.Bagi akaun pendapatan, kerajaan boleh meningkatkan pelaburan di luar negara yang boleh mendapatkan untung dan dividen seperti pelaburan portfolio.

6.2 CADANGAN UNTUK MENGALAKKAN EKSPORT BARANGAN MALAYSIA KE LUAR NEGARAKerajaan haruslah melaksanakan beberapa langkah-langkah untuk mengalakkan eksport barangan tempatan ke luar negara.Langkah-langkah yang dapat diambilkan untuk menambahkan eksport ialah kerajaan haruslah memberi galakan fiskal dan kewangan dengan memberi subsidi eksport, memberi kemudahan pinjaman dan menggalakkan pembinaan kawasan bebas cukai.Selain itu, mewujudkan kestabilan upah dan harga supaya mengurangkan kos pengeluaran. Dengan ini, keluaran dapat bersaing dengan barang import daripada segi harga. Kerajaan haruslah mempromosikan minyak sawit sebagai biofuel kerana Malaysia merupakan negara yang banyak mengeksportkan minyak sawit dan ini juga dapat meningkatkan kesedaran mengenai kelebihan tekno-ekonomik dan nilai pemakanan, terutamanya di pasaran bukan tradisi melalui seminar, promosi dan pameran perdagangan.Dalam pada itu, langkah rasionalisasi dan pengoptimuman proses pengeluaran telah membolehkan produk berasaskan getah Malaysia menyaingi produk getah tiruan. Kerajaan juga haruslah mengalakkan industri pengilang menggantikan getah tiruan kepada getah asli. Di samping itu, langkah Malaysia melarang import sisa plastik untuk dikitar semula dan digunakan sebagai input pemprosesan pengeluaran akan memastikan produk plastik tempatan lebih diterima di peringkat antarabagsa. Pelancaran model kereta yang menepati cita rasa global, serta paras pendapatan yang semakin meningkat terutamanya di ekonomi serantau dingkan memacu pertumbuhan subsektor ini.

7.0 RUMUSANKesimpulannya, eksport-eksport barangan pembuatan tempatan ke luar negara telah membawa pendapatan yang banyak kepada negara Malaysia. Hal ini demikian kerana dapat membawa keuntungan kepada industri-industri tempatan dan mengembangkan indusrti-industri kecil dan sederhana di Malaysia. Ia juga boleh membawa manfaat kepada ekonomi Malaysia bagi mencapai aspirasi negara dalam mentransformasikan ekonomi daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Secara ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi melihat imbangan akaun semasa menurun dari tahun 2005 hingga tahun 2012 dan kadar pertumbuhan akaun dagangan yang menurun dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Selain itu, kadar perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti permintaan luar yang kukuh atau harga komoditi yang kukuh serta lain-lain faktor. Sektor pembuatan ini memiliki kepentingan yang tinggi dalam menjana pendapatan negara dan langkah memajukan sektor ini perlu ditingkatkan. Oleh itu, pelbagai langkah dan usaha perlu dijalankan oleh negara bagi meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha mencapai matlamat untuk meningkatkan ekport barangan pembuatan tempatan untuk menjana pendapatan negara.

8.0 SENARAI RUJUKANSUMBER INTERNETTarikh: 24 Julai 2014 http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab3.pdf http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0506/Bab_2_0506.pdf https://www.google.com.my/#q=contoh+pbs+ekonomi+stpm+penggal+3&revid=2056904478 http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/0910/bab3.pdfTarikh: 2 Ogos 2014 http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=578&Itemid=149&lang=bm http://ms.wikipedia.org/wiki/Imbangan_perdagangan http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1112/bab3.pdf

SUMBER ILMIAH Ishak Shari, Jomo K.S. , 1990 , Memahami Ekonomi Malaysia Sabariah Ali , 2014 , Oxford Fajar Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Theng Kock Leing , 2013 , Ilmu Bakti STPM Makroekonomi

LAMPIRAN

23