part 3

23
BAHAGIAN 2 : PORTFOLIO BIG SEMESTER 3 1.0 PENGENALAN PROGRAM BIG Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan oleh pelajar PPG adalah bertujuan dalam membina dan membentuk kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar disetiap sekolah pelajar berkhidmat. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan dalam melaksanakan sesuatu program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Program ini diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar PPG yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. 2.0 MATLAMAT PROGRAM BIG Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan pelajar PPG yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai- nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. 28

Upload: nora

Post on 27-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

FREE

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 2 : PORTFOLIO BIG SEMESTER 3

BAHAGIAN 2 : PORTFOLIO BIG SEMESTER 3

1.0 PENGENALAN PROGRAM BIGBina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan oleh pelajar PPG adalah bertujuan dalam membina dan membentuk kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar disetiap sekolah pelajar berkhidmat. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan dalam melaksanakan sesuatu program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Program ini diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar PPG yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar.

2.0 MATLAMAT PROGRAM BIGProgram Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan pelajar PPG yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG telah bermula pada semester 3 bagi pelajar kohort 1 ambilan Jun 2011. Ia telah melibatkan program 2 hari di SK Permatang Kerat Telunjuk. Program yang dilaksanakan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar dan guru-guru tentang ciri-ciri dan kualiti menjadi insan yang unggul.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM BIG1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

3. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

4. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

5. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri serta membina pemikiran positif terhadap pelajar.6. Berupaya mengurus sesuatu program dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan mengurus atau mengendali sesuatu program dan penampilan diri yang sesuai.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan dikalangan pelajar.

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0 PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIGPeraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut: 1.Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara

menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.

2.Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3.Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan

4.Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat.

5.Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program/aktiviti yang dilaksanakan.

6.Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang

Disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa

kebenaran)

7.Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab

menjaga kebersihan kawasan.

9.Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa

mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga

sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki

dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

13.Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.

14.Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.

16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17.Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19.Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih/fasilitator.

22.Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.

5.0 ETIKA PESERTAA) ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI

Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kecerdasan diri. Memelihara kebersihan, kekemasan dan keceriaan diri. Mengawal hawa nafsu dari melakukan kemungkaran dan keiatan anti sosial. Berupaya membuat keputusan yang rasioal dan kestabilan mental terhadap tekanan. Mempunyai peri laku yang mencerminkan akhlak dan budi pekerti yang luhur serta saling hormat menghormati. Berkomunikasi yang berkesan dan kesantunan berbahasa dengan semua pegawai dan peserta. Mengamalkan budaya memberi salam dan bertegur sapa

Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan nama baik dan imej maktab. Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi diri sepanjang program.B) ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA Bekerjasama dan bermuafakat sesama rakan peserta. Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan rakan peserta.

Memberi nasihat dan menolong rakan peserta dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Mengelakkan diri daripada mencemarkan dan menjatuhkan nama baik dan maruah rakan peserta. Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti dan sebagaimana yang diarahkan. Bersedia memaafkan kesalahan orang lain dan menyedari kelemahan diri. Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakan peserta.

C) ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman. Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas. Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti harian. Melaksanakan tugasan dengan jujur dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan. Berusaha mencapai keputusan yang baik dan tepat, bersikap akur kepada keputusan, berlapang dada terhadap perbezaan pandangan dan pendekatan. Menyertai semua aktiviti program untuk kemanfaatan diri, kumpulan dan persekitaran sesuai dengan potensi diri. Berdoa semoga mendapat keredhaan Tuhan dan keberkatan ilmu dan pengalaman yang diperoleh.D) ETIKA TERHADAP URUS SETIA DAN PEGAWAI PROGRAM Menghormati, memberi salam dan ucapan penhargaan kepada semua urus setia dan pegawai program. Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan semua urus setia dan pegawai program. Memberikan tumpuan yang bijaksana dan menghargai tunjuk ajar pegawai program. Membahaskan secara sopan ilmu yang diragui atau yang bertentangan dengankefahaman dan realiti semasa.

Sentiasa meminta keredhaan ilmu yang dipelajari daripada pegawai bertugas Mendoakan kesejahteraan semua pegawai dan urus setia.

E) ETIKA TERHADAP PUSAT LATIHAN DAN PROGRAM Mematuhi peraturan, arahan tetap dan etika peserta. Menjaga keharmonian pusat latihan dan program. Peka terhadap kebersihan semua ruang dan bahagian pusat latihan, kemudahan dan kawasan latihan. Menjaga keselamatan harta benda awam dan kepentingan bersama. Menanam sikap berjimat cermat menggunakan air, elektrik dan segala kemudahan latihan. Mempunyai perasaan sayang terhadap pusat latihan. Menjaga nama baik dan imej pusat latihan. Sedia berkhidmat dan memberikan bantuan sebagaimana yang diarahkan dan diperlukan dengan penuh jujur dan ikhlas. Bertekad dan berusaha untuk mencapai objektif program dan menghayati semangat, ilmu, kefahaman dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program secara berterusan selepas Program Bina Insan Guru tamat.

6.0 LAPORAN REFLEKTIF (PROGRAM) INDIVIDU.Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat ke sekalian alam. Pada semester 3 ini pelbagai tugsan baru telah saya terima, salah satu tugasan yang perlu dilakukan ialah membuat Program Bina Insan Guru Fasa 1. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama saya sebagai seorang pendidik.

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada pensyarah En Mohd Sofi bin Haji Md Akhir kerana telah memberi taklimat kepada saya dan rakan-rakan mengenai perlaksanaan Program Bina Insan Guru ini. Pada permulaan penerimaan tugasan ini, saya mendapati ianya agak susah kerana kesuntukan masa dan perbelanjaan untuk membuat sesuatu kem dimana ia melibatkan takwim sekolah. Namun kerjasama dari rakan pelajar PPG yang lain banyak membantu saya dalam menjayakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini.Program Bina Insan Guru ini telah saya dan 3 0rang rakan laksanakan di SK Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Ia telah dilaksanakan pada hari Khamis dan Jumaat iaitu pada 01 dan 02 November 2012 yang melibatkan 75 orang pelajar. Sebelum program ini dilaksanakan saya dan rakan-rakan merancang terlebih dahulu dengan membuat kertas kerja, agihan tugasan dan aktiviti kem yang mampu melibatkan perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.

Semasa saya menjalankan program ini ia telah banyak mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Program ini telah diatur dan dirancang dengan teliti dari pemilihan ahli jawatankuasa sehingga hal-hal yang lebih rumit. Semuanya diatur dengan begitu baik dan sistematik. Selain itu kem ini juga mengajar saya untuk mengurus masa dengan lebih baik dimana dalam keadaan yang agak suntuk dan tidak selesa saya mampu melaksanakan program ini dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Sebenarnya, tidak sukar melakukan sesuatu dalam masa yang ditetapkan. Apa yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Selama mengikuti program BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang bermula dari menerima tugasan hingga perlaksanaan program BIG ini. Namun tanpa saya sedari semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar kepada saya. BIG yang buat pertama kalinya saya lakukan pada semester ini, telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Dalam masa yang sama nilai-nilai murni juga telah berjaya diserapkan ke dalam diri saya dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian saya sebagai seorang guru yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi. Sebelum saya menerangkan perjalanan program ini lebih lanjut ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SK Permatang Kerat Telunjuk diatas kebenarannya untuk saya mengikuti dan membuat program BIG ini disana, kepada rakan-rakan seperjuangan juga dari PPG yang mana telah banyak membantu dan memberi pandangan dalam perlaksanaan program ini. Pada 01 dan 02 November 2012, saya telah membuat program BIG fasa 1 ini di SK Permatang Kerat Telunjuk. Program ini dibuat secara berkumpulan dan dimana ia telah melibatkan75 orang pelajar SK Permatang Kerat Telunjuk dari pelbagai badan unit beruniform. Nama program untuk BIG ini ialah Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan semangat jati diri di kalangan peserta dalam menghadapi kehidupan sebagai murid sekolah serta mendidik peserta menjadi pemimpin yang beretika. Melalui program ini juga, para peserta dapat menanamkan daya tahan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi persekitaran selain membentuk sahsiah ke arah yang lebih positif. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah :

1. Ceramah Kerohanian

2. Jungle Treckking

3. Riadah Malaysia Cergas

4. Kawad Kaki

5. Ceramah Keselamatan dan Rawatan

6. LDK (Latihan Dalam Kumpulan)

7. Persembahan Kebudayaan (Kumpulan)

Pada umumnya, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, pada hakikatnya setiap aktiviti yang dirancang mempunyai motif tersendiri.

Pada permulaan aktiviti, ia telah bermula dengan aktiviti senaman iaitu Riadah Malaysia Cergas. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menjadikan murid lebih cergas dan cerdas untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta menanam sikap mementingkan kesihatan dalam diri pelajar. Disusuli pula dengan aktiviti Ceramah Keselamatan dan Rawatan. Ceramah ini bertujuan untuk menambah pengalaman dan pengetahuan baru mengenai keselamatan diri yang perlu diamalkan dalam setiap diri murid. Seterusnya aktiviti Ceramah Kerohanian ataupun tazkirah, aktiviti ini bertujuan memberi penerapan nilai-nilai murni kepada peserta dalam mendekati diri untuk menunaikan perintah Allah, memberi penerangan keburukan gejala sosial dan cara mengatasinya serta membentuk kebersihan rohani dan jasmani pelajar. Aktiviti utama dalam program BIG ini ialah berkaitan memasang dan menyimpan khemah. Walaupun tiada perkhemahan dilakukan, namun aktiviti ini telah mendedahkan pelajar kepada pengalaman dalam persediaan memasang dan membuka khemah serta menanam sikap bekerjasama diantara ahli kumpulan. Jungle Treckking pula merupakan aktiviti yang memberikan murid pengalaman yang amat bermakna kepada murid. Aktiviti ini juga dilaksanakan diluar sekolah dimana melibatkan pelajar merentas kawasan kampung dan kawasan hutan yang berbukit. Akhir sekali ialah aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). LDK yang dijalankan telah banyak membantu pelajar untuk lebih yakin untuk bercakap dihadapan orang ramai ia juga membantu pelajar untuk lebih berani melontarkan idea-idea mereka. Selain itu ia juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta mengenal pasti tanggungjawab diri sebagai seorang murid. Aktiviti ini juga telah membentuk pelajar menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi pelajar kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seseorang dalam kehidupan mereka. Aktiviti seterusnya ialah Persembahan Kumpulan. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan pelajar berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan persekitaran yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

Dalam melaksanakan program ini terdapat beberapa peluang dan kekuatan yang menyebabkan program ini berjaya dilaksanakan. Pertama ialah nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina insan guru seperti penerapan nilai murni dimana sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dapat ditujukkan semasa melakukan setiap aktiviti. Kedua semangat kerjasama antara peserta dapat dipupuk sepanjang program ini dijalankan dimana ia melibatkan kerjasama diantara peserta PPG yang mengikuti program ini. Di sebalik kerjasama ini juga peserta PPG dapat atau berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dari peserta-peserta PPG yang lain semasa melaksanakan program BIG ini. Ketiga program ini juga menjadikan diri saya lebih yakin dalam menjadi seorang ketua dan guru. Keempat komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan dan pelajar yang melancarkan perjalanan program ini telah menyumbang kepada kejayaan program ini.. Namun faktor utama kejayaan ini adalah peruntukan dan kemudahan yang lengkap tersedia oleh pihak sekolah untuk kegunaan program ini. Ini terbukti apabila pihak pengurusan sekolah dan waris memberikan sokongan sepenuhnya untuk melaksanakan program BIG ini dimana ia meliputi dari segi sumber kewangan dari peruntukkan kokurikulum yang mencukupi membolehkan perancangan awal dilakukan. Sokongan daripada guru-guru lain iaitu guru-guru yang tidak terlibat namun memberi bantuan dan sokongan penuh semasa pelaksanaan program serta pihak waris yang mementingkan disiplin anak-anak mereka.Namun setiap peluang dan kekuatan mempunyai kelemahan dan ancaman. Pertama ialah tidak cukup guru bagi pengawasan peserta semasa aktiviti diluar sekolah (Program Jungle Treckking). Kedua masa yang terlalu singkat untuk melaksanakan semua program dengan sempurna dimana pemilihan tarikh perlaksanaan Program Bina Insan Guru agak tergesa-gesa akibat kekangan masa dan pertindihan dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan disekolah. Ketiga kurang kemahiran dalam menguruskan BIG disekolah dan cara melaksanakannya dimana sebelum ini saya hanya mengikuti program BIG tetapi tidak melaksana dan menguruskannya. Akhir sekali terdapat waris yang kurang prihatin tentang masa program BIG ini selesai ini menyebabkan waris datang lewat untuk mengambil anak mereka sedangkan masa program sudah berakhir. Pengalaman melaksanakan program BIG, banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam satu organisasi. Hal ini memberi peluang kepada setiap peserta PPG untuk merasai memegang setiap jawatan dalam organisasi program. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan yang positif dan telah memberi impak besar kepada saya terutama apabila saya menjadi ketua kumpulan dalam sesuatu aktiviti. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua tanggungjawab terletak ditangan saya dalam memastikan sesuatu aktiviti itu berjaya dilaksanakan. Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin. Berdasarkan pemerhatian saya ketika melaksanakan BIG, saya dan rakan-rakan PPG telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan sesuatu aktiviti. Ketepatan masa amat mustahak dalam memastikan sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan masa yang mencukupi diperlukan untuk melaksanakan semua program yang telah dirancang. Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat berdasarkan pengalaman saya semasa melaksanakan program BIG fasa 1 ini. Pertama ialah mengelak daripada memilih masa yang terlalu singkat untuk perlaksanaan. Seperti mana program yang telah saya laksanakan ia mengambil masa selama 2 hari sahaja, ini telah menyebabkan banyak aktiviti dilakukan secara tergesa-gesa dalam mengejar masa, jadi aktiviti itu juga tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Kedua ialah melibatkan semua guru sekolah berkenaan secara berterusan, terutama semasa pengawasan murid yang melibatkan pelajar berada dijalan raya atau kawasan yang berisiko bahaya. Dengan adanya ramai guru atau pembantu semasa pengawasan, masalah keselamatan murid dapat diatasi. Ketiga perancangan program yang lebih awal kerana dengan adanya perancangan yang lebih awal membolehkan sesuatu program dijalankan lebih teratur dan mampu menangani segala masalah yang timbul sebelum perlaksanaan program berlaku. Akhir sekali jika berkesempatan dapatlah program seperti ini dilakukan dikawasan luar sekolah seperti dipantai atau tempat yang mampu memberi suasana yang baru kepada pelajar. Hal ini juga mampu memberi murid satu pandangan dan pengalaman baru bahawa dunia ini luas untuk diterokai.

Pendedahan seperti program BIG ini, secara tidak langsung membantu saya dalam membuat pengukuran tentang kebolehan saya dalam menguji sejauh mana tahap dan kemampuan diri saya sebagai seorang guru yang berpengalaman mengajar selama lapan tahun. Di mana pengalaman yang saya timba dari maktab perguruan hinggalah menjadi seorang guru, telah saya aplikasikan semasa melaksanakan program BIG ini.

Kesimpulannya, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini dengan jayanya dimana ia telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu pelajar bagi membina jati diri mereka sebagai seorang yang bakal menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya menjadi seorang pendidik yang gemilang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga berazam akan melahirkan seorang anak didik yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum dan sahsiah. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada, rakan guru dan warga SK Permatang Kerat Telunjuk serta kepada rakan-rakan kumpulan saya yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen untuk menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.ANALISIS SWOTKEKUATAN Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina insan guru ini.

Semangat kerjasama antara peserta dipupuk sepanjang program ini dijalankan.

Dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta.

Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan dan pelajar melancarkan

perjalanan program ini.

Sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti

boleh melahirkan guru yang berwibawa.

Peruntukan dan kemudahan yang disediakan lengkap untuk kegunaan para

peserta.

KELEMAHAN Tidak cukup guru bagi pengawasan peserta semasa aktiviti diluar sekolah

(ProgramJungle Treckking). Masa yang terlalu singkat untuk melaksanakan semua program dengan

sempurna.

Pemilihan tarikh perlaksanaan Program Bina Insan Guru agak tergesa-gesaakibat kekangan masa dengan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.

Kurang kemahiran dalam menguruskan BIG disekolah dan cara

melaksanakannya.

PELUANG

Program diadakan ditempat sendiri merupakan satu peluang kepada pelajaruntuk lebih menyayangi tempat belajar mereka.

Pengurusan sekolah dan waris memberikan sokongan sepenuhnya . Sumber kewangan dari peruntukkan kokurikulum yang mencukupi. Sokongan daripada guru-guru lain.

Waris yang mementingkan disiplin anak-anak mereka. Peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dari peserta-peserta

PPG yang lain semasa melaksanakan program BIG ini.

ANCAMAN

Keselamatan pelajar semasa aktiviti.

Waris kurang prihatin tentang masa program BIG ini selesai.

7.0 MAKLUM BALAS PELAJAR (PENILAIAN KENDIRI) MANFAAT YANG DI PEROLEHI HASIL DARIPADA PROGRAM BIG PPG

Menjadikan diri lebih bertanggungjawab.

Menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Menjayakan matlamat profesyen perguruan

Dapat bekerjasama diantara satu sama lain.

Meningkatkan kenyakinan diri.

Membina insan guru yang :-

1. Berakhlak mulia

2. Bersemangat juang yang tinggi,

3. Mempunyai ketahanan fizikal mental, rohani

4. Bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Memupuk kesedaran untuk mencintai alam semula jadi

Melatih pelajar untuk berdikari

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Memanjangkan hari @ tempoh perkhemahan

Menyusun jadual yang lebih baik.

Menyediakan tempat perkhemahan yang lebih kondusif

Mempelbagaikan aktiviti

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 1 pada semester ini. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Bina Insan Guru (BIG) fasa 1 merupakan permulaan bagi saya menimba pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru dimana selama ini saya hanya mengikuti program BIG tanpa mengetahui bagaimana pengurusan untuk melaksanakan program ini dilakukan. Namun BIG kali ini amatlah berbeza dimana saya dan rakan-rakan yang menguruskan program BIG tersebut, maka banyak perubahan yang dapat saya perolehi setelah melaksanakan program BIG ini. Antaranya ialah saya menjadi lebih mahir dalam membuat kertas kerja dimana semasa membuat kertas kerja saya terpaksa berinteraksi dengan ramai orang yang terlibat dalam melaksanakan program BIG. Ini dilakukan supaya tiada kepincangan dalam aktiviti yang akan dilaksanakan. Secara tidak langsung kemahiran komunikasi saya menjadi lebih baik dari sebelum ini. Selain itu juga, keyakinan diri saya semakin bertambah dalam melaksanakan sesuatu program, kerana kebanyakkan program yang pernah saya ikuti sebelum ini hanyalah sebagai ahli jawatankuasa kecil, berbeza dengan program BIG ini dimana saya menjadi pengurus program dan dalam masa yang sama saya berpeluang membugarkan semula segala kemahiran saya yang sudah agak lapuk.

Disebalik keseronokan dalam menjalankan aktiviti BIG ini, saya juga melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri bagi mengenal pasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan sememangnya bertujuan untuk mengajar saya nilai-nilai murni dan mendapat input yang berguna. Saya juga mempelajari agar terus menilai diri sendiri dan jangan mudah alpa dan putus asa. Pengalaman ini juga melatih saya agar menjadi sorang pendidik yang berfikiran rasional, berjiwa kental dan sentiasa aktif.

Daripada pemerhatian dan pandangan saya, banyak manfaat yang telah saya perolehi semasa melaksanakan program BIG ini. Pertama ialah BIG ini mampu menerapkan nilai-nilai keguruan dalam diri peserta PPG terutama pada diri saya sendiri, dimana salah satunya ialah semangat kerjasama antara peserta dapat dipupuk sepanjang program ini dijalankan.Selain itu juga sifat kesabaran, bertolak ansur, tolong menolong dalam melakukan setiap aktiviti, berjaya saya rasai sepanjang program ini dijalankan. Hal ini amatlah penting dalam membentuk guru yang berwibawa .

Kedua, program ini turut mempertingkatkan disiplin diri saya dan keupayaan mengurus masa dengan berkesan. Dalam memastikan semua aktiviti dapat dijalankan dalam jangka masa program yang agak singkat, kekangan masa adalah satu halangan utama yang perlu diatasi. Oleh itu pengurusan masa yang tepat amatlah diperlukan sebagai seorang penyelaras program.

Ketiga, saya semakin sedar akan kepentingan bekerjasama di dalam satu organisasi. Saya amat beruntung kerana telah ditempatkan di dalam organisasi yang sentiasa menolong diantara satu sama lain dan berfikiran positif apabila menghadapi kesukaran. Permuafakatan dan toleransi di kalangan ahli-ahli organisasi telah berjaya menghasilkan semangat berpasukan yangpadu sekaligus membantu dalam melancarkan segala aktiviti yang dilakukan. Hal ini amat penting sebagai pendidik dimana jika tiada persefahaman dan misi yang sama, maka akan pincanglah sesebuah organisasidibentuk.

Keempat, saya telah mempelajari bahawa sebagai seorang guru, saya haruslah memainkanperanan yang pelbagai di sekolah. Saya tidak harus melimitasikan diri saya sendiri dalam lingkungan bilik darjah semata-mata selain itu saya haruslah juga memiliki kriteria-kriteria tertentu yang tidak hanya membataskan diri kepada tugas mengajar di dalam kelas.

Selaku pendidik saya haruslah bersifat global dan meliputi pelbagai aspek dalam pembangunan anak murid dimana tidak cukup dengan tugas saya sebagai pengajar, saya juga harus menjadi pendidik, perancang, pemimpin, pelaksana, penggerak, penilai, pelaksana disiplin dan sebagainya. Begitulah luasnya peranan seorang guru.

Akhir sekali, sebagai seorang warga pendidik usaha untuk kita menuntut ilmu tidak pernah terbatas, banyak peluang yang boleh diperolehi untuk menuntut ilmu contohnya program BIG ini. Di sinilah saya berpeluang untuk mempelajari dan memperolehi perkara atau pengalaman yang baru yang tak pernah dilalui sebelum ini. Saya berharap semua peserta PPG akan dapat manfaat dari pengalaman yang diperolehi semasa program BIG ini dijalankan. Anggaplah segala aktiviti yang telah dilakukan ini sebagai satu aktiviti yang membantu dalam pemantapan diri sebagai seorang pendidik.. Oleh itu, bersama-samalah kita melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, supaya kita akan terus melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti mana yang kita semua impikan.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Setiap sesuatu perkara ada kelebihan dan kelemahannya Yang baik di jadikan paduan untuk terus dilaksanakan pada masa akan datang tetapi yang kurang atau yang tidak bersesuai berlaku semasa program di laksanakan di jadikan sempadan dan boleh di perbaiki lagi di masa akan datang supaya ianya tidak berulang.

Sebagai penambahbaikan untuk melaksanakan aktiviti perkhemahan di masa akan datang ialah berkaitan dengan masa atau tarikh pelaksanaan. Masa dan tarikh pelaksanaan aktiviti tersebut di lihat kurang bersesuaian dengan keadaan semasa. Untuk di peringkat sekolah ia amat bersesuaian tetapi untuk sesuaikan dengan pelaksanaan BIG kurang bersesuaian kerana ianya melibatkan masa yang amat genting sekali bagi pelajar PPG. Masa dan tarikh tersebut berlaku dalam suasana apa yang di panggil waktu mengulang kaji.

Pada waktu tersebut para pelajar baru sahaja selesai menghabiskan tugasan asaigment di tambah pula pada waktu yang sama para pelajar perlu menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Pelaporan perlu di buat selepas pelaksanaan BIG tersebut. Jadi di situ kita nampak bahawa kesibukkan mula berlaku sekali lagi di tambah pula dalam masa yang sama para pelajar PPG perlu melaksanakan segala tugasan yang telah di amanahkan oleh pihak sekolah. Sebagai penambahbaikan di masa akan datang bolehlah dikatakan bahawa pelaksanaan aktiviti BIG ini hendaklah di lakukan tanpa melibatkan jadual dalam takwim persekolah. Perkara seperti ini boleh di buat perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah.

Selain itu, pihak pengurusan perlu mengambil berat tentang tahap keselamatan serta gangguan yang terdapat semasa aktiviti yang melibatkan pelajar di luar perkarangan sekolah. Guru-guru perlu memberi pesanan kepada para pelajar agar memberitahu kepada para waris serta sanak saudara mereka supaya tidak hadir dan menganggu aktiviti yang melibatkan adik mereka. Sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini pada mereka pihak sekolah tidak bertanggungjawab sepenuhnya.

Dalam pada itu juga, melalui perkhemahan ini pihak pengelola program bolehlah mempelbagaikan lagi aktiviti supaya dapat memberi keseronokan kepada murid serta dapat menambah pengalaman dan pengetahuan baru kepada mereka. Insyaallah dengan terlaksananya pelbagai aktiviti program ini akan membawa kepada kelapangan fikiran dan keseronokan kepada murid yang hadir selama 2 hari dan bermalam di sekolah. Di harapkan setiap yang telah di utarakan ini, dapatlah kiranya pihak-pihak yang berkaitan memanfaatkannya agar kecacatan serta kelemahan yang terdapat dalam program yang di laksanakan ini dapat di atasi dengan sebaik mungkin. Selain itu semoga perjalanan aktiviti yang berlangsung akan lebih meriah dan menarik lagi. Seterusnya segala objektif yang di kehendaki dapat di capai dengan baik dan sesungguhnya dapat memberi kepuasan yang tinggi kepada semua pihak.

PAGE 46